lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Banjir Gelombang Keempat Di Terengganu Mula Surut
Banjir Gelombang Keempat Di Terengganu Mula Surut
KEMAMAN, 23 Disember – Perkembangan terkini fasa keempat banjir di Terengganu menunjukkan trend penurunan dari segi mangsa terlibat dan penutupan Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, keseluruhan PPS di Terengganu menurun kepada 9 buah melibatkan 257 keluarga dan 999 orang mangsa masih terjejas. “Jangkaan masa terdekat akan ditutup beberapa lagi pusat, namun kawasan pedalaman di Dungun kemungkinan ada kes lagi kerana situasi belum surut lagi. “Antara cabaran yang telah diatasi dalam pengurusan fasa ini dalam aspek pengedaran bahan-bahan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), perkara ini telah ditangani secepat mungkin tidak sampai 12 jam," katanya dalam satu kenyataan. Mengulas tentang jangkaan fasa seterusnya, beliau berkata, tiada jangkaan buat masa sekarang sebagaimana laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). “Jika ada hujan berterusan dan tidak terlalu lebat di satu atau dua tempat pada hari Krismas ini. Setakat ini air pasang pun telah tamat pada 21 Disember lalu dan jangkaan akan datang pada awal januari nanti,” katanya petang semalam. Beliau turut menasihati mangsa yang sudah dibenarkan ke rumah agar sentiasa berhati-hati terhadap risiko binatang berbisa dan objek asing di rumah. “Perkara ini perlu dilihat terlebih dahulu sebelum dibersihkan secara keseluruhannya,” katanya lagi. Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pelaksanaan Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Zakaria Shaaban berkata, pengurusan banjir di Terengganu adalah lancar dan teratur. “Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri turut berpuas hati dengan keadaan pengurusan mangsa di PPS ini,” ujarnya.
23 Dec 20
624
Perdana Menteri Santuni Mangsa Banjir Kemaman
Perdana Menteri Santuni Mangsa Banjir Kemaman
KEMAMAN, 22 Disember - Seramai 487 mangsa banjir disantuni Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Bukit Mentok. Beliau yang  diiringi  Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, turut mengagihkan bantuan keperluan harian kepada 140 keluarga di PPS berkenaan. Mangsa yang dipindahkan terdiri daripada penduduk dari sekitar Tanjung Bukit Mentok Sejak pembukaan PPS tersebut pada 19 Disember, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah. Hadir sama, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim dan ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili. Menemubual seorang penerima, Ismail Mamat, 56, menyatakan perasaan terkejut apabila pertama kali berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia. "Walaupun sudah lima hari berkampung disini bersama isteri dan dua anak tapi seronok dapat jumpa dan sempat bersembang tanya khabar dengannya," katanya yang juga seorang penghidap strok.  
22 Dec 20
761
Peniaga 'Bundle' Berputih Mata Rugi RM5,000
Peniaga 'Bundle' Berputih Mata Rugi RM5,000
KEMAMAN, 22 Disember – Seorang peniaga ‘bundle' rugi lebih RM5,000 apabila beg-beg jualan ditenggelami air banjir di perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong, baru-baru ini. Mangsa, Saiful Mohd, 32, berkata, dia tidak menyangka air naik setinggi paras pinggang pada hari Jumaat lalu. “Walaupun telah meletakkan barangan ke tempat tinggi, tapi air naik di luar jangkaan dan menyebabkan stok 400 kilogram (kg) atau hampir 1,000 beg bundle terapung atas air. “Itu tidak termasuk barangan rumah juga yang tidak sempat diselamatkan. Namun begitu, mana-mana beg bundle yang dapat diselamatkan saya akan guna kembali. “Harap supaya saya dapat meniaga kembali seperti biasa dalam masa terdekat di Padang Astaka, Chukai (khamis), berdekatan Pasar Borong, Dungun (jumaat), ‘Carboot sale’ Taman Tas, Kuantan (Sabtu) dan Pasar Karat, Kuantan (Ahad)," katanya yang juga seorang bapa kepada dua anak. Mengulas tentang usaha pembersihan Khidmat Malaysia Terengganu di kawasan perumahannya, Saiful berkata, bantuan tersebut meringankan bebannya dalam menghadapi musibah ini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, berkata, mereka di perumahan tersebut menghadapi musibah besar buat kali pertama sejak tahun 2015. “Antara punca paling besar adalah hujan turun di Kemasik hampir 313mm dalam sehari berbanding 200mm sebulan. “Masalah keberkesanan ‘culvert’  juga antara faktor, oleh itu permohonan sedang diusulkan kepada peringkat kerajaan pusat bagi peruntukan RM 1.6 juta bagi culvert tambahan. “Kerajaan negeri akan membantu semampu yang mungkin dalam isu ini,” ujarnya.
22 Dec 20
2437
Pelajar Kongsi Idea, Hasilkan e-Beca
Pelajar Kongsi Idea, Hasilkan e-Beca
KUALA TERENGGANU, 21 Disember - Idea kreatif empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek mencipta beca elektronik (e-beca) membuahkan hasil apabila pasukan mereka dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Beca Terengganu 2020, semalam. Kemenangan itu membolehkan pasukan yang diketuai Muhammad Abidin Azman, 16, di samping Aidi Syamil Muhizulahfaz, 16, Muhammad Iddin Hafiz Mosli Hafiz,13, dan Wan Muhammad Izdihar Wan Ahmad Amli, 13, meraih geran pembangunan inovasi bernilai RM90,000. Geran berkenaan bakal dikongsikan bersama pasukan Solar Power Electric Beca dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang turut diumumkan sebagai pemenang bagi kategori sama. Muhammad Abidin berkata, pasukannya mengambil masa kira-kira tiga bulan bagi menyiapkan prototaip e-beca itu dengan membabitkan kos sebanyak RM1,809. Katanya, e-beca yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya itu mampu memuatkan empat penumpang dengan mengetengahkan konsep flora dan fauna di samping ciri-ciri norma baharu untuk menarik pelanggan. “Sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, e-beca turut dilengkapi alat pemeriksaan suhu dan peralatan sanitasi. “Cabaran untuk menyiapkan e-beca tentunya kekangan masa kerana proses pembuatan hanya boleh dibuat pada sebelah petang selepas kami semua habis waktu persekolahan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Pertandingan Inovasi Beca Terengganu Secara Atas Talian di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) di sini. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Sharmila Mohamed Salleh dan Pengarah SME Corp. Malaysia Terengganu, Rosman Zamri. Menurut Muhammad Abidin, geran RM45,000 itu akan dimanfaatkan bagi membesarkan lagi saiz e-beca di samping menaik taraf bateri yang lebih berkuasa tinggi. Sementara itu, menurut Ahmad Amzad, beca Terengganu yang terkenal sebagai alatan pengangkutan utama suatu ketika dulu perlu diinovasikan supaya lebih mudah digerakkan dan selesa sesuai dengan perkembangan semasa.  
21 Dec 20
1352
Gabungan Dua Exco Bersama 300 Sukarelawan Di Teluk Kalong
Gabungan Dua Exco Bersama 300 Sukarelawan Di Teluk Kalong
KEMAMAN, 21 Disember –Lebih 300 anggota sukarelawan daripada Khidmat Malaysia Terengganu bersama dua Exco Kerajaan Negeri turun padang mencurah bakti membersihkan rumah hampir 500 buah yang terjejas akibat banjir di perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong, pagi tadi. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, antara Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam gotong-royong kali ini adalah sukarelawan daripada Jabatan Amal, Terengganu Volunteer (T-VOLT), Alternative Riding Club Terengganu (ARC) dan lain-lain lagi. “Program dapur rakyat turut menyediakan makanan untuk tuan-tuan rumah dan ahli keluarga yang terkesan di sini pada jam 11 pagi. “Pasukan kami mengeluarkan harta benda dan peralatan rumah yang rosak dan membersihkan kawasan dalam rumah, mana barangan yang boleh diguna pakai kami selamatkan dan selebihnya dilupuskan menggunakan lori. “Sekiranya ada lagi tempat lain di sekitar kemaman yang memerlukan tenaga kerja, kami akan santuni mereka juga,” katanya ketika ditemubual pemberita. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri(DUN) Kijal, Hazri Jusoh. Sementara itu, Hanafiah yang juga Pengarah Khidmat Malaysia Negeri Terengganu, berkata, pihak kerajaan dan sukarelawan terlibat bukan sahaja datang untuk membantu  membersihkan rumah , tetapi menyalurkan makanan kepada penduduk setempat melalui dapur rakyat. “Kita berkampung di Teluk Kalong bagi menjalankan sedikit usaha kebajikan sebagai nikmat kepada rakyat disini, walaupun mereka bersedihan, Insya-Allah, kita akan menolong semampu yang mungkin,” ujarnya. Salah seorang mangsa, Nurfaraliza Che Hussein, 35, dia turut melahirkan rasa terharu dan bersyukur atas usaha semua sukarelawan terlibat dalam membersihkan rumahnya yang paling teruk terjejas di kawasan itu. “Hampir semua barang rosak termasuk peti sejuk, mesin basuh dan lain-lain lagi akibat paras air meningkat hingga paras pinggang. “Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Exco kerana mengadakan gotong-royong dan pek hidangan harini, bantuan RM500 juga akan dimanfaatkan bagi membeli barangan keperluan,” katanya.  
21 Dec 20
1207
"Dulu Tok Wan Jaga Saya, Sekarang Saya Jaga Tok Wan"
"Dulu Tok Wan Jaga Saya, Sekarang Saya Jaga Tok Wan"
KEMAMAN, 21 Disember – “Dulu Tok Wan jaga saya masa kecil, sekarang saya pula jaga Tok Wan” ulas seorang mangsa banjir yang menjaga neneknya yang berkerusi roda di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Chukai, Kemaman. Seorang remaja berusia 19 tahun, Ahmadi Badarudin, berkata, dia sentiasa mendampingi dan membantu neneknya (Tok Wan) terutamanya semasa proses pemindahan ke PPS tersebut. “Selain kami, ada juga bapa dan ibu saudara yang dipindahkan di sini juga, kira-kira 8 keluarga dari sanak saudara yang pindah sini” katanya ketika ditemubual pemberita. Menemubual neneknya, Nor Zailan, 62, yang juga penghidap strok, berkata, cucunya (Ahmadi) seorang anak yatim yang dijaga sejak kecil lagi. “Sekarang kami tinggal di Kampung Pengkalan Pandan, ini kali pertama kami pindah di sini (PPS) pada tahun ini, tahun sebelumnya juga pernah berpindah juga. “Dengan adanya Ahmad, tidak risau sangat mak cik, anak-anak pun ada PPS sini selesa dengan kelengkapan yang cukup. Tok Wan ditemubual semasa lawatan kerja bantuan Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat di PPS SK Chukai. Berdasarkan statistik laporan terkini bencana banjir negeri sehingga jam 12 pagi hari ini, jumlah mangsa banjir di daerah Kemaman seramai 1605 keluarga terdiri daripada 6964 mangsa yang kini ditempatkan ke 31 PPS di serata daerah.
20 Dec 20
221
Ular Sawa Peliharaan Antara 'Mangsa' Banjir Teluk Kalong
Ular Sawa Peliharaan Antara 'Mangsa' Banjir Teluk Kalong
KEMAMAN, 21 Disember – Seekor ular antara 'mangsa banjir' yang dipindahkan daripada perumahan Teluk Kalong selepas kawasan itu dinaiki air baru-baru ini. Pemilik haiwan berlesen itu, Muhammad Afendi Khalid berkata, haiwan peliharan eksotiknya itu diletakkan di dalam akuarium ketika berlakunya banjir seawal 11 pagi kelmarin. Menurut Afendi, 35, ular sawa spesis ‘Ball Phython’ tersebut kemudiannya dipindahkan ke sangkar rumah keluarganya sekitar jam 3.30 petang semalam selepas air mulai surut. “Sebelum berpindah semalam, air naik hampir tiga kaki, sejengkal lagi nak sampai tingkat. “Namun begitu, dua ekor ular betina yang saya ada selamat di dalam akuarium yang tinggi dan tidak dihanyut banjir. Afendi yang mendiami rumah tersebut bersama isterinya, mengatakan bahawa ular tersebut selamat dan tidak berbisa. “Jiran sekeliling juga sudah biasa dengan minat saya ini, ada hari biasa ada budak-budak sekeliling teruja datang ke rumah. Lesen pemeliharan haiwan reptilian dibayar setiap tahun dan ada sijil kelulusan,"ujarnya yang juga pekerja di Zoo Kemaman. Afendi adalah diantara lebih 2,000 mangsa banjir besar di perumahan Rumah Mampu Milik (RMM), Teluk Kalong yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Universiti Kolej TATI.
20 Dec 20
672
Jentera Gotong-Royong, Dapur Rakyat Sedia Berbakti
Jentera Gotong-Royong, Dapur Rakyat Sedia Berbakti
KEMAMAN, 20 Disember – Jentera gotong-royong dan 'dapur rakyat' daripada pihak kerajaan negeri serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) bersedia membantu penduduk khususnya di daerah Kemaman kembali selesa di kediaman masing-masing. Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, skuad itu melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman dan beberapa agensi lain lagi. “NGO Khidmat Malaysia Terengganu yang terdiri daripada Jabatan Amal Malaysia, 4x4, serta pasukan pemuda PAS akan bersama saya dalam membersihkan rumah penduduk seperti di Air Putih pada akhir bulan November baru-baru ini. “Bermula seawal pagi esok, pihak kami akan gotong-royong membersihkan rumah di sekitar perumahan di Teluk Kalong dan program dapur rakyat akan memasak hidangan untuk lebih 3,500 orang dan 2,000 orang lagi di Kemasik,” katanya kepada pemberita selepas memantau keadaan banjir di sekitar Kemaman. Mengulas lanjut keadaan semasa banjir di Kemaman, Hanafiah yang juga merangkap sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Terengganu berkata, banjir di Air Putih mula surut, namun hasil tinjauan 4 pagi semalam mendapati air mengalir masuk ke kawasan Binjai, Kampung Pulau Tempurung, Pasir Minal, Bukit Baru, Kampung Pengkalan Pandan dan sekitarnya. “Kenaikan air kira-kira satu hingga dua meter menyebabkan 467 keluarga telah dipindahkan ke tujuh PPS melibatkan 1,053 orang, manakala banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, air mula surut terutamanya di kawasan Teluk Kalong. “Saya jangkakan dalam dua atau tiga hari lagi sebahagian mangsa banjir boleh pulang ke rumah masing-masing di mana pihak kami akan turun padang membersih sama rumah-rumah yang terkesan," tambahnya lagi. Mangsa di perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) pulang mengambil barang sejak air surut Berdasarkan laporan terkini Sekretariat JPBN Terengganu setakat jam 12 tengahhari, jumlah mangsa yang dipindahkan di Kemaman melibatkan 1,544 keluarga terdiri daripada 6,282 mangsa yang ditempatkan di 29 PPS di seluruh daerah.
20 Dec 20
474
Serah Katil, Kerusi Roda Bantu Pesakit Terlantar
Serah Katil, Kerusi Roda Bantu Pesakit Terlantar
MARANG, 21 Disember - Sebanyak lima buah katil pesakit dan sepuluh kerusi roda telah diserahkan kepada penduduk Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang yang memerlukan di mana rata-rata antara mereka adalah pesakit terlantar dan tidak dapat menguruskan diri sendiri. Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Sabri Zakaria ketika dihubungi berkata, katil ini akan digunakan untuk orang ramai secara wakaf dan bergilir-gilir bergantung keadaan semasa pesakit. "Lima unit katil ini diserahkan dibawah kelolaan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Rhu Rendang bersama-sama 10 buah kerusi roda yang disumbang khas oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga merangkap ADUN Rhu Rendang. "Beliau yang juga wakil rakyat di sini sentiasa mengambil berat hal masyarakat di sini dalam memberikan sumbangan dan bantuan keperluan yang diperlukan bagi meringankan beban penduduk yang memerlukan," katanya. Sementara itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng menjelaskan ini adalah usaha PKM untuk membantu sementara menunggu bantuan daripada jabatan dan agensi terbabit. "Ini kerana, kita juga memahami proses dan prosedur, atau mungkin kekangan dari jabatan yang terpasa menghadapi tempoh-tempoh tertentu bagi meyalurkan bantuan. "Penerima pula adalah mereka yang betul-betul memerlukan berdasarkan maklumat daripada kunjungan dan siasatan yang dibuat sendiri bersama-sama agensi sebelum ini. "Ada juga jenis penyakit yang memang dinasihatkan oleh doktor tentang keperluan katil ini, di mana keperluan katil ini merupakan keutamaan bagi mereka."katanya Beliau berkata demikian selepas  selesai menyerahkan sumbangan katil dan kerusi roda bersama-sama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kampung Rhu Renggeh, Seberang Marang, serta Sungai Kerak.  
20 Dec 20
565
Rangka Modul Pusat Rehabilitasi Pesalah Syariah
Rangka Modul Pusat Rehabilitasi Pesalah Syariah
KUALA TERENGGANU, 20 Disember- Kerajaan negeri bercadang membina sebuah pusat rehabilitasi bagi pesalah syariah di Marang. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, tujuannya lebih kepada pusat tarbiyah untuk pemulihan akhlak dan akidah anak-anak muda. Satiful berkata, pihaknya kini sedang merangka modul untuk digunakan terhadap pesalah yang disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Syariah. “Bagi mewujudkan modul ini, kita akan mendapatkan khidmat pakar dalam bidang penguatkuasaan syariah dan juga pihak mahkamah. “Tempoh bagi pesalah syariah menjalani pemulihan juga akan bergantung kepada keputusan mahkamah,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sesi Libat Urus Berkaitan Pelaksanaan Enakmen kanun Jenayah Syariah Negeri Terengganu di Dewan Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama negeri Terengganu, hari ini. Katanya, pusat rehabilitasi itu juga memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka yang terlibat dengan masalah akhlak dan akidah untuk mengikuti program pemulihan mengikut bimbingan Islam.  
20 Dec 20
483