lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
KSN Lawat Pejabat MB, UTC Sempena Lawatan Sehari
Dr. Mohd Ali Hamsa ketika melawat Jabatan Imigresen di UTC Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Dr Mohd Ali Hamsa meluangkan masa kira-kira setengah jam bagi bertemu dan minum pagi bersama Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman di Wisma Darul Iman, hari ini.Sejurus pertemuan bersama pemimpin tertinggi negeri sempena lawatan sehari ke Terengganu itu, beliau kemudiannya ke  Pusat Transformasi Bandar (UTC) Terengganu, bagi melihat sendiri perkhidmatan agensi-agensi persekutuan dan negeri yang tersedia di Paya Bunga Square berkenaan.Turut serta bersama rombongan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahim Jusoh, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato' A. Rahman Yahya dan ketua-ketua jabatan lain.Antara perkhidmatan agensi persekutuan seperti Jabatan Imigresen, Klinik 1Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta  kaunter agensi kerajaan negeri seperti Yayasan Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).Berdasarkan rekod, UTC Terengganu memulakan operasinya pada 27 Jun lalu melibatkan 30 agensi termasuk agensi persekutuan, negeri serta swasta.Sehingga Oktober, UTC mencatatkan pengunjung seramai lebih 180,000 orang, dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan bilangan pengunjung paling ramai iaitu lebih 47,000 orang. Selesai lawatan ke UTC, Mohd Ali kemudiannya meneruskan program beliau untuk merasmikan Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.Majlis perhimpunan itu dihadiri kira-kira 5,000 pejawat awam Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
19 Nov 16
82
Empty Image
2,806 Graduan Dirai Dalam Majlis Konvokesyen UMT
Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan ijazah kepada graduan pada Majlis Konvokesyen UMT, semalamSeramai 2,806 graduan dirai dalam enam sidang Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang diadakan secara berasingan  mengikut pusat pengajian masing-masing di universiti itu, Kuala Nerus, bermula semalam.Majlis itu berlangsung selama tiga hari, berakhir 21 November ini.Berdasarkan jumlah itu, 32 graduan dianugerahkan doktor falsafah, 133 graduan sarjana, 2,396 graduan sarjana muda dan seramai 245 graduan bakal menerima diploma.Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah selaku Canselor UMT berkenan berangkat ke UMT bagi mengurniakan ijazah-ijazah kepada graduan pada hari pertama majlis konvokesyen.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan mencemar duli menyaksikan majlis konvokesyen itu.Hadir sama, Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri Halina Zakaria dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong.Tetamu kehormat lain, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Aieni Mokhtar.Pada majlis sama, UMT menganugerahkan Anugerah Ijazah Kehormat kepada tiga sarjana atas jasa dan bakti mereka kepada Malaysia dan negara serantau iaitu penerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor.Dua penerima lain, Datuk Pahlawan Mohd Rasip Hassan dan Profesor Dr Ir Widi Agoes Pratikto dari Indonesia masing-masing menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains.Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik diadakan sepanjang majlis konvokesyen yang diadakan selama tiga hari, berakhir 21 November ini.Antaranya gerai jualan,  pameran kesihatan dan pelbagai pertandingan melibatkan pelajar dan graduan.
19 Nov 16
158
Empty Image
UPSR 2016 : Jangan Kecewa Dan Panik - A. Latif
Ibu bapa dan pelajar yang gagal mencapai keputusan cemerlang terutama mendapat 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 dinasihatkan supaya tidak terlalu kecewa dan panik, kerana pelajar berkenaan masih berpeluang menempatkan diri di sekolah elit dan asrama penuh di Tingkatan Satu.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, format baru UPSR yang diperkenalkan pada tahun ini sebagai tahun perintis memberi kesan kepada prestasi yang merosot ini.Malah katanya, bukan hanya Terengganu yang mengalami kemerosotan, prestasi negeri- negeri lain turut menurun mendadak."Guru dan pelajar masih belum mampu dan kurang biasa dengan format baharu yang merangkumi sukatan pelajaran dari Tahun Tiga hingga Tahun Enam."Daripada keputusan itu, dua subjek utama, Bahasa Inggeris dan Matematik mengalami kemerosotan ketara sekaligus memberi impak kepada prestasi keseluruhan," katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.A. Latiff berkata, kerajaan negeri akan melihat senario semasa ini dari sudut positif dan akan memastikan calon UPSR 2017 dapat menyesuaikan diri dengan format baharu ini supaya prestasi dapat diperbaiki dan meningkat semula.Tambahnya, ibu bapa diharapkan tidak terlalu kecewa dan menerima keputusan ini sebagai perangsang untuk tahun hadapan serta seterusnya dapat mencipta kecemerlangan.Selain itu juga, guru-guru pula mampu menjadikan keputusan ini sebagai motivasi untuk persediaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di tahun-tahun seterusnya.
17 Nov 16
110
Empty Image
Sultan Mizan Berkenan Rasmi Makmal Tisu Didik Tropbio Research Sdn Bhd
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Makmal Tisu Didik Tropbio Research Sdn.Bhd, Kompleks Pertanian Negeri, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Mengiringi baginda, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kerajaan.Sementara itu, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri yakin TropBio Research Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri dapat mengurus fasiliti makmal tisu didik serta berupaya untuk menghasilkan benih berkualiti tinggi bagi memenuhi pasaran domestik mahupun luar negara.Katanya, pihaknya menerima cadangan dan bersetuju untuk menjenamakan semula tapak Terengganu  Agrobiotech Center ini di dalam Kompleks Pertanian Negeri Terengganu, Ajil.Menurut Ahmad Razif, Terengganu  Agrobiotech Center berpotensi dijadikan sebagai menjadi ‘Hub Agro-Bioteknologi & Penyelidikan Wilayah Timur’ di mana memberi fokus kepada pengeluaran benih tisu kultur produk tanaman, pusat penyelidikan agrobioteknologi, tapak pameran produk tanaman tisu kultur, pusat jualan benih tanaman dan bunga hiasan berkualiti tinggi."Lebih-lebih lagi dengan kedudukan kawasan Kompleks Pertanian Negeri, Ajil yang strategik dan berdekatan dengan jaringan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) ini bakal merancakkan kembali aktiviti sektor pertanian di negeri Terengganu,"katanya lagi.Untuk itu, Program Transformasi Ekonomi Terengganu (TETP) diperkenalkan dan diuruskan menerusi Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T) bagi merealisasikan usaha untuk meluaskan fokus kepada sektor baru antaranya bioteknologi, pertanian secara besaran dan infrastruktur komunikasi, serta teknologi baru.Menurutnya lagi, TropBio Research Sdn Bhd juga berminat untuk mengusahakan tanah-tanah terbiar di Terengganu dan mempelawa petani-petani untuk bersama-sama mengusahakan tanah-tanah tersebut secara usahasama atau ladang kontrak.
17 Nov 16
899
Empty Image
Majlis Pecah Tanah Kompleks Pembangunan Usahawan UCB Bernilai RM4 Juta Pada 23 November Ini
Ahmad Suhaily (depan kiri) bersama pegawai UCB yang lain mengadakan perbincangan dengan pegawai Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) yang diketuai Timbalan Pengarah (Pengurusan), Mohd Razif Abd Majid (depan kanan) sempena majlis pecah tanah kompleks yang bakal diadakan nanti, di Pejabat UKOM, baru-baru ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra  Kolej Universiti Bestari (UCB) merintis usaha membangunkan Kompleks Pembangunan Usahawan UCB bagi melatih para siswazah yang berkemahiran dan  mampu menjadi usahawan apabila menamatkan pengajian masing-masing. Kemudahan yang merangkumi satu blok bangunan pejabat tiga tingkat, satu blok bangunan setingkat yang dilengkapi bilik kuliah, bengkel, bilik pemprosesan makanan sejuk beku serta pejabat pentadbiran menelan belanja kira-kira RM4 juta dijangka siap dalam tempoh setahun.Penubuhan kompleks di tanah berkeluasan 2.8 hektar itu antara lain bertujuan untuk membentuk komuniti usahawan siswazah komersial yang lebih dinamik, menyediakan peluang pekerjaan terutama kepada pelajar lepasan UCB dan pendedahan kepada siswazah mengenai pertanian sebagai kerjaya pilihan utama. Timbalan Naib Canselor  (Bahagian pembangunan Fasiliti Dan Kediaman Pelajar) UCB,  Prof Madya Ahmad Suhaily Mohd Salleh, berkata fasiliti itu juga dibina bagi membantu mahasiswa dalam bidang keusahawanan di samping menyokong dasar negara bagi melahirkan usahawan siswazah moden yang terbilang selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang 2020.Sehubungan itu, katanya majlis pecah tanah kompleks berkenaan bakal disempurnakan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Abdul Rahman Abbas pada 23 November (Rabu), kira-kira jam 10 pagi. “UCB menjemput kira-kira  1,300 tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kenamaan dan kakitangan serta mahasiswa kolej ini sendiri bagi menyaksikan majlis bersejarah pecah tanah sebagai merealisasikan hasrat itu pada Rabu ini,”katanya kepada Teganukita.UCB sebelum ini dikenali sebagai Kolej Teknologi Bestari (KTB) ditubuhkan pada 1998 dinaiktaraf sebagai Kolej Universiti pada 1 Ogos 2012 setelah menerima surat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Selain itu, UCB menjadi institusi pengajian tinggi yang pertama berusaha memartabatkan anak-anak Melayu yang miskin, golongan program pembangunan rakyat termiskin dan anak yatim seluruh Malaysia yang berkemampuan dalam bidang akademik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Penubuhan UCB bukanlah bermotifkan keuntungan semata-mata, sebaliknya memfokuskan kebajikan, selain merealisasikan pembangunan keilmuan dalam arus perdana globalisasi negara supaya peluang pendidikan ini turut sama dikecapi oleh masyarakat luar bandar dan anak-anak yatim di seluruh negara.
17 Nov 16
83
Empty Image
Agensi Kerajaan Perlu Proaktif Tangani Isu Banjir
Agensi dan jabatan kerajaan negeri diminta bertindak secara proaktif dalam menangani masalah dan isu berkaitan bencana banjir terutamanya pada musim tengkujuh.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pada musim tengkujuh dan hujan menyebabkan kejadian seperti jalan terputus hubungan ataupun longkang tersumbat dan masalah itu perlu disegerakan agar tidak menyulitkan rakyat.“Saya minta apabila saja berlaku kejadian-kejadian tersebut, jabatan-jabatan haruslah bertindak segera berdasarkan kapasiti masing-masing.“Ini merupakan salah satu konsep transformasi kerajaan yang dilakukan. Apabila saya dapat saja makluman tentang insiden jalan raya terputus hubungan, saya minta supaya ketua-ketua jabatan segera ke tempat kejadian untuk mengambil tindakan susulan,” katanya.Beliau ditemui pemberita semasa melawat kawasan jalan raya terputus hubungan di Wakaf Baru, Kuala Nerus, hari ini.Ahmad Razif berkata, tindakan segera dan proaktif perlu diambil bagi mengelakkan nilai kerugian bertambah dan meningkatkan kos penyelenggaraan.“Jika ianya dibiarkan semakin lama, kerosakan yang akan akan dialami bertambah sekaligus melibatkan kos pembaikan bertambah. Bagi mengelakkan kerugian, tindakan segera perlu diambil,” katanya.Tambahnya, kerajaan negeri telah menyediakan e-Aduan kepada rakyat Terengganu bagi memudahkan rakyat untuk menyampaikan sebarang aduan.“Jika aduan yang dilaporkan melalui e-Aduan tidak dapat diselesaikan dalam masa tiga hari, saya sendiri atau ketua jabatan akan turun ke lokasi tersebut utuk menyelesaikannya,” katanya.
17 Nov 16
43
Empty Image
Usahawan Terengganu Diharap Lebih Ramai Miliki Sijil Mesti Dan Halal
Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) berharap lebih ramai usahawan di negeri ini tampil memohon untuk mendapatkan sijil Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (Mesti) dan sijil halal bagi produk mereka.Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Dr Tengku Khairi A. Rahman berkata, sijil ini secara tidak langsung membuka ruang kepada usahawan untuk memajukan lagi perniagaan mereka.“YPU sentiasa bersedia untuk membantu kerana hasrat kita adalah untuk memastikan wujud peningkatan usahawan yang ada sijil Mesti dan halal pada tahun hadapan.“Justeru, kita mengharapkan transformasi daripada para usahawan. Kalau boleh ubahlah persepsi negatif di mana terdapat segelintir menjadikan alasan permohonan sijil-sijil ini terlalu rumit kerana YPU sentiasa bersedia menjadi pemudah cara,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad merasmikan Seminar Penutup Transformasi Halal dan Mesti Terengganu di Dewan Kovensyen Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, hari ini.Turut hadir, Naib Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Malaysia, Dato’ Prof. Dr Naim Mohammad.Sementara itu katanya, semua usahawan yag terlibat dalam seminar tersebut diharap akan berusaha menjadikan seminar itu sebagai batu loncatan untuk menjadi pengusaha halal yang mampu menembusi pasaran yang lebih luas.“Sekurang-kurangnya, pada tahun hadapan kita akan melihat bilangan peningkatan daripada 126 orang yang memiliki sijil halal meningkat kepada 200 orang, menjadi satu pencapaian yang agak baik kepada kita sebagai usahawan negeri Terengganu,” ujarnya.
17 Nov 16
76
Empty Image
UPSR 2016: Danial Sayu Tidak Mampu Kongsi Kejayaan Dengan Arwah Bapa
“Saya nekad mahu belajar bersungguh-sungguh kerana mahu membuktikan membesar sebagai anak yatim masih boleh berjaya seperti orang lain.“Dalam gembira, ada sedihnya sebab tidak mampu berkongsi kejayaan ini bersama bapa yang meninggal dunia akibat sakit paru-paru berair sepuluh tahun lalu, ketika saya berusia dua tahun," kata pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Losong, Kuala Terengganu Muhammad Danial Hakimi Othman.Danial yang bercita-cita mahu menjadi jurutera antara 271 pelajar cemerlang di Terengganu yang memperolehi semua A dalam keputusan  Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.Katanya, tiada petua istimewa yang diamalkan bagi mencipta kejayaan itu, cuma memastikan kerja sekolah dan latihan yang disediakan guru dapat disiapkan lebih awal, kerap mengulangkaji pelajaran bersama kawan sekolah dan tidak ponteng kelas tambahan yang dianjurkan sekolah.“Kejayaan ini bergantung kepada berkat doa ibu, tunjuk ajar guru-guru dan dorongan  kawan-kawan yang mahu berjaya,”katanya.Pelajar cemerlang lain dari sekolah sama, berkata Muhammad Nabil Mohd Zin, berkata apa yang diperoleh itu menjadi pendorong untuk dia terus mencapai kejayaan lebih hebat sehingga berjaya mencapai cita-cita sebagai pensyarah.Katanya, mahu mengubah nasib keluarga kepada kehidupan lebih selesa kerana ayah hanya bekerja sebagai pemandu di Kolej Komuniti, manakala ibu Zawiah Yusuf hanya suri rumah.“Saya pegang kepada pesanan cikgu, mereka yang cerdik dalam pelajaran boleh berjaya dalam kehidupan.“Oleh itu, saya nekad untuk berjaya dan jika diberi peluang saya mahu menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Imtiaz,” katanya.Sementara itu, Guru Besar SK Bukit Losong, Abdul Razak Embong berkata, kejayaan sekolahnya yang mencapai tangga ketiga terbaik seluruh Terengganu  dan lima  pelajar memperoleh semua A adalah keputusan di luar jangkaan.“Apa yang diperolehi itu berkat usaha dan kerjasama warga pendidik dan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru yang sentiasa memastikan setiap program serta kelas tambahan tidak meminggirkan pelajar yang kurang cemerlang,”katanya.
16 Nov 16
618
Empty Image
UPSR 2016: 271 Calon Dapat Semua A
Terengganu mencapai  2.95 Gred Purata Negeri (GPN) bagi  peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, mengatasi Gred Purata Nasional yang merekodkan 2.96.Daripada GPN itu, seramai  20,341 calon yang menduduki UPSR , seramai  271 atau 1.33 peratus murid yang mendapat semua A (6A),  manakala minima D termasuk semua A seramai 13,906 pelajar.Antara 10 sekolah yang disenaraikan terbaik, termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Bidong, Setiu;  SK Kuala Ping, Hulu Terengganu;  SK Bukit Losong, Kuala Terengganu dan SK Pasir Raja, Dungun.Sekolah lain,  SK Batangan, Marang; SK Kampung Nangka, Besut; SK Darat Batu Rakit, Kuala Nerus, SK Kampung Raja, Besut; SK Kampung La, Setiu dan SK Bukit Petiti, Kuala Terengganu.Manakala, bagi pencapaian di peringkat daerah pula, Hulu Terengganu berjaya menduduki tempat pertama dengan Gred Purata 2.84, diikuti Kuala Nerus  2.89, Kuala Terengganu 2.92, Dungun 2.95, Kemaman, 2.96, Setiu dan Besut masing-masing 3.01 dan Marang, 3.03.Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin, berkata JPNT mengakui pencapaian UPSR tahun ini agak merosot berikutan hanya 271 pelajar mendapat semua A daripada 20,341 calon .Katanya, kemerosotan prestasi dikesan kerana pelajar dipercayai gagal menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris Penulisan dan Sains.“Kita akan mengkaji dan menganalisa perkara ini dengan melihat balik dan tuntutan mengenai mata pelajaran itu seperti yang dimahukan Kementerian Pendidikan pada tahun  depan .“Pada masa sama, kita juga akan mengenalpasti kepakaran dan pengalaman guru, mempergiatkan program motivasi bermula daripada awal persekolahan dan mengkaji kelemahan pelajar ”katanya.
16 Nov 16
209
Empty Image
Pusat Perniagaan Binjai Rendah RM8.2 Juta Dijangka Siap Pertengahan 2018
Penduduk di Marang bakal menikmati kemudahan perniagaan lebih kondusif apabila Kompleks Perniagaan Binjai Rendah, yang bernilai RM8.2 juta dijangka siap menjelang pertengahan 2018 nanti.Premis dua tingkat yang dilengkapi 42 unit lot kedai, sebuah kafe,  dataran, surau dan tandas bakal dibangunkan di atas tanah berkeluasan kira-kira 0.7 hektar.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, reka bentuk projek yang berkonsepkan pusat perniagaan moden merupakan satu medium yang menyediakan kemudahan kepada peniaga untuk mengkomersialkan produk masing-masing dan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitarnya.“Projek dengan inisiatif bersama oleh YB A. Latiff Awang (Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan) sejak September yang lalu, bersama-sama dengan pihak JKR (Jabatan Kerja Raya) Negeri Terengganu dan Pejabat Daerah Marang ini juga akan merangsang kerancakan pembangunan dan aktiviti di sekitarnya.“Kemudahan ini sudah selesai direkabentuk oleh pihak perunding untuk direalisasikan pembinaannya dan bakal menjadi mercu tanda baru di Pekan Binjai Rendah,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Peletakan Batu Asas Bangunan Komersil Binjai Rendah Marang di Pekan Binjai Rendah, Marang, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, setiap Adun Barisan Nasional diberikan peruntukan untuk melaksanakan projek pembangunan sebagai mercu tanda di kawasan masing-masing sebanyak RM30 juta.Katanya,  peruntukan RM30 juta  kepada setiap Adun dengan jumlah keseluruhan RM510 juta seluruh Terengganu itu akan diagihkan RM10 juta setiap tahun.Sementara itu, A. Latiff berkata bagi DUN Pengkalan Berangan, selain RM8.2 juta dibelanjakan bagi membina pusat perniagaan berkenaan, RM1.8 juta lagi digunakan bagi membina jambatan dari Kampung Merchang ke Pulau Ragut, Merchang.Selain itu, lebihan peruntukan sebanyak RM20 juta lagi akan digunakan untuk membina Kompleks Sukan di Wakaf Tapai merangkumi pusat boling , dewan futsal dan badminton yang bernilai kira-kira RM15 juta . Katanya, projek-projek lain yang dirancang di DUN itu termasuklah membina Masjid Kampung Jerong Tuan dan membaikpulih bangunan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Binjai Rendah.
15 Nov 16
279