Artikel "Semasa" Terkini
Pelupusan Abu Al-Quran Guna Inovasi Baharu
Seberat 1.4 tan abu al-Quran lama dan rosak yang dikumpul dari seluruh negeri termasuk daripada orang perseorangan, masjid dan surau dilupuskan di tengah laut kira-kira 10 batu nautika dari Jeti Jabatan Laut Wilayah Timur, di sini, semalam.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri Ghazali Taib berkata, program pelupusan al-quran itu merupakan kali keenam dianjurkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).“Sebanyak 49,000 kilogram al-Quran telah dibakar di relau oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), dan buat pertama kalinya menggunakan inovasi baharu dengan menghasilkan abu dalam bentuk kiub.“Inovasi itu dihasilkan berikutan JHEAT berhadapan kesukaran apabila abu tersebut berterbangan ketika mengendalikan proses tersebut sebelum ini lalu melakukan inovasi dengan nasihat Jabatan Alam Sekitar,” ujarnya kepada pemberita ketika sidang media sempena program tersebut.Turut hadir Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Wan Mohamad Wan Ibrahim.Katanya, proses pembakaran dan menjadikan kiub ini akan diteruskan kerana lebih cepat, apatah lagi selepas Maidam meluluskan bantuan untuk membeli mesin penggaul.Program itu bermula pada 10 pagi manakala sesi pelupusan mengambil masa kira-kira sejam di perairan Kuala Terengganu.
27 Nov 16
225
Tidak Tunai Solat Jumaat Berdepan Hukuman Penjara Dua Tahun
Dewan Undangan Negeri yang bersidang hari ini, meluluskan Pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dibawah Seksyen 16 (Tidak Menunaikan Sembahyang Jumaat).Mana-mana orang lelaki yang mukallaf, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid, kecuali terdapat keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, pindaan terhadap Enakmen ibu seksyen 16 adalah bagi memastikan kesalahan tersebut dapat dikuatkuasakan dengan lebih berkesan.“Keperluan untuk tidak hadir tiga kali berturut-turut amat sukar dipastikan sebagai elemen bagi membolehkan pesalah itu didakwa di mahkamah.“Disamping itu juga, hukuman sedia perlu dipinda untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewajipan sembahyang Jumaat,” ujarnya ketika membentangkan pindaan seksyen tersebut yang disokong sebulat suara pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, sebelum pindaan enakmen itu, mana-mana orang lelaki yang mukallaf, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat dalam mukim masjidnya tiga kali berturut-turtut tanap uzur syarie atau sebab yang munsabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
24 Nov 16
35
Sidang DUN: Terengganu Catat Pengurangan Golongan Miskin Tertinggi
Terengganu muncul negeri yang berjaya mengeluarkan miskin dan miskin tegar tertinggi di negara ini, menerusi data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi data itu juga, Terengganu kini berada di tangga ke-13 yang merekodkan miskin tegar terendah.Beliau berkata, penilaian tersebut dibuat berasaskan kepada golongan miskin di negeri ini menerima banyak bantuan daripada pihak kerajaan samada negeri atau Pusat.“Hari ini, golongan miskin akan terus menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat setelah dikenal pasti.“Golongan miskin di negeri ini juga turut menerima bantuan daripada kerajaan negeri seperti dana raya, dana pakaian sekolah serta bantuan dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam),” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas selesai sesi penggulungan di Persiidangan DUN di Wisma Darul Iman, hari ini.Tambahnya, untuk mengeluarkan golongan miskin tersebut, pelbagai program turut dijalankan oleh kerajaan negeri melalui agensi seperti Yayasan Pembangunan Usahawan serta Yayasan Pembangunan Keluarga.Ahmad Razif berkata, skim baucer juga akan diperkenalkan bermula tahun hadapan melalui Tabung Darul Iman bagi membantu golongan miskin.“Skim baucer yang akan diperkenalkan ini adalah untuk membantu memberikan keperluan asas seperti beras, minyak dan gula setiap bulan kepada golongan ini.“Nilai bantuan yang akan diberikan mungkin berbeza bergantung kepada isi rumah keluarga. Untuk yang mempunyai dua orang anak takkan kita nak samakan nilainya dengan yang mempunyai anak 15 orang,” katanya.
24 Nov 16
35
Sidang DUN: Landasan Kapal Terbang Di Pulau Redang Akan Diperbesarkan
Kerajaan negeri merancang untuk memanjangkan landasan kapal terbang di Pulau Redang bagi menampung kedatangan lebih ramai pelancong ke pulau itu serta pulau peranginan lain di Terengganu walaupun pada musim monsun.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya sudah membuat permohonan rasmi berkaitan perkara berkenaan kepada Kerajaan Pusat melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).Katanya, sekumpulan teknikal sudah datang melihat perkara itu dan kini sedang merancang bagaimana untuk membesarkan dan memanjangkan landasan kapal terbang di pulau itu.“Sekiranya kemudahan itu dapat dipanjang dan diperbesarkan ia akan membolehkan kapal terbang yang lebih besar dengan membawa lebih ramai pengunjung, termasuk pelancongan asing ke pulau di negeri ini.“Dalam setahun, sekurang-kurangnya empat bulan pulau-pulau di Terengganu terpaksa di tutup kerana bot dan kapal pelancong tidak dapat beroperasi akibat musim monsun,” katanya.Ahmad Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum, Sumber Asli, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri berkata demikian ketika menjawab soalan Azan Ismail (PKR-Bandar) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.Menurutnya, kerajaan negeri melihat projek itu amat penting dan perlu direalisasikan supaya kedatangan pengunjung dari dalam dan luar negara ke pulau berlaku sepanjang tahun.“Pada masa yang sama, ia juga mampu merancakkan lagi perkhidmatan bot dan kapal pelancong ke pulau berdekatan, termasuk Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah, Pulau Bidong,”katanya.
23 Nov 16
31
SIARAN LANGSUNG : SIDANG DUN TERENGGANU PADA 24.11.2016
PERSIDANGAN DUN TERENGGANU DI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU, WISMA DARUL IMAN
23 Nov 16
140
Sidang DUN: Melon Manis Terengganu Terima Pengiktirafan
Dato’ Muhammad Pehimi YusofProjek Melon Manis Terengganu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Besut menerima pengiktirafan lima bintang dan dinobatkan sebagai ketiga terbaik daripada 75 TKPM seluruh negara.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, projek melon manis Terengganu antara projek tanaman yang sangat berjaya serta menjadi sumber pendapatan penduduk sekitar.Walaupun demikian, projek yang diusahakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu akan dilakukan penambahbaikan agar tanaman tersebut dapat dijadikan sebagai tanaman yang eksklusif.“Kita tidak akan membenarkan terlalu ramai menanam melon manis Terengganu ini. Pengeluarannya adalah dalam had yang telah ditetapkan untuk menjaga kualiti buah tersebut.“Melalui promosi yang dibuat oleh kerajaan negeri terutama sempena Tahun Melawat Terengganu 2017, kita akan jadikan melon manis Terengganu bukan sahaja buah untuk dimakan tetapi sebagai buah yang dibeli untuk dijadikan sebagai hadiah,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tamat sesi pergulungan Sidang DUN di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Dalam sesi soal jawab sebelum itu, Dr. Alias Razak (Pas-Bukit Tunggal)meminta penjelasan wakil kerajaan mengenai prestasi melon manis Terengganu.Sejak diusahakan bermula 2006 sehingga kini, pengeluaran melon manis Terengganu telah mencatatkan kutipan sehingga RM35.5 juta.
23 Nov 16
44
Sidang DUN: ITECC Bakal Dibangunkan
Ghazali TaibPusat Panggilan Terengganu (ITECC) bakal dibangunkan dengan kos RM1.6 juta sebagai saluran aduan dan pertanyaan pelbagai isu daripada rakyat negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, ITECC yang bakal beroperasi di Bangunan Paya Keladi, Kuala Terengganu akan menempat 30 orang pegawai.“Pegawai Perkhidmatan Pelanggan akan mengendalikan pusat panggilan berkenaan.“Ianya dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada suku pertama tahun hadapan,” katanya dalam sesi pergulungan Sidang DUN di Wisma Darul Iman, hari ini.
23 Nov 16
36
Sidang DUN: Pembangkang Puji Inisiatif Kerajaan Pusat
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari ini menyaksikan wakil pembangkang menyambut baik langkah Kerajaan Persekutuan yang memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk memperkasakan bidang pendidikan seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2017, baru-baru ini.Wakil Pas-Paka, Satiful Bahri Mamat berkata, kerajaan negeri diharap mampu mencontohi inisiatif itu memandangkan pendidikan merupakan nadi kepada pembangunan modal insan pada masa akan datang.“Kita harap supaya pihak kerajaan negeri tengok macam pusatlah dalam pendidikan, dia bagi peningkatan yang banyak. “Contohnya untuk program Permata yang digerakkan isteri kepada Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Tahun 2016 diluluskan RM36 juta. Tahun 2017 diluluskan RM85 juta.“Ini untuk pendidikan, sebab bakal generasi yang akan datang adalah anak-anak kita,” katanya ketika sesi perbahasan di hari ketiga, Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.Katanya, peruntukan untuk bidang pendidikan negeri ini masih lagi seperti tahun lepas tidak sebagaimana tahun yang lampau.“Sebelum ini, perbelanjaan yang banyak diberikan kepada pendidikan kita kerana itu merupakan menjana tenaga pembangunan insan rakyat Terengganu. Tapi nampak tahun ini tinggal RM40 juta sahaja untuk yayasan dan sebagainya,” ujarnya.
23 Nov 16
60
TYT Pulau Pinang Kagumi Perkembangan UCB, Setiu
Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Pulau Pinang, Tun Dr. Abdul Rahman Abas menzahirkan rasa kagum dengan pembangunan dan perkembangan Kolej Universiti Bestari (UCB) sehingga bakal menjadi sebuah universiti wakaf pertama di Malaysia, beberapa tahun lagi.Abdul Rahman berkata, bermula dari sebuah kolej biasa suatu ketika dahulu, UCB kini mampu pergi lebih jauh menjadi sebuah universiti dikenali bukan sahaja di peringkat negara ini malah di peringkat antarabangsa.“Saya rasa sangat senang hati, kagum dan amat teruja mendengar taklimat mengenai pertumbuhan sebuah pusat pengajian tinggi yang luar biasa, yang bakal menjadi universiti wakaf yang bermula dari semangat dan kemudian bantuan dari kerajaan untuk meneruskan perjuangan yang lebih besar lagi.“Insya-Allah, jika ada waktu, ada kelapangan dan ada tenaga, saya akan turut membantu badan ini, sama-samalah kita menyokong supaya UCB ini bukan sahaja terkenal di peringkat glokal malah hingga ke peringkat global,” katanya ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Kompleks Pembangunan Usahawan kolej university itu, di Putera Jaya, Setiu, hari ini.Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif UCB, Datuk Tengku Mahmud Mansor berkata, kompleks dua blok bangunan tiga dan satu tingkat yang bernilai RM4 juta itu akan dimulakan pembinaannya tidak lama lagi.Katanya, bangunan yang dijangka siap dalam tempoh setahun lagi itu mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada penuntut malah juga kepada penduduk setempat.“Penubuhan kompleks di tanah seluas 2.8 hektar itu antara lain bertujuan untuk membentuk komuniti usahawan siswazah yang lebih dinamik dan dapat menyediakan peluang pekerjaan lepasan UCB selain memberi pendedahan kepada mereka mengenai ilmu keusahawanan sebagai kerjaya mereka suatu hari nanti,” katanyaDalam kunjungan itu, Abdul Rahman juga sempat melawat Taman Trigona Bestari iaitu tempat penghasilan madu kelulut .
23 Nov 16
908
Sidang DUN: 13,118 Unit Rumah Untuk Rakyat Dibina Mulai Tahun Depan
Sebanyak 13,118 unit rumah untuk rakyat bakal dibangunkan di seluruh Terengganu menerusi kerjasama kerajaan negeri dengan anak-anak syarikat Kerajaan Pusat, mulai tahun depan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie, berkata kerajaan negeri berperanan menyediakan tapak untuk projek itu yang bertujuan merealisasikan hasrat rakyat negeri ini bagi memiliki rumah pertama.Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 5,287 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di 16 tapak menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. "PPR berkenaan melibatkan 500 unit masing-masing di PPR Bukit Aceh, Kg Rasau dan Alor Limbat, Kuala Ping (450), Guntong Luar (400), Gong Medang (400), Pulau Kerengga (396), Kuala Abang (350), Bukit Puteri (300), Kg Tajin (300), Bandar Seri bandi (220), Pengkalan Nyireh (213), Mak kemas (210), Air Puteh (200), Putera Jaya (200) dan Bukit Gasing (192) ."Manakala senarai projek SPNB yang diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebanyak 2,202 unit rumah iaitu melibatkan Kg Paya Santong (241), Kuala Ping, Hulu Terengganu (254), Kuala Nerus (277) dan Kerteh (1,430),”katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih).Mohd Jidin memberitahu, sebanyak 2,136 unit rumah pelbagai jenis pula diluluskan menerusi empat projek Perumahan Rumah Idaman Rakyat (SPNB).“Manakala 3,098 unit rumah di enam Projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), sementara dua projek yang melibatkan 1,148 unit rumah lagi masih dalam perundingan antara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan PRIMA."Perancangan lain, sebanyak 220 unit Rumah Mampu Milik Negeri (RMMN) di Seri Bandi Kijal telah diluluskan pada 6 November lalu dan akan dibina pada bila-bila masa sahaja.“Manakala melalui projek Perumahan Pejawat Awam 1Malaysia (PPAIM) pula melibatkan 1,229 unit rumah.“Rumah-rumah itu akan dibangunkan di Puncak Temala, Marang sebanyak 349 unit PPAIM, Laguna Presidence, Kuala Terengganu (660) dan Kemaman (220),” katanya.
23 Nov 16
46