lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Pusat Pemindahan Banjir Ditutup
Semua pusat pemindahan banjir di seluruh Terengganu kini ditutup sementara berikutan cuaca yang baik dan semua kawasan yang sebelum ini dinaiki air, surut sepenuhnya.Seramai 20 mangsa banjir terakhir yang melibatkan lima keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Cacar Baru, Paka, Dungun sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing lewat petang semalam.Penduduk dari dua kampung yang terjejas itu, masing-masing dari Kampung Tanjung Hutan dan Kampung Cacar Kolam.Sehubungan itu, Bilik Gerakan Bencana Negeri (BGBN) akan beroperasi semula mengikut waktu pejabat.
05 Dec 16
70
Empty Image
Penjawat Awam Perlu Terbuka Terima Maklum Balas Rakyat - SUK
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, pagi ini. Foto Oleh: Zulkifli PutraPenjawat awam dari semua agensi dan jabatan kerajaan di negeri ini harus mengamalkan sikap terbuka dalam menerima setiap maklum balas rakyat bagi mengelak terhakisnya keyakinan orang ramai terhadap organisasi kerajaan.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail  berkata, budaya berkenaan pen­ting bagi memperbaiki dan menambahbaik perkhidmatan yang ditawarkan selaras dengan transformasi perkhidmatan awam.Katanya, antara faktor yang menyebabkan kepercayaan orang awam terhadap kakitangan kerajaan semakin hilang adalah berpunca daripada sikap negatif dalam diri segelintir penjawat awam itu sendiri.“Saya menyeru kepada semua penjawat awam, carilah jalan untuk mengikis ruang-ruang kehilangan krisis keyakinan ini pada masyarakat.“Kita seharusnya perlu lebih pandai melayani pelanggan dan menjawab setiap persoalan mereka dengan berhemah. Beritahulah perkara yang betul, apa sebenarnya yang berlaku serta berani berhadapan dengan mereka dan jangan cuba melarikan diri,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi iniTurut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahim Jusoh; Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Dato’ Mohamad Kamil Othman; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Dato’ Abdul Rahman Yahya dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Zainal Abidin Hussin.Pada majlis tersebut, beliau turut menyempurnakan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bulanan kepada kakitangan WDI untuk Julai hingga November.Sementara itu menurut Wan Nawawi, dalam usaha mewujudkan sebuah organisasi yang berpaksikan pengetahuan, mulai tahun hadapan kakitangan awam negeri ini akan dinilai berasaskan kepada peningkatan prestasi masing-masing.“Dalam konteks ini, kita akan berhadapan dengan satu situasi di mana siapa cepat dia dapat, siapa pandai dia (mendapat) lebih dan siapa yang kreatif dia akan maju ke depan.‘Kita akan terapkan sifat kerja untuk berlawan menjadi yang terbaik dan sebagai penjawat awam seharusnya perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang ada,” ujarnya.Wan Nawawi berkata, selain patuh kepada arahan tugas dan menepati masa, ciri-ciri yang perlu ada di kalangan penjawat awam yang berwibawa juga adalah perlu mesra pelanggan serta melemparkan senyuman tanpa mengira dengan siapa kita berurusan.
04 Dec 16
33
Empty Image
Lima Keluarga Masih Di Pusat Pemindahan Di Dungun
Satu pusat pemindahan banjir yang menempatkan 20 mangsa daripada lima keluarga masih dibuka di Dungun, setakat jam 11 pagi ini.Menurut jurucakap portal rasmi kerajaan negeri, etindakan.terengganu.gov.my, kesemua mangsa mula dipindahkan ke Balai Raya Kampung Cacar Baru, Paka sejak dua hari lalu kira-kira pukul 11.30 pagi berikutan hujan lebat yang berlarutan di kawasan itu.Pusat pemindahan itu adalah yang pertama dibuka di Daerah Dungun, sejak musim tengkujuh melanda negeri ini minggu lalu.Sebelum ini, lima pusat pemindahan banjir turut dibuka di Kuala Terengganu dan Kemaman berikutan fenomena air pasang besar dan telah ditutup secara berperingkat selepas air surut dan penduduk mengambil keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing.
03 Dec 16
45
Empty Image
UCB Tawar Pengajian PhD Mulai Tahun Depan
Graduan yang berminat menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) berpeluang meneruskannya di Kolej Universiti Bestari (UCB), bermula awal tahun depan.Naib Canselor, UCB Prof. Dr. Aziz Yusof berkata, program PhD yang pertama bakal ditawarkan adalah di bidang pengurusan dan pentadbiran."Seramai antara 10 dan 15 pelajar dijangka akan mengikuti pengajian ini yang akan dibuka permohonan dalam masa terdekat ini dan terbuka kepada semua yang layak,"katanya.Menurutnya, UCB juga menyediakan diskaun yuran bagi mengurangkan bebanan pelajar bagi meneruskan pengajian mereka.Sementara itu, seramai 431 graduan UCB menerima ijazah dan diploma masing-masing di Majlis Konvokesyen UCB ke-3 yang diadakan di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.Graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing yang disampaikan Canselor UCB, Tan Sri Samsuddin Osman.Anugerah Emas Pengerusi Eksekutif dimenangi oleh Wan Sharida Fazreen Wan Jusoh graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (Kepujian) Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan.Manakala Fahin Najdah Abdul Razak, Amira Nasuha Abd Jamil dan Wan Azie Yusrina Farida Wan Yusof pula dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Graduan Terbaik.
03 Dec 16
357
Empty Image
Tinggal Tujuh Mangsa Banjir Di SK Chendering
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan di negeri ini kini tinggal tujuh orang dari tiga keluarga, selepas 301 orang sudah kembali ke rumah masing-masing sejak petang semalam.Portal rasmi kerajaan negeri, etindakan.terengganu.gov.my, pada 9.30 pagi ini melaporkan masih terdapat satu pusat pemindahan yang dibuka di Kuala Terengganu, iaitu di Sekolah Kebangsaan Chendering.Dua hari lalu, sebanyak 308 mangsa daripada 77 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan banjir di Kuala Terengganu dan Kemaman berikutan fenomena air pasang besar.Kesemua mangsa difahamkan mengambil keputusan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat-peringkat selepas air surut dan mengambil peluang membersih dan mengemas rumah masing-masing yang terjejas selepas dinaiki air.
30 Nov 16
165
Empty Image
Terengganu Jana Sampah Sarap Hasil Tenaga Elektrik Pertama Di Asia Tenggara
Ahmad Razif menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Pelaksanaan Projek 'Waste To Wealth' di antara Mercu RE Solution Sdn Bhd dengan Kerajaan Terengganu di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim Terengganu bakal mengaplikasikan teknologi hijau mesra alam dari Denmark dikenali REnescience, di tapak pelupusan sampah Sungai Ikan, Tepoh, yang pertama di rantau Asia Tenggara, bermula tahun depan .Projek bernilai RM240 juta mampu memproses sekurang-kurangnya 400 hingga 450 tan metrik sampah sehari bagi mengeluarkan gas metana yang boleh menjana tenaga elektrik.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pelabur telah membuat kajian secara terperinci dan mendapati sisa perbandaran di Kuala Terengganu mampu menghasilkan lima megawatt tenaga elektrik.Katanya, buat permulaan, teknologi itu akan digunapakai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan kerjasama pihak swasta untuk memproses sisa sampah bagi menghasilkan  lima megawatt tenaga elektrik yang akan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad.“Manakala bahan bukan organik seperti plastik termasuk bekas makanan dan minuman pula akan diproses untuk menghasilkan kira-kira  40,000 liter diesel sehari dan resin yang akan menjadi bahan mentah bagi menghasilkan produk plastik.“Melalui teknologi sama yang mampu memproseskan hampir 90 peratus bahan buangan di tapak pelupusan sampah itu akan diperluaskan ke daerah lain kerana menyedari mampu menjaga persekitaran alam berbanding kaedah konvensional,”katanya.Beliau berkata demikian  pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Pelaksanaan Projek 'Waste To Wealth' di antara Mercu RE Solution Sdn Bhd dengan Kerajaan Terengganu di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.Ahmad Razif berkata, pelaksanaan projek yang akan dikelola MBKT bersama Mercu RE Solution itu dijangka mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM236 juta pada 2020.“Projek seumpama ini berjaya dilaksanakan di Eropah termasuk di Denmark dan sebuah loji yang sama sedang dibina di Manchester, United Kingdom yang akan beroperasi pada awal 2017.“Pelaksanaan projek itu kelak mampu menawarkan sekurang-kurangnya 100 peluang pekerjaan, selain berupaya memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan,”katanya.
30 Nov 16
172
Empty Image
Warga Emas Pindah Segera Elak Bahaya Rumah Dinaiki Air
Petugas banjir menyampaikan makanan kepada mangsa yang berada di pusat pemindahan SK Chendering. Foto oleh Zulkilfi Putra.Kesan hujan lebat di beberapa kawasan seluruh Terengganu sejak awal pagi semalam menyebabkan seramai 308 mangsa daripada 77 keluarga dipindahkan di lima pusat pemindahan banjir, masing-masing di Kuala Terengganu dan Kemaman.Tinjauan Teganukita di Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering, Kuala Terengganu, hari ini, seramai enam mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di sekolah berkenaan sejurus rumah masing-masing tidak lagi selamat untuk didiami selepas dinaiki air.Seorang mangsa, Zainab Zainal, 61, berkata, kejadian hujan lebat yang tidak berhenti sejak awal pagi semalam menyebabkan rumahnya mula dimasuki air sehingga ke paras lutut dan suasana sedikit cemas, apatah lagi banyak perkakas tidak sempat dipindahkan ke kawasan selamat.“Pada pukul 10 pagi air sudah mula naik dan memasuki rumah, makcik mula meminta bantuan jiran untuk mengangkat barang-barang penting seperti mesin basuh serta peti sejuk manakala barang-barang lain seperti perabot terpaksa dibiarkan dahulu.“Sejam selepas itu, air makin tinggi sehingga ke paras lutut. Makcik beritahu kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) serta penghulu kampung untuk berpindah segera.Zainab Zainal“Mula-mula makcik berpindah di salah satu homestay berdekatan dengan Masjid Sultan Ismail pada pukul 1 petang dan apabila pusat perpindahan mula dibuka pada pukul 8.30 malam tadi, Pengerusi J3K bawa makcik ke sini,” katanya.Zainab yang menghidap sakit jantung berkata, kejadian banjir dan terpaksa berpindah ke pusat pemindahan itu adalah kali kedua sejak 2014.Katanya, faktor keuzuran dan  tenaga yang kian terhad, menyebabkannya tidak lagi dapat melakukan kerja berat sejak kebelakangan ini, sekali gus dia lebih berwaspada serta berpindah segera sebelum terperangkap dalam banjir.“Makcik mula dikesan menghidapi masalah jantung pada 2013 dan sejak itu makcik tidak boleh melakukan kerja-kerja berat.“Sehingga kini, dah dua kali makcik dimasukkan ke wad. Kalau tengok arus air yang laju macam kejadian yang berlaku semalam pun boleh membuatkan makcik sakit dada,” katanya.Bagi Saripah Jalil, 38, pula, berkata rumahnya yang terletak di Kampung Gong Pak Maseh, Kuala Terengganu mula dinaiki air pada pukul 12 malam dua hari lepas.“Air mula naik pada pukul 12 malam berikutan hujan lebat yang tidak berhenti tetapi saya mula berpindah pada siang hari semalam.“Ini merupakan kali kedua rumah saya dinaiki air. Saya ingat tahun ini tidak akan mengalami kejadian yang sama apabila rumah tersebut telah dilakukan penambahbaikan namun air tetap melimpah naik,” katanya.Di Kuala Terengganu, selain dua keluarga di SK Gong Tok Nasek (6), seramai tujuh daripada tiga keluarga lagi kini berada di SK Chendering.Manakala di Daerah Kemaman seramai lima mangsa dipindahkan ke Balai Raya Kampung Titian Berayun, Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah (256) dan Sekolah Kebangsaan (SK)  Telok Kalong (34).
30 Nov 16
37
Empty Image
308 Mangsa Banjir Di Lima Pusat Pemindahan
Sebanyak 308 mangsa daripada 77 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan banjir di Kuala Terengganu dan Kemaman, sehingga jam 11.30 pagi ini, berikutan fenomena air pasang besar semalam.Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my hari ini, di daerah Kemaman seramai lima mangsa dipindahkan ke Balai Raya Kampung Titian Berayun, Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah (256) dan Sekolah Kebangsaan (SK)  Telok Kalong (34).Manakala di Kuala Terengganu, masing-masing SK Gong Tok Nasek (6) dan SK Chendering (7).Sementara itu, keadaan cuaca di kebanyakan kawasan pagi ini mendung dan tidak berlaku hujan lebat sebagaimana pagi semalam.
29 Nov 16
27
Empty Image
Paras Air Sungai Masih Normal - MB
Ahmad Razif Abd RahmanKerajaan negeri sentiasa memantau dan mengambil langkah berjaga-jaga pada musim tengkujuh yang baru sahaja bermula.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata paras sungai-sungai utama negeri masih berada dalam keadaan normal setakat ini."Namun demikian, kita akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa."Pihak berkuatkuasa dan agensi kerajaan kini telah diarahkan bersiap siaga untuk menghulurkan bantuan dalam kadar segera jika keadaan memerlukan," katanya.Ahmad Razif dalam pada itu juga mengingatkan agar masyarakat supaya sentiasa memberi kerjasama serta mematuhi arahan pihak berkuasa khususnya sekiranya diminta untuk berpindah.
29 Nov 16
41
Empty Image
APM Terengganu Minta Orang Ramai Tidak Cemas Limpahan Air Akibat Hujan Lebat
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu meminta orang ramai tidak cemas berikutan banyak gambar air melimpah jalan diviralkan di media sosial di beberapa kawasan di negeri ini berikutan hujan lebat sejak 4 pagi, hari ini.Pengarah APM negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, keadaan itu berlaku berikutan masalah perparitan di kawasan terbabit."Saya difahamkan, kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meninjau sistem perparitan di kawasan yang mengalami masalah."APM juga akan turut membuat rondaan di kawasan dilaporkan berlaku limpahan air terutama di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang bagi memastikan bantuan dapat diberi segera sekiranya keadaan bertambah buruk," katanya.Menurutnya, orang ramai tidak perlu berasa bimbang dan cemas tetapi sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan arahan dikeluarkan pihak berkuasa.
28 Nov 16
186