Artikel "Semasa" Terkini
Jangan Bosan Membantu Rakyat Marhaen
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 15 April - Jangan pernah bosan untuk terus membantu rakyat marhaen dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Nering, Abd Aziz Mat Zin berkata, ketua kampung mestilah bertanggungjawab terhadap ahlinya agar tidak ada yang tercicir dari menerima bantuan."PKP menyebabkan ramai penduduk kampung terjejas terutama yang bergelar sebagai petani dan buruh, akibatnya mereka tidak mempunyai sumber untuk mendapatkan makanan asasi."Pembahagian bantuan mestilah adil tanpa mengira latar belakang politik kerana setiap tindakan kita akan meninggalkan kesan dalam diri mereka," jelasnya.Beliau berkata demikian kepada media ketika menyampaikan sumbangan di Kampung Gong Nering, Jerteh, pada semalam.Menurutnya, agihan bantuan wang tunai dari kerajaan Terengganu merupakan salah satu bantuan rangsangan fasa 4 bagi membantu mereka yang terjejas akibat Covid-19."Pihak saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan semua rakyat berhak mendapat bantuan bagi melancarkan kelangsungan hidup," ujarnya.Beliau juga berharap agar rakyat dapat mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh perdana menteri supaya sentiasa berada di rumah bagi mengelakkan penularan wabak.
14 Apr 20
525
Anak Terengganu Terjejas Di Luar Negeri Tidak Dipinggirkan
Zulkifli (kiri) ketika mengumpulkan sumbangan untuk diagihkan.KUALA TERENGGANU, 15 April - Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) Johor akan menggandakan usaha bagi menghulurkan bantuan kepada anak negeri itu yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Wakil PERANTAU, Zulkifli Ibrahim berkata, setakat fasa satu dan dua, pihaknya telah memberikan bantuan kepada lebih 30 keluarga yang layak."Ia membabitkan keluarga di daerah Tebrau, Pengerang dan Pasir Gudang yang kebanyakan mereka pekerja kontrak seperti di syarikat berasaskan petroleum."Mereka menerima gaji harian, bergantung kepada projek, waktu sekarang banyak projek dihentikan, jadi mereka tiada gaji dan mereka sedikit terbeban."Sumbangan yang kita berikan adalah berbentuk barangan keperluan rumah (fasa satu), dan wang ringgit (fasa kedua)," katanya ketika dihubungi media semalam.Mengulas lanjut, Zulkifli turut mengalukan-alukan kepada anak Terengganu di Johor yang terjejas supaya menghubungi pihaknya bagi mendapatkan bantuan."Juga kepada sesiapa yang mempunyai kenalan atau mengenali anak-anak Terengganu di Johor yang memerlukan, boleh hubungi kami PERANTAU Johor atau saya (Zulkifli) di talian 019-7550778."Semoga sedikit sebanyak sumbangan daripada kami dan kerajaan negeri ini dapat memberi manfaat kepada semua," tambah beliau.Baru-baru ini kerajaan Terengganu mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk disalurkan kepada seluruh anak Terengganu di seluruh Malaysia.
14 Apr 20
49
Pengusaha Kedai Gunting Terengganu Sokong Larangan Kerajaan
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 14 April - Rata-rata pengusaha kedai gunting di Terengganu menyokong tindakan kerajaan melarang premis tersebut daripada beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan wabak COVID-19.Pengusaha Ocean Barbershop, Ahmad Shahir Razali berkata, dia bersetuju dengan keputusan yang dibuat kerajaan itu memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan gagal menepati penjarakkan sosial (social distance)."Saya berpendapat, tindakan kerajaan ini bukan untuk menutup periuk nasi pengusaha kedai gunting tetapi lebih memikirkan soalan keselamatan, kesihatan dan nyawa kami dan pelanggan," ujarnya kepada pemberita.Ahmad Shahir berkata, rata-rata pelanggannya memahami dan turut bersetuju dengan langkah yang diambil oleh kerajaan."Kita jangan takut soal rezeki insyaAllah rezeki ada di mana-mana, selagi kita masih hidup rezeki pun hidup," ujarnya yang mempunyai tiga cawangan kedai gunting.Sementara itu, Pemilik East Coast Barbershop, Tun Mohd Fuad Tun Ahmad menyifatkan, sektor perniagaan tersebut ibarat satu 'bom jangka' yang boleh menyebabkan jangkitan semakin parah."Kami dari 'Eastcoast' yang juga sebagai rakyat yang bertanggungjawab, harus memikirkan kesan akibat dari tindakan yang kita ambil dan melupakan soal keuntungan buat seketika sehingga keadaan benar-benar selamat," katanya yang kini beroperasi di Kuala Terengganu.
14 Apr 20
735
MPKK DUN Bukit Besi Telus Agih Bantuan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 14 April -Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi telus dalam mengagihkan bantuan kepada rakyat yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.Pengerusi MPKK Felda Jerangau Cawangan A, Mohd Sidek Muhammad berkata, semua bantuan samada dari kerajaan mahupun dari Badan Bukan Kerajaan (NGO), Felda Global Ventures (FGV) serta Ahli Parlimen diagihkan tanpa mengira parti dan perkara berkenaan diketahui semua pihak."Ketiga-tiga MPKK duduk semeja berbincang dengan wakil Felda, Gerakan Penerokawati (GPW), Pertubuhan Warisan Generasi Kebangsaan (Generasi) juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR)."Ianya tidak sebagaimana dakwaan mengatakan ianya diagihkan secara sembunyi dan hanya diberikan kepada pihak tertentu sahaja," ujarnya ketika dihubungi pihak media, hari ini.Katanya, ketiga-tiga cawangan MPKK melakukan perkara yang sama dimana agihan dilakukan tanpa mengira parti."Kerana semuanya kami anggap makan nasi dan memerlukan keperluan asas untuk terus hidup."Muafakat Nasional terjalin dengan baik di kalangan masyarakat Felda Jerangau," ujarnya.Sementara itu, Pengerusi MPKK Taman Indah, Zakiah Alias turut menafikan sumbangan diagihkan secara sembunyi."Jika dikatakan benar, mana buktinya? Kita telah agihkan dengan telus dan adil tanpa melihat pun kepada parti."Kami telah jalankan tanggungjawab dengan mengagihkan semua bantuan yang sampai kepada orang yang layak, malah kami ada senarai penerima beserta tandatangan dan boleh kemukakan bukti jika diperlukan," ujarnya.
14 Apr 20
169
'Biru, Oren, Hijau, Semua Kita Bagi' - ADUN
KUALA TERENGGANU, 14 April - Bantuan keperluan harian dan kewangan sentiasa disalurkan kepada semua rakyat tanpa mengira ideologi serta pendirian politik mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, prinsip itu sentiasa ditekankan kepada semua petugas Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) ketika mahu mengagihkan sumbangan.
"Daripada maklumat yang saya perolehi, memang bantuan kita agihkan kepada semua, sama ada UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), PAS dan lain-lain parti.
"Kita juga menerima saranan daripada pihak UMNO, mereka memberi cadangan nama untuk disampaikan kepada rakyat yang mereka rasa layak menerima bantuan," katanya ketika dihubungi media hari ini.
 Ahli Jawatankuasa UMNO DUN Bandar menerima sumbangan daripada MPKK.
Dalam perkembangan sama, ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong menegaskan, walaupun berbeza fahaman politik, setiap rakyat tidak harus dimangsakan.
Ujarnya, rakyat berhak mendapat layanan adil daripada semua pihak .
"Jika mereka daripada parti yang tidak sama dengan kita, tetapi dia layak mendapat bantuan, zalim sekiranya kita pinggirkan mereka.
 Pengerusi MPKK Hiliran Jejawi (kiri) menyerahkan bantuan duit kepada bekas JKKK.
"Itu yang kita belajar, dan itulah yang saya praktikan di lapangan, di DUN saya, kesemua rakyat yang tidak berkemampuan kita santuni.
"Kita tetap berikan mereka bantuan keperluan rumah, kewangan dan sebagainya," jelasnya.
Tegas Sulaiman lagi, orang ramai yang berada di luar kawasan diminta untuk merujuk kepada penduduk kampung yang terlibat dahulu sebelum mengeluarkan apa kenyataan.
"Kita tidak mahu timbul sebarang masalah atau isu yang boleh membawa fitnah dan perpecahan dalam masyarakat," tambah beliau.
Ahli parti Amanah turut tidak dipinggirkan.
Â
Â
14 Apr 20
166
COVID-19 : Bawa Pulang Pelajar Di Mesir Bukan Langkah Terbaik - ALBAB
KUALA TERENGGANU, 14 April- Pertubuhan Alumni Lepasan Blok Asia Barat (ALBAB) menegaskan, beberapa pertimbangan perlu diteliti pelbagai pihak terutama ibu bapa sebelum mengambil keputusan membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Kaherah, Mesir.Pengerusi ALBAB, Dr. Samsul Azhar Yahya mezahirkan kebimbangan tetang kebarangkalian wujudnya kluster baharu wabak Covid-19 akibat keputusan itu."Kemungkinan untuk wabak ini merebak agak tinggi apabila berada di dalam perjalanan pulang melebihi 8 jam kerana tiada jaminan bahawa semua yang berada di dalam penerbangan tersebut bebas dari jangkitan."Kita tidak mahu kluster pelajar Mesir menjadi salah satu kluster baru pandemik ini di Malaysia," katanya melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.Jelasnya, usaha membawa pulang para pelajar berkenaan juga bakal menimbulkan lebih banyak masalah kerana mereka turut berisiko tercicir dan terlewat kuliah apabila pusat pengajian kembali dibuka nanti."Mesir pada ketika ini telah menutup pintu kemasukan orang luar serta syarikat pelancongan dan ia bakal menyukarkan  pelajar untuk kembali semula ke Mesir selepas tempoh penangguhan."Tambahan pula, mengikut statistik yang disahkan Covid-19 setakat ini, statistik di Mesir masih rendah  berbanding negara lain yang mempunyai lebih ramai pelajar termasuk Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom dan beberapa buah negara Eropah lain," katanya.Tambah Syamsul Azhar, Wisma Putra turut menasihatkan para pelajar di luar negara untuk terus kekal di lokasi mereka menetap sehingga situasi pulih.Berdasarkan hal itu, beliau menasihatkan mana-mana pihak yang ingin membawa pulang pelajar dari Mesir supaya berunding  dengan pihak kedutaan dan Pengarah Education Malaysia Egypt (EME) kerana langkah itu nyata tidak menguntungkan."Saya  telah berhubung  dengan beberapa pihak  termasuk EME dan diberi jaminan pelajar berada dalam keadaan terkawal di rumah sewa dan di rumah negeri  di bawah pemantauan kerajaan negeri dan penaja serta tidak terputus bekalan makanan."Jangan  memberi gambaran  yang menakutkan kepada ibu bapa di Malaysia. Pihak ketiga seharusnya bekerjasama dengan pihak kedutaan untuk lebih menyediakan kemudahan atau khidmat nasihat untuk pelajar terus berada di Mesir," katanya.
14 Apr 20
104
Kadar Zakat Fitrah Di Terengganu RM7 Seorang
Foto Oleh: GoogleKUALA TERENGGANU, 14 April-Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menetapkan kadar fitrah bagi tahun ini tidak kurang RM7 setiap orang.Yang Dipertua MAIDAM, Dato’ Osman Muda berkata, kadar fitrah yang ditetapkan dibuat setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.Jelasnya, kadar itu bersamaan dengan nilai satu gantang Baghdad atau 2.60 kilogram atau 2.97 cupak beras."Pembayaran zakat boleh dibuat secara tunai kepada amil bertauliah, bayaran dalam talian menggunakan aplikasi Snap & Pay menerusi aplikasi ‘Google Play’ dan ‘Play Store’ serta ‘Financial Process Exchange’ (FPX) yang boleh diakses menerusi portal rasmi www.maidam.gov.my.“Selain itu, pembayar juga boleh menggunakan saluran perbankan Internet yang dilantik oleh MAIDAM. Maklumat berkaitan boleh diperoleh di www.maidam.gov.my,"katanya pada kenyataan di sini, hari ini.Osman juga berkata pihak MAIDAM menggalakkan umat Islam melaksanakan pembayaran zakat dan fitrah secara atas talian untuk disesuaikan dengan keadaan negara yang dilanda Covid-19 ketika ini.Osman berkata, pembayar yang tertakluk di bawah arahan kuarantin dinasihati supaya mewakilkan bayaran zakat fitrah dan zakat lain kepada orang lain atau menggunakan aplikasi dalam talian.Tambahnya lagi, MAIDAM mengenakan peraturan yang ketat ke atas prosedur penerimaan zakat dan fitrah oleh amil pada tahun ini disebabkan larangan PKP yang dikuatkuasakan."Para amil dikehendaki mematuhi segala arahan dan peraturan pihak kerajaan dari semasa ke semasa termasuk penjarakkan sosial ketika berurusan dengan pembayar, memakai penutup mulut dan hidung serta tidak berjabat tangan ketika berurusan,"ujarnya.
14 Apr 20
145
COVID-19 : Polis Perketat Sekatan Jalan Raya Di Dungun
Oleh : Adli Mohamad /Asraf IkhwanDUNGUN, 14 April - Sekatan Jalan Raya di daerah ini terus diperketatkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu sebagai satu langkah bagi memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bagi menyekang penularan wabak COVID-19.Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ianya melibatkan 16 'check point' di tiga buah kampung iaitu Tok Kah, Teluk Lipat dan Sungai Buaya"Manakala tiga sekatan jalan raya kekal beroperasi 24 jam yang diadakan di Kuala Abang, Paka, serta hadapan KFC Dungun."Dengan menempatkan anggota polis dengan bantuan tentera dan Rela, kita perkemas sekatan dimana pengguna jalan raya yang memberikan alasan remeh temeh dikehendaki berpatah balik."Kecuali yang betul-betul terdesak, kalau alasan tidak munasabah kita akan kenakan kompaun," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, hari ini.Katanya, kompaun yang dikenakan itu bukan bertujuan menganiayai pengguna jalan raya tetapi mahu PKP dapat dipatuhi sepenuhnya apabila telah memasuki fasa ketiga serta tidak dipandang remeh oleh masyarakat."Contoh alasan yang diberikan seperti nak beli roti canai, terpaksa ke 'Watson' membeli pencuci muka, ini bukan musim biasa, kalau musim biasa tidak menjadi masalah ini musim PKP."Termasuklah alasan semata-mata nak ke bank kerana nak memeriksa kemasukan duit 'Bantuan Prihatin Nasional' serta ada yang ambil peluang beralasan untuk membaiki kereta apabila berlaku kelonggaran dimana bengkel mula dibenarkan untuk dibuka."Sedangkan tiada keperluan untuk bergerak pun kecualilah terlibat dengan urusan yang sangat mustahak, "ujarnya.Katanya, bagi mengekang pergerakan orang ramai, 'drone' turut digunakan bagi mengesan lorong-lorong tikus serta mengetahui tentang keadaan lalu lintas semasaSetakat ini katanya, sepanjang PKP dilaksanakan sebanyak 33 kompaun telah dikeluarkan terhadap mereka yang mengingkari perintah berkenaan.Selain sekatan jalan raya, PDRM katanya turut menjalankan rondaan ke kampung-kampung  bagi memastikan PKP dapat dipatuhi semua pihak.
14 Apr 20
451
COVID-19 : Terengganu Lanjut Tempoh Penangguhan Aktiviti Masjid, Surau Sehingga 28 April
Foto: Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU, 14 April - Tempoh penangguhan semua aktiviti masjid dan surau di Terengganu dilanjutkan sehingga 28 April ini, selari dengan keputusan Kerajaan Persekutuan melanjutkan jangka masa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato' Osman Muda berkata, keputusan yang telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin itu turut terpakai kepada solat Jumaat dan solat fardhu.Menurut beliau, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan turut perkenan sekiranya tempoh PKP dilanjutkan selepas 28 April ini, maka penangguhan aktiviti keagamaan di masjid dan surau dalam Negeri Terengganu diselaraskan sama dengan tempoh pelanjutan PKP yang ditetapkan oleh kerajaan."Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan menzahirkan rasa dukacita atas kesulitan yang perlu dihadapi oleh rakyat jelata sehingga menyebabkan kehidupan harian terjejas disebabkan wabak COVlD-19."Baginda berharap supaya semua rakyat jelata bersabar dan terus berdoa lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak MAIDAM, hari ini.Osman berkata, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan turut berdoa agar semua rakyat jelata mampu menghadapi saat sukar ini dengan penuh rasa keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T."Dan baginda memohon kepadaNya agar wabak COVID-19 ini segera berakhir dan semua rakyat jelata berada dalam lindungan Allah S.W.T," ujarnya.
13 Apr 20
168
COVID-19 : Pekerja Kontrak Pengurusan Sisa Pepejal Terima Bantuan
Oleh : Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 13 April - Seramai 145 orang pekerja kontrak pengurusan sisa pepejal seluruh Kemaman yang melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, Kijal, Cukai dan Air Putih masing-masing menerima bantuan, kelmarin.Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar Majlis Perbandaran Kemaman, Siti Rahayu Mamat mewakili semua pekerja mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat yang telah menyampaikan sumbangan tersebut."Semua penerima ini terbahagi kepada pekerja kontrak kutipan sampah tong-tong awam untuk empat zon melibatkan 97 orang."Juga termasuk pekerja kontrak kutipan taman perumahan untuk 12 zon yang melibatkan empat orang pekerja bagi setiap zon."Mereka ini bekerja setiap hari dan tidak dibenarkan cuti tanpa alasan yang kukuh untuk memastikan pengurusan sisa pepejal berjalan dengan lancar," ujarnya ketika ditemui pemberita.Menurutnya, beliau turut mengharapkan agar insentif yang diberikan oleh kerajaan negeri itu dapat memberi semangat kepada mereka yang juga beraksi sebagai 'frontliner'."Saya mengharapkan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik di dalam suasana negara yang sedang dilanda wabak jangkitan COVID-19 ketika ini."Majlis Perbandaran Kemaman turut menyediakan topeng muka dan sarung tangan kepada setiap pekerja."Manakala setiap lori yang digunakan oleh mereka disinfeksi setiap hari. Ini bagi memastikan keselamatan mereka turut terjaga dan terpelihara," ujarnya.Kesemua mereka menerima bantuan berbentuk wang tunai, beras dan pelbagai barangan dapur yang disampaikan oleh Hanafiah Mat di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Cukai.
13 Apr 20
83