Artikel "Semasa" Terkini
A.Rahim Bersara Pegawai Kewangan Negeri Esok
Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahim Jusoh akan bersara wajib berkuatkuasa esok (18 Januari) selepas lima bulan memegang jawatan itu. A.Rahim,60, yang 36 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam mula memegang jawatan tersebut sejak Ogos 2016 menyifatkan perkhidmatan di Pejabat Perbendaharaan Negeri begitu mencabar dan mempunyai tanggungjawab besar apatah lagi berikutan kekangan sumber kewangan negeri semasa tempoh beliau menerajui jabatan itu.“Walau bagaimanapun, saya tetap mendapat sokongan kuat daripada para pegawai dan kakitangan sepanjang tempoh berkhidmat di sini dalam memastikan segala usaha melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan dapat dilakukan,” ujarnya ketika berucap di majlis meraikan persaraan beliau oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri di Hotel Primula, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Menurut A. Rahim, pelbagai pengalaman suka dan duka ditempuhinya sebagai pegawai kerajaan sejak mula memegang jawatan sebagai Pegawai Tadbir Negeri di Pejabat Daerah Dungun pada tahun 1981.“Ada ketika gembira, tertekan, perlu menghadapi situasi cemas, semuanya pernah dilalui dan ditempuhi. Namun, ia bergantung kepada ketahanan masing-masing dan bagaimana cara kita menghadapi sesuatu situasi itu.“Paling penting, sebagai pegawai kerajaan kita perlu pantas berfikir dan cuba selesaikan sesuatu cabaran atau masalah sebaik mungkin dengan tenang,” ujarnya.Beliau turut berharap, semua kakitangan jabatan itu terus menjalankan tugas dengan cemerlang dan dapat menyelesaikan kerja yang diamanahkan sebaik mungkin.“Jalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada kita bermula dari awal hingga akhir sehabis baik dan jangan sesekali melakukan sesuatu perkerjaan itu separuh jalan.“Contohilah cara kerja mereka yang berpengalaman supaya kita dapat menghasilkan mutu kerja yang bagus," ujarnya yang tiada halangan untuk terus menyumbang bakti dalam perkhidmatan awam walaupun telah bersara kelak.
17 Jan 17
728
Ramadhan Dijadual Berangkat Dari LTSM Ke Kuala Lumpur Esok
Ramadhan (bertongkat) dijangka berangkat ke tanah suci pada 18 Januari ini. Hasrat terakhir pesakit leukemia tahap empat, Muhammad Ramadhan Alias,20, untuk mengerjakan umrah tercapai apabila bakal berangkat ke tanah suci pada 18 Januari ini (Rabu).Ramadhan ditemani ibunya, Saibah Yaacob akan mengerjakan ibadat itu selama 10 hari dan dijadualkan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus Ke Kuala Lumpur, pada 3.45 petang esok.Dia mendapat tajaan sepenuhnya daripada Biro Kebajikan UMNO Malaysia (Bikum) dan kerajaan negeri yang terpanggil menunaikan impian pemuda itu.Sebelum itu, dalam pertemuannya dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada 5 Januari lalu, Ramadhan juga menzahirkan hasratnya untuk menunaikan umrah sementara masih berupaya berbuat demikian.Ramadhan telah disahkan menghidapi leukemia pada Jun 2016 dan pada ketika itu berada di tahap ketiga.Menurut Ramadhan, pakar perubatan memberi tempoh selama empat bulan kepadanya untuk terus hidup.
16 Jan 17
63
Permohonan Dana Bakti Remaja 2017 Dibuka Mulai Hari ini
Permohonan dan kemaskini maklumat program Dana Bakti Remaja 2017 dibuka mulai 16 Januari hingga 15 Februari ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, permohonan yang perlu dibuat secara atas talian itu diwajibkan kepada pemohon samada yang telah memohon sebelum ini atau pemohon baharu.Katanya, pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.danattb.terengganu.gov.my“Antara syarat kelayakannya, pemohon mestilah rakyat Terengganu dan jumlah pendapatan bulanan hendaklah tidak melebihi RM1,500 sebulan.“Berumur diantara 21 tahun hingga 40 tahun dan belum berkahwin pada tarikh pengisian borang,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Katanya, pemohon juga wajib mendaftar sebagai daftar pemilih di Terengganu (dikecualikan kepada pemohon yang berumur 21 tahun pada tahun semasa).Beliau berkata, borang permohonan yang telah diisi perlu mendapatkan pengesahan daripada Pengerusi J3K masing-masing.
16 Jan 17
61
Puteri UMNO Hulu Sumbang Peralatan Sekolah Untuk Sekolah Terjejas Banjir
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu mengambil inisiatif mengumpul peralatan sekolah untuk disumbangkan kepada sekolah yang terjejas banjir di daerah Hulu Terengganu.Ketuanya, Rozita Ismail berkata, pihaknya berjaya melaksanakan program itu dengan sokongan orang ramai yang prihatin kepada murid-murid yang terlibat dalam bencana baru-baru ini."Kami memulakan kutipan serta mengumpulkan sumbangan peralatan sekolah sejak 5 Januari sehingga 11 Januari lalu dan mendapat reaksi positif daripada orang ramai termasuklah syarikat korporat,"Ada yang memberi duit dan ada dalam bentuk peralatan alatulis. Sesungguhnya sumbangan kecil ini akan memberi makna yang besar kepada mereka yang memerlukannya,"katanya.Beliau berkata demikian di Program Pasca Banjir `Kembali Ke Sekolah' dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu di Sekolah Kebangsaan Padang Setebu,Kampung Basong,hari ini.Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail.Dalam majlis itu, Rozita menyampaikan sumbangan barangan dan keperluan sekolah seperti beg, buku dan alatulis kepada 78 murid sekolah tersebut.Katanya,rata-rata murid tersebut kehilangan kelengkapan persekolahan apabila rumah mereka ditenggelami banjir."Pihak kami mahu melihat murid-murid pergi sekolah dengan perasaan ceria dan bersemangat selepas trauma dengan bencana yang menimpa mereka," katanya.Sementara itu, Jalaluddin menyifatkan program yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO ini adalah salah satu khidmat pasca banjir yang terbaik."Apa yang dibuat oleh mereka cukup hebat dan bermakna kepada anak-anak yang kehilangan peralatan sekolah mereka akibat banjir yang melanda rumah mereka."Saya lihat setiap mereka cukup teruja apabila mendapat apa yang mereka hilang baru-baru ini. Mereka juga ceria untuk kembali ke sekolah dengan semangat yang baru.Terima kasih sekali lagi atas perhatian yang diberikan oleh Rozita dan rakan-rakannya,"ujar Jalaluddin.
16 Jan 17
96
Rosmah Dijadual Sampaikan Bantuan Pasca Banjir Di Terengganu
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadualkan akan menyampaikan bantuan pasca banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pelong, Setiu, Jumaat ini.Beliau yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus kira-kira jam 10 pagi.Program penyerahan bantuan kepada 437 penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap akan bermula pada jam 11 pagi, sebaik selesai sesi taklimat di sekolah berkenaan.Sejurus selesai program, beliau akan berlepas pulang ke ibu negara, kira-kira jam 12.30 tengahari.
15 Jan 17
47
Polis, MCPF Ringankan Beban Mangsa Banjir
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Terengganu memperuntukkan RM31,000 untuk disalurkan kepada dua mangsa bencana banjir di Parlimen Marang, baru-baru ini. Penerima sumbangan dari keluarga kurang berkemampuan itu, masing-masing Ruzi Wan Abdullah dan Juhan Johari dari Merchang, Marang .Ruzi menerima bantuan RM20,000 untuk membaik pulih bekalan air paip dan membaiki jalan ke rumahnya, sementara Juhan pula menerima bantuan membaik pulih rumah dengan peruntukan sebanyak RM11,000.Pengerusi MCPF Negeri, A.Latiff Awang berharap penerima sumbangan itu dapat memanfaatkan bantuan dengan sebaik mungkin dan menjalani kehidupan lebih selesa bersama keluarga masing-masing selepas diuji dengan musibah banjir, baru-baru ini.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan berkata, pemilihan penerima sumbangan itu diputuskan oleh Ibu pejabat Polis Kontinjen Negeri, selaku penaja utama program sosial itu."Kita berterima kasih kepada polis dan MCPF negeri kerana prihatin dan bersedia menghulurkan tangan membantu meringankan beban mangsa serta keluarga selepas bebrapa bahagian struktur rumah rosak akibat ditenggelami banjir baru-baru ini," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan program sumbangan pasca banjir MCPF Terengganu.katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga di Mukim Merchang, Marang, kelmarin.Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Idris Abdullah dan Pengarah Penjara Marang, Penolong Komisioner Mohamad Ismail.Latif berkata, selain membuat saluran bekalan air bersih, pihaknya bersama PDRM dengan bantuan PGA juga turut membaiki sebuah rumah dengan kos sebanyak RM11,000. Katanya, selain memperuntukkan wang bagi membaiki rumah itu, pihak polis bersama PGA akan menggunakan kepakaran mereka membaiki rumah berkenaan. "Kerjasama daripada pelbagai ini, pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak polis, masyarakat dan beberapa lagi agensi yang terbabit, termasuklah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Jabatan Perpaduan Negara, Integrasi dan Nasional (JPNIN) dan Jabatan Penjara," katanya.Tambah beliau lagi, selain mengadakan program khidmat masyarakat, pihaknya juga akan meneruskan lagi kerjasama bersama pihak terbabit di masa hadapan dengan memperbanyakkan lagi program keselamatan negara, gotong-royong, program khidmat masyarakat, program pendidikan dan penerangan berkenaan jenayah dan keselamatan.
15 Jan 17
36
MB Terkilan Kenyataan Tun M Berhubung Program Haji 1MDB
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman terkilan dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) yang mendakwa Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji mabrur. Ahmad Razif berkata, tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu secara tidak langsung mengguris hati kira-kira 4,000 jemaah yang mengikuti program tersebut sejak 2011.Katanya, Tun M tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, kerana hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh menilai setiap amalan dan ibadat kita sama ada diterima atau tidak.“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku. Penilaian tentang mabrur atau tidak haji seseorang itu bukan manusia yang tentukan. Yang tentukan hanya Allah S.W.T“Saya berharap Tun Dr Mahathir tarik balik kenyataan yang dibuat kerana perkara ini mengguris hati banyak pihak,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pencalonan Haji Program Khas Haji Perdana Menteri 2017 di TH Hotel, Kuala Nerus hari ini.Turut hadir, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato’ Jailani Ngah.Sementara itu, Jailani yang juga merangkap Pengerusi jawatankuasa program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB mencabar Tun M menyatakan status 20 jemaah dari Kedah yang menunaikan haji menerusi tajaan sama ketika anaknya menjawat jawatan Menteri Besar negeri itu dari 2013 hingga awal 2016.“Beliau mungkin tidak menyedari perkara itu. Justeru, saya ingin bertanya kepada Tun Dr Mahathir, adakah haji jemaah yang dicalonkan anaknya sendiri juga melalui program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB ini mabrur ataupun tidak?“Jika beliau berani jawab tidak mabrur maka sudah tentu 20 jemaah haji ini akan buat kenyataan akhbar bagaimana perasaan mereka yang terguris dengan kenyataan Tun Dr Mahathir itu,” ujarnya.Katanya, biarpun Tun M terus mengkritik dan mempertikaikan program khas haji itu, ia sedikitpun tidak menjejaskan jemaah haji yang sudah dan bakal menunaikan ibadah tajaan Yayasan 1MDB berkenaan.“Malah, kita terus menerima permintaan tinggi daripada pelbagai pihak yang mahu menunaikan haji menerusi program ini termasuk seramai 1,100 jemaah akan dihantar menunaikan ibadah haji untuk tahun ini,” ujarnya.
15 Jan 17
39
Petani Besut, Setiu Mampu Raih RM4,000 Semusim Tanam Ubi Kayu
Seramai 15,000 petani di Besut dan Setiu bakal menjana pendapatan sekitar RM4, 000 semusim sehektar hasil tanaman ubi kayu apabila kilang memproses tanaman itu di Gong Medang akan dibesarkan mengikut keperluan.Pengerusi Peladang Negeri Terengganu, Dato' Wan Zakaria Abdul Rahman berkata, bagi merealisasikan tujuan itu, sebuah syarikat tempatan akan menjalankan usahasama dengan syarikat dari Indonesia bagi memajukan semula penanaman ubi kayu berkenaan."Syarikat Mercu Bumiraya Sdn Bhd bersama Induk KUD, Koperasi Unit Desa Nasional Indonesia akan memajukan industri ini yang akan memberi banyak manfaat kepada petani di Terengganu khususnya di Besut dan Setiu juga sempadan Kelantan."Saya begitu bangga dengan kerjasama ini dan juga sumbangan syarikat swasta dalam merealisasikan wawasan ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Makmal Ubi Kayu Pertama Terengganu di Kampung Tembila, Besut, hari ini.Turut hadir, Penyelaras Peladang Negeri Terengganu, Dato' Tok Teng Sai, Ketua Setiausaha Induk Kud, Sukianto Muchsen dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercu Bumiraya, Beh Ah Seng.Wan Zakaria berkata, kerajaan negeri yang mensasarkan pengeluaran 10 tan metrik tanaman itu sehari mahu semua peladang bekerjasama mengusahakan tanaman ubi kayu bersama-sama kerana tanaman itu mudah ditanam."Kita mempunyai banyak tanah terbiar dan di mana-mana kita boleh menanamnya, malah kini terdapat benih ubi kayu yang tidak diganggu oleh babi," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, penduduk di sekitar Tembila juga boleh menanam labu kerana Makmal Memproses Ubi Kayu di Tembila itu juga boleh memproses labu."Satu kawasan tananam labu seluas 100 hektar juga sudah dikenal pasti di Rhu Tapai dan akan diusahakan Peladang bermula Mac ini," katanya.
15 Jan 17
175
Kerosakan Sekolah Akibat Banjir RM6 Juta
Nilai kerosakan sekolah akibat bencana banjir di Terengganu baru-baru ini, dianggarkan mencecah RM6 juta.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, taksiran itu dibuat berdasarkan semakan serta laporan yang diterima daripada pejabat pendidikan di setiap daerah dengan Hulu Terengganu dan Setiu merupakan daerah yang paling teruk terjejas.Katanya, menurut laporan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sebanyak 133 sekolah terlibat dengan bencana itu yang mengakibatkan kerosakan fizikal dan penggantian perabot selepas bangunan yang dinaiki air, ditimpa ribut, rosak struktur bumbung dan sebagainya.“Kerugian tersebut melibatkan kerosakan perabot, peralatan pengajaran dan pembelajaran, buku teks, pendawaian elektrik serta beberapa kemudahan lain termasuk padang dan bumbung sekolah.“Laporan mengenai kerosakan ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan untuk tindakan selanjutnya bagi tujuan baik pulih dan sebagainya,” ujarnya.Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Ibu Bapa dan Pelajar Baharu Tingkatan Satu Bersama Menteri Besar dan Penyampaian Bantuan Persediaan Kepada Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Imtiaz di Stadium Negeri, semalam.Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abdu Rahman; Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin. Pada majlis itu, seramai 700 pelajar menerima bantuan persediaan sebanyak RM500 setiap seorang.A.Latiff berkata, pihaknya juga berharap Kementerian Pelajaran dapat menyalurkan peruntukan itu dengan kadar segera.Sementara itu, beliau berkata sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat banjir tidak perlu menggantikan semula hari persekolahan.
15 Jan 17
104
ADUN Ajil Minta Segerakan Projek Pembinaan Rumah Kos Rendah
Kerajaan negeri diminta menyegerakan kelulusan pembinaan rumah kos rendah di Menerong, Ajil seawalnya pada tahun ini bagi mengatasi masalah banjir.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib berkata permohonan itu telah dibuat kepada Menteri Besar,Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semasa pecah tanah Projek Pembangunan Desa di Menerong tahun lepas.Katanya, Menteri Besar sudah bersetuju ianya dimulakan pada Mac depan namun beliau berharap ia dapat disegerakan lebih awal demi kebajikan mangsa banjir di kawasan itu."Kita sudah mohon pembinaan 200 unit rumah kos rendah di kawasan tinggi. Kalau sudah ada penempatan maka akan selesai masalah penempatan yang sentiasa ditenggami banjir."Lebih kurang 300 rumah yang sentiasa dilanda banjir termasuk dari kampung Peneh,Lubok Periuk,Kua dan beberapa kampung lagi yang sangat memerlukan perumahan ini untuk atasi masalah banjir."kata Ghazali.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi,Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri,berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Bantuan Pasca Banjir di Dewan Sivik Ajil, Hulu Terengganui hari ini.Ghazali berkata,setiap kali banjir penduduk kawasan tersebut terpaksa menanggung pelbagai risiko kerugian dan kemusnahan harta benda setiap kali bencana alam itu berlaku."Tapi mereka tiada pilihan, itu saja rumah dan tanah yang ada maka terpaksa juga tinggal di rumah yang sama walaupun sering ditenggelami air."kata Ghazali lagi.Seramai 502 penerima daripada 15 buah kampung yang terlibat dengan banjir baru-baru ini menerima sumbangan pasca banjir daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM) Syarikat Air Terengganu (SATU ),Yayasan Terengganu,Persatuan Pegawai Tadbir Agama Terengganu dan Pejabat Adun Ajil.Sumbangan berbentuk kit solat,barangan dapur dan makanan seperti beras,minyak,telur serta wang tunai bagi mengurangkan beban dan emosi mangsa banjir yang terlibat.Sementara itu, penerima bantuan Rafizah Abd Razab,34,dari Kampung Pengkalan Ajal berkata bantuan yang diterima walaupun tidak sama dengan nilai kerugian yang dialami namun meringankan sedikit beban yang ditanggung beliau sekeluarga."Saya dan suami mempunyai bengkel kereta dan besi, bayangkan bila kedai kami di tenggelami air setinggi 1.5 meter yang tidak berlaku sebelum ni,"Peralatan dan barangan besi rosak tapi kami berjaya selamatkan mesin utama, ada juga kenderaan pelanggan yang ditenggelami air..jadi bayangkan kerugian yang kami terpaksa tanggung pada banjir kali ini."katanya lagi.Menurut Rafizah,anggaran kasar kerugian yang dialami setakat ini sebanyak RM15 ribu tidak termasuk kerugian kenderaan pelanggan yang tenggelam banjir.
14 Jan 17
48