lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
JHEAT Bakal Lakukan Penambahbaikan
Penambahbaikan akan dilakukan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dari segala aspek bagi menambah mutu pengurusan di jabatan tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata beliau memahami kegelisahan segelintir masyarakat terhadap JHEAT sejak kebelakangan ini yang dilihat lemah dari segi pengurusan.Beliau berkata, perbincangan dengan Pesuruhjaya JHEAT, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim telah dilakukan bagi melihat kembali perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menambah baik jabatan tersebut.“Antaranya yang saya lihat, jabatan perlu fokuskan kepada kehadiran kakitangan ke pejabat tepat pada waktu yang ditetapkan.“Selain itu, kita juga mahu lihat bahawa dari setiap sudut unit dalam jabatan itu disusun kembali supaya ia berpusing megikut kapasiti yang sebenar. Mengikut kemahiran dan kebolehan supaya kakitangan itu di letakkan semula mengikut bidang-bidang keupayaan masing-masing bagi meningkatkan perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Program Sembang Santai Bersama Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas, Ghazali Taib di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu.Turut hadir Pesuruhjaya JHEAT, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim.Tambahnya lagi, aspek yang boleh dilakukan penambahbaikan lagi adalah melalui pemantauan di kalangan kakitangan termasuk pegawai jabatan tersebut supaya tidak terjadi penyalahgunaan kuasa.Katanya, perancangan berjangka masa panjang dan pendek perlu dilakukan supaya jabatan tersebut dilihat lebih tersusun agar tercapai Prosedur Operasi Standard (SOP)."SOP ini sebenarnya sudah ada, namun kini ianya terletak kepada kepimpinan telus serta tegas yang melihat kepada cara untuk memulihkan kembali nama baik jabatan ini,” katanya.
27 Oct 16
65
Empty Image
PSKT Akan Buka Dua Galeri Baru Tahun Hadapan
Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) akan membuka dua galeri yang baru berkonsepkan islamik dan Sains pada tahun hadapan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke pusat berkenaan.Ketua Pegawai Eksekutif PSKT, Prof Madya Dr Wan Nor Liza Mahadi berkata, sejak PSKT di Kampung Laut, Chendering itu dibuka pada April lalu seramai 80,000 pengunjung direkod berkungjung ke PSKT itu."Secara puratanya seramai 900 hingga 1,600 pengunjung yang ke PSKT sehari dan mereka ini majoritinya terdiri daripada pelajar sekolah. "Sehubungan itu, kami menyasarkan peningkatan pelawat selepas dua lagi galeri baru nanti dibuka termasuk galeri berkonsep islamik dan galeri pembelajaran Sains," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Program Sains dan Matematik (STEM) ExxonMobil Terengganu di PSKT, kelmarin.Perasmian penutup disempurnakan Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Terengganu, Dr Rozailan Mamat.Wan Liza berkata, sehingga kini PSKT mempunyai empat galeri iaitu Spark Your Creativity, Nature Disaster, Science Technology, Engineering, Mathematics Exploration dan Dinotrek 2 yang mendapat kerjasama Petrosains. "Berdasarkan perancangan, PSKT mempunyai sembilan galeri namun sehingga kini hanya empat yang beroperasi dan dua galeri lagi akan dibuka pada tahun hadapan."Usaha bagi memenuhi semua ruang galeri di PSKT itu akan dijalankan secara berperingkat dan kajian masih dijalankan bagi mengenal pasti konsep galeri yang akan diketengahkan nanti," katanya.Tambahnya lagi, PSKT juga menganjurkan aktiviti berasaskan Sains, Matematik dan teknologi dari masa ke semasa sebagai usaha menyemarak minat pengunjung terutama pelajar terhadap bidang berkenaan.
27 Oct 16
94
Empty Image
Kementerian Pertanian Lancar Program CSR `Gelombang Tani' Di Jerteh Sabtu Ini
Dato' Sri Ahmad Shabery dijadualkan melancarkan program CSR di Kampung Kayu Kelat, Jerteh, Sabtu ini. Lebih 1,500 peserta dijangka menyertai program gotong-royong Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang akan dilancarkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek,di Kampung (Kg) Kayu Kelat, Jerteh, Sabtu ini.Program yang bertemakan `Gelombang Tani' diperkenalkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memilih jelapang padi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA KETARA), Besut dan akan diperluaskan ke 12 IADA lain seluruh negara.Pengarah KETARA, Zulkifli Harun berkata, sempena pelancaran program itu Sabtu ini, peserta akan membersih kawasan sawah dan talir air sepanjang lima kilometer yang melibatkan 14 kampung.Katanya, program yang diperkenalkan kementerian terbabit bertujuan menggalakkan pihak swasta dan penanam padi menjaga kebersihan sawah dan talir air yang sebelum ini banyak terbiar sekaligus mengakibatkan saliran air ke sawah terjejas.Beliau berkata, kerajaan mengalami kerugian RM280 juta setahun bagi membiayai kos membersih di kawasan IADA seluruh negara dan satu kerugian besar terhadap kewangan negara.Zulkifli berkata, program gotong-royong itu juga membabitkan penyertaan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K), petani, pemimpin setempat serta kontraktor.Katanya,inisiatif itu juga diharap dapat memupuk semangat kerjasama antara sektor swasta dan petani selainmewujudkan suasana ceria dan bersih di sawah khasnya di kawasan IADA.“Menerusi program CSR membabitkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kesemua 23 kementerian terbabit secara langsung menjayakan projek perintis kementerian berkenaan,” katanya.
26 Oct 16
119
Empty Image
SM Imtiaz Marang Dibuka Sesi 2017
Dua pelajar cemerlang yang meraih Anugerah Khas Ulul Albab, Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi dan Muhammad Faris Mohamad Rafee, berusia 17 tahun  bergambar bersama ibu bapa masing-masing sempena Majlis Graduasi & Anugerah Hafazan Al-Quran SM Imtiaz YT 2016, di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW PutraSekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Marang bakal beroperasi di bangunan sementara Sekolah Kebangsaan Wakaf Tapai dengan peruntukan RM2 juta, mulai awal tahun hadapan.Seramai 100 pelajar Tingkatan Satu akan memulakan sesi pertama pengajian di situ, sebelum berpindah ke bangunan kekal di kawasan berkeluasan 20 hektar di Kampung Tok Mucung, Marang.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang, berkata kerajaan negeri menerusi YT memperuntukkan perbelanjaan yang besar bagi memastikan sekolah baharu ini dapat beroperasi dengan lancar mulai tahun hadapan.“Jumlah itu melibatkan perbelanjaan kelengkapan sekolah, ubahsuai bangunan, pengambilan guru baharu dan lain-lain lagi.“Dengan pembukaan SM Imtiaz di Marang ini, maka lengkaplah setiap daerah sebuah Imtiaz sepertimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan negeri sebelum ini,”katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian bagi mewakili Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman di Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Al-quran Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2016, di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengarah YT, Mohamad Sulong.A Latiff berkata, pembukaan Imtiaz Marang itu memberi peluang kepada anak Terengganu melanjutkan pelajaran ke SM Imtiaz dan menampung keperluan pelajar lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2016 yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.Katanya, kerajaan negeri sangat komited untuk memastikan kejayaan anak negeri dalam bidang pendidikan termasuk memantapkan lagi program tahfiz dengan membangunkan Tadika Imtiaz di setiap parlimen.“Pendedahan dari peringkat awal adalah penting bagi melahirkan generasi tahfiz yang mantap. Inisiatif ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri serius dalam menjadikan Terengganu sebagai bumi Ulul Albab.“Pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan menerusi YT bagi memperkayakan lagi pembangunan modal ins,an pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz YT dan  memastikan pelajar imtiaz menjadi profesional yang hafiz dapat direalisasikan,” katanya.Tambahnya, kerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) yang sedia terjalin akan memberi peluang kepada pelajar imtiaz bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang tertentu, sekali gus berharap lebih banyak kerjasama dengan IPT tempatan dan luar negara dapat dilaksanakan supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.Selain itu, katanya pembangunan program-program yang dapat menjadi nilai tambah kepada kurikulum dan kokurikulum imtiaz perlu terus diterokai demi pembangunan pelajar-pelajar SM Imtiaz YT.Di majlis berkenaan, seramai 365 pelajar cemerlang dari SM Imtiaz seluruh Terengganu yang bakal menamatkan pengajian menerima sijil graduasi masing-masing sebagai mengiktiraf kejayaan mereka.Selain itu, seramai 276 hafiz dan hafizah berjaya khatam 30 juzuk al-Quran serta lulus Ujian Hafazan yang dinilai oleh panel-panel hafazan yang dilantik YT, turut diraikan di majlis berkenaan.
26 Oct 16
1896
Empty Image
Terengganu Sedia 494 Pusat Permindahan Banjir
Wan Nawawi ketika mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT). Foto oleh Zulkifli C.W PutraKerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT)  menyediakan 494 Pusat Pemindahan Banjir di Terengganu yang mampu menempatkan 133,729  mangsa.Kemudahan itu akan dibuka dan boleh digunakan mangsa banjir pada bila-bila masa sekiranya bencana banjir berlaku di kawasan yang sudah dikenalpasti. Daripada jumlah itu, sebanyak 132 pusat adalah di Besut, Kemaman (80), Hulu Terengganu (87), Dungun (63), Kuala Terengganu (41), Setiu (35) dan Marang (53).Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga pengerusi JPBNT, Dato’ Wan Nawawi Wan ismail berkata pihaknya kini giat melakukan pelbagai persiapan dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi untuk menghadapi banjir dan  mengenal pasti 160 pangkalan hadapan untuk menyimpan bekalan.Katanya, Jabatan Kebajkan Masyarakat  pula akan mula menghantar bekalan makanan awal bulan hadapan.“Kita telah mengenal pasti pusat pemindahan yang akan dijadikan penempatan mangsa banjir dan turut mengadakan taklimat untuk petugas-petugas selain mengadakan program kesedaran bencana untuk komuniti,” katanya.Beliau berkata demikian pada Sidang Media Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana (Banjir) di Bilik Gerakan Banjir Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, petang ini.Menurutnya, kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM2 juta pada setiap tahun bagi tujuan itu, nilai yang sama turut diagih pada tahun ini dan berkemungkinan akan ditambah sekiranya berlaku banjir dalam tempoh lama.“Peruntukan yang diagihkan itu akan disalurkan kepada pihak berkaitan untuk menyediakan pelbagai barangan keperluan mangsa bangjir, termasuk perubatan, makanan dan pelbagai kelengkapan di pusat pemindahan,”katanya
26 Oct 16
73
Empty Image
CCTV Dipasang Di Kompleks Seri Iman
Kerajaan negeri meluluskan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV)di Kompleks Seri Iman Kuala Terengganu bagi meningkatkan tahap keselamatan kompleks itu secara menyeluruh.Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, kelulusan pemasangan kemudahan itu oleh kerajaan negeri diputuskan dalam Mesyuarat Mingguan Exco baru-baru ini, bertujuan meningkatkan tahap keselamatan di kompleks kerajaan yang menempatkan Pejabat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Pejabat Daerah Kuala Terengganu.Menurut beliau, sekiranya sesuatu kejadian tidak diingini berlaku, CCTV yang dipasang dapat dimanfaatkan untuk membantu polis mengesan penjenayah yang terbabit dalam setiap insiden. “ CCTV ini tidak boleh pasang yang murah tetapi perlu yang berkualiti tinggi sepertimana yang dibuat Pihak Berkuasa Tempatan supaya keberkesanannya terjamin.“Ini kerana, kita dapati CCTV yang dipasang di masjid-masjid negeri sebelum ini kurang berkesan apabila gambar yang dirakam kabur dan kurang jelas,’’ ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pegawai Dan Kakitangan JHEAT Tahun 2016 di Dewan Auditorium, Pusat Pentadbiran Islam Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.Seramai 67 orang menerima penghargaan pada majlis yang disempurnakan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahim Jusoh.Dalam pada itu katanya, JHEAT mengambil pendekatan lain termasuk penggunaan pintu automatik yang dipasang di tempat-tempat berisiko dalam bangunan tersebut.
24 Oct 16
143
Empty Image
Dr. Fauziah Dianugerahkan Tokoh Serikandi Khaulah Al-Azwar
Kerajaan negeri menganugerahkan sukarelawan negara yang menyertai misi ‘Women’s Boat To Gaza’, Dr. Fauziah Hassan sebagai tokoh serikandi Khaulah al-Azwar yang membawa maksud 'Bidadari Besi'.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, usaha dirintis beliau wajar diteladani oleh rakyat Terengganu khususnya kejayaan dalam misi penuh mencabar itu.Beliau berkata, atas usaha yang dilakukan oleh Dr. Fauziah selaku Lembaga Pemegang Amanah, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Penasihat Rose To Rose (R2R) kerajaan negeri  turut memperuntukkan sumbangan sebanyak RM50,000 bagi mengisi tabung kemanusian tersebut.“Kerajaan negeri bersedia untuk membantu tabung ini dalam melakukan kutipan-kutipan di Terengganu  kerana kita mahukan semua rakyat Terengganu mempunyai saham dalam perjuangan yang dilakukan oleh Dr. Fauziah bersama rakan-rakannya seperjuangannya.“Selain itu, saya juga mahu tawarkan kepada Dr. Fauziah selaku wakil MyCARE dan R2R untuk mengadakan jelajah di seluruh Negeri Terengganu untuk terjemahkan apa yang sedang dilakukan oleh  beliau sendiri,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Program Bual Bicara Bersama Dr. Fauziah Hassan yang bertajuk Women’s Boat To Gaza: Catatan Pengalaman di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abd. Jalil.Dalam pada itu, Dr. Fauziah berkata walaupun misi yang dijalankan sebelum ini tidak dapat diteruskan, namun kumpulannya tidak patah semangat untuk melakukannya lagi.“Kumpulan kami, Freedom Flotilla Coalition akan meneruskan misi selagi kepungan ke atas Gaza tidak dipecahkan.“Pada Mei  tahun hadapan, kami akan adakan perjumpaan di Stockholm untuk merancang misi yang seterusnya,” katanya.Dalam pada itu, Dr. Fauziah turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dalam usaha membantu pihaknya untuk menerus dan merealisasikan misi-misi membantu rakyat di Gaza.
23 Oct 16
263
Empty Image
Muhamad Syafi Meninggal Dunia
Kanak-kanak yang mengidap penyakit kanser rahang, Muhammad Syafi Mohd Syahrizan, 7, dari Sekolah Kebangsaan Nyior Tujuh, Jerteh, meninggal dunia, petang ini.Muhamad Syafi, yang tinggal di Taman Selasih, Padang Landak, mula mengalami penyakit berkenaan pada Ogos 2014 selepas disahkan menerusi biopsy pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.Kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya,Norzuriana Madri, 38, dan bapanya Mohd Syahrizan Ibrahim, 39, pada jam 3 petang ini.Menurut Norzuriana, sebelum menghembus nafas terakhir kelihatan air mata Muhamad Syafi keluar berlinangan dan turut disaksikan adik beradik allahyarham yang lain.“Saya reda dengan pemergian arwah selepas dua tahun lebih menderita sakit dan terlantar dirumah,” Katanya ketika ditemui The Iman Tribune/Teganukita, hari ini.Beliau berkata, kali terakhir arwah mendapat rawatan di HUSM Kubang Kerian  pada Rabu minggu lalu dan selepas itu arwah kelihatan lebih sihat.Bagaimanapun, keadaan kesihatan arwah berubah sejak malam tadi sehingga beliau menghembus nafas terakhir petang ini.Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, selepas solat Isyak malam ini.Penderitaan murid terbabit sebelum ini mendapat perhatian dan liputan meluas dari media massa sehingga pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) tampil memberi sumbangan.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman yang turut melawat allahyarham sebelum ini selain mengumumkan bantuan segera RM100,000 kepada keluarga pelajar terbabit bagi urusan perubatan.
23 Oct 16
144
Empty Image
Tahap Kesedaran Berpindah Apabila Bencana Masih Sederhana -Zahid
Tahap kesedaran orang ramai untuk berpindah lebih awal apabila berlaku bencana alam terutama banjir masih sederhana, kata Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Katanya, penilaian berkenaan dilakukan dengan mengambil kira skala antara satu hingga 10 dan kesedaran masyarakat berada pada tahap lima."Kita perlu tingkatkan kesedaran itu di kalangan mangsa yang berdaftar atau tidak berdaftar. Kerajaan menubuhkan Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) yang telah siap sedia 100 peratus dalam menghadapi apa-apa situasi bencana dalam negara."Bagaimanapun, kita mahukan respons daripada orang ramai supaya nanti apabila berlaku bencana, kita tidak mahu orang ramai hanya menjadi penonton apabila bantuan diberikan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2016 di Kemaman Waterfront, Chukai, hari ini.Turut hadir,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Dato’ Seri Shahidan Kassim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,  Dato’ Rohani Abd Karim.Ahmad Zahid juga memuji komitmen semua pihak termasuk badan bukan kerajaan dan anggota keselamatan yang sentiasa bersedia dan berusaha mengurangkan risiko kematian serta kemusnahan semasa berlakunya setiap bencana.Beliau berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) Kemaman dalam menghadapi banjir bukan sahaja berjaya mencapai piawaian 'gold standard' di dalam negara tetapi juga telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.Tambahnya, SOP Kemaman Siap Siaga, satu program dalam inisiatif Komuniti Pintar Kemaman memenangi anugerah pada Sidang Kemuncak mengenai Masyarakat Bermaklumat (WSIS) di Geneva tahun lalu.
23 Oct 16
245
Empty Image
SUK Tidak Terlibat Dialog `Halatuju Pembangunan Terengganu Pasca PRU14'
 Wan Nawawi ketika sidang media menafikan penglibatan Dialog Halatuju Pembangunan Terengganu Pasca PRU-14 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli PutraSetiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail menafikan dakwaan penglibatan beliau dalam dialog ‘Halatuju Pembangunan Terengganu Pasca PRU14’ yang dijadualkan berlangsung di Hotel Primula pada 29 oktober ini sepertimana diviralkan dalam media sosial sejak Khamis lalu.Wan Nawawi terkejut dan merasa hairan bagaimana namanya boleh dikaitkan antara seorang daripada tiga panel dialog berkenaan, sedangkan beliau tidak pernah menyatakan sebarang persetujuan kepada pihak penganjur (NGO Minda Baru Terengganu) bagi menyertai program itu.“Saya agak terperanjat apabila melihat bagaimana gambar saya boleh terpampang pada poster tersebut. Saya terus berurusan dengan pegawai-pegawai saya sekiranya ada permohonan atau perbincangan yang dibuat oleh pihak penganjur berkaitan dialog ini dan ternyata ianya tidak ada,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media penafian dakwaan isu dialog ‘Halatuju Pembangunan Terengganu Pasca PRU14’ di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Tegasnya lagi, tindakan pihak tertentu melibatkan nama beliau dalam dialog ini dilihat sebagai satu tindakan keterlaluan kerana ianya tanpa rujukan serta rundingan dan secara tidak langsung boleh mencemarkan imej Pejabat SUK.“Saya memandang berat isu ini kerana ianya melibatkan saya secara peribadi dan juga institusi SUK.“Jadi saya merasakan perlu respon kepada perkara ini dan telah membuat ‘posting’ dalam akaun peribadi laman sosial ‘Facebook’ bagi menafikan perkara ini dan mengingatkan pihak tertentu agar tidak mempolitik saya dan institusi SUK,” ujarnya.Sebagai SUK, beliau juga melarang keras kakitangan terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan impikasi buruk kepada pihak kerajaan.“Saya melarang keras kakitangan saya apatah lagi saya sendiri untuk terlibat secara langsung dalam apa-apa seminar, forum dan seumpamanya yang menggambarkan kita berada dalam forum politik kerana kita seharusnya bersikap neutral sepanjang masa,” ujarnya.Justeru itu, beliau meminta pihak berkenaan menarik balik atau membuat hebahan secara umum dengan segera menafikan dakwaan tentang penglibatan beliau dalam dialog itu. “Sekiranya saya mendapati nama saya, atau institusi SUK Terengganu dilibatkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendatangkan keburukan dan implikasi yang tidak baik, tindakan sewajarnya akan diambil,” ujarnya.
23 Oct 16
216