Artikel "Semasa" Terkini
MBKT Serius Tangani Iklan Haram
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memandang serius kebanjiran iklan haram di kawasan pentadbirannya dengan mengambil pelbagai inisiatif serta tindakan bagi menangani masalah itu.Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir individu itu bukan sahaja mencemarkan pemandangan malah menyukarkan pihak MBKT melakukan krja-kerja mengindahkan bandaraya Kuala Terengganu khususnya sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.Menurut beliau, kebanyakan iklan haram terbabit melibatkan pinjaman wang, membaiki atau memasang paip, perkhidmatan kereta sewa dan sebagainya yang dipasang di kawasan tumpuan awam termasuk tiang lampu isyarat, papan tanda jalan dan sebagainya.Katanya, antara lokasi yang menjadi tumpuan pihak terlibat adalah di sekitar Jalan Batu Burok, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tok Lam, Kampung Cina, Jalan Balik Bukit dan Pasir Panjang.“Baru-baru ini sahaja, MBKT telah membuang dan menanggalkan kira-kira 3,000 hingga 6,000 iklan haram atau tidak mendapat kelulusan MBKT dalam tempoh sebulan.“Kita serius dalam penguatkuasaan bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab menampal, memasang atau menggantung iklan-iklan tanpa kelulusan dan memastikan hanya yang benar-benar mendapat kebenaran sahaja memasang iklan di tempat yang dikhususkan,” katanya.Beliau berkata, pemasangan iklan tanpa kebenaran tertakluk kesalahan di bawah Perkara 6 (1) Undang-Undang Kecil Iklan MBKT 1982.Menurut beliau, antara usaha yang dibuat bagi membendung gejalan tersebut termasuk melalui penguatkuasaan yang dijalankan setiap hari pada hari bekerja.“Secara purata dalam sehari pihak kami membuang lebih kurang 100 keping iklan yang tidak mendapat permit dengan bantuan empat hingga lima orang anggota penguatkuasa yang bertugas.“Bagi mereka yang mahu mengiklankan produk atau perkhidmatan serta mengadakan promosi, sepatutnya mereka perlu dapat permit daripada MBKT terlebih dahulu sebelum menggantung kain rentang dan sebagainya,” katanya.
18 Dec 16
85
Syarikat Telekomunikasi Rugi RM10 Juta Setahun Akibat Kecurian Kabel
Syarikat-syarikat Telekomunikasi di Malaysia terpaksa menanggung kerugian hampir RM10 juta setahun akibat kecurian kabel menara telekomunikasi yang sering berlaku kebelakangan ini.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato'Jailani Johari berkata beliau kesal dengan sikap setengah pihak yang tidak bertanggungjawab terlibat dengan isu itu sehingga menyusahkan ramai pihak."Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam usaha membina dan melaksanakan infrastruktur menara telekomunikasi terpaksa berhadapan masalah kecurian kabel yang kerap berlaku."Jadi saya harapkan pihak kami akan mendapat kerjasama daripada penduduk tempatan, pihak berkuasa tempatan termasuk pihak polis bagi memastikan jenayah ini dapat dikurangkan,"kata Jailani.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pusat Internet 1Malaysia(P1M) Celcom Gugusan Hulu Terengganu di Kampung Chapu, Hulu Terengganu hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat; Pengurus USP Management Celcom Axiata, Zawawi Harun serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Chapu, Rani Muda.Menurut Jailani, terdapat 83 menara telekomunikasi di seluruh negeri Terengganu dan akan ada pembinaan baru termasuk di Hulu Terengganu."Kos setiap menara bernilai antara RM1 juta hingga RM1.2 juta dan kos akan bertambah mengikut keadaan semasa termasuk kos pengambilan tanah,akses ke pusat tersebut dan sebagainya."Kita akan laksanakan pembinaan menara baru di mana kita dapati bahawa masih terdapat kawasan-kawasan termasuk Hulu Terengganu yang kadar liputannya masih kurang dan ini masih dalam penilaian SKMM,"ujarnya lagi.Sementara itu, Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Chapu akan menjadi pusat pengumpulan setempat atau agihan untuk produk atas talian yang pertama di Semenanjung Malaysia.Jailani berkata pihak Pos Malaysia akan bekerjasama dengan pihak pengusaha supaya untuk mengumpulkan produk dan memasarkannya bagi meringankan pengusaha luar bandar."Pos Malaysia akan datang memungut hasil produk yang telah di kumpulkan di P1M dan akan menyerahkan kepada mana-mana yang nak beli atas talian."katanya.Menurut Jailani,terdapat sembilan P1M di Hulu Terengganu dan enam lagi tambahan iaitu di Felda Tersat,Chepoh,Felda Bukit Bading,Pasir Tinggi,Felda Jerangau Barat dan Kampung Lerek.Katanya, pihak SKMM akan turut mempertimbangkan lagi penambahan P1M berdasarkan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan yang memerlukannya.
17 Dec 16
162
MITI Sasar 10 Peratus PKS Di Sektor Perkilangan Menjelang 2020
Maslan (depan) bersama Nawi (dua dari kiri) dan Roslee (paling kiri) ketika mengadakan lawatan ke Syarikat PRM Foods Marketing Sdn Bhd di Marang, semalam. Foto oleh Harish FadzillahKementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyasarkan pertambahan empat peratus menjadikan keseluruhan 10 peratus pembabitan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor perkilangan menjelang 2020.Timbalan Menterinya, Dato’ Ahmad Maslan berkata, penguasaan usahawan PKS dalam sektor perkilangan masa sekarang, masih rendah apabila hanya enam peratus.“Kita menyasarkan jumlah penyertaan usahawan PKS Bumiputera dalam sektor perkilangan mampu meningkat kepada 10 peratus menjelang 2020 berbanding hanya enam peratus pada masa ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Syarikat PRM Foods Marketing Sdn Bhd di Marang, baru-baru ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan , Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad; Pengerusi Lembaga Pengarah, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Roslee Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp Malaysia, Dato’ Hafsah Hashim.Menurut beliau, terdapat sebanyak 645,000 PKS di negara ini dengan hanya 37 peratus (238,650) adalah PKS Bumiputera dan daripada jumlah itu hanya enam peratus terlibat dalam sektor perkilangan.“Selebihnya, banyak terlibat dalam sektor perkhidmatan seperti restoran, kedai runcit dan bengkel membaiki kenderaan.“Melalui bimbingan daripada agensi kerajaan dibawah kementerian, kita yakin jumlah itu akan meningkat kepada 10 peratus,” katanya.Ahmad berkata, PKS perlu memberi tumpuan kepada tujuh kriteria penilaian melalui konsep Penarafan Daya Saing PKS bagi Peningkatan (SCORE) oleh SME Corp.“Tujuh kriteria itu ialah kekukuhan kewangan, prestasi perniagaan, sumber manusia, pemerolehan, penerapan teknologi, pensijilan dan kehadiran pasaran.“Setakat ini, 40,000 daripada 645,000 PKS telah dibuat penilaian SCORE dan bantuan akan diberi kepada mereka mengikut keperluan dan kategori bintang yang diperoleh dalam penilaian itu,” katanya.
17 Dec 16
155
Sedia RM2.2 Juta Untuk Persatuan Belia
Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM2.2 juta untuk bantuan pentadbiran kepada persatuan belia yang aktif di seluruh negeri tahun depan.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, peruntukan tersebut melibatkan hampir 431 persatuan belia dan berdaftar dengan Majlis Belia Negeri (MBN)."Ini telah dibentangkan oleh Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika bajet sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lalu bahawa semua persatuan belia yang aktif di negeri ini akan menerima bantuan pentadbiran sebanyak RM5,000."Bantuan pentadbiran tersebut akan mula disalurkan oleh kerajaan negeri mulai tahun depan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis berkhatan perdana peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, semalam.Pada majlis itu, seramai 80 peserta diarak menaiki 30 beca sejauh kira-kira dua kilometer bermula daripada Padang Bola Kampung Kuala Mejing ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gemuroh.Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat.Rozi yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Telemong berkata, peruntukan itu bertujuan untuk pengurusan pentadbiran persatuan belia membeli keperluan alat tulis, perbelanjaan makanan serta minuman ringan ketika mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa."Saya harap persatuan belia yang ada lebih aktif dan buat pelbagai program di peringkat akar umbi untuk menggerakkan belia yang ada di kampung-kampung."Manfaatkan sebaiknya peruntukan yang diberi bagi melahirkan belia yang berdedikasi dan seterusnya mengurangkan penglibatan belia dalam masalah sosial,"kata Rozi lagi.
17 Dec 16
47
Terengganu Dijangka Terima Lebih 20,000 Pelancong Asing Mulai Bulan Depan
Terengganu dijangka menerima kedatangan lebih 20,000 pelancong daripada beberapa negara Asia membabitkan 98 penerbangan secara terus daripada China ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, secara berperingkat-peringkat mulai bulan depan.Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, penerbangan peringkat pertama dijangka melibatkan kira-kira 3,000 pelancong akan ke negeri ini."Agensi pelancongan di China menyasarkan dua penerbangan terus dalam tempoh seminggu dalam enam bulan pertama dan tiga kali seminggu selepas tempoh tersebut."Pelancong akan dibawa ke tempat-tempat pelancongan yang ada di Terengganu melalui pakej yang disediakan oleh agensi pelancongan yang berpengkalan di China selama empat malam lima hari," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) semalam.Turut hadir Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik,Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Osman A.Bakar dan Ketua Polis Daerah ,DSP Adli Mohd Daud.Sementara itu,Tengku Putera yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang turut mengulas mengenai pelaburan dan peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan di Terengganu."Kerajaan negeri akan menerima pelaburan swasta sebanyak RM624 juta pelaburan swasta pada tahun depan, termasuk 560 peluang pekerjaan yang akan disediakan terutama dalam bidang perhotelan."Kita mahu golongan belia bersedia merebut peluang pekerjaan dan di samping itu kerajaan negeri akan melancarkan program Jom Kerja bagi membantu meningkatkan pendapatan rakyat bermula tahun depan,"katanya.
17 Dec 16
42
Lima Projek Mega Di Besut Laksana Tahun Depan
Impian penduduk Besut ingin melihat proses pembangunan daerah itu berubah akan menjadi kenyataan apabila lima projek mega akan dilaksanakan bermula tahun depan.Antara projek terbabit ialah Gerbang Pelancongan Antarabangsa, Taman Ilmu, Jertih Souq, Lebuh Raya Keruak/Gunong Bongsu dan Klinik Kesihatan Pulau Perhentian.Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih, Dato' Muhamad Pehimi Yusof berkata, sebahagian besar projek terbabit adalah projek lama yang terbengkalai dan tertangguh.Katanya, kerajaan akan memastikan semua projek terbabit dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar mengikut jadual dan tidak lagi terbengkalai."Ia menjadi harapan besar penduduk Besut yang ingin melihat supaya semua projek terbabit menjadi kenyataan," katanya kepada media selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Besut di Jertih, baru-baru ini.Mengenai pembangunan Jertih Souq beliau berkata, sebuah pasar dan perhentian bas baru akan dibina bagi kemudahan peniaga kecil dan penumpang bas.
17 Dec 16
33
Bazar Warisan Dimajukan Semula
Kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan memajukan semula Kompleks Bazar Warisan, dengan kerjasama syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Wei Amber Group Sdn Bhd bermula penghujung Disember ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembangunan premis perniagaan itu berdasarkan kawasan yang menjadi tumpuan meliputi satu kilometer radius yang berpusat di PB Square.Katanya, terdapat dua projek besar yang bakal dibangunkan di kawasan tersebut iaitu pembinaan semula Pasar Besar Kedai Payang bernilai RM78 juta selain pengubahsuaian Bazar Warisan yang sedia ada.“Bagi penambahbaikan bazar ini, perbelanjaannya akan dikeluarkan sepenuhnya oleh Wei Amber Group Sdn Bhd dengan kos RM15 juta melibatkan gerai makanan antarabangsa, restoran makanan halal Cina serta sebuah hotel bajet.“Kedai-kedai sedia ada pula akan dikekalkan. Sementara pengubahsuaian ini dilakukan, peniaga bakal dipindahkan sementara di sekitar Shahbandar dan perbelanjaan untuk tapak itu juga akan ditanggung oleh syarikat tersebut,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada majlis Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman bagi Pembangunan Semula Bazar Warisan Kuala Terengganu antara MBKT dan Wei Amber Group Sdn Bhd di Kuala Lumpur.Turut hadi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato, Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd. Zulkiflie Abu Bakar dan Pengarah Urusan Wei Amber Group Sdn Bhd, Ismail Nuh.Ahmad Razif berkata, pengubahsuaian tersebut bakal mengambil masa selama tiga ke enam bulan dan dijangka mula dibuka kembali secara berfasa bermula Ramadan tahun hadapan.Tambahnya, fokus utama diberikan kepada kedai makanan antarabangsa serta restoran makanan halal cina seterusnya diikuti dengan pembinaan hotel.Sementara itu, Pengarah Urusan Wei Amber, Ismail berkata kerjasama yang dilakukan bersama kerajaan negeri adalah berdasarkan potensi ekonomi yang dilihat oleh syarikatnya.“Saya pernah tinggal di Terengganu selama empat tahun, jadi saya yakin dengan pasaran di sana kerana budaya yang diamalkan tidak jauh berbeza,” katanya.
14 Dec 16
319
Usahawan PKS Disaran Rebut Dana RM6.7 Bilion
Dato’ Ahmad Maslan ketika merasmikan Program Outreach MITI Dan Agensi Dengan Kerjasama Majlis Sektretariat Pembangunan Usahawan Terengganu di Dewan Kovensyen Yayasan Pembangunan Usahawan, hari ini. Foto oleh Zulkifli PutraUsahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) khususnya Bumiputera digesa mengambil peluang memanfaatkan dana berjumlah RM6.7 bilion yang disediakan kerajaan menerusi Bajet 2017 kepada PKS, mulai tahun hadapan.Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM1.52 bilion dikhaskan untuk usahawan Bumiputera bagi menggalakkan sektor berkenaan. “Saya ingin menggesa usahawan PKS terutama di Terengganu dan seluruh negara merebut dana RM6.7 bilion yang disediakan kerajaan untuk tahun hadapan di mana RM1.52 bilion dikhususkan untuk Bumiputera dan selebihnya terbuka untuk Bumiputera dan bukan Bumiputera.“Ini membuktikan komitmen kerajaan bagi membantu menjadikan usahawan PKS ini sebagai tulang belakang kepada ekonomi negara,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Outreach MITI Dan Agensi Dengan Kerjasama Majlis Sektretariat Pembangunan Usahawan Terengganu di Dewan Kovensyen Yayasan Pembangunan Usahawan, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan , Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad; Pengerusi Lembaga Pengarah, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Roslee Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp Malaysia, Dato’ Hafsah Hashim.Menurut beliau, sebanyak RM75 juta diperuntukan untuk Promosi Pembangunan, Skim Jaminan Modal Kerja (RM200 juta) dan e-Dagang (RM160 juta). “Manakala, RM1.52 bilion untuk syarikat bumiputera antaranya TEKUN (RM300 juta), PUNB (RM200 juta), MARA (RM120 juta), TERAJU (RM500 juta) dan SME Bank serta Amanah Ikhtiar Malaysia masing-masing RM100 juta,” ujarnya.Katanya, ianya sebagai bantuan pembiayaan, modal insan, prasarana, akses pasaran, dan inovasi malah boleh dimohon sama ada sebagai pembiayaan, pinjaman mahupun geran.
14 Dec 16
29
Sumbangan RM170,000 Untuk Persediaan Persekolahan 2017 Kepada Keluarga PGA Gong Badak
Ahmad Razif melontar bola petaque sebagai simbolik merasmikan majlis penutup Kejohanan Petanque Terbuka Batalion 9, PGA Gong Badak, semalam. Foto oleh Harish FadzillahKerajaan negeri bersetuju menyediakan sumbangan berjumlah kira-kira RM170,000 sebagai bantuan persediaan persekolahan bagi sesi 2017 kepada keluarga anggota Pasukan Gerakan Am, Gong Badak, pada penghujung tahun ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata bantuan kepada 556 pegawai dan anggota PGA itu sebagai menghargai jasa dan peranan pasukan keselamatan berkenaan yang bertugas tanpa mengira masa mahupun waktu demi memastikan keamanan terpelihara serta rakyat negeri ini selamat melakukan aktiviti seharian."Saya sentiasa memikirkan bagaimana cara untuk membantu anggota PGA ini, jika bantuan persekolahan yang diterima rakyat biasa, anggota PGA pastinya tidak layak berdasarkan syarat pendapatan mereka, jadi kita menerusi GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) akan memberikan menerusi CSR (tanggungjawab sosial korporat) mereka."Kita akan menyediakan sumbangan ini kepada semua tanpa mengira anggota dan pegawai yang mempunyai anak sekolah ataupun tidak, sebagai membalas jasa anggota PGA selama ini,"katanya. Beliau berkata demikian di majlis penutup Kejohanan Petanque Batalion 9 PGA, Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Supritendan Mohd Abduh Ismail dan Penolong Pegawai Pemerintah, Deputi Supritendan Ibrahim Pawan.Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga akan mengenalpasti beberapa kemudahan lain seperti menawarkan rumah untuk anggota PGA menerusi projek kerajaan negeri dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang melibatkan 300 unit rumah di kawasan berkeluasan 12 hektar, di Tok Jembal, Kuala Nerus.Katanya, pihaknya akan mengenalpasti dan menilai semula kadar peratusan yang akan ditawarkan kepada anggota PGA untuk memiliki rumah yang bernilai antara RM150,000 hingga RM300,000 itu nanti.Tambahnya, projek perumahan lain termasuk menawarkan kediaman menerusi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di kawasan 2.4 hektar bersebelahan bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Gong Badak yang akan dimajukan tidak lama lagi."Kita juga akan membina rumah PPA1M untuk penjawat-penjawat awam. Jadi PGA juga boleh memohon dengan mendapat subsidi sehingga RM30,000 setiap unit rumah," katanya.
12 Dec 16
135
Juarai Perarakan Maulidur Rasul Hasil Keserasian Dan Komitmen Berpasukan
Pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Keserasian sesama anggota dan komitmen padu yang ditampilkan tiga pasukan membolehkan mereka muncul juara bagi pertandingan perarakan dalam setiap kategori sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Terengganu, semalam.Johan bagi kategori jabatan kerajaan persekutuan dan badan berkanun, milik pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, manakala Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bagi kategori jabatan kerajaan negeri dan badan berkanun negeri serta kategori syarikat-syarikat swasta pula digondol pasukan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu).pasukan Syarikat Air TerengganuKetiga-tiga pasukan itu antara 71 pasukan yang menyertai perarakan sejauh 2.4 kilometer.Perarakan bermula seawal jam 7.30 pagi dari Dataran Shahbandar melalui Jalan Sultan Zainal Abidin, Bulatan Ladang dan berakhir di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Mohammad Omar, berkata pertama kali pasukannya diumumkan sebagai juara pertandingan perarakan dan berharap terus cemerlang pada pertandingan akan datang.pasukan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu “Tiada petua istimewa, cuma berazam melakukan yang terbaik dan setiap ahli pasukan menampilkan komitmen sama ada ketika menjalani latihan mahu pun ketika pertandingan,”katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU), Ir Atemin Sulong, berkata terima kasih kepada semua ahli pasukan yang sehingga terlibat menjayakan acara itu.“Terharu dan bangga kerana mereka tampil berdisplin, selain bersemangat untuk meraih kemenangan walaupun hanya sepuluh hari menjalani latihan selepas tamat waktu bertugas di pejabat,”katanya.
12 Dec 16
262