Artikel "Semasa" Terkini
Seminar Antarabangsa Media, Komunikasi, Karyawan, Pelancongan, Seni Dan Warisan Mac Ini
Ghazali Taib bersama pemenang Pertandingan Fotografi Telusuri Terengganu di Hotel Rimba, Kuala Nerus. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Kerajaan negeri bakal menganjurkan Seminar Antarabangsa Media, Komunikasi, Karyawan, Pelancongan, Seni dan Warisan melibatkan agensi-agensi dari dalam dan luar negara selama tiga hari pada Mac ini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, seminar antarabangsa yang pertama kali diadakan dengan kerjasama Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) bertujuan memberi peluang kepada agensi-agensi tersebut menyuarakan pendapat mereka.Katanya, agensi yang terlibat antaranya Unit Komunikasi Negeri (UKOM), Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) serta Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu Darul Iman yang akan berpeluang untuk membentangkan kertas kerja sepanjang seminar bagi memperkasakan lagi bidang komunikasi serta multimedia di Terengganu."Kita mahu melihat bagaimana agensi ini boleh menyampaikan misi dan visi mereka ke arah membangunkan bidang komunikasi negeri sekali gus memberi impak terhadap bidang lain misalnya ekonomi, politik, kebudayaan dan kesenian."Selain penggiat tempatan, kita turut menjemput peserta dari Brunei, Jepun, Korea, Singapura, India dan Eropah," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah pertandingan fotografi Telusuri Terengganu di Hotel Rimba, Kuala Nerus, semalam.Pertandingan anjuran Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu Darul Iman itu merupakan wadah kepada peminat seni fotografi untuk menzahirkan hasil karya mereka.Walaupun kali pertama diadakan tetapi sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila hampir 200 gambar yang memaparkan pelbagai produk dan lokasi menarik di Terengganu diterima.
22 Jan 17
60
SKMM Atasi Gangguan Talian Di Kelantan
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya menyelesaikan liputan komunikasi akibat kesesakan dan gangguan talian di beberapa kawasan di Kelantan yang dilanda banjir.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari berkata, punca gangguan adalah disebabkan oleh kegagalan beberapa pemancar komunikasi untuk berfungsi berikutan tiada bekalan tenaga elektrik."Masalah ini berjaya diselesaikan dalam tempoh lapan jam di kawasan terlibat iaitu Ketereh, Limbat dan Melur yang menjejaskan hampir 2,000 orang penduduk"Pihak Telco telah berusaha memulihkan gangguan dengan membekalkan genset ke tapak pemancar yang terjejas.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemindahan Bencana Banjir Kampung Matang, Hulu Terengganu, semalam.Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu meluangkan masa melawat lapan pusat pemindahan banjir bermula jam 3.00 petang sehingga 2.00 pagi.Beliau turut menyampaikan sumbangan berbentuk selimut, tikar, tisu dan makanan harian kepada mangsa-mangsa banjir di kesemua pusat terlibat.Sementara itu Jailani berkata, pihaknya akan mencari pelbagai alternatif yang terbaik bagi mengurangkan kejadian buruk itu."Apa yang boleh diperkatakan sepanjang bencana banjir ini kali ini, mungkin berkaitan masalah saliran dan struktur sungai. Kaedah yang terbaik sama ada mendalamkan muara sungai atau mungkin ada pilihan lain."Bukanlah hendak memastikan kawasan itu tidak banjir tapi sebagai alternatif untuk mengelak banjir besar, selain mengurangkan jumlah kawasan berisiko,"katanya.Beliau berkata, pihaknya juga akan melihat keperluan pusat pemindahan banjir yang baru bagi menampung jumlah mangsa sekiranya berlaku bencana tersebut."Penambahan bangunan pusat pemindahan banjir juga akan dikaji untuk ditambah atau sebaliknya memandangkan ada kawasan yang tidak mampu menampung mangsa banjir,"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada agensi penyelamat seperti Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin, Bomba,Polis juga Angkatan Pertahanan Awam kerana mereka sentiasa memberi komitmen dengan menghantar bekalan makanan tersebut termasuklah melakukan operasi menyelamat,"katanya.
21 Jan 17
89
Perkeso Bayar RM2.95 Bilion kepada Lebih 500,000 Penerima
Zubir (empat kanan) diiringi Ismail (tiga kiri) dan pegawai kanan Perkeso menyampaikan Faedah HUK kepada Mohamad Izan Abd Rashid dari Kampung Tanggol, Kuala Berang, di majlis Malam Penghargaan Perkeso : Media di Duyong Marina Resort, malam tadi. Foto oleh Tengku Mohamad Syamim Tengku IsmailPertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membayar faedah berjumlah RM2.95 bilion kepada lebih 500,000 pencarum dan waris yang layak sehingga 2016.Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Ismail Abd Mutalib, berkata bayaran faedah jangka pendek dan panjang di seluruh Malaysia itu melibatkan Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK), Faedah Hilang Upaya Sementara, Pencen Ilat, Pncen Penakat, Faedah Perubatan, Faedah Orang Tanggungan dan Faedah Pengurusan Mayat.“Sehingga Oktober tahun lalu, Perkeso juga mencatatkan sejumlah lebih 400,000 majikan aktif dan 6.4 juta pekerja aktif yang berdaftar.Selain itu pertubuhan ini juga membelanjakan sejumlah RM2.4 bilion sehingga tempoh yang sama (Oktober 2016) bagi tujuan bayaran faedah kepada lebih 500,000 penerima.“Bagi kes kemalangan sehingga Oktober lalu, kemalangan perusahaan dilaporkan sebanyak 29,000 kes, kemalangan melibatkan perjalanan (25,000 kes) dan kemalangan maut (587 kes),”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Malam Penghargaan Perkeso Bersama Media, di Duyong Marina Resort, Pulau Duyong, malam tadi.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Mohd Zubir Embong mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan majlis itu.Turut hadir, Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Abu Hurairi Abu Yazid, Pengarah Perkeso Negeri, Nora Yaacob dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perkeso, Datuk Azih Muda.Zubir berkata, Perkeso sangat memudahcara kepada pencarum dan waris menuntut faedah menerusi pelbagai saluran.“Perkeso sangat membantu dan memudahkan pewaris dan pencarum untuk mendapat tuntutan masing-masing dan membela nasib mereka yang memerlukan,”katanya.Beliau juga meminta Perkeso menimbangkan untuk membuka cawangan baharu Pejabat Perkeso di Terengganu Utara, bagi kemudahan penduduk yang tinggal di Besut dan Setiu mendapatkan perkhidmatan agensi itu.Di majlis itu, seramai lima orang menerima caruman berjumlah RM113,000 melibatkan Pencen Penakat (3) dan Faedah HUK (2).
21 Jan 17
111
Group Bidaan Amal Turun Padang Bantu Mangsa Banjir
Group Bidaan Amal Numismatik Sejagat dengan kerjasama Pekida Kemaman dan Pertubuhan Al Amin memperuntukkan RM3,000 kepada 100 keluarga di Kampung Matang, Hulu Telemong.Pengerusi Group Bidaan Amal Numismatik Sejagat,Jeffry Effendi berkata, misi bantuan ini telahpun bermula pada tahun lepas kepada mereka yang memerlukannya."Kami merupakan pencinta duit lama,bila kami dapat duit lama dan terus jual di pasaran dengan nilai tertentu....hasil jualan kami kumpul untuk tujuan perubatan, bencana dan bantu golongan ibu tunggal serta mereka yang terpinggir."Hastag kami adalah #tamakpahala,jadi kami akan buat apa sahaja dapatkan pahala dengan bantu mereka yang perlukan pertolongan seperti sekarang kami bantu mangsa banjir dengan hantar barang makanan,"katanya ketika ditemui Teganukita di Kampung Matang, hari ini.Sebanyak 100 bungkus barang keperluan makanan seperti beras,gula dan biskut diagihkan kepada 100 buah keluarga di Kampung Matang yang dilanda banjir dan terputus hubungan kali ketiga musim tengkujuh ini.Operasi kali ini disertai 15 orang sukarelawan daripada Kuala Lumpur dan sekitar Terengganu yang sanggup meluangkan masa turun membantu mangsa banjir.Menurut Jeffry, misi bantuan turut dibantu oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan(NGO'S), persatuan belia dan syarikat-syarikat korporat dalam mengumpul dana."Kita fokus kepada program kali ini yang kita namakan 'Terengganu Untuk Terengganu' dan membantu setakat yang termampu untuk mengurangkan trauma mangsa banjir yang terpaksa berpindah buat kali ketiga,"katanya lagi.
21 Jan 17
105
BAKTI Hulur Sumbangan Kepada 437 Mangsa Banjir
Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) meneruskan bantuan kemanusiaan pasca banjir di negeri ini dengan menyampaikan sumbangan bernilai kira-kira RM88,000 kepada 437 keluarga yang terlibat banjir baru- baru ini di Langkap, Setiu.Sumbangan berupa wang tunai dan keperluan makanan kepada mangsa dari sepuluh kampung terlibat banjir itu disampaikan oleh Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatannya bersama rombongan sempena Sesi Bertanya Khabar Mangsa Banjir dan Penyampaian Sumbangan di Sekolah Kebangsaan Pelong, Setiu hari ini.Antara kampung yang terjejas akibat banjir di kawasan tersebut termasuk Kampung Pelong, Kampung Sri Kenangan, Kampung Langkap, Kampung Sungai Tong, Kampung Bukit Nenas, Kampung Tayor Tengah, Kampung Pak Pa serta Kampung Bukit Nyior.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap Dato' Sabri Mohd Noor berkata, mangsa-mangsa banjir amat terharu dan teruja dengan kedatangan isteri Perdana Menteri melawat dan bertanya khabar."Rata-rata mangsa banjir mengatakan kesedihan dan trauma akibat ditimpa musibah itu sedikit terubat dengan kunjungan Datin Seri Rosmah ke tempat mereka," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Pelong, hari ini.Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Sementara itu, salah seorang penduduk, Harun Said, 80, dari Kampung Bukit Berangan Pelong, berterima kasih di atas sumbangan yang terus diberikan kerajaan pusat dan kerajaan negeri sehingga ke hari ini termasuk yang disumbangkan BAKTI kerana secara tidak langsung dapat mengurangkan beban mangsa banjir."Pakcik suka sangat dapat jumpa isteri perdana menteri yang turut bertanya khabar pakcik.Beliau siap berpesan kepada pakcik supaya jaga pemakanan."Terima kasih dengan sumbangan yang diberikan. Dapatlah pakcik tiga beranak gunakan selepas banjir ini," ujarnya yang mengalami masalah strok dan terpaksa berpindah selama dua hari ke pusat pemindahan di surau kampungnya akibat rumah yang dinaiki air sehingga ke paras dada.
19 Jan 17
142
Felcra Berhad Peruntuk RM250 Ribu Kepada 509 Mangsa Banjir
Felcra Berhad memperuntukan RM250,000 kepada 509 mangsa banjir di kalangan pesertanya di Terengganu yang terlibat bencana itu, baru-baru ini.Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Timur, Saifuddin Omar berkata, peruntukan khas itu melibatkan 16 kawasan Felcra bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa terutamanya kesan selepas banjir.Katanya lagi, daripada jumlah peruntukan tersebut, RM3,000 telah digunakan untuk membeli dua unit bot di Terengganu sebelum banjir bagi kegunaan untuk menyelamat mangsa di kawasan yang terlibat."Selebihnya kita gunakan untuk bantu selepas banjir dan ini menunjukkan Felcra tidak akan abaikan kepentingan pesertanya terutama dalam menjaga kepentingan rakyat kurang berkemampuan.“Semua jenis bantuan ini bertujuan membela nasib pekebun kecil yang terjejas supaya mereka kembali bangkit mengusahakan kebun masing-masing,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Banjir 2016/2017 Peserta-Peserta Felcra Berhad Bukit Kesing di Dewan Sri Putih,Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu, hari ini.Seramai 272 orang peserta Felcra Berhad menerima bantuan pasca banjir berbentuk wang tunai dan barangan keperluan bernilai RM300 setiap seorang.Dalam pada itu, Saifuddin berkata Felcra Berhad menanggung kerugian bernilai lebih RM6.7 juta apabila tanaman padi dan kelapa sawit di 16 kawasan Felcra musnah berikutan banjir di negeri ini."Kita sudah menghantar semua maklumat yang berkaitan dengan kerugian kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi mendapatkan pampasan," katanya.Wan Bakar Wan EndutSeorang peserta Felcra Bukit Kesing 2,Wan Bakar Wan Endut,63,berkata beliau terpaksa menanggung kerugian apabila kelapa sawit yang ditanam di tanah seluas lima ekar rosak sewaktu banjir melanda baru-baru ini."Semasa banjir baru-baru ini, 500 anak pokok sawit berusia empat tahun musnah akibat ditenggelami air. Sepatutnya pak cik dapat menikmati hasil dalam masa tiga tahun lagi,"Pak cik rugi dalam RM100,000 dari segi modal seperti baja, meracun, upah bersih kawasan termasuk anak pokok sawit", katanya.Wan Bakar berharap pampasan untuk kerugian diperolehi dengan segera bagi membolehkannya memulakan semula tanaman itu.
19 Jan 17
254
Rakyat Gembira Bersemuka Dengan MB
Prihatin dengan masalah rakyat, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan setiap isu melingkari masyarakat dengan mengadakan hari bersama rakyat di kediamannya (Seberang Takir) pada setiap Khamis.Dalam kesibukan jadual kerja sebagai pemimpin utama negeri, Ahmad Razif tetap mendengar dan meneliti satu persatu masalah serta permohonan yang dikemukakan orang ramai tanpa protokol dan batasan.Orang ramai yang tiba di perkarangan rumah beliau dihidangkan dengan makanan sambil menunggu giliran untuk bersemuka serta mengemukakan aduan secara terus kepada beliau.Rata-rata memuji pendekatan yang dilihat memudahkan masyarakat untuk menyelesaikan pelbagai masalah termasuk hal-hal kebajikan, tanah, rumah, masalah berulang dan lain-lain dibantu dengan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.Seorang pesara tentera, Ahmad Abdul Wahab Yahya,59, dari Kampung Teluk Ketapang berkata, inisiatif yang diperkenalkan menteri besar itu bukan sahaja dapat memudahkan penduduk untuk berjumpa secara bersemuka dengan pemimpin berjiwa rakyat itu, malah menjadi saluran tepat dalam mempercepatkan masalah dan urusan rakyat untuk diselesaikan. “Sebagai contoh, pak cik datang hari ini mewakili rakan-rakan tentera yang berkhidmat di luar dan ingin pulang ke Terengganu. Masalah ini telah dikemukakan kepada menteri besar dan Insya-Allah, katanya akan diambil tindakan lanjut oleh pegawai berkaitan,” ujarnya kepada Teganukita.Bagi warga emas, Esah Sulaiman,73, dari Kampung Banggol Air Lilih, Manir terharu dengan cara layanan menteri besar yang mengalu-alukan kedatangan rakyat ke rumahnya.“Orang biasa (menteri besar) dengan rakyat ini tidak segan untuk jumpa terus dengan rakyat seperti kami. Mak cik rasa selesa sangat dapat bercakap dan memberitahu masalah yang dihadapi kepada Cikgu Razif,” ujarnya yang ingin meminta pertolongan berkaitan bil elektrik rumahnya yang tertunggak.Sementara itu, Saidah Jusoh, 50, yang menghadapi masalah rumah membuat keputusan berjumpa dengan menteri besar untuk membuat permohonan pembaikian rumahnya yang semakin uzur.“Saya harap pertemuan ini akan diadakan secara berterus bagi memudahkan penduduk melontarkan apa sahaja masalah yang dihadapi. Saya sokong sepenuhnya cara yang menteri besar buat ini,” ujarnya yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Telaga Daing.
18 Jan 17
42
Hasil Perbengkelan UKOM Ditambah baik
Hasil perbengkelan Unit Komunikasi Negeri (UKOM) Terengganu menerusi Bengkel Penetapan Haja Tuju dan Strategi akan diteliti untuk ditambah baik supaya mampu mencapai visi serta misi penubuhannya sejak 2004.Pengarah Pejabat Wakaf dan Infaq Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, idea dan input yang dihasratkan peserta bengkel menerusi isu berbangkit akan dimurnikan sebelum dibukukan sebagai rujukan untuk diimplementasikan semua pegawai dan kakitangan.Katanya, pihaknya bersedia membimbing dan berkongsi pandangan kepada UKOM untuk memastikan hasil bengkel itu mampu memperkasakan agensi itu, sebagai pusat utama i pusat sumber maklumat kepada rakyat dan medium penghubung bukan sahaja kerajaan dengan media, juga badan politik serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). “Pihak kami berharap penganjuran program seumpama ini akan diteruskan, termasuk bersama jabatan lain yang mempunyai hubung kait perhubungan dan komunikasi supaya peranan dan fungsi setiap badan itu mampu diperkasakan seiring dengan keperluan semasa,”katanya.Beliau berkata demikian selepas majlis penutup Bengkel Penetapan Hala Tuju Dan Strategi Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) 2017 di Hotel Permai, Kuala Terengganu, semalam.Majlis perasmian penutup bengkel dua hari bermula 17 Januari disempurnakan Pengarah UKOM, Ab Rasid Jusoh.Ahmad AzrinTurut sama lima penceramah jemputan UniSZA lain iaitu Prof Dr Ahmad Puad Mat Som, Prof Dr Wan Abd Aziz Wan Mohd Amin, Prof Madya Dr Mohamad Razali Abdullah, Prof Dr Abdul Malek A Tambi dan Dr Muhamad Fazil Ahmad.
18 Jan 17
598
Ahmad Razif Doakan Ramadhan Sembuh
Ramadhan dan ibunya sempat beramah mesra bersama Ahmad Razif di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mendoakan agar pesakit leukemia tahap empat, Ahmad Ramadhan Alias, 20, dapat mengerjakan umrah dengan lancar apabila berada di tanah suci selama 10 hari bermula esok.Ahmad Razif yang ditemui berkata, Ramadhan telah menyatakan hasratnya untuk melakukan ibadah umrah dalam satu pertemuan dengannya dan kerajaan negeri telah bersetuju untuk membiayai segala kosnya ke tanah suci itu.Katanya, Ramadhan yang turut ditemani oleh ibunya, Saibah Yaacob, 58, bertolak ke Kuala Lumpur pada petang tadi dan dijangka akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah esok.“Jadi kita doakan agar Ramadhan serta ibunya mendapat umrah yang mabrur dan semoga doa mereka dimakbulkan.“Dan kita doakanlah agar sekembalinya Ramadhan dari mengerjakan umrah, diharapkan beliau diberi kesihatan yang baik dan penyakit leukemia yang dihadapinya dapat sembuh,” katanya.Beliau ditemui pemberita ketika menghantar Ramadhan dan ibunya untuk menunaikan umrah di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Roslee Daud.Sementara itu, Ramadhan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri terutamanya Menteri Besar yang membantu beliau mencapai hasratnya untuk menunaikan umrah.Katanya yang begitu teruja untuk ke tanah suci itu berkata apabila sampai ke sana beliau akan memohon doa supaya dipanjang umur serta dimurahkan rezeki kepada pihak yang menaja perbelanjaannya sepanjang berada di sana.Ramadhan telah disahkan menghidap leukemia pada Jun tahun lalu apabila melakukan pemeriksaan di salah sebuah hospital.Menurut Ramadhan, pakar perubatan memberi tempoh selama empat bulan kepadanya untuk terus hidup.
17 Jan 17
61
Pemimpin Perlu Bijak Memanipulasi Komunikasi
Pemimpin di negeri ini sewajarnya berupaya memanipulasikan komunikasi secara berkesan untuk mendapat kepercayaan dan sokongan jentera pentadbiran, termasuk rakyat di peringkat akar umbi kearah merealisasikan pelan tindakan negeri.Pada masa sama, perlu menyerapkan pemahaman ideologi semasa dan kuasa yang merupakan cabang utama pertimbangan bagi pembuktian keupayaan masing-masing.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas- tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata sebagai pemimpin kita perlu mengakui kelemahan masing- masing, termasuk gagal menyampaikan maklumat secara terus kepada rakyat sekiranya timbul isu tertentu."Bersikap tidak mahu mengubah imej diri kepada yang lebih baik dan kegagalan mengguna pakai saluran media," katanya.Beliau berkata demikian pada Bengkel Penetapan Hala Tuju Dan Strategi Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) 2017 di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengarah Ukom, Ab Rasid Jusoh.Bengkel selama dua hari, berakhir esok itu dihadiri lima penceramah jemputan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) iaitu Prof Dr Ahmad Puad Mat Som dan Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan.Penceramah lain, Prof Dr Wan Abd Aziz Wan Mohd Amin, Prof Madya Dr Mohamad Razali Abdullah dan Dr Muhamad Fazil Ahmad.Ghazali turut memberitahu sebagai jabatan yang menyampai maklumat, Ukom perlu merangka satu strategi, selain perlu ada perancangan yang boleh memperkasakan pucuk pimpinan, terutama Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Katanya, agensi itu perlu bijak menyampaikan maklumat melalui pelbagai saluran sama ada secara komunikasi, media massa dan media baharu kepada sasaran."Sebaliknya jangan menambah dan memutar belit isu tertentu kerana dibimbangi disalah erti rakyat dan memberi kesan buruk kepada pentadbiran negeri," katanya
17 Jan 17
79