lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

PRN Platform Anak Muda Pilih Pemimpin Berkualiti
PRN Platform Anak Muda Pilih Pemimpin Berkualiti
KUALA NERUS, 26 Jun - Seluruh anak muda perlu memiliki kesedaran melibatkan diri menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti kerana ia menjadi platform memilih pemimpin yang berkualti. Timbalan Ketua Unit Penyelidik Pejabat Menteri Besar Terengganu, Mohd Harun Esa berkata,kerana golongan muda hari ini merupakan pengundi baharu terdiri daripada komposisi berusia 18 hingga 21 tahun. Justeru katanya, holongan itu perlu sedar mengenai pendidikan politik dengan mengambil cakna serta mempunyai kesedaran akan tanggungjawab memilih pemimpin yang akan mentadbir negeri. "Kalau tidak mahu terlibat sedangkan boleh mengundi pada usia 18 tetapi tidak mahu terbabit, tidak memiliki kesedaran bahawa pendidikan politik itu penting dalam memilih seorang pemimpin. "Maka waktu itu kita akan serahkan kepada sesiapa sahaja malah kepada bangsa lain yang masuk dalam negara sehingga tidak sedar usaha untuk mejajah negara," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Milenial, yang diadakan di Dewan Perdana Kompleks pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah Shah, di sini, semalam. Mengulas lanjut katanya, anak muda Terengganu yang terbukti merupakan golongan cerdik pandai sudah tentu tidak mengambil mudah peranan sebagai warga negara Malaysia yang berada dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berpelembagaan. "Pastikan ada semangat yang kuat kerana kita hendak jaga (negeri), hendak pilih pemimpin yang terbaik bagi mengurusa dengan tulus dan ikhlas serta metadbir negeri supaya rakyatnya dekat dengan Allah SWT,"ujarnya. Tambahnya, hasil daripada kepercayaan yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 negeri ini telah ditadbir dengan baik. "(Sebagai contoh) bagaimana stadium negeri kita kini menjadi kebanggan kepada anak muda Terengganu ini hasil daripada pentadbiran yang baik dan keikhlasan yang ada di pihak kerajaan sehingga dan pujian dan pengiktirafan daripada badan-badan berautoriti.   "Telah dinyatakan bahawa pengrusan kewangan negeri Terengganu adalah pengurusan yang terbaik dalam negara,"ujarnya.
25 Jun 23
70
PBKSB Jalin Kerjasama Dengan PETRONAS, Pengendali Petroleum
PBKSB Jalin Kerjasama Dengan PETRONAS, Pengendali Petroleum
KUALA TERENGGANU, 25 Jun - Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB), anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) telah menandatangani kontrak bersama PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) dan lapan Kontraktor Pengendali Petroleum (PACs) lain. EPIC Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan, jalinan kerjasama strategik tersebut bagi perkhidmatan fasiliti pangkalan bekalan dan sewaan di Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB). Menurut kenyataan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat dalam ucapan beliau menyatakan, pihaknya menghargai sokongan tidak berbelah bahagi PETRONAS dan PAC lain yang terlibat.  “Kontrak ini adalah penting bagi PBKSB kerana ia bukan sahaja mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai penyedia kemudahan pangkalan bekalan tetapi juga menggalakkan pembangunan bakat tempatan dalam bidang aktiviti operasi.  “Kami berharap untuk terus menjalin hubungan kerjasama yang akan memacu pertumbuhan industri minyak dan gas tempatan,” ujarnya. Beliau yang juga Pengerusi PBKSB berkata demikian ketika berucap di Majlis Menandatangani Perjanjian Penyediaan Fasiliti, Perkhidmatan Dan Sewaan Antara PBKSB dan Kontraktor- Kontraktor Pengendali Petroleum di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Hadir bagi menyaksikan majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Ridzuan Ali serta Pengurus Besar Kanan PETRONAS, Wan Asmawadi Wan Mohd.  Pada majlis itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EPIC, Muhtar Suhaili menandatangani kontrak-kontrak bersama Pemangku Pengurus Besar PBKSB, Suhardi Akil Awang @ Hassan mewakili pihak syarikatnya dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan EPIC, Wan Mohd Azilah Wan Abdullah. Ujar kenyataan itu, KSB adalah fasiliti bekalan minyak dan gas berintegrasi terbesar di Semenanjung Malaysia merangkumi keluasan 200 hektar secara keseluruhan, dengan tambahan 60 hektar yang ditetapkan untuk pertumbuhan di masa hadapan. “Sepanjang tempoh kontrak, PBKSB akan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan seperti peralatan pengendalian bahan (MHE), tenaga kerja berkaitan MHE, pengurusan pangkalan bekalan dan perkhidmatan sokongan gudang, serta perkhidmatan bersepadu bagi operasi PETRONAS di Semenanjung Malaysia dan lapan PACs lain,” jelas kenyataan itu.
25 Jun 23
379
Konsert di Universiti Undang Kebimbangan
Konsert di Universiti Undang Kebimbangan
KUALA NERUS, 25 Jun - Tindakan beberapa pihak yang mahu membenarkan konsert di dalam institusi pengajian dilihat usaha terdesak menarik undi anak muda yang boleh mencetuskan kebimbangan. Penulis dan Pendakwah, Dr Riduan Mohd Nor berkata, langkah itu dikhuatiri mengakibatkan gedung ilmu-ilmu tidak akan lagi dihormati bahkan akan mengundang pelbagai idealisme yang boleh merosakkan pemikiran anak muda kerana tidak selari dengan syariat Islam "Kampus merupakan ruang intelektual, tempat perbincangan ilmua dan juga merupakan tempat untuk melahirkan pemimpin-pemimpin masa hadapan. "Bukannya dengan menyediakan pentas untuk menari, bercampur gaul antara lelaki dan perempuan, ke arah mana kita hendak bawa (bimbing) anak-anak muda ini?," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap menjadi panel pembentang di Simposium Milenial Negarawan : Idealisme dan Aktivisme Belia Dalam Membangunkan Negara, di Dewan Perdana Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, di sini, semalam. Turut berperanan sebagai ahli panel Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Tambah Dr Riduan, anak muda hari ini terutamanya golongan terpelajar diberi didikan agar menyedari peranan mereka sebagai pelapis kepimpinan di masa akan datang. "Kamulah yang akan memimpin masa depan ummah, menjuarai isu-isu rakyat dan berjuang untuk mengangkat agama (Islam) ini. "Maka, bekalkan diri dengan ilmu dengan menghidupkan budaya membaca dan ketagih dengan ilmu serta libatkan diri dengan gerakan mahasiswa,"katanya. Dalam pada itu beliau turut memberi peringatan kepada kepimpinan hari ini agar bertanggungjawab mengikut apa yang telah dipraktikkan oleh Rasullah bagi membina anak muda dan remaja. "Kata almarhum Maulana Al-Maududi kalau hendak tengok Islam di masa hadapan tengok anak muda hari ini dan anak muda mengikut akhlak pemimpin," ujarnya.
25 Jun 23
451
Sultan Mizan Rasmi Jambatan Pulau Poh
Sultan Mizan Rasmi Jambatan Pulau Poh
HULU TERENGGANU, 23 Jun - Sultan Terengganu, Sultan Mizan berkenan merasmikan Jambatan Pulau Poh, Tasik Kenyir sempena Sambutan Ulang Tahun Ke 61  baginda di sini, hari ini. Sultan Mizan berangkat tiba pada jam 9.00 malam, diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan semua paduka anakanda baginda. Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman,  serta barisan ahli Exco yang lain. Dr Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata dengan rekaan bermotifkan kepala bangau, jambatan ikonik ‘cable stayed’ sepanjang 133 meter dengan empat lorong dua hala melibatkan kos sebanyak RM150 juta telah siap sepenuhnya 24 Oktober 2021. "Projek ini diserahkan kepada Kerajaan Terengganu pada 22 Disember 2021 dan diuruskan secara sementara oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu .    "Projek ini juga akan memberikan impak pembangunan ekonomi di kawasan sekitar terutamanya pembangunan di Tasik Kenyir dan Hulu Terengganu," katanya. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri telah mengenalpasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan bagi meningkatkan ekonomi setempat. Tambah beliau, adanya  jambatan ini juga telah memberi peluang ekonomi baharu kepada rakyat tempatan dengan penganjuran pelbagai program dan acara pelancongan di kawasan ini. "Ini termasuk kewujudan perniagaan-perniagaan kecil seperti kiosk-kiosk jualan  di kawasan sekitar sudah pasti akan memberi peluang kepada lebih ramai usahawan - usahawan di negeri ini," katanya.
23 Jun 23
288
Dr Azman Sangkal Fitnah Jijik UMNO
Dr Azman Sangkal Fitnah Jijik UMNO
Oleh : Mazurea Deraman SETIU, 23 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim menyangkal fitnah jahat pendokong UMNO Setiu berhubung isu tempahan Dewan Sivik bagi program Tabika Kemas.  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri itu menegaskan pihaknya tidak pernah membatalkan tempahan dewan pada saat akhir sebaliknya Tabika Kemas DUN Jabi hanya menempah dewan tersebut pada 20 Jun.  "Pada 20 Jun pihak Tabika Kemas DUN Jabi telah mengadakan Program Bengkel Kemahiran Keibubapaan Siri 1 di sana dan dirasmikan oleh Mantan ADUN Jabi merangkap Penyelaras UMNO DUN Jabi.  "Oleh kerana Siri 1 berlangsung dengan baik, maka baru ada permohonan untuk mengadakan program siri kedua pada 22 Jun 2023. "Namun permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi kerana adanya pertembungan tempahan yang telah dibuat lebih awal oleh pelajar-pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada tarikh yang sama," katanya.  Beliau berkata demikian di facebooknya bagi menjawab tuduhan songsang Malek Mat hari ini.  Menurutnya lagi, guru-guru Tabika Kemas sudah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK) Bakat dan mereka memahami.  "Jadi, program siri kedua telah dipindahkan ke lokasi lain, Pengerusi JPKK Kampung Bakat bermurah hati untuk untuk memberi pinjam kerusi kepada pihak Kemas untuk digunakan dalam program tersebut," ujarnya.  Oleh itu katanya, tuduhan kononnya tempahan Dewan Sivik telah dibatalkan pada saat akhir adalah sekadar fitnah berniat jahat semata-mata.  Sementara, Pegawai Khas Dr Azman, Mohd Amaturrahman Mat Jaafar berkata, pihaknya akan membuat laporan polis sekiranya Malek Mat tidak membuat permohonan maaf dalam tempoh 12 jam.   
23 Jun 23
8574
AJK Masjid Perlu Pastikan Penceramah Ada Tauliah MAIDAM - Sultan Mizan
AJK Masjid Perlu Pastikan Penceramah Ada Tauliah MAIDAM - Sultan Mizan
HULU TERENGGANU, 23 Jun - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru Jawatankuasa Masjid memastikan penceramah dan penyampai kuliah yang diundang mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Baginda bertitah setiap program yang dilaksanakan haruslah selari dengan setiap arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh MAIDAM dan undang-undang yang berkuatkuasa, terutama hal-hal berkaitan dengan tauliah mengajar.  "Peraturan yang dibuat bukan bermaksud untuk menyekat penyebaran ilmu di masjid dan surau tetapi ianya bagi memastikan setiap ilmu yang disampaikan bertepatan dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan kita umat Islam di negeri ini," Titah Baginda ketika menyempurnakan perasmian Masjid Kampung Pelandan, di sini hari ini. Dalam masa yang sama , Baginda berharap pihak Pengurusan Masjid juga mempunyai minda yang terbuka dan berfikiran kreatif bagi merangka dan melaksanakan pelbagai program yang boleh melahirkan ummah yang cemerlang. "Usaha yang bersepadu bagi mempromosi dan menyemarakkan program-program di masjid perlu diperkasakan agar ianya mendapat tempat di hati setiap lapisan masyarakat.  "Kebolehan dan kepakaran para jemaah boleh digembeling bersama-sama jawatankuasa masjid untuk dimanfaatkan oleh anak kariah dan masyarakat setempat agar usaha ke arah mengoptimumkan fungsi masjid berjaya direalisasikan,"  Titah Baginda. Baginda bertitah, masjid  sebagai pangkalan pembangunan insan yang berpaksikan kepada akidah yang benar dalam membina masyarakat ke arah memiliki nilai-nilai hidup yang mulia. "Justeru sistem pengajian masjid dilihat penting dalam usaha mendidik jiwa manusia menjadi insan cemerlang dan bertaqwa," Titah Baginda. Baginda turut bertitah, masjid memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan umat Islam dan menegakkan tamadun kehidupan Ummah. Justeru itu, Pengurusan Masjid diingatkan untuk memainkan peranan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti atau program-program yang terbaik dengan nilai-nilai Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.  
23 Jun 23
215
Sultan Mizan Rasmi Masjid Kg Pelandan
Sultan Mizan Rasmi Masjid Kg Pelandan
HULU TERENGGANU, 23 Jun - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berangkat menyempurnakan majlis perasmian Masjid Kampung Pelandan dekat sini yang menelan belanja RM5.5 juta. Turut berangkat pada upacara itu Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Mua’az Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut mengiringi Sultan Mizan ialah Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Datuk Mohd Nor Hamzah, Ahli-ahli Dewan Pangkuan Diraja dan barisan Exco. Sejurus selesai majlis perasmian, Sultan Mizan bersama hadirin menunaikan solat Jumaat berjemaah di masjid berkenaan seterusnya ke majlis santapan tengahari di pekarangan masjid sebelum berangkat meninggalkan majlis. Dalam pada itu, Masjid Kampung Pelandan itu siap dibina pada 2019 sekali gus menggantikan masjid lama yang dibina pada awal 1970. Masjid yang mampu memuatkan 750 jemaah pada satu masa itu turut mempunyai pelbagai kemudahan antaranya bilik jenazah, dewan serbaguna selain keluasan ruang letak kenderaan.   
23 Jun 23
253
Sultanah Nur Zahirah Berkenan Lawat Hospital Hulu Terengganu
Sultanah Nur Zahirah Berkenan Lawat Hospital Hulu Terengganu
HULU TERENGGANU, 22 Jun - Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Hospital Hulu Terengganu (HHT), di sini, hari ini. Keberangkatan tiba baginda  diiringi oleh kedua paduka anakanda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja. Turut mengiringi baginda, isteri Menteri Besar Terengganu, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman dan isteri Ahli Dewan Pangkuan Diraja, To' Puan Hajjah Azizah Aziz. Baginda yang tiba di perkarangan hospital pada pukul 9.30 pagi disambut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Datuk Dr Alias Razak, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong, serta kakitangan hospital berkenaan. Baginda meluangkan masa selama satu jam melawat wad bersalin, wad kanak-kanak dan wad psikiatri di hospital tersebut dan menyampaikan cenderamata serta sumbangan kepada pesakit. Sultanah Nur Zahirah turut berkesempatan mendengar persembahan taklimat oleh Datuk Dr Kasemani mengenai pembangunan HHT. Baginda kemudian berangkat pulang pada kira-kira jam 11.30 pagi. Hospital Hulu Terengganu yang mula beroperasi pada tahun 1 Disember 1994 mempunyai kapasiti 105 katil pesakit, lima wad termasuk satu bilik bersalin. Hospital itu juga mempunyai kakitangan seramai 366 orang, termasuk 25 pegawai perubatan, 133  jururawat, 23 pegawai farmasi dan 38 penolong pegawai perubatan.
23 Jun 23
655
Sultan Mizan Berkenan Hadir Forum Perdana
Sultan Mizan Berkenan Hadir Forum Perdana
HULU TERENGGANU, 22 Jun- Sultan Terengganu, Sultan Mizan berkenan berangkat ke Majlis Forum Perdana di tapak Pasar Tani, Kuala Berang, di sini, malam ini. Keberangkatan Baginda turut diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta Yang Di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan paduka-paduka anakanda. Forum anjuran Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu  (JHEAT) itu diadakan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Baginda tahun ini. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Rakyat, Dato Yahaya Ali dan isteri; Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja dan isteri; ahli-ahli Dewan Pangkuan Diraja dan isteri; serta barisan ahli Exco yang lain. Forum bertajuk ‘Islam Di Martabat Rakyat Muafakat’ itu turut dihadiri lebih 2,000 penonton, selain disiarkan secara langsung di saluran TerengganuFM. Forum itu menampilkan Ustaz Mohd Hariri  Mohamad Daud  sebagai moderator bersama tiga panel, Prof Madya Dr Syarifah Hayati  Syed Ismail, Datuk Dr Haji Zahazan Mohamad dan Prof Madya Dato' Dr Hj Mohd Izhar Arif  Mohd Kashim. Intipati forum selama sejam bermula 9.00 malam itu, antara lain memfokuskan kehebatan pendidikan Terengganu serta masyarakat yang bersatu padu melahirkan generasi hebat dan akhirnya membentuk negeri yang kuat dalam semua aspek.  
22 Jun 23
448
Sultan, Sultanah Berangkat Ke Jamuan Teh Bersama Rakyat Hulu Terengganu
Sultan, Sultanah Berangkat Ke Jamuan Teh Bersama Rakyat Hulu Terengganu
HULU TERENGGANU, 22 Jun- Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis Jamuan Teh bersama lebih 3,000 rakyat daerah ini  bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-61 Hari Keputeraan baginda di Tapak Pasar Pagi Kuala Berang, hari ini. Sultan Mizan berangkat tiba pada jam 3.00 petang, diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta Yang Di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan paduka-paduka anakanda baginda.  Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman,  serta barisan ahli Exco yang lain. Majlis bermula jam 3 petang hingga 4 petang itu turut diserikan dengan persembahan alunan muzik, tarian dan nyanyian, selain mempersembahkan buah-buahan tempatan dari daerah Hulu Terengganu. Meskipun hujan lebat, ia tidak menghalang lebih 3,000 rakyat jelata pelbagai lapisan membanjiri dataran berkenaan dan mengambil peluang bersalaman dengan Sultan Mizan serta Sultanah Nur Zahirah. Baginda meluangkan masa selama satu jam bersama rakyat sebelum berangkat pulang pada  4.05 petang. Orang ramai turut dihidangkan dengan pelbagai sajian tempatan seperti  kuih-muih, roti jala, pulut dakap, karipap dan mee goreng.
22 Jun 23
491