lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Primula Adalah 'Best 4 Star Eco Green Beach Front Hotel'
Primula Adalah 'Best 4 Star Eco Green Beach Front Hotel'
KUALA TERENGGANU, 17 Disember - Primula Beach Hotel menerima pengiktirafan  'Best 4 Star Eco Green Beach Front Hotel', di Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022 (Malaysia Tourism Industry Award 2022) yang berlangsung di ibu negara, semalam. Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata anugerah tersebut merupakan pengiktirafan pertama yang berjaya diperolehi Primula setelah hampir 40 tahun bertapak dalam industri pelancongan di Terengganu. "Anugerah ini juga secara tidak langsung menjadi motivasi kepada seluruh penggiat industri pelancongan dan hospitaliti untuk lebih berdaya saing saat mengharungi detik sukar semasa pandemik dan terus bertahan dalam situasi paling mencabar itu. "Sekaligus memberi semangat untuk kami bekerja dengan lebih gigih lagi dalam mempromosikan perniagaan pelancongan sekali gus mewujudkan imej positif negeri di Malaysia dan juga peringkat Antarabangsa,"ujarnya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.  Menurut beliau, anugerah kemuncak industri pelancongan yang mengiktiraf semua penggiat industri Malaysia dalam menjayakan aspirasi pelancongan negara itu dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dan Santai Travel. Dalam majlis tersebut, lebih 60 penggiat industri pelancongan telah dinobatkan sebagai pemenang dalam anugerah yang julung kali diadakan bagi meraikan kecemerlangan dan sokongan mereka dalam pembangunan industri pelancongan. Tambah Suaibah lagi , tanpa sokongan tenaga kerja pihak hotel juga, mereka tidak mungkin akan sampai ke tahap tersebut dan pengiktirafan itu menjadi inspirasi untuk  menjadi lebih baik dan progresif di masa akan datang. "Kami akan terus berganding bahu serta bekerjasama dalam menjayakan aspirasi pelancongan negara untuk  memastikan sektor ini terus maju dan ia menjadi tugas bersama dalam industri secara berterusan," katanya.  
17 Dec 22
350
PKM Kijal, Ar Rijal Care Rai 120 Kanak-kanak
PKM Kijal, Ar Rijal Care Rai 120 Kanak-kanak
KEMAMAN, 17 Disember - Seramai 120 orang kanak-kanak diraikan didalam Program Khatan Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal 2022 yang diadakan Masjid Meraga Beris, Kijal kelmarin.  Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal dengan kerjasama Ar Rijal Care dan Masjid Meraga Beris dengan mengenakan separuh bayaran mendapat sambutan masyarakat setempat.  Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh berkata ianya salah satu inisiatif serta Corporate Social Responsibility (CSR) daripada pejabat PKM Kijal dalam membantu rakyat kawasan Kijal dimana masalah kewangan kebanyakan keluarganya masih belum pulih sepenuhnya akibat pendemik COVID-19.  Hazri Jusoh (dua dari kiri) menyantuni para petugas.  "Saya mengharapkan dengan program sebegini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan keluarga dalam memastikan ahli keluarga kita dapat meneruskan hidup dengan sempurna," ucapnya.  Beliau hadir merasmikan program tersebut turut menasihati ibubapa agar lebih cakna dan mengambil tahu kemana anak-anak pergi bermain di musim tengkujuh ini.  "Kepada anak-anak yang kini memasuki cuti akhir tahun persekolahan, jangan pergi bermain di paya, sungai atau tali air. Saya juga mengharapkan agar ibubapa mengambil lebih perhatian kemana anak kita pergi bermain di musim hujan begini. Sebahagian daripada peserta program.  "Dua tiga hari lepas kita mendengar berita seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mati lemas didalam tali air di Kampung Kebor Besar, Manir amat mengharukan semua masyarakat di Terengganu." ujarnya.  Turut hadir, Penyelia IMITS DUN Kijal, Haji Wahab Ahmad, Ahli Majlis Perbandaran Kemaman, Zawawi Mohamed, Pengerusi Ar Rijal Care, Zulkifli Nara dan Ahli Jawatankuasa JPKK Meraga Beris.
16 Dec 22
230
Tanah Runtuh Disangka Pokok Tumbang
Tanah Runtuh Disangka Pokok Tumbang
KUALA TERENGGANU, 16 Disember - Seorang penduduk tidak menyangka bunyi kuat didengarinya sewaktu pulang bekerja yang disangkakan pokok tumbang rupa-rupanya tanah runtuh. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Kecil, Amran Ali berkata kejadian tanah runtuh di Flat Bukit Kecil 2 itu berlaku lebih kurang 2.40 pagi oleh seorang yang baru pulang bekerja.  "Pada mulanya penduduk itu terdengar bunyi yang sangat kuat dia ingat pokok tumbang, tapi pagi tadi dia bangun, dia tengok tanah runtuh," ceritanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di tempat kejadian di Bukit Kecil dekat sini. Menurutnya, beliau bersama Penghulu Mukim Besar Shaharuddin Ismail telah meninjau kejadian tersebut untuk mengambil tindakan selanjutnya. "Semasa tinjauan tersebut, tiba-tiba tanah bukit tersebut jatuh, kejadiannya begitu cepat sekali dalam sekitar pukul 12.05 tengahari," katanya. Turut sama hadir melakukan tinjauan ialah JKM, Polis, JPAM dan MBKT.
16 Dec 22
263
Impian Terengganu Miliki Siaran TV Bakal Tercapai
Impian Terengganu Miliki Siaran TV Bakal Tercapai
CYBERJAYA, 16 Disember – Impian Terengganu untuk memiliki siaran televisyen sendiri bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata pihaknya sedang berbincang dan meneliti dengan lebih terperinci langkah bagi memastikan hasrat itu tercapai. “Di samping akan meneruskan langkah seterusnya dengan lebih maju berhubung agenda berkenaan. “Jika keputusan berjaya dicapai dan dipertimbangkan kerajaan akan miliki saluran TV sendiri,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika lawatan kerja ke MYTV Broadcasting Sdn Bhd di sini semalam. Turut hadir Pengerah Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun dan Pengarah Manis FM (Husa Network Sdn Bhd), Sazali Mohd Nor. Terdahulu Mohd Nor berkata, dengan memiliki siaran TV sendiri pelbagai informasi menarik meliputi berita, budaya dan keunikan Terengganu dapat dipertontonkan kepada umum. "Informasi tersebut dapat disalurkan kepada masyarakat di seluruh negara ini," katanya. Dalam pada itu ujarnya, masyarakat juga tidak ketinggalan bagi mengetahui segala perkembangan terkini. “Sudah tentu ia akan menjadikan negeri Terengganu seiring dengan perkembangan semasa masyarakat pada masa kini dalam dunia pendigitalan,” ujarnya.  
15 Dec 22
1485
Banjir: 300 Kawasan Berisiko Di Terengganu
Banjir: 300 Kawasan Berisiko Di Terengganu
HULU TERENGGANU, 15 Disember - Sebanyak 300 kawasan daripada lapan daerah di Terengganu dikenal pasti sebagai ‘hostpot’ banjir sepanjang tempoh Monsun Timur Laut. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Md Hilman Abd Rashid berkata, kawasan berisiko itu ditentukan berdasarkan lokasi yang pernah mengalami banjir dan dianggap berisiko untuk berlaku pada masa akan datang. "Dalam keadaan sekarang, semua balai dan anggota bomba sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan rondaan rutin dilakukan dari semasa ke semasa. "Setakat ini, kekuatan seramai 833 anggota bomba bersama aset dan logistik untuk operasi pemindahan yang kita ada sudah memadai," katanya ketika meninjau keadaan pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Kemat, di sini semalam. Tambahnya, sebanyak 37 lokasi terutama melibatkan kawasan rendah dan berhampiran muara sungai turut dikenalpasti berisiko dilimpahi air sekiranya berlaku fenomena air pasang besar beserta hujan lebat. Sementara itu, Md Hilman berkata, walaupun keadaan air sungai di Hulu Terengganu dilihat semakin menurun namun pihaknya tetap berada dalam bersiap sedia kerana kemungkinan paras air boleh kembali meningkat. "Kita dapati mangsa banjir sekarang kejap naik kejap menurun, hujan tidak menentu sekarang. Oleh itu saya menasihati penduduk supaya berpindah ke PPS lebih awal sekiranya berlaku limpahan air," katanya.    
15 Dec 22
944
Hulu Terengganu Dilanda Banjir, Dua PPS Dibuka
Hulu Terengganu Dilanda Banjir, Dua PPS Dibuka
HULU TERENGGANU, 14 Disember - Belum beberapa jam banjir di beberapa daerah di negeri ini surut sepenuhnya kini gelombangnya kembali melanda daerah Hulu Terengganu. Menurut, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu berkata  sehingga kini dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini susulan banjir di beberapa tempat  akibat hujan lebat sejak semalam. "Di PPS Balairaya Kampung Kemat terdapat 14 mangsa yang terdiri daripada dua keluarga yang dibuka pada jam 4 petang. "Manakala, di PPS Balairaya Kampung Tapah melibatkan 36 mangsa dari tiga keluarga," katanya. Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telahpun mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir di beberapa daerah di Terengganu termasuk Pahang dan Johor bermula hari ini.      
14 Dec 22
1149
Rumah Pengasuh Hampir Dinaiki Air, Bapa Mula Risau Keselamatan Anak
Rumah Pengasuh Hampir Dinaiki Air, Bapa Mula Risau Keselamatan Anak
HULU TERENGGANU, 14 Disember - Seorang bapa bergegas pulang untuk mengambil bayinya yang berusia empat bulan di Kampung Kemat dari Marang setelah dimaklumkan kawasan rumah pengasuhnya hampir dinaiki air. Mohamad Razif Abu Hasan, 35, merupakan kakitangan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berkata sebaik sahaja mendapat panggilan pengasuh kepada Mohamad Zikry, pada 4.00 petang, dia membuat keputusan untuk balik tanpa berfikir panjang demi keselamatan anaknya. "Sejurus dapat panggilan itu, hati tak tenang teringat kepada anak saya, dan terus mengambil keputusan untuk gerak ke Kampung Kemat. "Sebaik sahaja sampai lebih kurang jam 5.30 petang, air makin naik di sebelah rumah pengasuh, memang jelas air sangat laju..tidak mustahil paras air akan sampai ke rumah penjaga anak saya," ujarnya. Sementara itu, Athirah Izati Abdullah, 26, yang baru dua bulan mengasuh Mohamad Zikry berkata, dia mula risau keselamatan bayi berkenaan apabila paras air sungai Kemat mula melimpah dengan laju sejak tengahari tadi ekoran hujan lebat sejak 8 pagi. Justeru itu, dia mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada bapa anak jagaannya supaya segera datang mengambil bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Dalam masa yang sama, sepasang warga emas terpaksa menumpang rumah jirannya susulan rumah mereka ditenggelami air hampir satu meter. Mek Ngah Seman, 67, berkata dia dan suaminya Sulong Abdullah ,76, segera keluar daripada rumahnya apabila air Sungai Kemat mula memasuki rumahnya pada pukul 1 tengahari ekoran hujan lebat. "Makcik tidak mahu merisikokan nyawa kami berdua lebih-lebih lagi pakcik ada masalah sakit tua..kalau lambat pindah takut peristiwa awal tahun baru-baru ini berulang kembali apabila rumah kami tenggelam sehingga paras bumbung," katanya.    
14 Dec 22
199
Terengganu Kembali Berisiko Banjir
Terengganu Kembali Berisiko Banjir
KUALA TERENGGANU, 14 Disember – Terengganu berkemungkinan menghadapi banjir sekali lagi hari ini. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telahpun mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir di beberapa daerah di Terengganu termasuk Pahang dan Johor. Menurut hantarannya di laman Twitter, di Terengganu, kawasan berisiko terjejas ialah Daerah Besut (Jambatan Keruak, Kampung Bengkok, Kampung Cegar Kubur, Kampung Cawanan serta kawasan sekitarnya). “Diikuti dengan Daerah Dungun (Kampung Dendang, Kampung Tepus, Kampung Minda, Kampung Surau, Kuala Jengal, Kampung Luit serta kawasan sekitarnya),” katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, di Pahang melibatkan Daerah Rompin (Kampung Gadak, Jalan Kota Bahagia Melati dan kawasan sekitarnya).  Bagi negeri Johor pula, kawasan yang dijangka banjir mulai 12 tengah hari ini ialah Daerah Mersing (Kampung Jemari serta kawasan sekitarnya).  
14 Dec 22
951
Aktiviti di PPS Bantu Kawal Emosi Mangsa Banjir
Aktiviti di PPS Bantu Kawal Emosi Mangsa Banjir
KUALA NERUS, 13 Disember - Pelbagai aktiviti disediakan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk semua golongan terutamanya kanak-kanak bagi memastikan mereka tidak menghadapi trauma atau sebarang situasi yang boleh menjejaskan emosi akibat banjir. Pegawai Psikologi Pejabat Kebajikan Kuala Terengganu, Sanisah Azrai berkata, pihaknya melaksanakan aktiviti tersebut berdasarkan keperluan kaunseling kepada mangsa bencana. "Antara aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak ialah mewarna, melukis dan bermain pelbagai permainan supaya masa mereka terisi dan membuka minda. "Kita mahu mereka mengisi masa dengan perkara berfaedah, kita tidak mahu mereka berada di sini leka dengan gajet-gajet, ini supaya adanya pergerakan dan boleh berkenalan antara satu sama lain sekali gus menghilangkan tekanan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di PPS Tok Jembal yang kini menempatkan 138 mangsa, di sini, baru-baru ini. Mengulas lanjut, beliau berkata dalam menghadapi situasi demikian semua pihak perlu memainkan peranan termasuk ahli keluarga dalam memberikan sokongan dan mereka tidak dibiarkan bersendirian yang akhirnya akan membawa gangguan emosi. "Kerana itu yang dewasa kita adakan lawatan ke tempat mereka di PPS ini dengan kita sentiasa bersedia mendengar segala luahan mereka agar tidak timbulnya kebimbangan, kita akan menyediakan segala keperluan untuk emosi mereka. "Dengan cara kita mendengar dahulu segala apa yang ingin diluahkan dan mengenal pasti bantuan apa yang mereka perlukan sepanjang berada di sini,"katanya. Sementara itu, seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Jamilah Abd Rahman mengakui dia dan enam rakannya menghadapi situasi rumah sewa dinaiki air kali pertama dan diarahkan berpindah ke PPS. "Ketika rumah kami sewa di Taman Murni Permai dinaiki air kami tidak sedar sehinggalah jiran memberitahu yang pada waktu itu air telah melimpah sampai buku lali, antara barangan yang rosak adalah peti ais serta kasut-kasut. "Memang 'stress' juga, namun syukur kerana disambut dengan baik, segala keperluan dibantu termasuk proses mendaftar masuk, semua pihak telah memberikan kami layanan yang baik untuk tabah menghadapi situasi yang kami tidak pernah sangka dan tidak pernah dialami sebelum ini," katanya.
13 Dec 22
406
Kanak-Kanak Terjatuh Dari Tali Air Ditemui Mati Lemas
Kanak-Kanak Terjatuh Dari Tali Air Ditemui Mati Lemas
KUALA TERENGGANU, 13 Disember – Penantian Nurul Ain Bakri, 33, ibu kepada Muhammad Sufi Eijas Sobre, 3, yang terjatuh di tali air Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, berakhir apabila ditemukan lemas pada pukul 11.34 pagi tadi. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad, berkata mayat kanak-kanak terbabit ditemui pasukan pencari dan penyelamat dalam keadaan terapung di permukaan air kira-kira 500 meter dari tempat kejadian. "Mayat kanak-kanak terbabit kemudian dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk bedah siasat. “Ketika ditemui oleh pasukan menyelamat, mayat Muhammad Sufi Eijas dalam keadaan terapung dan sempurna sebelum dibawa naik serta diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini. Menurutnya, seramai 68 anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan penduduk kampung menyertai operasi carilamat sejak petang semalam. “Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari ini,” katanya, Dalam kejadian jam 4 petang, semalam, Muhammad Sufi Eijas dipercayai terjatuh ke dalam tali air sedalam enam meter ketika bersiar-siar melihat air banjir bersama bapa, Mohd Sobre Ramli, 33 bersama dua lagi adik beradiknya.
13 Dec 22
936