Artikel "Semasa" Terkini
Sidang DUN : Penambahbaikan Pengambilan TCS Baharu
Kerajaan negeri diminta supaya menimbangkan pengambilan pegawai tadbir negeri Terengganu (TCS) baharu dengan menggunapakai strategi dan formula yang lebih mantap.Penambahbaikan yang berterusan terhadap penjawat awam juga sebagaimana amalan biasa negara maju lain seperti Jepun dalam usaha melahirkan kakitangan yang cekap.Wakil BN-Air Puteh, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, antara strateginya adalah mewujudkan kategori kumpulan berprestasi tinggi kepada pegawai yang bakal memegang jawatan penting dalam kerajaan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, berasaskan kursus-kursus profesional seperti perundangan, kejuruteraan, perakaunan dan perundangan.Katanya, bagi pegawai-pegawai lainnya boleh dikategorikan dalam pengurusan dan pengurusan awam berasaskan kursus-kursus yang lain.“Tambahan kriteria kumpulan ini adalah keupayaan kognitif, keupayaan berfikir secara langsung berbeza dengan kecerdesan intelek. Saya teruja dengan penjelasan YAB Menteri Besar tentang fellow management, sekarang ini kita mempunyai tujuh felo yang melalui proses sebegini dan banyak membantu kerajaan dan juga `backbenchers' sendiri dan juga bahagian lain dalam kerajaan.“Satu generasi baharu, `future TCS', berdasarkan pengambilan kerja yang cukup ketat, keupayaan kognitif, kepimpinan tradisi, keupayaan menguasai bahasa Inggeris yang baik dan boleh diserapkan apabila mengambil pegawai dalam kumpulan berprestasi tinggi,”katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan di Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari kedua, di Wisma Darul Iman, hari ini.Tambahnya, untuk pegawai yang dalam perkhidmatan pula, mereka perlu menjalani latihan berterusan melalui kursus jangka pendek dalaman serta luaran menerusi strategi yang konklusif.“Mungkin juga dapat dikenalpasti kumpulan pegawai berpotensi `high flyer’ dan bakal menduduki kerusi tertinggi dalam negeri dihantar melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam pelbagai bidang seperti pengurusan dan perniagaan. “Semua ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam cukup terlatih dan bersedia menghadapi apa sahaja cabaran pengurusan terkini,” katanya.Dalam pada itu, Wan Hakim kesal dengan sikap wakil pembangkang (Dr Alias Razak) Pas- Bukit Tunggal, yang memutarbelitkan kenyataan beliau ketika sesi perbahasan itu, seolah-olah menghina penjawat awam dan menggambarkan pegawai kerajaan yang ada kini tidak bagus.“Adakah apabila kita melakukan penambaikan berterusan itu menunjukkan semua itu teruk dan jahat. Negara berkembang..persaingan makin banyak jadi kita memerlukan ilmu-ilmu yang baru dan pengurusan yang baru supaya pegawai kerajaan semakin mantap. Pegawai kerajaan menjadi tulang belakang kerajaan dan negara. Mestilah kita hendak menghasilkan sesuatu yang terbaik. Apa guna kita laksanakan Negeri Anjung Ilmu sediakan bajet RM42.6 juta. Untuk menaikkan pendidikan negeri, takkan semua itu (sebelum ini ) teruk, tidak boleh pakai ke.. “Ini satu pemikiran yang negatif.Semua yang dicakap-cakap itu menampakkan negatif. Ibarat segelas air, kita nampak penuh, pembangkang nampak separuh gelas sahaja,”katanya.
21 Nov 16
463
Siaran Langsung : Sidang DUN Terengganu
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Kali Ketiga Belas Di Dewan Undangan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman Pada 22 November 2016
21 Nov 16
1117
PEMBENTANGAN BAJET NEGERI TERENGGANU 2017
PEMBENTANGAN BAJET NEGERI TERENGGANU 2017 OLEH YAB HJ AHMAD RAZIF ABD. RAHMAN MENTERI BESAR TERENGGANU DI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU, WISMA DARUL IMAN PADA 21 NOVEMBER 2016 JAM 11.00 PAGI
21 Nov 16
92
Bajet 2017: Terengganu Mahu Terus Fokus Sektor Domestik Dan Pelancongan
Kerajaan negeri mengambil langkah bijak dengan tidak terlalu bergantung terhadap hasil minyak sebagai sumber ekonomi negeri apabila menfokuskan kepada pelaburan domestik dan sektor pelancongan pada tahun hadapan.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jika sebelum ini 85 peratus sumber pendapatan negeri datang daripada sumber petroleum."Paling membanggakan kini apabila kerajaan negeri sudah mula tidak memberikan sepenuhnya fokus pendapatan berasaskan sumber tersebut.“Kita telah menggerakkan pertumbuhan ekonomi domestik termasuk penglibatan pihak swasta untuk membuat pelaburan di Terengganu sekali gus membantu memperkasakan lagi ekonomi negeri,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan Bajet 2017 di Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, pada tahun hadapan juga kerajaan negeri akan menumpukan kepada sektor pelancongan sebagai satu lagi industri utama negeri yang akan memberikan impak ekonomi secara langsung kepada rakyat."Walaupun pengeluaran dan hasil petroleum di Terengganu masih lagi mapan terutamanya dalam tempoh 10 tahun akan datang tetapi kerajaan negeri telah membuat persediaan lebih awal," katanyaKatanya, kebanyakan hasil pendapatan negeri datang daripada hasil tanah, pelaburan serta anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC).“Sekarang ini, kita banyak menggunakan GLC untuk membantu kerajaan dan secara tidak langsung mengurangkan perbelanjaan negeri contohnya kewujudan dana Tabung Sukan Negeri dan Tabung Darul Iman melalui tanggungjawab sosial pihak-pihak ini.“Penglibatan pihak swasta melalui usaha sama dengan kerajaan negeri juga, memberikan salah satu sumber pendapatan kepada kerajaan negeri,” ujarnya.
21 Nov 16
39
Sidang DUN: Kem Dan Lapangan Terbang Tentera Akan Dibina Di Marang
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman memberitahu Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini bahawa Terengganu meluluskan kawasan seluas 50.26 hektar di Marang seperti dimohon Kerajaan Pusat untuk projek pembinaan kem latihan dan lapangan terbang tentera di Marang.“Berdasarkan jumlah itu, seluas 32.7 hektar dicadangkan untuk kerja-kerja membina lapangan terbang manakala selebihnya iaitu 17.56 hektar bagi pembinaan kem latihan tentera.“Kelulusan berkaitan tanah milik Kementerian Pertahanan itu sudah lama dibuat, tetapi perjalanan projek belum dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat disebabkan faktor tertentu, termasuk masalah kewangan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (Pas - Rhu Rendang).Menurutnya, kerajaan negeri meminta agar Kementerian Pertahanan turut membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan mengutamakan anggota tentera dan selebihnya untuk penduduk setempat.“Apabila kawasan itu dimajukan, termasuk dengan wujudnya kawasan perumahan, secara tidak langsung penduduk setempat dapat menjana ekonomi melalui aktiviti jualan barangan runcit, restoran dan pasar basah,”katanya.
21 Nov 16
189
SIDANG DUN: 14,225 Unit Program Perumahan Rakyat (PPR) Siap Dibina
Kerajaan negeri menjangkakan lebih 22,000 unit Program Perumahan Rakyat (PPR) di Terengganu dapat disiapkan menjelang akhir 2018.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sehingga kini, sebanyak 14,225 unit PPR sudah siap dan diduduki pemilik rumah.“Manakala 6,700 unit rumah dijangka siap menjelang akhir tahun depan dan selebihnya iaitu sejumlah 1,400 unit rumah lagi, dijangka siap akhir 2018.“Apa yang dilaksanakan ini merupakan kejayaan dan hasil terbaik seperti dalam perancangan Bajet Negeri 2016,” katanya ketika menjawab soalan Dato’ Sabri Mohd Nor (BN-Langkap), pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, kejayaan lain yang direkodkan kerajaan termasuk pengagihan bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada 100,000 pelajar berkelayakan yang melibatkan peruntukan RM10 juta.“Manakala RM50 juta disediakan untuk 200,000 penerima Dana Bantuan Raya dan Dana Bakti Remaja (RM22 juta kepada 100,000 penerima) dan mewujudkan Pejabat Tabung Darul Iman yang mampu memberi manfaat kepada ribuan pesakit,”katanya.Dato’ Sabri Mohd Nor (BN-Langkap)Menurutnya, sempena kempen Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017, pada awal tahun ini, kerajaan negeri memperkasakan pelbagai produk Terengganu, termasuk T-Kitchen, T-Cafe, T-Lekor dan T-Mart.“Melalui projek T-Mart yang mempromosikan pelbagai produk Industri Kecil Sederhana (IKS), berjaya menebusi pasaran luar Terengganu.“Lebih membanggakan, produk keropok lekor dan nasi dagang sejuk beku kini laris di pasaran Singapura dan Kota London,” katanya.Katanya, pengusaha restoran di negara itu, kerap kali menempah kedua-dua produk itu dalam kuantiti yang banyak. “Melihat perkembangan positif itu, saya bercadang mahu kembangkan pasaran produk sama ke Mekah dan Jeddah pada masa akan datang,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Dato’ Sabri.
20 Nov 16
48
Bajet 2017 : Terengganu Umum Bajet RM1.867 Bilion
Ahmad Razif menunjukkan Buku Bajet 2017 yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim dan Tg Syamim Tg IsmailKerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM1.867 bilion untuk Bajet 2017 yang bertemakan 'Bersama Melangkah Ke Hadapan'.Dasar pengurusan bajet direkodkan mengalami defisit sebanyak 10 peratus, berbanding anggaran hasil sebanyak RM1.697 bilion.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, melalui angka-angka ini, kerajaan mencadangkan sejumlah RM1.867 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus, RM739.70 juta untuk Pembangunan dan RM2.97 juta untuk Kumpulan Wang Bekalan Air."Di bawah Perbelanjaan Mengurus, sebanyak RM85 juta diperuntukkan bagi Perbelanjaan Tanggungan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan sejumlah RM1.782 bilion untuk Perbelanjaan Bekalan."Manakala Perbelanjaan Bekalan pula, sebanyak RM1.272 bilion diperuntukkan untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, RM287.9 juta untuk Perbelanjaan Emolumen, RM192.24 juta untuk Perkhidmatan dan Bekalan, RM28.24 juta untuk Aset dan RM1.16 juta untuk Lain- lain Perbelanjaan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2017 di Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.Ahmad Razif berkata, di bawah komponen Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, sejumlah RM540 juta akan dicarumkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan bagi melaksanakan Projek-Projek Pembangunan, RM200 juta bagi pemberian kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun serta RM118 juta bagi pemberian kepada Pelbagai Agensi dan Kumpulan Wang.Lain- lain menerusi komponen yang sama, sebanyak RM57.86 juta bagi bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan RM304.24 juta lagi bagi pelbagai program di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan Vot B32- Pelbagai Perkhidmatan."Dari segi agihan mengikut Sektor Pembangunan, 63 peratus atau sebanyak RM466.9 juta telah diperuntukkan untuk Pembangunan Sosial, merangkumi lima sektor iaitu Pendidikan, Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pembangunan Bandar dan Luar Bandar, Sukan dan Perumahan."Sementara 27 peratus atau RM197.18 juta lagi disediakan bagi tujuan Pentadbiran, merangkumi empat sektor iaitu Teknologi Maklumat (ICT), Pentadbiran Am, Projek Khas dan Projek Penting Luar Jangka dan 10 peratus atau RM77.61 juta pula untuk Ekonomi, merangkumi tiga sektor iaitu Pertanian, Pelancongan dan Industri termasuk IKS," katanya.
20 Nov 16
248
3,456 Penerima Nikmati Manfaat Tabung Darul Iman Dari Februari Hingga Oktober
Kerajaan negeri membelanjakan hampir RM5.4 juta kepada 3,456 penerima menerusi Tabung Darul Iman (TDI) sejak Februari hingga Oktober lalu.Daripada jumlah ini, sebanyak RM2.6 juta untuk kegunaan bantuan sara diri tahunan, RM1.2 juta untuk bantuan perubatan, RM1.3 juta bantuan bencana alam serta RM171,000 lagi untuk bantuan susu dan lampin pakai buang.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sebanyak 4,000 permohonan lagi sedang diproses dan menunggu kelulusan segera. "Permohonan daripada mereka yang datang dari pelbagai latar belakang ini akan meningkat setiap tahun. Namun, apa yang pasti, setiap wajah ini akan tersenyum, bahkan ada yang menangis terharu apabila diberi bantuan."Oleh yang demikian, kerajaan negeri akan meneruskan agenda menjaga kebajikan rakyat melalui peruntukan tahunan Tabung Darul Iman. Tetapi Kerajaan juga percaya, ramai di kalangan rakyat yang berkemampuan, turut ingin menderma dan bersedekah sebagai amal jariah mereka di samping mengharap balasan syurga semata-mata,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen `Seikhlas Kasih Sejuta Harapan', di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.Ahmad Razif berkata, untuk hari permulaan kempen itu, kerajaan negeri berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM2.5 juta daripada 11 anak syarikat kerajaan negeri termasuk Terengganu Incorporated Sdn Bhd (RM1 juta), Kumpulan Permodalan Terengganu Berhad (RM500,000), Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (RM300,000), Ladang rakyat Trengganu Sdn Bhd (RM300,000) dan TDM Berhad (RM250,000).Beliau sebelum itu mengumumkan pemotongan akaun gaji beliau berjumlah RM1,000 sebulan untuk disumbangkan kepada TDI.Katanya, beliau selaku pemimpin negeri mengajak dan mengalu-alukan lebih ramai rakyat Terengganu, khususnya kepada penjawat awam negeri untuk berkongsi kesusahan dengan mereka yang berdepan musibah. Selain itu, sehingga Oktober 2016, kerajaan negeri mengumpul sebanyak RM7,654 hasil sumbangan orang ramai, khasnya daripada penjawat awam. Tambahnya, beliau percaya, jumlah itu boleh ditingkatkan lagi berdasarkan kesedaran dan komitmen semua pihak yang sentiasa prihatin dan bertanggungjawab sesama insan yang memerlukan.Sehubungan itu juga, kerajaan negeri mengagihkan borang pemotongan gaji kepada penjawat awam yang berminat untuk menderma secara tetap."Bagi yang tidak berminat untuk membuat pemotongan gaji, bolehlah menderma secara terus ke akaun Maybank Tabung Darul Iman yang maklumatnya akan kita hebahkan."Diharap sumbangan yang anda beri sedikit sebanyak dapat membantu penerima bantuan. Biarlah sedikit asalkan ianya ikhlas, biarlah memberi jangan kita mengharap balas," katanya. Beliau berkata, kerajaan negeri turut bercadang mewujudkan satu program yang dipanggil Terus Tukar Baucer (TTB) dengan memberi baucer kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi mereka mendapatkan barangan asas dengan potongan harga di pasaraya - pasaraya yang terlibat dalam program ini. Menurut beliau lagi, diharap program ini dapat dilaksanakan sebagai satu cara untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung rakyat ekoran kos harga barang yang meningkat.
20 Nov 16
240
Hentikan Amalan Keluarkan Amaran Pentadbiran - KSN
Semua ketua jabatan diminta menghentikan amalan mengeluarkan amaran pentadbiran kepada kakitangan yang mempunyai masalah displin berikutan tidak memberi sebarang implikasi kepada penjawat awam.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, mengikut pekeliling hukuman tatatertib adalah bermula dari diberi amaran sehingga tindakan buang kerja tetapi tidak ada amaran pentadbiran. “Amaran secara pentadbiran bukan hukuman. Tetapi jika dikeluarkan amaran pula, seseorang penjawat awam itu tidak dapat kenaikan gaji serta peluang kenaikan pangkat untuk tempoh setahun. “Sebenarnya, amaran secara pentadbiran sebelum ini banyak digunapakai oleh pegawai terhadap kakitangan bawahannya supaya dianggap ketua yang baik.“Hakikatnya dalam peraturan tatatertib tidak ada amaran secara pentadbiran tetapi perkara itu telah menjadi amalan di kalangan penjawat awam,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam Negeri Terengganu Bersama Ketua Setiausaha Negara di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Dato’ Azih Muda dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Dato’ Mohtar Mohd Abd Rahman.Sementara itu Ali berkata, beliau yakin majoriti penjawat awam menjalankan tugas dengan amanah, jujur dan berintegriti.Menurut beliau, jumlah penjawat awam yang terbabit dengan kes rasuah contohnya semakin berkurangan daripada hampir 200 orang pada tahun 2013 kepada 120 orang pada 2015. “Terdapat peribahasa Melayu, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Dalam konteks yang berlaku sekarang, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak percaya bahawa majoriti penjawat awam menyokong tindakan penyelewengan mereka (penjawat awam) yang disiasat.“Hanya disebabkan tindakan segelintir penjawat awam yang bertindak di luar batas undang-undang, ia tidak membawa maksud seluruh penjawat awam berkelakukan sedemikian.Dalam perkembangan lain, beliau juga meminta penjawat awam di semua peringkat mengamalkan konsep ‘multitasking’ dalam menjalankan tugas seharian.
20 Nov 16
91
J3K Perlu Transformasi Bantu Kerajaan
Peranan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) serta kepimpinan di bawahnya amat penting bagi membantu kerajaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14) akan datang.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, golongan pemimpin itu merupakan tunjang paling kuat dalam menjayakan transformasi politik di negeri ini."Peranan J3K amat penting untuk membantu kerajaan merealisasikan hasrat mencapai kemenangan dalam PRU14."Saya menyeru semua sekali (J3K) lakukanlah transformasi, buatlah perubahan agar negeri kita tidak jatuh kepada pembangkang seperti tahun 1999," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perjumpaan Khas YAB Menteri Besar Bersama Kepimpinan J3K di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato' Zubir Embong serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Ahmad Razif berkata, sebagai pemimpin banyak perkara yang perlu dibuat dalam keadaan luar biasa dan berfikir di luar kotak."J3K perlu memainkan peranan dan melaksanakan kerja dengan kaedah serta strategi yang betul."Gunakanlah pendekatan menawarkan perkhidmatan dengan turun padang dan sebagainya agar rakyat yakin dengan kita sebagai pemimpin yang membela nasib mereka," ujarnya.
19 Nov 16
33