lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Pelihara Sumber, Peraturan Perikanan Darat Dipinda
Pelihara Sumber, Peraturan Perikanan Darat Dipinda
HULU TERENGGANU, 27 Oktober – Kerajaan negeri sedang meminda Peraturan Perikanan Darat Terengganu 1988 (Pindaan 1993) supaya sumber dan biodiversiti dapat dipelihara dengan lebih bersepadu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, penyusunan semula punca kuasa itu penting untuk mengawal dan menguruskan sumber perikanan darat. "Akta yang sedia ada cuma sekadar melindungi perikanan marin di laut sahaja. Jadi kita perlu buat enakmen supaya ada punca kuasa untuk kita menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan perikanan darat. "Kaedah tangkapan menggunakan peralatan yang dilarang seperti tuba, pukat, bom dan sebagainya boleh merosakkan sumber dilarang sama sekali. Hanya memancing dibenarkan bagi mengekalkan kelestarian dan kelangsungan untuk satu tempoh yang panjang.  "Kita ingin menjadikan Tasik Kenyir ini sebagai daya tarikan aktiviti rekreasi seperti memancing kerana ia tidak merosakkan sumber. Saya meletakkan sasaran dikuatkuasakan pada tahun 2021, insya-Allah," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelepasan Sejuta Benih Ikan di Tasik Kenyir, hari ini. Mengulas tentang majlis itu, Dr Azman memaklumkan, dalam siri keempat itu, sebanyak 400,000 benih udang galah, 20,000 ikan lampam, 35,000 ikan terbol dan 30,000 ikan baung dilepaskan dengan anggaran nilai pasaran berjumlah RM120,000. "Jumlah keseluruhan benih ikan yang dilepaskan di seluruh negeri Terengganu bagi Program Pelepasan Sejuta Benih Ikan Ke Tasik Kenyir adalah sebanyak 940,260 ekor benih. Dengan anggaran nilai pasaran kira-kira RM270,000," jelasnya. Tambahnya, kawasan tersebut juga telah digazetkan sebagai kawasan larangan tangkapan ikan.    "Di samping kerajaan berusaha menggiatkan program pelepasan benih ikan, udang ke perairan untuk meningkatkan populasi dan biodiversiti, masyarakat turut berperanan menjaga sumber ini. "Purata dalam 60 peratus anak benih yang dilepaskan boleh membesar menjadi dewasa. Tujuan kita nak meningkatkan populasi perikanan di perairan negeri Terengganu sama ada tasik atau sungai," katanya.
27 Oct 20
1216
Pemilik Bangunan Disaran Jalankan Pemeriksaan Keselamatan Berkala
Pemilik Bangunan Disaran Jalankan Pemeriksaan Keselamatan Berkala
KUALA TERENGGANU, 27 Oktober - Pemilik bangunan disaran melakukan kerja-kerja penyelenggaraan struktur bangunan secara berkala mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memastikan keselamatan penghuninya terjamin. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, langkah itu perlu bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti yang menimpa Mohamad Aryan Defa Danish Mohd Azizul, 6, yang maut setelah tergelincir dari tingkat 15 flat Ladang Gemilang 1 Ahad lalu berulang lagi. Beliau berkata, kerajaan melihat insiden berkenaan sebagai iktibar, selain memandang serius isu keselamatan penghuni flat dan kondominium di negeri ini. "Kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga ini atas kemalangan yang berlaku. "Saya harap kerja-kerja 'maintenance' sesebuah bangunan kediaman khususnya dibuat dengan baik dari semasa ke semasa. Saya juga akan panjangkan perkara ini (keselamatan bangunan) dalam mesyuarat Exco esok untuk tindakan lanjut.   "Difahamkan ketika kejadian, besi pada tingkap cermin nako kediaman mangsa  longgar yang menyebabkan budak itu boleh buka cermin dan hulur kepala. "Kepada semua pemilik bangunan kondominium serta flat yang ada di seluruh negeri Terengganu ini diminta buat pemeriksaan bagi memastikan kediaman tersebut selamat," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarah keluarga arwah Mohamad Aryan di rumah datuknya di Jalan Kenanga Batu Burok, di sini hari ini. Sementara itu, Hanafiah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa. "Sesi kaunseling sangat membantu terutama kepada ibu bapa mangsa yang pastinya sedih dan trauma berikutan kehilangan anak tersayang. "Saya telah berbincang dengan kaunselor kita daripada JKM dalam masa tiga empat hari ini supaya datang berjumpa keluarga ini untuk memberi nasihat dan motivasi kepada mereka ketika menghadapi saat-saat sukar ini," ujarnya. Katanya, diharapkan seluruh keluarga arwah tabah menghadapi ujian Allah ini.
27 Oct 20
1923
200 Penduduk Terima Bantuan Kaca Mata
200 Penduduk Terima Bantuan Kaca Mata
MARANG, 1 November - Seramai 200 penduduk yang kurang berkemampuan di daerah ini terpilih menerima  Bantuan Kaca Mata yang disumbangkan kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, bantuan itu pastinya meringankan beban terutama bagi golongan warga emas dan mereka yang tidak mempunyai berpendapatan tetap. Menurutnya lagi, di Rhu Rendang, PKM telah berkerjasama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung bagi mengenalpasti mereka yang layak dan memerlukan kaca mata ini. “Walaubagaimanapun, mereka tetap perlu menjalani proses semakan yang diadakan hari ini oleh pihak JKM.”katanya. Beliau berkata kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman, baru-baru ini sebaik sahaja selesai program tersebut pada jam 3.00 petang. “Sesetengah orang melihat keperluan ini agak kecil, tapi tidak bagi sesetengah individu atau mereka yang mengalami kesempitan wang, perkara ini sangat penting bagi mereka. “Kami juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam usaha mengagihkan bantuan ini, iaitu Kerajaan Negeri Terengganu, ARCA Image Optometrist Sdn. Bhd, MPKK dan pihak JKM,” tambahnya lagi.
27 Oct 20
251
Konsep Bersepadu Pembangunan Tanah Lapang Akan Dirangka
Konsep Bersepadu Pembangunan Tanah Lapang Akan Dirangka
SETIU, 27 Oktober – Satu konsep pembangunan bersepadu akan dirangka bagi memanfaatkan kawasan tanah lapang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi.  ADUN Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, suasana di lokasi itu akan menjadi lebih tersusun apabila penstrukturan dan penempatan lengkap yang disertakan dengan binaan seperti rumah kedai, rumah kediaman dan taman rekreasi. "Isu perumahan adalah satu isu yang besar, malah kerajaan negeri sangat memandang serius namun apabila kita tidak mampu untuk menyelesaikan semua benda dalam masa yang singkat, langkah perlu laju.  "Birokrasi pula perlu diminimakan seminima yang mungkin agar dapat memberi khidmat yang paling baik dan cepat kepada rakyat," katanya ketika merasmikan Majlis Penyerahan Rumah Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) di perkarangan Surau Gong Berangan di sini baru-baru ini.  Beliau turut memaklumkan, Projek Rumah Mampu Milik (RMM) di Tempinis sedang giat berjalan dan tanah seluas sekitar sembilan ekar disebelahnya akan turut dibangunkan bagi mengurangkan isu perumahan di DUN Jabi.  "Secara dasarnya kerajaan sudah bersetuju untuk dijadikan sebagai tapak rumah mampu milik. Kita sudah batalkan semua nama peserta terkilan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) kerana tidak mahu tanah, mereka mahu rumah.  "Saya sudah bercakap dengan pemaju untuk membuat rumah empat tingkat sebab sebab nak suruh kalau kita sihat naik turun naik tangga dan utamanya ramai boleh mengambil manfaat," jelasnya.  Tambah beliau, sebanyak lima buah rumah PPTS masing-masing di Kampung Tempinis, Kampung Anak Ikan Dalam, Kampung Gong Pasir, Kampung Gong Dasar serta Kampung Gerong siap dibina mengikut masa ditetapkan. "Ada dua lagi yang akan dibina di Renek yang terbakar dan yang baru terbakar bebrapa hari lepas di Seri Tanjung. Insya-Allah yang terlibat dalam bencana kita akan uruskan seberapa segera.  "Kita akan tengok sekiranya keperluan kita untuk baiki rumah sudah semakin kurang kita akan tambah dengan bilangan untuk bina baru, asrat kita sebenarnya nak buat lebih daripada bilangan tahun ini cuma dalam masa yang sama kita perlu kurangkan peruntukan untuk baiki rumah," ujarnya.
27 Oct 20
260
311 Mangsa Banjir DUN Ajil Terima Bantuan Banjir
311 Mangsa Banjir DUN Ajil Terima Bantuan Banjir
HULU TERENGGANU, 27 Oktober - Seramai 311 mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri(DUN) Ajil menerima sumbangan Bantuan Pasca Monsun Timur Laut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bernilai RM155,500 semalam. Adunnya, Maliaman berkata, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan serta pelbagai pihak yang tampil memberi sumbangan kepada mangsa banjir setiap kali bencana itu melanda. “Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka menghadapi musibah banjir, terutama dari segi menggantikan keperluan rumah yang rosak akibat bencana alam ini. "Kerajaan negeri sangat berterima kasih kepada semua yang sudi memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk dan berharap jalinan erat ini akan terus berjalan lancar," katanya dalam satu majlis ringkas di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu semalam. Sementara itu, penerima, Zainon Awang Lah, 69, bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan yang tampil menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir. “Ini adalah sumbangan pertama yang saya terima untuk banjir kali ini. Ia sedikit sebanyak membantu saya sekeluarga untuk membeli barang dapur dan keperluan rumah. “Lagipun, gelombang kedua banjir diramal berlaku, tidak lama lagi. Justeru, kami perlu bersiap sedia menghadapi musibah ini. Bagi Anuar Sulaiman 47 pula, dia dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dia sekeluarga serta mangsa banjir lain. “Memang banyak harta benda musnah, namun kami reda kerana banjir sudah menjadi lumrah alam tetapi sedikit sebanyak bantuan yang diterima setakat ini meringankan bebabn kami,” katanya.  
26 Oct 20
293
PKM Prihatin Golongan Kurang Bernasib Baik
PKM Prihatin Golongan Kurang Bernasib Baik
MARANG, 26 Oktober - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, sentiasa menitikberatkan golongan yang kurang bernasib baik sebagai tanda prihatin kepada mereka. Pegawai Khas PKM Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, apabila menerima berita tentang mereka yang ditimpa ujian, sakit atau bencana, PKM akan bergegas untuk terus turun melihat keadaan mereka. "Hari ini, PKM menziarahi seorang pesakit yang terpaksa dipotong jari kaki kerana sakit kencing manis di Kampung Batu Putih. "Dalam semakan kami, Norazlinda Ibrahim telah menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Darul Iman. "Tetapi selain daripada itu, bantuan lain yang boleh dipohon adalah melalui bantuan perubatan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu," katanya. Turut hadir, adalah petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Rhu Rendang dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Gong Beris, Zolkefly Sulaiman. Menurutnya lagi, selain daripada bantuan kewangan dan keperluan dapur, petugas ini hadir memberikan sokongan moral atau 'Spritual' agar sentiasa kuat menempuh ujian yang dihadapinya. "Setiap manusia diuji dengan kadar masing-masing, perlu sentiasa berpegang pada janji-janji Allah, kerana dia lebih mengetahui," tambahnya lagi.  
26 Oct 20
153
Sangkar Ikan : PDT Dungun Panggil Pihak Terbabit Untuk Berunding
Sangkar Ikan : PDT Dungun Panggil Pihak Terbabit Untuk Berunding
DUNGUN, 26 Oktober - Pejabat Daerah dan Tanah Dungun (PTPD) akan memanggil pemilik syarikat Mad Paka Global Resources Sdn Bhd, Ahmad Abdullah dan pihak-pihak terlibat bagi berunding berhubung isu sangkar ikan air masin miliknya di Paka, dalam masa terdekat. Pegawai daerah Dungun, Anuar Awang memaklumkan, rundingan tersebut akan dilaksanakan bertujuan mencapai kata putus berkaitan isu yang tular di media sosial, baru-baru ini.  "Sebelum ini, kita menerima aduan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bahawa sangkar ikan tersebut memasuki kawasan hak laluan atau 'Rights Of Way (ROW)' projek JPS yang sedang berjalan. "Sebelum operasi tempoh hari, kami telah mengeluarkan dua notis lebih dua bulan kepada pihak terbabit supaya sangkar tersebut dialihkan," jelasnya kepada pemberita ketika ditemui di PTPD, semalam. Tambahnya, setakat ini pihaknya tidak melakukan apa-apa tindakan dan memutuskan pertemuan dengan pihak berkenaan  dalam sesi rundingan secepat mungkin. "Buat masa sekarang, kita 'hold' dulu projek ini sehingga rundingan dilakukan," katanya.  
26 Oct 20
3853
Bukan Biasa-Biasa, 10 '4X4' Berjaya Tawan Bukit Besar
Bukan Biasa-Biasa, 10 '4X4' Berjaya Tawan Bukit Besar
KUALA TERENGGANU, 26 Oktober – Sukar untuk dibayangi apabila mendengar 10 buah kenderaan pacuan empat roda (4x4) berjaya meredah hujan, laluan trek hutan berbonggol dan berlumpur dalam menawan Bukit Besar. Namun begitu, sekumpulan belia daripada Kelab Kole Ganu Crawler (KGC), berusia lingkungan 20-an hingga 30-an, menempuh cabaran bersama jentera RC Crawler (4x4) kawalan jauh dikuasai bateri dan berskala 1/10, 10 kali lebih kecil berbanding kenderaan sebenar. Jangan terpedaya dengan saiz kecil kerana ‘Crawler’ tersebut mampu mendaki bukit dengan darjah kecerunan sehingga 70 darjah, memerlukan kemahiran pengendalian yang tinggi. Wakil KGC, Hadi Syafiq, 33, berkata, aktiviti tersebut bukan sekadar hobi, malah ia gabungan cabaran mengendali jentera melalui selok-belok bukit belukar bersama riadah ‘hiking’, kepuasan hobi bersama nilai kesihatan. “Contohnya seperti hari ini kita telah sampai ke puncak Bukit Besar (ketinggian 800 meter dari aras laut). Lokasi berbukit ini adalah diantara kawasan paling mencabar dari segi kecerunan bukit dan halangan semulajadi,” katanya ketika ditemubual pemberita baru-baru ini Seiras dengan model berjenama seperti Range Rover, Land Rover dan Ford Bronco, Saiz kecil kenderaan kawalan jauh itu tidak bermakna harganya juga kecil. Meneliti bersama pemiliknya tentang harga gabungan 10 jentera tersebut, dianggarkan sehingga RM15,000. Mengulas lanjut mengenai ‘kenderaannya’, Hadi berkata, model Ford Bronco skala 1/10 dibeli ‘second-hand’ dengan harga RM2,200 daripada harga pasaran asal iaitu RM2,600. “Kami juga ubah suai dengan alat ganti lain seperti tayar, replica peralatan perkhemahan dan lain-lain lagi. Aktiviti jual dan beli aksesori lain juga bersama peminat lain dari semasa ke semasa ada," katanya lagi. Menyentuh tentang kit permulaan bagi yang mahu berjinak,“Hobi ini juga ada kategori ekonomi seperti jenama RGT, harga dalam linkungan RM1,000 dan jika yang terpakai harganya kurang lagi daripada Shopee dan penjual di Kuala Lumpur. “Harga berbaloi dengan kualiti kerana tahan lasak dan penyelenggaran tidak perlu kerap. Hadi yang juga seorang peniaga ‘bundle’, turut menyatakan hasrat kelab dalam mengumpul ahli baharu. “Kita suka apabila ada yang mahu sertai sekali hiking bersama jentera masing-masing. Kelab kami biasanya beraksi pada hari cuti waktu tengah hari lepas zuhur (1.30 petang) di Bukit Besar dan bermain santai di kawasan landai yang berbatu seperti di Batu Buruk dan Bukit Payung. “Manakala mereka yang mahu lebih ‘hardcore’ dengan laluan berbatu di Bukit Tepu pada hari ahad atau selasa waktu petang lepas asar," ujarnya. Ketahui lebih lanjut mengenai aksi lasak mereka dan lain-lain di Kumpulan Facebook, ‘Kole Ganu Crawler (KGC)’.  
26 Oct 20
2196
Kerajaan Negeri Jaga Kebajikan Penuntut Terkesan COVID-19
Kerajaan Negeri Jaga Kebajikan Penuntut Terkesan COVID-19
SETIU, 26 Oktober- Kerajaan negeri menyediakan makanan percuma kepada penuntut yang berada di kelompok penginapan yang tidak pulang ke kampung halaman berikutan terkesan COVID-19 yang melibatkan mahasiswa Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Rakit, Setiu dan IPG Kampus Sultan Mizan, Besut.  Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, sebanyak 221 pek makanan diagihkan kepada dua institusi terbabit dimana 194 pek untuk IPG Batu Rakit dan selebihnya di IPG Besut. "Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka para pelajar yang berjauhan dengan keluarga disebabkan terkandas dan tidak boleh pulang ke negeri asal akibat wabak COVID-19. "Kebanyakkan dari mereka menetap di Sabah, zon-zon merah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," ujarnya. Dalam pada itu, Satiful menyeru kepada seluruh mahasiswa supaya mematuhi arahan dan terus kekal berada di dalam kampus untuk mengurangkan penularan wabak COVID-19. "Para pelajar perlu mengurangkan ke tempat yang ramai orang, teruskan mengamalkan kaedah pencegahan wabak walau dimana anda berada. "Sebaiknya gunakan ruang dan masa yang ada dengan mengulangkaji pelajaran," ujarnya.  
25 Oct 20
470
ADUN AJIL Perjelas Isu Tular Kisah Lima Keluarga
ADUN AJIL Perjelas Isu Tular Kisah Lima Keluarga
  HULU TERENGGANU, 25 Oktober - Kehidupan lima buah keluarga yang berpenghuni seramai 24 orang di Kampung Jerlan, Ajil sentiasa dalam perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Ajil, Maliaman Kassim. Terdahulu kisah mereka yang masih tidak mendapat keperluan asas bekalan eletrik dan sumber air bersih kini tular di media sosial. Maliaman berkata , isu berkenaan telah berlarutan sekian lama sebelum beliau memenangi DUN tersebut namun pihaknya tidak akan meminggirkan mana-mana penduduk. “Untuk pengetahuan, pihak kami telah beberapa kali mengadakan siri ziarah menghantar sumbangan makanan termasuk menukar atap yang rosak di dua buah rumah tersebut dan terbaharu jalan tar telah diturap ke jalan yang menghubungkan ke penempatan itu. “Begitu juga dengan isu bekalan elektrik, kami sudah membawa kes ini kepada pihak berkenaan dan melibatkan kos yang tinggi, RM 120,000 diperlukan untuk pemasangan tiang dan pencawang kerana kedudukan penempatan itu dari jalan utama kira kira 1.5 kilometer. "Permohonan untuk mendapatkan bekalan elektrik ini pun sudah dipanjangkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar ( KPLB ) sejak dari 2019 lagi," ujarnya ketika menjawab tentang isu tular ini. Tambah beliau lagi, apa jua permohonan masyarakat pihaknya akan terima dan perhalusi, serta cuba tunaikan dan tidak semua isu dapat diselesaikan segera. "Kita akan selesai satu persatu, kami tak boleh pergi serentak. Sebab perkara ini perlu diperhalusi dengan diteliti, perlu mendapat pandangan agensi-agensi sebab ini kawasan pendalaman. "Kita bantu sepanjang masa, kalau ada (masalah,) mungkin kes itu agak rumit. Jadi tuduhan (kami tak peduli itu) kalau ada 10 orang, seorang sahaja buat begitu," katanya.      
25 Oct 20
10122