Artikel "Semasa" Terkini
Dungun Terima Peruntukan Segera RM1.9 Juta Baiki Sistem Perparitan
Wan Junaidi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di SK Durian Mentangau, Dungun, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar meluluskan peruntukan segera sebanyak RM1.9 juta bagi menaik taraf sistem perparitan di sekitar daerah Dungun. Menterinya, Dato’ Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata peruntukan tersebut merangkumi kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di tiga kawasan yang biasa dinaiki air iaitu Kampung Durian Mentangau, Kampung Tanjung Hutan dan Kampung Binjai.“Berdasarkan jumlah itu, Kampung Durian Mentangau menerima peruntukan sebanyak RM200,000, Tanjung Hutan (RM1.2 juta) manakala Kampung Binjai sebanyak RM500,000.“Tiga kawasan ini sudah diluluskan peruntukannya untuk dinaiktaraf sistem perparitannya dan ianya akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Dungun, hari ini.Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Dato Ir Zulkefli Hassan, Pegawai Daerah Dungun, Dato’ Mohd Yasim Awang dan Pegawai Pembangunan Dungun, Dato’ Din Adam.Banjir di Dungun telah menjejaskan 29 kampung dengan melibatkan 1,098 mangsa manakala Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau mencatatkan pusat pemindahan paling lama dibuka sejak banjir berlaku iaitu selama lapan hari.
09 Jan 17
85
Banjir: Kian Pulih, Mangsa Berkurangan
Keadaan banjir di Terengganu terus bertambah baik dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan semakin berkurangan.Sehingga pukul 10 pagi ini, seramai 204 orang mangsa masih berada pusat pemindahan di negeri ini berbanding 1,386 orang tengahari semalam.Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my, di Kuala Terengganu terdapat 126 orang dan Dungun (78).Dua buah pusat pemindahan masih lagi beroperasi iaitu di Sekolah Kebangsaan kampung Gemuroh, Kuala Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Dungun.
08 Jan 17
30
Banjir : Hanya Enam Pusat Pemindahan Masih Dibuka
Sehingga tengahari ini, hanya enam pusat pemindahan masih dibuka melibatkan 1,386 mangsa daripada 320 keluarga di tiga daerah negeri ini.Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my hari ini, daripada jumlah itu, Kuala Terengganu (4) dan masing-masing satu pusat pemindahan di Setiu dan Marang.Di Kuala Terengganu, 126 mangsa daripada 38 keluarga masih berada di Sekolah kebangsaan Kampung Gemuroh sementara 408 mangsa daripada 75 keluarga di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak.Manakala, Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong merekodkan 457 mangsa daripada 110 keluarga dan Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong menempatkan 296 mangsa daripada 70 keluarga.Di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih, Marang pula mempunyai 21 mangsa daripada tujuh keluarga.Dan di Dungun seramai 78 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Durian Mentagau.
07 Jan 17
37
Dato’ Mohamat Muda Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad
TDM Berhad baru-baru ini mengumumkan pelantikan Dato' Mohamat Muda, 61, sebagai Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad berkuatkuasa 5 Januari 2017.Pengerusi TDM Berhad, Leftenan Jeneral Tan Sri Dato' Wan Abu Bakar Wan Omar berkata, Lembaga Pengarah dan Kumpulan TDM yakin Mohamat adalah pilihan yang tepat untuk mengisi kekosongan kepimpinan Pengurusan TDM sekali gus membawa TDM ke tahap yang lebih tinggi."Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Mohamat di atas pelantikan ini. Beliau sememangnya tidak asing lagi dalam industri korporat dan pertanian dengan mempunyai pengalaman yang luas lebih dari 37 tahun dalam industri ini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.Menurut Wan Abu Bakar, Mohamat memulakan kerjaya di RISDA dengan memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Pengarah Bahagian Produktiviti dan Pemasaran, Pengurus Besar RISDA Plantation Sdn. Bhd dan juga sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA Malaysia.“Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA Malaysia sehingga persaraan beliau pada bulan Jun 2016. Kini, Mohamat juga adalah ahli Lembaga Pengarah RISDA Plantation Sdn. Bhd,” ujarnya.
07 Jan 17
668
SKMM Tahan Lelaki Sebar Kata Penghinaan Terhadap Pemimpin
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menahan seorang lelaki yang didakwa menyebarkan kata penghinaan kepada pemimpin negara melalui laman sosial Facebook.Tìmbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata, lelaki yang berasal dari Sabah dan menetap di Dungun itu, telah ditahan beberapa hari lalu."Siasatan terperinci sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kes ini disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir anjuran Media Prima Berhad (MPB) di Kompleks Qaseh di Kampung Batu 24, Hulu Terengganu, hari ini.Jailani turut memberi amaran kepada pengguna media sosial supaya tidak menyebarkan cerita atau fitnah yang tidak bermanfaat."SKMM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan, Akta Fitnah serta Kanun Keseksaan berdasarkan kesalahan yang dilakukan," katanya lagi.Sebelum itu,Jailani turut meluangkan masa menyertai gotong-royong membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mahmudiah yang terjejas teruk akibat banjir.
07 Jan 17
29
Banjir : Teruja Dikunjungi Pemimpin Nombor Satu
Kehadiran Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Nerus hari ini membawa keceriaan kepada 422 mangsa daripada 96 keluarga yang menumpang sementara di situ.Beliau yang diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan ketua- ketua jabatan tiba di sekolah tersebut kira-kira 3.30 petang.Dalam lawatan singkat itu, beliau sempat beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan terbabit.Seorang warga emas, A.Bakar Muda, 66, berkata, kehadiran pemimpin nombor satu negara melawat mangsa banjir sesuatu yang sangat menyentuh hati dan bermakna buat mereka. "Pakcik rasa sangat gembira dapat bertentang mata dengan Dato' Seri Najib. Beliau sangat cakna kepada rakyat. Tadi pun PM sempat tanya khabar pakcik."Terharu sangat sebab PM sudi lawat kami mangsa banjir dan pakcik bersyukur kerana berpeluang berjumpa dengan beliau," ujarnya yang menghidapi penyakit saraf.A. Bakar mengambil keputusan untuk berpindah bersama isteri dan tiga anaknya sejak empat hari lalu selepas rumahnya di Kampung Jeram Hilir, Tepoh ditenggelami air sehingga paras dada.Sementara itu, seorang ibu anak tiga yang berusia antara enam bulan hingga lima tahun dari Kampung Banggol Nyior mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang peka akan kesusahan dan kepayahan yang dialami mangsa banjir."Terima kasih kepada beliau yang sanggup datang ke sini untuk bersama kami."Saya juga tidak akan lupakan pengalaman ini apabila beliau secara spontan mendukung anak saya Mohamad Azri Rashid, 6 bulan. Suka sangat bila PM ambil dan dukung anak kita," kata Zaifah Mamat, 31, yang berpindah ke pusat pemindahan itu bersama suaminya Rasyid Mohd, 36, dan anak- anak sejak sejak dua hari lalu.
07 Jan 17
64
Banjir : Empat Sekolah Masih Ditutup Esok
Empat sekolah masih ditutup sesi persekolahan esok, disebabkan banjir yang masih melanda di beberapa daerah khususnya Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.Sekolah yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Las kerana masalah pendawaian elektrik yang tidak selamat, dua sekolah di Kuala Nerus masing-masing SK Kompleks Gong Badak dan SK Bukit Guntong pula menjadi pusat pemindahan sementara mangsa banjir.Manakala SK Banggol Peradong, Kuala Terengganu juga menjadi pusat pemindahan sementara mangsa banjir.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, penutupan empat sekolah berkenaan melibatkan 509 murid dan 42 guru."Alhamdulillah, cuaca di Terengganu semakin baik. Ini adalah kerana doa semua dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa serta pelajar sentiasa berada dalam situasi berjaga-jaga dan bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya kepada Teganukita, hari ini.Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sukarelawan dan agensi serta jabatan yang membantu membersih sekolah terlibat dalam pasca banjir.Dalam pada itu, A.Latiff juga mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan pengurusan sekolah membuat penilaian terhadap kerosakan prasarana akibat banjir di sekolah terlibat.
07 Jan 17
40
Banjir : PM Lawat Mangsa Banjir Di SK Banggol Peradong
Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong, Manir, hari ini.Dalam lawatan tersebut, Mohd Najib yang tiba kira-kira jam 3 petang menyerahkan kit makanan tambahan kepada 112 keluarga membabitkan 461 mangsa banjir.Najib yang dikerumuni orang ramai turut meluangkan masa selama kira-kira 30 minit beramah mesra dan bertanya khabar kepada mangsa-mangsa banjir di pusat itu.Pusat pemindahan banjir yang dibuka sejak 5 Januari lalu itu menempatkan penduduk dari 13 kampung antaranya Kampung Banggol Peradong, Jeram, Bukit Seraman, Kampung Baru Tetambah dan Lapan Sira.Terdahulu, Mohd Najib turut diberi Taklimat Pengurusan Banjir oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Selepas itu, Perdana Menteri menuju ke Pusat Pemindahan Banjir SK Bukit Guntong, Tepoh, Kuala Nerus untuk melawat mangsa banjir kira-kira jam 3.30 petang.Turut mengiringi beliau dalam kedua-dua lawatan tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Dato' Seri Shahidan Kasim, dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Seri Jailani Johari.
07 Jan 17
900
Banjir : Tubuh Jawatankuasa Pembersihan Tandas Di Pusat Pemindahan Banjir
Jawatankuasa pembersihan tandas di semua pusat pemindahan banjir akan ditubuhkan bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir terutama mereka yang uzur dan warga emas.Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kasim berkata kemudahan itu penting kerana bilik air dan tandas adalah keperluan utama mangsa banjir ketika berada di pusat pemindahan."Jadi pihak kami akan mengenalpasti lokasi atau sekolah yang dijadikan pusat ini bagi memenuhi keperluan itu yang mana kita akan menempatkan beberapa sukarelawan khas bagi menjalankan kerja pembersihan bilik air kerana selain dijadikan tempat mandi, ia juga dijadikan tempat berwuduk,"katanya ketika ditemui media di Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong, Manir, hari ini.Sekolah yang dijadikan pusat permindahan banjir mendapat kunjungan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak bagi menyerahkan bantuan kit makanan tambahan kepada mangsa banjir.Shahidan turut memberitahu semua pihak perlu memberi kerjasama kepada media terutama dalam membuat laporan berkenaan banjir."Buat masa ini, semua media utama giat melaporkan perkembangan semasa banjir termasuklah media sosial."Bagaimanapun semua berita yang dimaklumkan di media sosial tidak begitu tepat berbanding berita daripada arus perdana berhubung dengan banjir, " katanya.Katanya, oleh itu, semua agensi kerajaan dan mana-mana pihak perlu memberi kemudahan kepada penggiat media untuk membuat laporan dari masa ke masa."Kalau terdapat perkara yang tidak elok kita boleh cerita kerana dunia sekarang adalah dunia yang terbuka. Sekiranya media tidak lapor orang lain akan lapor,"katanya.
07 Jan 17
182
Banjir : Makin Pulih
Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih dengan tahap sungai utama semakin surut dan kembali kepada paras normal.Bagaimanapun, kesan bencana itu mengakibatkan banyak kawasan yang terjejas teruk terutama ladang dan sawah, selain jalan raya turut rosak.Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, berkata berdasarkan ramalan kajicuaca keadaan cuaca bertambah baik dan hujan hanya tertumpu di kawasan pantai dengan merekodkan ramai mangsa yang berpindah dari kawasan itu .“Secara keseluruhan kita dapat meninjau keadaan banjir yang dilihat semakin pulih di Hulu Terengganu, Hulu Setiu dan sebahagian Marang. Keadaan air di sungai utama sudah menurun dan berada di paras biasa.“Kita juga dapat melihat kesan kemusnahan banjir, ladang di kawasan Hulu Setiu yang musnah akibat ditenggelami air, selain jalan raya yang rosak akibat arus air. Bagaimanapun, masih ada bebarapa jalan dan jambatan yang menghubungkan kampung terpencil masih ditenggelami air banjir,” katanya kepada pemberita selepas menyertai tinjauan udara menerusi penerbangan M994-01, di Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang, hari ini.Turut serta, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu, Azlimin Mat Noor; Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Ir Ab Hamid Md Daud; Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri, Ir. C Poobalan dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.Dalam pada itu, beliau juga sentiasa turun padang bagi memantau beberapa pusat pemindahan banjir, selain memastikan bilik gerakan banjir di seluruh negeri sentiasa meningkatkan kesiap-siagaan sepanjang musim tengkujuh ini.“Alhamdulillah setakat ini, kita dapat melaksanakan tugas memantau dan menyediakan bantuan sepatutnya termasuk urusan pemindahan mangsa ke pusat pemindahan dengan lancar dan selamat menerusi kerjasama semua agensi penguatkuasa dan badan sukarela yang terbabit.Sehingga jam 6.40 petang ini, hanya tujuh pusat pemindahan masih dibuka melibatkan 1,126 mangsa daripada 285 keluarga seluruh Terengganu.Daripada jumlah itu, Kuala Terengganu (3), Dungun (2) dan satu pusat pemindahan masing-masing di Setiu dan Marang.
06 Jan 17
70