lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
KOPERAT Sumbang 30 Unit Payung Besar Untuk PDRM
Oleh : Mohd Zukifli MatKUALA TERENGGANU, 21 April - Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu (KOPERAT) menyumbang 30 unit payung besar untuk digunakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di IPD Kuala Terengganu semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KOPERAT, Hishamuddin Abdul Karim berkata sumbangan ini adalah satu suntikan semangat buat anggota dan pegawai PDRM dalam memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang tempoh  PKP dilaksanakanKatanya, kegigihan pasukan PDRM dalam mengawal pergerakan orang ramai sangat penting dalam memastikan rantaian Covid 19 dapat diputuskan."Mewakili ahli masyarakat, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua anggota PDRM serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mereka merupakan sebahagian daripada frontliners yang gigih mengekang penularan wabak ini."Saya juga memohon semua ahli masyarakat agar jangan ambil hati dengan ketegasan pihak anggota keselamatan. Hormati dan patuhi arahan. Semuanya untuk kebaikan kita bersama," katanya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui selepas program berkenaan.Turut hadir, Pengurus Besar Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (KOPERAT) Tuan Sayed Abdul Rahman Engku Sulong.Hishamuddin turut mengucapkan tahniah kepada ACP Abdul Rahim Md Din yang sangat berdedikasi dalam memimpin hampir 400 anggota setiap hari di seluruh daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.Sementara itu, pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tepoh turut menyumbangkan 1500 unit penutup muka untuk kegunaan anggota PDRM.
21 Apr 20
349
Empty Image
'Bayar Zakat Fitrah Secara Online' - MAIDAM
KUALA TERENGGANU, 21 April - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menggalakkan rakyat di negeri itu untuk membayar zakat fitrah secara 'online' atau atas talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Dalam satu kenyataan kelmarin, MAIDAM berkata, pihaknya telah menetapkan beberapa perkara bagi membolehkan umat Islam menunaikan zakat dengan pantas dan selamat."Bayaran melalui FPX (secara atas talian) boleh dibuat di portal www.maidam.gov.my. atau menerusi aplikasi 'Snap & Pay' yang boleh dimuat turun dari Play Store," ujar kenyataan itu.Dalam pada itu, MAIDAM berkata, perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui amil masih disediakan namun ia hanya terhad bagi mereka yang tiada kemampuan bergerak dan tidak mahir menggunakan teknologi atau tidak mempunyai capaian internet."Walaupun begitu, mereka ini disaran untuk mendapatkan bantuan ahli keluarga yang memahami dan mengetahui kaedah pembayaran atas talian dahulu."Sekiranya masih gagal dengan cara itu, pembayar boleh menghubungi amil di kawasan atau mukim masjid masing-masing."Orang ramai boleh melayari portal www.maidam.gov.my untuk mengetahui maklumat amil di setiap kawasan, kita telah melantik 1,089 amil mengikut mukim masjid," jelas MAIDAM.Tambah MAIDAM, untuk maklumat lanjut orang awam boleh layari www.maidam.gov.my atau melalui Facebook rasmi MAIDAM.
20 Apr 20
559
Empty Image
64 Derma Darah Di Setiu Untuk Tampung Bekalan Semasa
Oleh : Fahmi IzzuddinSETIU, 21 April - Seramai 64 orang awam di sekitar daerah ini menyertai Program Derma Darah di Perpustakaan Awam Setiu kelmarin bagi menampung keperluan bekalan darah negeri.Pegawai Perhubungan Awam, Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Suhaimi Yusof berkata, penularan wabak pandemik menimbulkan banyak masalah termasuk isu kadar bekalan darah di setiap hospital."Program sehari ini amat penting dalam situasi semasa COVID-19 bagi menampung keperluan bekalan darah yang ada."Bekalan darah mampu bertahan selama 36 hari hingga 42 hari dan ia mampu menampung keperluan pada bulan Ramadan nanti," katanya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).Hadir sama Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bhari A Rahman.Dalam program itu, seramai 71 peserta mendaftarkan diri sebagai penderma tetapi hanya 64 orang sahaja yang layak selepas dibuat saringan.Program tersebut dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Terengganu (JAMNT) melalui Jabatan Amal Malaysia Kawasan Setiu.Ia juga mendapat kerjasama baik daripada Unit Transfusi Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
20 Apr 20
291
Empty Image
Kak Zah Jahit PPE Untuk Petugas Kesihatan
Kak Zah turut dibantu oleh anak-anak dalam menyiapkan PPEKUALA TERENGGANU, 20 April- Walaupun bergelar isteri Menteri Besar, status tersebut tidak menghalang dirinya untuk menyumbang tenaga dengan menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) buat petugas kesihatan di negeri ini.To' Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman yang lebih mesra dengan panggilan Kak Zah, tidak mahu melepaskan peluang menghadiahkan sesuatu kepada barisan hadapan yang bertungkus-lumus ‘berperang’ dengan COVID-19.Suri hati kepada Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan dibantu empat anak menggunakan kemahiran menjahit yang dimilikinya untuk menghasilkan PPE yang akan disumbangkan kepada petugas kesihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.Menurut beliau, inisiatif itu dilakukannya bersama para sukarelawan dikalangan muslimah negeri ini."Sebenarnya ini adalah projek Muslimat Negeri yang sama-sama Kak Zah sertai dimana kain-kain diagihkan kepada semua sukarelawan untuk dijahit di rumah masing-masing beberapa hari lalu."InsyaAllah untuk fasa kedua ini Kak Zah berharap diri Kak Zah sendiri dapat siapkan 100 pasang PPE," ujarnya ketika dihubungi, hari ini.Katanya, mereka akan mengumpulkan semua PPE selepas semuanya siap sebelum diagihkan kepada petugas kesihatan.“Ini sumbangan kecil kami dengan kemahiran yang ada kerana menyedari PPE menjadi keperluan penting bagi barisan hadapan ketika ini,” katanya.Tuan Faezah berkata, beliau berharap usahanya itu dapat memberi inspirasi kepada orang ramai terutama wanita di luar sana untuk terus menyumbang kemahiran yang dimiliki dalam membantu petugas barisan hadapan yang sentiasa berdepan risiko ketika bertugas menangani wabak COVID-19.
19 Apr 20
33
Empty Image
Komited Serta Patuh PKP Letakkan Hulu Terengganu Kekal Hebat
Permandangan Di Kuala BerangOleh: Hanif HamdanHULU TERENGGANU, 20 April - Rakyat Hulu Terengganu terus komited mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)sejak ia dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19 dan menjadikannya kekal sebagai daerah tunggal yang masih selamat daripada wabak pandemik di negeri ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kuala Berang, Dr Mamad Puteh berkata, ia sekaligus berjaya membuktikan bahawa mereka cukup komited mematuhi PKP yang sedang dijalankan demi mengatasi penularan wabak yang sedang melanda seluruh dunia."Saya gembira dengan pematuhan PKP yang berlaku di daerah ini bermula fasa satu sehingga fasa tiga, penduduk daerah ini juga sentiasa diingatkan supaya sentiasa mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan."Walaupun Hulu Terengganu kekal berada pada zon hijau sehingga hari ini, penduduk tetap dinasihatkan untuk keluar hanya jika ada urusan yang penting, untuk menjaga keselamatan semua, agar tidak terdedah kepada bahaya dan dapat memutuskan rantaian wabak ini," ujarnya ketika dihubungi wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu, turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada 'Frontliners' (barisan hadapan) yang terlibat dalam menjaga daerah ini, serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang terus membantu mereka yang terkesan serta memerlukan pelbagai bentuk bantuan."Saya sangat menghargai dan berterima kasih atas usaha sama 'frontliners' yang mengerahkan segala kudrat mereka untuk terus bekerja disini."Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada MPKK yang sentiasa menyalurkan maklumat kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) untuk menurunkan bantuan dengan segera," ujarnya lagi.Tambah Dr Mamad, hampir setiap hari petugas kebajikan dari PKM akan mengagihkan bantuan kepada mereka yang terjejas dan memerlukan bagi meringankan beban yang dialami di sekitar DUN Kuala Berang.
19 Apr 20
30
Empty Image
MOSTI Lihat Kepentingan Pusat Penyelidikan Pembangunan Vaksin Perlu Diwujudkan Segera
KUALA NERUS, 19 April - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang berbincang secara serius tentang keperluan Pusat Penyelidikan Pembangunan Vaksin secara menyeluruh agar pengeluaran vaksin dapat dikeluarkan dalam negara.Timbalan Menterinya, Ahmad Amzad Hashim berkata di Malaysia sebelum ini terdapat makmal-makmal biotek yang agak maju tetapi kurang penumpuan selama ini kerana tidak menjangkakan akan berdepan dengan situasi COVID19."MOSTI sekarang tengah membincangkan dengan serius tentang kepentingan diwujudkan segera Pusat Penyelidikan  seperti ini yang membolehkan supaya pengeluaran vaksin dapat dikeluarkan dalam negara."Cuma kita tidak boleh nak beritahu, sama ada  ia boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat kerana perlu difahami bahawa untuk membolehkan satu-satu vaksin itu dihasilkan, ia melibatkan proses yang panjang sehingga dua tahun dan melibatkan mungkin peruntukan ratusan juta."Jadi, apabila kerajaan telah melihat keadaan yang berlaku hari ini saya percaya keperluan ini menjadi semakin  penting dalam menghadapi cabaran di masa akan datang," ujarnya.Beliau berkata demikian di sidang media  selepas Majlis Perasmian TanyaDoktor di Perpustakaan UniSZa, Kampus Gong Badak hari ini.Turut hadir, Naib Canselor UniSZA Prof Dato' Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.Dalam majlis yang sama, Ahmad Amzad turut menyampaikan menyampaikan geran penyelidikan daripada MOSTI sebanyak RM50 ribu untuk pembangunan aplikasi COVID-19 Risk Assessment Sistem for Higher Education Institutes atauChaSe.Untuk rekod, ChaSe merupakan satu sistem penilaian risiko menggunakan teknologi IR4.0 bagi mengesan dan mengurus risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar dan staf universiti-universiti di Malaysia.Sistem ini berteraskan gabungan Artificial Intelligence dan juga Business Intelligence sebagai platform.Idea asal pembangunan sistem ini adalah untuk diaplikasi bagi pelajar dan staf UniSZA tetapi ia berpotensi untuk dikembangkan oleh mana-mana institusi pengajian tinggi yang lain.
19 Apr 20
36
Empty Image
MPKK Parit Che Ha Agih Gulai Daging Untuk 'Sama Merasa'
Pengerusi MPKK,  Jiding Mat Amin mengagihkan gulai daging kepada salah seorang pendudukOleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 19 April - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parit Che Ha, Manir mengagihkan gulai daging kepada 147 rumah penduduk sekitar bagi ‘sama merasa’ dan berkongsi kesusahan di musim Perintah Kawalan Pergerakan PKP fasa 3, semalam.Pengerusi MPKK,  Jiding Mat Amin berkata, kesemua rumah mendapat sebungkus gulai daging hasil inisiatif pihaknya selepas mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak dan orang ramai.“Program agihan ini amat berkesan kerana selaku Ketua Kampung cukup merasa keadaan kehidupan keterbatasan PKP berikutan rata-rata penduduk di sekitar kampung ini adalah dari golongan berpendapatan (B40)."Saya berharap pemberian mampu pihak yang terkesan merasai gulai daging buat seisi keluarga terutamanya dapat meringankan beban keluarga ibu tunggal dan fakir miskin," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) bersama para petugas Belia semasa agihan gulai daging untuk penduduk sekitar.Terdahulu, agihan ayam bersih dan tembikai kepada setiap rumah dan juga bantuan keperluan asas termasuk bantuan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Manir telahpun diedarkan awal tempoh PKP kepada yang benar-benar terkesan."Selepas ini gabungan MPKK, Wanita dan Belia akan terus bekerjasama untuk memberi sumbangan barangan keperluan lain bagi memastikan tiada keluarga yang terjejas sumber makanan dalam tempoh PKP ini," ujarnya.
18 Apr 20
368
Tiada Kes Pelancong Asing Positif COVID-19 Di Terengganu
Tiada Kes Pelancong Asing Positif COVID-19 Di Terengganu
  Pelancong memberikan kerjasama yang baik.       Oleh : Aslam Wira   MARANG, 19 April – Tiada kes positif COVID-19 melibatkan 71 pelancong asing yang tinggal di pulau-pulau di Terengganu sehingga hari ini sebagaimana dilapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, ia melibatkan pelancong di Pulau Tenggol seramai dua orang, Pulau Perhentian, 33 dan Pulau Kapas, 36.   "Di Pulau Kapas, 36 pelancong asing termasuk empat kanak-kanak dari Jerman, Sepanyol, Itali, Belgium, Sweden dan Demark telah menjalani saringan kesihatan hari ini.   "Mereka disaring secara berkala oleh Pejabat Kesihatan Daerah Marang dan ini adalah saringan kali ketiga disini, manakala isu-isu keselamatan pula dipantau oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Marang (IPD)," katanya kepada media selepas saringan tersebut semalam.   Turut hadir adalah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris dan Pegawai Kesihatan Daerah Marang, Dr Tan Sin Yew.   Ariffin Deraman. Menurutnya lagi, dua orang pelancong asing telah dipindahkan ke pusat kuarantin Marang untuk pemerhatian lanjut tetapi setakat ini tiada keputusan berkaitan dengan wabak itu.   "Kerajaan negeri turut menyediakan alternatif untuk membantu mereka yang mahu pulang ke negara asal contohnya pergerakan dan pengurusan kenderaan dua pelancong Jerman ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Marang telah diuruskan.   “Kita tiada halangan untuk membenarkan mereka pulang tetapi mereka yang datang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merasakan lebih selamat di sini," ujarnya.   Ariffin turut memaklumkan, kesemua pelancong asing telah bersetuju untuk membayar sendiri kos sepanjang berada dan tinggal di pulau.   "Jabatan Pelancongan juga masih tidak menerima sebarang aduan serius berkaitan kebajikan dan keselamatan pelancong asing ini setakat ini.   "Namun, kita menjangkakan akan timbul isu berkaitan penyambungan penginapan di resort, tempoh sah visa, jadual penerbangan dan pergerakan mereka dari Terengganu ke destinasi pelepasan, itu kita sudah bersedia," katanya.  
18 Apr 20
209
Empty Image
Terengganu Cadang Program 'YouTubing' Ganti Karnival Candat Sotong
Ariffin Deraman.Oleh : Aslam WiraMARANG, 18 April – Kerajaan Terengganu melalui Portfolio Pelancongan bercadang melaksanakan Program 'YouTubing' Produk Pelancongan Marang sebagai langkah menggantikan Karnival Candat Sotong yang terpaksa dibatalkan akibat penularan wabak COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, dengan peruntukan sebanyak RM25,000 alternatif itu dapat menjamin kelangsungan industri pelancongan di Marang selepas kekangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Antara konsep yang digunakan bagi mencapai matlamat program 'YouTubing' ini, penduduk setempat menceritakan pengalaman dan keunikan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencandat sotong melalui rakaman video, dialog dan skrip untuk dimuatnaik di media sosial."Inisiatif ini dijangka akan melibatkan seramai 200 orang penggiat dan penduduk daerah Marang."Aktiviti ini akan mengambil kira garis panduan semasa dan nasihat pihak berwajib dalam tempoh PKP," katanya kepada media selepas program saringan COVID-19 terhadap pelancong asing di Pulau Kapas di sini hari ini.Turut hadir adalah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris dan Pegawai Kesihatan Daerah Marang, Dr Tan Sin Yew.Menurutnya lagi, program diyakini itu dapat membantu meringankan sedikit beban para penggiat pelancongan Marang yang terjejas."Dengan keunikan yang ada di Marang ia boleh membantu sektor pelancongan yang terjejas seperti program menangkap ikan dan mencandat sotong manakala aktiviti darat pula seperti penjualan produk, persembahan seni dan budaya."Kita perlu berfikir ke depan untuk menjana idea yang boleh disesuaikan sepanjang tempoh ini bagi membantu para penggiat pelancongan dan penduduk setempat dengan ketetapan pematuhan semua arahan PKP."Ini jelas menunjukkan keperihatinan dan kecaknaan kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan semua lapisan masyarakat dan para penggiat pelancongan di Marang terjaga," tambahnya lagi.Sebagai rekod, Karnival Candat Sotong Terengganu dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 5 April lalu di berkenaan.Namun ia terpaksa dibatalkan akibat wabak pandemik yang melanda seluruh negara termasuk Malaysia.
18 Apr 20
287
Empty Image
Permint Plywood Sdn Bhd Mula Operasi Sepanjang PKP 3
KUALA TERENGGANU, 18 April - Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB), anak syarikat Golden Pharos Bhd, menerima kelulusan daripada Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 3 berlangsung.PPSB berkata dalam satu kenyataan kelulusan tersebut telah diperoleh melalui Lembaga Industri Kayu Malaysia (MTIB) dan hanya membenarkan 50 peratus sahaja tenaga kerja untuk operasi kilang selain mewujudkan sistem bekerja dari rumah bagi pekerja yang tidak terlibat dengan aktiviti pembuatan secara langsung.Kelulusan yang diberikan oleh kementerian adalah bagi memastikan syarikat venir kerajaan negeri itu memenuhi permintaan pasaran eksport di kalangan pembeli.PPSB juga dikehendaki menghantar kepada MTIB senarai pekerja yang terlibat sepanjang PKP dan memastikan pergerakan pekerja hanyalah dari tempat kilang beroperasi ke rumah dan sebaliknya sahaja.Pengumuman pembukaan kilang yang beroperasi di Bandar Al-Muktafi Billah, Dungun itu juga turut dibuat oleh Kumpulan GPB melalui Bursa Malaysia.Menurut PPSB lagi, dari segi protokol kebersihan dan keselamatan, syarikat itu perlu mengambil bacaan suhu pekerja yang hadir setiap hari di pintu masuk kilang di samping menyediakan alat sanitasi pembasmi kuman dan topeng muka yang harus dipakai sepanjang masa sewaktu operasi.Proses nyahkuman di premis syarikat juga perlu dijalankan sebelum syif atau operasi bermula sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
17 Apr 20
881