lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Buang Sikap Tidak Ambil Peduli-Maliaman
Buang Sikap Tidak Ambil Peduli-Maliaman
HULU TERENGGANU, 16 September – Masyarakat perlu membuang sikap tidak ambil peduli terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka bagi bersama-sama menangani isu penyalahgunaan dadah yang kian menular dalam kalangan anak-anak muda masa kini. Pengerusi ( JKPD) Jawatankuasa Pemulihan Dadah Hulu Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata, sikap enggan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi muda berdekatan dengan tempat tinggal mereka adalah tidak wajar. “Janganlah malu untuk melaporkan penagihan dadah kerana ia dapat mengelak mereka terjebak dengan lebih teruk. "Setiap ahli keluarga dan masyarakat perlu memerhatikan tingkah laku anak-anak mereka dan melapor segera kepada pihak berkuasa sekiranya ada yang terbabit dengan dadah.Kita ketepikan masalah dengan jiran sekiranya kita mempunyai tanggungjawab untuk membanteras dadah," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Institusi Keluarga Bebas Dadah anjuran AADK bersama komuniti Kampung Pela., hari ini. Tambahnya, kesan penagihan dadah menyebabkan berlakunya kes-kes jenayah seperti samun, curi dan bunuh yang memberi impak kepada kehancuran generasi yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Menurut beliau lagi, kerjasama erat daripada ibu bapa serta pihak sekolah termasuk masyarakat adalah amat penting bagi membanteras gejala penyalahgunaan dadah yang kian menular dalam kalangan remaja. Justeru itu katanya, AADK dan JKPD  mengambil langkah proaktif bagi menangani isu itu dengan melancarkan beberapa program yang menjurus kepada golongan sasar berkenaan.  “Melalui setiap program yang dilaksanakan, kita telah melakukan kajian dan menerusi usaha itu, kita dapat mengetahui masalah yang berlaku di peringkat komuniti seterusnya mengambil langkah proaktif bagi menanganinya.  “Saya yakin dan percaya agensi seperti AADK  berupaya menangani isu terbabit di peringkat awal lagi sekiranya sikap ambil peduli dipraktikkan didalam masyarakat sebelum  ia menjadi lebih parah,” ujarnya.   
16 Sep 20
1063
Hari Malaysia : 350 Peserta Meriahkan 'Fun Ride'
Hari Malaysia : 350 Peserta Meriahkan 'Fun Ride'
  Oleh : Suriati Ali KUALA TERENGGANU, 16 September - Kira-kira 350 peserta termasuk individu dari Kemaman memeriahkan Program 'Fun Ride' Sempena Hari Malaysia di Kampung Banggol Cempedak, Serada, di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman berkata, selain meraikan sambutan Hari Malaysia program itu antara lain bertujuan mengeratkan hubungan antara komuniti setempat sekaligus mempromosikan Dataran Banggol Cempedak kepada masyarakat luar. “Program 'Fun Ride' iaitu kayuhan basikal sejauh 28 kilometer (km) di sekitar kawasan Alor Limbat diadaklan secara terbuka dengan penyertaan sekitar 350 peserta dari seluruh negeri Terengganu. “Selain program kayuhan, hari ini juga diadakan pertandingan memasak nasi goreng, nasi manis, bubur asyura serta kuih muih tradisional Terengganu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program di Dataran Banggol Cempedak hari ini. Beliau berkata, kayuhan itu merupakan program kali kedua diadakan selepas kali pertama pada sambutan Hari Kemerdekaan, tahun lalu. “Selepas ini kita akan adakan lagi program seumpama ini dengan lebih baik dan lebih meriah bagi menarik penyertaan lebih ramai peserta,” katanya.
16 Sep 20
1759
Daftar Sebagai Pengundi Sebahagian Fardu Kifayah
Daftar Sebagai Pengundi Sebahagian Fardu Kifayah
KUALA TERENGGANU, 16 September – Mengambil tanggungjawab untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi dianggap sebagai salah satu daripada fardu kifayah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata perbuatan mendaftarkan diri untuk mengundi adalah salah satu daripada tanggungjawab Umat Islam, sama seperti fardu kifayah. Menurut beliau lagi, bila menjadi seorang pengundi yang berdaftar, kita sebenarnya sedang menzahirkan perasaan sayang kepada negara dengan mengambil serius perihal tersebut. “Anak-anak muda mesti peka dan cakna akan hari sambutan seperti Hari Malaysia, 16 September kerana ia mencerminkan sejauh mana kita sayang akan negara kita. “Samalah juga halnya dengan daftar mengundi, itu manifestasi kita sayang dan ambil berat akan keadaan semasa negara kita. “Daftar mengundi adalah fardu kifayah, dikira sebagai jihad untuk mempertahankan kedaulatan negara,”ujarnya ketika dihubungi, pagi tadi. Terdahulu, Ahli Parlimen Marang merangkap Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang ada mengulas perihal kewajipan sebagai seorang muslim untuk menjadi pengundi (terlibat dalam politik). Katanya ramai yang menganggap politik bukan satu kewajipan, kebanyakkannya menganggap fardu kifayah hanyalah sembahyang mayat semata-mata, sedangkan pada hakikatnya, memerintah negara juga termasuk dalam fardu kifayah. “Mereka tidak sedar, fardu kifayah menjadi fardu ain kepada orang tertentu dan keadaan tertentu, dalam suasana kita pada hari ini, ianya sudah menjadi fardu ain. “Kalau kita buka kitab feqah, kitab feqah mengatakan kalau jihad dalam suasana yang biasa adalah fardu kifayah, tapi kalau dalam keadaan darurat ia menjadi fardu ain. Dikira sebagai jihad itu,”ulasnya. Dalam pada itu, Zuraida turut melahirkan harapan agar anak muda terutamanya wanita ambil cakna serta celik politik semasa. Beliau yang juga merupakan Ketua Pengarah Ameerah Malaysia menyeru anak muda terutamanya Melayu-Islam untuk mendaftar sebagai pemilih kerana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) akan berlangsung tidak lama lagi.
16 Sep 20
1013
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2020 Dibatalkan
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2020 Dibatalkan
  KUALA TERENGGANU, 16 September - Acara tahunan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2020 yang sepatutnya diadakan pada November ini dibatalkan. Perkara itu diumumkan oleh penganjur LAJSM 2020 dalam satu kenyataan semalam. “Setelah melalui fasa penelitian isu COVID-19 yang melanda negara sejak awal tahun ini, kerajaan negeri Terengganu dan Persatuan Olahraga Terengganu (POAT) dengan berat hati membatalkan LAJSM 2020. “Acara yang pada awalanya dijadualkan untuk berlangsung pada bulan ini kemudian ditunda ke November terpaksa dibatalkan atas nasihat pihak berkuasa memandangkan pandemik masih di tahap membimbangkan dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember,” ujar kenyataan itu. Menurut penganjur lagi, pendaftaran peserta bagi acara itu tahun ini akan dibawa secara automatik ke LAJSM 2021. “Tarikh rasmi bagi LAJSM 2021 akan dimaklumkan secara rasmi lelak.   “Oleh itu, peserta yang sudah mendaftar untuk tahun ini tidak perlu membuat pendaftaran sekali lagi,” tambah kenyataan itu.  
16 Sep 20
1587
Penyakit Hawar Berdarah Tidak Jangkiti Manusia
Penyakit Hawar Berdarah Tidak Jangkiti Manusia
  KUALA TERENGGANU, 16 September - Penyakit hawar berdarah atau Haemorrhagic Septicaemia (HS) yang disyaki menyerang lebih 30 ekor kerbau milik keluarga Syukor Khamis, 15, tidak berisiko berjangkit dengan manusia. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam satu kenyataan semalam mengesahkan perkara itu dan menasihatkan orang ramai agar tidak panik dengan situasi yang berlaku di Kampung Banggol Katong, Serada beberapa hari lepas. "Penyakit HS adalah penyakit bukan zoonotik iaitu tidak berjangkit pada manusia. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak panik memandangkan tiada risiko penyakit tersebut kepada manusia. "Kerjasama penternak bagi melaporkan sebarang kes disyaki penyakit HS di mana-mana Pejabat Veterinar Negeri atau Pejabat Veterinar Daerah berdekatan amat diperlukan," ujar kenyataan itu. Jelas JPV, HS merupakan penyakit akut pasteurellosis yang disebabkan oleh bakteria Pasteurella Multocida (p. multocida) Carter’s Type B. Katanya, penyakit tersebut biasanya menyerang ternakan lembu dan kerbau dan boleh menyebabkan kematian dalam jangka masa 8 hingga 24 jam selepas dijangkiti. "Penyakit ini kerap menyerang ternakan pada musim hujan," menurutnya. Menurut kenyataan itu lagi, JPV Terengganu telah menjalankan bedah siasat ke atas ternakan yang mati dan semua sampel telah dihantar ke makmal bagi tujuan pengesahan penyakit. "Notis arahan kuarantin mengikut seksyen 18 Akta Binatang 1953 telah dikeluarkan dan diserahkan kepada penternak pada 13 September 2020. "Di samping pemberian ubat antibiotik pada ternakan yang bergejala serta khidmat nasihat kepada penternak bagi tujuan penvaksinan," kata kenyataan tersebut.
16 Sep 20
1312
Sekolah Di DUN Ladang Dapat 'Durian Runtuh'
Sekolah Di DUN Ladang Dapat 'Durian Runtuh'
KUALA TERENGGANU, 15 September - Semua sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang mendapat durian runtuh sebanyak RM5,000 daripada Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.  ADUN Ladang itu berkata, sumbangan akan dimasukkan menerusi akaun bank Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah masing-masing.  "Atas dasar kebersamaan, keprihatinan dan atas kebajikan saya mengumumkan sumbangan RM5,000 dan terserah kepada pihak sekolah dan PIBG untuk membelanjakannya," katanya.  Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri berkata demikian ketika Majlis Tautan Ukhuwah YB ADUN Ladang Bersama Sekolah-Sekolah Dalam DUN Ladang di Primula Beach Hotel di sini hari ini. Turut hadir, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Terengganu, Jelani Sulong.  Dalam masa yang sama, beliau juga berkata pihaknya akan terus membantu setiap rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan warna kulit. "Setiap orang yang memerlukan akan dibantu, tiada pilih kasih. "Kita tidak mahu membiarkan kehidupan mereka yang susah tiada perubahan, statik, mana yang berniaga kita bantu apa yang diperlukan untuk menaik taraf perniagaan mereka. "Kita seronok melihat mereka dapat keluar daripada kemiskinan," ujarnya yang telah berkhidmat kepada rakyat selama 43 tahun bermula ketika dilantik menjadi penolong pegawai daerah.
15 Sep 20
1814
Perangkap Tambahan Dipasang, Elak Khinzir Masuk Bandar
Perangkap Tambahan Dipasang, Elak Khinzir Masuk Bandar
MARANG, 16 September - Sebanyak 10 perangkap tambahan membabitkan lima perangkap khinzir dan kera dipasang bagi mengelakkan kejadian binatang terbabit memasuki bandar Marang berulang. Perangkap itu disumbangkan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang. Pegawai Khas Menteri Besar, Sabri Zakaria berkata, tinjauan ke lokasi perangkap khinzir serta kera bersama Jabatan Perhilitan Terengganu telah diadakan pagi semalam di Kampung Rhu Renggeh. "Tujuan tinjauan ini adalah bagi membincangkan struktur binaan perangkap yang perlu digunakan kepada jenis haiwan liar ini berdasarkan ketetapan oleh Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu. "Sturuktur binaan ini telah dikeluarkan jabatan terbabit supaya perangkap yang dibina selaras seperti dikehendaki," kata beliau ketika ditemubual Urus Setia Penerangan Darul Iman. Turut hadir, Ketua PERHILITAN Daerah Kuala Terengganu, Nik Norhafizah Daud, dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Rhu Renggeh, Najmuddin Rani. Menurut Sabri, sumbangan perangkap itu juga adalah berdasarkan rentetan kejadian yang berlaku sebelum ini dan siasatan yang dilakukan terhadap aduan penduduk. Ujarnya, sebelum ini terdapat dua ekor khinzir berkeliaran di kawasan bandar Marang sehingga menimbulkan risiko kemalangan dan mencacatkan pemandangan. "Perhilitan pernah memasang perangkap di beberapa lokasi di sekitar bandar Marang iaitu di kawasan belakang stesen minyak Caltex, sekitar kediaman rasmi Pegawai Daerah Marang, dan belakang deretan bangunan kedai KFC. "Namun perangkap tersebut akan beralih ke tempat baharu selepas mendapat aduan baru kerana jumlah perangkap yang tidak mencukupi. "Dengan tambahan perangkap ini, kita berharap masalah khinzir berkeliaran dan gangguan kera dapat dikurangkan di sekitar sini," jelasnya.
15 Sep 20
721
Polis Nafi Video Lelaki Mabuk Sehingga Sebabkan Kemalangan
Polis Nafi Video Lelaki Mabuk Sehingga Sebabkan Kemalangan
KUALA TERENGGANU, 15 September – Polis menafikan video berdurasi 57 saat yang menunjukkan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux putih terbabas masuk ke dalam longkang dalam kejadian berhampiran sebuah pasar raya di Bukit Kecil  adalah disebabkan pemandu mabuk. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Abd Razak Hasan berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati pemandu kenderaan itu tidak memandu dalam keadaan mabuk kerana keputusan ujian alkohol mendapati individu terbabit bebas daripada pengaruh minuman keras "Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi tadi, siasatan mendapati lelaki tempatan berusia 26 tahun itu tidak mabuk malah boleh memberi kerjasama sepanjang siasatan. "Siasatan awal mendapati dia merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) kategori penglihatan kerana sebelah matanya tidak nampak dan kakinya pula tidak 'sempurna'. "Jika dilihat melalui video yang ditularkan memang nampak seperti dalam keadaan mabuk, tetapi sebenarnya dia pening kesan terhantuk selepas kenderaan dipandu hilang kawalan sebelum terbabas," katanya ketika dihubungi hari ini. Justeru itu, orang ramai dinasihatkan tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih itu.  
15 Sep 20
715
Taska Bagi Penjawat Awam Dungun Mula Beroperasi
Taska Bagi Penjawat Awam Dungun Mula Beroperasi
DUNGUN, 16 September – Usaha kerajaan negeri dalam mewujudkan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di tempat kerja bagi penjawat awam terus rancak berjalan apabila sebuah lagi pusat berkenaan berjaya ditubuhkan di daerah ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, Taska Permata Keluarga Majlis Perbandaran Dungun (MPD) merupakan taska di tempat kerja yang ditubuhkan hasil inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja. Katanya, pembukaan pusat itu merupakan usaha kerajaan negeri dalam menunaikan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu iaitu membuka pusat asuhan di setiap jabatan kerajaan negeri.   "Sebelumnya, pembukaan rasmi Taska Permata Keluarga MPD adalah pada bulan januari tetapi ditangguhkan atas sebab pandemik COVID-19. Inisiatif ini dijayakan dengan kerjasama kerajaan negeri bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu serta agensi lain. "Antara Taska Permata yang telah disiapkan, kini beroperasi di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak (UniSZA) dan di Wisma Darul Iman.  "Bagi tahun ini, kerajaan merancang untuk membuka taska seterusnya di UniSZA Kampus Tembila diikuti dengan Bangunan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dalam sekitar bulan ini atau awal Januari 2021, di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada awal januari 2021 serta sebuah lagi di Jabatan Kerja Raya Terengganu pada april 2021," ujarnya. Beliau berkata demikian semasa berucap Majlis Perasmian Taska Permata Keluarga Majlis Perbandaran Dungun di sini semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang yang juga Timbalan Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun, ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Lizan Che Mat serta Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Wan Mohd Zaki Wan Abdullah. Menurutnya, perkara itu pasti akan memberi kelegaan kepada para ibu bapa dan secara tidak langsung menyumbang kelangsungan pentadbiran yang baik kepada negeri. "Saya yakin dan percaya dengan pendekatan kokurikulum yang menyeluruh dan bersepadu di taska ini, akan menatijahkan hasil terbaik kearah masyarakat negeri maju, berkat dan sejahtera” "Dengan Doa dan harapan supaya taska sebegini akan melahirkan modal insan berkualiti. Mereka bakal menjadi As-syabab dan Ar-rijal atau pemuda-pemudi hebat yang mampu memenuhi tuntutan kehidupan” tambah beliau Pengambilan di Taska Permata Keluarga MPD melibatkan 23 orang pelajar dari usia 3 bulan hingga 4 tahun serta 6 orang kakitangan terlatih dan menelan kos kira-kira RM 100,000 daripada peruntukan kerajaan negeri.
15 Sep 20
1227
Muafakat Nasional Terengganu Terus Dipertahan
Muafakat Nasional Terengganu Terus Dipertahan
KUALA TERENGGANU, 15 September – Kerjasama antara parti dalam Muafakat Nasional Terengganu akan terus diperkasa dan dipertahankan demi kepentingan rakyat serta negara. Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah usaha untuk menghancurkan Muafakat Nasional daripada musuh, kekangan itu dihadapi dengan penuh tekad dan istiqamah bagi memastikan persepakatan itu kekal relevan termasuk di negeri ini. “Sempena ulang tahun yang pertama, mudah-mudahan Muafakat Nasional di peringkat Terengganu akan semakin baik, ia sudah tentu menjadi harapan dan sesuatu yang dinanti oleh rakyat jelata bukan sahaja di sini bahkan seluruh negara,” katanya ketika diminta mengulas tentang Muafakat Nasional Terengganu selepas menziarahi rakyat di Wakaf Mempelam semalam.          Wan Sukairi yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu berkata, tidak timbul soal sebulu atau tidak kerana penyatuan yang dibina itu berasaskan kesedaran demi agama, bangsa dan negara. “Kita di Terengganu tiada masalah yang berlaku, isu yang agak panas di sidang DUN baru-baru ini adalah sesuatu perkara yang biasa dan insya-Allah itu tidaklah menggambarkan hubungan atau keadaan Muafakat Nasional Terengganu sebenar. “Insya-Allah ia berada dalam baik-baik sahaja, dalam program-program bersama pun kita semua telah menyaksikan kesungguhan semua pihak, walaupun setahun itu bukan satu tempoh yang panjang namun terlalu banyak cabaran daripada dalam dan luar dihadapi dengan baik.  “Asalkan kita mempunyai tekad bahawa Muafakat Nasional harus diperkasa dan diperkukuhkan insya-Allah Muafakat Nasional akan terus menjadi teras kepada kerajaan di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 15 nanti,” tambah beliau.
15 Sep 20
1064