Artikel "Semasa" Terkini
Toh Seng Cheng, bakal Calon DUN Bandar
Ahmad Razif bersama beberapa tetamu mengaul Yee Sang pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Bandar, di Kampung Cina, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli PutraKerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Kuala Terengganu berkemungkinan akan isi Setiausaha MCA Bahagian Kuala Terengganu Toh Seng Cheng pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Pengerusi MCA Terengganu, Dato’ Toh Chin Yaw, berkata perkara itu sudah dipersetujui pucuk kepimpinan negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dalam satu perjumpaan baru-baru ini.Katanya, walaupun dalam PRU lalu kemenangan di kerusi berkenaan tidak berpihak kepada MCA tetapi soal itu bukan ukuran kerana Barisan Nasional mengamalkan konsep toleransi dan persefahaman antara rakan komponen sejak dahulu, kini dan selamanya.“Sememamgnya pengundi di DUN ini majoriti terdiri daripada orang Melayu tetapi yakin dengan kemampuan bakal calon berkenaan yang sememangnya sudah dikenali ramai, “katanya.Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Bandar, di Kampung Cina, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir meraikan majlis itu, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.Terdahulu, Ahmad Razif dalam ucapanya berkata, beliau mengharapkan kerjasama antara pelbagi kaum di Terengganu berterusan, baik dalam aspek memajukan negeri mahupun berdepan PRU akan datang.
28 Jan 17
639
1,254 Pelajar Cemerlang UPSR, PT3 Terima RM500
Seramai 1,254 murid dan pelajar yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun lalu, menerima hadiah wang tunai RM500 setiap seorang, sebagai penghargaan kepada kejayaan mereka.Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohamad Sulong berkata, daripada jumlah itu, Kuala Terengganu mencatatkan jumlah murid dan pelajar paling ramai menerima hadiah berkenaan iaitu 53 murid cemerlang UPSR dan 189 pelajar cemerlang PT3.Katanya, ia diikuti daerah Kuala Nerus yang menyaksikan seramai 41 murid cemerlang UPSR dan 187 pelajar cemerlang PT3; Kemaman (47 UPSR, 77 PT3); Besut (50 UPSR, 175 PT3) dan Dungun dengan 35 murid cemerlang UPSR dan 165 pelajar cemerlang PT3."Selain itu di Marang, seramai 17 murid cemerlang UPSR dan 77 pelajar cemerlang PT3 menerima RM500 setiap seorang, selain Hulu Terengganu dengan 16 murid cemerlang UPSR dan 77 pelajar cemerlang PT3 serta 12 murid cemerlang UPSR di Setiu dan 36 pelajar cemerlang PT3," katanya selepas mengiringi Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail menyampaikan hadiah wang tunai itu kepada 228 murid dan pelajar cemerlang di Kuala Nerus di Duyong Marina Resort, semalam.
27 Jan 17
69
Penternak Ikan Air Tawar Disarankan Jual Hasil Sebelum Musim Tengkujuh
Para penternak ikan sangkar air tawar di Terengganu dinasihatkan menjual hasil ternakan mereka sebelum tiba musim tengkujuh bagi mengelakkan kerugian yang berlaku akibat banjir.Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu,Zawawi Ali berkata, langkah ini bagi membantu para penternak mengatasi kerugian yang dialami setiap tahun akibat kerosakan sangkar dan ikan mati."Kita selalu terima aduan para penternak tentang kerosakan sangkar ikan, ikan yang mati dan ikan yang dibawa arus deras akibat terlepas apabila musim banjir di seluruh negeri Terengganu."Jadi mereka perlu lebih bijak dalam menguruskan ternakan mereka dan menentukan masa yang sesuai untuk memasukan benih ikan agar hasil dapat dituai sebelum musim tengkujuh,"katanya.Beliau berkata demikian ketika melawat ke sangkar ternakan ikan di Kampung Pantai Ali, Hulu Terengganu.Zawawi yang meluangkan masa untuk melihat sendiri kerugian penternak ikan di samping mengadakan perbincangan mengenai teknik pengurusan ikan dan sangkar yang lebih efektif bagi meningkatkan hasil.Dalam beberapa siri gelombang banjir baru-baru ini, seramai 15 pengusaha daripada 21 pengusaha sangkar ikan di Kampung Pantai Ali kerugian hampir RM180,000 apabila 25 sangkar ikan rosak teruk dan hampir lapan tan ikan ternakan mati.Zawawi berkata, pihaknya akan mengira kos kerugian yang ditanggung dan akan memberi bantuan bagi mengurangkan beban para penternak."Kita juga adakan perbincangan dengan pengusaha ternakan bukan sahaja mengenai isu ikan tetapi juga usaha membaik pulih semula bagi meningkatkan pendapatan yang ada,"katanya lagi.
26 Jan 17
172
Ilmu Penentu Kejayaan
Pelajar di negeri ini diminta mengekalkan kecemerlangan bukan sahaja dalam pelajaran tetapi perlu berjaya dalam sektor pekerjaan.Ahli Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang, berkata semua pihak perlu peka dengan perubahan dunia pendidikan kerana adanya ilmu akan menentu kepada pelbagai kejayaan."Kejayaan pelajar dapat pada hari ini juga disebabkan daya usaha dan kerja keras para guru dan disertai dengan doa dari ibubapa yang ingin melihat kejayaan anak mereka,"Walaupun kerajaan negeri ada sedikit kekangan kewangan, namun bidang pendidikan tetap diutamakan dalam menyediakan kemudahan pembelajaran terbaik kepada rakyat."Kata Tengku Putera.Beliau yang juga berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar UPSR dan PT3 Tahun 2016 di Dewan Komuniti Kuala Berang hari ini.Turut hadir Penolong Pengarah Yayasan Terengganu, Yusrisyam Ibrahim dan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu,Jalaludin Ismail.Katanya, sumbangan itu diharap dapat melonjakkan lagi prestasi kecemerlangan akademik pelajar Terengganu dan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan akan datang.Seramai 93 pelajar diraikan membabitkan 16 pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan 77 pelajar Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016.Setiap pelajar menerima wang tunai RM 500 beserta sijil penghargaan.
25 Jan 17
82
Sertai Hafazan Sekadar Suka-Suka, Peroleh Kejayaan
Johan wanita kategori 1 hingga 30 juzuk, Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Terengganu, Radhiah Ab Rahman, 22, tidak menyangka percubaan sekadar `suka-suka’ membuahkan kejayaaan yang amat membanggakan.Katanya, dia tiada niat lain menyertai pertandingan itu melainkan hanya mahu mengasah bakat terpendam, selain ingin mencari pengalaman. “Dia pernah memenangi pertandingan sama tahun lalu, dan kali ini adalah kejayaan kedua buat diri saya dalam kategori juzu’ 1 hingga 30.“Sebelum ini, pernah menjuarai kategori juzu’ 1 hingga 20 ketika menyertai pertandingan hafazan di Kelantan, faktor itu mendorong saya untuk mengasah bakat dengan mengikuti kategori lebih tinggi,”katanya yang berasal dari Kampung Tok Kah, Dungun..Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Terengganu, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Hadir merasmikan majlis itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Johan lelaki dan wanita bagi kategori juzu' 1 hingga 30 masing-masing layak membawa pulang wang tunai RM8,000 berserta piala.Turut hadir isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim.Manakala Johan lelaki (kategori juzuk 1 hingga 30) Muhammad Irfan Saiful Azizan Ali, 24, dari Kemaman berkata, dia hanya sekadar mencuba nasib menyertai pertandingan hafazan itu dan kejayaan yang diperolehI adalah takdir Allah SWT.Katanya, dia menggunakan masa yang ada dengan bangun pada setiap pagi untuk mengaji dan menghafaz al-Quran, selain mencatat pembacaa yang tidak betul dan sentiasa menanam nekad untuk membuat yang terbaik.“Tiada petua istimewa, perihal pemakanan pun tidak dijaga sangat, mungkin adanya kekuatan dalam diri, mendapat sokongan dari keluarga menjadi faktor kejayaan saya malam ini (malam tadi),”katanya
25 Jan 17
99
Budaya Cintai Al-Quran Perlu Dilazimi Dalam Kehidupan
Ahmad Razif bermesra dengan pelajar sebaik tiba di MajlisMajlis Menghafaz al-Quran peringkat Terengganu, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus. Foto oleh Zulkifli CW Putra Penganjuran Majlis Menghafaz al-Quran peringkat negeri dilihat sebagai platform mengajak masyarakat Islam khususnya di Terengganu supaya mencintai al-Quran dan menjadikan budaya tersebut dilazimi dalam kehidupan seharian.Di samping itu, penganjurannya bertujuan mengangkat martabat sekali gus memberi pengiktirafan kepada para huffaz supaya menjadi contoh dan tauladan kepada masyarakat agar budaya hafazan dijadikan alternatif pendidikan kepada generasi akan datang.Bersempena Majlis Menghafaz al-Quran peringkat Terengganu yang berlangsung selama dua hari, berakhir malam tadi, seramai 23 peserta pelbagai kategori memperdengarkan bacaan masing-masing. Majlis penutup disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Hadir sama isteri, Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim.Ahmad Razif berkata, majlis tilawah atau menghafaz al-Quran yang dianjurkan saban tahun, merupakan titik tolak kepada terbinanya nilai murni serta qudwah hasanah dan menjadi ikutan setiap lapisan generasi ummah. Katanya, kerajaan negeri juga sentiasa komited dan mendokong segala bentuk usaha dalam memartabatkan al-Quran serta syiar Islam di negeri ini. “Umat Islam perlu menoleh sejenak ke belakang, menauladani sirah Nabi Muhammad SAW dalam aspek menjayakan agenda perpaduan,”katanya.
25 Jan 17
165
Tahun Baru Cina Lebih Bermakna Untuk 20 Penduduk Tionghua Batu Rakit
Sambutan Tahun baru Cina tidak lama lagi semakin bermakna kepada 20 penduduk Tionghua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit apabila menerima baucer dana Tahun Baharu Cina di Batu Rakit, semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, setiap penerima mendapat RM400 dan RM200 setiap seorang."Tahniah kepada semua penerima, semoga pemberian dana ini dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina nanti," katanya.Bazlan berkata, kaum Cina di Batu Rakit semakin berkurang berbanding masa lalu kerana kebanyakan anak-anak mereka tidak lagi tinggal di kampung dan mengambil keputusan berhijrah untuk bekerja di luar selepas ibu bapa mereka meninggal dunia."Kini ada kira-kira 20 keluarga sahaja yang tinggal di DUN ini, bagaimanapun kami sentiasa menjaga kebajikan mereka. Saya juga berterima kasih kepada kerajaan yang menyediakan pelbagai bantuan untuk penduduk di DUN ini tanpa mengira bangsa dan latar belakang," katanya
25 Jan 17
46
Sembilan Penuntut UCB Terima Anugerah Ikon Akademik Siswa 2017
Sembilan penuntut Kolej Universiti Bestari( UCB) Setiu menerima Anugerah Ikon Akademik Siswa 2017 di kolej universiti itu, hari ini.Anugerah yang julung kali diadakan dengan kerjasama Ahli Pemegang Amanah Yayasan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) bagi mengiktiraf penuntut UCB yang cemerlang dalam pelajaran.Naib Canselornya, Prof Dr.Abd Aziz Yusof berkata, selain itu anugerah ini juga untuk memberi kesedaran dan motivasi kepada pelajar lain supaya berjaya dalam bidang akademik."Terima Kasih kepada PAUM kerana sudi menyediakan sumbangan kewangan bagi menjayakan program ini dan ianya menjadi perintis kepada kami untuk mengadakan anugerah ini pada setiap tahun," katanya.Abd Aziz berkata, penuntut yang terpilih bukan sahaja mereka yang berjaya dalam bidang akademik malah di kalangan yang aktif dalam kokurikulum dan persatuan serta berketerampilan.Penerima anugerah berkenaan adalah Muhammad Aziq Abdullah Zawani, Muhammad Nur Azfar Mohd Raub, Syed Arif Safwan Syed Ibrahim, Nurul Fasihah Mohd Fazi, Zulaikha Mat Husin, Siti Maisarah Alias, Wan Nor Khairunnisa Wan Rosdi, Mohd Firdaus Rashdi Mohd Rasyid dan Nurulain Abdul Hamid.
24 Jan 17
62
RM185,900 Dana Tahun Baru Cina DUN Pengkalan Berangan
Seramai 521 penerima Dana Tahun Baru Cina melibatkan kos RM185,900, menerima baucer dana itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan, Marang, kelmarin.Daripada jumlah itu, seramai 139 penerima untuk kategori warga emas yang melibatkan RM41,700, 17 Orang kurang Upaya (OKU) (RM5,100), 53 duda dan ibu tunggal (RM18,900) dan 312 golongan berpendapatan rendah (RM120,200).Adun Pengkalan Berangan, A.Latiff Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri menyampaikan bantuan itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa, Wakaf Tapai. Add captionA. Latiff berharap bantuan itu dapat digunakan sebaik mungkin dan menambah keceriaan kepada penerima sempena sambutan perayaan itu, tidak lama lagi. Seramai 849 penerima dana itu di seluruh Marang melibatkan DUN Alur Limbat (313) dan Bukit Payung (15 orang).
24 Jan 17
40
Terengganu Bakal Jadi Hub MRO Rantau Asia Pasifik
Wan Nawawi mewakili kerajaan negeri (dua dari kanan) menerima dokumen di Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Projek Penyelenggaraan, Pembaikian dan Ubah Rawat Pesawat Udara (MRO) di Kompleks Lapang Sasar, Tok Jembal, Kuala Nerus. Foto oleh Harish FadzillahTerengganu bakal menjadi hub Projek Penyelenggaraan, Pembaikian dan Ubah Rawat Pesawat Udara (MRO) di rantau Asia Pasifik dalam tempoh tiga tempoh akan datang.Projek membabitkan pelaburan RM229 juta di kawasan seluas 14 hektar di Tok Jembal, Kuala Nerus itu bakal mewujudkan 660 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Kompleks MRO dan Pusat Latihan Penerbangan yang menjadi sebahagian daripada komponen utama pembangunan keseluruhan dalam pelaburan Admal Sdn Bhd dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2022."Projek MRO bakal menarik minat pasaran syarikat-syarikat penerbangan rantau Asia Pasifik termasuk dari negara China. "Menurut Laporan Pasaran Industri Penerbangan oleh Boieng, keperluan pesawat udara baharu dijangka sebanyak 36,770 buah dari 2014 hingga 2032 yang bersamaan dengan nilai RM8.9 trillion (USD2.02 trillion). "Terengganu dilihat berpotensi untuk muncul sebagai hub MRO kerana kedudukan geografinya di tengah-tengah rantau Asia Pasifik. Selain itu, kita berharap industri MRO mampu memberi nilai tambah kepada aktiviti di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan aktiviti di kawasan setempat," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Projek Penyelenggaraan, Pembaikian dan Ubah Rawat Pesawat Udara (MRO) di Kompleks Lapang Sasar, Tok Jembal, Kuala Nerus, semalam.Terdahulu, Ahmad Razif menyaksikan majlis menandatangani antara kerajaan negeri dan ADMAL Sdn Bhd yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Ekskutif Admal Sdn Bhd, Abdul Malek Packeer.Ahmad Razif berkata, projek ini adalah hasil perincian Makmal Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu yang diadakan pada 2015.Katanya, projek itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa yang dikhususkan dalam Perancangan Pembangunan LTSM merangkumi tiga komponen iaitu pembinaan apron pesawat, bengkel dan kemudahan pengisian bahan bakar. "Kerajaan negeri turut bersetuju melalui bayaran pampasan agar Kompleks Lapang Sasar, Tok Jembal yang ada diberi hak milik kepada Admal Sdn Bhd," katanya.
24 Jan 17
205