Artikel "Semasa" Terkini
MOSTI Giat Atur Program Tarik Minat Masyarakat
Abu Bakar memotong riben sebagai gimik merasmikan Majlis Penutup Program Kimia Ke Desa 2016, Sempena Tanggungjawab Sosial Korporat (SCR) di Dataran Alor Limbat, Marang, semalamKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta agensi-agensi di bawahnya giat menyusun program dalam usaha meningkatkan kesedaran dan minat masyarakat terhadap bidang sains dan teknologi.Timbalan Menterinya, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, sebagai peneraju agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) yang menjadi salah satu agenda pembangunan negara, pelbagai program telah diatur sebagai pengisian Dekad Inovasi.Menurutnya, perkara itu selaras dengan matlamat agenda STI negara bagi merealisasikan Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju sains menjelang tahun 2020.“Sepanjang pelan Dekad Inovasi itu, MOSTI serta agensi di bawahnya merangka program-program tahunan seperti Karnival Kreativiti, Sains 4U, Jejak Ikon Saintis termasuk Program Kimia ke Desa sebagai menyokong usaha tersebut.“Program-program ini dilihat memberi manfaat kepada pelbagai golongan individu seperti pelajar, belia, kanak-kanak, wanita, pertubuhan bukan kerajaan dan anggota masyarakat sama ada di bandar atau kawasan pedalaman,” katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Program Kimia Ke Desa 2016, Sempena Tanggungjawab Sosial Korporat (SCR) di Dataran Alor Limbat, Marang, semalam.Program yang berlangsung selama dua hari, berakhir semaalam itu menyediakan pelbagai aktiviti, termasuk ikon kimia, pertandingan CSI (Crime Scene Investigation ), memancing, dekorasi kek, wacana ilmu, gotong - royong dan sukaneka.
08 Oct 16
39
Graduan INSTEP Perlu Bersaing
A Latif ketika menyampaikan sijil graduasi kepada penuntut pada Majlis Konvokesyen Instep Ke 18, di INSTEPGraduan Institusi Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) perlu bijak mencari peluang sebaik menamatkan pengajian supaya ilmu dan kepandaian yang di miliki dapat dimanafaatkan sepenuhnya.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A.Latif Awang berkata bagi menghadapi masa depan yang semakin mencabar setiap graduan juga perlu berani dan cekal."Yang penting, saya mengharapkan semua graduan dalam Instep ini kena bijak kena berani dan cekal supaya mereka tahu bagaimana mahu menjana diri mereka."Dengan kebolehan dan kepandaian yang ada mereka hendaklah bergantung kepada diri sendiri dan membuat tindakan yang bijak, Insya Allah mereka akan mendapat tempat di pasaran tempatan dan di luar negara," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen Instep Ke 18, di INSTEP, Batu Rakit, Setiu, semalam.Dalam ucapannya, A.Latif mahu Petronas bersama-sama kerajaan Terengganu menjayakan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.Seramai 1,081 penuntut Instep menerima Diploma dalam pelbagai bidang dan 161 penuntut daripadanya berasal dari Terengganu.
08 Oct 16
834
JKNT Sasar 5,000 Pengikrar Derma Organ
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menyasarkan 5,000 pengikrar yang bersedia untuk menderma organ sepanjang tahun ini.Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu (Perubatan), Dr Saifur Rahman Muhammad berkata, pihaknya optimis mampu mencapai jumlah tersebut ekoran tahap kesedaran menderma organ di kalangan masyarakat negeri ini semakin meningkat saban tahun."Sejak dua tahun lalu, rakyat Terengganu yang daftar untuk derma organ bertambah iaitu seramai 2,111 orang pada 2014 dan tahun lepas kita dapat seramai 3,264 penderma organ."Malah, Terengganu mencatat jumlah tertinggi yang mendaftar berbanding negeri lain," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Kempen Jalanan Satu Ikrar Sejuta Harapan Sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu hari ini.Turut hadir, Pengerusi Pasukan Perolehan Transplan (TOP) negeri, Dato' Dr Aisai Abdul Rahman.Mengulas mengenai program yang diadakan serentak seluruh negara itu, Dr Saifur Rahman berkata, JKNT turut mengambil inisiatif menganjurkan kempen bertemakan 'Jom Bincang dan Ikrar' tersebut bagi meningkatkan kesedaran masyarakat negeri ini mengenai kepentingan pendermaan organ selepas kematian dalam kaedah perawatan masa kini."Disamping memberi maklumat lebih terperinci kepada orang awam dengan harapan mereka ini akan berikrar sebagai penderma organ.Katanya, untuk tujuan itu kira-kira 600 sukarelawan seluruh daerah turun padang pada hari ini untuk mendekati golongan sasar."Mereka ini (sukarelawan) terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk anggota kesihatan, pelajar universiti dan kolej serta orang awam."Bagi mencapai sasaran, para sukarelawan diberi taklimat terlebih dahulu mengenai cara terbaik untuk mendekati masyarakat dan beberapa pekara lain malah turut menjalani kursus bagi meyakinkan orang ramai," ujarnya.
07 Oct 16
361
Cadang Bina Pusat Aktiviti Warga Emas
Kerajaan negeri merancang membina pusat aktiviti untuk warga emas bagi membolehkan golongan itu menjalankan aktiviti sosial dan riadah bersama ahli masyarakat, dalam masa terdekat.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, inisiatif yang akan dilaksanakan menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu itu bakal dibangunkan di Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus sebagai perintis, sebelum dilaksanakan di daerah lain.“Kerajaan negeri akan mengenalpasti sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang boleh menaja pembinaan pusat (bangunan) berkenaan.“Ini adalah sebagai tanggungjawab sosial korporat kita kerana jasa dan pengorbanan warga emas tidak boleh dipertikaikan dan disebabkan perjuangan merekalah kita dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni seperti sekarang,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Warga Emas Dun Seberang Takir di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu Mohd Shafaruddin Mustaffa dan Pengerusi Jawatankuasa Kelab Warga Emas DUN Seberang Takir, Wahab Ismail.Menurut Ahmad Razif, pelbagai kemudahan akan dibina di pusat aktiviti untuk warga emas itu nanti seperti surau, perpustakaan, tempat bersukan, pusat refleksiologi dan sebagainya yang sesuai untuk dimanfaatkan oleh golongan seusia mereka.Katanya, jasa dan pengorbanan golongan ini (warga emas) perlu diberi pengiktirafan termasuk menyediakan segala kemudahan yang diperlukan mereka.
06 Oct 16
354
Serlah Bakat Luar Biasa Golongan Kurang Upaya - Halina
Pertandingan Bakat Kesenian Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Negeri Terengganu 2016 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, semalam dapat memberi peluang kepada golongan kurang bernasib baik mengetengahkan bakat luar biasa yang ada pada mereka.Yang Dipertua Serikandi, Halina Zakaria berkata, program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) tersebut merupakan program tahunan yang sering dilakukan sebagai mengiktiraf dan menyanjung golongan itu yang mampu menonjolkan diri dalam masyarakat.Beliau berkata, pertandingan tersebut dianjurkan bertujuan untuk menyerlahkan bakat kesenian golongan itu, selain meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kelebihan yang ada pada mereka.“Selain itu, pertandingan ini juga dapat mengiktiraf bakat yang dimiliki oleh golongan OKU dan seterusnya menjadi sumber kepada pendapatan mereka.“Ia juga dilihat telah memberi kesan kepada kemajuan golongan OKU terutama dalam menonjolkan bakat kepada orang ramai. Sekiranya bakat kesenian mereka terus digilap dan diketengahkan, tidak mustahil untuk mereka dikenali dan berjaya dalam bidang ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis tersebut di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.Seramai 340 orang terdiri daripada peserta, penyokong dan penyelia serta petugas pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) melibatkan diri dalam pertandingan tersebut. Tambahnya, Serikandi akan terus memberi sokongan dalam bidang-bidang yang diceburi oleh OKU termasuk dalam bidang bakat kesenian.“Saya berharap agar bakat kesenian golongan OKU ini akan terus digilap serta diketengahkan menerusi pertandingan sebegini selain dijadikan sebagai tempat bermulanya kelahiran bakat-bakat seni yang bermutu, dikenali, dan dihormati di Malaysia, seterusnya pada peringkat antarabangsa.“Serikandi juga akan terus melaksanakan program yang dapat mempersiapkan golongan OKU ini untuk hidup berdikari dalam kalangan masyarakat. Ia bukanlah peranan yang dimainkan oleh seseorang individu atau sesebuah keluarga sahaja tetapi haruslah dilaksanakan secara kolektif oleh seluruh masyarakat,” katanya.
05 Oct 16
145
Tiada Terbabit Militan Daesh Di Terengganu - Ghazali
Barisan ahli panel Majlis Liqa’ Mahabah 2016 Bersama Mufti dan Ahli Jawatankuasa Fakwa Negeri Terengganu Bersama Penjawat Awam, di Wisma Darul iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sentiasa memantau kegiatan orang awam di Terengganu bagi memastikan mereka tidak terpengaruh dengan anasir negatif termasuk menyertai kumpulan militan Daesh.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata badan itu sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengekang anasir tidak sihat termasuk pembabitan rakyat negeri ini dengan golongan pengganas.“Setakat ini, Maidam tidak mengesan sebarang bentuk aktiviti militan di Terengganu bagaimanapun tetap berwaspada dengan mengadakan pemantauan, terutama di sekolah, Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Liqa’ Mahabah 2016 Bersama Mufti dan Ahli Jawatankuasa Fakwa Negeri Terengganu Bersama Penjawat Awam, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Ahli panel yang terlibat ialah Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda, Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin, Prof.Madya Dr. Engku Muhammad Tajuddin Engku Ali.Ghazali berkata, pihak turut memantau kegiatan ajaran sesat, termasuk Ajaran Ayah Pin, bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab dalam mengajar ajaran sesat tidak memesongkan umat Islam.“Siasatan di perkampungan itu mendapati masih ada pengikut Ayah Pin tetapi ajaran itu sudah tidak aktif dan samar-samar.“Kita akan terus memantau keadaan ini dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba menghidupkan Ajaran Ayah Pin atau mana-mana ajaran sesat bagi menjaga kesucian Islam,” katanya.
05 Oct 16
30
Terengganu Sedia RM10.5 Juta Untuk Dana Bantuan Persekolahan Sesi 2017
Ahmad Razif menyerahkan cek bernilai RM100,000 kepada Muhammad Pehimi untuk pesakit kanser rahang, Mohammad Syafi Mohd Syahrizan, 7, dari Besut untuk urusan perubatan dan kebajikannya yang akan diuruskan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih.Kerajaan negeri menyediakan sebanyak RM10.5 juta untuk Dana Bantuan Persekolahan yang melibatkan 105,000 pelajar seluruh Terengganu pada tahun ini.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi peruntukan itu, sebanyak RM200 diberikan kepada setiap pelajar dan maksimum dua pelajar dalam setiap keluarga dibenarkan menerimanya."Kita membuka permohonan melalui sistem dalam talian mulai hari ini kepada pemohon yang baharu. Pemohon yang lama dan sudah menerimanya sebelum ini tidak perlu mengisi lagi (permohonan) dalam talian.“Kita jangka pengagihan baucer tunai kepada mereka yang layak selepas selesai proses permohonan akan bermula pada 1 Disember hingga 15 Disember depan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Ahmad Razif berkata, bantuan persekolahan yang sudah dilaksanakan sejak 2005 itu bagi meringankan bebanan ibu bapa yang kurang berkemampuan terutama pendapatan ketua isi rumah yang tidak melebihi RM2,000 sebulan.Katanya, bantuan itu sentiasa meningkat dari setahun ke setahun sejak diperkenalkan 12 tahun lalu. Pada tahun lalu, seramai 102,778 penerima dengan jumlah RM10,277,800, manakala 101,984 penerima dan RM10,198,400 (2015) serta 94,966 penerima melibatkan RM9,496,600 (2014).“Pengagihan pada sesi 2017 sebanyak RM100 seorang kepada penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah secara tunai akan diagihkan menerusi pejabat daerah di majlis yang diselaraskan mengikut Dewan Undangan Negeri masing-masing bermula Disember ini.“Bantuan kerajaan kepada rakyat ini bagi memastikan mereka yang layak dapat memanfaatkan dengan sebaik-baiknya bagi mendapatkan pakaian sekolah sebelum bermula sesi persekolahan baharu tahun depan,”katanya.Di majlis itu juga, kerajaan negeri menyampaikan cek bernilai RM100,000 kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Asas tani, Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih untuk diserahkan kepada pesakit kanser rahang, Mohammad Syafi Mohd Syahrizan, 7, untuk urusan perubatannya.Ahmad Razif berkata, urusan perbelanjaan perubatan dan kebajikan Syafi akan diuruskan menerusi Pejabat Penyelaras DUN Jertih.
05 Oct 16
172
Exco, Ketua Jabatan Guna Aplikasi Baharu Dalam iPad Tambah Baik E-Aduan
Ahmad Razif (tengah barisan depan) bergambar bersama datuk bandar dan Yang Dipertua di Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT di Wisma Darul Iman, semalam.Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan ketua jabatan kerajaan berkaitan kebajikan dan pekhidmatan hal ehwal masyarakat di negeri ini akan dibekalkan kemudahan gajet baharu berupa iPad sebagai usaha memudahkan penyelesaian masalah rakyat secara terus menerusi sistem e-Aduan.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya sudah meminta Unit Pengurusan Maklumat Negeri (UPMN) mewujudkan aplikasi baharu dalam iPad yang akan dibekalkan itu nanti bagi menyokong inisiatif selaras dengan kemajuan dunia teknologi maklumat itu.Katanya, melalui aplikasi itu, setiap aduan yang diterima akan disalurkan secara terus kepada setiap jabatan terlibat dan dipantau beliau sendiri di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Exco.“Mereka diberi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari untuk menyelesaikan setiap aduan rakyat, sekiranya didapati gagal, saya sendiri akan mengambil perjalanan dengan memberi surat peringatan.“Jumlah dan peruntukan berkaitan perkara itu masih dalam perbincangan, tetapi yang pastinya kita akan mengagihkan kepada mana-mana jabatan dan Pihak Berkuasa Tempatan yang dekat dengan rakyat,” katanya .Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan beberapa Exco Kerajaan Negeri.Ahmad Razif turut memberitahu, pada masa depan, aplikasi Sistem Ukuran Kepuasan Awam (e-SUKA) yang diperkenalkan kerajaan negeri pertengahan tahun lalu turut ditambahbaik, di samping memberi inisiatif atau hadiah kepada mana-mana jabatan yang cemerlang mengguna pakai kemudahan itu .“Kemudahan itu berbeza dengan e-Aduan di mana e-SUKA berfungsi sebagai penilai kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan kerajaan dalam setiap urusan yang dilakukan,” katanya.
05 Oct 16
196
Jambatan Angkat Beroperasi Pertengahan Tahun Depan
Mercu tanda Terengganu yang baharu, jambatan angkat atau `drawbridge’ yang menghubungkan Muara Selatan di Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir, dijadualkan akan beroperasi pada pertengahan tahun hadapan.Jambatan angkat yang pertama di Asia yang kini mencapai hampir 57 peratus siap, menjadi ikonik kepada komponen pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTTC) dengan pelaburan keseluruhan RM 5 bilion.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek membangunkan infrastruktur yang merangkumi 632 meter panjang keseluruhan struktur jambatan dan 50 meter span navigasi mendatar tanpa halangan bagi `draw span’serta 12 meter ketinggian navigasi menegak tanpa halangan apabila jambatan tertutup itu dijangka mengambil tempoh 135 minggu pembinaan. “Pembinaan keseluruhan drawbridge yang bermula pada 13 Ogos 2014 dijangka siap dalam tempoh kurang setahun dari sekarang mampu melicinkan perjalanan trafik di kawasan itu, selain membolehkan pengguna jambatan menikmati pemandangan mengagumkan di sekeliling muara itu.“Ciri-ciri menara drawbridge dan `Bascule Span’ memerlukan masa selama dua minit untuk dibuka dan jangkamasa yang sama juga untuk ditutup,”katanya kepada Teganukita.Ahmad Razif berkata, jangka masa dua minit itu tidak termasuk masa untuk mengosongkan laluan trafik dan penutupan pagar. Bagaimanapun, jika termasuk masa itu (mengosongkan laluan trafik dan penutupan pagar) ianya memerlukan lebih kurang 20 minit untuk dilengkapkan.Selain itu, menurutnya, sebuah restoran mewah berkapasiti 200 orang bakal beroperasi di `skybridge’ di menara jambatan itu dan sebuah menara lagi bakal menempatkan galeri yang juga mampu memuatkan 200 peserta. Beliau berkata, di sekitar jambatan itu turut dibangunkan pangkalan bot dan kapal, selain Kompleks membeli-belah KTCC Mall yang melibatkan kos RM1 bilion dengan dilengkapi 200 unit kedai, cineplax 10 skrin, gelanggang boling 48 lorong dan juga menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu 30 tingkat di Muara Selatan.Menurutnya, jalan raya sepanjang lima kilometer dari jambatan angkat KTCC Drawbridge sedang dibangunkan bagi menghubungkan secara terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu, sekali gus mengukuhkan lagi peranannya dalam industri pelancongan negeri ini.Dalam pada itu, projek pembangunan KTCC dijangka mewujudkan lebih 10,170 peluang pekerjaan daripada pelbagai sektor kepada penduduk tempatan akan memperkukuhkan lagi imej Kuala Terengganu sebagai Bandar Raya Warisan Pesisir Air yang dinamik dan berdaya maju.Muara utara dan muara selatan dibangunkan sebagai perluasan kepada kawasan pusat perniagaan Kuala Terengganu yang sedia ada dengan penerapan terhadap ciri-ciri kebudayaan, landskap dan seni bina unik. Untuk rekod, pembangunan muara utara seluas 56 hektar yang melibatkan kos RM85 juta bermula pada 19 Mei 2014 dan siap pada 28 April tahun ini, manakala muara selatan melibatkan keluasan 16 hektar dengan peruntukan RM31.25 juta bermula 14 September 2011 serta siap pada 12 November 2013.
05 Oct 16
754
Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 7 Hingga 9 Oktober Ini
Ahmad Razif bersalaman dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah jawatan Datuk Bandar itu, di Wisma Darul Iman, hari ini.Buat julung kali kerajaan negeri dengan kerjasama Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) akan menganjurkan Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu pada 7 hingga 9 Oktober ini.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kejohanan itu dianjurkan bagi meneruskan sinergi kecemerlangan sukan lasak berkuda di Terengganu disamping dijadikan platform kelayakan ke Kejohanan FEI World Endurance Championship.“Kejohanan pertama kali dianjurkan ini bakal meneruskan kesinambungan kejayaan penganjuran sukan berkuda seperti FEI World Endurance Championship pada tahun 2008 dan kejohanan tahunan Sultan Mizan Cup.“Malah, secara tidak langsung berupaya menonjolkan destinasi pelancongan menarik di negeri ini sekali gus sebagai platform kepada promosi awal kempen Tahun Melawat Terengganu 2017,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan (Angkat Sumpah) Datuk Bandar Dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, ianya juga sebagai pra-persediaan menghadapi kejohanan kuda lasak sempena Sukan SEA Ke- 17, apabila lokasi yang sama menjadi venue sukan berkuda di negara ini.Menurut beliau, dalam mencetus kesedaran baru kepada trasformasi pembangunan sukan di negeri ini agar menyuntik minat kepada generasi remaja dan belia menceburi sukan berkuda, elemen hiburan dan santai akan turut disediakan bagi penglibatan pelbagai peringkat usia sebagai satu tarikan."Selain acara utama iaitu perlumbaan kuda lasak, aktiviti lain turut disediakan seperti pertandingan mewarna model kuda untuk pelajar dan kanak-kanak," jelasnya.Katanya, turut diadakan pada hari itu ialah demonstrasi dan pertandingan memanah berkuda tradisional, pertandingan kuda cantik (kuda kampung), kejohanan sepak takraw dan bola tampar tertutup Terengganu, sukan tradisional dan pelbagai acara menarik yang lain.
05 Oct 16
55