lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Rekod Tanpa Kalah di Laman Sendiri ‘Lebur’
Rekod Tanpa Kalah di Laman Sendiri ‘Lebur’
KUALA NERUS, 27 April - Terengganu Football Club (TFC) terpaksa menerima kekalahan pertama di laman sendiri menentang Sri Pahang FC 1-2 malam ini dalam Perlawanan Liga Super ke-10 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner kali ini mempertaruh tiga tonggak penyerang sebaris dalam kesebelasan utama; Jordan Mintah, Ivan Mamut dan Aadisak Kraisorn dalam misi mendapatkan gol awal. TFC memulakan aksi dengan baik apabila Ivan Mamut berjaya melakukan ‘free header’ ke gawang gol lawan seawal minit ke-12 namun dinafikan penjaga Gol Sri Pahang, Izham Tarmizi. Skuad The Turtle terus bertindak garang apabila beberapa siri percubaan tepat berjaya disasarkan namun masih buntu mendapatkan jaringan awal.  Namun, pada minit ke-30 bekas penyerang TFC, Kpah Sherman terlebih dahulu meletakkan pasukannya di hadapan apabila berjaya meledak gol pertama buat Tok Gajah.  Sembilan minit kemudian, usaha keras pasukan TFC menyusun strategi akhirnya membuahkan hasil apabila Ivan Mamut berjaya sempurnakan hantaran daripada penyerang utama Thailand, Aadisak Kraisorn bagi menyamakan kedudukan 1-1. Separuh masa kedua bermula dengan kemasukan Sony Norde dan Syafiq Ismail, sekali gus menjadikan permainan TFC lebih rancak mendapatkan gol tambahan. Terengganu FC ibarat serba tidak menjadi apabila banyak siri hantaran tidak disudahi dengan cetakan jaringan.  Lebih malang buat TFC apabila Sri Pahang FC berjaya mendapatkan gol pendahuluan melalui Azam Azih yang merembat daripada luar kotak penalti pada minit ke-68.    Perlawanan kekal 2-1 Sri Pahang FC mengatasi TFC walaupun beberapa taktikal serangan digerakkan namun gagal mendapatkan sebarang jaringan.  TFC kini jatuh ke tangga kelapan selepas kalah di laman sendiri dan bakal bertandang ke bumi Borneo menentang Sabah FC 19 Mei nanti.
28 Apr 23
187
Padah Buat Aksi 'Wheelie', Dua Remaja Ditahan
Padah Buat Aksi 'Wheelie', Dua Remaja Ditahan
HULU TERENGGANU, 27 April - Tindakan dua remaja lelaki berusia 14 dan 15 tahun yang melakukan aksi 'wheelie' membawa padah apabila ditahan dalam operasi OP Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar daerah ini. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Hasmerra Hassan berkata, polis berjaya mengesan sebuah motosikal  ditunggang bersama seorang pembonceng melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) pada jarak kira-kira 50 meter. "Suspek berjaya ditahan di bahu jalan hadapan Empangan Jenagor, Kuala Berang kira-kira jam 6.15 petang dan dibawa ke  Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut. "Suspek juga telah dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu untuk lakukan ujian air kencing dan hasil saringan terhadap suspek adalah negatif," katanya dalam satu kenyataan disini hari ini. Katanya, dua remaja terbabit disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana melakukan aksi mengangkat tayar hadapan, yang mana aksi itu amat merbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Tambah Hasmerra lagi,  sebanyak tujuh saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terhadap penunggang motosikal dan sebuah motosikal turut disita. "Antara kesalahan yang berjaya dikesan antaranya melibatkan lesen kenderaan motor (LKM) yang telah tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, menunggang motosikal bawah 16 tahun, aksesori tidak sempurna dan tidak memakai topi keledar,"ujar beliau.
27 Apr 23
247
Anak Jati Terengganu Catat Rekod Dunia
Anak Jati Terengganu Catat Rekod Dunia
KUALA TERENGGANU, 27 April - Pelari Maraton terkenal yang berasal daripada Kuala Terengganu, Mohd Syahidan Alias atau lebih dikenali sebagai Edan Syah melakar sejarah baharu Guinness World Records pada Ahad lalu. Beliau telah memecahkan rekod kategori Fastest Marathon in Traditional Malay Dress (Male) dalam acara yang merupakan perlumbaan jalan raya tahunan kedua terbesar di United Kingdom (UK). Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau yang telah mengharumkan nama negara. “Bertambah menarik apabila saudara Edan menyertai acara itu dengan pakaian kebanggaan kita, baju Melayu. “Terima kasih kerana telah buat kami warga Malaysia berbangga dengan saudara, semoga terus maju dan mencoret lebih banyak anugerah di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di laman facebooknya pada hari ini. Pada perlumbaan tersebut, Edan Syah telah menamatkan larian sejauh 42.2 kilometer (km) dengan catatan masa dua jam 49 minit 22 saat dengan memakai persalinan lengkap baju Melayu, samping dan songkok. Sebelum ini, beliau pernah menyertai Maraton Boston iaitu acara maraton tahunan tertua dan paling berprestij di dunia sebanyak dua kali pada 2015 dan 2017. Tambah menarik, anak muda kebanggaan Terengganu juga merupakan pemegang Guinness World Records sebagai pelari Maraton Terpantas yang berpakaian bendera kebangsaan (lelaki) dengan catatan masa dua jam 54 min 34 saat di Blackmores Sydney Running Festival pada 16 September 2018.    
27 Apr 23
431
Eratkan Hubungan di Aidilfitri
Eratkan Hubungan di Aidilfitri
KUALA TERENGGANU, 22 April - Rakyat negeri ini digesa mengambil kesempatan untuk menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk mengerakkan hubungan persaudaraan di bulan Syawal. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dengan menyuburkan amalan tradisi dalam masyarakat tersebut akan memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan. "Tahun ini kita dapat meraikan lebaran dalam suasana yang lebih meriah memandangkan tiada lagi sekatan atau peraturan yang perlu kita patuhi sepertimana tiga tahun kebelakangan ini. "Namun, ia tidak bermakna kita boleh mengabaikan aspek keselamatan memandangkan wabak penyakit Masih ada di sekeliling kita. "Amalkan langkah-langkah pencegahan sekiranya terdapat simpton-simpton seperti demam, batik Dan selsema," ujarnya menerusi Perutusan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Terengganu Darul Iman. Dalam pada itu, beliau turut menitipkan pesanan buat anak-anak perantau yang pulang ke kampung halaman di negeri ini semoga dilancarkan segala urusan dan perjalanan pulang semula nanti. "Patuhilah Undang-Undang lalu lintas, pandu dengan cermat dan waspada bagi mengerakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. "Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan selamat kembali ke tempat bertugas. "Akhir kata mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam terutama rakyat Terengganu yang dikasihi. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, segala silap dan salah mohon diampuni, semoga Syawal ini lebih beerti," ujarnya lagi.
23 Apr 23
195
Lebih 15,000 Hadir Rumah Terbuka MB Terengganu
Lebih 15,000 Hadir Rumah Terbuka MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 22 April - Lebih 15,000 rakyat negeri ini hadir memeriahkan rumah terbuka Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Seri Iman, di sini, hari ini. Majlis bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang itu bukan sahaja dihadiri kalangan rakyat beragama Islam malah turut dimeriahkan dengan kehadiran komuniti bukan Islam untuk beramah mesra serta berswafoto dengan Ahmad Samsuri dan isterinya Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman. Paling ceria dan gembira adalah kalangan kanak-kanak yang menerima duit raya daripada pemimpin nombor satu negeri Terengganu itu. Sepanjang majlis diadakan tiada riak keletihan dipamerkan Ahmad Samsuri, beliau melayani semua tetamu daripada pelbagai golongan dan usia sepanjang majlis diadakan. Pelbagai juadah dan hidangan telah disediakan seperti laksa, sate, nasi dagang, nasi minyak, kambing bakar, Ketupat redang, nasi kampit dan pelbagai lagi juadah yang disediakan melebihi 200 hidangan.  
22 Apr 23
555
Sultan Mizan Solat Aidilfitri Bersama Lebih 3,000 Jemaah
Sultan Mizan Solat Aidilfitri Bersama Lebih 3,000 Jemaah
KUALA TERENGGANU, 22 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang bersama lebih 3,000 jemaah di sini. Turut mengiringi baginda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Dato Seri Muhammad Mua’az. Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri. Solat Sunat Aidilfitri itu telah diimamkan oleh Mufti Terengganu, Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron yang turut menyampaikan khutbah Aidilfitri yang bertajuk Memupuk Silaturahim. Sebaik selesai menunaikan solat, Sultan Mizan Zainal Abidin dan anakandanya, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Dato’ Seri Mua’az kemudiannya menziarahi makam diraja yang terletak bersebelahan masjid.  
22 Apr 23
295
Lemang Percuma Sambut Kepulangan Perantau
Lemang Percuma Sambut Kepulangan Perantau
  KEMAMAN, 20 April - Sebanyak 2,000 batang lemang dan keropok lekor diedarkan bagi menyambut kepulangan perantau petang tadi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing.  Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ab.Razak Ibrahim berkata, makanan tersebut diagihkan secara percuma kepada perantau yang pulang sempena sambutan Aidilfitri esok. “Ini adalah kerjasama di antara Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Air Putih, Pejabat Daerah Kemaman bersama Syarikat LPT2 Sdn Bhd. "Kita mahu menonjolkan dan memperkenalkan hentian R&R Perasing yang juga dikenali sebagai ‘Mini Kemaman’ di samping kita mempromosikan produk-produk makanan tempatan di Kemaman ini. “Seperti yang kita ketahui, Kemaman terkenal dengan Lemang Kijal yang mempunyai identiti dan rasa tersendiri kerana ia merupakan antara makanan kegemaran ramai dan populariti Lemang Kijal masih tetap bertahan walaupun lebih daripada 20 tahun selain daripada mampu menggamit kunjungan pengguna laluan daripada Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu,” ujarnya. Beliau turut memaklumkan bahawa perbezaan suasana di R&R Perasing berbanding tahun yang lepas di mana lebih ramai pengunjung-pengunjung singgah berehat di sini.  “Gerai-gerai  juga lebih banyak dibuka kerana berlakunya peningkatan pemintaan selepas kejayaan kita mempromosikan R&R Perasing,” tambah beliau. Beliau berkata demikian kepada pemberita selesai agihan tersebut berlangsung. Turut terlibat dalam program antaranya PDRM, APM, JPJ, ARC dan Sukarelawan Kemaman.image widget
20 Apr 23
520
7,000 Rumah di DUN Ladang Terima Kuih Raya Percuma
7,000 Rumah di DUN Ladang Terima Kuih Raya Percuma
KUALA TERENGGANU 19 April - Sebagai tanda ingatan sempena Hari Raya Aidilfitri lebih 7,000 buah rumah akan menerima kuih raya.  ADUN Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata ia melibatkan peruntukan sebanyak RM100, 000.  "Setiap buah rumah akan mendapat sebekas kuih raya tanpa mengira fahaman politik, kita beri belaka, mungkin tidak banyak tetapi sekurang-kurangnya sebagai tanda ingatan," katanya.Tengku Hassan berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Bantuan I-Fitri Peringkat DUN Ladang yang diadakan di Terengganu Equestrian Centre.  Menurutnya, di DUN Ladang seramai 2404 orang layak menerima Bantuan i-Fitri. "Baru-baru ini Kad Sejahtera, hari ini pula i-fitri, ini semua adalah tanda kerajaan yang prihatin untuk membantu rakyat dan meringankan beban rakyat," katanya
20 Apr 23
251
Pengamal Media Dirai Dalam Majlis Berbuka
Pengamal Media Dirai Dalam Majlis Berbuka
KUALA TERENGGANU, 19 April - Seluruh pengamal media Terengganu hari ini diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran kerajaan negeri.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata majlis demikian adalah bagi menghargai peranan media yang menyampaikan maklumat tepat berkenaan pentadbiran negeri itu.  “Peranan media sangat penting mutakhir ini, apatah lagi bercampur dengan media sosial seperti Tik Tok dan Facebook hari ini.  “Saya mewakili Menteri Besar dan kerajaan negeri seluruhnya mengucapkan terima kasih kepada semua pemain media arus perdana dan juga media kerajaan negeri yang banyak menyampaikan maklumat kepada rakyat Terengganu,” katanya.    Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Majlis Berbuka bersama Media Terengganu di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu di sini hari ini.  Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat turut berkata pengamal media bakal sibuk dengan suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diumumkan dalam masa terdekat. “Sehingga hari ini, kerajaan negeri masih berdiri teguh adalah dengan peranan media perdana dan kerajaan. Tanpa kalian sukar bagi kerajaan ingin sampaikan info,” tambahnya.  Seramai 200 orang pengamal media arus perdana termasuklah media utama kerajaan negeri, Urus Setia Penerangan Darul Iman diraikan dalam majlis tersebut.  
19 Apr 23
183
Belia Kagum, Puas Hati Prestasi Kerajaan Terengganu
Belia Kagum, Puas Hati Prestasi Kerajaan Terengganu
KUALA NERUS, 19 April – Rata-rata belia yang ditemui meluahkan rasa kagum dan sangat berpuas hati terhadap pentadbiran kerajaan Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Hasif Aiman Ibrahim, 20, berkata kerajaan sekarang sangat berperanan dalam membentuk generasi muda apabila dilihat mempunyai perancangan yang cukup jelas. Katanya, kepimpinan hari ini turut menitikberatkan kebajikan para pelajar dan perantau yang tinggal diluar negeri Terengganu. "Pelbagai bantuan diperolehi oleh mahasiswa Terengganu seperti i-Belia dan peranti mahasiswa yang memberi manfaat kepada para pelajar dalam menuntut ilmu. “Harapan saya agar kerajaan Terengganu sekarang dapat dikekalkan supaya para pelajar dan golongan sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman pada majlis Iftar Perdana Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) di Hotel Raia di sinj semalam. Dalam majlis itu lebih 200 orang pelajar yang terdiri daripada mahasiswa IPTA dan IPTS hadir. Sementara itu, Aina Nazirah Ahmad Nazir, 21, berkata melalui program PERMATA para pelajar dapat mengenali dengan lebih dekat peranan Kerajaan Negeri  “Pandangan peribadi saya, kerajaan sekarang banyak membantu mahasiswa berbanding negeri lain sekali gus pendidikan di Terengganu semakin baik dan maju. "Melalui pembawakan nilai keagamaan dalam pimpinan sekarang menjadikan negeri ini lebih Terengganu lebih maju, berkat dan sejahtera," katanya.  
19 Apr 23
495