lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Surianita Dekati Golongan Memerlukan - Halina
 Halina (dua dari kanan) melihat hasil masakan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan masakan sempena Mesyuarat Agung Surianita kali- Ke18 di Kediaman Seri Iman, hari ini. Foto oleh: Zulkifli PutraPersatuan Wanita Sedar Negeri Terengganu (Surianita) yang ditubuhkan pada 1999 tidak pernah lari daripada misinya untuk membantu keluarga dan penduduk setempat yang memerlukan bantuan.Yang Dipertua Surianita, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, seiring dengan objektif penubuhannya, Surianita dilihat sebagai ejen kerajaan dan penyampai maklumat mengenai isu kebajikan termasuk masalah rakyat di kawasan masing-masing dan misi serta visi itu tetap selari hingga kini.Katanya, sepertimana badan bukan kerajaan (NGO) yang lain, kewujudan Surianita yang ditubuhkan khusus untuk kaum wanita di Terengganu sahaja itu, antara lainnya bertujuan membantu kebajikan ahli dalam menjana ekonomi keluarga.“Termasuk melalui kursus-kursus jahitan, masakan, kraftangan dan sebagainya yang seterusnya membolehkan ahli-ahli memajukan diri dengan menjalankan perniagaan sendiri,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-18 Persatuan Wanita Sedar Negeri Terengganu (Surianita) di Kediaman Seri Iman, hari ini.Turut hadir, Naib Yang Dipertua Surianita, To’ Puan Halijah Ali.Katanya, setiap ahli Surianita dari semua daerah di negeri ini diharap mengambil cakna mengenai jiran terdekat dan penduduk kampung jika mereka memerlukan bantuan.“Dengar dan terima pandangan mereka dan bolehlah bawa ke tengah melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung masing-masing,” ujarnya.Dalam pada itu Halina berkata, walaupun tidak mendapat sumbangan atau geran daripada mana-mana pihak, Program Biasiswa Anak Angkat yang diperkenalkan Surianita sejak 2012 tetap diterusnya hingga kini.“Sumbangan sebanyak RM50 sebulan selama dua tahun diberikan kepada pelajar dari golongan keluarga kurang berada yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 dengan sekurang-kurangnya mendapat 5A.“Seterusnya, jika cemerlang dalam SPM dengan pencapaian sekurang-kuranya 6A, pelajar ini akan diberikan insentif sebanyak RM1,000 seorang,” ujarnya.
27 Dec 16
554
Empty Image
Dua Pusat Permindahan Banjir Di Kemaman Ditutup
Dua pusat pemindahan banjir di Kemaman yang dibuka pada 26 Disember lalu bagi menempatkan mangsa dari kawasan terjejas akibat hujan berterusan dan berlaku takungan air, ditutup serentak kira-kira jam 9.20 pagi tadi.Menurut portal etindakan.terengganu.gov.my, berikutan itu 57 mangsa daripada 14 keluarga yang berada di SMK Badrul Alam Shah, Kemasik  dan 32 mangsa (tujuh keluarga) di Balai Raya Kampung Padang Kemunting, Kemaman  dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Keadaan cuaca di Terengganu juga dalam keadaan baik.
27 Dec 16
46
Empty Image
Permohonan Dana Tahun Baru Cina Dibuka
Gambar hiasanMasyarakat Cina yang berkelayakan di Terengganu boleh memohon bantuan Tahun Baru Cina 2017 melalui atas talian yang dibuka sepanjang 10 hari,  berakhir 4 Januari depan.Syarat kelayakan permohonan dinaikkan kepada mereka yang berpendapatan tidak melebihi RM2,500 berbanding hanya RM2,000 sebelum ini.Permohonan boleh dibuat melalui pautan iDANATTB di laman web danattb.terengganu.gov.myTimbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Khidmat Pengurusan), Zainal Abidin Hussin berkata, permohonan menerusi talian itu hanya melibatkan permohonan baharu sahaja iaitu bagi mereka yang tidak pernah memohon sebelum ini.Katanya, selain itu pemohon juga perlu mengemaskini maklumat peribadi seperti  bujang kepada berkahwin, menambah atau mengurang jumlah tanggungan  dan bertukar alamat.“Mereka yang dikategorikan warga emas, Orang Kurang Upaya, keluarga berpendapatan rendah, ibu atau bapa tunggal dan individu belum berkahwin adalah golongan yang layak membuat permohonan.“Individu yang tidak mahir menggunakan internet atau komputer boleh ke Pusat Bestari.Com berdekatan  di Dewan Undangan Negeri masing-masing,” katanya kepada teganukitaSelain itu, penebusan baucer dijangka boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional pada 23 Januari dan berakhir 23 April 2017.
27 Dec 16
49
Empty Image
3,000 Bungkus Nasi Lemak Percuma Menanti Pengunjung
Kira-kira 3,000 bungkus nasi lemak dan minuman percuma menanti pengunjung tempatan dan pelancong asing terawal ke Program Visit Beautiful Terengganu 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, bermula 31 Disember hingga 2 Januari ini.Agihan menu secara percuma selama tiga hari berturut- turut itu akan bermula pada  jam 9.30 pagi sehingga habis makanan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, berkata sebanyak 1,000  bungkus nasi lemak beserta minuman akan diagihkan kepada pengunjung pada setiap hari.“Seramai tujuh pengusaha nasi lemak tempatan akan terlibat menyediakan menu istimewa sepanjang program berlangsung,” katanya pada sidang media selepas meninjau tapak program di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, petang ini.Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melancarkan program itu di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, Sabtu ini. Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Wan Abdul Hakim berkata, inisiatif kerajaan melalui Sekretariat Beautiful Terengganu itu sebagai usaha menghargai pengunjung ke program yang turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik lain.“Antaranya pertunjukan bot berhias, persembahanan jet ski light, pertunjukan bunga api, pertunjukan laser mapping and hologram water screen, permainan tradisional, gerai jualan dan aktiviti Motofest Terengganu“Tidak ketinggalan persembahan kebudayaan, tarian tradisional dan persembahan oleh artis-artis Terengganu, termasuk Ameng Spring, Anis Suraya, Normad, Zalif Sidek, Saleem Iklim dan Kumpulan Dendang Anak,”katanya.Terengganu kini lebih bersedia untuk dinobatkan sebagai negeri pelancongan yang mempunyai rangkaian kemudahan yang lebih efisien. sistem pengangkutan dan khazanah alam semulajadi, seni budaya dan warisan yang mampu menggamit kehadiran pengunjung. ..
27 Dec 16
38
Empty Image
Program Kayuhan Muhibah Jumaat Ini
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengadakan Program Kayuhan Muhibah pada 30 Disember ini sebagai salah satu gimik pra pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2017.Pengarah Korporat, Kemasyarakatan dan Kualiti MBKT, Nur Kamilah Hamzah berkata, program tersebut akan bermula di Dataran Batu Burok dan berakhir di lokasi yang sama.“Ianya terbuka kepada pelbagai agensi dan orang ramai yang berminat untuk menyertai aktiviti kayuhan.“Laluan berbasikal sempena Program Kayuhan Muhibah akan dibuka sehala melibatkan beberapa jalan utama di bandaraya ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Menurut beliau, laluan dewasa sejauh 20 kilometer (km) yang bermula di Batu Burok melibatkan Jalan Sultan Zainal Abidin menghala ke Pasar Payang, Kampung Cina, Jalan Sultan Ismail, Batas Baru, Jalan Kemajuan, Susur Duyong (pusingan-U), lampu isyarat Bukit Besar, Jalan Kamaruddin dan kembali ke Batu Burok.“Manakala laluan untuk VIP dan kanak-kanak dengan jarak tujuh km yang juga bermula di Batu Burok akan melalui jalan berhampiran Hotel Primula, Chicken Cottage ke Jalan Sultan Sulaiman, Bulatan Ladang dan seterusnya berpatah ke Hotel Primula sebelum berakhir di Batu Burok,” ujarnya.
26 Dec 16
99
Empty Image
Kemaman Keluarkan 87 Peratus Golongan Miskin
Taklimat pembangunan di daerah Kemaman turut disertai oleh Dato' Wan Nawawi dan pegawai-pegawai di Kemaman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kemaman mencatatkan daerah yang berjaya menurunkan kadar miskin tertinggi, berbanding daerah-daerah lain di seluruh Terengganu, iaitu 87 peratus kepada 107 orang sehingga 22 Disember lalu, berbanding 828 orang yang direkodkan pada Januari tahun ini .Pegawai Daerahnya, Rosman Roslan berkata, 721 orang yang berjaya diturunkan adalah menerusi pelbagai gerak kerja yang bersepadu dan intensif termasuk proses pemutihan kategori miskin di daerah berkenaan.Rosman Roslan“Melalui statistik kemiskinan yang dikeluarkan oleh e-Kasih, Kemaman mempunyai sifar miskin tegar dan hanya 180 orang miskin.“Antara yang dilakukan adalah melakukan makmal penyelerasan agensi pelaksana bagi proses pemutihan kategori miskin dalam sistem e-Kasih yang diadakan setiap Khamis serta adakan mesyuarat pelarasan penghulu mukim secara berkala setiap bulan bagi verifikasi maklumat miskin,” katanya.Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Taklimat Khas Sempena Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Ke Daerah Kemaman di Pejabat Daerah dan Daerah Kemaman, hari ini.Kemaman adalah daerah kedua dalam siri lawatan kerja SUK selepas lawatan perintis ke Hulu Terengganu pada minggu lepas.Sebelum taklimat, SUK, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail turut merasmikan Kaunter Bergerak Unit Hasil Pejabat Tanah Kemaman.Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ A Rahman Yahya dan Ketua-ketua jabatan di Daerah Kemaman.Dalam taklimat tersebut juga, Rosman turut membentangkan pembangunan semasa dan sudah siap di Kemaman.Antara projek yang sedang giat dijalankan adalah pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Kemaman dengan kos projek RM300 juta, Rancangan Tebatan Banjir Kemasik (RM60 juta), Naik Taraf Zoo Kemaman Fasa II (RM50 juta) serta Pembangunan Bandar Baru Kijal (RM30 juta).Bagi projek yang telah siap pula merupakan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kijal, Masjid Gong Chengal, Sekolah Menengah YT Imtiaz Kijal, Pemecah Ombak Kuala Kemaman dan Darul Iman Training Center.
26 Dec 16
676
Empty Image
Jumlah Mangsa Banjir Di Kemaman Meningkat
Jumlah mangsa banjir di Kemaman meningkat kepada 89 mangsa melibatkan 21 keluarga setakat jam 11.30 pagi ini, berbanding 63 mangsa daripada 16 keluarga yang dipindahkan sehingga tengahari semalam.Menurut portal etindakan.terengganu.gov.my, kesemua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir  iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah, Kemasik dan  Balai Raya Kampung Padang Kemunting, Kemaman.Seramai 57 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke SMK Badrul Alam Shah, Kemasik dan 32 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke Balai Raya Kampung Padang Kemunting.
26 Dec 16
320
Empty Image
Kerajaan Belanja RM40.9 Juta Untuk Dana Bantuan Persekolahan
Sejumlah RM40.9 juta peruntukan Dana Bantuan Persekolahan oleh kerajaan negeri telah dinikmati lebih 410 ribu orang pelajar seluruh Terengganu sejak 2014.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, peruntukan tersebut meningkat setiap tahun berikutan jumlah penerimanya yang turut bertambah iaitu 94,966 orang pada 2014 kepada 10,988,000 orang untuk tahun hadapan.Katanya, bagi sesi persekolahan tahun 2017, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM11 juta bagi pemberian Dana bantuan Persekolahan.“Pemberian sebanyak RM100 seorang diberikan kepada penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.“Ianya bagi meringankan beban ibu bapa terutama yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.Katanya, bantuan persekolahan ini diagihkan kepada keluarga yang berpendapatan bulanan bawah RM2,000 dan pelajar berumur antara tujuh hingga 17 tahun bagi sesi persekolahan tahun 2017.“Kaedah pengagihan secara tunai diagihkan oleh Pejabat Daerah melalui majlis pengagihan yang diselaraskan mengikut DUN masing-masing bermula 11 disember lalu. “Ianya bagi memastikan bantuan ini digunapakai dengan sebaik-baiknya untuk mendapatkan pakaian sekolah sebelum bermula sesi persekolahan 2017," ujarnya.
26 Dec 16
355
Empty Image
Majukan Tanah Terbiar Untuk Pertanian Dan Penternakan
Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada sektor pertanian dan penternakan yang dilihat amat berpotensi untuk dikembangkan secara komersil di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri serta Jabatan Pertanian Negeri sedia memberi inisiatif kepada penternak dan petani yang berdaya maju untuk mereka mengusahakan tanah-tanah terbiar yang ada.“Masih banyak tanah-tanah yang boleh diusahakan sebagai ladang penternakan dan kita akan terus memberi sokongan kepada golongan ini untuk membangunkan tanah secara sewaan atau sebagainya supaya dapat menjana pendapatan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan yang penting akan memberi keuntungan kepada mereka,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian pembukaan Ladang NFK Prima Farm dan Penyerahan kambing Akikah di kampung Tebakang, Bukit Payong, hari ini.Katanya, kerajaan negeri ingin menggalakkan orang ramai menjadikan sektor pertanian dan penternakan sebagai bidang keusahawanan.“Kita mengharapkan lebih ramai lagi selepas ini pengusaha-pengusaha menjalankan penternakan seperti kambing contohnya, supaya negeri Terengganu terus berkembang menjadi pengeluar produk berasaskan daging sekali gus berupaya memenuhi keperluan yang masih belum mencukupi dalam sektor ini.“Malah, kita menggalakkan mahasisiwa lepasan universiti khususnya mengambil peluang ini yang terbukti memberi pulangan lumayan kepada mereka yang komited mengusahakannya,” ujarnya.Sementara itu, A.latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkalan Berangan turut memuji usaha tiga anak muda yang menubuhkan NFK Prima Farm sebagai pembekal kambing utama pantai Timur.“Ini merupakan satu perkembangan yang sihat. Kita mengharapkan NFK Prima Farm terus berkembang maju dalam menjalankan perniagaan sebagai pembekal dan penternak kambing baka, pembekal daging kambing segar dan sejuk beku dan juga sebagai pembekal makanan dan peralatan penternakan,” ujarnya.
26 Dec 16
181
Empty Image
Hujan Berterusan, 63 Mangsa Dipindahkan Di Kemaman
Hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi, menyebabkan 63 mangsa daripada 16 keluarga mula dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara di Kemaman, sejak pagi ini.Pengarah Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, daripada keseluruhan mangsa, 21 orang daripada enam keluarga, ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu 9, Ibok, manakala  26 daripada lapan keluarga di Sekolah Menengah Badrul Alam Shah, Kemasik, masing-masing berpindah sejak 8.10 pagi tadi.Katanya, 16 mangsa daripada tiga keluarga lagi dipindahkan ke Balai Raya Padang Kemunting, Chukai sejak jam 10.30 pagi ini.“Kesemua mangsa dipindahkan sejak jam 8 pagi hingga jam 11 pagi ini. Kita sentiasa bersedia membuat rondaan di kawasan dilaporkan berlaku limpahan air bagi memastikan bantuan dapat diberi segera sekiranya keadaan bertambah buruk,”katanya.Sementara itu, Jabatan Metereologi Malaysia (JMM) hari ini turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama). Menurutnya, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu Kelantan, Pahang, Johor Timur dan Sarawak sehingga Sabtu ini (31 Disember).Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.Selain daripada itu, kawasan pantai di Terengganu, Kelantan ,Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Khamis ini (29 Disember). Selain itu juga, JJM  turut mengeluarkan amaran hujan lebat (peringkat jingga), sejak malam tadi, dengan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di Pahang (Daerah Maran, Bera, Rompin, Pekan, Kuantan dan Jerantut) dan juga Terengganu dijangka berterusan sehingga Rabu ini (28 Disember).
25 Dec 16
41