lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Tiga Projek Perkedaian MBKT Beroperasi Awal Februari
Ahmad Razif memberi penerangan kepada peniaga-peniaga ketika meninjau projek MBKT di sekitar Pusat Bandar Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailTiga projek perkedaian Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang membabitkan peruntukan RM5.8 juta bakal beroperasi awal bulan depan. Projek berkenaan adalah Medan ICT MBKT bersebelahan Hospital Sultanah Nur Zahirah yang mempunyai 19 ruang niaga,  Bazar Kuih Tradisional di Gong Kapas (9 ruang niaga) dan Medan Selera Batu Buruk II pula menempatkan 13 ruang niaga.Bazar Kuih Tradisional di Gong Kapas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar, berkata projek yang bermula pertengahan tahun lalu kini dalam proses penyerahan surat tawaran dan serahan kunci kepada 43 penyewa.“Sebaik selesai semuanya termasuk membersihkan kawasan perniagaan, mereka akan dibenarkan berniaga pada awal Februari depan.“Peniaga akan dibekalkan apron bergambar logo Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 agar nampak lebih ceria dan mesra untuk menyambut pelanggan dan pengujung sempena VBT,”katanya.Mohd Zulkifli berkata demikian ketika ditemui Teganukita semasa mengikuti Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman meninjau projek MBKT di sekitar Pusat Bandar Kuala Terengganu, hari ini.Menurutnya,  semua penyewa adalah peniaga jalanan yang sebelum ini berniaga di tepi Pusat Akuatik Batu Buruk, lorong HSNZ dan peniaga asal di tapak jualan gerai kuih tradisional Gong Kapas.“Inisiatif MBKT melalui kerajaan negeri membina lot perkedaian itu, semata-mata mahu memastikan Pusat Bandar Kuala Terengganu lebih tersusun, bersih dan selesa.“Sebolehnya pihak kami tidak mahu lagi melihat kewujudan lot kedai tanpa permit dan peniaga jalanan tanpa lesen di bandar ini,”katanya.Katanya, keadaan itu bukan saja mencemarkan pemandangan malah menyebabkan pengendalian makanan tidak bersih berikutan tiada bekalan air untuk membasuh kelengkapan memasak, makan dan minum.“MBKT mahu peniaga mengamalkan sikap mesra pelanggan seperti yang disarankan Menteri Besar,  perkhidmatan bertaraf hotel, kadar harga setanding warung.“Saya tidak mahu lagi mendengar rungutan pelanggan, makanan di kawasan itu mahal, tidak setanding dengan layanan,”katanya. 
03 Jan 17
239
Empty Image
Pusat Akuatik Dibuka Semula Pertengahan Bulan Ini
Ahmad Razif dalam lawatannya ke Pusat Akuatik MBKT, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mula dibuka semula pada pertengahan Januari ini, sebaik sahaja kerja membaik pulih selesai.Pengarah Penyelenggaraan Bangunan MBKT, Zulkefly Hassan berkata, kerja-kerja pembaikan kini sedang giat dijalankan secara berperingkat dan ada kemudahan yang boleh mula digunakan pada pertengahan bulan ini.“Baik pulih melibatkan lantai pada permukaan kolam serta sekeliling kolam termasuk tambah baik sistem pam sedia ada di pusat akuatik ini.“Untuk permulaan, kita akan buka dahulu untuk bahagian kanak-kanak manakala di bahagian wanita serta dewasa ianya akan disiapkan secara berfasa,” katanya kepada Teganukita dalam lawatan kerja Menteri Besar ke Pusat Akuatik MBKT, di Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ A Rahman Yahya.
02 Jan 17
1166
Empty Image
Pelancong Asean Teruja Terokai Terengganu
Sebahagian dari pelancong yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Kira-kira 3,000 pelancong Asean termasuk dari China, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura serta Myanmar mula tiba di Terengganu sejak petang semalam sebelum mereka diraikan di majlis makan malam bersama kepimpinan negeri, malam tadi.Rata-rata pelancong menyambut baik dan teruja untuk melakukan lawatan ke destinasi menarik yang dijadualkan untuk mereka di sekitar Terengganu.Seorang pelancong dari Brunei, Dayang Noyah Nayan, 53, berkata lawatan itu adalah kali keempat  ke Terengganu dan mengulangi percutian itu kerana terpesona dengan keunikan serta keistimewaan senibina yang terdapat di sini .Dayang Noyah“Saya memang suka ke Terengganu untuk melihat monumen-monumen yang ada terutamanya masjid-masjid di sekitar Terengganu.“Kebiasaanya, apabila melancong ke Terengganu saya tidak akan terlepas dari melawat dari masjid ke masjid kerana senibinanya yang lain dari tempat-tempat lain,” katanya ketika ditemui di Majlis Makan Malam Meraikan Pelancong ASEAN, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, kepada Teganukita.Seorang pelancong dari China, Li Ping Fang, 35, berkata dia begitu seronok menyertai pakej percutian pertama kali ke Terengganu .Ping Fang“Saya amat bertuah dapat menjejakkan kaki ke Terengganu kerana ini merupakan kali pertama saya ke negeri ini dan apa yang dapat saya lihat di sini, suasana sangat damai dan cantik.“Saya juga tidak sabar untuk memulakan lawatan ke sekitar Terengganu bersama peserta rombongan esok (hari ini),” katanya.Lawatan 3,000 pelancong ke Terengganu selama tiga hari bermula semalam menerusi kerjasama antara kerajaan negeri dan Mon Space Sdn Bhd akan dibawa meneroka tempat-tempat menarik di sekitar Terengganu termasuk ke Tasik Kenyir, Batu Bersurat (Hulu Terengganu) serta Pasar Payang, Kampung Cina, Pulau Warisan dan Noor Arfa Batik di Kuala Terengganu. 
02 Jan 17
54
Empty Image
Gelombang Kedua Melanda Hulu Terengganu
Gelombang banjir kedua mula melanda Hulu Terengganu apabila hujan lebat berterusan sejak semalam.Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata, pusat pemindahan sementara yang baru mula dibuka di Masjid Kampung Peneh yang melibatkan 55 mangsa daripada 8 keluarga."Angka akan bertambah lagi memandangkan hujan dan air Sungai Berang makin naik termasuklah air Sungai Telemong juga semakin meningkat semula."Kami dalam proses berjaga-jaga ke arah pembukaan balik pusat pemindahan di Pasir Dula dan Kampung Kuala Ping," katanya ketika dihubungi Teganukita.Menurut Azmi, setakat ini  hanya dua pusat permindahan yang masih beroperasi iaitu di Bukit Tadok, masih kekal dengan 152 mangsa daripada 18 keluarga.Jumlah keseluruhan mangsa dua pusat pemindahan berkenaan adalah seramai 207 orang daripada 71 keluarga.Mengikut laporan, bacaan paras Sungai Berang di Pengkalan Ajal terkini 16.12m (0.12m melebihi paras bahaya).Terbaru setakat jam 10 pagi ini, pusat pemindahan Kampung Lubuk Periuk telah mula dibuka dengan pendaftaran seramai 12 keluarga melibatkan 60 mangsa.
02 Jan 17
37
Empty Image
JKM Jamin Bekalan Makanan Mencukupi
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi jaminan bekalan makanan kepada mangsa bencana boleh bertahan sehingga Mac ini, jika banjir berterusan di Terengganu.Ketua Pengarah JKM, Datuk Zulkiply Ramli, berkata pihaknya sudah membuat perjanjian dengan lima pembekal utama bagi menghantar bekalan makanan segera bagi memastikan bekalan tidak terputus kepada mangsa banjir."Depot penyimpanan barangan mampu menyimpan bekalan makanan dan keperluan asas mangsa selama sebulan jika bencana berterusan."Malah pihak JKM bersama-sama pegawai daerah telahpun mengenalpasti para pembekal tempatan,"kata Zulkiply.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat lawatan mengejut di Pusat Pemindahan Banjir dekat Balai Raya Kampung Getang, Hulu Terengganu, hari ini.Menurut Zulkiply, satu depo besar di Marang akan menghantar barang keperluan dan makanan kepada mangsa banjir ke 18 lokasi depo mini.Katanya, JKM juga menyediakan 160 pengkalan hadapan bagi menempatkan makanan dan keperluan asas mangsa yang berdekatan dengan pusat pemindahan banjir."Ini bagi memastikan bekalan makanan sampai kepada mangsa jika lokasi terbabit terputus hubungan dan setiap pangkalan hadapan mampu menyimpan bekalan makanan antara tiga ke tujuh hari mengikut keperluan mangsa."Sekiranya berlaku bekalan makanan habis dan tidak cukup dengan keperluan mangsa,kita akan pastikan depoh besar di Sungai Buloh, Selangor akan menghantar bekalan segera," katanya.
02 Jan 17
71
Empty Image
Tiga Sekolah Masih Ditutup
Walaupun kebanyakan kawasan yang dinaiki air semakin pulih di Terengganu, tiga buah sekolah rendah di Setiu dan Hulu Terengganu bagaimanapun masih ditutup berikutan jalan utama dan kawasan sekolah yang ditenggelami air.Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, sekolah terbabit  iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Besut (SKKB) dan Sekolah Kebangsaan Sungai Las (SKSL) di Setiu serta Sekolah Kebangsaan Getang, Hulu Terengganu.Shafruddin berkata, tiga sekolah itu membabitkan seramai 317 orang murid dan 58 orang guru."Dua sekolah iaitu SKKB dan SKSL ditutup kerana jalan ditenggelami air sementara Sekolah Kebangsaan Getang air melimpahi kawasan sekolah," katanya ketika meninjau keadaan banjir di Kampung Besut, Setiu, petang ini.Menurutnya, laluan untuk ke sekolah terbabit masih lagi merbahaya kepada kenderaan ringan.Katanya, di SKKB beberapa bangunan seperti kantin sekolah masih ditenggelami air, manakala kelas tidak terlibat.
02 Jan 17
97
Empty Image
Nadma Berjaya Atasi Masalah Banjir
Pengurusan bencana yang diambil alih Agensi Pengrusan Bencana Negara (Nadma) daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sangat berjaya mengatasi masalah banjir di Pantai Timur.Nadma yang menjadikan cara pengurusan banjir di kemaman pada 2014 sebagai acuan melaksanakan simulasi berdepan bencana, berhasil meningkatkan kecekapan apabila berdepan masalah itu.Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad zahid Hamidi, berkata pengambilalihan pengurusan pengurusan koordinasi bencana oleh Nadma daripada MKN memboehkan pemantauan lebih awal dan tersusun. "Nadma akan melakukan kerjasama erat dengan beberapa agensi penyelamat dan penguatkuasaan untuk memastikan amaran dapat dilakukan lebih awal."Ini perlu untuk kita buat pemindahan awal sebelum air mengancam nyawa dan harta benda dalam keadaan itu, kita berdoa agar musim tengkujuh yang berlaku sekarang akan segera pulih," kata beliau.Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Bencana Banjir Kampung Bukit Tadok,Telemong, petang tadi.Turut hadir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Ketua Pengarah Nadma, Datuk Zaitun Abd Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong, Dato' Rozi Mamat.Katanya lagi, simulasi yang dibuat juga banyak membantu meningkatkan kecekapan pengurusan banjir.Ahmad Zahid turut berkata, Nadma akan mengambil beberapa tindakan untuk mempercepatkan bantuan yang diberikan malah kesiapsiagaan pada peringkat awal."Tapi dengan adanya Nadma, kita telah melakukan pemantauan lebih awal dan tersusun. "Seketariat peringkat pusat, negeri, daerah serta kampung telah kita wujudkan dan adakan beberapa simulasi," katanya lagi.
01 Jan 17
235
Empty Image
22,515 Murid Tahun Satu Mula Sesi Persekolahan 2017
Seramai 22,515 murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan di seluruh Terengganu, hari ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, terdapat peningkatan jumlah murid yang mendaftar pada tahun ini, berbanding 19,800 orang tahun lalu.“Ini menunjukkan kadar kelahiran di negeri ini telah meningkat selaras dengan hasrat kerajaan negeri.“Kita mengharapkan tahun 2017 terus mengulangi kehebatan Terengganu dalam bidang pendidikan dan kerajaan negeri akan memberi lebih fokus terutama dalam peperiksaan UPSR,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau hari pertama persekolahan sesi 2017 di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir, hari ini.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Dalam perkembangan yang sama, Ahmad Razif berkata, walaupun Terengganu berdepan dengan musibah banjir, sebahagian besar sekolah dapat memulakan persekolahan hari ini.“Hanya 25 buah sekolah di tiga daerah tidak dibuka pada hari pertama sesi persekolahan kerana terlibat dengan banjir iaitu 22 buah sekolah di Hulu Terengganu, Setiu (2) dan sebuah di Marang.“Disebabkan ada di antara sekolah terbabit yang dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir, terputus laluan dan keadaan sekolah yang terjejas akibat banjir memaksa sekolah-sekolah ini ditutup buat sementara waktu sehingga keadaan pulih seperti biasa,” ujarnya.
31 Dec 16
462
Empty Image
Moga 2017 Melakar Lebih Banyak Cerita Kejayaan
Ahmad Razif membuat cabutan bertuah selepas acara countdown tahun baru 2017 di Pulau Warisan, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah.Semoga kedatangan 2017 akan melakar lebih banyak cerita kejayaan buat Terengganu dalam pelbagai bidang, kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman."Jika sepanjang 2016 Terengganu berjaya mencipta pelbagai kejayaan, moga tahun baru ini akan membawa kejayaan lebih baik."Saya juga berharap dan mendoakan tahun baru ini semua rakyat Terengganu menanamkan semangat dan mampu menjadi contoh yang membanggakan dalam pelbagai bidang bukan sahaja di pentas negara, malah juga di dunia, " katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena 'countdown' tahun baru 2017, di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, malam ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Hadir sama,  Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Ahli- ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Ahmad Razif juga berharap dengan permulaan tahun ini, yang juga pembukaan sambutan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017, mampu mencapai sasaran sehingga 55 juta pelawat ke seluruh Terengganu sepanjang tahun.Katanya, kedatangan pelawat dalam dan luar negara itu pastinya mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Terengganu."Tidak lupa untuk saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Terengganu yang sentiasa memberi komitmen dan menjayakan segala perancangan serta memainkan peranan yang baik dalam usaha pembangunan mahupun kejayaan negeri."Saya juga mengambil kesempatan mewakili kepimpinan negeri ini berharap kehadiran tahun baru 2017 yang lebih barakah," katanya.Lebih 10,000 pengunjung membanjiri tapak program yang menyajikan pelbagai acara menarik seperti persembahan artis popular tanah air, pameran motofest, kiosk jualan produk tempatan dan ruang pameran pelancongan negeri.
31 Dec 16
82
Empty Image
Sesi Persekolahan 22 Sekolah Hulu Terengganu Terjejas
Sebanyak 22 buah sekolah di Daerah Hulu Terengganu kemungkinan terpaksa ditangguhkan sesi persekolahan yang bermula esok, berikutan sekolah ditenggelami air dan terputus hubungan.Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail berkata, jika cuaca kembali pulih dan air surut pada malam ini, persekolahan akan diteruskan seperti biasa.Katanya, setakat jam tiga petang ini, terdapat enam sekolah yang ditelenggami air, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Teris, SK Tapah, SK Tengkawang, SK Kuala Ping, SK Kua dan SMK Bukit Diman."Manakala 18 buah sekolah terputus hubungan akibat jalan dinaiki air menyebabkan tidak dapat memulakan sesi persekolahan sekiranya air masih lagi tidak surut malam ini," katanya ketika dihubungi Teganukita.Beliau berkata, jika keadaan tidak berubah maka sesi persekolahan untuk sekolah yang terlibat terpaksa ditutup sementara waktu dan dibuka semula sekiranya keadaan pulih.Katanya, berdasarkan senario semasa, sekolah yang mungkin terjejas dan terpaksa ditangguhkan sesi persekolahan adalah SK Tengkawang, SK Kuala Ping,SK Teris,SK Kuala Jenderis, SK Padang Setebu,SK Matang, SK Sungai Buloh, SK Sungai Berua, SK Bukit Tadok, SK Lubok Periuk, SK Nibong, SK Kua, SK Felda Mengkawang, SK Betong, SK Pereh ,SK Felda Tersat, SK Menerong, SK Cheting, SK Padang Setar, Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Menerong, SMK Kuala Jenderis dan SMK Tun Indera.
31 Dec 16
1597