lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Pegawai Kerajaan Perlu Berubah Seiring Cabaran Semasa - SUK
 Pegawai Tadbir Negeri Terengganu (PTN) perlu melakukan perubahan bagi menghadapi persekitaran yang dilihat kian mencabar khususnya dalam aspek memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, bagi menangani isu-isu yang semakin rumit dan kompleks, pegawai kerajaan hendaklah berubah mengikut arus dan teknologi terkini.Katanya, penambahbaikan secara berterusan menjadi aspek utama untuk mereka terus relevan dalam sistem perkhidmatan awam, khasnya kepada pelanggan, iaitu rakyat."Penambahbaikan yang dimaksudkan merangkumi tiga aspek iaitu peka dengan persekitaran, 'protocolly fit' dan ‘credentially good at all time’."Menjadi 'protocolly fit' bermakna sebagai seorang pegawai haruslah menunjukkan kredibiliti yang tinggi dari setiap aspek termasuk pemakaian, percakapan dan perhubungan pada setiap masa.“Manakala ‘credentially good at all time’ bermaksud menunjukkan diri sentiasa bagus dari semua perkara. Contohnya dalam isu pertukaran, apabila kita bagus, orang lain akan mengalu-alukan kedatangan kita,” katanya.Beliau berkata demikian  ketika berucap di Program Majlis Makan Malam dan Ucaptama Bersama PTN di Kediaman Seri Setia, Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam.Dalam masa yang sama, Wan Nawawi berpesan kepada semua pegawai tadbir supaya sentiasa bersedia memikul beban tugas yang telah dipertanggungjawabkan demi memastikan kelancaran perkhidmatan awam negeri.“Satu hari nanti kita akan menjadi pegawai lain dari yang lain kerana sentiasa mempunyai semangat. Berusahalah meninggalkan satu legasi serta ianya nanti dapat dijadikan sebagai panduan kepada orang lain."'Pada masa yang sama, pegawai tadbir juga masih kekal dan akan terus mengutamakan servis  terbaik terbaik kepada rakyat, bagaimanapun kita perlu meningkatkan kemajuan diri terutamanya kepada pegawai muda dengan mencari pengalaman dan pendedahan menerusi penglibatan dalam pelbagai acara,"katanya.
19 Sep 16
167
Empty Image
YTR Anjur Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif 2016
Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) melalui anak syarikatnya YIM Technology Resources Sdn Bhd (YTR) telah dilantik sebagai agensi peneraju dan pelaksana Program Berimpak Tinggi 6 – Inovasi Inklusif (HIP 6) di bawah SME Masterplan semasa Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan Kali Ke-16. Pengarah Program HIP6, Yayasan Inovasi Malaysia, Abdul Razak Ahmad berkata, YTR mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif 2016 di setiap setiap zon seluruh Malaysia.“Penganjuran program itu setelah melihat keberkesanan dalam menjayakan program Cabaran Inovasi Inklusif 2015 untuk Zon Tengah ( Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) pada tahun 2015,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Abdul Razak berkata, bersempena HIP 6, Cabaran Inovasi Inklusif 2016 telah dimulakan di Zon Selatan (Johor sahaja) pada bulan  Ogos 2016 dan akan diikuti dengan  Zon Pantai Timur (September 2016), Zon Utara (Oktober 2016), Zon Tengah/Selatan (November 2016) dan Zon Sabah & Sarawak (Disember 2016).Katanya, pertandingan  itu diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam mencari inovasi inklusif yang mampu memyelesaikan masalah ( dari segi kepengunaan, kesihatan, produktiviti dan pendidikan) yang sering dihadapi penduduk sekitar negeri masing-masing di seluruh Malaysia.Menurut beliau, Cabaran Inovasi Inklusif 2016 bagi Zon Pantai Timur akan diadakan selama dua hari bermula 28 September ini di TH Convention Centre Kuala Terengganu.“Seluruh rakyat Terengganu yang berkelayakan dijemput menyertai pertandingan tersebut. Penyertaan boleh didaftar melalui aplikasi innomap di www.cabaraninovasi2016.innomap.my.“Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pertandingan ini boleh hubungi Puan Nabilah Nujman di talian 03-83191714,” ujarnya.
19 Sep 16
106
Empty Image
Anda Mahu Jaket Percuma? Kerajaan Beri Perhatian Keselamatan Nelayan - Pehimi
Sebahagian nelayan negeri ini, khususnya nelayan pantai yang menggunakan bot kecil injin sangkut yang terdedah kepada bahaya semasa di lautan akan diberi bantuan jaket keselamatan.Ia adalah sebagaimana yang dijanjikan oleh Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman bagi tujuan langkah keselamatan nelayan pantai dan mengelak dari perkara yang tidak diingini di laut.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, ia bakal diberikan dalam satu majlis akhir bulan ini sempena Kempen Keselamatan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu.Difahamkan sepuluh orang Pengerusi Persatuan Nelayan dari Kemaman sampai ke Besut akan hadir mewakili nelayan nelayan terbabit yang berjumlah melebihi 2,000 orang bagi tujuan berkenaan.Majlis penyampaian elaun sara hidup nelayan juga akan diadakan pada majlis berkenaan setelah Menteri Besar pulang dari menunaikan fardhu haji.Kata Dato’ Pehimi, kesediaan Menteri Besar, Ahmad Razif memperuntukkan hampir RM300,00.00 untuk membeli peralatan keselamatan nelayan pantai, membuktikan betapa kecaknaan pemimpin Terengganu terhadap golongan nelayan.“Nelayan adalah golongan yang turut menyumbangkan kepada pembangunan negeri melalui sector perikanan dan sebab itulah kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada mereka termasuk dalam soal keselamatan mereka semasa di laut untuk menangkap ikan,” katanya
15 Sep 16
36
Empty Image
Pengajaran Dari Bangsa Melayu Champa, Pelarian Kemboja Yang Menetap Di Malaysia
Hanafi berbaju hitam membantu ibadat korban penduduk tempatanNama dia Hanafi. Dia tidak pernah kenal ibu dan ayahnya. Bagaimanapun dia dibinkan kepada Ahmad.Datang dari Kemboja ke Malaysia kira-kira 31 tahun yang lalu, sebagai pelarian sewaktu masih kanak kanak kecil (bayi), dibawa oleh kakak.Sudah tentulah kini beliau sudah berusia 31 tahun.Penulis kebetulan menemui beliau sewaktu ibadah korban penduduk tempatan disebuah kampung di daerah Kuala Nerus.Dia datang membantu dan mengambil kepala serta perut lembu yang dihadiahkan kepadanya dan keluarga, selain daging korban.Baginya itu rezeki untuk dapur keluarganya biarpun bagi sesetengah pihak untuk memprosesnya agak rumit dan.memakan masa (perut dan kepala lembu).Ibubapanya meninggal dunia semasa lari dari Kemboja oleh kerana tidak tertahan disiksa rejim pemerintah yang anti orang Islam.Difahamkan ibubapanya lari ke merata tempat sejak rejim komunis Khmer Rouge pimpinan Pol Pot berkuasa 1975, namun meninggal dunia dalam tempoh tersebut sebaik melahirkan Hanafi.Sehinggalah akhirnya bayi Melayu Champa yang bernama Hanafi itu bersama kakak sulongnya, terselamat apabila mendapat perhatian Kuala Lumpur dan diberi peluang menetap di Malaysia.Mereka beragama Islam berbangsa Melayu Champa. Dia bersyukur kerana selamat ke bumi Malaysia bersama kakaknya yang berusia 19 tahun, tahun 1985, walaupun sebagai insan pelarian.Semasa di Malaysia, Hanafi memberitahu kakaknya masuk kampung keluar kampung, menaiki bas dan berjalan kaki menjaja atau menjual kain dan pakaian dengan menjunjung di atas kepala barangan pakaian untuk sesuap nasi, termasuk untuk membesarkannya.Mereka waktu itu tinggal di Banting, Selangor.Kakaknya kini telah berusia 50 tahun dan bercucu dan dia sendiri telah memiliki keluarga sendiri, isteri dan lima orang anak dan menyewa di sebuah kawasan di Kuantan, Pahang.Hanafi walaupun masih bergelar pemustautin tetap, tetapi amat.menghargai negara Malaysia yang.membesarkannya, walaupun beliau datang dari Kemboja.Beliau memohon untuk menjadi warga negara Malaysia jika diluluskan kerana baginya Malaysia sahajalah tempat pergantungannya dan anak anak.'Saya anggap Malaysia adalah negara saya,' katanya sedih dan pernah ke Kemboja melawat perkampungan yang ibubapanya berasal dulu.Namun saya tidak tahu di mana kubur ibubapa kerana beliau dilahirkan oleh ibu sewaktu era kehancuran Kemboja dan menjadi pelarian.Sudahlah bangsa Melayu Champa yang kehilangan tanahairnya hanya menumpang di negara Kemboja, tetapi akhirnya terpaksa berdepan dengan pemerintahan komunis pula di sana.Sebagaimana yang kita ketahui dalam sejarah, rejim komunis pimpinan Pol Pot di Kemboja juga telah membunuh lebih 200 ulama dan imam sepanjang tempoh lebih tiga tahun berkuasa mulai 1976 hingga 1979 sekali gus menjadi punca utama kehancuran ummah di sana.Tindakan tentera Khmer Rouge membakar semua buku, kitab dan al-Quran selain memusnahkan 200 masjid menyebabkan Melayu Cham yang keseluruhannya Islam, hampir hilang pedoman agama sejak 30 tahun lalu.Baki kira-kira 20 masjid pula ditinggalkan rosak. Lebih melampau, tentera Khmer Rouge menjadikan sesetengahnya kandang babi. Ada juga kitab dan al-Quran dijadikan kertas mengesat najis oleh tentera itu.Pol Pot memusnahkan hampir apa saja tamadun dan asas kehidupan moden daripada kenderaan, sudu garpu sehingga menyebabkan rakyat Kemboja kembali mundur.Semua perkara dilakukan secara manual termasuk manusia dipaksa menarik bajak di sawah menggantikan lembu dan kerbau. Apa saja perkakasan dan ciptaan moden dimusnahkan kemudian diganti dengan konsep sama rata dan kembali ke zaman kuno.Demikian sejarah yang perlu menjadi iktibar kepada kita semua.Hanafi dan kakaknya adalah adalah generasi kedua atau ketiga yang menjadi mangsa kekejaman Pol Pot bermula dari ibubapanya yang menjadi pelarian hingalah kepada beliau sendiri yang diselamatkan sewaktu masih bayi.Kisah Hanafi dan keluarganya ini mungkin salah satu dari ribuan kisah lagi tentang orang Islam dari Kemboja yang terpaksa lari menyelamatkan diri termasuk ke Malaysia.Kesusahan yang dialami sewaktu kecil menjadikan mereka insaf, membuatkan mereka menghargai kesenangan yang dinikmati di bumi Malaysia ini, walaupun tidaklah mewah.Kini Hanafi cuba berniaga secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupannya dan keluarga dan berulang-alik dari Kuantan dan Kuala Terengganu untuk mencari rezeki yang halal.Semoga kisah Hanafi dan kakaknya serta pelarian Kemboja ini dijadikan pengajaran oleh kita, khususnya orang-orang Melayu di negara ini. Laporan Khas Oleh : Ruslan Abdul Rahman
14 Sep 16
2836
Empty Image
Nyawa Sendiri Jadi Taruhan
Tugas dan peranan anggota bomba seringkali ditagih dikala kecemasan dan melaksanakan misi bantuan keselamatan.Mereka merupakan hero di dalam diam juga wira tidak didendang jasanya dan antara individu yang berkhidmat 24 jam tanpa henti setiap kali bencana menimpa termasuk musim perayaan.Penolong Penguasa Bomba dan Ketua Balai Bomba Kuala Berang, Mohd Zamri Omar, berkata nyawa anggota bomba yang tiada galang gantinya sering menjadi taruhan demi kesejahteraan masyarakat dan negara."Bagi kami anggota bomba...tiada istilah cuti raya mahupun masa untuk dihabiskan bersama keluarga pada hari yang mulia termasuk Aidiladha kali ini memandangkan ada insan lain yang lebih memerlukan khidmat kami."Hampir semua anggota bomba khususnya yang bertugas di bahagian operasi dibekukan cuti mereka untuk tujuan tersebut,"kata Zamri ketika ditemui Teganukita di Hulu Terengganu, hari ini.Katanya, pembekuan cuti itu berkuatkuasa selama 15 hari iaitu seminggu sebelum sehingga seminggu selepas sambutan perayaan bagi memastikan setiap operasi berjalan lancar.Menurutnya, ketika ini, terdapat 45 anggota di Balai Bomba Kuala Berang yang akan menjalankan tugas secara bergilir-gilir melibatkan 10 orang pada setiap masa  sepanjang musim perayaan ini."Ini secara tidak langsung membolehkan pihak bomba mengekalkan kekuatan yang sama seperti sebelum sambutan hari raya,"katanya lagi.Tambah Zamri, tugas menyelamat bukanlah sesuatu yang mudah malah satu tanggungjawab berat dan ia bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana setiap misi ada tatasusilanya, penilaian, serta tindakannya.“Risiko yang kami hadapi adalah tinggi setiap kali melakukan operasi menyelamat dan jika tersilap tatacara perlaksanaan kemungkinan nyawa kami yang terancam."ujarnya dengan penuh semangat.“Ramai dalam kalangan rakan-rakan sepasukan, anak buah malah teman rapat pernah tercedera sewaktu melaksanakan tugas menyelamat. Meskipun jarang terpapar di dalam media, mereka inilah hero di dalam diam yang patut dicontohi,” Sementara itu, Pegawai Kanan II Balai Bomba Kuala Berang, Mohd Noor Ali, pula berkata hampir dua tahun dia terpaksa menghampakan hasrat isteri dan enam anaknya untuk pulang beraya di Kuala Lumpur bersama keluarga tercinta."Demi tugas saya berkorban dan rasa bersyukur kerana mendapat isteri dan keluarga yang cukup memahami, malah membantu beri semangat untuk saya bertugas walaupun memang tidak dinafikan rasa sedih tu ada terutama bila mendengar takbir,"ujar Mohd Noor.Jelasnya, anggota bomba yang komited terhadap bebanan tugas masing-masing perlu bersedia untuk berkhidmat pada bila-bila masa sahaja yang diperlukan dan melupakan apa jua perasaan di hati.Katanya, soal cuti atau tidak pada hari raya bukan masalah buat seorang anggota bomba dan juga anggota keselamatan yang lain kerana tugas yang utama adalah sentiasa bersedia berkhidmat menjaga keselamatan serta keamanan ."Namun semuanya terubat dengan keprihatinan masyarakat sekeliling termasuklah wakil-wakil rakyat yang sentiasa mengambil cakna dengan menghantar juadah raya setiap kali tiba musim perayaan,"kata Mohd Noor lagi.Oleh : Mastura Jamaldin
13 Sep 16
141
Empty Image
Pakej Pelancongan Diperkenalkan Untuk Warga Singapura
Kerajaan negeri akan perkenalkan beberapa pakej lain kepada warga Singapura sebagai persediaan Tahun Melawat Terengganu 2017.Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar, Dr Wan Ashaari Wan Ismail berkata, kejayaan program Ibadat Korban D'Terengganu yang dijadikan sebagai perintis mendorong kerajaan negeri untuk mengadakan pakej lawatan lain kepada warga Singapura."Sebagai program permulaan, kita sangat berbangga di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. Kita penuh yakin akan dapat mengadakan pakej-pakej yang lain sekaligus membawa lebih ramai warga Singapura."Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman telah pun meminta untuk perbanyakkan lagi pakej-pakej seumpama ini dan insyaallah selain dari pakej korban, kita akan perkenalkan pakej-pakej lain khusus untuk warga Singapura seperti pakej ke pulau dan juga lawatan ke Tasik Kenyir," katanya kepada Teganukita, hari ini.Beliau ditemui pemberita pada majlis tersebut di Homestay Teluk Ketapang, Kuala Nerus.Tambahnya, program yang mengumpulkan hampir 40 peserta pada hari ini adalah hasil inisiatif oleh kerajaan negeri semasa mengadakan Beautiful Terengganu di Singapura pada Ogos lalu.Selain dari menyertai ibadah korban di Terengganu, pelancong Singapura yang dibawa melalui agensi pelancongan turut dibawa ke tempat tumpuan seperti Pasar Kedai Payang, Taman Tamadun Islam dan lain-lain.
12 Sep 16
45
Empty Image
Program Ibadah Korban Sahabat Muslim Singapura Di Balai Raya Kampung Bukit Wan Esok
UniSZA Tourism Sdn Bhd dengan kerjasama JKKK Kampung Bukit Wan, Batu Rakit dan Pejabat Daerah Kuala Nerus akan menganjurkan Program Ibadah Korban Sahabat Muslim Singapura Bersama Komuniti Terengganu di Balai Raya Kampung Bukit Wan pada 12 September (esok).Pengurus Besarnya, Lokman Hakim Abdul Razak berkata, penganjuran program yang turut disokong oleh Sekretariat Beautiful Terengganu dan Tourism Malaysia Terengganu itu bakal disertai 60 peserta dari Singapura. “Mereka berpeluang melancong sambil beramal apabila menyertai ibadah korban yang dijalankan secara bergotong-royong bersama komuniti kampung. “Malah dapat mempelajari adat budaya negeri ini dan menikmati makanan tradisi Terengganu apabila aktiviti rombongan itu juga diselitkan dengan sesi ‘Kenduri Kampung’, acara permainan tradisional dan berakhir dengan pengagihan sumbangan kepada golongan yang memerlukan,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Lokman berkata, selain mengetengahkan adat dan budaya masyarakat Terengganu dan juga suasana sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha kepada pelancong luar khususnya Singapura, program tersebut juga bertujuan memperkenalkan Kampung Bukit Wan sebagai kampung terbaik yang pernah memenangi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012. 
10 Sep 16
241
Empty Image
600 Peserta Meriahkan Program Merdeka Kayuhan Patriotik
Lebih 600 peserta dari seluruh Terengganu memeriahkan Program Merdeka Kayuhan Patriotik Fun Ride 2016 yang bermula di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.Program anjuran Biro Tata Negara (BTN) dengan kerjasama kerajaan negeri tersebut melibatkan kayuhan sejauh 30 kilometer dan turut berakhir di Pantai Batu Buruk Speaker DUN, Dato' Mohd Zubir Embong berkata, sesuai dengan sambutan hari kebangsaan 2016, peserta yang menyertai kayuhan tersebut dilihat penuh bersemangat untuk menamatkan acara.Zubir berkata, program mampu memupuk semangat sehati sejiwa apabila peserta yang menyertai kayuhan terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan peringkat usia.“Saya nampak bahawa apabila mereka berkayuh dengan pakaian yang diselaraskan menggambarkan bahawa inilah semangat kita di mana kita adalah pewaris yang mewarisi kemerdekaan,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta kayuhan itu.Turut hadir, Ketua Pengarah BTN, Dato’ Ibrahim Saad dan Ahli Dewan Undangan Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman.Dalam pada itu, Ibrahim berkata tujuan program itu adalah bagi meraikan hari kebangsaan 2016 supaya setiap rakyat dapat merasakan hasil daripada kemerdekaan, mereka kini dapat hidup dengan aman.“Jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain, mereka sedang bergelut dengan pelbagai keadaan untuk lakukan perkara yang diingini namun banyak kekangan seperti keselamatan, kegawatan ekonomi dan lain-lain.“Kita pula di sini, awal-awal pagi berkumpul untuk melakukan kayuhan diiringi pihak berkuasa dari mula sampai akhir tanpa rasa bimbang dan ragu-ragu untuk menyertai riadah ini,” katanya.Tambahnya, selain dari program kayuhan tersebut, BTN turut menganjurkan program seminar di sekolah-sekolah bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).“Selain dari seminar itu, kita juga mengedarkan Jalur Gemilang di 305 buah sekolah di seluruh Malaysia berdasarkan kemampuan dan keperluan.“Untuk memenuhi kehendak orang muda pula, kita juga buat festival seni yang dipersembahkan oleh Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (Makum) di beberapa pusat membeli belah di sekitar Lembah Klang,” katanya.
09 Sep 16
212
Empty Image
Jenazah Allahyarham Zakaria Abdullah Akan Dikebumikan Di Sharaya
Menteri Besar Terengganu, Haji Ahmad Razif Abd Rahman baru sahaja bersama Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Panglima Azeez Abdul Rahim mengurus jenazah jemaah haji dari Terenggannu yang meninggal dunia ketika berada di dalam Masjidilharam.Jenazah Allahyarham Zakaria Abdullah dibawa ke Ajyad Hospital Mekah dan Ahmad Razif turut sama menguruskan jenazah agar dapat diselesaikan dengan segera."Alhamdulillah telah urusan di hospital dan jenazah akan dibawa ke Sharaya untuk urusan mandi dan kapan, beritahu Ahmad Razif kepada teganukita melalui whatsapp sebentar tadi.Seterusnya jenazah akan dibawa ke Masjidil Haram untuk solat jenazah.Dijangka selepas solat Maghrib (waktu Mekah) akan disembahyangkan dan Insya Allah akan dikebumikan di Sharaya, jelas Menteri Besar yang amat cakna kepada jemaah haji, khususnya dari Terengganu.Haji Ahmad Razif mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang berada di Terengganu dan semoga tabah dan bersabar."Segalanya ketentuan Allah Subhanahuwataala, termasuk meninggal dunia di Mekah, di tanah suci," katanya.Laporan Khas Oleh : Ruslan Abdul Rahman
09 Sep 16
143
Empty Image
Mekah- MB Terengganu Bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Melawat Jemaah Haji Malaysia
Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman hadir bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat jemaah haji Malaysia, sebentar tadi (8 September 2016) di Abraj Janadriyah Mekah.Menteri berkenaan memberitahu Malaysia merupakan antara beberapa negara yang memenuhi sepenuhnya penetapan syarat baharu Kerajaan Arab Saudi antaranya imbasan sepuluh jari dan pemakaian gelang e-hajj yang mengandungi maklumat jemaah haji; kesemua syarat baharu dipatuhi oleh Malaysia.Difahamkan se­mua je­maah haji Malaysia seramai 22,320 orang telah berada di Mekah, termasuk dari negeri Terengganu Darul Iman.Menjelang hari wukuf di Arafah tiga hari lagi, Ahmad Razif yakin semua jemaah dari Terengganu sudah bersedia sepenuhnya.Laporan Khas Oleh : Ruslan Abdul Rahman
08 Sep 16
197