lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Kerajaan Negeri Cadang Laksana Tadika Imtiaz
Kerajaan negeri bercadang merintis penubuhan Tadika Imtiaz susulan kejayaan rangkaian Sekolah Menengah Imtiaz yang kini menjadi simbol kecemerlangan pembangunan pendidikan di negeri ini.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelaksanaan Tadika Imtiaz itu bakal dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan akan menghantar cadangan itu pada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam tempoh terdekat.“Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, pembelajaran dan pengajaran di tadika itu nanti akan berteraskan al-Quran, bahasa Arab dan bahasa Inggeris,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Potensi dan Karnival KEMAS Peringkat Negeri Kem Pengakap, Seberang Takir, semalam.Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) KEMAS Pusat, Hassan Manaf dan Pengarah KEMAS negeri, Dr Faridah Mat. Ahmad Razif berkata, kanak-kanak lepasan Tadika Imtiaz akan diserap ke Sekolah Rendah Imtiaz kelak dan mereka yang layak dan lulus cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pula seterusnya boleh menyambung ke Sekolah Menengah Imtiaz."Malah, kerajaan negeri juga sudah di peringkat akhir perancangan pelaksanaan Sekolah Rendah Imtiaz di negeri ini yang dikelola dan diuruskan oleh Yayasan Islam Terengganu,” ujarnya.
04 Oct 16
48
Empty Image
Hampir 40,000 Pengunjung UTC Sepanjang Ogos
Pengunjung Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Terengganu di Paya Bunga Square, di tengah pusat bandar Kuala Terengganu meningkat mendadak sepanjang Ogos lalu, berbanding bulan pertama beroperasi sejak 27 Jun lalu.Hentian yang menyediakan pelbagai kemudahan lengkap di bawah satu bumbung, merekodkan 39,363 pengunjung sepanjang Ogos berbanding seramai 35,736 pada Julai lalu.Pemangku Timbalan Pengurus Besar (Perancangan dan Pembangunan) Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Mahadi Ibrahim, berkata jumlah kutipan sepanjang Julai kira-kira RM8.6 juta daripada pelbagai agensi termasuk Tabung Haji (RM6.4 juta), Jabatan Pendaftaran Negeri (RM810,424), Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (RM588,691), Imigresen (RM380,560) dan lain-lain agensi (RM389,054).Sementara pada minggu terakhir Jun merekodkan seramai 2,728 orang pengunjung dengan jumlah kutipan kira-kira RM836.3 juta.“Sepanjang bulan lalu, orang ramai mula mendapatkan perkhidmatan di UTC berikutan kesedaran dan promosi yang dilaksanakan secara berterusan PMINT mengenai kemudahan yang tersedia di premis itu. “UTC Kuala Terengganu adalah antara yang terbaik pernah ada di negara ini kerana ia menyediakan semua kemudahan pada satu hentian,”katanya kepada Teganukita.Mahadi berkata, UTC yang berada di dua komponen pembangunan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) iaitu di Paya Bunga Square dan Paya Bunga Sentral dengan kos pengubahsuaian sebanyak RM38 juta dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, antara yang terbaik di negara ini kerana mempunyai pelbagai kemudahan. Beliau berkata, pusat perkhidmatan berkenaan menempatkan 30 pejabat termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta, dilengkapi kemudahan pusat rekreasi merangkumi gelanggang futsal, pusat memanah, gelanggang ping pong, pusat snuker dan pusat belia untuk aktiviti Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang kini hampir siap sepenuhnya. Selain itu, ia turut mempunyai bilik mesyuarat, Taska Permata Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, selain ruang niaga yang disediakan khusus untuk usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) negeri ini mempromosi serta menjual produk mereka.Tambahnya, pengubahsuaian mengambil masa hanya  tiga bulan bermula 22 Mac lalu dan memberi keselesaan maksimum dengan menyediakan ruang luas dan mempunyai 1,500 lot meletak kenderaan .
04 Oct 16
510
Empty Image
MBKT Mahu Wujud Kawasan Riadah Dalam Bandar
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bercadang menjadikan lokasi sejauh tiga kilometer di pusat bandar ini sebagai kawasan riadah dalam bandar bersama keluarga.Lokasi yang dikenalpasti untuk aktiviti riadah berbasikal, joging dan berjalan kaki itu, bermula dari perkarangan sungai Kampung Tanjung menghala ke Taman Shah Bandar dan berakhir di kawasan Pulau Warisan.Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, apabila inisiatif itu dimulakan nanti, laluan berkenaan akan ditutup kepada pengguna jalan raya dalam tempoh masa tertentu atau tidak melebihi tiga jam.Katanya, lokasi berkenaan nanti perlulah laluan yang kurang sibuk dari lalu-lalang selain menjadi pilihan masyarakat setempat untuk mengadakan pelbagai aktiviti bersama keluarga. Sementara, hari dan waktu yang bersesuaian akan ditentukan kemudian. “Apa yang dicadangkan ini  telah dipersetujui Menteri Besar, cuma perlu menunggu persetujuan pihak terlibat sebelum melaksanakannya. “Bagaimanapun, kita perlu menyelesaikan berkaitan  makluman  dan permohonan untuk kerjasama bersama pihak berkuasa,  hebahan penutupan  laluan dan beberapa perkara lain, terlebih dahulu” katanya di satu majlis bersama media, di Kuala Terengganu,  baru-baru ini.Mohd Zulkifli turut memberitahu,  MBKT giat menceriakan suasana malam di bandar raya ini dengan menambah papan perkataan berlampu di tiga lokasi yang menjadi tumpuan, sejak pertengahan bulan lalu.“ Lokasi terlibat adalah Dataran Shah Bandar dipasang dengan perkataan Bandaraya Pesisir Air,  Taman Awam Batu Burok (Selamat Datang Kuala Terengganu) dan Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu pula dengan perkataan `Welcome KT Walk'.“Kerja-kerja pemasangan bermula pertengahan bulan  lalu itu sebagai usaha mempromosi Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017, selain mahu menjenamakan lokasi terbabit di kalangan pelancong,” katanya.
03 Oct 16
33
Empty Image
Liqa’ Mahabbah Mufti dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Bersama Penjawat Awam 6 Oktober Ini
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dijangka bakal merasmikan program Liqa’ Mahabbah Mufti dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Bersama Penjawat AwamProgram Liqa’ Mahabbah Mufti dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Bersama Penjawat Awam 2016 akan diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 6 Oktober ini.Dianggarkan seramai 1,500 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan akan menghadiri program pembentangan isu semasa dan soal jawab agama itu.Ahli panel yang terlibat ialah Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda, Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin, Prof.Madya Dr. Engku Muhammad Tajuddin Engku Ali.Serta dua Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu iaitu Dato’ Ambak@Abdul Aziz Ismail dan Talib Abdul Rahman.Program tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.
02 Oct 16
137
Empty Image
Kerajaan Negeri Bantu Pesakit Kanser Rahang
Nasib malang Muhammad Syafi Mohd Syahrisan, 7, yang mengidap penyakit 'Infantile Fibrosarcoma' terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang bersimpati dengannya termasuk pemimpin utama negeri, Ahmad Razif Abd Rahman.Menteri Besar bersama isteri hari ini berpeluang menziarahi murid Sekolah Kebangsaan Nyior Tujuh, yang tinggal di Taman Selasih, Kampung Padang Landak, Jertih.Turut serta dalam kunjungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Muhamad Pehimi Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Keusahawanan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Omar dan Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin.Muhamad Syafi mula mengalami penyakit berkenaan pada Ogos 2014 selepas disahkan menerusi biopsy pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.Penderitaan  mangsa yang kini terlantar di rumah, selain kesulitan ibu bapanya untuk menjaga bukan sahaja mendapat perhatian orang ramai  termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO), malah turut menjadi viral serta dikongsi ramai pelayar laman sosial.Ahmad Razif meluangkan masa lebih dua jam untuk mendengar sendiri masalah dihadapi oleh kanak-kanak itu yang disampaikan bapanya, Mohd Syahrizan Ibrahim,39.Bersimpati dengan nasib malang murid berkenaan,  Menteri Besar mengumumkan bantuan segera berjumlah RM100,000 kepada keluarga pelajar terbabit bagi urusan perubatan.Bantuan berkenaan disalurkan melalui Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jertih yang akan menyelaras urusan rawatan dan perubatan Muhamas Syafi.“Pesakit terbabit memerlukan kos membeli ubat-ubatan RM4,000 sebulan dan keluarga tidak mampu untuk menanggungnya,” kata Menteri Besar kepada media selepas melawat murid berkenaan.Malah, katanya, kerajaan negeri sedia membantu menguruskan rawatan lanjut jika murid berkenaan memerlukan rawatan di luar negara.Ahmad Razif berkata, setakat ini Muhamad Syafi adalah kanak-kanak pertama di Pantai Timur yang dikesan mengidap penyakit berkenaan.Bapanya, Mohd Syahrizan Ibrahim, 39 dan isterinya Norzuriana Madri, 38 kedua-duanya guru berkata anak mereka kini terpaksa bergantung kepada ubat yang dibelinya sendiri bagi membantu kekuatan anaknya.
02 Oct 16
83
Empty Image
Guru Tarannum Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah
Abd Rashid menunjukan anugerah yang diterima pada Majlis Sambutan Maal HijrahGuru Taranmum, Abd Rashid Ali, 68,  dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 2016 sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Beliau yang berasal dari Kampung Payang, Setiu, mempunyai lapan cahaya mata, tujuh lelaki dan seorang perempuan hasil perkahwinan dengan Salbiah Embong.Bekas penghulu mukim ketika ditemui selepas majlis itu berkata, apa yang diterima itu menjadi pembakar semangat untuk terus menabur bakti kepada masyarakat terutama dalam bidang agama dan al-Quran.“Pada masa sama, saya mahu mengambil peluang untuk terus menuntut ilmu di Pondok Haji Abas, Tok Jiring secara menadah kitab dan ulumul kitab quran di Masjid Abidin, Kuala Terengganu," katanya.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah pada sambutan majlis itu.  Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda Tengku Fatimatuz Zahra’.Hadir sama, Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan  Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Anugerah lain, masjid kerajaan terbaik dimenangi Masjid Durian Burung, masjid mukim terbaik (Masjid Nur Bakti, Gong Badak) dan  surau terbaik  pula dimeneangi Surau Solihin Mak Chili Kemaman.Manakala anugerah keluarga mithali dimenangi keluarga Yaacob Abd Rahman dari Kampung (Kg) Chabang Tiga Oh Jabi, iman cemerlang ( Zakaria Mohd, iman Masjid Tualang) dan bilal cemerlang (Awang Abd Rahman, bilal Masjid Kg Sentol Patah Marang) Penerima lain, anugerah produk halal terbaik diterima syarikat Muslim Food Industri, Kg Tok Jiring dan anugerah OKU (Mohd Fauzi Mansor).    
01 Oct 16
251
Empty Image
Terengganu Beli 80 Bot Tambahan Hadapi Banjir
Kerajaan negeri memperuntukkan RM800,000 untuk pembelian bot tambahan sebagai persediaan menghadapi banjir di Terengganu pada tahun ini.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, mesyuarat bersama ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri baru-baru ini bersetuju untuk menambah 80 unit bot dengan kos berkenaan.“Kerajaan negeri akan membeli 80 unit bot lagi sebagai tambahan dan setiap daerah akan menerima 10 unit bot.“Setiap bot bernilai RM10,000 dan keseluruhannya berjumlah RM800,00. Bot ini akan ditempatkan di pejabat-pejabat daerah,”katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Teluk Ketapang, Kuala Nerus, semalam.Turut hadir Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), N. Hashim Ab. Rahman.
29 Sep 16
36
Empty Image
Tiga Maut Kemalangan Di LPT2
Chukai: Tiga termasuk dua wanita maut dalam kemalangan membabitkan empat kereta di Kilometer 313.7 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) arah selatan di Kerteh, 8.50 pagi tadi.Mangsa yang maut adalah dua kakitangan bank di Dungun iaitu Siti Nur Alifah Md Yusuf, 27, dan Tan Lee Lee, 47, manakala seorang lagi, Azuddin Draman @ Muda, 45, kakitangan bank di Kuantan, Pahang.Kemalangan itu dikatakan berpunca daripada Toyota Vios yang dinaiki dua wanita itu terbabas dan terbalik.Proton Waja dipandu seorang lelaki dan Hyundai dipandu Azuddin gagal mengelak sebelum merempuh Vios terbabit.Ketika Azuddin, Siti Nur Alifah dan Lee Lee berada di lorong kecemasan, kereta Honda Civic terbabas dan melanggar ketiga-tiganya.Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.Sumber : hmetro
29 Sep 16
899
Empty Image
MBKT Gesa 31,000 Pemilik Premis Bayar Cukai Pintu
Mohd Zulkifli bermesra dengan media yang hadir pada Majlis Minum Petang Bersama Media. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailMajlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengingatkan kira-kira 31,000 pemilik premis di bandar raya ini agar menyegerakan bayaran tunggakan cukai pintu selewat-lewatnya akhir Oktober ini,  bagi mengelak premis masing-masing disita.Datuk Bandar Kuala Terengganu majlis itu, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata,  tindakan itu terpaksa dilaksanakan bagi memastikan tunggakan cukai pintu yang terkumpul RM28 juta dapat dijelaskan penghutang secara berperingkat-peringkat.Katanya, MBKT melancarkan beberapa siri Ops Sita, di mana pada Ops Sita siri pertama Ogos lalu, hanya berjaya mengutip RM103,000 bayaran tunggakan.“Operasi seumpama itu akan diteruskan dari masa semasa dengan memilih Oktober ini sebagai Ops Sita siri kedua dan meneruskan langkah sama pada dua bulan berikutnya.“Dalam operasi ini,  pihak kami  akanmengeluarkan notis borang E, di mana mereka perlu menjelaskan hutang dalam tempoh dua minggu,” katanya..Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Minum Petang Bersama Media di Kelab Eksklusif MBKT, di Batu Burok, Kuala Terengganu, petang ini.Mohd Zulkifli turut memberitahu, sekiranya masih ingkar, waran tahanan (Borang F) akan dikeluarkan yang membolehkan MBKT menyita barangan pemilik premis.“MBKT ada melantik empat panel peguam untuk menguruskan kutipan tunggakan itu melalui tindakan mahkamah.“Tindakan tegas terpaksa diambil bagi memberi kesedaran kepada pemilik bangunan untuk menunaikan tanggungjawab, selain bersama-sama membantu MBKT perindahkan bandar,” katanya.Setakat ini, MBKT hanya menerima bayaran cukai pintu sebanyak RM14 juta berbanding anggaran keseluruhan RM18 juta bagi tahun ini.
29 Sep 16
47
Empty Image
Bina 300 Unit Rumah Baharu Untuk Nelayan
Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membina 300 unit rumah baharu kepada nelayan di Terengganu yang melibatkan kos kira-kira RM13 juta.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri sudah menyerahkan permohonan kepada LKIM untuk membangunkan 20 unit rumah yang bernilai RM40,000 seunit di setiap 15 Dewan Undangan Negeri (DUN).“Jika permohonan ini diterima, kita laksanakannya secepat yang boleh di mana segala infra dan tanah  akan ditanggung oleh kerajaan negeri, manakala pembinaan rumah pula oleh LKIM.“Ini secara tidak langsung kita dapat membantu nelayan yang belum lagi memiliki rumah serta tidak memiliki tanah sendiri,”katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Teluk Ketapang, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), N. Hashim Ab. Rahman.
29 Sep 16
39