Artikel "Semasa" Terkini
300 Keluarga PPRT Tidak Dipinggirkan
Oleh: Norekwan MamatBESUT, 25 April- 300 keluarga Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) DUN Hulu Besut tidak dipinggirkan daripada mendapat bantuan terkesan akibat wabak COVID-19.Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, mereka menerima sumbangan berbentuk bekalan asas."Bantuan bekalan asas ini berupa ayam segar, ikan segar, telur serta beras membolehkan penduduk menambah stok bekalan makanan yang sedia ada," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman ketika menyampaikan bekalan asas di Perumahan PPRT Kampung Darau pada 23 April.Turut hadir ialah ADUN Hulu Besut YB Haji Nawi Mohamad dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Perumahan Puan Nor Sophia Azura.Menurutnya, sumbangan tersebut adalah daripada Pengarah Projek Wandland Metro, Mohd Hairiezan Rasli."Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada penyumbang kerana berbesar hati menyumbangkan bekalan asas kepada penduduk PPRT di DUN ini," kata Mat Daik.Oleh itu, beliau menyeru kepada orang ramai agar sentiasa patuh pada arahan perintah kawalan pergerakan(PKP)."Sentiasa mengamalkan kebersihan dan mengelakkan berkumpul ramai-ramai selari dengan arahan kerajaan."Kita sepatutnya mengambil manfaat daripada PKP ini untuk melakukan sebanyak mungkin amal ibadah bersama keluarga dibulan ramadan yang tiba," jelasnya.Justeru itu, beliau menyeru kepada orang ramai agar sama-sama berdoa agar wabak yang melanda dunia ini pulih seperti sediakala.
25 Apr 20
290
20 Orang Petugas KEMAS Jahit PPE Disantuni
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 25 April- Seramai 20 orang petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang menjahit set Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) disantuni dengan memberi sumbangan berbentuk barangan basah.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, pemberian tersebut adalah menghargai jasa mereka yang bertungkus lumus menjahit set PPE untuk barisan hadapan berperang bagi memutuskan rantaian virus COVID-19."Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua petugas KEMAS yang sanggup membantu pihak yang memerlukan pada saat ini," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program pengagihan sumbangan di Pejabat KEMAS Daerah Besut pada 22 April 2020.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai KEMAS Daerah Besut, Puan Masnida Mat Kudin.Justeru itu, beliau berharap dengan sedikit sumbangan ini dapat mengembirakan petugas di sini.
24 Apr 20
161
Ziarah Mahabbah Sinari Nasib Insan Yang Memerlukan- Dr Khairuddin
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 24 April - Dalam keceriaan menyambut bulan penuh keberkatan ini, masih ada insan yang terpinggir. Bagi mereka Ramadan sama sahaja seperti hari biasa.Yang membezakan mereka hanyalah niat puasa kerana berlapar di siang hari telah menjadi rutin dalam kehidupan mereka untuk meneruskan kehidupan ini.Melihat akan situasi ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus, telah tampil dalam membela nasib golongan ini di DUN Seberang Takir, siang tadi.Menurut Dr. Khairuddin, program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di sepanjang bulan Ramadan ini bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan penularan wabak Covid 19.“Ziarah seperti ini akan diteruskan setiap minggu dan kita akan ziarah setiap DUN di dalam Kawasan Kuala Nerus.“Manakala ketika saya berada di Kementerian, aktiviti ini akan diteruskan oleh Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus bagi memastikan tiada rakyat yang ketinggalan," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu ditemui semasa program Ziarah Mahabbah Ahli Parlimen Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab dan Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang terlibat.Sementara itu, tiga buah keluarga yang diuji oleh Allah dengan pelbagai penyakit telah diziarahi oleh Dr Khairuddin di Kampung Batin, Taman Permint Perdana dan Kampung Hulu Takir.Beliau turut menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada mereka yang diziarahinya.
24 Apr 20
124
'GanuShop' Sedang Ditambah Baik
KUALA TERENGGANU, 24 April - Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) sedang menambah baik aplikasi bazar Ramadan atas talian Terengganu, 'GanuShop' ekoran beberapa masalah yang timbul sejak semalam.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, proses tersebut mungkin mengambil masa satu hingga dua hari sebelum ia diyakini mampu beroperasi dengan lancar."Usaha menambah baik di peringkat 'provider' sedang giat kita jalankan selepas masalah teknikal dikesan semasa 'fully run test'."Kita harap semua peniaga dan pembeli bersabar, insya-Allah kita akan beroperasi mengikut apa yang termampu," jelasnya ketika dihubungi media hari ini.Mengulas lanjut, beliau berkata dalam masa terdekat proses tempahan makanan boleh dilakukan."Namun, proses penghantaran mungkin memerlukan inisiatif lain dahulu."Saya harap para peniaga boleh mencari alternatif lain dalam dua hari ini yang mematuhi syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum kita selesai baik pulih 'GanuShop'," tambahnya.
24 Apr 20
77
Hanafiah Serah Bantuan 100 Tukang Gunting Rambut
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 24 April - Seramai 100 orang tukang gunting rambut di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai menerima bantuan berbentuk wang tunai dan sekampit beras.Mereka menerima sumbangan tersebut daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Cukai, kelmarin.Pemilik Bayu Pesona Beauty Saloon, Nur Aziah Ismail mewakili semua penerima mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hanafiah dan kerajaan negeri yang prihatin terhadap mereka."Alhamdulillah, dengan bantuan yang diberikan ini sempena menyambut bulan Ramadan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh kami dalam menghadapi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara kita pada ketika ini," ujarnya.Beliau yang ditemui selepas selesai majlis tersebut turut mengharapkan perhatian yang berterusan daripada kerajaan negeri pada masa akan datang.
24 Apr 20
223
DUN Cukai Agih 1 Rumah 1 Kotak Kurma
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 24 April - Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai telah mengagihkan sekotak kurma bagi setiap rumah melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan tersebut.Sebanyak lebih 13,000 kotak kurma diperuntukkan bagi melaksanakan misi ini sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak.Pengerusi MPKK Besut 1, Ariffin Mohd Noor berkata, sebanyak 211 kotak kurma telah selesai diagihkan kepada semua penduduk."Alhamdulillah, bagi pihak MPKK Besut 1, kami telah selesai mengagihkan semua kotak kurma tersebut kepada semua penduduk seperti yang telah diamanahkan."Terima kasih diucapkan kepada ADUN Cukai, Hanafiah Mat yang telah memberi sumbangan ini untuk diagihkan," ujarnya ketika ditemui pemberita, semalam.Dengan sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit keceriaan kepada semua penduduk bagi menyambut bulan Ramadan ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19.Dalam masa sama, MPKK Besut 1 turut memberikan takwim Ramadan dan topeng muka kepada penduduknya.
24 Apr 20
219
7,000 Kurma Diedarkan Tanda Simbolik Kasih Ramadan
Ustaz Maliaman bersama Dato' Rosol bersama-sama menyampaikan sumbangan kurma kepada salah seorang penduduk Taman Perdana, semalamHULU TERENGGANU, 24 April - Sempena ketibaan bulan Ramadan al-mubarak, sebanyak 7,000 pek kurma diedarkan kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil sebagai simbolik untuk bersama-sama meraikan kedatangan bulan paling mulia dan penuh keberkatan ini.ADUN Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata selain bantuan makanan asas yang telah diagihkan kepada penduduk terjejas susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, pihaknya juga turut menyediakan sedikit sumbangan berupa buah kurma untuk masyarakat di kawasan beliau.Katanya, sebahagian kurma telah disumbangkan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Rosol Wahid dan sebahagiannya dari peruntukan beliau sebagai wakil rakyat."Kita dapat sebanyak 3,500 kotak daripada Ahli Parlimen dan kita tambah sebahagian lagi bagi memastikan semua 7,000 rumah di DUN Ajil akan memperolehinya.Beliau berkata demikian selepas mengagihkan sebanyak 200 kotak kurma bersama-sama dengan Dato' Rosol di Taman Perdana Aji, petang semalam.Tambah Maliaman lagi, keadaan tentunya amat berbeza bagi Ramadan kali ini apabila umat Islam berpuasa ketika menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19."Semoga umat Islam dapat mengerjakan ibadah puasa dan mengharungi segala ujian serta cabaran ketika berdepan ancaman wabak Covid-19 dan arahan PKP dengan tenang dan lebih bermakna.“Pasti ada hikmah di sebalik musibah yang melanda dunia ketika ini termasuk arahan PKP yang dikuatkuasakan kerajaan takala umat Islam sedang dalam persiapan menyambut Ramadan,” ujarnya.Beliau berharap masyarakat terus memberi kerjasama dan mematuhi peraturan serta arahan ditetapkan kerajaan terutamanya mematuhi PKP untuk memastikan pandemik COVID-19 dapat dikawal daripada terus merebak.
23 Apr 20
66
Sembilan Platform E-Dagang Bantu Peniaga Kecil Terengganu Pasarkan Produk
KUALA TERENGGANU, 23 April- Sembilan platform E-Dagang telah dibangunkan gabungan kerjasama agensi keusahawanan, anak syarikat kerajaan negeri dan juga usahawan digital dalam usaha membantu hampir 10,000 peniaga kecil di negeri ini memasarkan produk masing-masing.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerjasama tersebut bertujuan membolehkan para peniaga menjana pendapatan bukan sahaja pada bulan puasa, tetapi akan diteruskan selaras dengan perkembangan perniagaan atas talian yang semakin berkembang."Susulan pembatalan penganjuran bazar Ramadhan di negeri ini yang pastinya menjejaskan pendapatan beribu peniaga dan penjaja, kerajaan negeri melaksanakan inisiatif pembelian dalam talian (online) bagi menggantikan bazar Ramadhan yang berkonsepkan fizikal."Secara tidak langsung, langkah tersebut juga memberi peluang rakyat Terengganu membeli dan menikmati juadah berbuka puasa secara atas talian dan pada masa yang sama masih mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tidak mengambil risiko keluar dan bersesak dengan orang ramai, " ujarnya pada sidang media di Majlis Memperkenalkan Platform E-Dagang Terengganu di Bangunan TD1303, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman.Mohd Nurkhuzaini berkata, sembilan platform yang diperkenalkan adalah GanuShop yang diselaraskan oleh Yayasan Pembangunan usahawan Terengganu (YPU)."Dua lagi anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat ialah TD1303 Dan Top IT Industries Sdn Bhd." Top IT Industries Sdn Bhd adalah pemilik dan penyelaras bagi platform Bazar Terengganu (sebelum ini dikenali sebagai payang.my)."Manakala, TD1303 pula telah membantu syarikat 'startup' yang bernaung sebagai komuniti TD1303 iaitu getrunner.my, ganufresh.com, eruncit.my, Hungga Mart Dan beberapa platform 'online' lain," katanya.Tambah beliau, terdapat beberapa lagi individu yang telah bersama-sama kerajaan mengambil inisiatif membina platform E-Dagang untuk usahawan."Mereka ialah bazarganu.com, Bazar Online Terengganu (BOT)/T'Runner Dan hellomy.time.com," ujarnya.Katanya, kerajaan negeri melalui kerjasama dua Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Penjaja Negeri serta Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri telah membentuk satu kumpulan 'Task Force' bagi menyokong kumpulan ini dan membantu perkembangan pendigitalan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) di negeri ini melalui E-Dagang."Konsep E-Dagang ini berpotensi untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Salam tempoh menangani ekonomi yang terjejas akibat COVID-19."Dengan menyediakan platform yang lebih baikdan berdaya saing, pendekatan ini dijangka memacu peluang pasaran baru dalam peruncitan, perniagaan asas tani, dan lain-lain," ujarnya.
23 Apr 20
100
Ahli Parlimen Dan Empat Adun Sepakat Agih Kurma Di Hulu Terengganu
HULU TERENGGANU, 23 April - Buat pertama kali, Ahli Parlimen dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan Parlimen Hulu Terengganu menggunakan resepi terbaik dalam pengagihan kurma sempena bulan Ramadan apabila bekerjasama menyumbangkan lebih 23,000 pek kurma untuk penduduk dan petugas barisan hadapan.Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata sumbangan pek kurma itu sudah mula diagihkan secara berperingkat kepada 23,000 kediaman dan petugas barisan hadapan di Hulu Terengganu antaranya petugas kesihatan, polis dan tentera.Katanya, beliau bersama empat lagi ADUN dalam Parlimen Hulu Terengganu bekerjasama menyumbangkan pek kurma itu bagi mengimarahkan lagi kedatangan Ramadan yang disambut sederhana berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19.“Sebagaimana yang diketahui, tahun ini menjadi satu sejarah bagi kita kerana bukan sahaja Malaysia, tetapi seluruh dunia juga terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 ini.“Walaupun kita tidak dapat menunaikan solat Tarawih berjemaah di surau atau masjid mahupun berkumpul bersama ibu bapa dan keluarga tercinta untuk menyambut Ramadan, janganlah disia-siakan kesempatan yang ada untuk kita memperbanyakkan amal ibadat.“Paling penting, teruslah memanjatkan doa supaya pandemik COVID-19 ini segera berakhir dan kita dapat kembali kepada kehidupan normal seperti biasa,”katanya selepas majlis pelancaran agihan pek kurma itu di Pejabat Daerah Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, ADUN Telemong, Dato’ Rozi Mamat, ADUN Kuala Berang, Dr Mamad Puteh, ADUN Ajil, Maliaman Kassim, ADUN Manir, Hilmi Harun, Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid dan Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu.Rosol berkata, walaupun Malaysia semakin hampir untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19, pihaknya berharap seluruh rakyat terus patuh kepada arahan kerajaan untuk kekal duduk di rumah.“Serta menjaga penjarakan sosial sekiranya perlu keluar untuk urusan penting, jaga kebersihan diri dan mengenakan topeng muka jika keluar rumah bagi mengelak sebarang risiko jangkitan.“Semoga kedatangan bulan mulia yang disambut serba sederhana dengan kebiasaan baharu (new normal) pada kali ini membawa seribu rahmat dan hikmah buat kita semua,” katanya.Tambahnya lagi, walaupun umat Islam di seluruh negara terpaksa meraikan kedatangan Ramadan dengan penuh sederhana dan terikat dengan PKP, beliau berharap bulan mulia ini dapat diimarahkan dengan aktiviti keagamaan di kediaman masing-masing.
23 Apr 20
425
Bekalan Makanan Mencukupi Hingga Sembilan Bulan
KUALA TERENGGANU, 23 April -Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bahawa bekalan keperluan makanan harian di negara ini mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan sehingga sembilan bulan.Timbalan Menterinya, Dato' Rosol Wahid berkata pihaknya telah bermesyuarat dengan kementerian-kementerian yang berkaitan termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) dan laporan yang diterima menyatakan stok yang ada mencukupi."Alhamdulillah, setakat ini stok pertanian yang ada sehingga sembilan bulan begitu juga dengan harga seperti ayam dan sebagainya pun mencukupi. "Saya difahamkan mereka telah membuat segala persiapan untuk raya, telur ayam dan sebagainya tapi ia terganggu kerana COVID-19. "Jadi, rakyat tak perlu bimbang tentang hal makanan kerana ia cukup dan insyaAllah kerajaan Malaysia tidak akan kebuluran walaupun berlaku wabak ini,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah meninjau stok barang sempena menyambut bulan Ramadan di Pasaraya Mydin Kuala Terengganu, hari ini.Tambah Rosol, KPDNHEP Terengganu telah mengadakan keseluruhan pemeriksaan di seluruh premis di bawah penguatkuasaan negeri."Sebanyak 2341 penguatkuasaan ataupun pemantauan dibuat oleh pegawai-pegawai kita di seluruh negeri dan sehingga ini kita mendapat sebanyak 112 aduan."Ini maklumat diberi oleh KDHNEP negeri Terengganu dan aduan ini kita siasat berdasarkan merit, data atau detail aduan yang diberi."Jadi, kita berharap masyarakat pengguna jika ada masalah tentang harga barang, masalah tentang kekurangan barang atau apa sahaja boleh mengadu atau bertemu dengan pegawai-pegawai kita yang berada, bekerja sepanjang masa, setiap hari di lapangan," katanya.
23 Apr 20
474