lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Pos Malaysia Perkenal Digital Mailbox
Pos Malaysia akan memperkenalkan inisiatif Digital Mailbox yang dilengkapi keperluan komunikasi kerajaan, perniagaan dan rakyat tidak lama lagi.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia,Dato' Jailani Johari berkata, pelanggan mahu pun korporat akan dapat menerima mel yang disampaikan oleh Pos Malaysia dalam bentuk digital, di samping mempunyai ciri keselamatan (digital signature)."Terdapat elemen-elemen keselamatan seperti 'digital signature' yang akan diperketatkan  bagi menjamin keaslian Penghantar dan Penerima." Dengan Digital Mailbox, Pos  Malaysia akan menawarkan kedua-dua kaedah penghantaran pos secara fizikal dan digital, sesuai dengan gaya hidup rakyat Malaysia yang telah berubah."kata Jailani.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Masjid Kampung Menerong, Hulu Terengganu hari ini.Digital Mailbox merupakan inisiatif transformasi Pos Malaysia dan melengkapi kemudahan perkhidmatan eDagang secara 24 jam seperti Ezibox, Parcel Lockers, Aplikasi mudah alih Pos (Mobile Apps) dan tidak lama lagi, keupayaan rangkaian eDagang yang bersepadu (end to end) bagi memenuhi setiap keperluan sektor tersebut.Katanya lagi,kementeriannya dalam pelan tindakan 'blue print' juga ingin menjadikan pejabat pos sebagai hub daerah untuk memasarkan barang-barang yang berbentuk barangan tempatan bagi usahawan mikro kecil atau pertengahan."Ini antara strategi yang akan kita laksanakan pada tahun ini bagi membantu para usahawan untuk pasarkan barang jualan mereka."kata Jailani.Seramai 500 mangsa banjir daripada tujuh kampung di Hulu Berang menerima sumbangan berbentuk barangan makanan,tilam dan bantal .Barang keperluan ini disumbangkan oleh syarikat-syarikat korporat dan Badan-badan Bukan Kerajaan(NGO'S) seperti edotco Group,Touch Matrix dan U Mobile.
14 Jan 17
64
Empty Image
Celcom Axiata Sumbang RM100,000 Kepada Mangsa Banjir
Pengerusi J3K Kampung Sungai Bajar Mohd Azizul Mohd Zanggi menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Dato'Jailani JohariCelcom Axiata Berhad dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu(UMT) menyumbangkan bantuan bernilai RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Terengganu.Pengarah Government Liaison,USP and Vendor Development Celcom Axiata Berhad, Saiful Bahrin Abd Ghaffar berkata, ini merupakan salah satu program yang dilaksanakan dibawah tanggungjawab korporat bagi meringankan beban mangsa banjir."Untuk hari ini, agihan sumbangan kepada 500 buah keluarga di sekitar Kuala Berang dan esok pihak kami akan ke Besut untuk menyampaikan kepada 500 buah keluarga yang terlibat dengan banjir baru-baru ini."Bantuan yang disampaikan berbentuk barang keperluan harian seperti biskut,gula,susu,makanan segera dan nescaffe yang bernilai RM100 setiap kotak."kata Saiful ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Banjir.Majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia,Dato' Jailani Johari di Pusat Pemindahan Banjir Qaseh,Kampung Paya Besar,Kuala Berang.Pada masa sama,Program Penyampaian Bantuan 1000 Batang Pensil THR Gegar / Astro kepada Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan turut diadakan.Saiful berkata pihak UMT yang bekerjasama dengan pihaknya telah melancarkan Tabung Sumbangan Banjir yang dikoordinasikan oleh Pasukan Pengurusan Bencana UMT bagi mengumpulkan sumbangan dari orang ramai dalam pelbagai bentuk serta nilai bagi meringankan beban mangsa banjir.Menurut Saiful,selain daripada bantuan banjir tersebut,pihaknya juga menaiktaraf prasarana seperti meninggikan menara telekomunikasi  di kawasan sensitif banjir supaya mangsa daoat menikmati perkhidmatan terbaik daripada Celcom.Sementara itu,Dato' Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak korporat yang sentiasa memberikan sumbangan kepada mangsa banjir di daerah ini.Beliau berkata bencana ini walaupun banyak menguji mangsa tapi ada banyak kebaikan di sebaliknya."Pada masa inilah kita akan melihat semangat kerjasama,bantu membantu serta ikatan ukhwah yang terjalin antara satu sama lain ketika menghadapi banjir dan selepas banjir."katanya lagi.
14 Jan 17
229
Empty Image
Perkeso Bayar Faedah RM5.9 Juta Sepanjang 2016
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu membayar faedah berjumlah RM5.9 juta dengan membabitkan 1,177 kes sepanjang 2016 di seluruh Terengganu.Pengarahnya, Nora Yaacob berkata, daripada jumlah itu, faedah hilang upaya kekal (HUK) mencatatkan pembayaran tertinggi dengan RM2.75 juta diikuti hilang upaya sementara (HUS) sebanyak RM1.2 juta manakala RM1.12 juta bagi pencen penakat.Katanya, faedah lain seperti faedah orang tanggungan (FOT) pula membabitkan bayaran sebanyak RM129,487, faedah pengurusan mayat (FPM) (RM370,000), pencen ilat (RM217,104), bayaran ganti belanja RM121,241), elaun jemaah doktor (RM52,160) dan `return to work' (RM3,600)."Menjadi kewajipan kepada semua majikan-majikan di Terengganu ini untuk mendaftar dan mencarum dengan pihak Perkeso kerana caruman ini amat penting buat pencarum biarpun sedikit nilainya."Sehingga ke hari ini kita memiliki seramai 23,562 majikan berdaftar di Terengganu dengan 14,963 daripadanya di bandar raya ini di samping Dungun (3,752 orang) dan Kemaman (5,027 orang)," katanya.Beliau menyatakan demikian selepas penyampaian sumbangan pencen kepada isteri anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohd. Syawal Mohd. Yusof, 35, yang meninggal dunia ketika menyertai misi mencari dan menyelamat pemancing hilang di kawasan Hutan Simpan Sungai Lut, Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu, 3 Disember tahun lalu.Sumbangan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang ketika melawat rumah mangsa di Kampung Mia, Tanjung Putat semalam.Anisha Jusoh@Jaafar, 34, menerima pencen berjumlah RM650 sebulan sepanjang hayat di samping faedah pengurusan mayat sebanyak RM1,500 berikutan kematian suaminya.Menurut Nora, sehingga kini terdapat seramai 106,689 pekerja aktif didaftarkan di Terengganu.
14 Jan 17
50
Empty Image
Dr Wan Ahmad Rudirman CEO Baharu Terengganu Inc
Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu Incorporated Sdn Bhd yang baharu berkuatkuasa 1 Januari 2017.Pelantikan sebagai CEO baharu itu adalah bagi menggantikan Wan Zalizan Wan Jusoh yang menamatkan tugasnya pada 31 Disember tahun lalu.Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Terengganu Inc, Rudirman mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam penstrukturan semula korporat serta pemulihan perniagaan.Dengan pengalaman dan kepakaran yang ada pada beliau, Rudirman bakal menggunakannya untuk menghadapi cabaran menerusi kepimpinan operasi, pembangunan strategik dan pengurusan kewangan.Sebelum menyertai Terengganu Inc, Wan Ahmad Rudirman ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Selia Ekuiti Sdn Bhd dan pernah memegang pelbagai jawatan kepimpinan kanan dalam beberapa syarikat terkemuka di Malaysia.Antara jawatan itu termasuklah pemangku Ketua Pegawai Operasi dan Pengurus Besar Kumpulan, perkhidmatan operasi kumpulan KUB Malaysia Bhd, dan Ketua, Strategi Korporat, bahagian perancangan kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd.Terengganu Inc. dijangkakan akan terus maju dan berkembang dibawah kepimpinan CEO baharu syarikat tersebut.
14 Jan 17
1403
Empty Image
Banjir: Sedia Peruntukan Segera RM500,000 Untuk DUN
Kerajaan negeri meluluskan peruntukan segera sebanyak RM500,000 kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bertujuan membaiki dan membina rumah baharu yang terlibat dalam bencana banjir baru-baru ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan tersebut telah dibentangkan di dalam Bajet 2017 namun ianya diawalkan berikutan musibah yang berlaku itu.“Sebanyak RM1 juta diperuntukan untuk setiap DUN bagi tujuan itu dengan agihan RM500,000 sebanyak dua kali.“Apa yang berlaku ini, maka kita menyegerakan peruntukan yang kebiasaannya diberi pada Februari.“Kos maksimum untuk membaiki sebuah rumah adalah RM11,000 manakala kos maksimum untuk membina rumah adalah RM40,000 dan keutamaan akan diberikan kepada mangsa yang terlibat dengan banjir,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Jersi Serta Memperkenalkan Pasukan Bola Sepak dan Hoki Terengganu 2017 di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato’ Rozi Mamat, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata bantuan kepada mangsa banjir sebanyak RM1,000 setiap keluarga akan diberikan secepat mungkin.“Sepertimana yang sebelum ini, kerajaan negeri akan memberikan kepada setiap keluarga sebanyak RM500 dan kerajaan pusat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberikan RM500.“Kita sekarang sedang mengemas kini senarai sebelum pembahagian dibuat kerana kita juga kena dapatkan maklumat supaya ianya selaras diantara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.“Jadi apabila senarai ni selesai dilakukan, pembahagian itu juga akan dibuat dengan kadar yang segera,” katanya.
11 Jan 17
40
Empty Image
Banjir: JKR Tanggung Kerugian RM300 Juta
Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengadakan lawatan kerja ke Hotel PB Square dan PB sentral, Kuala Terengganu. Foto Oleh: Zulkifli PutraJumlah kerugian akibat kerosakan jalan selepas ditenggelami air dalam kejadian banjir yang melanda Terengganu baru-baru ini dianggarkan RM300 juta.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengemukakan laporan jumlah kerugian itu kepada Kerajaan Pusat.Katanya, semua jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini sudah diarahkan mengemukakan jumlah kerugian dialami berikutan kemusnahan harta benda awam untuk dihantar kepada Kerajaan Pusat. Sementara itu Ahmad Razif berkata, keseluruhan pusat pemindahan banjir di Terengganu telah ditutup dan semua mangsa pulang kediaman masing-masing Isnin lalu.“Walaupun banjir sudah pulih sepenuhnya, kita sentiasa ambil langkah berjaga-jaga berikutan hujan lebat dijangka melanda negeri ini sehingga Mac depan.“Semua pangkalan hadapan yang menempatkan bekalan makanan serta bilik gerakan bencana di peringkat negeri dan daerah diarah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Hotel PB Square dan PB sentral, Kuala Terengganu, semalam.Katanya, pemuafakatan semua pihak memudahkan gerak kerja ketika bencana banjir melanda negeri ini. “Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih dengan gerak kerja termasuk operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir oleh semua agensi Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dikendalikan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” ujarnya.
10 Jan 17
156
Empty Image
Mangsa Banjir Terima RM1,000
Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengadakan lawatan kerja ke Hotel PB Square dan PB sentral, Kuala Terengganu. Foto Oleh: Zulkifli PutraSetiap keluarga mangsa banjir di negeri ini akan menerima bantuan kerajaan secara ‘one off’ berjumlah RM1,000 bagi membantu meringankan beban mereka akibat bencana itu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengumumkan perkara itu memberitahu, daripada jumlah itu RM500 disalurkan oleh kerajaan negeri manakala sebahagian lagi oleh kerajaan Pusat.Katanya, sumbangan itu akan disalurkan dalam masa terdekat sebaik sahaja pihaknya menerima senarai lengkap mereka yang benar-benar terjejas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).“Sekarang ini kita sedang mengenalpasti mangsa-mangsa banjir yang sebenarnya dan masih menunggu senarai nama dari JKM.“Bila semuanya sudah lengkap kita segerakan bantuan kewangan yang akan diberi oleh kerajaan Pusat dan kerajaan negeri kepada satu keluarga setiap rumah yang terlibat bencana banjir.“Komitmen kerajaan negeri akan beri seperti biasa iaitu sebanyak RM500 manakala RM500 lagi pemberian kerajaan Pusat menerusi JKM,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Hotel PB Square dan PB sentral, Kuala Terengganu, semalam.
10 Jan 17
33
Empty Image
Pusat Boling PB Sentral Di Buka Februari Ini
Pusat Boling di Paya Bunga (PB) Sentral Kuala Terengganu bakal dibuka kepada orang awam Februari ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ketika ini pembinaan pusat boling 36 lorong itu sudah mencapai peringkat akhir."Kita menjangkakan awal Februari ini dapat buka pusat boling kepada orang awam."Sekarang ini adalah masa untuk membuat percubaan bagi melihat ada atau tidak dari segi kecacatan dan sebagainya," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja ke Hotel PB Square dan PB sentral, Kuala Terengganu, hari ini.Sementara itu, Ahmad Razif berkata pembinaan Hotel PB Square mengalami sedikit masalah teknikal yang mungkin melewatkan sedikit masa mula operasinya."Dijangkakan hotel ini dapat beroperasi sepenuhnya bulan April ini dan kita harapkan segala kesulitan dapat diselesaikan sebelum tempoh tersebut," ujarnya.Bagaimanapun, beliau mengharapkan operasi untuk tempahan dan promosi hotel akan mula dibuka kepada orang ramai juga bermula bulan Februari ini.
10 Jan 17
1477
Empty Image
Banjir Di Pantai Timur: 198 Tabika KEMAS Rosak Akibatkan Kerugian RM2 Juta
Banjir yang melanda Terengganu dan Kelantan sejak beberapa hari lepas menyebabkan hampir 200 Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) milik Jabatan Kemajuan Masyakat (KEMAS) mengalami kerosakan dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM2.3 juta.Ketua Pengarah KEMAS Datuk Amiruddin Ariffin berkata siasatan pihaknya mendapati 75 Tabika di Terengganu dan 123 Tabika di Kelantan rosak teruk akibat bencana itu.Daripada jumlah itu, sebanyak 41 Tabika yang mendidik 800 kanak-kanak di Terengganu dikenal pasti mengalami kerosakan bangunan dan pelbagai peralatan lain.“Kos untuk membaiki kerosakan 41 Tabika di Terengganu dianggarkan sebanyak RM1.8 juta selain kos membaiki Tabika di Kelantan membabitkan RM500,000,” katanya kepada pemberita semasa melawat Tabika KEMAS An Nur di sini, semalam yang turut dilanda banjir.Menurutnya Tabika KEMAS di daerah Besut yang paling terjejas dengan 35 Tabika mengalami kerosakan.“Jabatan kami akan membaiki segera Tabika terbabit dan menggantikan kelengkapan bagi membolehkan kanak-kanak dapat menjalani pembelajaran dalam suasana selesa,” katanya.Amiruddin berkata KEMAS juga akan menyewa bangunan berdekatan Tabika yang terjejas sementara premis asal dibaiki dalam tempoh tertentu.Di KUALA BERANG, Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia (PPPM) semalam menyumbang pelbagai barangan seperti biskut, buah-buahan dan air minuman bernilai RM50,000 kepada mangsa banjir menerusi pejabat daerah Hulu Terengganu.Sementara itu, Pegawai Daerah Azmi Razik berkata operasi pembersihan tempat terjejas banjir dilakukan sejak tiga hari lepas dengan melibatkan sukarelawan daripada pelbagai agensi kerajaan, pelajar dan badan bukan kerajaan.“Saya sangat teruja kerana bantuan tampil dari seluruh negara sama ada dalam bentuk kebendaan atau tenaga kerja bagi membersih kawasan terlibat,” kata selepas menyertai operasi membersih Sekolah Kebangsaan Kuala Ping, Hulu Terengganu- Bernama
09 Jan 17
64
Empty Image
PRAB Kesan Banjir Lebih Awal
Wan Junaidi melakukan demonstrasi pembersihan di SK Durian Mentangau, Dungun, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Negeri di Pantai Timur termasuk Terengganu akan menerima amaran banjir lebih awal apabila Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yang dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr  Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata untuk peringkat pertama ianya akan dimulakan di Terengganu, Kelantan dan Pahang dengan kos RM150 juta.Katanya, PRAB mampu meramal banjir seawal tujuh hari sebelum berlakunya bencana tersebut dan 95 peratus lebih tepat dua hari sebelum banjir berlaku.“Ramalan ini boleh memberi amaran awal supaya pihak-pihak seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan kerjasama semua pihak di peringkat pusat serta negeri dapat merancang perpindahan orang awam dengan lebih teratur."Projek ini masih sedang disiapkan. Apabila siap kita boleh operasikan dengan secepat mungkin dan harapannya musim tengkujuh akan datang boleh gunakan ramalan PRAB,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Dungun, hari ini.Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Dato Ir Zulkefli Hassan, Pegawai Daerah Dungun, Dato’ Mohd Yasim Awang dan Pegawai Pembangunan Dungun, Dato’ Din Adam.Tambah Junaidi, apabila fasa pertama yang akan dijalankan di Pantai Timur berjalan dengan baik, projek tersebut akan diteruskan di kawasan-kawasan lain.“Peringkat di negeri lain akan dijalankan di seluruh negara termasuk di Johor, serta Sabah dan Sarawak.“Kos keseluruhan di tempat-tempat lain mungkin akan menjangkau RM550 juta,” katanya.
09 Jan 17
74