lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
MPKK Padang Kubu Agih Sumbangan Orang Ramai
Hazri Jusoh (tiga dari kiri) mengagihkan sumbangan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.Oleh: Alfian MamadKEMAMAN, 16 April - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Padang Kubu mengagihkan sumbangan berbentuk barangan dapur bagi golongan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada orang perseorangan dan orang ramai yang prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik akibat penularan wabak tersebut.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh yang turut turun padang mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang menunaikan tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat setempat."Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang turut mengambil cakna tentang kesusahan sesetengah penduduk di sini yang tidak dapat meneruskan kehidupan mereka seperti biasa akibat wabak ini."Walaupun tidak menyeluruh, sekurang-kurangnya telah melegakan beberapa keluarga yang amat memerlukan bantuan ini," kata beliau.Sebanyak 80 bungkusan barangan dapur yang bernilai RM50 sebungkus dapat dikumpulkan hasil seliaan MPKK Padang Kubu dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Ar Rijal Care.Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kijal menyatakan, selain itu kerajaan negeri turut memberikan sumbangan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dalam fasa-fasa yang diumumkan melalui Pakej Rangsangan Terengganu Cakna.
15 Apr 20
182
Empty Image
KMI Healthcare Keluar Dari Kebiasaan Operasi
Hospital KTS salah satu rangkaian KMI Healthcare menjanjikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit. Foto oleh - Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU, 16 April - KMI Healthcare telah keluar dari kebiasaan operasi perniagaan hariannya dengan menawarkan perkhidmatan dalam talian, penjagaan di rumah dan khidmat penghantaran di semua rangkaian hospitalnya; Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS), Kuantan Medical Centre (KMC), Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) dan Taman Desa Medical Centre (TDMC).Semua Hospital KMI kini menawarkan khidmat rundingan dalam talian, lawatan ke rumah dan perkhidmatan penghantaran dalam beberapa bidang terpilih seperti penjagaan kejururawatan, fisioterapi, farmasi, makanan dan kesihatan.Sejak awal Mac 2020, kebanyakan Hospital KMI telah mula menawarkan ujian COVID-19 rT-PCR untuk orang ramai dan memperluas perkhidmatannya kepada pandu lalu hingga akhir Mac 2020.Pengerusi KMI, YM Raja Dato’ Haji Idris Raja Kamarudin berkata, landskap yang dibawa oleh COVID-19 adalah salah satu kesan dalam skala terbesar yang pernah dilihat dunia pada abad ini. Ianya juga merupakan wabak yang pertama dihadapi oleh dunia moden dan digital."Oleh itu, sudah pasti kita juga harus mengubah cara kita menjalankan perniagaan kita dan terus bergerak maju ke hadapan kerana kita tidak pasti berapa lama lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berlaku."Sebagai contoh, KMC menawarkan perkhidmatan pengambilan di rumah untuk pesakit fisioterapi di hospital mereka, KTS menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan dari dapur mereka dan kedua-dua hospital kami di Lembah Klang KJMC dan TDMC menawarkan penghantaran ubat dari farmasi mereka dan banyak lagi perkhidmatan baharu lain yang telah dan akan ditawarkan," ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.Tambah beliau, panduan penting bagi operasi perniagaan telah disediakan untuk mengatasi sebarang masalah dan memastikan langkah-langkah penjarakan sosial diikuti dengan rapi. Polisi yang ketat telah dilaksanakan dan keselamatan barisan hadapan selalu menjadi keutamaan."Sebelum setiap lawatan, penilaian akan dibuat untuk mengelakkan potensi risiko. Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) yang betul dan langkah berjaga-jaga lain yang diamalkan oleh barisan hadapan akan memastikan keselamatan dan perlindungan semua kakitangan dan pelanggan kami.“Kami ingin memastikan bahawa pesakit dan pelanggan kami akan dijaga dengan baik walaupun terdapat situasi pandemik global ini dan hospital kami akan terus menjadi penyedia perkhidmatan kesihatan yang dipercayai oleh orang ramai,” katanya.Di peringkat hospital, KMI Hospital melakukan tindakan pencegahan termasuk pemeriksaan suhu bagi setiap orang yang masuk ke hospital, kaunter pemeriksaan khas, mengehadkan pintu masuk, maklumat dalam bentuk brosur dan poster COVID-19 serta mendorong amalan kebersihan tangan yang baik sejak global merebak pada awal Januari 2020.Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan konsultasi dalam talian mengenai masalah perubatan, diet dan fisioterapi, penghantaran ubat berjadual dan makanan tambahan, lawatan kejururawatan ke rumah dan pemeriksaan darah dan berkala yang lain, sila lawati laman web kami di www.kmihealthcare.com.
15 Apr 20
1642
Empty Image
242 Individu Ditahan Ingkar PKP Fasa Satu, Dua Di Terengganu
Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee ChikKUALA TERENGGANU, 15 April -Seramai 242 individu ditahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu dan dua yang berkuat kuasa mulai 18 Mac lalu hingga semalam di Terengganu.Daripada jumlah itu, seramai 80 individu ditahan pada PKP fasa satu dan selebihnya 162 individu ditahan pada PKP fasa dua yang berakhir semalam.Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee Chik berkata, masih ada lagi individu yang degil dengan memberi alasan tidak masuk akal untuk berada di luar rumah tanpa alasan munasabah."Ada antara individu yang ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) lebih tiga kali sehari dengan memberi alasan sama sahaja konon hendak membeli makanan dan barang keperluan."Malah, lebih menyedihkan dalam rondaan terutama di kawasan kampung, ada individu yang selamba 'melepak' seperti hari-hari biasa dan apabila ditanya, mereka menjawab sekejap sahaja," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.Roslee berkata, daerah Kemaman mencatatkan jumlah ingkar PKP tertinggi sehingga fasa dua iaitu 90 individu diikuti Kuala Terengganu seramai 59 individu.Katanya, bagi tempoh PKP fasa dua, sebanyak 264 notis kompaun dikeluarkan daripada 175 laporan polis diterima kerana kesalahan ingkar PKP iaitu bermula pada 8 April hingga semalam.Tambah beliau, sehingga semalam, sebanyak 173 kertas siasatan berkait kesalahan ingkar PKP dibuka yang mana 111 daripadanya sudah dituduh di mahkamah manakala 20 tidak diambil tindakan (NFA) dan 42 lagi masih dalam siasatan.Menurut Roslee, dalam fasa tiga bermula hari ini, pihaknya tidak akan lagi berkompromi dengan sebarang alasan terutama bagi individu yang dijumpai berada di luar selepas jam 8 malam kecuali kecemasan."Tindakan tegas ini selaras dengan kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, yang mana individu dikesan melanggar arahan PKP bermula hari ini akan terus ditangkap dan dibawa ke balai untuk proses membuka kertas siasatan sebelum didakwa di mahkamah kerana ingkar PKP," katanya.Selain itu, Roslee berkata, setakat hari ini, pihaknya tiada membuat sebarang tangkapan terhadap individu yang dikesan memalsukan surat pelepasan dan kebenaran perjalanan daripada majikan masing-masing.
15 Apr 20
54
Empty Image
Gagal Patuhi Jadual Penanaman, Petani Berdepan Masalah
Dr Azman menunjukkan kawasan tanah yang kering.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 15 April - Kegagalan mematuhi jadual penanaman padi bakal mengundang pelbagai masalah kepada petani sama ada dalam proses pembesaran mahupun penuaian. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kesedaran terhadap jadual amat penting bagi memastikan tidak berlaku kerugian kepada mana-mana pihak.Jelasnya, masalah kekeringan air dihadapi oleh sesetengah petani di perairan sawah Kerandang timbul bukan kerana ketiadaan air di empangan tetapi disebabkan penjadualan penanaman tidak serentak. "Kawasan sawah mula kering dan ada kawasan tanah yang sudah merekah. Dalam tempoh begini memang padi memerlukan air. Tanpa air, padi tak ‘masuk isi’ dan hasilnya tidak dapat dituai."Bekalan air adalah daripada Empangan Jajar, Besut yang mengairi sekitar 5,000 hektar tanah sawah kawasan IADA KETARA. "Sistem pengairan akan ditutup disebabkan ada kawasan ini padi mula dituai," beliau berkata demikian selepas meninjau sawah padi Kampung Kerandang, Jabi, semalam.Sistem pengairan sawah padi.Menurutnya, terdapat sebahagian daripada sawah dalam kawasan IADA KETARA seperti di kawasan Pohon Tal, Apal telah mula dituai.Namun, masih ada lagi yang berumur dalam lingkungan dua bulan dan masih memerlukan masa sekitar sebulan lagi untuk dijual."Secara mudahnya kawasan ini terlewat tabur. Sistem pengairan dalam kawasan padi IADA KETARA diuruskan secara berpusat. Kalau buka, semua dapat air. Tutup maknanya semua kering. "Kita tak boleh buka semula bekalan air kerana ia akan menganggu kerja menuai di kawasan lain. Jadi, kita perlu guna pam khas untuk pam air sungai ke kawasan yang perlukan air. Ia memerlukan kos tambahan.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, penambaikan serta disiplin para petani perlu ditingkatkan di masa depan bagi mengelakkan masalah ini berulang."Saya dah maklum kepada Pengarah IADA KETARA. Musim depan, sebelum mula musim baru, saya nak jumpa sendiri semua Ketua Tani dalam IADA KETARA."Semua mesti patuh kepada jadual penanaman. Yang ketinggalan tanpa alasan kukuh, saya tak berkompromi kerana ia memberi kesan kepada banyak pihak," tambahnya.
15 Apr 20
455
Empty Image
TADC Bantu Pasarkan Ikan Spesies Bernilai Tinggi
Dr Azman.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 15 April – Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) membantumemasarkan ikan sangkar spesies bernilai tinggi di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, TADC bertindak mengambil langkah itu dengan memasarkan hasil-hasil ikan di beberapa outlet yang terpilih di daerah Dungun dan Kuala Terengganu.Katanya, ia berikutan PKP yang dikuatkuasakan kerajaan menjejaskan jualan dan kewangan penternak ikan tersebut."Dalam konteks negeri ini, ikan sangkar seperti siakap dan kerapu hybrid saya istilahkan sebagai spesies bernilai tinggi. Ruang pasaran mereka sebelum ini adalah restoran dan perhotelan."Namun dalam tempoh PKP ini, operasi restoran dan perhotelan terhenti menyebabkan ikan tidak terjual."Jadi kita cuba mencari ruang secara berperingkat malah kerajaan negeri membantu dengan sekadar yang mampu dari segi pemberian makanan ikan," katanya ketika ditemui media di Kampung Alor Tok Kabar, semalam.Tambahnya, walaupun tiada insentif khusus untuk penternak, beliau akan berusaha mencari bantuan kewangan dan lain-lain bagi membantu meringankan beban."Insya-Allah dalam sedikit masa lagi apabila ruang di pasaran lebih terbuka saya meletakkan keyakinan, sedikit demi sedikit daripada ikan-ikan yang ada di sangkar ini boleh dijual."Mungkin dengan harga yang lebih rendah daripada sebelum PKP ini. Tapi sekurang-kurangnya kita tidak rugi walaupun tidak untung besar," jelasnya.Sementara itu, nelayan yang terlibat penangkapan ikan spesies gred A seperti kerapu, ikan merah atau kerapu pisang turut berdepan dengan sedikit masalah dari segi pasaran."Namun, ikan yang menjadi keperluan harian rakyat awam kategori gred biasa seperti kembung, selar atau selayang tidak menjadi masalah," tambah beliau.
15 Apr 20
66
Empty Image
SPM, SVM Dan STPM Ditunda Ke Suku Pertama 2021
Foto Oleh: NSTKUALA LUMPUR, 15 April - Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) memaklumkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan ditunda kepada suku pertama tahun depan.Bagi calon Sijil Tinggi Persekolahan (STPM), tarikh peperiksaan Semester 2 diubah kepada bulan Ogos 2020, manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.Ini termasuk peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga akan diadakan dalam suku pertama tahun depan.Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, berkata penundaan tarikh peperiksaan ini akan memberi kesan kepada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi."Oleh itu, KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menangguhkan tarikh kemasukan baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT)."Kemasukan bagi program asasi, matrikulasi dan diploma dibuat antara Julai atau Ogos 2021, manakala program ijazah sarjana muda pada September atau Oktober tahun depan," katanya di sidang media khas hari ini.
15 Apr 20
137
Empty Image
UPSR Dan PT3 Tahun 2020 Dibatalkan
Foto Oleh:GoogleKUALA LUMPUR, 15 April - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dibatalkan.Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid, sama juga PT3."Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata."Pembatalan PT3 juga tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah," katanya dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini.Menurutnya, datu kaedah baharu akan diperkenalkan dan keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.Justeru itu, keputusan ini akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM."Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini," katanya.Dalam masa yang sama, KPM turut menegaskan bahawa pembukaan semula sesi persekolahan selepas PKP adalah tertakluk kepada perkembangan semasa dan nasihat daripada KKM dan MKN."Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan murid," ujar beliau.
15 Apr 20
77
Empty Image
Bantuan Tetap Disalur Walau Berbeza Fahaman Politik - Hanafiah Mat
Hanafiah Mat (kanan) menghulurkan sumbangan kepada rakyat memerlukan.Oleh : Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 15 April - Perbezaan fahaman politik tidak menjadi penghalang untuk kerajaan negeri menghulurkan bantuan kepada seluruh rakyat di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata semua rakyat yang layak telah menerima bantuan sama ada berbentuk wang tunai dan pelbagai barangan dapur."Bantuan sentiasa disalurkan tanpa mengira ideologi serta fahaman politik mereka. Itu yang saya sentiasa ingatkan kepada semua petugas Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) ketika mahu mengagihkan sumbangan," ujarnya.Tambahnya lagi, ketika wabak COVID-19 sedang melanda di negara ini, kita seharusnya lebih menumpukan pada kebajikan rakyat."Kita ingin memastikan nasib rakyat ketika ini terjaga. Setiap aduan yang diterima, saya akan rujuk kepada MPKK. "Jika benar mereka layak dan masih belum menerima bantuan, saya akan segera mengarahkan kepada MPKK untuk menyalurkan bantuan tersebut," katanya.Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Flat Desa Keluarga Kemaman, Kampung Fikri, kelmarin.Dalam program tersebut, seramai 200 orang menerima bantuan yang menjadikan keseluruhan penduduk seramai 320 orang telah menerima bantuan di kawasan itu.Tegas Hanafiah lagi, pengagihan keperluan harian kepada semua penduduk di flat tersebut membuktikan kerajaan negeri tidak memilih mengikut fahaman atau pendirian politik mereka. "Lebih 5,000 orang daripada 30 kampung di DUN Chukai telah menerima bantuan. Usaha pengagihan diteruskan sehingga ke hari ini semenjak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan."Bantuan ini juga akan diteruskan dari semasa ke semasa berpandukan kesesuaian situasi yang berlaku pada ketika ini," jelasnya.
14 Apr 20
167
Empty Image
Terengganu Antara Pengeluar Utama Tembikai Di Malaysia
Dr Azman (duduk kanan).Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 15 April – Terengganu menjadi antara negeri pengeluar utama Tembikai di Malaysia apabila memiliki kebun dan ladang penanaman seluas 1,000 hektar dan penghasilan buah sekitar 750,000 metrik tan setahun.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, tanaman sepanjang tahun itu dilaksanakan secara berperingkat serta berjadual bagi memastikan bekalan berterusan dan berupaya mengelakkan berlaku lambakan hasil."Dengan 1,000 hektar kawasan yang ditanam tembikai di seluruh negeri ini, boleh saya nyatakan bahawa Terengganu adalah salah satu negeri pengeluar utama tembikai di Malaysia."Ia melibatkan seramai 3,000 petani yang menanam bukan secara serentak dan berjadual yang disusun oleh Jabatan Pertanian Negeri," katanya ketika ditemui media selepas Program Pemantauan Belian Tembikai Kelompok, Tanaman Tembikai FAMA di Kampung Alor Tok Kabar, semalam.Mengulas lanjut beliau berkata, hasil daripada itu, kerajaan berjaya memastikan rakyat Terengganu memiliki bekalan makanan yang mencukupi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Dr Azman berkata, usaha FAMA dan TADC menyelesaikan masalah pemasaran tembikai sangat dihargai.Dalam pada itu, seramai 25 peserta yang terlibat dalam kelompok tanaman tembikai di Kampung Alor Tok Kabar, Kampung Nyatoh di sini menarik nafas lega apabila Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membantu memasarkan hasil tananam mereka ke semenanjung Malaysia."Dengan keluasan 14.5 hektar itu, mereka berjaya menghasilkan kira-kira 436 matrik tan yang bernilai dalam lingkungan RM343,000," jelasnya.Sementara itu, Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) turut memainkan peranan penting dalam memasarkan hasil pertanian dalam tempoh PKP ini."Dalam fasa pertama dan kedua PKP, TADC berjaya memasarkan kira-kira 1,000 tan metrik."Untuk fasa ketiga kita menjangkakan dalam 1,000 tan metrik lagi tembikai akan dipasarkan. Jadi dalam dalam tempoh sebelum dan semasa PKP  ini boleh disimpulkan sebanyak 3,000 tan metrik  telah dikeluarkan," jelasnya.Dr Azman turut berharap agar petani terus menjalankan aktiviti pertanian dan kerajaan akan membantu sedaya mungkin.Mengulas tentang kadar harga tembikai, kata beliau, keadaan semasa ini tidak mampu mengembalikan harga sebagaimana tempoh sebelum PKP kerana berkait dengan permintaan."Namun dari segi harga apabila di atas daripada RM0.50 satu kilogram, petani tidak akan rugi. Petani akan rugi sekiranya harga tembikai RM0.40 ke bawah sahaja," tambah beliau.
14 Apr 20
407
Empty Image
'Face Mask' Mula Diedar Ke Setiap Rumah
Oleh : Izzat Al-QushairiKUALA NERUS, 15 April - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit mula mengagihkan topeng muka ke setiap rumah di kawasan ini.Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, setiap isi rumah akan dibekalkan empat topeng muka untuk kegunaan pada masa yang memerlukan."Pengagihan ini dibuat secara berperingkat dengan berpandukan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Antara tempat yang sudah diagihkan topeng hidung dan mulut itu adalah di Bukit Chempaka, Wakaf Tengah dan PAKR Mengabang Lekor," katanya kepada pemberita semalam.Dalam masa yang sama, beliau turut menasihati penduduk untuk bersabar dan tidak menyerbu ke rumah MPKK bagi mendapatkan 'face mask' tersebut."Ini bagi mengelakkan jangkitan berlaku, terutamanya apabila penjarakan sosial tidak dijaga," katanya.Shafizi mengharapkan agar orang ramai memanfaatkan sebaik mungkin pemberian topeng muka itu."Bagi ketua keluarga pula, anda dinasihatkan untuk memakai topeng muka itu ketika keluar rumah," tambah beliau.
14 Apr 20
71