Artikel "Semasa" Terkini
Projek Mega Tanaman Lada Hitam Dibangunkan Di Terengganu
Dr Azman.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 22 April - Terengganu mensasarkan untuk membangunkan sebuah projek mega berimpak tinggi bagi tanaman lada hitam yang melibatkan tanah seluas 500 hektar di Lembah Bidong, di sini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, menerusi projek tersebut pihaknya menjangkakan akan meraih pelaburan melebihi RM320 juta termasuk pembinaan sebuah kilang pemprosesan."Kita juga jangkakan lebih 2,000 peluang pekerjaan mampu dihasilkan dalam tempoh tiga tahun," kata beliau kepada pemberita setelah melawat tapak projek tersebut di Rhu Tapai, di sini semalam.Mengulas lanjut, beliau berkata, bukti kejayaan projek seperti itu sudah ada apabila syarikat bertaraf antarabangsa berpengkalan di Amerika Syarikat berjaya membangunkan tanah seluas 20 hektar dengan komoditi lada hitam."Setakat ini pokok lada hitam yang berusia tiga tahun telah berjaya menghasilkan sebanyak 3.6 metrik tan lada hitam setahun. Nisbah penghasilan yang lebih tinggi berbanding penanaman lada hitam di tanah berbukit," jelasnya.Bercakap tentang segelintir masyarakat tempatan yang tidak bersetuju tindakan kerajaan memberikan projek tersebut kepada syarikat luar, Dr Azman menjelaskan bahawa di Rhu Tapai terdapat Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) seluas lebih 500 hektar."Ia diberi dalam bentuk pajakan kepada warga tempatan dengan lot seluas antara 10 dan 20 ekar seorang untuk dimanfaatkan."Namun akhirnya, kami terpaksa mengambil tindakan menamatkan pajakan lot tanah kerana ia terbiar dan ditumbuhi semak tanpa pdiusahakan melebihi tiga tahun."Bayaran sewa yang dikenakan hanyalah RM150 bagi setiap hektar setahun. Kita bagi tanah akhirnya terbiar begitu saja. Dalam masa yang sama, ada rakyat yang dapat tanah dan berusaha. Kelompok ini saya puji," ujarnya.Katanya lagi, rakyat tempatan tetap diutamakan dalam segala bidang tetapi projek berimpak tinggi yang memerlukan modal ratusan juta memerlukan sebuah organisasi kompeten dan lengkap dalam segala teknologi."Kita juga mahu syarikat luar melabur di sini bagi menjana ekonomi negeri dan negara dengan lebih mampan."Serta mencipta lebih peluang pekerjaan buat rakyat tempatan, di situ rakyat kita juga beroleh manfaat, banyak perkara baharu boleh dipelajari dalam pertanian," tambah beliau.
22 Apr 20
3960
TNB Sumbang RM100 Ribu Untuk Sekretariat Pengurusan Bencana Terengganu
Mohd Nazri menyampaikan sumbangan kepada Pengarah APM Terengganu, Lt. Kol. (PA) Che Adam A. Rahman.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 22 April - Sekretariat Pengurusan Bencana Terengganu menerima sumbangan bagi Bantuan COVID-19 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM100,000 bagi membeli keperluan barangan dan peralatan dalam usaha membendung penularan wabak ini.Pengurus Besar TNB Terengganu, Mohd Nazri Putih berkata sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan tugas-tugas yang telah dipikul oleh pihak ‘Frontliner’( barisan hadapan)."Kami amat berterima kasih kepada pihak Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu kerana sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjaga keselamatan rakyat.“Saya difahamkan oleh pihak sekretariat bahawa dengan wang sumbangan tersebut, mereka akan dapat membeli segala peralatan untuk kegunaan seluruh ‘Frontliner’ Terengganu," ujarnya.Mohd Nazri berkata demikian di Majlis Penyerahan sumbangan di Dewan Terbuka Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Cawangan Kuala Nerus, Gong Badak, Seberang Takir, hari ini.Turut hadir, Pengarah APM Terengganu, Lt. Kol. (PA) Che Adam A. Rahman.Tambahnya, beliau berharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan tugas-tugas yang dihadapi oleh pihak ‘Frontliner’ yang terpaksa berhadapan dengan wabak pandemik yang telah mengorbankan banyak nyawa di seluruh dunia.
22 Apr 20
402
577 Penternak Terima Bantuan Makanan Ikan
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 22 April – Kerajaan Terengganu memperuntukkan sebanyak RM115,400 untuk agihan bantuan makanan ikan kepada 577 orang penternak di seluruh negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, agihan bantuan itu disalurkan secara berperingkat dalam bentuk barangan."Penternak ikan air payau dan air tawar yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Terengganu di semua daerah akan menerima sumbangan."Ia bertujuan untuk meringankan sedikit bebanan penternak dengan bantuan berjumlah RM200 seorang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurutnya, kerajaan negeri memahami akan bebanan yang ditanggung penternak ikan sama ada sangkar atau kolam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pasaran yang terlalu terhad. "Dalam masa yang sama penternak perlu menanggung kos makanan ikan setiap hari sehingga ramai di kalangan penternak mengadu mereka telah kehabisan modal pusingan."Bantuan ini diagihkan segera. Semoga yang sedikit dapat membantu meringankan beban sambil kita berdoa semoga wabak ini segera berakhir untuk kehidupan ini diteruskan seperti biasa," tambah beliau.
22 Apr 20
47
7,000 Pek Kurma Untuk Diagihkan Di Seberang Takir
 Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 22 April - Sebanyak 7,000 pek kurma diagihkan untuk masyarakat di Seberang Takir sempena masuknya bulan Ramadan pada kali ini.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab, kurma ini diagihkan setiap tahun sempena meraikan kedatangan bulan yang mulia."Kita agihkan kurma setiap tahun dan program ini sememangnya berada dalam taqwim tahunan kita."Cuma berbeza sikit tahun ini, kita terpaksa agihkan mengikut Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)," ujar beliau ketika ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir pagi tadi.Menurutnya, kebiasaannya kurma diagihkan di Bazar Ramadan atau kawasan tumpuan masyarakat kampung ia terbatas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ."Biasa kita agih ikut bazar-bazar disekitar Seberang Takir."Oleh kerana PKP ini,Bazar Ramadan tidak dapat dibuat dan kita agihkan kepada MPKK untuk diberi kepada ahli qaryah mereka," tambah Fazil lagi.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang turut menyumbang kurma ini."Terima kasih buat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr. khairuddin Aman Razali dan para ahli perniagaan yang sudi menyumbang kurma ini kepada kita untuk agihkan."Bungkusan kurma ini dilakukan oleh kakitangan daripada Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir dan dibantu oleh MPKK setempat," katanya.
21 Apr 20
68
2,500 Kg Ikan Untuk Warga Seberang Takir
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 22 April -Sebanyak 2,500 kilogram (Kg) ikan diagihkan kepada 19 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir bagi meringankan beban penduduk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19.Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab berkata pemberian ikan ini sebagai tanda ingatan daripada pihaknya yang sentiasa mengambil berat tentang keperluan dan kebajikan penduduk."Kita agih ikan ini sebagai tanda sayang buat masyarakat kampung di DUN kita ini dan untuk mengurangkan sedikit beban buat mereka yang terjejas dengan Virus Corona (COVID-19) ini."Tidak semua yang dapat,tapi ia cukup membantu buat keluarga yang serba kekurangan dan terkesan,"katanya ketika ditemui media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat Seberang Takir, hari ini.Tambahnya, sebanyak 100 Kg ikan diagihkan setiap MPKK dan selebihnya akan diagihkan kepada MPKK yang mempunyai ramai penduduk di bawah pentadbiran mereka.
21 Apr 20
181
Semarak Ramadan, 8 Ribu Kurma, Jus Dan Takwim Diagih
Shafizi (kanan).Oleh : Izzat Al-QushairiSETIU, 22 April - Bagi menyemarakkan suasana Ramadan, Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit telah mengagihkan 8,000 kurma, jus dan takwim Ramadan kepada masyarakat di DUN berkenaan semalam.Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, suasana tahun ini sedikit 'suram' ekoran wabak COVID-19 yang masih belum reda sepenuhnya."Berkemungkinan sambutan Ramadan agak berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana virus pandemik yang melanda dunia."Tahun lepas kita boleh ke masjid atau surau untuk berbuka puasa serta solat tarawih beramai-ramai tetapi mungkin pada tahun ini tidak seperti itu," katanya selepas program agihan terbabit.Menurutnya, Ramadan lalu, suasana di setiap kampung sangat meriah dengan alunan bacaan imam-imam semasa solat tarawih."Golongan hafiz megimami solat kita dengan bacaan yang lunak, sedap didengar dari juzuk pertama sehingga 30 dapat kita hayati."Tahun ini ketua keluarga atau anak lelaki akan dinaikkan pangkat daripada makmum kepada imam bersama keluarga."Maka semua ini memerlukan persediaan yang rapi agar Ramadan yang bakal tiba tidak datang dengan suasana kelam," nasihat beliau.Aktiviti pembahagian kurma, jus dan takwim merupakan salah satu daripada program 'Kasihmu Ramadan' yang telah disusun oleh Pusat Khidmat DUN Batu Rakit dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pemuda PAS DUN Batu Rakit.Ia bagi memupuk semangat menghidupkan suasana Ramadan dalam kalangan masyarakat setempat.
21 Apr 20
166
Gandingan Dua Ulama Nusantara Sempena Ramadan
Oleh : Adli MohamadKUALA TERENGGANU, 21 April- Kerajaan negeri melalui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) dengan kerjasama Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) akan mengandingkan dua ulama nusantara, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Abdul Somad dalam rancangan bual bicara sempena Ramadan pada 29 April ini.Gandingan mantap dua tokoh berkenaan dapat diikuti melalui Facebook rasmi UPDI dan juga TV Darul Iman.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, program tersebut diadakan bagi menghidupkan bulan Ramadan dengan perkara yang membawa manfaat kepada masyarakat khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Ia juga untuk menggalakkan orang ramai menggunakan kecanggihan teknologi telefon pintar mereka dalam mendalami Ilmu agama."Kita berpeluang mendengar nasihat dan sebagainya dari dua tokoh ulama ini dimana waktu siarannya akan bermula jam 5.45 petang," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika tampil bersiaran di TV Darul Iman, Wawancara Khas 'Ihya Ramadan Di Musim PKP COVID-19, semalam.Mohd Nor Hamzah.Menurut beliau, kerajaan negeri dengan kerjasama UPDI, DUAT dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) akan turut mengadakan program seumpama itu dengan menampilkan tokoh-tokoh yang lain dari semasa ke semasa sepanjang Ramadan ini."Tokoh pilihan atau pemimpin kerajaan bukan sekadar bersiaran, tetapi turut memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk bertanya secara langsung."Kita buat siaran langsung bersama pimpinan, kemudian mereka (rakyat) boleh bertanya soalan yang mereka hendak tanya," ujarnya.Selain itu katanya, DUAT akan menyusun aktiviti bacaan kitab suci al-Quran secara harian melalui aplikasi 'whatsapp'."Ia bagi memperingatkan rakyat agar mengamalkan bacaan kitab suci."Selain turut menyediakan tazkirah secara atas talian pada setiap hari sama ada selepas subuh ataupun selepas zohor sepanjang Ramadan ini," tambah beliau.
21 Apr 20
954
Jaminan Tiada Pilih Kasih Beri Bantuan - Haji Fazil
Oleh: Hailmey Mansor
KUALA NERUS, 21 April - Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab memberi kepercayaan dan jaminan bahawa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan tersebut tidak pilih kasih.
Bantuan dibahagikan kepada mereka yang benar-benar layak dan terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.
"Kami tak pilih kasih dan prihatin kepada semua yang layak menerima bantuan tersebut.
Â
Â
"Ia bukan melibatkan warna parti, tapi ia melibatkan sifat kemanusiaan yang perlu kita dahului," ujarnya ketika ditemui pemberita, baru-baru ini.
Tambah beliau lagi, MPKK merupakan sebuah agensi kerajaan yang paling hampir dengan masyarakat atau rakyat dan semestinya berperanan sepenuhnya dalam mengenal pasti siapa di antara mereka yang sepatutnya layak menerima bantuan.
"MPKK akan kenal pasti siapa yang tidak dapat bekerja dan yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh PKP ini.
"Ia kerana MPKK kenal ahli kariah masing-masing kerana dekat dengan mereka," katanya.
Setakat ini sebanyak hampir 2,500 bantuan berbentuk barangan dapur seperti minyak masak, tepung, gula dan sebagainya diagihkan kepada masyarakat di Seberang Takir.
Di samping itu, bantuan turut diterima daripada Ahli Parlimen, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Imam Care, masjid sekitar Seberang Takir dan orang persendirian.
Bantuan seperti lampin pakai buang dan susu bayi turut diberi kepada mereka yang mempunyai anak kecil.
Â
Â
21 Apr 20
276
Duta Khas : Ulama Dunia Zahir Sokongan Kepada Abdul Hadi
Sheikh Ahmad Ar-Raisuni (kiri) bersama Tuan Guru Abdul Hadi.MARANG, 21 April - Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) menzahirkan sokongan kepada Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas kerajaan Malaysia ke Timur Tengah Bertaraf Menteri.Pengerusi KUIS, Prof Dr Syeikh Ahmad Abdul Salam Ar-Raisuni berkata, pihaknya amat yakin Abdul Hadi Awang adalah individu yang sangat layak bagi jawatan tersebut kerana pengalaman yang ada padanya."Ia merupakan pelantikan tepat dan sesuai dengan ketokohan dalam bidang keilmuan, keagamaan serta politik Abdul Hadi."Malah sesuai dengan sumbangan besar beliau dalam membina kesatuan rakyat di Malaysia," ujarnya dalam kenyataan semalam.Menurut Sheikh Ahmad Ar-Raisuni lagi, KUIS berharap agar Presiden PAS itu dapat memberikan khidmat yang terbaik dalam tugasan baharu nanti."Kami juga bersedia untuk mewujudkan kerjasama bagi memastikan dunia dan perihal Islam terus kukuh di bumi ini."Semoga kita sama-sama dapat membuka ruang kerjasama demi memartabatkan Islam dalam pelbagai bidang untuk kemaslahatan bersama," tambah beliau.
21 Apr 20
702
Nelayan Cina Rugi Hampir RM15 Ribu
Lee Jee See.Oleh : Wan HadiKEMAMAN, 21 April - Seorang nelayan berbangsa Cina di Kemasik mengalami kerugian hampir RM15 ribu selepas bot miliknya karam.Lee Jee See, 59, berkata, dia mendapat panggilan telefon daripada kawan terdekat yang mengadu bot tersebut tiada di tempat berlabuh.Katanya, hampir setengah jam dia tidak mampu berfikir dengan baik kerana teringat nilaian kerugian awal yang akan ditanggung."Saya terkejut kerana baru semalam balik dari menangkap ikan, hari ini bot karam setengah jam saya terpinga-pinga apabila perkiraan kos kerugian awal hampir RM15 ribu."Sekitar jam 6.30 pagi di Pantai Kuala Kemasik. Bot kebiasaannya berlabuh 500 meter dari pantai hilang dari pandangan," ujarnya ketika ditemui media hari ini.Che Alias (kanan).Katanya lagi, ribuan ringgit telah dihabiskan untuk mencari dan menaikkan bot tersebut."Petang ini sahaja dah beribu-ribu wang dikeluarkan untuk bayar kos penyelam, esok hendak apungkan bot dan selepas itu tunda masuk ke kuala untuk dibaiki."Kos baiki mungkin lebih mahal dan memerlukan lebih banyak wang."Kebiasaannya hasil laut di bulan April ini banyak, tapi tahun ini tidak macam tahun-tahun lepas, ini sedikit menyukarkan saya," katanya lagi.Ujian yang menimpa Jee See mendapat perhatian Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid.Petang tadi Che Alias hadir menyerahkan bantuan wang ringgit bagi menampung kos menaikkan bot yang karam ke kuala untuk dibaiki."Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban yang ditanggung Jee See, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini," ujar Che Alias.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Kukuran, Nordin Salleh dan Ahli Jawatankuasa MPKK turut hadir.
21 Apr 20
613