Artikel "Semasa" Terkini
Terengganu Komited Capai Kadar Kelahiran Bayi Sehingga 25,000 Setahun
Ahmad Razif dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria bersama bayi Maulidur Rasul di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamin Tengku Ismail.Kerajaan Negeri komited dalam meningkat kadar kelahiran bayi di Terengganu sehingga 25,000 orang setahun, sekaligus berupaya mengembangkan ekonomi di negeri ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, purata kelahiran di Terengganu pada masa kini, antara 19,000 ke 20,000 setahun.Katanya, pelbagai kempen mula dilakukan bagi meningkatkan kadar kelahiran di Terengganu seperti yang pernah dicatatkan sehingga 24,000 setahun sekitar 10 tahun lalu.“Kempen-kempen kelahiran telahpun kita jalankan seperti memberikan insentif RM100 kepada bayi yang baru lahir ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).“Selain itu, imbuhan tambahan sebanyak RM200 diberikan bermula anak ketujuh dan seterusnya sehingga mencecah RM500 bagi mencapai sasaran sebanyak 25,000 kelahiran setiap tahun,”katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Cenderahati ‘Permata Maulidur Rasul’ Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1438H/2016M.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar.Ahmad Razif berkata, dengan pertambahan kadar kelahiran di Terengganu juga akan dapat menyelesaikan isu pertukaran guru ke negeri ini yang dianggap sangat kritikal.Beliau berkata, sebagai contoh di Johor, pertukaran guru amat mudah dilakukan kerana kadar kelahirannya sangat tinggi iaitu sehinggakan 60,000 orang setahun.Tambahnya, kadar kelahiran yang menurun di negeri ini mungkin antara sebabnya adalah permasalahan dari segi untuk mendapatkan tempat asuhan kanak-kanak.“Disebabkan itu, kerajaan negeri kini sedang memikirkan untuk menambahnilaikan lagi dalam program ‘Home Manager’ serta menyediakan tempat-tempat seperti taska dan sebagainya.“Ini bagi memudahkan terutama kepada ibu bapa yang bekerja untuk meninggalkan anak-anak mereka di samping dapat menyediakan peluang pekerjaan baru kepada rakyat Terengganu,” katanya.
12 Dec 16
299
Sultan Terengganu Seru Umat Islam Elak Bercakaran Sesama Sendiri
Sultan Mizan berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan perarakan pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di negeri ini mengelak daripada sebarang bentuk percakaran sesama sendiri dan menjauhi amalan hidup berpuak-puak.Baginda bertitah, kita semua hendaklah mengamalkan sikap terbuka dan bertolenrasi supaya kita dapat hidup aman damai, saling menghormati serta mendapat keberkatan daripada Allah.“Rasulullah SAW telah meninggalkan kepada kita dengan dua warisan kekal sehingga ke akhir zaman iaitu al-Quran dan Sunnah.“Justeru beta mahu mengingatkan sekali lagi kepada rakyat, marilah kita sentiasa berusaha ke arah mengembalikan kekuatan ummah melalui iman, ekonomi, ilmu dan perpaduan, sekiranya wujud perbezaan pendapat atau pertelingkahan haruslah segera kembali kepada pentujuk al-Quran dan Sunnah,”titah baginda.Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu yang bertemakan `Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’ di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda Tengku Fatimatuz Zahra'.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta exco-exco kerajaan negeri.Sultan Mizan turut bertitah, baginda berdoa ke hadrat Allah semoga negeri ini sentiasa di dalam kemakmuran, keamanan dan dilindungi daripada apa jua bala bencana huru hara perpecahan serta perkara-perkara yang tidak diingini.“Dengan ketinggian peribadi dan keluhuran akhlak serta keistimewaan Rasulullah dapat membentuk umat manusia.“Baginda tidak menggunakan kekerasan bagi membentuk manusia sebaliknya merubah manusia menggunakan pendekatan semangat ukhuwwah, kasih sayang dan sifat prihatin kepada soal kabajikan masyarakat,”katanya.
11 Dec 16
213
71 Pasukan Sertai Perarakan Maulidur Rasul
Ahmad Rzif bersama tetamu kehormat lain mengetuai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSeramai 2,762 peserta membabitkan 71 pasukan menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu 1438H/2016M.Perarakan sejauh 2.4 kilometer itu bermula dari Dataran Shahbandar melalui Jalan Sultan Zainal Abidin, Bulatan Ladang dan berakhir di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.Mengetuai perarakan itu, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta exco-exco kerajaan negeri.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis perasmian itu dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda Tengku Fatimatuz Zahra'.Pada majlis itu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu diumumkan sebagai johan bagi kategori jabatan kerajaan negeri dan badan berkanun negeri, Jabatan Hal Ehwal Islam Terengganu (tempat kedua), dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (tempat ketiga).Manakala bagi kategori jabatan kerajaan persekutuan dan badan berkanun persekutuan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu diumumkan sebagai johan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (tempat kedua) dan Lembaga Pertubuhan Peladang Terengganu (tempat ketiga).Johan bagi kategori syarikat-syarikat swasta pula, diraih Syarikat Air Terengganu, TTI Managemant (kedua) dan Petronas Wilayah Pantai Timur (ketiga).Johan bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta sijil, tempat kedua (RM2,000) dan tempat ketiga pula membawa pulang RM1,500.
11 Dec 16
1708
UKM Hargai Jasa Ahmad Tahir, Iktiraf Kampung Baru Sebagai Kampung Angkat
Ahmad Razif menandatangani plak sebagai gimik merasmikan Program 360 Kampung Angkat UKM –Kampung Baru, Seberang Takir yang diadakan di Dataran Pertama Seberang Takir, hari ini. Foto oleh Zulkifli PutraUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengiktiraf Kampung Baru, Seberang Takir sebagai kampung angkat bagi mengenang jasa kampung kelahiran seorang penyumbang tabung penubuhan universiti itu, Ahmad Tahir, 61.Pada ketika itu, Ahmad Tahir yang turut dikenali masyarakat setempat sebagai Nordin berusia 13 tahun telah menggunakan wang simpanan RM1 sebagai sumbangan tabung itu pada 1968.Inisiatif Ahmad Tahir itu dipaparkan dalam akhbar dengan berita berkenaan ditulis sendiri oleh bapa saudaranya, Allahyarham J.M Aziz yang juga penyair ulung Terengganu.Ahmad Tahir dijemput dalam Program 360 Kampung Angkat UKM-Kampung Baru, Seberang Takir yang diadakan di Dataran Pertama Seberang Takir, hari ini.Hadir merasmikan program, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Halina Zakaria dan Naib Canselor UKM, Datuk Dr Azlan Ghazali.Ahmad Tahir berkata, dia sememangnya tidak mengetahui terdapat berita mengenainya sebelum dimaklumkan saudaranya mengenai keratan akhbar yang tersebar melalui laman sosial.“Saya juga berasa terharu apa yang dilakukan ketika berada di Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Seberang Takir itu dirai UKM, termasuk turut diraikan pada Sambutan Ulang Tahun UKM ke-46, baru-baru ini,” katanya .Menurutnya, dia tidak berpeluang memasuki universiti itu yang pasti menjadi pilihan utamanya kerana terkandas di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).“Anak-anak juga tidak berpeluang, namun sekurang-kurangnya saya sudah sampai ke sana dan diraikan. Detik itu tidak akan saya lupakan. Sangat membanggakan saya,” katanya yang juga bekas penyelia mesin di kilang besi Perwaja, Kemaman.Sementara itu, Azlan berkata, Program 360 Kampung Angkat UKM merupakan inisiatif pihaknya untuk mendekati masyarakat melalui pengkonsian ilmu dan kepakaran secara berimpak tinggi.“Justeru itu, UKM akan merangka program bersesuaian antaranya Kampungku Bebas Denggi, TOT Ujian Saringan Mata, Kaluseling Keluarga Kelompok dan Program Asas Bisnes Online,” katanya.
11 Dec 16
425
ExxonMobil Sumbang Lebih RM560,000 Jayakan Program Modal Insan Di Terengganu Sepanjang 2016
Ahmad Razif (tiga dari kanan) bergambar dengan penerima sumbangan ExxonMobil di majlis yang berlangsung di TH Hotel, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Haris Fadzillah.ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. (ExxonMobil) menyumbang melebihi RM560,000 untuk melaksanakan pelbagai program membangunkan modal insan di seluruh Terengganu sepanjang tahun ini.Daripada jumlah itu, sebanyak RM160,000 diperuntukkan bagi inisiatif kesihatan dan pendidikan negeri, sementara sejumlah RM60,000 kepada Yayasan Diraja Sultan Mizan untuk program keusahawanan ibu tunggal dan wanita yang berpendapatan rendah bagi pengeluaran dan pemasaran madu lebah kelulut.Menteri Besar, Dato’ Sri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sumbangan itu amatlah tepat pada masanya dalam usaha berterusan untuk menyokong pembangunan mampan di seluruh negeri khususnya dalam meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi negeri.Katanya, ExxonMobil yang memulakan operasinya di Terengganu pada akhir 1960 sudah banyak menjalankan tanggungjawab sosialnya khasnya dalam bidang pendidikan dan kesihatan di Terengganu. “Kita sudah lihat banyak sumbangan ExxonMobil selama ini. Cuma untuk 2017 saya percaya ExxonMobil akan terus menyumbang kepada komuniti tempat mereka beroperasi, iaitu di Terengganu ini, maka saya nak cadangkan dua perkara. Pertama kalau boleh Exxonmobil tambah peruntukan di bawahTanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka untuk Terengganu.“Saya percaya SKY (Pengerusi ExxonMobil Malaysia, See Kok Yew) sebagai anak tempatan dan walaupun bukan anak Terengganu, boleh pertimbangkan dalam perancangan 2017, tambahan peruntukan CSR,”katanya. Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Cek dan Komputer riba sumbangan ExxonMobil di TH Hotel, Gong Badak, Kuala Nerus , hari ini. Di majlis itu, Exxonmobil menyumbang pembelian peralatan fisioterapi bagi Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir, pembelian mesin ultrasound mudah alih untuk Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, membiayai program pembangunan dan latihan guru Bahasa Inggeris (BI) di 501 sekolah seluruh negeri anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, JPNT serta sumbangan komputer riba untuk Sudut Siber Kanak-kanak di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Kuala Terengganu.Dalam pada itu, Ahmad Razif juga mencadangkan ExxonMobil membantu dalam aspek pengurusan bakat dengan anak Terengganu melalui Program Talent Management Terengganu (TMT) bagi melahirkan pemimpin di masa hadapan yang hebat, memandangkan syarikat korporat itu memiliki budaya organisasi yang efisien dan tinggi aspek latihan dalam menguruskan bakat.Sementara itu, antara sumbangan secara berterusan ExxonMobil sejak beberapa dekad lalu di bidang pendidikan seperti Program Bagi Meningkatkan Minat Dan Penyertaan Pelajar Dalam Bidang Sains, Teknologi Dan Matematik (STEM) dengan kerjasama JPNT, Pusat Sains dan Kreativiti Terenggannu (PSKT) dan PPAT melalui program-program seperti Tunas Saintis, Terengganu Mathematics Innovation Challenge, Spark My Creativity Challenge, Anugerah STEM ExxonMobil dan Sudut Siber Kanak-kanak.Selain itu, program bagi Meningkatkan Kemahiran BI juga melalui projek English Theme Park (ETP), Terengganu English Resource and Information Centre (TERIC), English Camp with ETA, Sudut Pak Belang atau dikenali sebagai Pelantar Bestari di perpustakaan daerah dan negeri. Program lain, Anugerah Guru Unggul sebagai suntikan semangat dan motivasi kepada mereka dalam meningkatkan lagi prestasi pendidikan negeri dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar.Pada masa yang sama, ExxonMobil juga turut aktif menyumbang dalam Program Pembangunan Kesihatan masyarakat menerusi Program Peningkatan Keupayaan Dan Kapasiti Hospital Hospital Daerah khususnya HSNZ, Hospital Kemaman dan Hospital Dungun dengan menaja pembelian mesin perubatan, selain menubuhkan satu Unit Sekolah Dalam Hospital melibatkan HSNZ dan Hospital Kemaman.Syarikat korporat itu turut melaksanakan Program Siapsiaga Banjir sebelum musim tengkujuh serta program bantuan banjir di daerah - daerah yang mengalami ancaman banjir tahunan.
10 Dec 16
223
Pasar Payang Baharu Bakal Dibina Tahun Depan
Kerja-kerja meroboh Pasar Payang untuk melancarkan projek pembangunan semula Kompleks Pasar Payang baharu bagi menyediakan prasarana perniagaan lebih sempurna, dijangka bermula Jun depan.Manakala Pasar Payang baharu akan dibina sebaik sahaja selesai kerja-kerja itu dan peniaga berpindah ke pasar sementara di Pulau Warisan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, ianya akan dilakukan secara berperingkat- peringkat supaya tidak menjejaskan kunjungan pelancong ke tempat tumpuan itu khususnya sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.“Semuanya sudah berjalan lancar cuma tinggal kaedah untuk kita melaksanakannya sahaja. Kita fokus kepada bahagian perpindahan dan susun atur balik kepada peniaga-peniaga disini.“Setiap permasalahan berkaitan penempatan perpindahan sementara peniaga di Pasar Payang sudah dibincangkan menerusi pertemuan dan rundingan bersama peniaga serta ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Terengganu,” ujarnya kepada pemberita pada program Gotong Royong Pasar Payang Sempena Sambutan TMT 2017, di pasar tersebut, hari ini.Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd. Zulkiflie Abu Bakar.Menurut beliau, bangunan pasar lama itu akan diroboh sepenuhnya berikutan hasil kajian daripada pihak Jabatan Kerja Raya mendapati bangunan tersebut sudah tidak selamat untuk digunakan."Pembinaan Pasar Payang baharu yang bernilai RM78 juta bagi menggantikan pasar sedia ada yang dilihat semakin uzur itu pastinya memberi keselesaan kepada para peniaga dan pengunjung," katanya.
08 Dec 16
35
Jabatan, Agensi Kerajaan Diseru Tambah Baik Sistem Dan Integriti Perkhidmatan Awam
Jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini diminta sentiasa membuat kajian dan penambahbaikan ke atas amalan, sistem dan prosedur kerja sedia ada, bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam.Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, berkata, proses transformasi adalah acuan penting dan signifikan dalam membudayakan nilai integriti secara menyeluruh di peringkat negeri.Beliau berkata, kerajaan negeri mengemumkakan empat cadangan kepada jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini dalam usaha membendung gejala rasuah daripada terus berleluasa."Pertama, setiap jabatan dan agensi perlu mewujudkan saluran aduan untuk memudahkan aduan atau maklumat rasuah dan perlanggaran tatakelakuan dapat disalurkan dengan cepat, dengan merahsiakan identiti pihak yang memberi maklumat."Kedua, pentingnya untuk kita membina permuafakatan dengan pihak berkepentingan yang mana semua pegawai dan kakitangan perlu bekerjasama dengan Unit Integriti dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membendung perbuatan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan khususnya dalam perolehan kerja membabitkan dana awam."Seterusnya, jabatan dan agensi kerajaan perlu memperkasakan prosedur perolehan supaya selari dengan peraturan sedia ada serta mempertingkatkan jati diri setiap kakitangan dalam memastikan kakitangan mempunyai nilai amanah dan tanggungjawab yang tinggi," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahim Jusoh pada sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa peringkat negeri di Wisma Darul Iman, hari ini.Wan Nawawi berkata, kerajaan negeri juga terbukti komited dalam usaha membanteras gejala rasuah dan penyelewengan terutama di kalangan sektor awam apabila menubuhkan Majlis Perundingan Integriti Negeri Terengganu (MPINT) bermula tahun lalu.Beliau berkata, sebanyak lima jabatan dan 32 penemuan bersabit gejala rasuah, salah laku dan penyelewengan dilaporkan di Terengganu dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2015 Siri 2 dan jabatan serta agensi terbabit diminta mengambil langkah proaktif bagi menyelesaikan penemuan yang dibangkitkan dengan kadar segera.
08 Dec 16
87
Bantuan Persekolahan Dibayar Mulai 15 Disember
Kerajaan negeri akan mengagihkan bantuan pakaian sekolah untuk sesi persekolahan 2017 kepada 109,880 pelajar termasuk anak perantau bernilai kira-kira RM10,988,000 juta mulai 15 Disember ini.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemberian tahunan itu merupakan antara usaha kerajaan negeri bagi membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan untuk membeli kelengkapan sekolah.Katanya, keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan layak menerima bantuan itu dengan nilaian RM100 bagi setiap pelajar “Bagi mereka yang mempunyai bilangan anak bersekolah yang ramai, bantuan dihadkan kepada dua orang sahaja untuk setiap keluarga.“Pengagihan akan dibuat mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui wakil rakyat atau Pegawai Pembangunan Parlimen di kawasan terlibat dan kita berharap dapat diselesaikan sebelum masuk sesi persekolah ,” katanya.Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Katanya, tahun ini, kerajaan negeri bekerjasama dengan beberapa pusat perniagaan dengan mengagihkan baucer potongan harga antara 10 hingga 15 peratus kepada penerima untuk membeli kelengkapan sekolah, termasuk pakaian, buku dan alat tulis.“Syarikat yang terlibat, Mydin Mall, Pusat Pakaian Hari-Hari, Kedai Kasut You, Din Brother, Kedai Buku Jalan Banggol, Nine Book Store, Zulfashah Book Service. “Baucer itu juga boleh diguna pakai dirangkaian pusat perniagaan yang terlibat di luar Terengganu,”katanya.
07 Dec 16
28
JPNT Galak Pelajar Aktif Kokurikulum
Sebanyak 44 buah sekolah dari seluruh negeri ini mengambil bahagian dalam Perarakan Apresiasi Kokurikulum Pendidikan dan Pertandingan Pancaragam Sekolah Menengah Negeri Terengganu yang berakhir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini.Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata, program kali kedua dianjurkan Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPNT itu antaranya bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum bermula di peringkat negeri, kebangsaan sehingga ke antarabangsa.“Selain mengutamakan akademik, kita juga menggalakkan pelajar terlibat dalam bidang kokurikulum. Apabila mereka menyertai program sebegini contohnya, secara tidak langsung mereka dilatih tentang displin, kerja berpasukan dan sebagainya.“Tahun ini berlaku peningkatan dimana seramai 3000 pelajar menyertai perarakan yang bermula di Taman Awam Batu Burok,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Perarakan Apresiasi Kokurikulum Pendidikan dan Pertandingan Pancaragam Sekolah Menengah Negeri Terengganu di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Zainal Abidin Hussin.Shafruddin berkata, pihaknya turut mengharapkan kerajaan negeri menyokong perarakan ini dijadikan acara tahunan.“Pada masa yang sama, kita hendak menjayakan Tahun Melawat Terengganu 2017. Kalau dapat dimasukkan dalam kalendar ianya selari dengan hasrat kita,” ujarnya.Pada pertandingan pancaragam itu, juara disandang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ajil Hulu Terengganu, SMK Sultan Sulaiman Kuala Terengganu (naib juara) dan SMK Tengku Mahmud Besut (ketiga).
06 Dec 16
406
Terengganu Sambut Baik Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia
Kerajaan negeri menyambut baik pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia (ISM) oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) yang dilihat berupaya memberi manfaat kepada bidang tadbir urus negara dan juga negeri mengikut syariat Islam.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, kaedah pengukuran tersebut juga bersesuaian dengan kedudukan Terengganu yang sudah lama menerapkan nilai-nilai Islam serta pendekatan wasatiyah dalam setiap perkhidmatan kerajaan dan juga politik.Katanya, ISM yang baru diperkenalkan itu adalah bersifat menyeluruh dan bukan sahaja semata-mata menonjolkan jenama Islam, malah menggambarkan Islam dalam kehidupan bermasyarakat.“Untuk tujuan itu, terdapat lapan bidang pengukuran termasuk berkaitan politik, ekonomi, perundangan Islam, sosial, prasarana, persekitaran, budaya serta pendidikan menjadi aras ukur dalam perlaksanaan tadbir urus negara.“Terengganu tidak terlepas daripada kesemua bidang pengukuran tersebut,”katanya.Beliau berkata demikian pada Wacana Eksekutif ISM Peringkat Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Ghazali berkata, pihaknya akan memastikan pengukuran ISM menjadi agenda utama di setiap jabatan kerajaan negeri dan juga anak syarikatnya.Tambah beliau, semua pihak yang terlibat juga perlu memainkan peranan untuk menerima cadangan dan melakukan penambahbaikan selaras dengan pelaksanaan ISM.
05 Dec 16
46