lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

PKM ADUN Batu Buruk Hantar Bantuan Kepada Mangsa Banjir Telemong
PKM ADUN Batu Buruk Hantar Bantuan Kepada Mangsa Banjir Telemong
KUALA TERENGGANU, 20 Disember – Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (PKM ADUN) Batu Buruk dengan kerjasama PKM DUN Telemong telah menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir di sana, semalam.  Rombongan yang diketuai oleh ADUN Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi telah menghantar kira-kira 250 pek makanan dan 300 pek barang mentah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Jenderis dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Jenderis.  Selain itu, rombongan misi bantuan tersebut juga menghantar sebahagian bekalan makanan di Politeknik Hulu Terengganu untuk dimanfaatkan oleh warga politeknik tersebut.  bantuan bekalan makanan untuk Politeknik Hulu Terengganu “Suasana banjir yang berlaku di sini agak luar biasa dan Hulu Terengganu antara daerah yang sangat terkesan pada ketika ini selain Besut dan Kemaman. “Kita diperingkat Kerajaan Negeri Terengganu dan juga Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan terus menyantuni rakyat yang ditimpa musibah ini untuk membantu mereka,” kata Dr. Muhammad Khalil ketika ditemui pemberita. Beliau turut menasihatkan agar semua menjaga keselamatan sepanjang tempoh musim tengkujuh ini.  Bantuan bekalan makanan untuk dihantar ke PPS SK Jenderis dan PPS SMK Jenderis “Bagi yang berpindah ke PPS, matikan suis elektrik utama sebelum meninggalkan rumah dan elakkan bermain air banjir kerana kita bimbang ia akan menjejaskan kesihatan,” katanya lagi.  Terkini, seramai 2,133 keluarga telah ditempatkan di 58 buah PPS dalam Daerah Hulu Terengganu.
20 Dec 22
265
60 Buah Rumah Di Kemaman Dipukul ‘Kepala Angin'
60 Buah Rumah Di Kemaman Dipukul ‘Kepala Angin'
KEMAMAN, 20 Disember – Hampir 60 buah rumah terjejas akibat ribut ‘kepala angin’ yang melanda daerah ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kejadian itu berlaku ketika banjir yang melanda di daerah berkenaan. Katanya, kebanyakan rumah tersebut mengalami kerosakan di bahagian atap yang sebahagian besarnya diterbangkan ribut. “Kerja-kerja membaik pulih sedang dilaksanakan secara berperingkat dan mengikut giliran. “Kami akan cuba tangani masalah ini dengan secepat mungkin supaya mereka boleh meneruskan kehidupan harian dengan lebih tenang dan selesa,” Katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya pada hari ini. Tambah Hanafiah, semua pihak diminta bersabar dan mendoakan supaya kerja-kerja membaik pulih ini berjalan dengan lancar. Beliau turut merakamkan ucapan terima kepada semua jentera Parti Islam Semalaysia (PAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai yang sentiasa komited membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan.  
20 Dec 22
358
Presiden PAS Santuni Mangsa Banjir di Paka
Presiden PAS Santuni Mangsa Banjir di Paka
DUNGUN, 20 Disember - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meluangkan masa menziarahi mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan banjir (PPS) Dewan Sivik Paka, Paka hari ini.  Beliau yang bergegas pulang daripada Sidang Dewan Rakyat menitipkan doa dan semangat buat rakyat yang terjejas terutamanya di Terengganu dan Kelantan.  “Ahli-ahli parlimen PAS akan terus segera balik ke kawasan masing-masing untuk berikan sepenuh perhatian kepada rakyat. “Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah buat keluarga mangsa korban banjir dan tanah runtuh tempoh hari,” katanya.    Turut hadir Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli dan Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik.  Dewan Sivik Paka mula beroperasi pada 19 Disember jam 8 pagi menempatkan seramai 229 mangsa daripada 61 buah keluarga.  Setakat jam 2 petang di Dungun, sebanyak 36 buah pps telah dibuka melibatkan 2,970 orang mangsa.
20 Dec 22
271
Pertama Kali Berdepan Banjir Guru Cemas Ayah Strok, Dua Bayi Dalam Rumah
Pertama Kali Berdepan Banjir Guru Cemas Ayah Strok, Dua Bayi Dalam Rumah
KUALA TERENGGANU, 20 Disember- Seorang guru yang pulang bercuti di kampung terpaksa mengharungi saat sukar apabila berdepan situasi cemas ketika banjir melanda kawasan kediaman kedua ibu bapanya di Kampung Telok Menara, Manir di sini.  Hani Mahirah Johari, 40, mengakui agak panik memandangkan ini kali pertama mereka sekeluarga mengalami situasi banjir kerana sejak 10 tahun tinggal di kampung terbabit, rumah keluarganya tidak pernah dinaiki air. "Air mula naik petang semalam, bila sampai paras buku lali dalam rumah kami buat keputusan untuk pindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Telok Menara sebab ayah strok dan ada dua bayi berusia dua dan tiga bulan iaitu anak kepada adik-adik saya dalam rumah. "Kami pindah dalam pukul 2 pagi tadi sebab risau air makin naik lagipun tidak biasa berdepan situasi banjir macam nie.  "Saya mengajar di Johor, kebetulan cuti sekolah balik kampung ziarah emak dan ayah, adik beradik lain pun sama ada yang pulang dari Sabah, Shah Alam tidak sangka pula kami yang jadi mangsa banjir kali ini, " ujarnya yang mempunyai 10 adik beradik ketika ditemui pemberita di PPS tersebut, hari ini.  Sementara itu, Wan Gayah Abdullah, 60, dari Kampung Banggol, Manir pula menyifatkan banjir yang melanda Negeri Terengganu kali ini lebih teruk berbanding sebelum ini kerana sepanjang usianya dia tidak pernah berpindah ke PPS.  "Sepanjang tinggal disini rumah makcik tidak pernah naik air, tapi kali ini air cepat sangat naik dan arus deras.  "Sebaik air sudah mula mencecah lantai rumah, makcik empat beranak segera mengemas barang dan simpan di tempat selamat sebelum berpindah ke PPS ini dengan berjalan kaki.  "Ketika itu air sudah mencecah paras lutut di luar rumah. Makcik terpaksa berhati-hati untuk mengharungi banjir kerana bimbangkan keselamatan berikutan paras air agak tinggi ketika itu, bukan tak nak tunggu bantuan tiba tapi takut lambat sampai, sebab tu makcik sekeluarga redah juga air banjir, " ujarnya yang ke PPS kira-kira 11.30 malam tadi.
20 Dec 22
261
Empat Hospital Di Terengganu Terjejas Akibat Banjir
Empat Hospital Di Terengganu Terjejas Akibat Banjir
KUALA TERENGGANU, 20 Disember- Empat Hospital dan puluhan Klinik Kesihatan di negeri ini terjejas akibat banjir. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata empat hospital tersebut melibatkan Hospital Kemaman, Hospital Besut, Hospital Setiu dan Hospital Hulu Terengganu.   Katanya, peningkatan paras air mendadak di kawasan berhampiran Hospital Besut, Hospital Setiu dan Hospital Hulu Terengganu menyebabkan laluan ke hospital dan kawasan sekitar terputus.   “Laluan tersebut hanya dapat dilalui menggunakan kenderaan air atau udara sahaja.   “Bagaimanapun, hospital-hospital ini sudah bersedia untuk menghadapi bencana banjir dengan keperluan bekalan perubatan, makanan yang mencukupi,” menurutnya dalam satu kenyataan media, hari ini. Tambah Noor Hisham, sebanyak 40 fasiliti kesihatan juga terjejas banjir di Terengganu.   “Ia melibatkan klinik desa, klinik kesihatan, klinik pergigian, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Unit Vektor di Jabatan Kesihatan Negeri.   “Daripada jumlah itu, sebanyak 19 fasiliti kesihatan masih beroperasi, enam pindah operasi ke fasiliti kesihatan alternatif dan 15 tidak beroperasi,” katanya.   Sementara itu, orang ramai dinasihatkan agar peka dengan arahan semasa pihak berkuasa dan sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan bagi mencegah penyakit berjangkit berkaitan banjir.    
20 Dec 22
610
Rugi RM50,000, Kedai Ditenggelami Air
Rugi RM50,000, Kedai Ditenggelami Air
HULU TERENGGANU, 20 Disember - Seorang peniaga kedai makan dan produk pertanian reda alami kerugian RM50,000 apabila perniagaan  yang diusahakan sejak 10 tahun lalu di Kampung Kepah di sini, ditenggelami banjir. Mangsa, Wan Nora Wan Mustaffa, 42, berkata, dia tidak sempat menyelamatkan barangan di kedainya selepas air naik mendadak akibat hujan lebat. Berkongsi cerita, dia bersama suaminya Mohd Noor Abd Ghani, 63, tidak menyangka banjir kali ini lebih teruk dari 2014 dan dipenuhi lumpur. "Pada hari Ahad, saat hujan lebat dan air sungai mula melimpah, saya dan ahli keluarga mengemas barang-barang di rumah ke tempat yang lebih tinggi. "Pergerakan air sangat laju dan mula melimpah ke dalam kedai dan saya tidak sempat menyelamatkan barangan berat seperti peti sejuk dan kelengkapan memasak yang lain yang ada di kedai hadapan rumah" katanya yang berpindah ke PPS bersama lima lagi anak-anaknya. Menurutnya, walaupun biasa menghadapi banjir setiap tahun, namun dia tidak menyangka banjir kali ini besar hingga tidak sempat membuat persiapan rapi. Wan Nora berkata, selain kedai makan, kediamannya yang terletak di belakang kedai turut ditenggelami banjir. Tambahnya lagi,  banjir terbaharu itu adalah kali kedua berlaku yang mana kedainya sebelum ini juga ditenggelami hingga mengalami kerosakan dalam banjir besar melanda awal tahun lalu.          
20 Dec 22
267
Peniaga Tanggung Kerugian Akibat Banjir
Peniaga Tanggung Kerugian Akibat Banjir
HULU TERENGGANU, 20 Disember - Kejadian banjir besar yang melanda mukim Hulu Telemong dekat sini telah mengakibatkan ramai peniaga terpaksa menanggung kerugian mencecah puluhan ribu ringgit apabila barang perniagaan dan peralatan kedai rosak teruk sehingga ada yang terpaksa dibuang. Salah seorang pemilik kedai peralatan memancing di Kampung Tengkawang, Mohd Safee Wahab, 56, berkata kejadian banjir itu di luar jangkaan memandangkan kawasan itu pernah dinaiki air tetapi tidak seburuk itu.  "Saya tak jangka banjir seteruk ini sedangkan dalam kejadian bencana itu pada Januari lalu, kawasan ini hanya dinaiki air melepasi paras O.5 meter. "Saya sangka air hanya akan naik paras lutut, jadi ada barang saya sempat letakkan ditempatkan lebih tinggi namun semuanya juga turut terendam air," katanya ketika ditemui di kedainya, di sini. Mohd Safee yang kerugian lebih RM5,000 berkata, kerja-kerja membersihkan kedai kini dimulakan sejak pagi tadi selepas banjir surut. Turut mengalami nasib sama, peniaga kedai runcit, Mas Atia Mohd Safee, 30 yang terpaksa menanggung kerugian lebih RM10,000 apabila hampir separuh barang perniagaannya rosak dan terpaksa dibuang. Dia berkata, kedainya itu ditenggelami banjir sedalam dua meter. "Memang kami tak buat persediaan awal untuk mengalihkan barang-barang sebab kedai ini dibina tinggi dengan harapan mampu mengelakkan dimasuki air," katanya.    
20 Dec 22
343
Banjir : 37,792 Mangsa, Kemaman Paling Terjejas
Banjir : 37,792 Mangsa, Kemaman Paling Terjejas
KUALA TERENGGANU, 20 Disember – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 37792 angka sehingga jam 8 pagi hari ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terenganu berkata jumlah mangsa tersebut terdiri daripada semua daerah dalam negeri ini. Katanya, susulan itu sebanyak 310 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan 10,401 keluarga mangsa di seluruh negeri ini. “Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 12,000 orang daripada 3,094 keluarga yang ditempatkan di 37 PPS dalam daerah berkenaan. “Di daerah Besut pula merekodkan jumlah mangsa seramai 8,228 daripada 2,250 keluarga. “Tambahnya lagi, daerah Hulu Terengganu dan Setiu masing-masing mencatatkan jumlah 6,691 dan 3,988 mangsa yang melibatkan 2,094 dan 1,196 keluarga,” menurutnya dalam satu kenyataan media pada hari ini. Manakala, daerah Dungun dan Kuala Terengganu juga meningkat kepada 2,484 dan 1,900 mangsa daripada 659 dan 503 keluarga. Sementara itu, Marang dan Kuala Nerus pula mencatatkan 980 dan 1521 mangsa daripada 231 dan 371 keluarga yang di tempatkan di 18 PPS dalam daerah tersebut. “Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak bermain di kawasan banjir selain terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan,” katanya.  
20 Dec 22
551
Pemuda Bantu Bawa Keluar Penduduk
Pemuda Bantu Bawa Keluar Penduduk
SETIU, 19 Disember - Seorang pemuda Kampung Banggol, Permaisuri mengambil langkah awal dengan membantu penduduk kampung terjejas banjir berpindah keluar ke kawasan selamat menggunakan bot.  Mohd Shafie Ibrahim berkata, paras air pada kali ini naik mendadak berbanding bencana sebelum ini.  “Air mula naik sekitar jam 3 pagi tadi. Penduduk di sini mula berpindah jam 7 pagi tadi sebab air naik terlalu cepat.  “Banjir seumpama ini merupakan pertama kali bagi saya. Tadi saya sempat selamatkan warga penduduk di dua buah rumah kerana terperangkap dalam banjir,” katanya ketika tinjauan banjir di Permaisuri, di sini hari ini.  Beliau turut berkata, dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) asal telah dinaiki air mengakibatkan semua penduduk terjejas berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol.  Setakat jam 2 petang tadi, seramai 167 mangsa daripada 59 keluarga telah direkodkan mendaftar masuk ke PPS tersebut.  Walau bagaimanapun, penduduk memaklumkan bahawa agensi kerajaan masih belum tiba meninjau keadaan di PPS tersebut.  
19 Dec 22
182
PPS Dah Jadi Rumah Kedua
PPS Dah Jadi Rumah Kedua
KUALA NERUS, 19 Disember - Pusat Pemindahan Sementara umpama rumah Kedua bagi Rohani Mohamad, 58, kerana telah menjadi kelaziman penduduk di Taman Murni Permai terpaksa berpindah kerana kediaman mereka dinaiki air setiap tahun apabila tibanya musim tengkujuh. "Memang rasa penat, sedih dan terpaksa menanggung kerugian namun Kali ini sepertinya mengulangi kembali banjir besar 2014. "Air naik begitu cepat, dalam hanya beberapa jam sahaja mencecah separas pinggang dengansegala barangan seperti perabot, peralatan dan perkakasan elektrik segalanya musah dan rosak saya anggarkan kerugian dialami mencecah RM10,000 termasuk barang-barang perniagaan saya. "Ketika kejadian saya tidak segera berpindah, kerana hendak lihat dulu setakat mana namun apabila air telah melebihi had saya bersama ahli keluarga yang lain segera ke PPS, memang beginilah tiap-tiap tahun namun kali ini lebih parah, baru minggu lalu ke sini, kali ini air naik lagi, kiranya tahun ini tiga kali," ujarnya. Dia berkata demikian ketika ditemui di PPS SK Tok Jembal di sini, hari ini. Katanya, pernah terfikir hendak berpindah namun mengenangkan nasib diri terpaksa terus menetap di Taman perumahan itu mendiami rumah yang ditinggalkan oleh arwah suami. Sementara itu Zukahiri Yahaya, 29,yang merupakan penyewa kediaman di Taman Murni Permai telah mengetahui daripada awal mengenai kawasan tersebut sering dinaiki air. "Namun saya terpaksa juga menyewa di sini, kerana isteri saya sambung belajar di Universiti Sultan Zainal Abidin,hanya kawasan ini sahaja paling dekat dengan tempat isteri belajar. "Ini merupakan pengalaman pertama saya menghadapi banjir, setelah berpindah ke sini pada bulan Oktober yang lalu, saya tidak alami kerugian yang besar melainkan beras 10 kilogram yang baru sahaja dibeli, dan hanya sedikit sahaja sempat digunakan kerana air paras pinggang dan terlalu deras, beras saya yang diletakkan dalam bekas khas terlingkup dan dihanyutkan air begitu sahaja," ujarnya.
19 Dec 22
62