lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
131 Warga Kuala Nerus Derma Darah
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 18 April –Menyedari bekalan darah di negeri ini sentiasa berkurangan, seramai 131 orang warga Kuala Nerus telah menderma darah dalam Program Derma Darah yang dianjurkan oleh Unit Tabung Darah Hosital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam.Program ini juga merupakan anjuran bersama antara Dewan Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuala Nerus.Menurut salah seorang daripada peserta, Muzakir Mohamad berkata, program tersebut merupakan aktiviti yang wajar diadakan kerana ia dapat membantu Unit Tabung Darah HSNZ dan juga mereka yang memerlukan darah sekiranya berlaku kecemasan.Katanya lagi, program derma darah juga mampu mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat kerana dengan menderma darah ia bukan sahaja dapat membantu pesakit yang memerlukan tetapi juga dapat menjaga kesihatan si penderma."Kita sedia maklum bahawa sekarang Unit Tabung Darah HSNZ menghadapi masalah kekurangan bekalan darah kerana Perintah Kawalan Pergerakan dan program seperti ini dapat memudahkan orang awam untuk menderma darah.“Program ini ialah aktiviti yang sangat wajar diadakan kerana ianya dapat membantu Unit Tabung Darah HSNZ," ujar beliau sewaktu dihubungi, semalam.Program Derma Darah ini berlangsung di Kompleks Tarbiyyah at-Taqwa, Batu Enam, Kuala Nerus yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang.Turut hadir, Ketua Unit Tabung Darah HSNZ, Dr. Mohd Muhaimin Bin Kambali dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Riduan Abu Bakar.Seramai 189 peserta yang mendaftarkan diri sebagai penderma tetapi hanya 131 orang sahaja layak selepas disaring yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, lelaki dan wanita.
17 Apr 20
73
Empty Image
Suzana, Penerima Pertama Skim Bisnes COVID Di Terengganu
Suzana (dua dari kanan).Oleh : Muhammad A RahmanKUALA NERUS, 17 April – Suzana Muhammad menjadi penerima pertama Skim 'Covid Business Recovery-Micro' (CBRM) di Negeri Terengganu selepas selesai menandatangani perjanjian di Pejabat Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional di Dataran Rimba, di sini semalam.Suzana Muhammad, merupakan seorang peniaga yang membuka kiosk runcit untuk pelancong di Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu selama 11 tahun.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain yang hadir ketika majlis menandatangani perjanjian itu berkata, CBRM merupakan salah satu usaha pihak TEKUN Nasional membantu peniaga mikro yang terkesan atas penularan wabak COVID-19."Skim oleh TEKUN ini diadakan bertujuan membantu pada peniaga mikro. Saya berharap peniaga mikro bagi yang layak ambil peluang atas skim ini," ujar beliau.Turut sama hadir dalam majlis perjanjian berkenaan ialah Pengurus TEKUN Nasional Negeri Terengganu, Ghazali Husain.Sehingga kini, sekitar 6,000 peniaga telah membuat permohonan untuk mendapatkan skim CBRM yang mempunyai 26,000 kekosongan.Usahawan yang berminat boleh membuat permohonan dengan mengisinya di http://fas.tekun.gov.my/cbrm/.Hanya dokumen yang minimum perlu disertakan dalam permohonan berkenaan.Dokumen terbabit ialah borang penzahiran (declaration) yang ditandatangani dan penyata bank terkini (satu bulan), salinan MyKad pemohon dan pasangan, lesen perniagaan SSM/PBT/dokumen lain yang mengesah perniagaan, serta salinan salah satu bil utiliti.
17 Apr 20
149
Empty Image
Gadis Cilik Terengganu, Tarik Minat KP Kesihatan
Surat yang diutus Lara.KUALA LUMPUR, 17 April - Gelagat gadis cilik Terengganu, Lara Khadijah McAfee, 9, yang mengarang surat perkenalan menarik minat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.Melalui surat perkenalan kepada Dr Noor Hisham itu, Lara turut menyertakan gelang getah sebagai tanda salam perkenalan.“Salam Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Nama saya Lara Khadijah McAfee dan saya tinggal di Kuala Terengganu.“Saya kini belajar Tahun Tiga di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman. Saya buatkan ‘loom band’ untuk dipakai rakan-rakan saya di pergelangan tangan mereka, tanda sebuah persahabatan.“Saya buat ‘loom band’ untuk anda sebagai menghargai kerja keras membantu semua rakyat Malaysia, supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sihat sepanjang penularan virus ini.“Kekal selamat. Rakan anda, Lara," ujar Lara dalam surat itu.Balasan Dr Noor Hisham.Meskipun sibuk dengan tugas menangani wabak COVID-19, Dr Noor Hisham tidak menghampakan hasrat kanak-kanak terbabit apabila membalas surat anak gadis Kampung Batin, Seberang Takir, Kuala Nerus itu.“Terima kasih atas surat dan gelang yang diutuskan. Cucu saya sekarang yang memakainya dan dia sangat menyukainya.“Kata-kata anda terlalu baik, tetapi saya tidak melakukannya secara berseorangan. Saya beruntung kerana mempunyai sebuah pasukan yang hebat untuk membantu negara kita.“Rakyat Malaysia seperti anda, memainkan peranan yang luar biasa dengan kekal berada di rumah. Teruskan berbuat demikian dan bersama, kita boleh memerangi virus ini,” kata rakan baharu Lara menerusi surat rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam.Sebelum ini, Dr Noor Hisham dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN) atas kewibawaan beliau menangani krisis COVID-19.
17 Apr 20
148
Empty Image
Lagi Ikan Cencaru Untuk Rakyat, 4,500 Kilogram Diagih
Oleh : Zulkifli MatKUALA NERUS, 17 April - Badan Bukan Kerajaan (NGO) Tepoh Care dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh mengagihkan 4,500 Kilogram ikan cencaru kepada peduduk  di kawasan berkenaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, agihan melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menyasarkan seluruh rakyat yang terjejas akibat COVID-19."Sumbangan bersama yang dihulurkan ini diharap mampu meringankan sedikit bebanan semua walaupun tidak seberapa."Insya-Allah kami akan terus bergerak ke depan tanpa mempedulikan kemuncup (cakap-cakap belakang) jalanan," katanya semasa mengagihkan bantuan itu di Dewan Serbaguna Tepoh semalam.Dalam masa yang sama, beliau mengalu-alukan penyumbang yang berhasrat untuk berkongsi rezeki bersama rakyat."Yang berminat memberi bantuan boleh hubungi pihak Tepoh Care atau PKM DUN Tepoh. "Terima kasih juga kepada yang telah menyumbang, dan tidak lupa buat semua anggota kerja MPKK atas usaha gigih yang dilaksanakan di peringkat kampung," tambah beliau.
16 Apr 20
118
Pelantikan Abdul Hadi Sebagai Duta Khas Sangat Penting - Parti Politik Turki
Pelantikan Abdul Hadi Sebagai Duta Khas Sangat Penting - Parti Politik Turki
Abdul Hadi Awang. KUALA TERENGGANU, 17 April - Pelantikan Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah adalah sangat penting bagi mengembalikan semula keamanan di sana. Presiden Parti Saadet Turki, Temel Karamollaoglu berkata, kepakaran yang dimiliki Abdul Hadi pasti akan memberikan keuntungan kepada banyak pihak. "Wilayah Timur perlukan keamanan, ia amat memerlukan seseorang yang sangat berpengalaman, mengenali kami dan Timur Tengah. "Saya percaya Abdul Hadi akan memberi sumbangan dalam proses keamanan berdasarkan pengalaman beliau yang meluas," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Temel Karamollaoglu. Di samping itu, Temel turut berbangga dengan penglibatan Parti Islam Semalaysia (PAS) ke dalam kerajaan yang dibentuk baru-baru ini. "Penting untuk mereka berada dalam kerajaan, saya yakin mereka akan berjaya memacu kemajuan di Malaysia," tambah beliau. Dalam masa yang sama, Temel juga mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan ke jawatan itu.    
16 Apr 20
371
Empty Image
Seikat Kangkung Dan Satu Plastik Cencaru Untuk Warga Teluk Menara
Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 17 April - Gabungan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta Jawatankuasa Masjid dan Belia mengambil inisiatif mengagihkan seikat sayur kangkung dan ikan cencaru kepada seluruh penduduk kampung Teluk Menara, Manir dekat sini, bagi meringankan beban mereka ketika lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Pengerusi Jawatankuasa Masjid Teluk Menara, Ir Haji Zamzuri Aziz berkata kangkung dan ikan itu dibeli hasil inisiatif gabungan pihaknya selepas mendapat sumbangan pelbagai pihak dan orang perseorangan yang prihatin."Kami terpanggil melaksanakan program tanggungjawab sosial itu berikutan rata-rata penduduk di sekitar kampung ini adalah dari golongan berpendapatan (B40).""Agihan ini diserahkan kepada setiap unit rumah yang ada tanpa sebarang pengecualian, ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).Beliau juga berkata hebahan ini bukan bermaksud untuk menonjolkan diri apatah lagi untuk berbangga, namun ia sekadar hebahan umum kepada warga terlibat terhadap usaha pihak pengurusan kampung untuk memastikan bahawa setiap dapur mampu menyajikan hidangan buat seisi keluarga.Tambahnya lagi, selain sumbangan yang disalurkan oleh pihak kerajaan negeri, sebahagian besar sumber kewangan adalah datang dari poket para dermawan yang mendokong usaha yang digerakkan oleh pengurusan kampung ini.Sementara itu, Ir Zamzuri yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa MPKK berkata, pihaknya menyediakan Kaunter barangan keperluan makanan asas secara "walk in" sejak 2 minggu lalu sehingga tamat PKP."Ia beroperasi setiap hari di Bilik Gerakan Bantuan di Surau al-Hikmah antara jam 10 pagi hingga 3 petang untuk menyantuni warga yang benar-benar terkesan di kampung kami," ujarnya lagi.Beliau turut menghargai para dermawan yang telah menyumbang kepada tabung Batuan Kebajikan ini dan menyeru orang ramai untuk terus menderma."Semoga Allah SWT menjadikan sumbangan ikhlas anda semua sebagai aset yang bernilai di akhirat nanti."Teruskan menyumbang untuk kami berkhidmat, insyaaAllah kita sama² merasai denyut nadi rakyat. Bagi yang berminat untuk bersama kami bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun : 13010005864714 (Bank Muamalat : MPKK Teluk Menara)," katanya.
16 Apr 20
150
Empty Image
MB Terengganu Jawab Dakwaan Ahmad Said
Kata MB, bantuan RM10 juta dari kerajaan Persekutuan telah diagih kerajaan negeri dengan cara sebaiknya.KUALA TERENGGANU, 17 April - Kerajaan Terengganu menafikan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato' Seri Dr Ahmad Said yang mengatakan agihan bantuan RM10 juta kepada wakil rakyat bukan kerajaan negeri itu tidak adil.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, suasana semasa pandemik COVID-19 memerlukan bantuan disampaikan dengan kadar yang segera dan tepat pada sasarannya.Tegasnya, ada dua perkara berkait dengan penyampaian bantuan tersebut iaitu bantuan mesti disampaikan pada rakyat memerlukan, tanpa mengira warna politik serta kaedah penyampaian mesti berkesan dan segera semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Oleh itu keputusan diambil untuk mengagihkan bantuan menerusi agensi rasmi kerajaan iaitu Pusat Khidmat Masyarakat DUN dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kerana mereka paling hampir dan bertanggungjawab secara langsung terhadap kebajikan rakyat."MPKK akan menilai senarai mereka yang layak dengan merujuk pelbagai data (dari agensi kerajaan negeri dan persekutuan) disamping penentuan keadaan sebenar fizikal di bawah."Arahan khusus diberikan pada MPKK supaya berlaku adil, menyampaikan bantuan pada yang selayaknya tanpa mengira warna politik penerima," jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.Walau bagaimanapun Ahmad Samsuri berkata, pihaknya turut memahami keperluan dan tugasan yang perlu dijalankan oleh setiap ADUN."Maka kerajaan negeri turut menyalurkan sebahagian bantuan COVID-19 sejumlah RM45,000 kepada ADUN BN di negeri Terengganu untuk diuruskan."Sekali imbas cara yang paling ideal ialah bantuan diberikan secara sama rata pada semua ADUN."Bagaimanapun terdapat 'missing link' pada waktu ini antara ADUN BN dengan MPKK, kerana model jawatankuasa komuniti kampung yang sedia ada pada waktu ini adalah model yang dibina sebelum pembentukan muafakat politik berlaku," ujar beliau.Tambah beliau, kerajaan negeri yakin bahawa sekiranya berlaku penambahbaikan pada komposisi MPKK masalah itu tidak lagi berulang."Dengan mengambikira wakil yang berbagai dalam masyarakat dan muafakat politik baharu di peringkat nasional, maka keadaan baharu yang lebih inklusif ini boleh diurus supaya menjadi lebih baik dan harmoni di masa depan," katanya
16 Apr 20
375
Empty Image
Terengganu Peruntuk RM120,000 Bayar Elaun 'Runner GanuShop'
Nurkhuzaini berkata, orang ramai boleh memuat turun aplikasi 'GanuShop' di Play Store bagi mendapatkan juadah berbuka dan bersahur.KUALA TERENGGANU, 16 April - Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM120,000 bagi membayar elaun 'standby' kepada 800 penghantar makanan atau 'runner' yang beroperasi di bawah bazar Ramadan atas talian, 'GanuShop'.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, ia melibatkan 25 penghantar makanan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan kesemua daripada mereka akan menerima RM150 seorang untuk bulan Ramadan nanti."Bayaran itu tidak termasuk upah yang akan diterima oleh mereka melalui penghantaran pesanan makanan yang dibuat pembeli dalam 'GanuShop' nanti."Proses pendaftaran sebagai penghantar makanan akan dijalankan di setiap DUN, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN akan membuat pemilihan selepas permohonan untuk menjadi 'runner' dibuka pada Sabtu atau Ahad (18 atau 19 April) ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran ‘GanuShop’ di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Kata beliau, tempahan makanan akan ditutup pada 12 tengah hari dan penghantaran bermula 3 petang.Ditanya tentang arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang tidak membenarkan operasi penghantaran melebihi 10 kilometer radius, beliau memaklumkan kerajaan negeri sudah mempunyai perancangan."Insya-Allah kita akan mengeluarkan pas khas untuk 'runner GanuShop' supaya mereka boleh bergerak melebihi jarak 10 kilometer sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Persetujuan secara 'verbal' sudah kita perolehi daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)," jelasnya.Menurut Nurkhuzaini lagi, sejak permohonan sebagai penjual di aplikasi 'GanuShop' dibuka semalam, lebih 700 peniaga telah mendaftar."Lain-lain usahawan yang berminat boleh mendaftar secara atas talian di aplikasi 'GanuShop', sehingga pagi tadi kita telah merekodkan lebih 700 peniaga."Setakat ini kita masih belum menetapkan tarikh akhir pendaftaran tersebut, tetapi kita mahu selesaikan proses itu sebelum 1 Ramadan," kata beliau.Harga dan kebersihan makanan pula akan sentiasa dipantau pihaknya dan agensi persekutuan.Tambahnya, aplikasi 'GanuShop' merupakan bazar Ramadan atas talian Terengganu yang dibangunkan kerajaan negeri dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)."Aplikasi ini juga mempunyai penghantar makanan premium seperti Grab Food dan Food Panda, tetapi caj penghantaran yang dikenakan mereka sudah pasti lebih tinggi berbanding kita."Orang ramai boleh memilih sama ada mahukan penghantar makanan premium atau yang di bawah kita iaitu 25 orang di setiap DUN itu," ujarnya.
16 Apr 20
199
Empty Image
MPKK Kuala Ibai Agih 430 Kilogram Tembikai Percuma
Warga emas turut dibantu.KUALA TERENGGANU, 16 April - Sebanyak 430 kilogram tembikai diagihkan kepada penduduk di Kampung Kuala Ibai, Batu Buruk di sini semalam dalam usaha meringankan beban susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kuala Ibai, Mohd Hisyamuddin Che Aziz berkata, tembikai itu diberi hasil inisiatif pihaknya selepas mendapat sumbangan daripada anggota MPKK dan orang perseorangan."Kita tahu ramai yang terkesan sepanjang tempoh PKP dan ada yang hilang sumber pendapatan kerana tidak dapat bekerja."Jadi kami ambil inisiatif sendiri cari bantuan daripada pihak prihatin dan kami bersyukur apabila ada yang bermurah hati untuk diagihkan kepada penduduk memerlukan," katanya.Hisyamuddin (dua dari kanan).Hisyamuddin berharap pemberian buah itu dapat meringankan beban keluarga memerlukan terutama ibu tunggal dan fakir miskin."Selepas ini MPKK akan memberi sumbangan barangan keperluan lain bagi memastikan tiada keluarga yang terjejas sumber makanan dalam tempoh PKP ini," katanya.
15 Apr 20
136
Empty Image
MPKK Seri Bandi Terus Berkhidmat Asak Tohmahan
Pengerusi MPKK Seri Bandi, Aziz Daud mengagihkan bantuan berupa barangan dapur kepada keluarga yang telah dikenal pasti benar-benar memerlukan bantuan.Oleh: Alfian MamadKEMAMAN, 16 April - Bantuan kepada mereka yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus disalurkan walaupun menerima pelbagai tohmahan daripada segelintir mereka yang tidak berpuas hati.Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seri Bandi meneruskan khidmat murni mereka dengan mengagihkan bantuan berupa barangan dapur tanpa mempedulikan tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak.Pengerusinya, Aziz Daud berkata, kerja mereka perlu diteruskan kerana ianya sudah menjadi tanggungjawab."Kami akan terus mengagih bantuan yang telah diamanahkan oleh kerajaan negeri dalam membantu meringankan beban mereka yang tidak dapat bekerja di dalam tempoh PKP ini."Anggaplah prasangka itu sebagai pembakar semangat untuk kita terus meningkatkan usaha dengan lebih baik dalam membantu masyarakat," ujarnya."Biar Allah yang menilai kerja yang dilakukan ini dengan mengharapkan keredhaan-Nya,"ujar beliau lagi.Sebanyak 130 bungkusan barangan dapur telah diagihkan oleh MPKK Seri Bandi daripada pelbagai sumber termasuk Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal kepada keluarga yang telah dikenal pasti mengikut kategori mereka yang terkesan susulan PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.
15 Apr 20
663