lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Bazlan Kunjungi Kakitangan UKOM Terlantar Sakit
Nasib yang menimpa kakitangan Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Esah Abdullah yang kini terlantar di rumahnya di Bukit Wan, Batu Rakit terus mendapat perhatian pemimpin kawasan itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, meluangkan masa kira-kira 40 minit melawat dan bertanya perkembangan kesihatan Esah, yang diserang strok sejak 3 Disember lalu.Sebelum itu, beliau turut melawat Ahli Jawatankuasa (AJK) Keselamatan Dan Kemajuan Kampung Bukit Wan serta bekas AJK Wanita Setiu dan Setiausaha Kerja Wanita UMNO Negeri itu, ketika sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.“Saya berharap dengan sedikit sumbangan ini, dapat meringankan bebanan Esah yang kini tidak dapat menjalankan tugasan harian dan bekerja seperti biasa. "Kita bukan sahaja menghargai jasa beliau yang menyandang pelbagai jawatan penting dalam politik dari peringkat cawangan sehingga negeri, malah dalam kerjaya sebagai wartawan juga, kerana sudah banyak sumbangan kepada masyarakat serta kepimpinan negeri menerusi penulisan, yang bermula sejak 1979 lagi, " katanya kepada Teganukita ketika ditemui selepas lawatan itu.Dalam kunjungan itu, beliau menyampaikan sumbangan kerusi roda serta bantuan wang tunai. Hadir sama Timbalan pengarah (Operasi) UKOM, Ruslan Abdul Rahman dan wakil kelab Kebajikan UKOM.Bazlan berkata, selain bantuan kerusi roda berkenaan, pihaknya juga akan mendapatkan katil (hospital) yang boleh dilaras dan bersesuaian untuk kemudahan serta keselesaannya sepanjang proses pemulihan itu.
31 Dec 16
160
Empty Image
Sekolah Terjejas Banjir Tangguh Persekolahan
Sesi persekolahan yang akan bermula esok (1 Januari) akan ditangguhkan sementara waktu bagi sekolah yang terjejas akibat  banjir di seluruh Terengganu dan dibuka semula bergantung kepada keadaan semasa.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telahpun mengambil beberapa tindakan jika bencana banjir berlaku.“Jika keadaan banjir berlarutan sehingga menjejaskan persekolahan, maka sekolah tersebut akan ditutup sehingga diberitahu kelak.“Untuk sementara ini, kita akan dapatkan dahulu laporan daripada JPNT tentang perkara ini,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jom Kembali Ke Sekolah di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Pada masa yang sama, Ahmad Razif berpesan terutama kepada ibu bapa agar memberi perhatian kepada anak-anak pada musim bah begini supaya tidak terjadi insiden tidak diingini.“Kita bimbang dalam keghairahan mereka hari ini bermain hujan kalau tidak diperhati boleh mengundang pada tragedi,” katanya.Tambahnya, segala persiapan telahpun dilakukan dari awal jika bencana banjir berlaku manakala bilik-bilik gerakan turut berada dalam keadaan bersedia bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa yang memerlukan.
31 Dec 16
34
Empty Image
Pasar Baru Bukit Payung Bernilai RM750,000 Beri Keselesaan
Kerajaan membelanjakan kira-kira RM750,000 bagi membangunkan Pasar Baru Bukit Payong yang lebih strategik dan selesa untuk kemudahan penduduk sekitar.Premis perniagaan yang dibina di bekas tapak gelanggang futsal dan dilengkapi 69 lot gerai menjadi pusat jual-beli utama penduduk di sekitar Bukit Payong, Marang dan juga Kuala Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Sains,Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri,  A.Latiff Awang, berkata kemudahan prasarana yang dibina untuk keselesaan semua khususnya peniaga dan pembeli di sekitar kawasan itu perlu dijaga dengan sebaiknya termasuk meningkatkan aspek kebersihannya.“Kerajaan membelanjakan jumlah yang besar untuk menyediakan kemudahan bagi keselesaan semua berurusniaga. Apa salahnya jika kita sama-sama memupuk kesedaran dan menjaga aspek kebersihan, di mana peniaga umpamanya, perlulah senriasa mengeringkan air limpahan ikan di tapak jualan masing-masing agar keadaan lebih selesa dan selamat untuk pengunjung.“Pada masa yang sama, susun atur barangan jualan perlu kemas dan menarik agar menjadi tarikan pembeli, kerana ia juga memberi kemudahan kepada pelanggan memilih barang yang mereka mahukan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Pasar Pekan Bukit Payung, Marang, kelmarin.Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Marang (MDM), Rozali Salleh.A. Latiff yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang berkata, MDM turut membekalkan tong sampah kepada penjual supaya tahap kebersihan pasar dapat dijaga terutamanya di kawasan barangan basah,  bahan mentah dan gerai makan.Beliau juga mahu peniaga supaya menyahut saranan MDM untuk menjadikan Pasar Baru Bukit Payong sebagai pasar contoh di Daerah Marang khususnya dari aspek kebersihan.Tambah beliau, kos keseluruhan pembinaan pasar itu menelan belanja hampir RM470,000, manakala, kos pampasan gelanggang futsal pula melibatkan kira-kira RM280,000. “Kepada semua penjual, bayaran sewa hendaklah dibayar setiap bulan. Jika terdapat tunggakan selama tiga bulan bayaran sewa, tindakan akan dikenakan iaitu sewaan premis akan ditarik balik sepertimana perjanjian,”katanya.Pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan peniaga supaya tidak membuka petak tambahan di gerai yang sedia ada kerana tindakan itu boleh mengganggu penjual lain dan menjejaskan keselesaan pengunjung.
31 Dec 16
466
Empty Image
Tingkatkan Langkah Keselamatan Di Musim Banjir - Ghazali
Ghazali dengan ditemani isterinya,  Bibi Nazima Mohamed Akbal meninjau beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir di Kampung Bukit Kolam, Ajil, petang ini. Foto oleh Mastura JamaldinOrang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berwaspada bagi mencegah dan menghindarkan sebarang kemalangan yang boleh membahayakan kesihatan serta nyawa ketika musim banjir.Pengerusi Jawatankuasa Teknologi, komunikasi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata peringatan dan kesedaran yang tinggi amat penting bagi mengelak risiko bahaya kepada diri sendiri mahupun keluarga terutama kanak-kanak supaya tidak terdedah kepada air pada musim-musim bah yang sedang melanda Terengganu kini."Saya sebagai wakil rakyat akan berusaha untuk memastikan skuad sukarelawan ini menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat yang terlibat banjir khususnya di DUN (Dewan Undangan Negeri) Ajil kerana apa yang penting adalah tanda keprihatinan Kerajaan atas kesusahan yang menimpa rakyat dan memerlukan pembelaan."Apa paling penting kita sudah pun menghantar bekalan ke pengkalan hadapan untuk semua kawasan yang terlibat dengan banjir dan setakat ini tiada masalah dengan bekalan. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung juga bertindak mengikut arahan sekiranya berlaku masalah dengan bekalan,"katanya ketika dihubungi Teganukita.Beliau turut berkata, orang ramai juga perlu menitikberatkan kebersihan persekitaran tempat tinggal dan kawasan yang berdekatan serta mengutamakan keselamatan supaya tiada insiden lemas, kecederaan serta jangkitan penyakit.Katanya lagi, perkara terpenting adalah lakukan persediaan awal termasuk menyelamatkan dokumen penting dan terus mengikut arahan pihak berkuasa untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.Dalam pada itu, banjir yang melanda beberapa daerah di Hulu Terengganu semakin buruk berikutan hujan lebat yang masih berterusan sejak semalam.
30 Dec 16
380
Empty Image
600 Sertai Program Kayuhan Muhibah
Seramai 600 peserta menyertai Program Kayuhan Muhibah yang dianjurkan kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), hari ini.Pelepasan peserta kayuhan yang bermula di Dataran Batu Burok dan berakhir di lokasi yang sama itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee pada pukul 8 pagi.Mohd Jidin berkata, kayuhan muhibah merupakan salah satu gimik pra pelancaran Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017."Program yang terbuka kepada pelbagai agensi dan orang ramai yang berminat untuk menyertai aktiviti kayuhan ini akan diadakan secara bulanan bagi memperhebatkan lagi sambutan TMT 2017."Secara tidak langsung, program sebegini memupuk minat orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat dan merapatkan hubungan khususnya warga bandaraya ini," ujarnya kepada pemberita pada program tersebut.Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Terengganu Mohd Zulkifli Abu Bakar.Menurut beliau, laluan peserta kayuhan muhibah dewasa adalah sejauh 20 kilometer (km) yang bermula di Batu Burok melibatkan Jalan Sultan Zainal Abidin menghala ke Pasar Payang, Kampung Cina, Jalan Sultan Ismail, Batas Baru, Jalan Kemajuan, Susur Duyong (pusingan-U), lampu isyarat Bukit Besar, Jalan Kamaruddin dan kembali ke Batu Burok."Manakala laluan untuk VIP dan kanak-kanak dengan jarak tujuh km yang juga bermula di Batu Burok melalui jalan berhampiran Hotel Primula, Chicken Cottage ke Jalan Sultan Sulaiman, Bulatan Ladang dan seterusnya berpatah ke Hotel Primula sebelum berakhir di Batu Burok," ujarnya.
29 Dec 16
210
Empty Image
PLUS Belanja RM5 Juta Baik Pulih Pagar
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada pelajar pada Majlis Penyampaian Kelengkapan Sekolah "Kembali Ke Sekolah 2017", di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Projek  Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) terpaksa membelanjakan  kira-kira RM5 juta sejak  Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 dibuka  bagi membaik pulih pagar yang dirosakkan secara sengaja oleh penternak yang tidak bertanggungjawab.Ketua Pegawai Operasi PLUS,  Mohammad Fuad Khusairi berkata alasan kononnya rumput di kaki lima Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) lebih segar dan sesuai untuk ternakan termasuk lembu dan kambing mendorong segelintir penternak bertindak  memotong pagar LPT2 bagi memberi kemudahan kepada ternakan mereka meragut rumput di kawasan berkenaan.“Mereka masih aktif melakukan kerja itu,  walaupun pelbagai amaran dan peringatkan dikeluarkan. "Pada tahun hadapan, PLUS akan mempertingkatkan rondaan di kawasan yang kerap berlaku kerosakan pagar bagi memastikan perbuatan itu tidak berulang," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Kelengkapan Sekolah "Kembali Ke Sekolah 2017", di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Hadir menyampaikan sumbangan kelengkapan sekolah kepada 1,000 pelajar di daerah itu Menteri Besar  Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong.Fuad berkata, dia berharap semua pihak prihatin dalam memastikan pagar di LPT2 itu tidak dirosakkan bagi menjamin keselamatan pengguna lebuh raya. "Kerosakkan pada pagar di LPT2  bukan sahaja menyebab ternakan seperti lembu dan kambing melintas malah dibimbangi haiwan liar seperti babi juga berpotensi menggunakan laluan sama untuk melintas. "Risiko kemalangan di LPT2 secara tidak langsung akan meningkat sekiranya pagar di kawasan itu rosak," katanya.
28 Dec 16
44
Empty Image
Jambatan Pulau Sekati Siap April 2017
Jambatan Pulau Sekati yang menghubungkan Kampung Teluk Pasu dan Losong.Jambatan sepanjang hampir tiga kilometer menghubungkan Kampung Teluk Pasu ke Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati dijangka siap sepenuhnya menjelang April tahun hadapan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jambatan yang merentangi Sungai Terengganu melibatkan kos sebanyak RM242 juta itu bakal menguraikan masalah trafik yang sering terjadi terutama pada musim perayaan serta cuti sekolah.Katanya, selain jambatan tersebut, beberapa projek pembangunan lain yang masih dalam pembinaan akan menyelesaikan masalah trafik di laluan berkenaan, tidak lama lagi.“Keseluruhan trafik yang berada di Kuala Terengganu ini akan dapat diselesaikan kelak apabila siapnya jambatan angkat yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Seberang Takir serta jejantas di Jambatan Sultan Mahmud ke Seberang Takir, Batu Enam serta Bukit Tunggal.“Apabila projek-projek ini siap kelak, ianya dapat menyelesaikan keseluruhan atau paling tidak dapat memastikan permasalahan trafik tidak akan terjadi dalam masa 10 tahun akan datang,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada selepas merasmikan Penyambungan Terakhir Projek Jambatan (Stiching Slab) di Jambatan Pulau Sekati, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri,Ir. Rosli Othman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Ir Ab Hamid Md Daud.Tambah Ahmad Razif, selain dari projek-projek tersebut, kerajaan negeri juga dalam proses menyiapkan KT-Bypass yang menghubungkan Jalan Tok Adis ke Jalan Bukit Besar, Kuala Terengganu bagi mengurangkan kesesakan trafik. 
28 Dec 16
1217
Empty Image
Peruntukan RM1.2 Juta Atasi Hakisan Pantai Tanjung Gelam
Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan segera sebanyak RM1.2 juta bagi menyelesaikan masalah hakisan yang berlaku di Pantai Tanjung Gelam, Kuala Nerus.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan bagi menyelesaikan masalah hakisan itu, sementara menunggu kajian serta reka bentuk oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu.Katanya, pihaknya telah pun menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat namun kajian secara terperinci perlu dilakukan oleh JPS bagi mengelakkan kesan hakisan tersebut ke kawasan lain."Kita sudah ada peruntukan dari Kerajaan Pusat sebanyak RM40 juta untuk penyelesaian jangka masa panjang namun ia masih dalam proses kajian dan reka bentuk pemecah ombak yang sesuai agar hakisan tidak berlaku lagi di pantai tersebut."Apa yang telah dibuat di Pantai Tok Jembal iaitu sekitar Universiti Malaysia Terengganu dan Teluk Ketapang nampaknya berjaya meminimumkan kesan hakisan kawasan di dua pantai itu dan JPS telah mencadangkan agar dua pemecah ombak dibina juga di Pantai Tanjung Gelam,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada selepas merasmikan Penyambungan Terakhir Projek Jambatan (Stiching Slab) di Jambatan Pulau Sekati, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri,Ir. Rosli Othman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Ir Ab Hamid Md Daud.Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata secara keseluruhannya, Kerajaan pusat telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM90 juta untuk mengatasi masalah hakisan di Pantai Tok Jembal, Teluk Ketapang dan Tanjung Gelam."Selain itu Jabatan Kerja Raya juga menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta, jadi nilai keseluruhannya ialah RM120 juta."Kerajaan negeri berharap peruntukan segera RM1.2 juta itu dapat membantu menyelesaikan masalah hakisan di Tanjung Gelam sementara JPS melantik kontraktor untuk pembinaan dua benteng pemecah ombak sebagai penyelesaian jangka masa panjang," katanya. 
28 Dec 16
54
Empty Image
200 Pelajar Marang Terima Zakat Tabung Haji
Seramai 200 pelajar dari keluarga miskin menerima sumbangan zakat berjumlah RM40,000 daripada Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang, berkata pihaknya berharap semua penerima bantuan zakat TH itu dapat memanfaatkan bantuan sebaik mungkin untuk membuat persiapan persekolahan sesi 2017 yang akan bermula minggu depan."Terima kasih kepada Tabung Haji kerana memilih Marang untuk menerima bantuan zakat ini kepada pelajar yang sangat memerlukan, sekali gus mampu meringankan bebanan keluarga masing-masing."Program yang menjadi satu tanggungjawab sosial korporat TH sangat bermakna kepada golongan miskin dan memerlukan pada musim-musim ibu bapa menyiapkan persiapan menjelang sesi persekolahan baru ini,"katanya. A. Latiff yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang, berkata demikian ketika berucap sempena majlis penyampaian zakat berkenaan, di Dewan Sivik Binjai Rendah, Marang.Turut hadir, Pengarah Tabung Haji Negeri Terengganu, Dato Mohyen Mosman dan pemimpin setempat. Katanya, Marang cukup bertuah, kerana hanya parlimen itu satu-satunya terpilih menerima bantuan julung kali itu dari Tabung Haji.
28 Dec 16
285
Empty Image
BR1M Bukan Rasuah - Ahmad Razif
Ahmad RazifKenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai rasuah adalah tidak berasas.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tindakan itu amat mengecewakan berikutan Tun M sendiri tidak dapat membezakan antara rasuah dengan pemberian bantuan.Katanya, pemberian BR1M pada ketika ini adalah seperti yang pernah dilakukan pada zaman pemerintahan beliau sendiri, ketika zaman kegawatan ekonomi pada 1999 namun melalui pendekatan berbeza.“Ketika mengalami krisis ekonomi pada tahun 1999 dahulu, apa yang dilakukan adalah dengan memberi projek kepada kontraktor-kontraktor untuk membina sekolah, projek kepada kontraktor kelas F serta menaikkan had nilai kerja daripada RM100,000 ke RM200,000.“Apa yang dibuat oleh Tun M pada masa itu adalah sama dengan Dato’ Seri Mohd Najib lakukan kerana  ianya berasas kepada meningkatkan pertumbuhan ekonomi domestik. Kalau ditafsirkan apa yang dilakukan hari ini (BR1M) adalah rasuah maka yang diberi pada masa itu juga adalah rasuah, rasuah kepada kontraktor,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Insentif Kepada Juara Pesilat Olahraga Dunia di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat dan Yang Dipertua Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Negeri Terengganu, Dato’ Rosol Wahid.Tambah Ahmad Razif, pemberian BR1M adalah lebih tepat kerana ianya diberikan terus kepada golongan yang layak dan ianya wajar diteruskan.Katanya, pemberian BR1M bukan hanya membantu golongan berpendapatan rendah malahan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat.“Dengan pemberian BR1M sudah tentu penerima tidak akan berbelanja di luar negara tetapi mereka akan berbelanja di dalam negara dan dia membeli di kawasan setempat. “Maka peniaga goreng pisang, sayur, ikan dan lain-lain di kawasan tersebut turut akan dapat menambah pendapatan mereka,” katanya.
28 Dec 16
75