lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Terengganu Cadang Unit Khas Pantau 203 Sekolah Berisiko
Terengganu  mengenalpasti 203 daripada 503 sekolah menengah dan rendah yang berusia lebih 20 tahun di seluruh Terengganu perlu dipantau dari aspek keselamatan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. latiff Awang, berkata dalam usaha mewujudkan persekitaran yang selamat, pihaknya akan memastikan satu unit khas dibentuk untuk memantau secara forensik bagi mengenal pasti ciri-ciri keselamatan dari segi pendawaian, struktur bangunan serta perkara-perkara yang boleh menyebabkan insiden seperti kebakaran. “Pada masa yang sama, kita juga akan memastikan guru-guru dan murid-murid diberikan kursus dan praktikal untuk menghadapi pelbagai bentuk bencana contohnya kebakaran, gempa bumi dan sebagainya. “Latihan keselamatan secara berkala sebanyak dua kali setahun mesti dilaksanakan supaya mereka bersedia sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini,”katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat kunjungan kepada pelajar Tingkatan Lima yang sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai, Marang, hari ini. Seramai 75 pelajar melibatkan 51 calon Melayu dan 24 calon Cina mengambil SPM di sekolah itu.Latif berkata,  setiap premis sekolah mestilah mempunyai alatan keselamatan yang lengkap dan mengikut piawaian seperti pili bomba dan alat pemadam api supaya dapat digunakan apabila berlaku kecemasan sekali gus mampu mengurangkan risiko kemusnahan harta benda dan kecederaan nyawa.Selain itu, beliau berkata,  Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan segera RM100 juta bagi membina tiga sekolah menengah baharu di negeri ini, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serada, Kuala Terengganu, SMK Tok Jembal, Kuala Nerus dan SMK Permai, Kemaman .
08 Nov 16
33
Empty Image
Kemaman Siap Siaga Hadapi Kemungkinan Banjir
Kemaman kini dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi musim tengkujuh terutama melibatkan kawasan yang berisiko tinggi dilanda banjir di daerah itu.Pegawai Daerah Kemaman, Rosman Roslan berkata, Pejabat Daerah Kemaman memperke­nalkan beberapa lang­­kah baharu berdasarkan pengalaman berdepan banjir besar pada 2013 dan 2014 termasuk menambah baik sistem pengurusan bencana.Katanya, jika sebelum ini segala data dan maklumat penduduk yang terlibat musibah itu hanya direkod secara manual pada 2012, kini ianya ditambahbaik dari setahun ke setahun sehinggalah komuniti pintar diperkenalkan pada tahun lalu.“Sistem Pengurusan Banjir Daerah Kemaman berevolusi. Bermula dengan sistem manual pada 2012 kepada separa berkomputer 2013 seterusnya secara berkomputer sepenuhnya pada 2014 dan ditambah dengan komuniti pintar pada 2015,” ujarnya kepada Teganukita.Katanya, jika sebelum ini segala maklumat peribadi penduduk yang terlibat dengan banjir direkodkan pada hari kejadian tetapi bermula tahun lalu proses tersebut dikemaskini lebih awal.“Berdasarkan pengalaman lepas,  apabila berpindah barulah kita mula mendaftar dan sebagainya tetapi pada kali ini proses ini kita buat terlebih dahulu sebelum banjir melanda. Pada 2015, apabila diarahkan berpindah kita tambah dengan sistem pesanan ringkas (SMS) supaya segala maklumat penting cepat tersebar,” ujarnya.Menurutnya, secara tidak langsung kaedah ini dapat meminimumkan penggunaan aset untuk logistik dan juga kerahan tenaga anggota sukarelawan serta pasukan penyelamat.Rosman berkata, sehingga 7 November lepas, sebanyak 11,203 buah rumah berdaftar dengan Sistem Pengurusan Bencana Pejabat Daerah Kemaman yang melibatkan 44,877 penduduk termasuk ketua isi rumah dan ahli keluarga dan 74 pusat pemindahan disediakan di seluruh daerah ini.Katanya, berikutan hujan yang turun di daerah ini hanya 41 peratus setakat ini, pihaknya lebih berwaspada dan sentiasa bersiap siaga.“Kita kena lebih bersedia kerana peratus hujan yang belum turun lebih separuh dan sekiranya ianya terjadi dalam tempoh tiga bulan ini kemungkinan berlaku banjir ditambah dengan faktor air pasang yang dijangka bermula 14 November ini.“Selain itu, kita juga telah adakan simulasi hadapi banjir untuk daerah ini termasuk kaedah menyelamat, penggunaan aset seperti bot dan lain-lain sebagai persediaan awal hadapi sebarang kemungkinan,” ujarnya.Sementara itu, berikutan berdepan dengan bencana banjir setiap tahun mendorong Kemaman memperkenalkan skim perlindungan bencana, Polisi Insurans Kampung Ku daripada Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, sekali gus menjadikan daerah itu sebagai perintis di negara ini yang menawarkan perlindungan untuk bencana itu.“Sehingga kini, kira-kira 6,000 penduduk di Kemaman telah membeli insurans berkenaan sebagai persediaan menghadapi kerugian semasa banjir di mana akan menerima pampasan segera sebanyak RM1,000,”ujarnya.
07 Nov 16
126
Empty Image
Enam Daripada 20,528 Calon SPM Duduki Peperiksaan Di Hospital
Daripada seramai  20,528 calon yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh Terengganu yang bermula hari ini, enam daripada mereka  terpaksa menjalani peperiksaan itu di tiga hospital negeri ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abdul Rahman berkata, empat calon peperiksaan berkenaan kini dirawat di  Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan masing-masing seorang calon di Hospital Dungun dan Hospital Hulu Terengganu.Beliau yang diiringi pegawai Jabatan Pendidikan Negeri  Terengganu meluangkan masa melawat calon-calon berkenaan di HSNZ, sambil memberikan kata-kata semangat sebelum peperiksaan itu bermula.Seorang calon dari Sekolah Menengah Agama Dato’ Haji Abbas, Nur Syafirah Abdul Rahman, 17, yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana sakit belakang, berkata dia sudah bersedia menempuhi peperiksaan itu dan akan menjawab dengan tenang tanpa menjadikan penyakitnya sebagai halangan untuk fokus kepada setiap soalan peperiksaan. "Saya belajar dengan dibantu rakan dan guru yang selalu datang ke sini selain ada juga menghubungi menerusi telefon bagi mengulangkaji pelajaran.“Peluang yang ada saya manfaatkan dengan sepenuhnya untuk membuat latihan dan mengulangkaji termasuk membuat rujukan dengan guru di hospital jika tidak memahami mana-mana subjek SPM  ini dengan baik," katanya.Sementara Nur Dayana Izzati Mohd Fauzi, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit, pula berkata kecederaan akibat terjatuh di asrama dua minggu lalu menyebabkan dia terpaksa menempuhi peperiksaan di hospital."Saya kini tidak mampu bergerak dan bangun seperti biasa akibat mengalami keretakan di bahagian tulang belakang. Doktor memasang peralatan khas di badan saya sebagai sokongan, Alhamdulillah kini saya boleh duduk dengan lebih selesa walaupun tidak mampu lagi berjalan seperti biasa,”katanya.Seorang lagi calon peperiksaan itu, Muhammad Fitri Rahman Mohd Fauzi, 17, berharap dapat menjalani peperiksaan yang bakal berakhir 5 Disember ini dengan tenang dan mampu memberi tumpuan sepenuhnya tanpa sebarang halangan.“Saya mula dirawat sejak 8 Oktober lagi, apabila mengalami patah tulang paha selepas terlibat dalam kemalangan motosikal.“Mujurlah kecederaan saya tidak serius dan dapat  menduduki peperiksaan ini, walaupun sedikit terjejas akibat kesakitan yang dialami ini,”katanya.    
07 Nov 16
444
Empty Image
Projek Keretapi Laju KL- Pantai Timur Rancakkan Ekonomi Terengganu
Projek pembinaan sistem keretapi laju Kuala Lumpur - Pantai Timur yang dijangka bermula tahun hadapan, bakal merancakkan ekonomi dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan di Terengganu.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek yang menelan belanja kira-kira RM55 bilion itu akan menarik lebih ramai pelabur ke Terengganu sekaligus memajukan sektor pelancongan negeri kelak.Katanya, China bersetuju melaksanakan projek berkenaan mengikut dua fasa, menerusi rundingan dan persetujuan yang dicapai antara Kerajaan China dengan Kerajaan Pusat, menerusi lawatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak bersama delegasi Malaysia yang turut disertai beliau, ke China sejak 31 Oktober lalu sehingga kelmarin (Jumaat).“Fasa pertama melibatkan landasan yang menghubungkan Gombak, Se­langor ke Dungun, Terengganu yang bermula tahun hadapan dan dijangka siap pada 2020.“Fasa kedua pula, menghubungkan Dungun ke Tumpat, Kelantan dan ke­semua projek berkenaan yang melibatkan laluan sejauh 600 kilometer dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030,” ujarnya.Ahmad Razif berkata berkata demikian kepada pemberita di Majlis penutupan Senamrobik TTB dan Pertandingan Memasak Bubur Asyura Peringkat DUN Seberang Takir di Taman Rekreasi Pantai Kubang Badak, Kuala Nerus, semalam.Katanya, jajaran rel keretapi laju bagi fasa pertama sudah pun dikenal pasti dan pada masa ini, proses pengambilan tanah sudah selesai bagi laluan menghubungkan Gombak ke Dungun.Menurut beliau, jajaran bagi fasa kedua dari Dungun ke Tumpat pula masih belum diputuskan, bagaimanapun kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada laluan pantai dalam usaha merancakkan lagi sektor perindustrian dan pelancongan di negeri ini.
05 Nov 16
118
Empty Image
Adakan Bengkel Kajian Tadika Imtiaz
Kerajaan negeri akan mengadakan bengkel untuk mengkaji dari pelbagai sudut sebelum memulakan Tadika Imtiaz di seluruh Terengganu, dalam tempoh terdekat.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A Latiff Awang, berkata pihaknya akan memastikan usaha itu bergerak mengikut perancangan dan hasrat melahirkan lebih ramai anak-anak yang celik al-Quran dari peringkat pra sekolah berhasil."Ini menunjukkan kerajaan negeri begitu komited dalam memberikan pendidikan agama kepada rakyat Terengganu."Namun begitu, ia dalam perancangan awal dan perlu dibengkelkan untuk mengkaji dari banyak sudut melibatkan aspek tenaga pengajar, tempat belajar, kewangan dan sebagainya," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan bantuan pendidikan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Peringkat Daerah Marang, di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan, Marang, kelmarin.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Shafarudin Ali Husin.Sebelum ini, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman memberitahu, Terengganu bakal melaksanakan Tadika Imtiaz yang menggunakan pembelajaran dan pengajaran berteraskan al-Quran, bahasa Arab dan bahasa Inggeris.Pelaksanaan Tadika Imtiaz itu katanya, akan dibuat dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), selain menghantar cadangan itu pada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam tempoh terdekat.Dalam pada itu, pemberian bantuan sebanyak RM1,000 seorang kepada pelajar STPM sebagai motivasi supaya pelajar Tingkatan Enam dapat menggunakan bantuan ini sebaik mungkin sebagai persediaan menghadapi STPM pada 7 November nanti."Kita mahu memastikan STPM di Terengganu terus kekal cemerlang dan menjadi johan di negara ini."Pelajar- pelajar pula kena bijak merancang untuk persiapan menghadapi peperiksaan, seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang," katanya.
05 Nov 16
55
Empty Image
7,165 Kanak-kanak YPKT Hafaz Muqaddam Sejak 2007
Program Hafaz Muqaddam (23 surah lazim) di kalangan kanak-kanak di 65 buah Taska Permata Keluarga (TPK) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) merekodkan peningkatan dari setahun ke setahun, sejak dimulakan pada 2007.Hanya 255 kanak-kanak YPKT dari seluruh negeri berusia tiga hingga empat tahun yang terlibat pada tahun pertama penganjuran, bertambah sehingga 1,009  orang berjaya menghafaz muqaddam pada tahun ini.Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, program itu berjaya melahirkan 7,165 kanak-kanak hafaz muqaddam sepanjang 10 tahun  lalu menerusi bimbingan guru TPK masing-masing.“Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Majlis Penyampaian Sijil Hafazan Muqaddam 2016 (23 surah lazim) dilaksanakan mengikut daerah secara berperingkat.“Untuk hari ini, kita raikan seramai 377 orang kanak-kanak empat tahun bagi Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang dikira berkemampuan dan memenuhi syarat yang ditetapkan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Sijil Hafazan Muqaddam 2016 (23 surah lazim) Taska Permata Keluarga Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Wisma Darul Iman, hari ini.Majlis tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib yang mewakili Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.Mohd Shafaruddin berkata, program hafaz ini bertujuan menanam rasa cinta kepada al-Quran dan kearah pembentukan akhlak mulia dalam diri anak-anak sejak awal usia.“Aktiviti pembelanjaran seperti menghafaz dan mengingat secara berulang-ulang, secara tidak langsung akan meningkatkan kognitif, daya dan proses berfikir di kalangan kanak-kanak,” ujarnya.
02 Nov 16
148
Empty Image
Kerajaan Negeri Agih RM1.85 Juta Untuk Pelajar STPM 2016
Kerajaan negeri menerusi Yayasan Terengganu bakal mengagihkan insentif  RM1.85 juta kepada pelajar Tingkatan Enam Atas yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2016 di seluruh Terengganu.Peruntukan RM1,000 seorang itu akan dibayar bermula 3 November  hingga 5 November ini di setiap daerah masing-masing.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, kerajaan negeri  berharap bantuan itu mampu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh setiap pelajar untuk menghadapi peperiksaan STPM bermula 7 November ini.“Kerajaan negeri sanggup berbelanja besar untuk memastikan pelajar di negeri ini mendapat bantuan pendidikan yang sewajarnya serta mereka lebih bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan nanti,"katanya kepada Teganukita, hari ini.A. Latiff  berkata, kerajaan berharap pelajar berkenaan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dan membanggakan ibu bapa masing-masing untuk melayakkan mereka menyambung ke peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di dalam dan juga luar negara. Tambah beliau, bantuan oleh kerajaan negeri sejak 2008 itu bertujuan meringankan beban pelajar yang tidak menerima sebarang bantuan biasiswa pendidikan ketika di Tingkatan Enam.
01 Nov 16
37
Empty Image
Seberang Takir Utuh Di bawah Cikgu Razif-
(pemimpin yang dilahirkan dari akar-umbi mesra dan disenangi semua pihak kawan dan lawan)(Bahagian 1)Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir yang wakili Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman sedang melalui kepesatan pembangunan, fizikal dan kerohanian.Melalui penghayatan Transformasi Terengganu Baharu (TTB), kampung-kampung di DUN Seberang Takir melalui transformasi yang cukup luarbiasa, khususnya melalui kepemimpinan DUN, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K), Umno Cawangan- pergerakan sayap-sayap, badan-badan bukan kerajaan dan sebagainya.Haji Ahmad Razif seorang pemimpin yang dilahirkan daripada bawah, bermula dengan memimpin belia (Belia Permata Seberang Takir) J3K dan bahagian, malah merupakan seorang ‘Cikgu’ suami isteri yang cukup dekat di hati para pelajar.Beliau pernah berbakti suatu masa dulu sebagai seorang guru yang mempunyai pusat tusyen sendiri untuk membantu pelajar-pelajar susah.Ini diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus dari Pas iaitu Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Datuk) atau At Takiri yang merupakan anak murid kepada Cikgu Razif.“Saya menghormati Cikgu saya, dia yang mendidik dan mengajar saya semasa sama mengambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP)” ujar Ahli Parlimen itu.“Saya pernah ketuk rumah Cikgu Razif bila saya ada keperluan untuk belajar darinya untuk kelas tambahan,” ujarnya kepada penulis.Dua bulan lepas Ahmad Razif bersama-sama dengan anak muridnya itu bersolat bersama di Surau Kampung Baharu, kampung mereka berdua yang diimamkan oleh anak muridnya itu.Cikgu Razif sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir dan Menteri Besar Terengganu telah membiayai program tersebut, termasuk makan-minum.At Takiri kemudian bersama dengan Cikgu Razif menonton perlawanan bolasepak di skrin besar di Dataran Permata.Orang Umno dan Pas bersama-sama di majlis itu menunjukkan transformasi yang begitu hebat dan luarbiasa dibawa oleh Cikgu Razif.Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, orang Pas Seberang Takir cukup menghormati sikap dan pendekatan transformasi yang dibawa oleh Cikgu Razif yang berbuat baik kepada semua orang.Calon Pas Seberang Takir, Zakaria Dagang pun terpaksa akur dengan pendekatan itu dan turut serta sama bersama YB At Takiri menyantuni Cigku Ahmad Razif; walaupun sikap penentangan masih wujud sebagai atas nama parti yang diwakilinya.Justeru sambutan masyarakat terhadap pendekatan Cikgu Razif ini amat jelas kelihatan, DUN Seberang Takir didapati amat sebati dan kukuh bersama pimpinan Cikgu Razif.Itu baru dari sudut akhlak dan keperibadian Ahmad Razif yang bukan pendendam malah berbaik-baik dengan orang yang tidak sehaluan dengannya- suatu sifat yang diajar oleh Rasulullah s.a.w(bersambung...).
31 Oct 16
356
Empty Image
Seberang Takir Bakal Berubah Wajah Pada Masa Sama Kebajikan Rakyat Tetap Diutamakan.
(Bahagian ke 2)Dalam kesibukan sebagai Menteri Besar, Ahmad Razif tidak pernah lupa kepada pengundi dan orang Seberang Takir.“Kami berterima kasih kepada kerajaan dan Menteri Besar kita,kerana beri elaun bulanan kepada kita,” kata pengusaha bot penambang kepada penulis.Beliau seorang yang mengetahui kesusahan kita kerana dia orang Seberang Takir juga dan arwah ayah dia Ustaz Man pun tahu sangat kehidupan kita.“Jadi bantuan bulanan sebanyak RM200 sebulan itu dapatlah buat belanja keluarga” sambung seorang pembawa bot penambang Seberang Takir.“Bagi kita yang susah ni, RM200 amat bernilai , sekurang-kurangnya meringankan kesusahan kerana pendapatan sekarang tidaklah banyak seperti dulu,” kata salah seorang dari 20 pengusaha bot penambang yang menerima bantuan bulanan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri pimpinan Ahmad Razif.Dalam pada itu nelayan-nelayan di Seberang Takir juga mendapat bantuan saraan bulanan, melebihi 400 orang.Dan sekarang ini, Ahmad Razif memperkenalkan pula usaha meningkatkan kehidupan nelayan yang di sebut “Sea Felda”. Bahkan ia menjadi perintis kepada Malaysia.Malaysia berjaya menjadi perintis kepada pelaksanaan projek pembangunan nelayan konsep moden ala FELDA menerusi pengenalan Projek Akuapolitan Kuala Nerus di Seberang Takir itu.Projek menelan kos RM180 juta itu, dengan fokus menaik taraf sosio ekonomi masyarakat nelayan bakal menjadi pemangkin kepada golongan itu untuk menjadi lebih berjaya dan proaktif.Belum pernah dibuat oleh mana-mana negara dan Malaysia, Terengganu dan Seberang Takir adalah perintis.Ahmad Razif juga meneruskan perancangan sebelum ini untuk menghubungkan muara Selatan (bandar Kuala Terengganu) dengan muara Utara (Seberang Takir) melalui perhubungan terkini.Manakala mercu tanda Terengganu yang baharu, jambatan angkat atau `drawbridge’ yang menghubungkan Muara Selatan di Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir, dijadualkan akan beroperasi pada pertengahan tahun hadapan (2017).Jambatan angkat yang pertama di Asia yang kini mencapai hampir 57 peratus siap, menjadi ikonik kepada komponen pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTTC) dengan pelaburan keseluruhan RM 5 bilion.Projek membangunkan infrastruktur yang merangkumi 632 meter panjang keseluruhan struktur jambatan dan 50 meter span navigasi mendatar tanpa halangan bagi `draw span’serta 12 meter ketinggian navigasi menegak tanpa halangan apabila jambatan tertutup itu dijangka mengambil tempoh 135 minggu pembinaan.“Pembinaan keseluruhan drawbridge yang bermula pada 13 Ogos 2014 dijangka siap dalam tempoh kurang setahun dari sekarang mampu melicinkan perjalanan trafik di kawasan itu, selain membolehkan pengguna jambatan menikmati pemandangan mengagumkan di sekeliling muara itu.“Ciri-ciri menara drawbridge dan `Bascule Span’ memerlukan masa selama dua minit untuk dibuka dan jangkamasa yang sama juga untuk ditutup.Selain itu, sebuah restoran berkapasiti 200 orang bakal beroperasi di `skybridge’ di menara jambatan itu dan sebuah menara lagi bakal menempatkan galeri yang juga mampu memuatkan 200 peserta.Apakah kita boleh menidakkan keadaan Seberang Takir yang kian maju dan pada masa yang sama sudah pasti peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan peluang pengembangan ekonomi akan berlaku di Seberang Takir dan sekitarnya?.Seberang Takir tetap menjadi kubu Barisan Nasional (BN). Pernah kerajaan negeri jatuh ke tangan pembangkang (tahun 1999), tetapi Seberang Takir masih bernaung di bawah BN.Oleh: Ruslan AR.(bersambung...)
31 Oct 16
1171
Empty Image
Jangan Benarkan Bersih 5 Berlaku - Khairy
Pergerakan Pemuda UMNO menasihatkan ahlinya supaya tidak menyertai perhimpunan Bersih 5 yang dijadual berlangsung di Dataran Mereka, Kuala Lumpur pada 19 November ini.Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan tersebut boleh mengakibatkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar disiplin parti.Bagaimanapun, jika mahu menyertai perhimpunan Baju Merah, katanya, Pemuda UMNO tidak menghalang, malah mengingatkan mereka supaya penglibatan itu haruslah mengikut perundangan dan tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan huru-hara.“Nasihat saya jangan kita timbulkan keadaan yang boleh mencetuskan huru-hara di Pusat Bandaraya  Kuala Lumpur seperti yang pernah berlaku sewaktu Bersih 3 yang lalu, di mana ada anggota polis diserang…kereta polis diterbalikkan.. kedai-kedai dipecah. Adanya tindakan yang keterlaluan yang dilakukan pada waktu dan ketika itu.“Jadi saranan saya supaya PDRM (Polis Diraja Malaysia) tidak membenarkan perhimpunan Bersih itu berlaku. Perhimpunan Merah itu diadakan sebagai tindak balas dan saya yakin jika tiada perhimpunan Bersih, yang Merah ini pastinya juga tidak akan adakan demonstrasi mereka. Jadi bebannya terletak pada Bersih. Merah ini hanya hendak tunjuk bahawa mereka menentang Bersih…tetapi kalau Bersih tidak buat apa-apa…Merah juga tak buat apa-apa,” katanya di sidang media selepas Majlis Perasmian Program Retreat Pergerakan Pemuda Umno di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, kelmarin.Turut hadir, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Khairy sebelum itu merasmikan Program Memasak Bubur As-Syura Perdana Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Dataran Kuala Ping.Khairy berkata, cara terbaik bagi mengelak sebarang risiko itu ialah PDRM tidak membenarkan perhimpunan Bersih diadakan serta perlu melakukan sekatan jalan di sepanjang laluan perarakan yang dikenalpasti sehingga ke Dataran Merdeka.Selain itu, beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Pemuda UMNO turut mempergiatkan usaha untuk mendaftarkan lebih 100,000 ahlinya sebagai pengundi baharu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.Katanya, bilangan yang belum berdaftar itu akan terus menurun dan keahlian baharu akan terus meningkat dari semasa ke semasa kerana inisiatif mendaftarkan ahli baharu itu sudahpun bermula.
30 Oct 16
69