lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Festival Riuh Kumpulan PMINT 2023 Sasar Lebih 20 Ribu Pengunjung
Festival Riuh Kumpulan PMINT 2023 Sasar Lebih 20 Ribu Pengunjung
KUALA TERENGGANU, 21 Disember - Festival Riuh Kumpulan PMINT 2023 mensasarkan lebih 20,000 pengunjung ke program yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 23 Disember 2023. Pengarah Programnya,  Tuan Syed Mohd Asdi Tuan Ngah berkata penganjuran festival yang julung-julung kalinya diadakan melibatkan sembilan buah anak syarikat Kumpulan PMINT iaitu Pertima, Permint Mineral, Permint Granite, TADC, Taman Tamadun Islam, Cas Ligas, P-EXCELL, PMINT Urus dan Paya Bunga HOTEL. “Sepanjang tiga hari ini orang ramai  akan disajikan dengan pelbagai acara menarik yang telah disusun bagi meriuhkan suasana di tengah bandar dan ianya pasti akan menjadi tumpuan para pengunjung untuk hadir.  “Antara acara yang disusun adalah Hot Wheels  Tournament, MonsoonFun Walk, Bicara Murabbi, Foodtruck dan Pesta Makan.  “Kumpulan PMINT sendiri juga akan menawarkan pelbagai pengisian menarik mengikut syarikat masing-masing,“ katanya ketika berucap di majlis perasmian program tersebut yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja, di sini hari ini. Dalam majlis yang sama , turut dilaksanakann pelancaran  label baru PERTIMA yang telah lama bertapak sejak penubuhan syarikat pada tahun 1972 .  Beliau yang juga  Pengurus Besar PERTIMA Trengganu Sdn Bhd, berkata dengan penglabelan baru tersebut, ia akan  memberi nafas baru kepada PERTIMA untuk menjadi peneraju utama dalam sektor pembuatan produk makanan dalam tin di Malaysia dan membina pasaran yang baik di peringkat global.   
21 Dec 23
360
Penjawat Awam Perlu Jauhi Perasaan Hasad Dengki
Penjawat Awam Perlu Jauhi Perasaan Hasad Dengki
KUALA TERENGGANU, 12 Disember- Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja menyeru penjawat awam menjauhi perasaan hasad dengki antara satu sama lain agar tidak terganggu tugas hakiki untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Katanya, sifat sedemikian walaupun nampak biasa tetapi sebenarnya adalah gangguan jiwa dan tidak mendatangkan sebarang faedah.  "Dalam kita meraikan kecemerlangan dan kejayaan dikalangan pegawai dan kakitangan, kadang-kadang ada sedikit ketidakpuasan hati dikalangan kita semua. "Sebagai manusia kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang, sekiranya ada ketidakpuasan hati dikalangan kita semua, saya lebih terbuka untuk mendengar secara berdepan, " ujarnya.  Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman Tahun 2023. Pada majlis tersebut seramai 19 penerima Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman bagi bulan Oktober, November dan Disember menerima insentif kecemerlangan sebanyak RM500 berserta sijil penghargaan. Majlis tersebut turut diserikan dengan Penyerahan Sijil Penarafan Lima Bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia (SKPPSM) Tahun 2023 kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Katanya, memendam perasaan dan perasaan hasad dengki, suka adu domba, "dok leh selih", berahi ngadu antara penyakit mental yang perlu diberikan perhatian segera. Dalam perkembangan lain, Tengku Seri Bijaya Raja mengingatkan warga kerja Wisma Darul Iman untuk mengambil langkah berjaga- jaga bagi mengekang penularan virus COVID-19.  "Jalankan penilaian kendiri sekiranya mempunyai gejala serta amalkan langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan di tempat kerja. "Bagi kes-kes kontak rapat, dinasihatkan untuk mengambil langkah- langkah yang perlu bagi mengekang penularan virus ini, " ujarnya. 
21 Dec 23
500
'Baik Pulih Jalan Rosak Segera' - Ahli Parlimen Dungun
'Baik Pulih Jalan Rosak Segera' - Ahli Parlimen Dungun
DUNGUN, 21 Disember -  Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli mahu proses baik pulih kerosakan Jalan Bukit Lat disegerakan pihak berkuasa agar pengguna jalan terbabit dapat menggunakan laluan itu dengan sempurna. Wan Hassan berkata, beliau telah menerima aduan daripada orang ramai menerusi platform media sosial Facebook. Ujar Hassan, sejurus menerima aduan pihaknya telah menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) dan telah dimaklumkan bahawa status permohonan baik pulih laluan Che lijah ke Bukit Besi telah diangkat ke Kementerian Kerja Raya. "Buat sementara waktu ini, JKR akan melakukan kerja-kerja membaik pulih mana-mana jalan yang rosak dengan menggunakan 'Cold Mix & Hot Mix' sehingga monsun timur laut (MTL) pulih. "Pihak mereka juga telah menambah papan tanda amaran sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya," jelasnya yang dipetik daripada Facebooknya semalam. Beliau yang turut mengharapkan agar permohonan baik pulih jalan ini dapat dipercepatkan demi keselamatan pengguna jalan raya. "Harap kepada pengguna jalan raya, bersabar dan lebih berhati-hati ketika menggunakan laluan tersebut memandangkan sekarang ini musim hujan tidak menentu lebih-lebih lagi pada waktu malam," ujarnya lagi.
21 Dec 23
276
Kerajaan Bina Culvert Tambahan Tangani Banjir
Kerajaan Bina Culvert Tambahan Tangani Banjir
KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Kerajaan negeri menyambung pemasangan 'culvert' sepanjang 15.24 meter (50 kaki) lagi sebagai langkah jangka pendek untuk mengurangkan risiko banjir termenung  di Kampung Rawai, Marang dekat sini beberapa hari lalu. Pengerusi Jawatankuasa Keusahwanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Arrifin Deraman berkata 'culvert' berkenaan selesai dipasang kelmarin dan air mengalir keluar dengan baik dari kawasan takungan di kampung tersebut. "Air hujan termenung telah mengalir keluar dengan pemasangan 'culvert' berkenaan walaupun masalah banjir termenung di kampung itu masih tidak dapat diatasi sepenuhnya. "Sekurang-kurangnya sebahagian masalah air hujan  bertakung di kampung Rawai itu sedikit sebanyak segera diatasi dan masalah penduduk di situ dapat dikurangkan," katanya dalam kenyataan media hari ini mengulas lanjut kejadian air hujan termenung di Kampung Rawai Marang baru-baru ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, turut berlaku kejadian yang sama di Kampung Pak Madah, Kampung Alur Limbat, Kampung Tebakang dan Kampung Surau Titian Tok Hawa Marang apabila hujan turun dengan lebat dalam masa dua jam tanpa henti. Katanya, tidak dinafikan antara punca kejadian adalah akibat dari kerja-kerja pembinaan Rel Hubungan Pantai Timur (ECRL) yang masih berjalan dan memberi kesan sedikit sebanyak kepada pengaliran air banjir keluar dari kampung-kampung berkenaan. "Jika pembinaan landasan kereta api selesai, kita akan dapat melihat permasalahan secara menyeluruh," ujarnya. Kerajaan negeri katanya akan berbincang dengan ECRL bagi mengatasi masalah tersebut dan pihak pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat telah mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah penduduk di kampung-kampung terbabit. Beliau berkata kerajaan juga telah berbicang dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Penghulu dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung terbabit untuk mencari penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.      
21 Dec 23
428
Kerajaan Negeri Perkasa Skim Rondaan
Kerajaan Negeri Perkasa Skim Rondaan
HULU TERENGGANU, 20 Disember - Kerajaan Negeri berusaha mengukuhkan kerjasama di kalangan anggota masyarakat dengan menyokong pergerakan secara aktif Skim Rondaan Sukarela (SRS) seluruh negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Wanita Keluarga dan Perpaduan Nasional, Maliaman Kassim berkata, justeru peruntukan berjumlah RM30 ribu disampaikan bagi melaksanakan Program Pengukuhan Kesedaran Keselamatan dan Pemerkasaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Tahun 2023 di seluruh negeri Terengganu. "SRS ini merupakan usaha di atas kesedaran yang tinggi anggota masyarakat.  "Ada orang yang tidak langsung terlibat dalam menggerakkan masyarakat kerana tidak memiliki rasa tanggungjawab dan kecaknaan kepada persekitaran. "Dalam Islam, orang yang memikiki kemampuan kewangan diperintah mengeluarkan zakat secara tidak langsung mewujudkan hubungan sesama masyarakat yang dibantu," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan program berkenaan di Perpustakaan Awam Hulu Terengganu, hari ini. Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Perpaduan Nasional (JPNIN) Terengganu, Ahmad Nazif Mohamad dan Pegawai JPNIN daerah Hulu Terengganu, Asronizam Mamat. Tambahnya, galakan perlu diberikan kepada anggota masyarakat untuk bersama menggalas tanggungjawab menjaga keselamatan dan kesejahteraan persekitaran, bukan semata-mata berharap kepada agensi kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan. "Kadar jenayah di sesetengah tempat agak meningkat dan usaha SRS dilihat dapat mengurangkan masalah itu. "Melalui skim ini kita boleh mewujudkan kerjasama di kalangan orang kampung tanpa bergantung sepenuhnya kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan menjaga ketenteraman. "Walaupun mungkin tidak dapat menghapuskan jenayah, ia dapat membendung penularannya," ujarnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil itu menyeru supaya masyarakat memberi sokongan moral kepada anggota SRS yang terlibat dengan membantu dari pelbagai sudut lain. Dalam program sehari yang dilaksanakan di peringkat daerah Hulu Terengganu, turut diadakan pemberian bakul Rahmah bagi mangsa banjir di setiap KRT terlibat.  
21 Dec 23
167
Penduduk Lega Jalan Gelap Kini Terang
Penduduk Lega Jalan Gelap Kini Terang
DUNGUN, 20 Disember- Penduduk Kampung Lembah lega apabila laluan utama di kawasan rumah mereka kini terang selepas terpaksa melalui jalan itu dalam keadaan gelap selama ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Lembah, Ridzuan Mohamad Noor berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memasang tiga lampu LED di tiga jalan laluan utama di dalam Kampung Lembah semalam. Kata beliau, pihaknya telah memohon agar TNB menyediakan kemudahan tersebut dan prosesnya untuk diluluskan mengambil masa dua bulan.  "Syukur alhamdulillah kerana TNB telah meluluskan pemohonan saya, penduduk setempat pun gembira apabila laluan utama dari rumah mereka terang, selepas ini mereka tidak bimbang lagi untuk menggunakan jalan tersebut, " ujarnya.. Beliau berkata demikian ditemui ketika ditemui di sini hari ini.  Beliau juga mengucapkan jutaan te­rima kasih kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana telah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat. "Terima kasih kepada penduduk setempat kerana sabar menunggu, insya-Allah pihak JPKK akan senantiasa berkhidmat untuk membantu penduduk setempat," katanya lagi.
21 Dec 23
351
PPS Terengganu Sedia Tampung 147,590 Mangsa Sekiranya Banjir Besar
PPS Terengganu Sedia Tampung 147,590 Mangsa Sekiranya Banjir Besar
MARANG, 20 Disember - Sebanyak 590 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri ini telah dikenal pasti untuk menampung sebanyak 147,590 mangsa banjir pada satu-satu masa.  Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata dalam aspek penyimpanan barangan keperluan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu mempunyai satu buah depoh, 14 mini depoh dan 162 pangkalan hadapan. “Bagi pengoperasian di PPS, sebanyak 7,310 'collapsible tent' telah disediakan untuk memberikan keselesaan kepada mangsa-mangsa bencana. “JKM juga memperuntukan sebanyak RM3.98 juta melibatkan peruntukan persekutuan sebanyak RM2.14 juta dan peruntukan negeri sebanyak RM1.84 juta bagi menghadapi bencana di negeri Terengganu pada tahun 2023,” jelasnya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan Lawatan kerja Depoh Simpanan Keperluan bencana dan Asrama Rusila bertempat di Marang di sini semalam. Lawatan disertai oleh Menteri Pembangunan Wanita ,Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Nancy Shukri bersama Timbalannya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Hadir sama, Ketua Pengarah JKM, Norazman Othman dan Pengarah JKM Negeri Terengganu, Mazura Ngah Abd. Manan. Tambah Maliaman, sebagai langkah kesiap siagaan menghadapi bencana, sebanyak lapan program latih amal dan simulasi pengurusan bencana telah dijalankan di seluruh daerah di negeri ini. Untuk rekod, JKM dalam pengurusan bencana menyedia dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan asas kepada mangsa dan memberi bimbingan nasihat dan kaunseling kepada mereka. Katanya, ia terdiri daripada premis sekolah, balai raya, masjid dan sebagainya. Dalam aspek logistik, sebanyak 26 kenderaan disediakan merangkumi kenderaan jenis lori, van, 4x4, MPV dan kereta akan akan digunakan semasa operasi bencana. Jelasnya lagi katanya, dalam memastikan kelancaran operasi semasa bencana, JKM mempunyai beberapa rakan strategik seperti daripada agensi kerajaan dan swasta yang bersedia menyumbang dari segi logistik, barangan keperluan kepada mangsa terlibat.    
20 Dec 23
273
Pasang 'Culvert' Atasi Banjir Termenung
Pasang 'Culvert' Atasi Banjir Termenung
MARANG, 20 Disember – Kerajaan negeri sedang berusaha mengatasi masalah banjir termenung di Kampung Rawai dengan memasang ‘culvert’ di tempat air tersekat dan mengenal pasti punca kejadian tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan melalui Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Rawai menyedari kejadian itu lebih awal sebelum tibanya musim tengkujuh. "Antara usaha dibuat sebelum musim tengkujuh ialah bekerjasama dengan pihak Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk membuka laluan air sepanjang kawasan kerja landasan kereta api itu termasuk memasang ‘culvert’ di tempat air tersekat," katanya. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini, mengulas kejadian banjir termenung di kampung berkenaan. Menurut ADUN Alur Limbat, antara usaha semasa musim tengkujuh pula, pihak ECRL telah membuka laluan untuk tempoh sementara di kawasan terlibat bagi membolehkan pengaliran keluar air hujan dari kampung berkenaan. “Pejabat ADUN Alur Limbat akan memasang ‘culvert’ (tambahan) sepanjang 50 kaki untuk membuat sambungan longkang utama tepi jalan Kampung Rawai berhadapan Masjid Rawai bagi mengatasi masalah banjir termenung itu,” jelasnya. Sebelum itu beliau bersama JPKK Rawai, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan pengairan dan Saliran (JPS) dan Pejabat Daerah Marang turun ke kampung berkenaan bagi mengenal pasti punca berlakunya kejadian tersebut. Tambahnya, kerajaan mengambil maklum senario hujan sangat lebat, berlaku dalam tempoh yang singkat menjadi faktor utama berlakunya air termenung di samping kesan pembangunan di sekitar kampung tersebut. “Lokasi perumahan terbabit (yang menerima kesan kejadian itu) berada di kawasan terendah berbanding, di samping kawasan sekeliling yang telah ditambak menambahkan lagi kesan buruk kejadian itu. “Hampir keseluruhan sekeliling perumahan tersebut adalah merupakan tanah milik persendirian yang menyulitkan untuk pihak berkuasa membuat longkang konkrit kekal untuk mengalihkan aliran air ke parit atau sungai yang berdekatan,” ujarnya.  
20 Dec 23
319
KUTT Dilantik Agensi Hentian Setempat
KUTT Dilantik Agensi Hentian Setempat
KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Kerajaan negeri melantik Koridor Utiliti Teknologi Terengganu Sdn Bhd (KUTT) secara rasminya sebagai Agensi Hentian Setempat (One Stop Agency) untuk semua permohonan permit bagi kerja-kerja korek gali di seluruh Terengganu. Pengerusi Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata KUTT bertanggungjawab membangunkan Koridor Utiliti negeri Terengganu termasuk membangun pangkalan data bersepadu bagi semua jajaran utiliti merangkumi tenaga elektrik, bekalan air, rangkaian telekomunikasi dan sistem kumbahan. “Imbalan bagi pelantikan itu, KUTT disyaratkan untuk membayar sebahagian daripada pendapatan sebagai royalti kepada negeri bagi setiap tahun beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan media sempena Sesi Penyerahan ‘Mock Cheque’ KUTT kepada Kerajaan Terengganu bagi Bayaran Royalti Tahun 2023 di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Dalam majlis sama, Ketua Pegawai Eksekutif KUTT, Ir Ts Ahmad Azhan Suhaili menyerahkan ‘mock cheque’ kepada Hanafiah dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim. Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai berkata KUTT memproses sejumlah 296 permohonan mendapatkan permit korek gali jalan dengan jumlah bayaran sebanyak RM13.97 juta sehingga 30 November lalu. Menurutnya jumlah pembayaran royalti (kontribusi) kepada Perbendaharaan Negeri Terengganu bagi jarak bersih keseluruhan permohonan diterima sepanjang 943,801.50 meter ialah sebanyak RM1.42 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini. Katanya, KUTT mencatatkan pertumbuhan kewangan memberangsangkan, hasil prestasi cemerlang dari semua bahagian membolehkan syarikat itu sekali lagi berpeluang mengembalikan royalti lebih besar untuk kerajaan negeri Terengganu berbanding hanya RM447,749.97 tahun lalu dan RM250,732.50 tahun sebelumnya. Tambah beliau, pembayaran royalti yang mampu diberikan KUTT secara berterusan mencerminkan keupayaan syarikat itu dalam menguruskan aset dan bekerjasama di dalam memacu pertumbuhan penyediaan utiliti di seluruh negeri walaupun syarikat tersebut baru berusia tiga tahun. “Selain itu ia juga merupakan bukti komitmen syarikat dalam memberikan pulangan yang mapan bagi setiap pelaburan yang dimanahkan,” jelasnya. Di samping itu katanya, KUTT turut sama berganding bahu dengan kerajaan negeri bagi membantu rakyat Negeri Terengganu dengan mengeluarkan sejumlah keuntungan kepada Tabung Darul Iman (TDI). KUTT juga katanya menyumbang RM300,000 di bawah peruntukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai satu cara menyalurkan peruntukan kepada rakyat negeri Terengganu melalui TDI. “Dengan dorongan usaha proaktif KUTT, industri ini diyakini mampu memberi kesan kepada ekonomi negeri melalui nilai tambah dalam pekerjaan, pembangunan kemahiran, menambah baik proses kepada pihak berkepentingan dan perolehan data maklumat utiliti negeri yang lebih lengkap dan terperinci,” ujarnya.
20 Dec 23
208
ATM Bantu Mangsa Banjir Pulang Kediaman Dungun
ATM Bantu Mangsa Banjir Pulang Kediaman Dungun
DUNGUN, 20 Disember - Seramai dua pegawai dan 25 anggota lain-lain Pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu mangsa banjir pulang rumah di sekitar Kampung Pelandang, Dungun pada hari ini. Kesemua mangsa yang dihantar pulang itu merupakan mereka daripada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pelandang dimana PPS tersebut ditutup secara rasminya pada jam 12.00 tengahari tadi.  Pemindahan mangsa ini diketuai oleh Leftenan (LT) Muda Mohd Hafiz Hakim Abd Ghani bersama anggota 18 RAMD PARA yang telah diatur gerakkan ke Daerah Dungun sejak 15 Disember lalu. Kerja-kerja ini adalah sebahagian daripada Op MURNI yang dilaksanakan oleh Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja Para yang berpangkalan di Kem Seri Pantai, Kuala Nerus. Mereka telah melaksanakan bantuan pemindahan mangsa banjir di kawasan yang tidak boleh dimasuki kerana paras air yang tinggi dengan menggunakan bot yang disediakan oleh ATM. Meskipun semua PPS di Terengganu telah ditutup namun pasukan 18 RAMD PARA akan ditempatkan di Pangkalan Operasi Hadapan (POH) Bersama aset perairan bagi bersiap sedia menghadapi gelombang yang akan datang.  
20 Dec 23
151