lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Sidang DUN Terengganu Disingkatkan Kepada Dua Hari
Sidang DUN Terengganu Disingkatkan Kepada Dua Hari
KUALA TERENGGANU, 11 November -  Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang dijadualkan pada 23 hingga 26 November ini disingkatkan kepada dua hari iaitu pada 23 dan 24 November.  Yang Dipertua (YDP) Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, ia selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama empat  minggu iaitu bermula 9 November hingga 6 Disember. Katanya, persidangan itu akan dilangsungkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti saranan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Antaranya, mesti ada perjarakan sosial, memakai pelitup muka, hanya  Ketua Jabatan dibenarkan hadir dan dibenarkan duduk di kerusi pemerhati, manakala pemerhati tidak dibenarkan hadir. “Pada masa sama, petugas media akan turut dihadkan bergantung kepada keluasan bilik media,” katanya. Beliau berkata demikian pada Sidang Media Khas, di Wisma Darul Iman, di sini hari ini. Berdasarkan jadual hari pertama, persidangan DUN akan dimulakan dengan ucapan YDP DUN, kemudiannya sesi soal jawab lisan dan seterusnya perbentangan Bajet 2021 yang akan disampaikan Menteri Besar, Dato’ Sri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Pada hari berikutnya, dibenarkan sesi soal jawab, sesi perbahasan yang dihadkan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  dan kemudian diakhiri sesi pergulungan pada sebelah petang.  
11 Nov 20
413
Peniaga Gembira Terima Peralatan Niaga
Peniaga Gembira Terima Peralatan Niaga
KUALA NERUS, 11 November - Keceriaan jelas terpancar pada wajah Artini Mamat, 36, apabila menerima peralatan menerima peralatan seperti mesin adunan tepung, peti sejuk beku, balang air, meja dan lain-lain lagi dianggarkan lebih RM10,000. Maria yang gembira dengan sumbangan tersebut berkata, peralatan itu amat diperlukannya memandangkan permintaan terhadap kuih perniagaannya semakin meningkat. Dengan adanya peralatan baharu itu, katanya, ia secara tidak langsung dapat membantu menambah pendapatannya untukl menyara keluarga. "Alhamdulillah, peralatan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dapat merealisasikan permintaan saya serta saya yakin dapat mengembangkan perniagaan. "Dengan bantuan yang diberi, saya sungguh gembira. Dulu memang saya terbatas untuk berniaga dengan baik kerana peralatan yang terhad," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima bantuan terbabit. Sementara itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terus komited untuk membantu usahawan yang berdaftar dengan agensi itu. Pengerusinya, Che Ghani Che Wan berkata, menerusi program Rezeki Tani FAMA, beberapa usahawan dan petani di Terangganu dipilih setiap tahun untuk menerima barang-barang peralatan bagi membantu meningkatkan pendapatan dan produktiviti perniagaan mereka. "Tujuan utama program ini adalah untuk membantu meringankan beban peniaga melalui pemberian bantuan projek komersial yang melibatkan aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pengedaran dan pemasaran. Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab yang turun menyampaikan barang-barang peralatan kepada seorang peniaga di sini berharap agar bantuan itu mampu membantu keluarga terbabit meningkatkan pendapatan.. “Semga pengguna tidak melepaskan peluang dengan apa yang disediakan FAMA Terengganu ini dan semoga sumbangan yang diberikan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin," katanya.
11 Nov 20
577
Kerajaan Pastikan Bekalan Vaksin Mencukupi- Amzad
Kerajaan Pastikan Bekalan Vaksin Mencukupi- Amzad
KUALA TERENGGANU, 11 November - Kerajaan Malaysia menerusi kaedah diplomasi sains antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melaksanakan pendekatan pelbagai hala (multi-proged approach) bagi membolehkan negara memperolehi jaminan askes kepada bekalan vaksin Covid-19 yang sedang giat dibangunkan di seluruh dunia. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI),  Ahmad Amzad Hashim berkata, jaminan akses awal dan aspek kecukupan pembekalan vaksin adalah sangat penting bagi menjamin bekalan vaksin Covid-19 dapat disediakan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia.  Menurutnya, vaksin yang telah dikenal pasti hendaklah selamat dan keberkesanannya terbukti. “Berdasarkan senarai vaksin Covid-19 daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertarikh 3 November 2020, terdapat 202 calon vaksin sedang dibangunkan dengan 10 daripadanya berada dalam ujian klinikal fasa tiga. “Menerusi pendekatan pelbagai hala daripada diplomasi sains ini, beberapa rundingan telah dan sedang dimuktamadkan dengan pembangun vaksin di seluruh dunia termasuklah bersama kerajaan China, Fasiliti Akses Global Vaksin Covid-19 (COVAX) dan syarikat farmaseutikal luar negara yang lain,” ujarnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata demikian ketika menjawab soalan parlimen pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 tahun 2020, di Dewan Rakyat, semalam. Tambahnya, kerajaan turut mengalu-alukan penglibatan entiti-entiti swasta dalam urusan perolehan vaksin dan mendirikan fasiliti pembuatan vaksin termasuk melalui pendekatan kerjasama awam-swasta (Public Private Partnership) sebagaimana telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Sains Negara, Julai lalu. “Pemilihan syarikat farmaseutikal tempatan yang memenuhi syarat Amalan Perkilangan Baik (GMP) mengikut standard Pharmaceutical Inspection Co-operation Scheme (PIC/S) akan dilakukan secara telus mengikut keupayaan untuk membeli vaksin (finished product) atau mengilang pembotolan (fill and finish) produk.  “Pemilihan pengilang yang telah memenuhi standard ini sangat penting bagi memastikan aspek pemindahan teknologi boleh berjalan dengan lancar,” jelasnya yang memaklumkan MOSTI juga sedang giat dalam perancangan untuk membangunkan Roadmap Pembangunan Vaksin Negara.  “Pelbagai sesi libat urus telah dan sedang diadakan yang akan melibatkan pelbagai pemegang taruh seperti agensi kerajaan, universiti tempatan, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat tempatan yang mempunyai potensi dalam pembangunan vaksin manusia daripada peringkat penyelidikan sehingga pembuatan vaksin di jangka masa panjang. “Bagi tujuan penyelarasan dalam memastikan bekalan vaksin Covid-19 diperolehi dengan segera, selamat dan sempurna,  Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan COVID-19 (JKJAV) telah ditubuhkan melalui persetujuan Jemaah Menteri pada 21 Oktober 2020," katanya. Jawatankuasa Khas tersebut dipengerusikan bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Dr Adham Baba yang bertindak sebagai Jawatankuasa Induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan strategi untuk pembekalan vaksin Covid-19. Dalqam jawapan yang dikemukan, Amzad menjangkakan bahawa bekalan vaksin Covid-19 itu mungkin akan diperoleh pada suku pertama tahun 2021.  Menurutnya, kewajaran pertama adalah untuk tiga peratus populasi negara yang terdiri daripada para petugas ‘frontliners’ (barisan hadapan), meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis, petugas penjara dan imigresen termasuk akses vaksin kepada masyarakat di luar bandar dan pendalaman yang tidak berkemampuan juga akan diperhalusi.  
11 Nov 20
544
Jasa Petugas Barisan Hadapan Dihargai
Jasa Petugas Barisan Hadapan Dihargai
DUNGUN, 11 November- Bagi menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan dalam menghadapi wabak COVID-19, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman turut padang memberikan sumbangan kepada mereka. Katanya, beliau akui sumbangan petugas barisan hadapan amat besar sama ada kepada negara dan masyarakat. "Apabila dikuatkuasakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 9 November sudah tentu petugas barisan hadapan akan menjadi watak penting didalam memutuskan rantaian pandemik COVID-19 justeru sangat wajar mereka dihargai oleh masyarakat. "Saya juga turut menyantuni mereka yang bertugas menjaga Sekatan Jalan Raya (SJR) yang terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan RELA di Simpang Mek Bulu yang menghubungkan antara Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dan Hulu Paka.Saya dimaklumkan sekatan berkenaan diadakan selama 24 jam melibatkan tiga 'shift', dengan menempatkan enam petugas didalam satu-satu masa melibatkan PDRM dan Rela," ujarnya Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Abadi, Zulkifli Yusof. Dalam pada itu, Ghazali turut berharap agar masyarakat dapat mematuhi arahan PKPB yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. "Jangan ambil mudah serta perlu memandang serius akan usaha yang perlu dijayakan bersama ini bukan hanya petugas barisan hadapan sahaja bertanggungjawab malah kita juga perlu bersama-sama menangani dan berusaha memutuskan rantaian COVID-19 ini agar tidak berlaku penularan secara berterusan. "Sama-samalah kita menjaga kita, dan teruskan berdoa agar wabak ini akan dilenyapkan oleh Allah SWT serta tahun 2021 akan membuka lebaran baru buat kita semua, bersamalah kita bergantung harap akan kekuasaan Allah yang memiliki segala kekuasaan meliputi langit dan bumi," ujar beliau.
11 Nov 20
401
ADUN AJIL Hargai Pengorbanan 'Hero' Negara
ADUN AJIL Hargai Pengorbanan 'Hero' Negara
HULU TERENGGANU, 10 November – Pengorbanan besar setiap anggota keselamatan, petugas kesihatan, Bomba dan agensi-agensi lain berhadapan cabaran ketika melaksanakan tugas masing-masing dalam mengekang gelombang ketiga penularan wabak Covid-19 ini sewajarnya dihargai oleh rakyat Malaysia. Bagi merakamkan ucapan terima kasih kepada wira dan wirawati negara yang bertungkus-lumus berkhidmat selama ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil,Maliaman Kassim telah mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan bekalan makanan khususnya kepada anggota polis dan RELA yang terlibat dalam penugasan sekatan jalan raya disekitar Pekan Ajil, Hulu Terengganu. Beliau berkata, usaha itu bertitik tolak untuk meringankan kepayahan dilalui petugas  barisan hadapan yang memainkan peranan penting dalam menangani dan menghentikan penularan wabak pandemik COVID-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di hampir semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan dilaksanakan bermula 9 November hingga 6 Disember.  “Penyaluran bantuan makanan itu bertujuan menyuntik semangat anggota PDRM dan RELA untuk terus memberi perkhidmatan terbaik sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.Sumbangan berkenaan akan dilakukan secara konsisten selepas ini membabitkan pemberian kepada semua barisan hadapan di sekitar Hulu Terengganu. "Kami akan menyalurkan sumbangan makanan ini untuk pastikan anggota barisan hadapan terus bersemangat. Jumlah pek makanan itu juga akan ditambah sekiranya terdapat permintaan tinggi," katanya ketika mewakilkan Pegawai Khasnya menyerahkan sumbangan di Pondok Sekatan jalan raya Pekan Ajil hari ini. Tambah Maliaman, pengorbanan mereka sepanjang PKP dilaksanakan wajar dihargai dan diiktiraf oleh semua lapisan masyarakat kerana mereka ini berisiko terdedah kepada jangkitan wabak Covid-19 kerana perlu bergerak setiap hari bagi menjaga keselamatan, namun mereka menjalankan kewajipan masing-masing.
10 Nov 20
1157
Belanjawan 2021 : Peruntukan RM510 Juta, TEKUN Pacu Usahawan IKS
Belanjawan 2021 : Peruntukan RM510 Juta, TEKUN Pacu Usahawan IKS
KUALA LUMPUR, 10 November - TEKUN Nasional akan terus memberikan komitmen sepenuhnya dalam membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) melalui pembiayaan perniagaan. Pengerusinya, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, peruntukan sebanyak RM510 juta yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2021 pada jumaat lalu menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional komited membantu usahawan IKS yang terjejas mata pencarian akibat penularan wabak COVID-19. "Pengumuman Kerajaan bagi menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada TEKUN bagi tahun 2021 menunjukkan Kerajaan memberi keprihatinan yang konsisten kepada golongan usahawan dan PKS yang mengalami kemerosotan perniagaan akibat penguatkuasaan PKP. "Justeru, sebagai Pengerusi TEKUN Nasional, saya akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan peruntukan yang besar ini dapat dimanfaatkan kepada rakyat sepenuhnya terutamanya kepada para usahawan dan PKS di negara ini," ujar beliau ketika ditemuramah wartawan hari ini. Sebelum ini ujaranya, sebanyak hampir RM300 juta telah disalurkan kerajaan kepada TEKUN Nasional dalam menjana semula pertumbuhan ekonomi negara melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang menyasarkan peniaga dan usahawan IKS.  "Kerajaan ada menyalurkan peruntukan RM200 juta melalui Dana Prihatin bagi Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) manakala RM100 juta melalui Dana Penjana bagi Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS). "Begitu juga, TEKUN Mobilepreneur 1.0 dan 2.0 bagi membantu golongan yang terlibat dengan aktiviti ekonomi Gig untuk membaikpulih dan membeli kenderaan baharu," tambah beliau. Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Setiu berkata, masyarakat India dan kaum wanita juga tidak ketinggalan dalam menerima faedah dari Belanjawan 2021 ini. "Dalam usaha membantu golongan usahawan wanita, peruntukan pembiayaan berbentuk mikro kredit turut disalurkan kepada TEKUN Nasional, MARA dan Agrobank dengan jumlah RM95 juta. "Peruntukan sebanyak RM20 juta bagi Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) dan selain itu dua skim baru diwujudkan iaitu RM5 juta untuk masyarakat Orang Asli dan Siam,"
10 Nov 20
1277
Jadikan Masjid, Surau Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat
Jadikan Masjid, Surau Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat
HULU TERENGGANU, 10 November - Fungsi masjid atau surau sebagai institusi menimba ilmu agama perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam, kata Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Ajil, Maliaman Kassim. Beliau berkata, selain bersolat, masjid dan surau memainkan peranan mustahak sebagai tempat bagi masyarakat Islam berkumpul dan menganjurkan aktiviti selain yang menjurus kepada aspek keagamaan.   “Tidak salah jika ahli jawatankuasa masjid menganjurkan aktiviti (sukan) seperti pertandingan sepak takraw, badminton dan sebagainya di pekarangan masjid.Jadi, ahli jawatankuasa masjid harus menetapkan di mana untuk membina gelanggang permainan untuk golongan tersebut. “Program-progam tuisyen juga boleh dianjurkan selain pertandingan nasyid, tilawah al-Quran, zikir dan sebagainya yang mampu membentuk golongan belia,” katanya. “Seiring dengan peredaran masa dan perkembangan masyarakat serta pembangunan minda dan fizikalnya memberikan isyarat bahawa institusi masjid juga perlu berkembang untuk mengimbangi keperluan dan perkembangan masyarakat Islam," katanya ketika ditemubual selepas Program Sambutan Maulidur Rasul di Masjid, Kampung Gunong, semalam. Dalam pada itu, Maliaman turut menyeru semua ahli masjid dan surau di negeri ini agar lebih aktif menganjurkan aktiviti keagamaan yang dapat menarik pembabitan golongan belia. “Saya menyeru semua ahli jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini agar memahami kehendak golongan berkenaan (belia) agar tugas untuk menarik penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan lebih mudah. “Aktiviti mengimarahkan atau menyemarakkan masjid tidak sewajarnya tertumpu kepada penglibatan warga emas sebaliknya menuntut kehadiran generasi muda dan wanita,” ujarnya.  
10 Nov 20
2279
Selesai Lantikan JPKK Menjelang Tahun Baharu
Selesai Lantikan JPKK Menjelang Tahun Baharu
BESUT, 10 November – Kerajaan Terengganu menyasarkan lantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diselesaikan menjelang tahun baharu 2021. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, berikutan itu senarai cadangan keanggotaan JPKK perlu disiapkan selewat-lewatnya akhir bulan ini. "Berbaki lebih kurang tiga minggu lagi untuk kita menyiapkan senarai. Akhir bulan 11 ini akan diangkat ke Pejabat Daerah yang juga memerlukan masa dalam tempoh sekitar 10 hari. Maknanya 10 Disember ini, senarai cadangan daripada Pejabat Daerah khususnya di Besut akan diangkat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK). Seterusnya, pelantikan akan dibuat oleh pihak berkuasa melantik iaitu Menteri Besar. "Makluman kekosongan ini akan dimaklumkan segera. Jadi ambillah perhatian terhadap jangka masa yang telah ditetapkan. Semoga menjelang 1 Januari 2021 kita boleh memberikan watikah pelantikan dan boleh memulakan tugas menjelang tahun baru.  "Saya mengharapkan setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) serta Pejabat Pegawai Penyelaras DUN boleh mengambil tindakan yang sepatutnya agar kita tidak terlewat daripada waktu yang ditentukan.  Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Taklimat JPKK kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Besut di Kota Putera Square semalam. Mengulas lanjut, kerajaan negeri mengesyorkan agar perbincangan dengan parti PN diadakan bagi mencadangkan calon-calon mengikut beberapa kriteria yang perlu dipatuhi. "Kita tidak tentukan bagaimana bentuk perbincangan yang mesti dibuat. Namun, biarlah berdasarkan kepada kesesuaian dan situasi setempat. "Antara syaratnya ialah mestilah warganegara Malaysia, berumur di antara 21 tahun sehingga 65 tahun, penduduk tetap, tidak muflis, tiada rekod atau sabitan terlibat dalam mana-mana kes jenayah, sihat mental dan fizikal, bebas dari penyalahgunaan dadah, aliran pemikiran dan daya kepimpinan yang boleh diterima oleh masyarakat dan seterusnya mengamalkan nilai integriti dan kepimpinan yang berwibawa. "Bagi jawatan pengerusi dan setiausaha disyaratkan agar tiada pertalian keluarga. Syarat-syarat ini mesti digunapakai oleh semua parti dan syarat-syarat tambahan telah ditetapkan daripada masa ke semasa berdasarkan kepada keperluan." katanya.  Walau bagaimanapun jelasnya, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempunyai kuasa untuk memberikan pengecualian kepada calon-calon yang tidak menepati syarat-syarat. Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, prestasi MPKK Terengganu dalam tempoh dua tahun lebih berkhidmat ini agak terkedepan. "Saya yakin sebahagian besar daripada MPKK yang sedia ada boleh dikekalkan untuk meneruskan khidmat paling paling kurang dalam tempoh dua tahun lagi nanti," tambah beliau
10 Nov 20
1881
40 Pelajar Politeknik Sertai Bengkel Di Kenyir
40 Pelajar Politeknik Sertai Bengkel Di Kenyir
HULU TERENGGANU, 10 November - Seramai 40 orang pelajar Politeknik seluruh Malaysia berkampung di Tasik Kenyir selama empat hari untuk menyertai Bengkel Kepimpinan Sukarelawan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Malaysia kelmarin. Pengarah program, Yaswadi Mat Yasim berkata, bengkel tersebut dianjurkan Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar Politeknik & Kolej  (BAPP) JPPKK dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar(JHEP) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin(PSMZA). "Program ini ialah untuk meningkatkan tahap kepimpinan pelajar dalam program sukarelawan dan melahirkan pemimpin pelajar yang mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang mantap.  "Di samping mengeratkan ukhuwah dan persefahaman pemimpin mahasiswa dalam kalangan pelajar politeknik," jelasnya. Yaswadi yang juga Ketua Jabatan HEP, PSMZA berkata demikian di dalam satu kenyataan selepas program berkenaan. Kata Yaswadi lagi, dalam bengkel tersebut turut diselitkan program 'Corporate Social Responsibility' (CSR) bersama Perbadanan Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).  "Kita juga bergotong royong memasang beberapa 'signboard' berkaitan alam sekitar di beberapa lokasi di Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir," ujarnya.   
10 Nov 20
947
Terus Waspada, Jangan Alpa
Terus Waspada, Jangan Alpa
KUALA NERUS, 10 November – Orang ramai terutamanya di Seberang Takir diingatkan untuk terus berwaspada dan tidak alpa dalam menjalankan aktiviti seharian selepas wabak COVID-19 kembali meningkat. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadil Wahab berkata, peningkatan kes sejak 5 September dengan lonjakan kepada tiga digit adalah sangat membimbangkan. “Saya merasa terpanggil untuk mengingatkan kepada warga Seberang Takir untuk berwaspada dengan ancaman penyakit ini dan jauh di sudut hati saya, saya tidak mahu jika dikuat kuasakan PKP seluruh negara, ia akan memberi kesan lain terutama ekonomi kepada penduduk, katanya. “Memandangkan Seberang Takir pernah menjadi zon kuning September lalu, saya mohon agar kita terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berjalan ini,” katanya kepada pemberita. Dalam pada itu seorang penduduk Seberang Takir, Kahtijah Muda, 65, menyataan kebimbangan terhadap ekonomi keluarganya setelah PKPB dilaksanakan. “Anak saya bekerja dalam bidang pemasaran kolej, hilangan sumber pendapatan kerana ibu-bapa tidak mahu menghantar anak-anak ke kolej. “Akibat daripada pelaksanaan PKPB ini ramai yang diberhentikan kerja kerana majikan tidak mampu membayar gaji,” ujarnya.
09 Nov 20
877