Artikel "Semasa" Terkini
Guru Advokasi Emas Iltizam Perkasakan VLE Di Terengganu
Minat yang mendalam terhadap dunia teknologi maklumat (IT) membuatkan seorang guru dari sekolah Kebangsaan Kubu, Marang, sentiasa inovatif bagi memanfaatkan persekitaran pembelajaran virtual (VLE) untuk kemudahan murid-murid serta guru di sekolahnya. Guru berkenaan, Kamariah Awang, 34, yang kini menetap di Pulau Kerengga, Marang, dilantik sebagai pentadbir VLE sekolah, berjaya mengaplikasikan penggunaan buku rekod pelawat dan kemasukan data rekod rancangan makanan tambahan (RMT) secara atas talian serta beberapa aplikasi lain yang boleh menggunakan pautan dan diakses menggunakan telefon pintar di mana-mana sahaja.Inisiatif beliau mendapat pengiktirafan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Pejabat Pendidikan Daerah Marang serta pihak pengurusan sekolah untuk menamakan beliau menerima anugerah Guru Advokasi Emas Peringkat Kebangsaan, dalam majlis di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Turut memenangi pengiktirafan di majlis yang sama, guru dari SK Tok Dir, Kuala Terengganu, Rosman Abadi Abdul Razak dan guru SK Sultan Mahmud 2, Besut, Wan Shahida Wan Abdullah, masing-masing memenangi 1BestariNet Teacher Awards dan Vinnie Chan Award. Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.“Kejayaan itu menjadi batu loncatan untuk saya menggunakan kemahiran dan pengalaman bagi memastikan semua pelajar dan guru, bukan sahaja di sekolah saya, malah di seluruh Terengganu dan juga mana-mana sekolah mampu menguasai VLE dengan lebih efisien.“Pihak Frog sendiri menzahirkan rasa kagum kerana biarpun kekangan perkhidmatan internet kerana faktor jarak sekolah di luar bandar tidak menghalang pelajar dan guru sekolah saya memanfaatkan penggunaan IT dalam beberapa aktiviti an aplikasi secara optimum,”katanya kepada Teganukita. Selain kejayaan di pentas negara itu, Kamariah yang turut pernah menerima Anugerah Guru Penyelaras ICT Inovatif, di SK Taman Permata,Selangor (2014), Guru Inovatif 2016 peringkats sekolah dan juga daerah dan membawa sekolah memenangi Anugerah Kecemerlangan Sekolah terbaik bagi pembudayaan Frog VLE 2016, beriltizam untuk terus menyumbang kemahiran dan ilmunya secara meluas menggunakan Frog VLE.Dia yang kini sedang menyambung pengajian Sarjana Sains IT mengkhusus Sistem Multimedia bakal menyiapkan tesis yang memfokuskan kaedah penggunaan multimedia yang lebih interaktif dan terbaik dalam pembelajaran di kalangan kanak-kanak.Tambah ibu kepada dua cahayamata itu lagi, pengiktirafan anugerah emas itu juga menjadi platform untuknya berkongsi pengalaman dan mencari inisiatif mendapatkan kerjasama pihak FrogAsia Sdn Bhd, yang bersetuju untuk meninjau dan menilai tahap capaian internet di kawasan sekolahnya supaya dapat ditambah baik. 1BestariNet merupakan projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama syarikat swasta, iaitu YTL Communication Sdn. Bhd. dalam usaha mewujudkan tadbir urus, pengajaran dan pembelajaran serta kolaborasi yang bersepadu di dunia maya menerusi portal Frog VLE.Visi 1BestariNet adalah mentransformasikan platform pendidikan di Malaysia di samping merapatkan jurang digital antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan infrastruktur pendidikan digital yang berkualiti kepada seluruh rakyat Malaysia, amnya.Frog VLE pula suatu sistem pembelajaran maya berasaskan web bagi seluruh warga sekolah, khususnya kepada para pelajar, ibu bapa dan guru.
24 Dec 16
138
Pengusaha Nasi Bajet Disaran Mohon Lesen Perniagaan
Mohd Jidin menyampaikan replika cek kepada wakil bagi kategori masjid pada Majlis Penyampaian Anugerah PBT Cemerlang 2016, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri berharap pengusaha `nasi bajet’, khususnya di kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memohon lesen perniagaan bagi memudahkan pihak berkaitan membuat pemantauan dari aspek kebersihan serta keselamatan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, berkata umum mengetahui setiap perniagaan yang dijalankan memerlukan lesen sebagaimana kepada peniaga kedai makan lain serta perlu menjalani suntikan kesihatan bagi menjamin tahap kualiti makanan yang dijual.Katanya, pengusaha nasi itu tidak perlu bimbang dengan proses itu berikutan kadar lesen yang akan dikenakan sangat rendah atau bersesuaian dengan jenis perniagaan yang dijalankan mereka.“Langkah tersebut perlu ekoran percambahan gerai perniagaan makanan harga rendah itu semakin ketara sehingga berselerak di mana sahaja.“Gerai-gerai yang wujud dalam keadaan tidak terurus boleh menimbulkan masalah dari segi penempatan, lalu-lintas dan aspek kebersihan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah PBT Cemerlang 2016, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar.Pada majlis sama, Mambong Ismail, 80, dari Kampung Masjid Batu Rakit, berjaya memperoleh Proton Saga Iswara 1.3 dalam sesi cabutan bertuah cukai taksiran. Mohd Jidin berkata, jika mendaftar, sekurang-kurangnya peniaga juga memperolehi pelbagai manfaat lain, termasuk bantuan perniagaan, pengetahuan penjagaan kebersihan, sekali gus mampu mengelak pencemaran makanan.Sementara itu, Mohd Zulkifli berkata, pihaknya menerima peruntukan hampir RM200,000 untuk menceriakan kawasan MBKT terutama di kawasan tumpuan pelancong sempena Tahun Melawat Terenggannu 2017.Katanya, kerja-kerja memasang lampu dan memperindahkan landskap di Taman Awam Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang, Pulau Warisan dan persekitaran pusat bandar kini giat dijalankan.“Penjagaan kebersihan tandas turut dipergiatkan dengan menyasarkan lebih banyak tandas-tandas mendapat penarafan lima bintang,”katanya
22 Dec 16
78
Logo Songket Asli Tenunan Tangan Terengganu Dilancar Mudahkan Pengguna Kenali Songket Tulen
Logo khas songket asli tenunan tangan Terengganu dilancar semalam bagi memudahkan pengguna untuk mengenali songket tenunan tangan negeri ini yang tulen.Usaha itu dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Terengganu) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu serta Terengganu International Design Excellence (TiDE).Timbalan Pengarah Perbadanan Kraftangan Malaysia (Terengganu), Mohd. Suhaimi Zakaria berkata, pengenalan logo khas yang di kawal selia TiDE yang merupakan anak syarikat YPU Terengganu adalah inisiatif untuk membantu pengguna dalam membezakan songket asli Terengganu dan songket luar.“Selain untuk mengurangkan risiko pengguna tertipu dengan lambakan songket tiruan keluaran luar negara mahupun buatan mesin yang didakwa ditenun secara tangan di negeri ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Logo Songket Asli Tenunan Tangan Terengganu yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YPU Terengganu, Tengku Khairi A. Rahman di Dewan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Terengganu), semalam.Menurut Suhaimi, setiap songket tenunan tangan Terengganu yang asli akan dijahit bersama logo tersebut berukuran 3 cm x 3 cm dan disertakan bersama kad sijil perakuan yang mempunyai nombor siri berlainan,” ujarnya.
21 Dec 16
503
Warga Emas Perlu Hak, Peluang Dan Akses Yang Sama - Roslee
Roslee Daud bersama penghuni di Rumah Sejahtera Taman Bahagia, Marang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan golongan warga emas, pelbagai aktiviti dijalankan sempena Hari Warga Emas Peringkat Negeri Terengganu 2016 yang diadakan di Rumah Sejahtera Taman Bahagia, Marang, semalam.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Roslee Daud berkata jasa dan budi mereka memang tidak dapat disamakan dengan nilai dan wang ringgit.Katanya, program yang diadakan sempena hari warga emas itu sekurang-kurangnya dapat menghargai segala pengorbanan mereka selama ini.“Disamping itu, program yang diadakan ini juga diharapkan dapat membentuk dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap warga emas terutamanya hak, peluang dan akses yang sama supaya mereka tidak merasa tersisih selain turut menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Terengganu 2016 di Marang, hari ini.Turut hadir, Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Rusmi Mahmood, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Saharuddin Mohd Kia dan Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas Marang, Nordin Abu Hassan.Dalam pada itu, Roslee berkata dengan kewujudan Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) diharapkan dapat memberi ruang dan peluang kepada warga emas untuk menjalani pelbagai aktiviti.“Di Terengganu, terdapat lima buah Pawe dengan keahlian seramai 1,044 orang peserta dengan peruntukan sebanyak RM166,650 sepanjang tahun 2016.“Selain memberi peluang kepada warga emas menjalani aktiviti di Pawe, ianya juga adalah bagi memperkasakan mereka di bawah Economic Empowerment Program (EEP) bagi memberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi,” katanya.Mamat AbdullahPada majlis yang sama, Mamat Abdullah, 115, telah dianugerahkan sebagai Warga Emas Tertua (Lelaki) manakala Nik Abas, 116, pula menerima anugerah bagi kategori perempuan.Bagi Anugerah Pawe terbaik pula, Pawe Marang yang telah memulakan operasinya sejak 2001 memenangi anugerah berkenaan.
20 Dec 16
322
Perkenal MQ mQuit Services, Elak Ketagihan Merokok
Sebanyak 39 Klinik Kesihatan (KK) dan tiga hospital di Terengganu menyediakan Perkhidmatan Berhenti Merokok (MQ mQuit Services) bertujuan merawat perokok daripada terus ketagihan nakotin.Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, seramai 287 perokok telah mendaftar dan 63 daripadanya berjaya direkodkan berhenti.Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Muhammad Omar berkata, antara klinik yang menunjukan prestasi cemerlang dalam menawarkan perkhidmatan itu, termasuk KK Padang Luas, Besut."Klinik kesihatan lain, KK Kuala Berang, Hulu Terengganu dan KK Padang Hiliran, Kuala Terengganu di mana masing- masing merekodkan hampir 50 peratus daripada jumlah yang mendaftar berjaya mengawal ketagihan merokok."Disarankan supaya semua klinik kesihatan dan juga hospital memperkukuhkan perkhidmatan ini dengan memastikan anggota terlatih , peralatan dan kemudahan mencukupi dalam mengendali setiap kes yang berdaftar," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran MQ mQuit Services, di KK Padang Hiliran, Kuala Terengganu, petang semalam.MQ mQuit Services turut menyediakan talian Quitline yang membolehkan pelanggan mendapatkan kaunseling dan khidmat nasihat melalui telefon.
20 Dec 16
360
UKOM Jalin Kerjasama Strategik Dengan Pengamal Media
Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) mengambil langkah proaktif membuka pintu kepada pengamal media di Terengganu untuk mengemukakan sebarang cadangan mengadakan kerjasama strategik sebagai platform menyebar luas dasar-dasar kerajaan negeri kepada umum.Pengarahnya, Ab Rasid Jusoh berkata, jalinan kerjasama strategik UKOM dengan pemain media seluruh negeri bukan hanya sebagai perantara dalam menyampaikan info dan maklumat program barisan kepimpinan dan pegawai kanan kerajaan negeri menerusi sebaran jaringan media, malah bekerjasama mempelbagaikan program komunikasi termasuk menganjurkan acara yang boleh mewujudkan situasi `menang-menang’. “Matlamat dan misi UKOM ditubuhkan pastinya menjadi agensi yang mampu menterjemahkan serta memasarkan dasar dan agenda Transformasi Terengganu Baharu (TTB) supaya difahami, disokong, dihayati dan dibudayakan oleh seluruh rakyat menerusi program komunikasi.“Pada masa yang sama, visi kita sebagai peneraju utama media yang Terkini, Tepat dan Berkualiti, selain menjadi pusat sehenti media serta menjadi teras menjayakan dan pembinaan warga negeri yang toleransi, harmoni serta inovatif.“Kita mahu keluar dari kelaziman sedia ada dan kini kita membuka cadangan, idea serta pandangan kepada rakan media yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak sekali gus merealisasikan matlamat penubuhan UKOM sendiri,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Pengarah UKOM Dengan Ketua Biro Media Terengganu, di Pejabat UKOM, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Timbalan Pengarah Operasi, Ruslan Abdul Rahman.Ab Rasid berkata, pihaknya juga menyedari peranan penting pengamal media di Terengganu sudah banyak membantu menaikkan imej negeri termasuk melonjak pembangunan ke tahap yang lebih baik menerusi pelbagai kaedah promosi serta publisti yang berterusan.Sehubungan itu juga, beliau berkata, kaedah promosi dan publisiti mengenai pelbagai agenda, dasar serta inisiatif kerajaan selama ini juga akan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi meningkatkan dan mengukuhkan lagi kefahaman, keyakinan serta sokongan rakyat terhadap kepimpinan negeri.
19 Dec 16
243
PT3 : Prestasi Cemerlang SM Imtiaz Kuala Terengganu
77 pelajar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang mendapat 11A dalam PT3 bersama dengan pengetuanya, Mohd Yusoff Othman selepas selesai pengumuman keputusan peperiksaan tersebut, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim. Sekolah Menengah Imtiaz YT Kuala Terengganu mencatat peningkatan luar biasa dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) apabila seramai 77 orang daripada 109 calon di sekolah itu mencapai semua A.Pengetuanya, Mohd Yusoff Othman berkata, keputusan yang diumumkan pada hari ini merupakan kejayaan sangat besar bagi sekolah tersebut.Katanya, pelbagai program dilaksanakan bermula awal tahun lagi bagi mencapai hasil seperti yang telah diperolehi pada hari ini.“Jika dibandingkan dengan keputusan PT3 pada 2015, hanya 34 orang sahaja yang mendapat keputusan semua A. Keputusan pada tahun ini merupakan hasil daripada kerja yang sangat kuat dan luar biasa daripada guru-guru serta para pelajar di sekolah ini.“Pelbagai program telah kami laksanakan sepanjang tahun untuk mencapai keputusan yang cemerlang ini antaranya kem mata pelajaran, kem motivasi serta kem kecemerlangan di kawasan luar sekolah,” katanya.Mohd YusoffYusoff dalam pada itu berkata sumbangan-sumbangan yang disalurkan melalui pihak ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Yayasan Terengganu kepada pihak sekolah juga antara yang telah membantu menjayakan program itu.Tambahnya, selain itu jasa guru-guru yang banyak berkorban masa serta tenaga antara faktor kejayaan sekolahnya itu.“Guru-guru ini bekerja tanpa mengira kos serta bayaran kerja lebih masa. Jika diikutkan, bayaran memang tidak cukup namun mereka bekerja dengan ikhlas semata-mata ingin melihat kejayaan di kalangan pelajar Tingkatan Tiga di sekolah ini.“Alhamdulillah, atas usaha yang dilakukan kita berjaya melangkaui sasaran awal yang ditetapkan pada awal tahun apabila melangkaui 70 peratus calon mendapat semua A untuk tahun ini,” katanya.
19 Dec 16
1672
Hulu Terengganu Daerah Perintis Lawatan Kerja Sehari SUK
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail turun padang menemui pegawai dan penjawat awam di setiap daerah dan menjadikan Hulu Terengganu selaku daerah perintis sempena lawatan kerja sehari, bermula semalam.Dalam lawatan itu, beliau diberikan taklimat ringkas berkaitan pembangunan daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah, Azmi Razik, di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu.Taklimat merangkumi pembangunan prasarana Kompleks Sukan Hulu Terengganu, penyusunan semula Bandar Baru Ajil, Pusat Pentadbiran Baru Daerah Hulu Terengganu serta projek Politeknik Hulu Terengganu.Pada lawatan itu juga, Wan Nawawi sempat beramah-mesra dengan kakitangan jabatan itu, sekali gus menjadi platform untuk beliau merapatkan hubungan serta mendengar permasalahan dan juga pandangan daripada pegawai serta kakitangan kerajaan negeri.
19 Dec 16
63
PT3 : Terengganu Catat Peningkatan Semua A
Seramai 1,093 atau 5.27 peratus daripada 20,739 pelajar yang menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016 di Terengganu memperoleh semua A.Jumlah memperoleh semua A itu meningkat sebanyak 394 orang berbanding 699 atau 3.37 peratus pada tahun lalu.SM Imtiaz Yayasan Terengganu muncul antara sekolah terbaik negeri apabila 77 daripada 109 pelajar atau 70.64 peratus calon memperolehi semua A. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang, berkata jumlah peratusan yang berjaya merekodkan keputusan semua A daripada seluruh sekolah di Terengganu meningkat daripada 699 orang calon tahun lalu kepada 1,093 atau 56.37 peratus tahun ini. “Peningkatan pencapaian itu berikutan guru yang mengajar mengikut format sistem kurikulum yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.“Selain itu saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada daerah Marang yang menunjukkan pencapaian terbaik di peringkat negeri,” katanya kepada Teganukita, hari ini.Selain itu, A. Latiff berkata, calon PT3 juga sudah mula menguasai tahap pembelajaran dengan baik. Bagaimanapun, secara keseluruhannya, subjek Matematik dan Bahasa Inggeris Penulisan masih di tahap lemah dan memerlukan lebih tumpuan pada masa depan.Beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan juga kepada pengetua dan guru-guru seluruh Terengganu yang memberi komitmen sangat baik terhadap prestasi semasa ini.Untuk rekod, pelajar Tingkatan Tiga yang menduduki PT3 sejak 2014, ditaksir melalui empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan PT3.PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara di Tingkatan Tiga bagi menilai pencapaian akademik calon dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat menengah rendah. Melalui PT3, calon ditaksir untuk melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir sesuatu program pembelajaran. Pelaksanaan PT3 mengambil kira instrumen dan panduan penskoran setara yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) manakala pentadbiran dan penskoran oleh guru di sekolah masing-masing dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh LP.
18 Dec 16
109
Premis Perkedaian Baru Sebelah HSNZ Operasi Januari Ini
Medan Selera yang menempatkan 18 unit lot kedai berhampiran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi menempatkan pengusaha gerai di laluan pejalan kaki di situ, dijangka dapat memulakan operasi awal Januari ini.Projek kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu memberi peluang kepada 13 peniaga yang sebelum ini menjalankan perniagaan tanpa lesen dan sering berdepan tindakan kompaun, supaya berpindah ke tempat yang lebih selamat dan selesa.Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, pembinaan lot-lot kedai yang lebih tersusun yang dibangunkan pertengahan 2015, dengan kos kira-kira RM3.5 juta telah siap awal November lalu mengikut tempoh yang ditetapkan.“Proses pengundian bersama 13 peniaga asal di lorong pejalan kaki berdekatan HSNZ telah dilakukan pada 6 Disember lalu bagi menentukan lot kedai masing-masing.“Sekarang ini, semua sudah selesai cuma menunggu pemasangan bekalan air serta elektrik oleh pihak berkaitan sebelum diserahkan sepenuhnya kepada peniaga terbabit,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.Katanya, jika tiada sebarang halangan, semua peniaga dijangka berpindah ke lot kedai baru itu menjelang awal tahun depan dan dapat menjalankan urusniaga jual-beli dengan lebih selesa dan terurus.
18 Dec 16
101