Artikel "Semasa" Terkini
Hentikan Provokasi Isu Kompleks Hotel Di Masjid Sultan Mahmud
Hentikan tohmahan ke atas pembinaan Kompleks hotel, ruang niaga serta dataran yang lebih menarik di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang sebagai punca kebinasaan dan perlu diselamatkan, kata Dato' Tengku Putera Tengku Awang.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang berkata demikian susulan tindakan Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Masjid Sultan Mahmud yang membuat bantahan melalui Youtube dan WhatsApp serta laporan polis, aduan kepada Pengarah Biro Pengaduan Awam Negeri Terengganu dan terbaru di sidang media.Katanya, pihaknya juga tidak mengiktiraf tindakan jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan oleh Tuan Muhyidin Abdul Rashid kerana seakan-akan membuat propaganda yang berkepentingan dan menghasut orang ramai sedangkan penubuhan serta status jawatankuasa mereka adalah meragukan."Penyelesaian pengambilan balik tanah yang terlibat oleh kerajaan negeri dibuat pada 2006 dengan bayaran RM3.2 juta kepada pemilik-pemilik tanah dan diwartakan sebagai Tanah Milik Kerajaan Negeri di bawah Seksyen KTN62 dengan penjaganya Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (PHEANT)."Pihak PHEANT sebenarnya telah mendapat pandangan dan kelulusan daripada YB Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Terengganu dalam urusan memberi kebenaran membangunkan kompleks ini sebagai sebahagian daripada Program Menaikkan Syiar Islam serta menyemarakkan peranan Masjid Sultan Mahmud kepada jemaah di sekitar Bandar Kuala Berang."Kelulusan diberi pada 15 April 2015 manakala Majlis Fatwa Negeri Terengganu memberikan kelulusan pada 22 Jun 2015 dengan memberi perhatian kepada tiga perkara iaitu peniaga mestilah 100 peratus beragama Islam, hotel bercirikan Islamik dan kompleks perniagaan ditutup ketika solat Jumaat, "kata Tengku Putera dalam satu sidang media khas, di pejabatnya hari ini.Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik,Jurutera Daerah Hulu Terengganu,Mohd Fadzlie Ibrahim,wakil-wakil jabatan dan kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K)di DUN Kuala Berang.Menurut Tengku Putera, bangunan itu dibangunkan sebagai kompleks perniagaan yang moden berkonsep mesra rakyat, sementara hotel di dataran bersebelahan Masjid Sultan Mahmud Kuala Berang bernilai RM25.48 juta pula akan menjadi ikon baharu bandar itu."Kompleks itu akan dilengkapi satu blok kedai tiga tingkat yang mengandungi 30 unit rumah kedai, pejabat serta cadangan sebuah mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) termasuk hotel enam tingkat yang mempunyai 66 bilik di tanah seluas 8,030 meter persegi."Matlamat pembangunan adalah untuk dimanfaatkan untuk kepentingan ekonomi masjid dengan pembahagian keuntungan 50 peratus daripada perniagaan dan 50 peratus untuk tabung khairat kematian penduduk Kuala Berang di samping menjadi aset kekal, "katanya.Tengku Putera menambah, mengenai tuduhan dalam laporan kepada Jabatan Pengaduan Awam yang mendakwa jawatankuasa masjid betkenaan tidak tahu menahu tentang pelaksanaan projek itu juga tidak benar sama sekali."Mesyuarat penuh Jawatankuasa Masjid Sultan Mahmud dan taklimat khusus telah diadakan sebanyak tiga kali pada 2016 dan dihadiri oleh sebilangan besar ahli jawatankuasa."Malah permintaan pihak masjid yang memaklumkn supaya kawasan pembangunan tidak dipagari sepenuhnya, ianya telah menjadi reka bentuk yang dimasukkan dalam projek tersebut..Malah pengumuman rasmi tentang pembinaan kompleks ini telah diumumkam dalam khutbah Jumaat pada 16 Disember 2016,"ujarnya.Beliau berkata, ini menjelaskan semua isu yang yang dibangkitkan oleh golongan ini tidak berasas sehingga perlu membatalkan pembinaan kompleks ini."Sepatutnya mereka perlu mendapatkan fakta yang betul terlebih dahulu dan barulah buat kenyataan."Hentikan segala tohmahan, sebaran cerita rekaan palsu dan sama-sama bertaubat di atas ketelanjuran tuduhan-tuduhan mereka,"kata Tengku Putera.
24 Jan 17
253
Kekalkan Muafakat, Solidariti - MB
Ahmad Razif meluangkan masa bersama warga emas yang menetap di Kampung Cina di Restoran Mek Awang, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyeru agar permuafakatan dan solidariti di antara masyarakat di Malaysia, khususnya di Terengganu terus berkekalan selamanya.Beliau berkata, formula tersebut adalah punca utama menjadikan negara Malaysia yang berbilang kaum terus berada dalam keadaan aman damai sepertimana yang dinikmati pada hari ini.“Apa yang mustahak pada hari ini adalah kita perlu bersama-sama menghayati bagaimana yang telah dilaksanakan oleh nenek moyang kita dalam mengekalkan perpaduan.“Mereka saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan tiada agenda peribadi dimana akhirnya kita dapat melihat bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan kemudian membangun dengan begitu pesat sebagaimana yang dinikmati sekarang,” katanya.Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Penyampaian Bantuan Sempena Tahun Baru Cina di Kampung Cina, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pengerusi MCA Terengganu, Dato’ Toh Chin Yaw.Untuk tahun ini, seramai 8,134 penerima telah menerima bantuan tersebut di seluruh Terengganu di mana 2,500 daripadanya adalah daripada Kuala Terengganu.
24 Jan 17
47
Kompleks Jeti Merang Dibuka Februari Ini
Jeti Merang, di Setiu yang dinaik taraf menjadi Kompleks Jeti Merang dengan kos berjumlah RM14.7 juta akan dibuka kepada orang ramai bermula 1 Februari ini.Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Rosdi Awang berkata, kerja-kerja pembinaan kompleks jeti berkenaan siap sepenuhnya baru-baru ini."Jeti menempatkan terminal jeti untuk feri dan bot ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah,” katanya.Rosdi berkata, kompleks jeti itu mempunyai ruang perniagaan dan tempat menunggu yang selesa di samping dataran ketibaan dan kaunter tiket.Tambahnya, usaha menaik taraf jeti ini selaras dengan status jeti sebagai laluan utama ke beberapa pulau peranginan.Majlis penerangan penguatkuasaan daripada Jabatan Laut Wilayah Timur dan penyerahan surat kebenaran operasi jeti kepada pengusaha bot pelancongan diadakan di jeti itu, hari ini.
24 Jan 17
478
12 Barangan Harga Terkawal Sempena Tahun Baru Cina 2017
Nawi (tengah) melihat 12 barang harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina berkuatkuasa mulai 23 Januari hingga 3 Februari di Pasaraya The Store, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh: Zulkifli PutraKementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan sebanyak 12 barang harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, senarai barangan harga terkawal sempena perayaan bermula 28 Januari ini, akan berkuatkuasa mulai 23 Januari hingga 3 Februari di seluruh negara.Katanya, senarai barangan berkenaan ialah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati, hempedal), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal), telur ayam gred A, gred B dan gred C.“Barangan lain ialah kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing), bawang putih (China), ikan bawal (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor), udang putih besar (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak),” ujarnya pada sidang media sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina di Pasaraya The Store, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah KPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samad. Menurut Nawi, di Terengganu ikan bawal putih dan udang putih besar menghadapi masalah kekurangan bekalan yang serius ketika sambutan perayaan itu berikutan musim tengkujuh yang menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut.“Hanya dua barangan ini kekurangan stok di pasaran tetapi barangan lain tidak ada masalah. Justeru, pengguna diharap bijak membuat pilihan dalam berbelanja kerana walaupun bekalan ikan bawal putih dan udang putih besar agak terhad tetapi ianya masih tersenarai di bawah harga terkawal,” ujarnya.Katanya, seramai 177 kakitangan KPDNKK Terengganu ditugaskan memantau harga barangan sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina kali ini.“Sepanjang pemantauan dibuat, tidak ada lagi peniaga yang ingkar dan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan terkawal di bawah skim ini,” ujarnya.
24 Jan 17
113
Kerajaan Negeri Iktiraf Kejayaan Sekolah Di Bidang Khusus
A. Latiff bersama pemenang dalam Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2016 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang.Kerajaan negeri sentiasa mengiktiraf kejayaan pelajar dan warga pendidik yang berjaya melahirkan pelajar berkualiti dalam bidang-bidang khusus seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Pusat Sumber Sekolah (PSS), Program Nilam yang berteraskan program galakan membaca serta TV PSS.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, selaras dengan prinsip kelapan Tranformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu memperkasakan serta melestarikan pendidikan negeri, pengiktirafan dan penghargaan bukan sahaja di jabatan yang berkait rapat dengan bidang pendidikan sahaja, malah juga melibatkan jabatan kerajaan yang lain.“Di peringkat kebangsaan Anugerah Pembestarian Sekolah yang dilaksanakan pada 16 November lalu, beberapa buah sekolah di negeri ini telah berjaya memenangi beberapa kategori antaranya tempat pertama bagi kategori Digital Story Telling bagi sekolah rendah serta tempat keempat bagi kedua-dua kategori Anugerah PSS Terbaik Kebangsaan bagi Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2016 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang. A. Latiff berkata, pembestarian sekolah memainkan peranan penting dalam usaha menjayakan anjakan 7, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).“Anjakan ini adalah bagi memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia yang diyakini memberi impak serta potensi besar dalam memacu dan memperkukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran.“Ianya adalah bagi mengoptimumkan potensi murid dalam menguasai kemahiran Pembelajaran Abad ke-21 yang kian mencabar,”katanya.Dalam program tersebut, SK Padang Mengkuang muncul sebagai juara bagi Anugerah PSS Negeri Terengganu untuk sekolah rendah manakala sekolah menengah dimenangi oleh SMKA Nurul Ittifaq.
24 Jan 17
152
Elak Parkir Kenderaan Di Waktu Puncak
Ahmad Razif beramah mesra bersama peniaga dan pelanggan kedai makan di Hentian Bas MBKT, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah KassimPengguna jalan raya hanya dibenarkan meletak kenderaan secara percuma di kawasan Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu termasuk di Jalan Sultan Ismail, mulai jam 6 petang hingga 6 pagi.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, orang ramai diberi kelonggaran hanya dalam tempoh itu dan jika ingkar serta masih meletak kenderaan pada waktu puncak, iaitu antara jam 6 pagi hingga 6 petang tindakan tegas akan diambil.“Saya kesal dengan sikap pengguna jalan raya yang lebih gemar meletak kenderaan di kawasan larangan walaupun menyedari ia berisiko mengundang kemalangan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau perubahan laluan di Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zulkifli Abu Bakar.Menurutnya, pihaknya mengakui perubahan jalan raya yang dilakukan MBKT dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) mulai 15 Januari lalu itu turut mengundang kemarahan pengguna jalan raya kerana terpaksa berjalan jauh untuk berurusan di lokasi tertentu termasuk untuk ke bank.“Mereka perlu memahami keadaan itu kerana setiap perubahan laluan semata-mata mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tumpuan dan bukannya menyukarkan pengguna jalan raya,” katanya.Berdasarkan rekod MBKT sebanyak enam lokasi diubah iaitu:- -Dari Jalan Air Jernih – Jalan Engku Sar-Jalan dua hala- Jalan Dato’ Abu Bakar Daud- Dari Jalan Tok Lam ke PB Plaza-Laluan keluar antara PB Plaza dan PB Square melalui Jalan Tengku Embong Fatimah-Laluan keluar dari PB Square melalui Pustaka Sri Intan ke Jalan Masjid Abidin-Laluan kelaur tempat letak kereta dataran PMINT ke Jalan Banggol-
23 Jan 17
41
54 Mangsa Banjir Masih Tinggal Di Pusat Pemindahan
Sebuah pusat pemindahan sementara masih dibuka di negeri ini bagi memberi pelindungan kepada 54 orang daripada sembilan keluarga berikutan keadaan banjir semakin reda setakat pukul 10 pagi ini.Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my, pusat pemindahan yang masih aktif itu ialah di Surau Kampung Nyatoh, Setiu.Sementara itu, laporan aras air menerusi portal tersebut pula menunjukkan tiada sungai yang melepasi paras bahaya setakat ini.
23 Jan 17
31
Pasang Dua Siren Kesan Amaran Awal Empangan
Stesen Kuasa Elektrik Hidro Sultan Mahmud Kenyir akan memasang dua siren amaran awal sebagai prosedur stesen berkaitan dengan keselamatan empangan.Pengurus Besar Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud Kenyir, Mustafa Hashim berkata siren itu akan di pasang di Kampung Jenagor dan Kampung Kuala Dura dan dijangka siap April atau Mei ini."Siren ini akan digunakan dan diaktifkan apabila paras air empangan mencapai paras kritikal atau paras yang yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa dan jawatankuasa pengurusan bencana daerah dan negeri,"Kapasiti dan keupayaan siren ini boleh didengar sejauh satu kilometer radius dan kawasan sekeliling sejauh dua kilometer radius sekitar ia di pasang."Kata Mustafa.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman ke Stesen Kuasa Elektrik Hidro Sultan Mahmud Kenyir, Hulu Terengganu, hari ini.Katanya,langkah untuk memberi amaran awal dan membantu penduduk untuk berjaga-jaga dan bersiap siaga apabila berlaku keadaan kecemasan.Pihak kami juga akan menyelaras penggunaan atau faedah pemasangan siren dengan pihak berkuasa bencana daerah untuk digunakan ketika berlakunya banjir.Dalam pada itu,beliau berkata Empangan Utama Tasik Kenyir, Hulu Terengganu sedia menghadapi kemungkinan banjir dengan menurunkan paras air ke paras terendah sebelum musim tengkujuh bermula lagi."Pihak kami telah bersiap sedia dengan segala kemungkinan untuk berdepan dengan banjir sejak awal lagi."Apabila air melepasi 145 meter bermakna jumlah air hujan yg turun di kawasan tadahan sekitar Tasik Kenyir makin banyak dan tasik hanya boleh menakung air setakat paras 145 meter sahaja."Aliran air pada Alur Limpah adalah biasa dan telah berlaku lapan kali sejak Empangan dibina pada 1985.. Alur Limpah dibina khas dan mampu mengalirkan air sehingga paras maksima 153m dan paras ketinggian empangan ialah 155m."katanyaMenurut Mustafa,paras paling tinggi pernah berlaku pada 2014 iaitu 148 meter dan telah dialirkan melalui Alur Limpah ketika itu."Air yang berlebihan akan mengalir ke Sungai Terengganu dan aliran air di kawasan hilir akan bertambah dan mungkin kawasan banjir dan tahapnya akan bertambah."ujarnya lagi.Katanya lagi,pihaknya telah memastikan paras air terendah di empangan utama kenyir setiap November dengan paras 137 meter berbanding dengan paras penuh 145 meter."Ini perlu untuk menyediakan ruang takungan besar dan mencukupi untuk tampung jumlah hujan turun sekiranya hujan terlalu lebat,air tasik akan disalurkan melalui alur limpah serta ke empat buah turbain dengan keupayaan 400 megawatt yang terdapat di empangan utama."katanyaMenurut Mustafa,air tasik tidak akan pergi mengalir mana-mana sungai kerana air hanya akan keluar melalui alur limpah yang direka bentuk untuk menampung limpahan termasuk empat buah turbain janakuasa utama."TNB juga berperanan untuk melepaskan air bagi menolak air pasang dari laut untuk mengelakkan air masin memasuki stesen-stesen syarikat SATU."Ini adalah antara tindakan sepanjang tahun sekiranya air pasang besar berlaku dan TNB akan bekerjasama dengan SATU untuk pastikan air masin tidak masuk ke stesen-stesen SATU demi menjaga kualiti air terjamin, "katanya lagi.
23 Jan 17
145
Jumlah Mangsa Banjir Menurun
Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 681 orang (187 keluarga) setakat pukul 11 pagi ini, berbanding 2,917 orang (854 keluarga) tengah hari semalam.Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my, hanya 14 pusat pemindahan yang masih beroperasi iaitu tujuh di Hulu Terengganu, Kemaman (3) dan masing-masing dua di Besut dan Setiu.Di Hulu Terengganu 403 orang (134 keluarga) masih di pusat pemindahan sementara 126 orang (24 keluarga) di Kemaman.Manakala seramai 82 orang (16 keluarga) pula masih ditempatkan di Dewan Serbaguna Bukit Tanah dan Balai Raya Kampung Padang Cili, Besut.Sementara, 70 orang daripada 13 keluarga lagi di Surau Kampung Nyatoh dan Balai Raya Beris Tok Ku, Setiu.
22 Jan 17
55
HSNZ Jadi Rujukan Sub-Kepakaran O & G
Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kini menjadi hospital rujukan bagi zon Pantai Timur yang menawarkan satu sub kepakaran Obstetrik & Ginekologi (O & G) iaitu Perubatan Reproduktif yang mengendalikan perkhidmatan Teknologi Bantuan Reproduktif (ART).Perkhidmatan ART di HSNZ bermula sejak 2005 dengan prosedur Intrauterina Insemination (IUI).Pengarah HSNZ, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, selain IUI perkhidmatan ART termasuk, In- Vitro Fertilization (IVF) iaitu persenyawaan dalam tabung uji dan Intracytoplasmic Spem Injection (ICSI).“Perkhidmatan ART di hospital ini bermula sejak 12 tahun lalu dengan prosedur IUI yang melibatkan 3,048 kes sehingga tahun lalu.“Manakala, pada 23 Disember 2009 Unit Perawatan Reproduktif HSNZ telah mula mengendalikan kes IVF yang pertama. Sehingga kini sebanyak 583 kes IVF dan ICSI telah dirujuk di pusat ini,” ujarnya pada program bersama media di Kompleks Rawatan harian, HSNZ, hari ini.Katanya, HSNZ telah melakar sejarah apabila bayi pertama dengan kaedah IVF dilahirkan pada 31 Ogos 2010 dan sehingga kini, seramai 71 orang bayi dilahirkan di hospital itu menerusi kaedah tersebut.Menurut beliau, kesemua perkhidmatan ART yang ditawarkan dikenakan bayaran yang amat berpatutan berikutan rawatan tersebut menerima dana daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.Seorang ibu, Mastika Abdul Aziz, 38, sukar menggambarkan perasaannya ketika menemani zuriat tunggalnya yang dinanti hampir empat tahun memasuki tahun satu sesi persekolahan baru-baru ini di Sekolah Kebangsaan Marang.Apa tidaknya, anaknya itu Muhamad Amar Haziq,7, yang dilahirkan menerusi program persenyawaan dalam tabung uji (IVF) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 31 Ogos 2010 telah mula memasuki alam persekolahan. Mastika yang berkhidmat sebagai jururawat di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi (Priba) dan berasal dari Marang, berkata, beliau bersama suaminya Mohammad Fadli Ngah, 38, menunggu selama empat tahun menerusi pelbagai kaedah perubatan untuk mendapatkan cahaya mata termasuklah melakukan permanian beradas (IUI) tetapi masih belum berjaya memperolehi zuriat."Selepas usia perkahwinan memasuki dua tahun, saya mencuba permanian beradas sebanyak empat kali, bagaimanapun keputusannya amat mengecewakannya. Walau bagaimanapun, saya tidak berputus asa sehinggalah saya disyorkan kaedah IVF ini oleh seorang doktor pakar dan sebaik mencuba ia benar-benar mendatangkan hasil," katanya.Sementara itu, pensyarah di Fakuiti Sains kesihatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Siti Noor Syuhada Mohd@ Molahamd Amin, 29, dan suaminya Ahmad Riedhaudden Razak,34, mengambil inisiatif untuk menjalankan IVF di HSNZ kerana kosnya yang berpatutan iaitu sekitar RM3,400 sahaja.“Setelah lima tahun berkahwin dan selepas tiga kali melakukan IUI tetapi ianya tidak berhasil, saya dan suami mengambil keputusan untuk menjalankan IVF disini kerana kosnya lebih murah berbanding di hospital swasta. Alhamdulillah, doktor mengesahkan saya mengandungkan bayi kembar berusia sembilan minggu hasil percubaan pertama kali melakukan IVF ini,” ujarnya.
22 Jan 17
570