Artikel "Semasa" Terkini
COVID-19: Polis Terengganu Perketat Kawalan Di Dua Daerah
KUALA TERENGGANU, 9 April- Polis Terengganu memperketatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Dungun dan Besut, bermula hari ini.Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik, kawalan terbabit diperketat ekoran 30 orang penduduk di dua daerah itu disahkan positif COVID-19.Katanya, peningkatan itu berpunca dari kaitan kluster tabligh."Kedua-dua daerah ini telah dikategorikan sebagai zon jingga."Seramai 156 kekuatan anggota ditugaskan mengawal kawasan berkenaan yang meliputi tiga kampung iaitu Kampung Tok Kah, Kampung Teluk Lipat dan Kampung Sungai Buaya."Pengunaan dron turut dilakukan bagi memantau lokasi-lokasi tersebut secara menyeluruh termasuk memberi amaran dan nasihat supaya orang ramai duduk di rumah," jelasnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Penyerahan 44 khemah sumbangan kerajaan negeri untuk ditempatkan di kawasan operasi sekatan jalan raya di negeri ini.Untuk rekod, hanya daerah Hulu Terengganu kekal dikategorikan zon hijau selain bebas sebarang kes Tangkapan Perintah Kawalan Pergerakan.Sementara itu, kompaun sebanyak RM1,000 akan mula dikenakan terhadap individu yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula hari ini.Pesalah PKP diberi masa dua minggu untuk menjelaskan kompaun berkenaan, jika gagal akan dihadapkan ke mahkamah.Dengan penguatkuasaan PKP, orang ramai tidak dibenarkan berada di luar rumah untuk urusan tidak penting.Mereka yang melanggar perintah itu boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya sekali
09 Apr 20
235
COVID-19 : Terengganu Tanggung RM4 Juta Insentif Pengecualian Dan Penangguhan
Dr Alias Razak.KUALA TERENGGANU, 9 April - Kerajaan Terengganu melalui SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) Bahagian Perumahan menanggung kos melebihi RM4 juta susulan langkah pengecualian bayaran sewa premis perniagaan milik kerajaan negeri bagi bulan April 2020 dan penangguhan bayaran sewa Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Kos Rendah (RKR) dan Rumah Mampu Milik (RMM) untuk dua bulan iaitu April dan Mei 2020.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak mengesahkan perkara tersebut melalui Pakej Rangsangan Terengganu Cakna fasa dua yang diumumkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, baru-baru ini.Terdahulu, kerajaan negeri mengumumkan beberapa lagi inisiatif bagi menjaga kebajikan rakyat Terengganu khususnya golongan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.Menurut Dr Alias, sebanyak 991 keluarga yang menghuni PPR Hiliran, Kuala Terengganu akan ditangguhkan bayaran sewa dan kos penyelenggaraan selama dua bulan. Penangguhan ini akan diberikan pada bulan April dan Mei 2020 termasuk perkedaian."Ini adalah insentif penangguhan bayaran sewa PPR yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM173,765.00 sebulan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.Tambahnya, melalui pakej rangsangan yang sama, sebanyak 10,809 keluarga yang tinggal di 77 projek RKR dan RMM di seluruh negeri Terengganu akan ditangguhkan bayaran sewa dan sewa beli bagi bulan April dan Mei 2020."Insentif ini juga mengambil kira keluarga yang tinggal di Pangsapuri Ladang Gemilang I & II (Kos Rendah) termasuk perkedaian," jelasnya.Namun katanya, sekiranya tempoh PKP dilanjutkan, kerajaan negeri berhasrat untuk menangguhkan sewa dan sewa beli sehingga tempoh perintah berakhir.Justeru beliau sangat berterima kasih di atas pertimbangan kerajaan negeri dalam meringankan beban rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19.
08 Apr 20
58
Penternak Ikan Sangkar Luah ‘Rasa Nak Mati’
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 9 April – Penternak ikan sangkar meluahkan ‘rasa nak mati’ akibat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan 18 Mac lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ia ekoran perniagaan yang diusahakan mengalami kemerosotan jualan sehingga menjejaskan kewangan mereka.Jelasnya, kerajaan tidak mampu membeli hasil pertanian dan ternakan untuk diagihkan kepada rakyat kerana ruang-ruang pasaran sangat sempit dan terhad."Semua sektor terjejas teruk, termasuk sektor penternakan akuakultur ikan dalam sangkar. "Sejak PKP, jumlah ikan siakap dan kerapu hibrid yang berjaya dijual hampir tiada kerana restoran dan hotel tidak beroperasi," katanya.Beliau berkata demikian selepas Program Penyerahan Bantuan Makanan Ikan kepada penternak Daerah Setiu, di Kuala Setiu, Permaisuri.Walau bagaimanapun, Dr Azman berkata, masalah tersebut tidak akan dibiarkan begitu sahaja sebaliknya sumbangan makanan ikan untuk pemilik sangkar ikan di Kuala Setiu sentiasa disalurkan."Dengan usaha yang ada juga, kita ikhtiar untuk bantu cari pasaran. Ada hasil yang boleh jalan dan ada hasil terkandas," ujarnya.Sementara itu, menurut beliau, langkah pemprosesan pembekuan seperti daging burung puyuh dan arnab perlu dijalankan bagi menghalang peningkatan kos penternakan."Saya sudah minta Pengarah Pertanian Negeri untuk tunjukkan kaedah membuat lada kering kepada petani yang tak dapat pasarkan lada. "Ruang sejuk di negeri kita terhad untuk semua hasil disimpan dalam bentuk sejuk beku," jelas beliau.Tambahnya, Pengarah Pertanian Terengganu juga telah menghubungi sendiri beberapa pasaraya di Terengganu untuk menawarkan hasil pertanian keluaran tempatan dipasarkan di premis mereka. "Di samping itu, kita juga berhubung dengan rakan-rakan di negeri-negeri lain bagi mencari ruang pasaran. Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) juga membuka 37 outlet pemasaran hasil pertanian seluruh negeri sebagai tambahan," jelasnya.
08 Apr 20
921
UniSZA Sedia Klinik 'Online' Percuma
KUALA TERENGGANU, 9 April - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil langkah tersendiri bagi mengekang penularan wabak COVID-19 apabila mewujudkan rundingan kesihatan secara 'online' untuk semua rakyat Terengganu.Usaha berkenaan dilaksanakan bagi mengelakkan orang ramai hadir ke klinik dan hospital yang boleh mendedahkan mereka dengan virus berkenaan.Menerusi aplikasi web TanyaDoktor.com, masyarakat negeri ini boleh mendapatkan nasihat kesihatan daripada doktor-doktor pakar perubatan UniSZA.Namun, buat masa ini perkhidmatan percuma itu hanya dibuka kepada penduduk Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sahaja.TanyaDoktor.Com beroperasi pada setiap hari Ahad hingga Khamis bermula jam 9 pagi dan berakhir pukul 4 petang.Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai khidmat kesihataan secara atas talian tersebut, boleh layari https://tanyadoktor.com.
08 Apr 20
325
PKP : Kedai Hardware, Alat Ganti Kenderaan Dibenar Beroperasi Dua Hari Seminggu
Grafik oleh - Khairulanuar Naim Mustafa.KUALA TERENGGANU, 8 April - Kerajaan Terengganu membenarkan empat jenis perniagaan beroperasi dua kali seminggu mulai semalam di sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir 14 April depan.Kenyataan bertarikh 6 April itu memaklumkan, perkhidmatan dan perniagaan kedai baja, kedai hardware, kedai menjual makanan haiwan dan kedai menjual alat ganti kenderaan hanya dibenar dibuka pada hari Isnin dan Khamis bermula 7 pagi hingga 2 petang.Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut selaras dengan arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN).Sementara itu, premis keperluan harian seperti pasaraya dan kedai runcit, premis kedai makan dan restoran (pandu lalu dan bungkus) serta farmasi atau kedai ubat boleh dibuka setiap hari pada pukul 7 pagi hingga 6 petang.Turut dibenar beroperasi setiap hari adalah pasar awam (7 pagi hingga 12 tengah hari), pasar borong (3 pagi hingga 9 pagi), klinik swasta (7 pagi hingga 9.30 malam) dan pusat pembaikian dan servis kenderaan (9 pagi hingga 2 petang).Di samping, perkhimatan isian petrol dan diesel dibuka pada pukul 7 pagi dan ditutup jam 8 malam setiap hari."Kedai serbaneka di stesen minyak pula dibuka pada waktu yang sama tetapi ditutup 6 petang," ujar kenyataan itu.Manakala, kompleks perniagaan, gerai makan tepi jalan, penjaja beredar, pasar malam, pasar pagi dan pasar tani tidak dibenarkan beroperasi sepenuhnya.
08 Apr 20
768
Ibadah Haji Tangguh : Belum Ada Keputusan Rasmi
Zulkilfli Mohamad Al-Bakri. Foto ihsan - The Star.PUTRAJAYA, 8 April - Semua pihak disaran menunggu kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi berkenaan isu urusan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, setakat ini tiada sebarang arahan yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi berhubung isu tersebut."Duta Besar Arab Saudi Ke Malaysia, TYT Mahmoud Hussien Saeed Qattan memaklumkan belum ada sebarang arahan daripada pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam isu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang info tidak sahih berkait perkara itu."Sama-sama kita berdoa agar Allah S.W.T menghilangkan wabak ini (COVID-19) dan kita mampu beribadat seperti biasa," tambah beliau.
08 Apr 20
60
COVID-19: PKP Diperketatkan Bagi Pastikan Hulu Terengganu Kekal Zon Hijau
Mohd AdliHULU TERENGGANU, 8 April-Tahap pematuhan rakyat Hulu Terengganu terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjaya meletakkan daerah berkenaan dalam kategori paling patuh pada PKP di Terengganu sejak ia dilaksanakan.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata kepatuhan terhadap PKP juga adalah kunci yang menentukan kejayaan daerah yang merupakan zon hijau yang mencatatkan kosong kes COVID19 dalam negeri ini.Katanya, untuk itu PKP di Hulu Terengganu akan diperketatkan lagi bagi memastikan tahap pengawalan COVID19 di daerah ini terkawal dan kekal berada dalam zon hijau."Dari PKP fasa 1 dan fasa 2, daerah Hulu Terengganu masih lagi menunjukkan kosong kes bagi covid19 dan merupakan antara kawasan hijau terutama di negeri ini. "Situasi ini memerlukan kita berusaha lebih kuat lagi untuk menentukan dan mengekalkan laporan kosong ini untuk daerah Hulu Terengganu."Jadi, dalam melaksanakan penegasan ini, pihak polis melakukan kerjasama yang baik dengan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan lain-lain agensi seperti RELA, Bomba, Pejabat Daerah dan Penguatkuasa Majlis Daerah mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh Pegawai Daerah sebelum ini untuk mengekang penularan COVID19," ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman ketika ditemui di IPD Hulu Terengganu hari ini.Mohd Adli mendengar laporan pegawai yang bertugas di pondok kawalan di Kuala BerangKatanya, sehingga kini perancangan bersama itu berada atas dasar yang betul kerana ia berjaya mengekang penularan kes di daerah hulu terengganu.Menurut Mohd Adli, semuanya mengikut jadual dan buat masa sekarang terdapat tujuh sekatan jalan raya iaitu di laluan-laluan utama masuk ke Hulu Terengganu."Hanya keluar rumah apabila perlu sahaja dan membawa bukti perjalanan tersebut, kalau tidak ada bukti, tidak boleh memberi pengesahan , maka kita akan arahkan untuk berpatah balik di sekatan-sekatan jalan raya."Manakala untuk kes-kes tangkapan, kesalahan sempena PKP di Daerah Hulu Terengganu, setakat ini adalah kosong lagi dan angka kosong ini bukan kerana pihak PDRM tidak membuat pemeriksaan dan kawalan, tetapi kita dapati angka kosong ini berpunca daripada pematuhan daripada masyarakat itu sendiri dan mereka benar-benar patuh," jelasnya lagi.Selain itu katanya, kerjasama daripada pemimpin-pemimpin masyarakat, ketua kampung, pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), badan bukan kerajaan(NGO) di kawasan daerah ini juga amat baik dengan pihak polis."Mereka sentiasa berhubung, memberi maklumat, mengemukakan aduan berkenaan apa jua kesalahan ataupun kejadian-kejadian yang berlaku dengan pelanggaran PKP ini dan pihak polis akan segera mengambil tindakan, pergi ke tempat-tempat yang diadukan itu, cuba untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan."Alhamdulillah, dengan ada kerjasama ini , kita lihat ia menjadi salah satu punca daerah Hulu Terengganu bagaimana pematuhan PKP begitu tinggi dan ekoran daripada itu, kes COVID19 di daerah ini adalah kosong," tambah beliau.
07 Apr 20
336
Gelandangan Sekitar KT Dipindahkan Ke Tempat Khusus
Operasi Pengumpulan yang dijalankan semalam.KUALA TERENGGANU, 8 April - Seramai 11 gelandangan di sekitar daerah ini yang rata-ratanya berusia 37 hingga 65 tahun telah dipindahkan ke dua lokasi bagi membendung penularan COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat berkata, sembilan daripada mereka telah dibawa ke Pusat Pemulihan dan Kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Marang, termasuk seorang yang disahkan positif dadah (pil kuda)."Manakala dua orang yang mempunyai penyakit mental telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata demikian selepas melakukan Operasi Pengumpulan Individu Gelandangan di sekitar Kuala Terengganu, semalam.Operasi tersebut turut melibatkan JKM, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Amal.Mengulas lanjut, Hanafiah memaklumkan, hasil operasi, tinjauan serta maklumat daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang ramai, pihaknya mendapati masih ada lagi golongan tersebut yang terlepas daripada operasi yang dijalankan."Justeru, menerusi penglibatan agensi-agensi ini, operasi seumpama ini akan dilaksanakan lagi dalam masa terdekat."Ia bagi memastikan kesemua gelandangan berjaya dikumpulkan dan mereka akan dijaga dengan baik, kita tidak mahu ada yang tertinggal," tambah beliau.
07 Apr 20
83
COVID-19: Giliran Warga Flat Bijangga Terima Bantuan
Oleh : Rizauddin Mohammad SabriDUNGUN, 7 April - Prihatin dengan mereka yang kehilangan punca pendapatan disebabkan wabak COVID-19, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli terus mengambil inisiatif menyumbangkan barangan keperluan dapur kepada masyarakat setempat.Menerusi kerjasama Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bijangga, hari ini tiba giliran warga flat kampung itu menerima bantuan apabila sebanyak 257 pek keperluan asas khususnya barangan makanan yang berharga RM100 setiap satu disediakan kepada komuniti terbabit.Jelas Wan Hassan, selain keluarga miskin pemberian tersebut juga turut disumbangkan kepada isi rumah yang terjejas teruk akibat wabak pandemik ini terutamanya sejurus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh kerajaan pada pertengahan Mac lalu.Tambahnya, pihak Ahli Parlimen Dungun tidak pernah sesekali pilih kasih dalam memberikan bantuan kepada rakyat."Malah, saya sentiasa mengingatkan kesemua MPKK untuk sentiasa santuni dan perhalusi warga kampung agar mengutamakan mereka yang betul-betul memerlukan terlebih dahulu," ujarnya kepada pemberita selepas mengagihkan bantuan kepada warga flat berkenaan, hari ini.Turut hadir ketika majlis penyampaian sumbangan itu, Pengerusi MPKK Kampung Bijangga Che Alias Muda.Sementara itu, Che Alias mengharapkan, penduduk dapat manfaatkan sebaiknya sumbangan yang diberikan disamping dapat mengeratkan lagi hubungan antara MPKK dan komuniti setempat."Kami telah membuat jadual khusus untuk agihan sumbangan ini, dimana kami telah mengehadkan kepada separuh penerima terlebih dahulu untuk mengambilnya hari ini dan selebihnya akan disempurnakan esok," katanya.Menurut Alias, langkah itu dilaksanakan bagi menyambut baik arahan pihak kerajaan untuk mengamalkan 'social distancing' sementara dapat mengurangkan kadar kesibukkan sepanjang majlis penyampaian sumbangan kepada warga Flat Bijangga.
07 Apr 20
617
Terengganu Bakal Jadi Hab Kenaf
Khairuddin (kiri).Oleh : Muhammad A RahmanSETIU, 7 April - Terengganu bakal menjadi hab kenaf di Malaysia selepas Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bercadang untuk mewujudkan Kenaf Terengganu Valley seluas 10,000 hektar di daerah ini.Menterinya, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali berkata, beliau telah berbincang dengan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam mengenalpasti kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan."Setakat ini, tanaman kenaf sudah ditanam sejak tahun 2016 di daerah Setiu seluas 230 hektar dan kawasan utama penanaman adalah di Kampung Guntung dan Kampung Bahagia."Terdapat 296 orang penanam berdaftar di Terengganu dan 119 daripada Setiu. Setiap seorang mengusahakan satu ke dua hektar tanah, jadi kita berhasrat untuk mengembangkan lagi," katanya ketika ditemui media kelmarin.Hadir sama, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LTKN) (Pengurusan dan Operasi), Idris Mohd Salleh, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik LTKN, Mohd Fadzhel Mohd Nasir.Tambah beliau, di Setiu juga terdapat kilang pemprosesan 'non-voven thermoboarding'."Yang terletak di Kampung Saujana dan ia merupakan satu-satunya di Malaysia," jelasnya.Produk-produk kenaf terkenal dengan sifatnya yang mesra alam serta mudah lerai.Antara produk kenaf adalah bekas makanan 'biodegradable', fiber tilam, kit pakai buang hospital dan 'Pet Litter'.
07 Apr 20
202