lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Jambatan Runtuh Siap Dibina Baru
Jambatan Runtuh Siap Dibina Baru
MARANG, 22 Oktober - Kerisauan penduduk terhadap jambatan yang runtuh pada tahun lalu akibat banjir besar berakhir setelah kemudahan itu telah siap dibina baru sepenuhnya. Jambatan yang menghubungkan antarai Kampung Batu 9 dan Bukit Payong berkenaan menjadi laluan utama penduduk setempat untuk menyeberangi ke kampung terdekat terutama pasar Bukit Payong bagi membeli keperluan harian. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berkata, kemudahan tersebut merupakan satu kepentingan untuk rakyat melakukan kerja harian dengan lebih efisyen. "Mungkin ada sedikit kelewatan untuk disiapkan akibat permasalahan yang dihadapi tetapi sekarang sudah pun siap dan boleh digunakan dengan sebaiknya. "Berkat kesabaran penduduk atas ujian yang diterima tahun lalu, jambatan baru telah dibina dan jambatan ini, InsyaAllah akan lebih teguh dan selamat untuk digunakan," katanya ketika ditemui dalam tinjauan ke jambatan tersebut hari ini. Pada masa yang sama beliau juga memaklumkan terdapat sebuah lagi jambatan turut dibina bersebelahan jambatan itu dan dalam prosesnya sedang berjalan. "Bersebelahan jambatan ini juga terdapat sebuah lagi jambatan yang menghubungkan lalu yang sama masih dalam proses pembinaan untuk kemudahan penduduk setempat," tambah beliau.
22 Oct 20
1035
Setiu Siap Siaga Hadapi Bencana Banjir
Setiu Siap Siaga Hadapi Bencana Banjir
SETIU, 21 Oktober - Pelbagai persiapan awal dilakukan daerah ini bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka bermula bulan depan. Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, persediaan itu termasuk bekalan keperluan harian mencukupi bagi membantu seluruh rakyat dalam parlimen beliau. "Sebagaimana kita tahu, Parlimen Setiu ini merupakan tempat 'hotspot' berlakunya banjir. "Respon positif dari pihak kerajaan negeri ini amat melegakan saya dan rakyat," ujar semasa ditemubual media hari in ketikai hadir ke Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Pulau Kambing untuk meninjau barang keperluan harian yang akan dihantar ke Pulau Redang. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat Dalam masa yang sama, beliau memohon agar seluruh rakyat Terengganu mendoakan Terengganu bebas daripada bencana alam. "Solat hajat perlu dilaksanakan bagi memohon dari Allah agar kita tidak terkena bencana alam ini," tambah beliau.  
21 Oct 20
312
Program Khas Asasi Imtiaz Berjalan Lancar
Program Khas Asasi Imtiaz Berjalan Lancar
KUALA TERENGGANU, 20 Oktober - Program Khas Asasi Imtiaz untuk pelajar tingkatan satu bagi Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2020 di seluruh negeri ini berjalan lancar. Timbalan Pengarah (Operasi), Yayasan Terengganu, Mazlan Che Wil berkata, walaupun program tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka disebabkan pandemik COVID-19, pelajar, guru dan ibu bapa menunjukkan komitmen yang begitu baik selama enam bulan program diadakan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. “Program khas asasi Imtiaz mengandungi enam modul antaranya, personaliti, bahasa, bahasa Arab dan Inggeris, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Schoolwide Enrichment Model (SEM) serta al-Quran. “Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, disebabkan negara berdepan dengan wabak COVID-19, para pelajar perlu menyelesaikan semua tugasan di rumah berdasarkan modul yang diberi menerusi pemantauan oleh guru serta ibu-bapa masing-masing,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Perasmian Penutup Program Khas Asasi Imtiaz Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2020 secara sidang video yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat di Pejabat Yayasan Terengganu, hari ini. Mazlan berkata, program yang diperkenalkan sejak 2006 ini lebih kepada membentuk akhlak dan sebagai persediaan kepada pelajar yang baru mengikuti pengajian di Imtiaz . Katanya, walaupun tidak hadir ke sekolah dalam tempoh berkenaan, pelajar mampu mencapai keputusan yang memberangsangkan. “Tahniah kepada anak-anak pelajar, guru-guru, ibu bapa dan semua yang terlibat kerana terbukti COVID-19 tidak menjadi penghalang untuk belajar, ini terbukti apabila 50 peratus pelajar yang mengikuti program khas asasi ini berjaya menghafal lima juzuk al-Quran dan ada yang sampai 14 juzuk walaupun hanya dipantau secara online oleh guru,” ujarnya.      
20 Oct 20
686
'Terima kasih Setiu' - Sophian
'Terima kasih Setiu' - Sophian
SETIU, 19 Oktober - Tiada kata-kata yang dapat dilafazkan oleh Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar selain ucapan terima kasih dalam majlis perpisahan beliau semalam. Mohd Sophian bakal menjawat jawatan sama di Daerah Kemaman dan dijadual melaporkan diri pada 22 Oktober ini. Beliau yang memulakan tugas sebagai Pegawai Daerah Setiu pada pertengahan Januari tahun lalu dilihat sedih ketika ucapan ringkas majis yang dijalankan di peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mukim Pantai di Kampung Padang Saujana. "Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang saya berada di Setiu, tentunya satu pengalaman yang amat bermakna bagi saya berada di Setiu. "Insya-Allah kalau ada kesempatan saya akan datang lagi ke Setiu dan saya mohon maaf banyak-banyak kalau ada perkara-perkara yang menyinggung perasaan tuan-tuan semua sebelum ni," katanya. Beliau berkata demikian ketika dalam ucapan ringkas pada majlis jamuan makan tengah hari hari dan perpisahan yang diadakan di rumah Pengerusi MPKK Kampung Padang Saujana. Beliau turut berpesan supaya para pemimpin masyarakat terus memberikan komitmen yang jitu terhadap amanah yang dipegang.
19 Oct 20
864
32 Jalan Kampung Di Kuala Terengganu Dinaik Taraf
32 Jalan Kampung Di Kuala Terengganu Dinaik Taraf
KUALA TERENGGANU, 19 Oktober – Sebanyak 32 projek naik taraf jalan-jalan kampung sedang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan DUN Wakaf Mempelam, dalam Parlimen Kuala Terengganu di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Pegawai Pembantu Khas Parlimen Kuala Terengganu (DUN Batu Buruk), Tuan Ngah Tuan Ahmad berkata, sebanyak 15 projek naik taraf jalan kampung di kawasan itu melibatkan 11 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam  bagi kemudahan rakyat. "Antara yang terlibat adalah MPKK Kampung Raja Barang iaitu tiga projek naik taraf jalan, MPKK Pantai Pandak (2), MPKK Chendering Pantai (1), MPKK Batu Enam Chendering (1), MPKK Kubang Ikan (1), MPKK Mengabang Tengah (1), MPKK Batu Buruk (1), MPKK Gong Pak Maseh (1) dan MPKK Nibong Atas dua projek,” jelasnya. Manakala, di DUN Wakaf Mempelam pula terdapat 17 projek naik taraf jalan-jalan kampung di bawah peruntukan sama. Pegawai Pembantu Khas Parlimen Kuala Terengganu (Wakaf Memepelam), Encik Mohd Azmi Ali memaklumkan projek tersebut akan dilaksanakan di MPKK Teluk Paku (2), MPKK Gelugor Raja (2), MPKK Wakaf Mempelam (1), MPKK Kubang Parit (2), MPKK Paloh Sungai Kiat (3), MPKK Sungai Rengas (1), MPKK Kuala Bekah (1) dan MPKK Kampung Durian Burung (5). Kesemua pelaksanaan kemudahan berkenaan diselia secara terperinci oleh  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan ADUN Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah.    
19 Oct 20
1250
Badan Korporat Diseru Giat Sumbang Face Mask, Sanitizer
Badan Korporat Diseru Giat Sumbang Face Mask, Sanitizer
KUALA TERENGGANU, 19 Oktober – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim merakamkan ucapan terima kasih atas usaha Paloh Resources Sdn Bhd menyumbang sebanyak 200 keping Face Mask dan 50 unit Hand Sanitizer kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Bestari Al-Ikhlas di Durian Burung sebagai satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan. “Ini adalah satu sumbangan yang sangat besar maknanya. Khususnya, kepada PASTI-PASTI yang sangat memerlukannya.  “Kita sentiasa mengharapkan anak-anak dalam keadaan yang terbaik, dan dengan adanya sumbangan seperti ini sangat membantu dalam aspek pematuhan SOP. Saya mengharapkan lebih ramai lagi warga korporat sama-sama menjayakan tanggungjawab sosial (CSR) seperti ini,” katanya. Sementara itu, pengarah urusan Paloh Resource, Haji Mohd Shukri Ismail memaklumkan, sumbangan Face Mask dan Sanitizer itu sedikit sebanyak akan meringankan bebanan penjaga, ibu dan bapa pelajar.  “Ini (sumbangan) supaya sama-sama kita dapat mematuhi SOP (Prosedur Operasi Standard) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa (kerajaan).  “Sebelum ini, kita ada buat program CSR di Masjid Jeram Hilir dan ini program kedua CSR kami antara bulan September dan Oktober,” ujarnya.    
19 Oct 20
336
Demam Denggi Di Terengganu Catat Penurunan
Demam Denggi Di Terengganu Catat Penurunan
  KUALA TERENGGANU, 19 Oktober – Kebanyakan daerah di Terengganu mencatat penurunan kes demam denggi, kata Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, sebanyak 349 kes demam denggi direkodkan setakat 17 Oktober lepas, iaitu penurunan 30.2 peratus (151 kes) berbanding 500 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lepas. Daerah yang mencatatkan bilangan kes denggi tertinggi merupakan daerah Kuala Terengganu (192 kes) diikuti dengan daerah Kuala Nerus (52 kes), Kemaman (26 kes), Dungun (25 kes), Besut (24 kes), Marang (15 kes), Hulu Terengganu (10 kes), dan Setiu (5 kes). “Semua daerah menunjukkan penurunan kes berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019 dan sehingga 17 Oktober 2020, tiada kes kematian denggi yang dilaporkan di negeri ini. “Sebanyak 21 episod wabak telah berlaku di  Terengganu sehingga 17 Oktober  iaitu 17 episod di daerah Kuala Terengganu, dua  episod di daerah Hulu Terengganu, satu  episod di daerah Kuala Nerus dan satu  di daerah Dungun.Sementara itu, satu  wabak aktif dilaporkan di Kompleks Perdana, PDRM, Dungun,”katanya. Justeru itu, Dr Nor Azimi turut menasihatkan orang ramai supaya meluangkan masa 10 minit setiap minggu untuk aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes (bekas menakung air) di dalam dan di luar rumah masing-masing serta di tempat kerja. Katanya, ini merupakan antara langkah-langkah pencegahan demam denggi yang perlu diperkasakan untuk menurunkan kadar jangkitan denggi. Beliau juga meminta masyarakat melakukan semburan untuk membunuh nyamuk terutama pada awal pagi dan lewat petang termasuk mengurangkan aktiviti di luar rumah pada waktu berkenaan untuk mengelakkan digigit nyamuk. “Orang ramai dinasihatkan segera ke klinik berdekatan jika mempunyai simptom demam denggi,”ujarnya.  
18 Oct 20
1211
Penyelenggaraan, Bina Jalan Di Jabi Sedang Giat Berjalan
Penyelenggaraan, Bina Jalan Di Jabi Sedang Giat Berjalan
SETIU, 18 Oktober – Penyelenggaraan dan pembinaan jalan baharu di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi sedang giat dijalankan mengikut keutamaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, kerja-kerja bagi menyelesaikan masalah di lokasi dengan mengutamakan tempat yang akan dimanfaatkan secara umum berbanding kegunaan individu.  "Banyak lagi jalan di Jabi yang belum selesai dibaiki. Kita buat mengikut keutamaan. Antara penilaian keutamaan, jalan untuk kegunaan umum lebih diutamakan daripada jalan persendirian. "Jalan untuk kegunaan 20 buah rumah lebih diutamakan dari jalan untuk kegunaan lima buah rumah. Jalan sawah padi yang dimanfaatkan berpuluh orang pesawah lebih utama daripada jalan kebun milik perseorangan," katanya dalam satu kenyataan kelmarin.   
18 Oct 20
1301
Turap Jalan Untuk Pesawah
Turap Jalan Untuk Pesawah
SETIU, 18 Oktober  – Kerajaan Terengganu tidak akan meminggirkan kemudahan asas seperti penurapan jalan untuk golongan pesawah supaya pengusaha dalam bidang tersebut mampu memaksimakan potensi dengan sebaik mungkin. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, walaupun ia sekadar infrastuktur asas tetapi ia sangat penting kepada golongan petani.  "Kalau jalan nak pergi pasar raya perlu jalan berturap, kenapa pula jalan sawah padi yang merupakan periuk nasi kita perlu dipinggirkan. "Malah, dalam sawah padi pun ada rumah penduduk. Mereka tak boleh dinafikan hak untuk turut menikmati kemudahan asas sama seperti di tempat lain," katanya dalam satu kenyataan kelmarin. Beliau yang juga Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Jabi turut berkata, usaha berkenaan secara tidak langsung akan menerapkan nilai-nilai positif ke dalam minda masyarakat agar mengubah sisi pandangan terhadap sektor pertanian. "Kita nak ubah minda bahawa kerjaya petani adalah kelas ketiga dan inilah bidang tempat orang mundur dalam masyarakat. Biar kita bermentaliti, petani adalah kerjaya kelas pertama. Nak pergi ke sawah pun ada jalan berturap," tambah beliau.
18 Oct 20
648
Rakyat Terengganu Dijemput Utarakan Cadangan
Rakyat Terengganu Dijemput Utarakan Cadangan
KUALA TERENGGANU, 17 Oktober – Rakyat Terengganu dijemput untuk mengutarakan sebarang cadangan dan soalan bersempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 Kali Ketiga, yang dijadualkan berlangsung pada bulan November tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata peluang yang seluasnya dibuka kepada semua penduduk Terengganu tanpa mengira status jantina, agama dan bangsa untuk sama-sama menyumbangkan ‘buah fikiran’.   Zuraida berucap ketika Sidang DUN yang lalu. “Kami buka kepada segenap lapisan masyarakat untuk suarakan apa hasrat dan isi hati mereka kepada kerajaan negeri, berilah sebanyak mungkin respon supaya suara anda didengari. “Tambahan pula Sidang DUN kali ini melibatkan pembentangan bajet Kerajaan Negeri Terengganu jadi rugi sekiranya tidak diambil peluang. “Soalan berkaitan isu wanita, sosial ekonomi, pendidikan dan agama, hiburan, sukan, kerjaya, pembangunan & infrastuktur atau apa sahaja soalan yang berkaitan Kerajaan Terengganu boleh diutarakan kepada kami,” ujarnya. Zuraida berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman, pagi tadi. Beliau juga sangat mengalu-alukan cadangan serta idea untuk memantapkan lagi pembangunan wanita, pembangunan modal insan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu. Orang ramai yang mahu menyumbangkan pandangan, bolehlah merujuk halaman media sosial ADUN Wanita (Zuraida Md Noor) bagi mendapatkan pautan atau mengimbas kod QR untuk mengisi borang secara atas talian sebelum 24 Oktober 2020 (Sabtu).
18 Oct 20
530