Artikel "Semasa" Terkini
Individu Keluar Rumah Selepas Jam 8 Malam Akan Ditangkap
Dato' Roslee Chik.KUALA TERENGGANU, 13 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menangkap rakyat Terengganu yang berkeliaran selepas jam 8 malam tanpa sebarang sebab.Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee Chik berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tersebut terhadap mana-mana individu yang ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Katanya, walaupun sudah hampir sebulan PKP dilaksanakan, masih ada antara rakyat Terengganu yang memberi alasan tidak munasabah apabila keluar rumah."Contohnya mahu membeli air, makanan, barangan dan sebagainya walaupun sudah dimaklumkan operasi perniagaan di negeri ini hanya beroperasi sehingga jam 6 petang."Kita terpaksa ambil tindakan tegas seperti ini bagi memastikan rantaian COVID-19 ini terputus," katanya kepada media kelmarin.Mengulas tentang kesesakan lalu lintas di beberapa laluan di negeri itu, Roslee berkata, pertambahan kenderaan berlaku mungkin disebabkan beberapa premis perniagaan seperti bengkel kereta dan peralatan pertukangan yang dibenarkan beroperasi kembali."Sebelum ini, sepanjang PKP jumlah kenderaan adalah antara 5,000 hingga 6,000 namun kita lihat ada pertambahan sehingga 9,000 kenderaan sejak semalam."Mereka beralasan mahu ke bank, membeli makanan dan sebagainya, jadi kita benarkan tetapi kita harap alasan yang diberikan itu adalah benar," tambah beliau.
13 Apr 20
173
'GanuShop' : 800 'Runner' Disediakan Di Seluruh Terengganu
Nurkhuzaini Ab Rahman.KUALA TERENGGANU, 13 April - Seramai 800 penghantar makanan atau runner 'GanuShop' beroperasi pada Ramadan tahun ini dan kerajaan negeri akan menanggung elaun 'standby' mereka.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, caj penghantaran makanan pula diletakkan pada kadar yang minima berbanding harga pasaran.Jelasnya, dua inisiatif itu bagi mengelakkan harga makanan meningkat di samping menggalakkan orang ramai untuk memiliki juadah berbuka puasa dan sahur secara atas talian."Kerajaan negeri bersetuju untuk membayar kos elaun tersebut kepada 25 penghantar makanan di setiap DUN."Ia sekali gus mewujudkan 800 peluang pekerjaan (runner) di sepanjang bulan Ramadan lebih-lebih lagi dalam suasana tidak menentu ini," katanya semasa Wawancara Khas di Studio TV Darul Iman hari ini.Menurut beliau, orang ramai yang berminat untuk menjadi penghantar makanan boleh membuat permohonan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN masing-masing."Segala permohonan mesti dibuat di PKM sebaik sahaja aplikasi ini dilancarkan," jelasnya.Dalam pada itu, Nurkhuzaini berkata, tahap kebersihan setiap makanan yang dijual juga akan dipastikan berada pada tahap terbaik."Walaupun makanan dimasak di rumah dan terlindung daripada orang ramai, kita tetap akan pastikan makanan tersebut bersih."Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah bersetuju untuk melakukan tinjauan dari rumah ke rumah (penjual) secara rawak di sepanjang bulan Ramadan," tambah beliau.
13 Apr 20
62
Penghuni Madrasah Quran Terharu Layanan Petugas Kesihatan
Madrasatul Quran Kubang Bujuk.KUALA TERENGGANU, 13 April - Penghuni serta kakitangan Madrasatul Quran Kubang Bujuk di sini terharu dengan layanan yang diberikan petugas kesihatan kepada mereka semasa dirawat sebagai pesakit COVID-19 baru-baru ini.Guru madrasah tersebut, Ustaz Hasbullah Yusof berkata, semua petugas telah bersusah payah merawat dan memeriksa seramai 349 orang yang disyaki positif pandemik berkenaan."Setiap hari mulai 14 Mac hingga 4 April petugas telah memberikan perkhidmatan yang begitu cemerlang dengan memeriksa seramai 231 pelajar, 116 kakitangan dan dua orang awam."Bermula di kuarters empat tingkat, kemudian bergerak dari rumah ke rumah dengan pakaian yang begitu panas pada waktu yang panas, sangat besar pengorbanan mereka kepada kami," katanya dalam satu kenyataan.Beliau juga turut menzahirkan penghargaan kepada pihak kerajaan negeri kerana membantu penghuni madrasah itu pulih dan bebas COVID-19."Terima kasih kepada semua warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi Terengganu yang begitu mengambil berat tentang kami."Juga untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu yang bersusah payah menghantar kami pulang ke kampung," tambah beliau.
12 Apr 20
32
'GanuShop' Dilancar 15 April, Ganti Bazar Ramadan
Orang ramai boleh memuat turun aplikasi 'GanuShop' di Play Store bermula 15 April.KUALA TERENGGANU, 13 April - Aplikasi bazar Ramadan 'online' Terengganu atau 'GanuShop' dijangka akan dilancarkan pada 15 April ini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, aplikasi yang mengandungi elemen peniaga, pembeli, penghantar makanan dan proses pembayaran itu adalah pengganti kepada penganjuran bazar Ramadan tahun ini."Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan mengetuai setiap sistem dan operasi yang akan dilancarkan paling awal pada 15 April nanti."Sekarang ini kita 'running test' aplikasi itu dengan melibatkan lebih 30 usahawan dan ia sudah di fasa akhir."Kita mahu setiap usahawan yang sudah biasa dengan sistem itu memberi komen balas agar tidak timbul sebarang masalah selepas dilancarkan kelak," katanya dalam Wawancara Khas di Studio TV Darul Iman hari ini.Nurkhuzaini berkata, aplikasi bazar online itu akan dilancarkan pada 15 atau 16 April.Mengulas lanjut, Nurkhuzaini berkata, pendaftaran melibatkan peniaga dan penghantar makanan pula akan diuruskan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula pada hari pelancaran.Ujarnya, keutamaan diberikan kepada 7,180 peniaga bazar Ramadan tahun lalu kerana operasi penyediaan makanan mereka sudah dipantau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Jadi untuk pendaftaran baharu, kita ikut 32 DUN, PKM masing-masing akan buat pemilihan selepas setiap peniaga mendaftar secara 'online' di 'link' yang akan kita berikan semasa pelancaran nanti."Mesyuarat penyelarasan atau taklimat juga akan dibuat bersama semua wakil DUN seluruh Terengganu," jelas beliau.
12 Apr 20
109
COVID-19: 199 Penggiat Pelancongan Terengganu Bakal Terima Bantuan 'One Off'
KUALA TERENGGANU, 12 April- Kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan wang tunai berbentuk sekali bayar (one off) kepada penggiat industri pelancongan yang terjejas akibat COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, seramai 199 penggiat pelancongan di negeri ini telah dikenal pasti layak menerima bantuan berkenaan."Mereka terdiri daripada 48 orang pengayuh beca serta 17 orang pemandu bot penambang."Termasuk juga 99 orang pemandu pelancong bandar dan pemandu pelancong alam semulajadi serta 35 orang Malim Gunung daerah Dungun," ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media Pelan Cakna Rakyat Dalam Menangani Wabak COVID-19 Bagi Sektor Pelancongan Negeri Terengganu di Duyung Marina & Resort, hari ini.Ariffin berkata, jumlah bantuan 'One Off' yang akan diterima oleh para penggiat pelancongan terbabit bakal diumumkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam masa terdekat.Menurut beliau, bantuan berkenaan merupakan antara tindakan segera dan utama pelan strategik pelancongan negeri dalam usaha untuk mengembalikan kerancakkan ekonomi dalam sektor pelancongan di negeri ini.
11 Apr 20
113
COVID-19: Seluruh Pasar Utama Terengganu Selesai Dinyah Cemar
Operasi yang dijalankan pagi tadi.KUALA TERENGGANU, 10 April - Kerajaan negeri telah melakukan operasi nyah cemar di seluruh pasar yang menjadi tumpuan orang ramai di Terengganu hari ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, operasi di 42 pasar terkemuka itu melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT)."Kita memilih pasar kerana ia merupakan kawasan tumpuan orang ramai yang kita yakin virus tersebut mudah merebak di tempat ini."Operasi seperti ini kita akan jalankan bergantung kepada situasi semasa wabak tersebut termasuk kejadian kes di Terengganu," katanya ketika ditemui media selepas operasi disinfeksi di Pasar Borong Gong Pauh, di sini hari ini.Turut menyertai operasi itu adalah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, serta Pengarah Jabatan Persekitaran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil.Anggota bomba yang bertugas di barisan hadapan.Sementara itu, mengulas operasi di daerah Kemaman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Jusman Ibrahim ketika dihubungi berkata, proses nyah cemar telah bermula sejak 16 Mac lalu yang diadakan secara berkala."Ia melibatkan lokasi-lokasi seperti pasar awam, tandas awam, taman rekreasi awam, perhentian bas, rumah ibadat dan premis makanan dan bukan makanan milik MPK."Hari ini kita buat secara bersepadu di setiap daerah, bagi menyekat penularan wabak pandemik itu."Kerja-kerja nyah cemar ini juga sedang diperluaskan kepada 191 buah rumah ibadat di Daerah Kemaman," jelasnya.Menurut Jusman lagi, pihak Majlis juga mendapat tajaan bahan serta peralatan nyah cemar daripada Syarikat Malay Sino Chemical Industries dan Joo Hin Hardware & Machinery.Proses nyah cemar di Kemaman."Selain itu, Syarikat Encompass Industrial juga turut menyumbang peralatan PPE iaitu sarung tangan bagi kegunaan anggota semasa menjalankan kerja-kerja nyah cemar," tambah beliau.
10 Apr 20
27
COVID-19: PKP Dilanjutkan Bermula 15 Hingga 28 April
Foto Oleh: BernamaPUTRAJAYA, 10 April - Perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dilanjutkan bermula 15 April hingga 28 April bagi mengawal penularan dan memutuskan rantaian wabak COVID19.Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebentar tadi dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara, hari ini.Beliau berkata, pelanjutan PKP dua minggu ini selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya PKP tidak ditarik terlalu awal."Atas nasihat Kementerian Kesihatan kerajaan memutuskan untuk melanjutkan PKP selama dua minggu lagi iaitu bermula 15 April sehingga 28 April."Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat ," ujarnya.Beliau juga berkata, melalui usaha-usaha yang telah dibuat, kes-kes positif Covid-19 adalah terkawal pada kadar tujuh peratus, iaitu di bawah 'benchmark' 10 peratus yang ditetapkan oleh WHO.Muhyiddin juga berkata, meskipun unjuran dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang PKP hampir sebulan lalu menyaksikan pengurangan kebolehjangkitan Covid-19, situasi itu tidak boleh diambil mudah."Namun begitu, kita tidak boleh mengambil mudah situasi yang sedang berlaku. Penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan."Malah usaha mencegah wabak mesti diperhebatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan termasuk memberi tumpuan khusus kepada kumpulan sasar yang dikenal pasti punca penularan wabak," katanya.Terdahulu, Malaysia telah menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu dan kini bakal memasuki fasa ketiga selepas berakhirnya fasa kedua pada 14 April.
10 Apr 20
33
COVID-19 : Topeng Muka Diedar Ke Setiap Rumah
Dr Alias Razak. Foto oleh - Pok Abbas.KUALA TERENGGANU, 10 April - Kerajaan akan mengagihkan empat keping topeng muka secara percuma kepada setiap isi rumah di seluruh Terengganu bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak mengatakan, edaran dari rumah ke rumah itu akan dilaksanakan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)."Topeng tersebut sudah ada di daerah masing-masing, insya-Allah ia akan diedarkan dalam masa terdekat."Kita juga minta orang ramai, supaya bersabar dan tidak menyerbu ke rumah MPKK bagi mendapatkan 'mask', tunggu sahaja di rumah," katanya ketika ditemui media selepas operasi disinfeksi di Pasar Borong Gong Pauh, di sini hari ini.Mengulas lanjut beliau mengharapakan agar orang ramai memanfaatkan sebaik mungkin pemberian topeng muka itu."Pakai apabila perlu sahaja, terutamanya ketika keluar rumah, ketua keluarga yang membeli keperluan rumah dinasihatkan untuk memakai."Kita mahu mengekalkan kesihatan semua rakyat dengan mengelakkan virus ini tersebar dengan mudah," tambah beliau.
09 Apr 20
40
Kerajaan Terengganu Bayar Elaun 'Runner' Bazar Online
Dr Alias Razak.KUALA TERENGGANU, 10 April - Kerajaan Terengganu akan membayar elaun khas kepada penghantar makanan di sepanjang Bazar Ramadan 'Online' berlangsung.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak memaklumkan, kerajaan negeri juga akan menurunkan caj penghantaran makanan ke setiap rumah yang dibuat 'runner' berdaftar."Jadi, harga makanan tidak meningkat secara keterlaluan dan apa yang penting ia tidak membebankan orang ramai."Peniaga dan pasar yang ada (berdaftar) akan dikumpulkan dalam satu aplikasi, sejak kerajaan negeri mengumumkan pembatalan penganjuran bazar Ramadan seramai 7,180 peniaga sudah berdaftar untuk urus niaga secara dalam talian mereka akan dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)."Walau bagaimanapun, maklumat dan keputusan rasmi akan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman dalam masa terdekat," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas operasi disinfeksi di Pasar Borong Gong Pauh, di sini hari ini.Pada 30 Mac lalu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan virus COVID-19 merebak.Sehubungan dengan itu, beberapa alternatif termasuk mewujudkan bazar Ramadan 'Online' telah dipertimbangkan bagi mengurangkan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung peniaga."Para peniaga disaran untuk mengusahakan pemasaran perniagaan secara dalam talian (online) selain membuat perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk sebarang bentuk produk termasuk makanan," tambah beliau.
09 Apr 20
100
Ahli Parlimen Dungun Pulang Balik Duit BPN
Wan Hassan. Foto ihsan - Rosli Ilham, Harian Metro.DUNGUN, 10 April - Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli akan memulangkan kembali duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diterimanya kepada pihak kerajaan.Wan Hassan berkata, beliau sudah membuat semakan dan mendapati bantuan sebanyak RM1,600 itu masih belum dikreditkan ke dalam akaunnya."Selepas ini, jika wang itu dimasukkan, saya akan menulis surat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengembalikan semula wang itu."Saya berharap LHDN dapat melupuskan nama saya dalam sistem kerana saya merasakan diri saya sangat tidak layak," katanya kepada Harian Metro semalam.Terdahulu, beliau merasa terkejut selepas dimaklumkan layak mendapat BPN dan perkara tersebut menjadi tular dalam masyarakat."Ketika itu saya sedang bermesyuarat tentang pembahagian bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 di Pejabat PAS Kawasan Dungun, kira-kira jam 10 pagi."Rakan memaklumkan kelayakan saya yang ditularkan oleh orang ramai itu saya kemudian saya membuat semakan dan terkejut perkara itu sememangnya benar."Saya menghentikan mesyuarat sekejap dan menghubungi isteri serta anak untuk bertanya sama ada mereka ada membuat permohonan."Namun mereka mengatakan tidak membuat sebarang permohonan,” tegasya.
09 Apr 20
105