Artikel "Semasa" Terkini
Banjir : VBT 2017 Tidak Terjejas
Ahmad Razif bersama rombongan melawat ketika melawat pusat perpindahan banjir di SMK Badrul Alam Shah, Kemaman.Bencana banjir yang melanda di kebanyakan daerah di Terengganu tidak menjejaskan pelancong untuk melawat negeri ini sempena Visit Beatiful Terengganu (VBT) 2017.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, walaupun sebahagian kawasan dinaiki air, namun ianya bukan masalah kerana jalan-jalan utama untuk ke Terengganu tidak terputus.“Di Kuala Terengganu yang menjadi tumpuan utama kepada pelancong tiada tempat yang terjejas teruk akibat daripada banjir.“Jadi ia bermakna tiada hotel-hotel di sekitar kawasan ini yang menerima implikasi tehadap bencana ini,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemaman, semalam.Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman dan Pegawai Daerah Kemaman, Rosman Roslan.Tambah Ahmad Razif, untuk tiga bulan pertama bilangan pelancong mungkin masih berkurangan kerana pulau di Terengganu belum dibuka berikutan keadaan laut bergelora.Namun demikian, apabila pulau peranginan dibuka bermula Mac, bilangan pelancong dijangka akan meningkat.“Pihak kerajaan telah pun mengatur program apabila pulau-pulau mula dibuka dan kami telah bersedia untuk menerima pelancong-pelancong dari dalam luar negara.“Walaupun begitu, kawasan peranginan seperti Tasik Kenyir masih menerima kunjungan pelancong kerana ianya tidak menerima implikasi akibat banjir yang berlaku,” katanya.
06 Jan 17
134
Banjir : Skuad Sukarelawan TTB Dikerah Bantu Pasca Banjir
Ahmad Razif dan isteri bersama dengan sukarelawan dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di Dewan Sivik Paka, Dungun. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Skuad Sukaralewan TTB dikerah membantu mangsa bencana banjir di Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkat, sukarelawan tersebut akan membantu untuk pasca banjir terutama dalam kerja-kerja pembersihan.“Tumpuan utama akan diberikan kepada premis-premis kerajaan seperti sekolah-sekolah, pusat pemindahan banjir, balai raya, klinik-klinik kesihatan dan pejabat-pejabat. Selesainya pembersihan di premis-premis ini, sukarelawan akan mula membantu membersihkan rumah-rumah yang terlibat dalam banjir pula.“Selain sukarelawan TTB, kita turut libatkan kesemua agensi termasuk pejabat-pejabat daerah, Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi kerja-kerja pembersihan ini,” katanya.Beliau ditemui pemberita ketika melawat mangsa banjir di Dewan Sivik Paka, Dungun, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ A Rahman Yahya, dan Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Dato’ Din Adam.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata berdasarkan keadaan cuaca semasa, sekolah-sekolah di sekitar Terengganu yang terlibat dengan banjir kemungkinan dapat beroperasi dan dibuka semula minggu hadapan.“Sebahagian dari sekolah-sekolah ini sedang giat dibersih dan jika tiada aral, sekolah ini akan mula dibuka bermula minggu hadapan,” katanya.
06 Jan 17
109
Empangan Paya Peda Elak Ancaman Banjir Besar
Pembinaan Empangan Paya Peda,Hulu Besut berjaya mengurangkan limpahan air banjir kepada 25 peratus di kawasan Besut dan Setiu.Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Badrul Hisham Mohd berkata, kekurangan limpahan air di kawasan pedalaman Hulu Besut tahun ini menyebabkan keadaan banjir di daerah berkenaan terkawal.Katanya, projek Empangan Paya Peda berharga RM450 juta yang mula beroperasi Januari 2016 bagi emmajukan sektor pertanian, menjadi punca utama pengaliran air dapat dikawal dengan sistematik dan tidak berlaku banjir besar seperti sebelum ini.Beliau berkata, empangan berkapasiti 200 juta meter padu berfungsi sebagai kawasan takungan untuk mengurangkan banjir terutama pada musim tengkujuh.Menurutnya, dalam tempoh lima hari hujan yang bermula 30 Disember hingga 4 Januari lalu, paras air empangan telah meningkat daripada 487.79 meter kepada 54.00 meter.“Ini bermakna dalam tempoh itu, empangan berkenaan telah menampung air sebanyak 62.5 juta meter padu,” katanya ketika melawat Empangan Paya Peda, Besut, semalam.Beliau berkata, dengan kapasiti yang ada, empangan itu masih mempunyai keupayaan untuk menampung lebih 30 juta meter padu air lagi jika berlaku hujan secara berterusanSehubungan itu, Badrul menafikan dakwaan pihak tertentu pembinaan empangan itu boleh memudaratkan penduduk Besut dan Setiu, jika berlaku banjir.Katanya, sebelum ini orang ramai agak panik dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba meviralkan dalam media sosial dengan mendakwa keadaan empangan itu sebagai dalam bahaya dan boleh berlaku banjir besar.“Pengurusan empangan berkenaan mempunyai SOP (ptrosedur operasi standard) kerja dan menggunakan sistem terkini bagi mengaktifkan pergerakan air ketika musim hujan,” katanya.
06 Jan 17
1203
Surirumah Berpantang Di Pusat Permindahan Banjir
Seorang surirumah yang baharu sembilan hari melahirkan anak terpaksa berpantang di pusat permindahan banjir selepas rumahnya di Kampung Jeram Hilir, Tepoh dinaiki air sedalam dua meter.Zaini Ali, 28 dipindahkan ke Pusat Permindahan Banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Guntong bersama bayinya, Wan Alis Zahrah Wan Azlan, kira- kira jam 1.30 petang kelmarin."Setiap kali tiba musim tengkujuh, pasti saya dan ahli keluarga lain tidak lena tidur mengenangkan rumah bakal dimasuki air." Situasi itu dialaminya sejak kecil dan berpindah ke pusat permindahan banjir sudah menjadi amalan hampir setiap tahun, " katanya.Zaini berkata demikian ketika ditemui Teganukita selepas kunjungan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria, di pusat permindahan itu, malam tadi.Seramai 312 mangsa banjir membabitkan 58 keluarga dari empat kampung sekitar dipindahkan ke pusat permindahan itu sejak kelmarin.Mangsa banjir lain, Semek Mat Zain, 80, berkata kali kedua dan keluarga cucu berpindah ke pusat permindahan banjir, kali pertama pada 2014."Pengalaman lalu, membuat cucu bersedia lebih awal dengan mengangkat peralatan elektrik, perkakas dapur, pakaian dan perabot ke tempat tinggi pada minggu lalu."Saya dan keluarga cucu berpindah selepas mendapat arahan dari pihak berkuasa kerana rumah sudah dimasuki air pada paras lutut, "katanya.
05 Jan 17
44
Banjir : Jumlah Mangsa Berkurangan
Jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurangan kepada 3,900 orang daripada 1,061 keluarga pada tengah hari ini, berbanding 11,090 orang daripada 3,264 keluarga pagi semalam.Hanya 60 pusat pemindahan yang masih dibuka di semua daerah berbanding 134 pusat pemindahan sebelum ini.Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my hari ini, Hulu Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi berada di lapan pusat pemindahan iaitu seramai 970 orang daripada 290 keluarga.Di Dungun pula, 912 mangsa daripada 236 keluarga masih ditempatkan di 15 pusat pemindahan.Manakala di Besut seramai 834 orang daripada 231 keluarga masih berada di 17 pusat pemindahan.560 mangsa daripada 149 keluarga pula masih berada di 12 pusat pemindahan di Setiu.Kemaman pula mencatatkan 455 mangsa daripada 120 keluarga yang ditempatkan di lima pusat pemindahan.Manakala, Kuala Terengganu dan Marang pula merekodkan jumlah kecil iaitu 130 mangsa daripada 22 keluarga yang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan bagi Kuala Terenganu dan sebuah pusat pemindahan masih dibuka di Marang yang menempatkan 39 mangsa dari 13 keluarga.
04 Jan 17
439
Banjir : SKMM Pantau Sistem Komunikasi Agar Tidak Berlaku Gangguan
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memantau sistem komunikasi di Terengganu dan Kelantan agar sentiasa dalam keadaan baik walaupun dilanda banjir teruk sejak dua hari lalu.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata setakat ini alat komunikasi seperti telefon bimbit masih boleh digunakan mangsa banjir dan anggota penyelamat dalam pelbagai aspek tugasan dan laporan."Kadang-kala terdapat gangguan perkhidmatan internet, mungkin disebabkan penggunaan semasa yang agak tinggi pada waktu itu,"Tapi pihak SKMM sudah buat persiapan awal sebelum ini sebagaimana yang telah diwar-warkan termasuk menaikkan ketinggian menara telekomunikasi yang berisiko ditenggelami banjir" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau Pusat Pemindahan Bencana Banjir, di Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu, semalam.Turut hadir Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.Katanya, penggunaan radio amatur oleh sukarelawan turut melicinkan hubungan komunikasi antara tempat terjejas banjir dalam penyampaian maklumat mengenai keadaan banjir dan keperluan semasa.Dalam pada itu,Johari turut meminta pihak-pihak tertentu menghentikan tabiat menyebar maklumat palsu dan gambar lama mengenai kejadian banjir."Keadaan itu menyebabkan rasa panik kepada orang ramai tentang situasi yang berlaku kerana mereka tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku."Apabila ada gambar mengenai banjir yang berlaku di tempat lain ditularkan, tidak mustahil mereka akan mempercayainya sedangkan situasi sebenar bukanlah seperti di dalam gambar..ini perkara yang tidak baik yang perlu di hentikan serta merta."katanya lagi.
04 Jan 17
75
Banjir : MB Puji Komitmen, Kerjasama Tangani Bencana
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berterima kasih dengan komitmen dan berpuas hati dengan kerjasama semua agensi bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir di negeri ini. Katanya, kerajaan negeri membuat persiapan awal bagi menghadapi banjir itu dan agensi berkaitan bertindak dengan lancar. "Sehingga kini, seramai 11, 638 iaitu 3,591 keluarga berpindah di 141 pusat perpindahan di negeri ini, " katanya.Beliau tiba di Bandar Permaisuri, Setiu kira-kira jam 10.30 pagi ini untuk melawat beberapa kawasan yang terjejas di daerah itu.Ahmad Razif diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Wan Nawawi Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Mohd Jidin Shafie yang juga Adun Permaisuri.Turut menyambut beliau ialah Adun Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor; Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar; Pegawai Daerah Setiu, Mohd Shahidan Embok dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Rosdi Awang.Menteri Besar kemudiannya diberi taklimat mengenai keadaan semasa banjir oleh Pegawai Daerah Setiu sebelum beliau ke pusat pemindahan di Perpustakaan Daerah di Bandar Permaisuri.Di pusat itu, Menteri Besar sempat berbual mesra dengan mangsa banjir dan menghulur sumbangan. Beliau kemudiannya pusat pemindahan di Masjid Lama Bandar Permaisuri.Menteri Besar juga bertemu dengan 154 mangsa pemindahan banjir di Kampung Tasek yang terletak kira-kira 2.5 kilometer dari Bandar Permaisuri.Ahmad Razif berkata, sehingga kini seramai 11, 638 iaitu 3,591 keluarga berpindah di 141 pusat pemindahan di seluruh negeri ini.
04 Jan 17
77
Banjir : SM Imtiaz Kuala Berang Beroperasi Seperti Biasa
Sesi persekolahan 207 pelajar Sekolah Menengah Agama Imtiaz Kuala Berang diteruskan seperti biasa berikutan persekitaran kelas akademik dan jalan masuk ke sekolah sahaja yang ditenggelami air dan terjejas akibat banjir di Hulu Terengganu. Sementara bangunan asrama pelajar dan surau sekolah masih selamat digunakan kerana berada di kawasan tinggi. Sehubungan itu, hanya sesi kelas akademik terpaksa ditangguhkan sementara, manakala hafazan al-Quran berjalan seperti biasa di bangunan asrama berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang berkata, ibu bapa pelajar sekolah berkenaan tidak perlu bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka kerana pemantauan dibuat setiap masa."Penjaga tidak perlu risau kerana keadaan masih terkawal dan bekalan makanan masih mencukupi untuk anak-anak yang tinggal di asrama meneruskan rutin seperti biasa,"katanya kepada Teganukita.Beliau meninjau keadaan sekolah itu sempena lawatan ke Hulu Terengganu bagi melihat sendiri situasi sekolah yang terjejas akibat banjir di daerah itu.Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Jalaludin Ismail serta pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
03 Jan 17
909
Banjir : Jumlah Mangsa Meningkat Kepada 11,090 Orang
Wan Nawawi bermesra dengan penjawat awam cemerlang selepas Perhimpunan Bulanan Bersama Penjawat Awam Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli PutraJumlah mangsa banjir di Terengganu terus mencatat peningkatan mendadak kepada 11,090 mangsa sehingga jam 8.30 pagi ini, berbanding 4,500 orang setakat pukul 10 malam tadi.Pusat pemindahan juga bertambah kepada 134 lokasi yang menempatkan 3,264 keluarga berbanding hanya 77 pusat pemindahan sebelum ini.Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), Dato’ Wan Nawawi Wan ismail berkata, maklumat dan info terkini daripada portal Banjir Terengganu itu perlu sentiasa diambil perhatian oleh orang ramai termasuk penjawat awam.“Tahun baharu kali ini disambut dengan ujian bencana banjir, kita perlu redha dan mendoakan agar dipermudahkan segalanya.“Ada program penting dan mesyuarat jabatan, termasuk mesyuarat bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terpaksa dibatalkan pada hari ini.“Ketua-ketua jabatan kerajaan, wakil rakyat, exco kerajaan negeri dan Menteri Besar dilihat turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di Setiu, Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman,” katanya.Beliau berkata demikian ketika pada Perhimpunan Bulanan Bersama Penjawat Awam Wisma Darul Iman, hari ini.Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ A Rahman Yahya.Sementara itu, A Rahim juga berharap semua pegawai kerajaan mempunyai fail meja yang merekodkan senarai tanggungjawab yang perlu diselesaikan di samping mengetahui perjalanan kerja dan cara-cara kaedah pelaksanaan setiap tugasan."Dengan cara ini saya yakin bahawa pelaksanaan kerja akan berjalan dengan lebih baik,'' katanya.
03 Jan 17
31
Banjir : 64 Sekolah Ditutup
Sebanyak 64 sekolah ditutup di seluruh Terengganu sehingga hari ini, berikutan kawasan sekolah yang ditelenggami air dan terputus hubungan akibat banjir yang melanda negeri ini.Daripada jumlah itu, sekolah menengah 14 dan sekolah rendah 50 buah, masing-masing di Setiu (19), Besut (19), Hulu Terengganu (25) dan Kemaman (1). , Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains,Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, berkata, kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) supaya sentiasa memantau perkembangan semasa dan situasi terkini bagi memastikan persiapan rapi dapat dibuat sekiranya berlaku banjir di sekolah masing-masing."Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa membuat persiapan untuk memastikan segala peralatan, kelengkapan pembelajaran serta pejabat termasuk dokumen-dokumen penting di simpan di tempat selamat. "Pihak sekolah juga hendaklah memberikan peringatan kepada ibu bapa supaya mengawasi keselamatan anak-anak agar tidak leka dan bermain air terutamanya di kawasan - kawasan yang berisiko tinggi dan terdedah kepada banjir,"katanya kepada Teganukita.Beliau berkata demikian ketika meninjau perkembangan banjir di Daerah Hulu Terengganu, pagi ini.Di Hulu Terengganu sebanyak 25 buah sekolah yang dilanda banjir terpaksa ditutup.Selain itu, Sekolah Imtiaz Hulu Terengganu juga terjejas, bagaimanapun sehingga kini masih belum ditutup. Selain itu, penutupan sekolah juga disebabkan bangunan yang digunakan sebagai pusat pemindahan sementara banjir, sekali gus menjejaskan aktiviti pembelajaran di sekolah yang terlibat.A.Latiff juga menyarankan kepada pihak sekolah supaya sentiasa memastikan keadaan paras air di persekitaran sekolah sepanjang musim tengkujuh.Tambahnya, selain persekolahan di tiga daerah yang terjejas teruk, Marang, Dungun dan Kuala Nerus juga berada dalam keadaan berjaga-jaga.
03 Jan 17
74