lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Terengganu Belanja RM300,000 Sedia Jaket Keselamatan Nelayan Zon A
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan jaket percuma kepada salah seorang nelayan pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Teluk Ketapang, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.  Kerajaan negeri memperuntukkan RM300,000 untuk menyediakan jaket keselamatan kepada 2,400 nelayan Zon A untuk meningkatkan tahap keselamatan mereka apabila berada di lautan.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata pengagihan jaket kepada setiap nelayan tradsional itu bertepatan dengan janji kerajaan negeri semasa pembentangan bajet 2016 yang lalu.Katanya, pemberian jaket percuma tersebut adalah bagi memastikan keselamatan para nelayan terjamin jika sebarang bencana menimpa ketika mereka berada di laut.“Pemberian ini dikhaskan kepada nelayan berasaskan kepada beberapa kejadian yang berlaku  dan kita mendapati nelayan kita juga sering terlibat dengan tragedi serta kemalangan di laut.“Skim ini akan diteruskan untuk masa-masa hadapan, paling tidak kita akan pastikan semua nelayan akan dilengkapi dengan peralatan keselamatan bagi menjamin keselamatan mereka semasa menjalankan aktiviti di laut,” katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Teluk Ketapang, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir,  Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), N. Hashim Ab. Rahman.Ahmad Razif berkata, selain bantuan kerajaan negeri, Kerajaan Pusat melalui LKIM turut membantu para nelayan di Terengganu menerusi pemberian Elaun Sara Hidup (ESH).Tambahnya, pemberian secara tunai tersebut adalah komitmen oleh kerajaan kepada nelayan-nelayan di seluruh Malaysia.“Untuk Januari sehingga Ogos 2016, kerajaan telah membelanjakan RM5.6 juta bagi membayar elaun kepada nelayan di sekitar Terengganu yang melibatkan lebih 6,000 nelayan.“ESH nelayan tersebut telah dinaikkan melalui bajet yang telah diumumkan pada tahun lepas dimana nelayan pantai Zon A menerima RM300 seorang bagi setiap bulan manakala untuk Zon B, C dan C2 menerima RM250 seorang,” katanya.
29 Sep 16
58
Empty Image
Sambutan Maal Hijrah Sabtu dan Ahad Ini
Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 2016M/1438H akan diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada 2 Oktober ini, bertemakan ‘Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’.Majlis akan dimulakan kira-kira jam 9.15 pagi dengan tazkirah oleh Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat kira-kira jam 10 pagi disambut Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri Halina Zakaria.Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan al-Quran oleh qari jemputan serta ucapan oleh Menteri Besar dan titah ucapan oleh Sultan Mizan sebelum baginda menyempurnakan majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri tahun 2016M/1438H.Seperti tahun sebelumnya, seorang penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri akan dipilih dan bakal menerima wang tunai RM10,000, pakej menunaikan umrah, pingat dan sijil penghargaan.Sementara itu, sambutan ambang Maal Hijrah akan diadakan di Masjid Sultan Mohamad Bukit Besar Kuala Terengganu sehari sebelum sambutan Maal Hijrah (1 Oktober).Pemimpin setempat dan kenamaan dijangka turut hadir ke majlis tersebut yang bermula kira-kira jam 6.30 petang.
28 Sep 16
64
Empty Image
Rundingan Tuntut Royalti Minyak Berjalan Lancar
Ahmad Razif ketika menjadi saksi Penyampaian Bayaran Keuntungan kepada wakil agensi-agensi kerajaan negeri, di Wisma Darul Iman, semalam. Foto oleh Zulkifli PutraUsaha Kerajaan Terengganu mengadakan rundingan bersama Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengenai tuntutan royalti minyak menampakkan perkembangan positif.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya  akan terus mengadakan perbincangan dan yang terakhir diadakan pada minggu lalu bagi melihat semula secara keseluruhan untuk memastikan hak rakyat Terengganu dapat dipertahankan.“Setiap kali rundingan akan  melibatkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Jawatankuasa Khas Petronas.“Pertemuan selama 45 minit itu antara lain mengemukakan surat rasmi mengandungi 10 tuntutan rakyat Terengganu untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bayaran Keuntungan Kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu serta Pembayaran Dividen Kepada Agensi di bawah Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, semalam.Antara kandungannya memohon dan mendesak supaya kerajaan negeri menerima 10 tuntutan antaranya mengembalikan royalti minyak dan hak Telaga Minyak Bertam Blok 307 kepada kerajaan Terengganu.Beliau ketika ditanya sama ada akan mengikut jejak langkah Kerajaan Sarawak dalam menuntut royalti minyak, katanya, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu perkara itu memandangkan dari segi perundangan dan dasar perundangan Sarawak dan Sabah berbeza berbanding semenanjung.
28 Sep 16
38
Empty Image
Program Sempena Kemerdekaan Anjuran Penerangan Dapat Sambutan Menggalakkan
Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Nasrudin MahmudKonvoi Jalur Gemilang dan Pertandingan Keceriaan Sempena Bulan Kebangsaan 2016 yang dianjurkan Jabatan Penerangan Negeri Terengganu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.Pengarahnya, Nasrudin Mahmud berkata, program yang dirancang secara tahunan itu dilaksanakan bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan itu, mendapat sambutan dari pelbagai peringkat usia.“Sepanjang program-prgoram yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang lalu, penyertaan orang ramai adalah di luar jangkaan. “Komitmen masyarakat memang menggalakkan khususnya Konvoi Jalur Gemilang yang mendapat sambutan hebat bermula di peringkat kanak-kanak sekolah hinggalah masyarakat setempat di semua lokasi yang kita kunjungi,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan sempena Majlis Apresiasi Bulan Kebangsaan 2016 di Kafe Bukit Panorama, Kuala Terengganu, semalam.Katanya, begitu juga dengan pertandingan keceriaan yang mendapat penyertaan menggalakkan dari orang ramai.“Mungkin kerana tema ‘Sehati Sejiwa’ itu telah meresap di dalam hati masyarakat menyebabkan mereka bukan pentingkan kemenangan semata, tetapi lebih sebagai tanda sokongan kepada kerajaan untuk sama-sama menyamarakkan sambutan hari kebangsaan,” ujarnya.
27 Sep 16
114
Empty Image
Penduduk Tagih Klinik Kesihatan Pulau Redang Beroperasi Sebelum Tengkujuh
Penduduk di Pulau Redang berharap Klinik Kesihatan Pulau Redang dapat beroperasi sebelum musim tengkujuh ini, bagi memastikan mereka dapat memanfaatkan kemudahan itu dengan selesa dan lancar tanpa perlu meredah lautan untuk ke tanah besar.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru, Pulau Redang, Roky Amin, berkata difahamkan penyerahan klinik pada Oktober dan mungkin hanya akan beroperasi pada tahun depan."Bagaimanapun, memadangkan sudah menghampiri musim tengkujuh, kami berharap Jabatan Kerja Raya(JKR) dapat menyerahkannya segera kepada Jabatan Kesihatan supaya dapat kami gunakan secepat mungkin."Klinik kesihatan ini sangat diperlukan penduduk terutama pada musim tengkujuh dari November hingga Mac, laut bergelora dan angin kuat. Jika ada penduduk yang sakit, mereka tak boleh dibawa ke tanah besar dalam keadaan cuaca yang tidak baik begitu," katanya kepada pemberita selepas ditemui sempena Program Tadabbur D'Redang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil di Pulau Redang.Seorang penduduk, Lokman Omar,44, berkata mereka amat berharap klinik itu segera beroperasi kerana banyak masalah melibatkan kesihatan penduduk di pulau berkenaan dapat diselesaikan tanpa perlu dibawa ke tanah besar.“Selama ini jika berlaku kes kecemasan termasuk melibatkan kemalangan dalam kalangan penduduk atau pelancong, mereka terpaksa dikejarkan ke tanah besar untuk mendapat rawatan sempurna yang memakan masa dan boleh membahayakan nyawa mereka sepanjang meredah laut.“Di samping itu, sepanjang musim tengkujuh antara Oktober hingga Mac, masalah perhubungan terjejas apabila keadaan laut bergelora, menyukarkan mereka untuk mendapatkan rawatan termasuklah pengangkutan helikopter kerana angin kuat,'' katanya.Bagi Nor Asiah Hashim,36, dia merasakan klinik itu amat perlu kepada masyarakat di Pulau Redang terutama kaum ibu mengandung yang menghidap kencing manis dan darah tinggi kerana perlu berulang-alik lebih kerap bagi mendapatkan rawatan dari doktor pakar."Mereka ni terpaksa mendapatkan rawatan di Klinik Batu Rakit,Tanah Besar dan kos kebiasaannya hampir RM100 setiap ulang alik. Ini sangat membebankan pesakit yang tidak berkemampuan jadi besar sangat harapan kami agar klinik ini dapat beroperasi dengan segera," katanya lagi.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berharap agar pihak-pihak berwajib yang berkaitan dengan penyerahan klinik kesihatan agar segerakan proses untuk keselesaan penduduk pulau."Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah membina klinik ini dengan pelbagai kemudahan cuma saya minta segerakan proses penyerahan demi kebajikan penduduk di pulau ini,"kata Bazlan lagi.Untuk rekod projek di kawasan seluas 0.23 hektar berhampiran jeti pelancong yang dimulakan pada April 2014, kini telah siap sepenuhnya.Projek pembinaan bernilai lebih RM10 juta termasuk kelengkapan ini terdiri daripada satu blok dua tingkat yang menempatkan Klinik Pesakit Luar, Unit Kecemasan dan Unit Wad Sementara bagi kes-kes tidak serius termasuk 14 buah katil di samping empat unit kuarters kakitangan di tingkat atas.
26 Sep 16
1412
Empty Image
ANALISA: BN Terengganu Sasar Sekurang-Kurangnya 22/24 Kerusi DUN dan Enam Parlimen PRU14
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin bahawa pertambahan kerusi sekurang-kurangnya lima hingga tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) lagi, di samping terus mempertahankan 17 kerusi yang sedia dimiliki.Ini akan menjadikan sekurang-kurangnya 22 kerusi atau 24 kerusi DUN lagi bakal dimiliki oleh BN Terengganu.Manakala bagi kerusi parlimen sekurang-kurangnya, dua lagi dapat ditambah menjdi enam.Sekarang ini 4 kerusi dimiliki BN (Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman) manakala pembangkang juga sebanyak empat.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman dalam perbualan ringkas dengan Teganukita/The Iman Tribune memperakui bahawa usaha-usaha sedang dijalankan bagi mengembalikan beberapa kerusi yang tewas dalam pilihanraya yang lalu.“Keyakinan kita berdasarkan bahawa semangat jitu yang ditunjukkan oleh jentera pilihan raya di setiap Parlimen dan DUN serta harapan rakyat yang tinggi supaya keamanan, kestabilan, keselamatan dan kesejahteraan terus menerus mereka nikmati di bawah BN selama ini," katanya.Apa yang penting menurutnya, para pemimpin semua peringkat perlu faham dan mengambil perjalanan bahawa layanan dan khidmat kepada rakyat perlu diutamakan bagi meraih sokongan rakyat atau pengundi.Penulis berpendapat di Terengganu, selain parti yang kukuh, faktor calon juga memainkan peranan yang penting untuk kejayaan.Insya-Allah BN akan membariskan calon-calon yang terbaik dari segi pendidikan, akhlak dan mesra rakyat.Walau bagaimanapun selain calon cadangan di peringkat negeri, pihak pusat khususnya Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak tentulah mempunyai maklumat yang tersendiri dalam pemilihan calon.Penulis mendapat tahu, sekurang-kurangnya tujuh calon disenaraikan bagi setiap kawasan pilihan raya seluruh negara bagi membolehkan calon yang terbaik dipilih atau disaring.Dengan berakhirnya beberapa polemik politik UMNO Terengganu dan sokongan penuh diperolehi Ahmad Razif sebagai Menteri Besar, ia adalah suatu kelebihan kepada BN untuk terus diberikan mandat dengan kerusi yang lebih kukuh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Walaupun ada usaha sesetengah pihak untuk menimbulkan suasana yang goyah lagi terhadap situasi sokongan kepada Ahmad Razif, keadaan masih tetap stabil dan mantap.Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dengan nilai-nilai yang Islamik dan murni itu, semakin menjiwai masyarakat Terengganu.Setiap ahli dan pendokong UMNO dan BN Terengganu perlu ingat (serik doh weh) bahawa penderitaan mereka dan rakyat Terengganu di bawah pembangkang suatu masa yang lalu.Jadikanlah itu sebagai peringatan dan iktibar- kalau terlepas lagi jangan harap untuk dapat bangkit kembali.Selamat berjuang dan membuat persiapan cepat dan berkualiti untuk PRU14.
25 Sep 16
110
Empty Image
Ziarah Kasih Rentasi Lautan
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang  memikul. Begitulah nasib yang menimpa seorang warga emas di Kampung Baru, Pulau Redang, yang hanya mampu terlantar akibat lumpuh sejak empat tahun lalu.Asiah Ibrahim, 70, yang hidup sebatang kara dan langsung tidak mampu bangun serta menguruskan dirinya sendiri.Dia hanya mampu mengharapkan simpati jiran dan adiknya, Zainab Ibrahim,65, untuk membantu menguruskan kehidupannya."Sejak berpisah dengan suami makcik beberapa tahun lalu, makcik cuma bergantung kepada pertolongan jiran-jiran dan adik untuk urus diri termasuk makan minum."Walaupun makcik ada seorang anak tapi disebabkan ada sedikit masalah, dia tidak dapat jaga makcik....tinggal lah makcik seorang diri mengharap bantuan dari orang sekeliling"katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, hari ini.Aktiviti ziarah kasih ke rumah-rumah pesakit kronik dan golongan asnaf berkenaan sempena Pogram Tadabbur D'Redang disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil.  Turut sama, Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.Sementara itu, Ghazali berkata Majlis Agama Islam dan Adat  Melayu Terengganu (Maidam)  perlu menyalurkan bantuan tambahan sekali gus untuk setahun bagi keperluan beberapa pesakit kronik di kampung terbabit untuk menanggung kos rawatan serta mengurangkan beban yang ditanggung."Kita tahu dengan bantuan RM200 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) tidak mencukupi untuk membeli keperluan seperti lampin pakai buang dan ubat-ubatan jadi Maidam perlu menyalurkan bantuan ini sekaligus sebanyak RM2,000 atau RM3,000 setahun ."Jadi saya minta Adun menguruskan hal ini supaya Maidam dapat menyalurkan bantuan segera kepada pesakit kronik dan golongan asnaf yang memerlukan bantuan bagi meringankan beban mereka,"kata Ghazali .Ghazali turut berkata Baitulmal juga perlu melihat balik pengagihan bantuan kepada golongan asnaf yang lain supaya lebih efektif bagi memastikan tiada penerima tercicir dan lambat menerima bantuan yang sepatutnya."Baitulmal juga perlu meningkatkan proses pengagihan bantuan zakat kepada golongan asnaf dan apa yang saya lihat sekarang proses penambahbaikan sedang dilakukan secara berterusan, lebih tersusun dan efektif,"ujarnya lagi.
24 Sep 16
67
Empty Image
Terengganu Sedia Hadapi Banjir
Kerajaan negeri bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya banjir besar melanda di Terengganu pada tahun ini.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, mesyuarat bersama ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri telah pun dilakukan termasuk langkah memindahkan pusat peperiksaan ke tempat yang lebih sesuai sekiranya bencana pada musim peperiksaan.Katanya, pihaknya sudah bersedia hampir dalam semua aspek bagi menghadapi bencana itu, tidak mengira ia berlaku ataupun tidak.“Tafsiran tentang banjir oleh rakyat berbeza dari segi teknikal yang telah dilakukan oleh pihak berkaitan seperti Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran. Jadi tidak perlu bimbang.“Jika banjir berlaku pada musim peperiksaan, beberapa langkah penting akan diambil supaya pelajar dapat terus mengambil peperiksaan tersebut,” katanya. Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutup Pesta Schoolwide Enrichment Model (SEM) 2016 di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin dan Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohamad Sulong.Tambah Shafruddin, pihak JPNT juga telah mengenalpasti beberapa buah sekolah yang biasa dilanda banjir termasuk menjadi laluan banjir.Katanya, JPNT turut mengambil langkah bersama pejabat-pejabat daerah bagi mengatasi banjir jika ianya berlaku.“Pengetua telah diminta untuk mengenalpasti pelajar berdasarkan alamat mereka. Pelajar yang terlibat ini akan ditempatkan di sekolah ataupun asrama.“Selain itu, jika hanya melibatkan laluan, pejabat daerah diminta untuk mengenal pasti lori atau bot untuk memindahkan pelajar ataupun mengambil mereka untuk peperiksaan.“Jika laluan untuk ke sekolah langsung tidak dapat dilalui, pihak pengetua diminta untuk memindahkan pusat peperiksaan ke tempat lain,” katanya.
22 Sep 16
59
Empty Image
KKYT Perkenalkan Tiga Kursus Baharu Menjelang 2017
Ketua Pegawai Eksekutif Kolej kemahiran Yayasan Terengganu, Abdul Razak Mohamed Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT) mengorak langkah dengan menawarkan tiga kursus baharu yang dijangka bermula awal tahun hadapan.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Razak Mohamed berkata, tiga program berkenaan berkaitan  perhotelan, perakaunan dan pelancongan.“Kita ingin tawarkan program-program baharu seperti program perhotelan, perakaunan, dan pelancongan sebagai memperluaskan lagi penawaran kursus pengajian khususnya kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).“Di samping bertujuan menampung keperluan industri yang semakin meningkat dalam bidang-bidang tersebut,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pertemuan Rakan Industri Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu di Dewan Besar Yayasan Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong.Katanya, ketiga-tiga program itu kini masih dalam peringkat mendapatkan kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan dijangka akan memulakan pengambilan pertamanya Februari ini.Menurut Abdul Razak, KKYT dahulunya dikenali sebagai Institut Kemahiran Trefound Educare merupakan sebuah kolej latihan kemahiran di bawah Yayasan Terengganu yang berperanan sebagai tempat belia-belia tempatan menjalani latihan kemahiran sebelum memasuki alam pekerjaan.“Antara kursus yang ditawarkan di KKYT termasuk Sijil Pengurusan Pejabat, Sijil Operasi Sistem Komputer, Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat dan Diploma Pentadbiran Sistem Komputer,” ujarnya.
21 Sep 16
247
Empty Image
MB Temui Pelajar Anak Terengganu Di Madinah
Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman menemui pelajar anak Terengganu yang belajar di Madinah petang tadi (19 September) selepas waktu Asar waktu Madinah.Ramah Mesra bersama 25 pelajar anak Terengganu yang belajar di Universiti Madinah serta hi-tea diadakan khusus untuk meraikan pelajar berkenaan di Restoran Assalam Madinah, beritahu Ahmad Razif melalui aplikasi Whatsapp sebentar tadi.Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada semua pelajar.Ahmad Razif yang mengerjakan ibadat haji di Mekah kini berada di Madinah dan menemui para pelajar anak Terengganu sebagai tanda kecaknaan beliau terhadap pelajar Terengganu di negara Arab itu.Menteri Besar memberi amanat agar para pelajar memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran."Saya mahu bila pulang nanti, pelajar sekalian turut membantu membina Negeri Terengganu Darul Iman dengan pendekatan yang dituntut oleh ajaran Islam," katanya ringkas.
19 Sep 16
154