lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
COVID-19 : Rakyat Terhutang Budi Pada Petugas Barisan Hadapan
KUALA TERENGGANU, 7 April- Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili seluruh rakyat Terengganu merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus untuk memastikan wabak COVID-19 dapat dibendung.Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial YouTube beliau, Ahmad Samsuri berkata, rakyat negeri ini amat terhutang budi kepada semua petugas barisan hadapan COVID-19."Para petugas barisan hadapan bertugas dengan penuh dedikasi dan berdepan risiko diri dan keluarga dalam memastikan rakyat dapat keluar dari bebanan COVID-19 dengan segera."Kepada semua rakyat setiap orang ada peranan dalam menangani pandemik ini termasuk mematuhi segala arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta duduklah dirumah," pesannya.Beliau turut mengingatkan seluruh anggota masyarakat agar tidak ingkar arahan kerajaan dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak ini.
07 Apr 20
38
Empty Image
COVID-19 : Kadar Faedah Skim Kredit Mikro Dimansuh - PM
Foto ihsan - NST.PUTRAJAYA, 6 April - Bagi meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kerajaan bersetuju memansuhkan kadar faedah dua peratus untuk Skim Kredit Mikro yang membabitkan dana sebanyak RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN).Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro ini juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat, tanpa faedah."Untuk tujuan ini, dana sebanyak RM200 juta akan disediakan."Pemohon hanya boleh memilih salah satu daripada skim ini bagi membolehkan lebih ramai peniaga menikmati kemudahan ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau 'PRIHATIN TAMBAHAN' berjumlah RM10 bilion, hari ini.
06 Apr 20
50
Empty Image
COVID-19: Terengganu Catat Kematian Pertama
Foto: Ehsan PembacaKUALA TERENGGANU, 6 April - Jenazah mangsa COVID-19 yang pertama meninggal dunia di Terengganu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Tumbuh, Kampung Raja, Jertih, petang semalam.Kes kematian pertama yang direkodkan di negeri ini adalah merupakan pesakit dari kes yang ke 3663, dan kes kematian yang ke-62 dalam negara setelah hampir tiga minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakanIa melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster Sri Petaling kes-kes bernombor 1265, 1266, 1267, 1404 dan 2549.Pesakit telah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020 jam 10.22 pagi. Isteri dan seorang anak mangsa yang tinggal bersama sedang dikuarantin di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut.Sehingga hari ini, dua daerah iaitu Dungun dan Besut mencatat jumlah kes tertinggi dan Terengganu kini telah merekodkan 90 kes positif dengan peningkatan mengejut dalam masa dua hari berturut-turutManakala daerah Hulu Terengganu sehingga petang semalam masih kekal sebagai daerah bebas Covid-19.
06 Apr 20
58
Empty Image
COVID-19 : Geran Khas PRIHATIN RM2.1 bilion Bantu Perusahaan PKS Mikro
Foto Ehsan: Malay MailPUTRAJAYA, 6 April -Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion, akan diwujudkan khusus untuk membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro menangani impak kewangan akibat COVID-19.Katanya, kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara."PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan ini."Kerajaan akan memperolehi senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,"ujarnya.Perdana Menteri berkata demikian sewaktu membentangkan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN TAMBAHAN), hari ini, dengan peruntukan sebanyak RM10 bilion.Ia merupakan tambahan kepada dana RM4.5 bilion khusus untuk PKS dan PKS mikro yang diumumkan beliau pada 27 Mac lepas.
06 Apr 20
84
Empty Image
COVID-19 : PM Umum Pakej Tambahan RM10 Bilion Bantu PKS
Add captionPUTRAJAYA, 6 April - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN TAMBAHAN” berjumlah RM10 bilion, hari ini.Muhyiddin berkata beliau berharap pakej tambahan diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan PKS dan seterusnya menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan.Daripada jumlah itu, peruntukan program subsidi upah ditambah sebanyak RM7.9 bilion iaitu daripada RM5.9 bilion yang diperuntukkan sebelum ini kepada RM13.8 bilion.Di bawah inisiatif tambahan ini, Muhyiddin berkata, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut: -“Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.“Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.“Akhir sekali, bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat-syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan,” katanya lagi.Tambah beliau, bantuan ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO."Justeru, kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini."Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu," ujarnya.
06 Apr 20
41
Empty Image
COVID-19 : Semua Pasar Di Terengganu Ditutup 10 April Untuk Disinfeksi
Dr Alias.KUALA TERENGGANU, 6 April - Pasar awam dan pasar borong di seluruh Terengganu akan ditutup pada 10 April ini bagi membolehkan operasi disinfeksi dijalankan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, operasi terbabit akan dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu."Jadi kita memohon supaya semua rakyat di negeri ini yang ingin membeli barang keperluan untuk membuat persiapan awal bagi mengelak sebarang kesulitan."Pada hari itu hampir kesemua pasar akan ditutup bagi membolehkan proses disinfeksi atau nyahcemar dijalankan," katanya ketika dihubungi media hari ini.Mengulas lanjut, Dr Alias memaklumkan tarikh berkenaan dipilih kerana trend pembelian masyarakat yang tinggi pada hari Jumaat."Pemerhatian dalam tempoh tiga minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, masyarakat di Terengganu gemar keluar beramai-ramai untuk mencari keperluan pada hari Jumaat."Sehubungan dengan itu, hari itu dipilih bagi mengelak  individu yang ramai keluar dan berada di satu-satu lokasi dalam masa tersebut sekali gus dapat mengekang risiko penularan wabak COVID-19," katanya.Katanya, beliau berharap rakyat Terengganu tidak berasa panik dengan perubahan itu kerana ia hanya bersifat sementara.Antara pasar utama yang terlibat ialah Pasar Kedai Payang 2, Pasar Borong Gong Pauh, Pasar Cabang Tiga, Pasar Manir, Pasar Bukit Besar, Pasar Permint Jaya Chendering, Pasar Kampung Laut dan Pasar Kedai Buluh."Selain itu, Pasar Gelugor, Pasar Kepung, Pasar Bukit Tunggal, Pasar Batu Enam, Pasar Teluk Ketapang, Pasar Wakaf Tengah dan Pasar Maras yang berada di bawah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu turut ditutup."Sebagai pemakluman juga semua pasar di bawah Majlis Daerah Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Besut dan Setiu turut ditutup," tambah beliau.
05 Apr 20
167
Empty Image
COVID-19 : DUN Air Putih Serah 1,700 Pek Barangan Keperluan Harian
Oleh : AminjiKEMAMAN, 5 April - Sebanyak 1,720 pek barangan keperluan berupa beras, gandum dan lain-lain telah diagihkan kepada mereka yang layak melalui seluruh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan Air Putih.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim berkata, operasi menyalurkan bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan telah mula digerakkan ke seluruh kawasan DUN Air Putih secara berperingkat."Pihak pengurusan DUN akan cuba melakukan yang terbaik bagi memastikan golongan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini mendapat bantuan sewajarnya."Kira-kira 1,720 beg beras dan barangan dapur telah diagihkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kerajaan negeri sentiasa memantau dan akan terus menghulurkan bantuan secara berperingkat mengikut perkembangan semasa ketika ini."Namun yang demikian, adalah mustahil untuk kita puaskan hati semua pihak. Sehubungan itu, semua MPKK bertindak melakukan kajian secara terperinci terlebih dahulu agar mereka yang benar-benar memerlukan tidak tercicir sewaktu misi mengagihkan sumbangan ini," ujarnya ketika dihubungi pemberita, baru-baru ini.Tambahnya, beliau turut berterima kasih kepada mereka yang telah bertungkus lumus membantu misi tersebut bermula daripada proses membungkus barang-barang bantuan sehingga ianya selamat sampai ke tangan para penerima."Misi pengagihan bantuan kebajikan ini telah mendapat kerjasama yang padu daripada pelbagai pihak yang tidak jemu menyumbangkan tenaga. Mereka adalah termasuk kakitangan Pejabat DUN, Pemuda, Muslimat dan MPKK DUN Air Putih sendiri.
05 Apr 20
257
Empty Image
COVID-19 : Kakitangan Pembersihan Dan Pegawai Keselamatan Adalah Barisan Hadapan
Oleh : Rohayati RipinKUALA TERENGGANU, 5 April - Kakitangan dan petugas kebersihan serta pengawal keselamatan  juga merupakan barisan hadapan yang terpaksa keluar setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, mereka mengorbankan masa dan tenaga menghadapi ujian berat demi tugas, menyediakan keselesaan serta menjaga harta benda kerajaan negeri."Saya sangat prihatin terhadap kelompok penting yang kurang diambil perhatian ini.Saya mengambil inisiatif memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang bertugas dalam tempoh ini," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.Menurutnya, orang ramai tidak ada pilihan bagi membendung penularan wabak Covid 19 yg melibatkan makin ramai yang telah meninggal dunia melainkan dgn mematuhi arahan dari kerajaan (PKP)."Kita tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri yang menyebabkan nyawa org lain turut terancam."Sebaik-baik tindakan ialah tidak kemana-mana melainkan duduk di rumah bersama keluarga dgn pelbagai pengisian berbentuk kekeluargaan," tambah beliau.
05 Apr 20
375
Empty Image
COVID-19 : 274 Pelajar Tahfiz Bebas Wabak Dihantar Pulang
Para pelajar menaiki bas yang disediakan kerajaan negeri untuk pulang ke rumah.KUALA TERENGGANU, 5 April - Seramai 274 pelajar Madrasatul Quran, Kubang Bujuk, di sini yang disahkan bebas COVID-19 dihantar pulang ke rumah masing-masing selepas dikuarantin selama dua minggu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri menyediakan enam buah bas dan tiga van bagi menghantar semua pelajar yang berada di luar Terengganu untuk pulang ke kediaman masing-masing."Manakala bagi pelajar yang dari daerah Kuala Terengganu, kita jemput ibu bapa mereka untuk datang ke madrasah bagi mengambil anak mereka," katanya sebagaimana dilapor Sinar Harian.Mengulas lanjut, Ariffin memaklumkan, terdapat beberapa lagi pelajar yang sedang menunggu surat pengesahan daripada pihak kesihatan sebelum mereka dibenar pulang.Ujarnya, kesemua pelajar terbabit sedang berada tempoh bercuti selama dua bulan sehingga Aidilfitri."Sebab itu mereka semua dihantar pulang ke rumah masing-masing selepas tamat tempoh kuarantin, namun tempoh bercuti itu bergantung kepada keadaan semasa."Kesemua mereka ini adalah yang bebas saringan dan telah melalui proses kuarantin," tambah beliau.
05 Apr 20
60
Empty Image
COVID-19 : Kedai Makanan Ternakan Seluruh Terengganu Dibuka Dua Kali Seminggu
Dr Azman.KUALA TERENGGANU, 5 April - Premis perniagaan makanan ternakan di seluruh Terengganu hanya dibenar beroperasi dua hari seminggu di sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) fasa dua.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kedai terbabit dibenarkan beroperasi pada hari Isnin dan Khamis bermula pada jam 7 pagi hingga 2 petang."Pelanggan dilarang berkumpul di dalam kedai. Pemilik premis perlu memasang tali rentang untuk pelanggan beratur di luar kedai atau apa-apa kaedah yang bersesuaian."Pematuhan garis panduan PKP yang lain adalah dituntut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Tambah beliau, keputusan itu dibuat bagi meminimakan pergerakan untuk mencegah penularan wabak COVID-19."Kejayaan atau kegagalan PKP bergantung kepada disiplin kita bersama," jelasnya.
05 Apr 20
86