lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Lawatan SUK Bermanfaat Mantapkan Pentadbiran
Wan Nawawi dalam sesi taklimat bersama ketua-ketua jabatan dalam lawatannya ke Besut di Pejabat Daerah Besut. Foto oleh Harish Fadzilah Kassim.Program lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri ke setiap daerah banyak memberi idea dan bermanfaat untuk memantapkan pentadbiran negeri.Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata, lawatan yang memasuki siri ketiga dan terkini di Besut memberinya gambaran lebih jelas proses dan perjalanan pentadbiran peringkat daerah menerusi taklimat selain dapat beramah mesra dengan ketua-ketua jabatan.Tambahnya, pertemuan khas dengan pegawai dan kakitangan kerajaan itu juga memberi peluang untuk beliau menyampaikan pesanan dan harapan beliau dengan lebih berkesan dan tepat kepada sasaran."Pertamanya agar mereka menjadi lebih baik dari semasa ke semasa dan kedua, mereka harus saling bekerjasama di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)."Kita cuba menggabungkan kerjasama yang erat antara jabatan persekutuan dan negeri kerana kedua-duanya bertujuan untuk memberi manfaat maksimum kepada penduduk di Terengganu," katanya kepada Teganukita.Wan Nawawi di Empangan Paya Peda, Besut.Beliau ditemui pemberita sebelum mengakhiri siri lawatannya yang ketiga di Empangan Paya Peda, Besut, hari ini.Sementara itu, Wan Nawawi berkata, Empangan Paya Peda yang berfungsi sebagai tebatan banjir adalah satu-satunya prasarana dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.Katanya, selain daripada sebagai tebatan banjir, empangan tersebut juga dapat memberi manfaat yang besar kepada penduduk setempat."Petani khususnya penanam padi di Daerah Besut juga menerima manfaat melalui pembinaan empangan ini apabila ianya dijadikan tempat takungan air."Dan bagi peristiwa banjir yang berlaku baru-baru ini, dengan adanya empangan ini ianya telah dapat mengurangkan kesan akibat limpahan air hujan kerana kawalan di sini (empangan)," katanya
02 Feb 17
64
Empty Image
Kawat Terima RM100,000 Sempena Majlis MB-Media
Ahmad Razif bersama pengamal media dari pelbagai agensi pada Majlis Ramah Mesra Bersama Media di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri  meluluskan peruntukan RM100,000 kepada Kelab Wartawan Media (Kawat) Terengganu sebagai menghargai  peranan dan jasa pengamal media khususnya lebih 200 ahli kelab itu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata peruntukan itu bagi membantu pengurusan kelab dan melancarkan pelbagai aktiviti yang mampu memberi manfaat kepada pengamal media di Terengganu.Katanya, dia menyedari golongan itu tidak pernah jemu membantu pelbagai pihak di negeri ini, terutama kerajaan negeri mempromosi Terengganu, membaik pulih imej dan menepis pelbagai isu pihak tidak bertanggungjawab."Apa yang disampaikan media melalui pelbagai medium, termasuk media elektronik, terbitan akhbar, siaran radio dan berita dalam talian pastinya membantu memperluaskan fahaman kepada masyarakat.“Jika pengamal media tidak membantu, agar sukar bagi kerajaan untuk menyalurkan maklumat secara sahih,  menepis tuduhan pembangkang, selain mempromosi Terengganu ke peringkat antarabangsa. Peranan media cukup besar dan bagi menghargai peranan mereka yang terlibat, kerajaan berbesar hati menghulurkan sumbangan RM100,000,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis YAB Menteri Besar Bersama Media di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom), Dato’ Muda Mamat.Kira-kira 200 pengamal media dari pelbagai agensi, termasuk Ukom, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Manis FM, TV3 Malaysia, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Sinar Harian.Ahmad Razif turut memberitahu, dia berharap hubungan baik antara kerajaan negeri dan pengamal media terus berkekalan.“Saya berhasrat mahu meneruskan program seumpama ini dengan kehadiran suami atau isteri, bertujuan mewujudkan konsep keluarga bahagia, rakyat sejahtera seperti apa yang diterapkan dalam prinsip Transformasi Terengganu Baharu,”katanya.
01 Feb 17
216
Empty Image
Bas 'Hop On Hop Off' Bakal Rancakkan Industri Pelancongan
Bas dua tingkat berkonsep terbuka ‘hop on hop off’ bakal merancakkan industri pelancongan negeri ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri telah bersetuju membeli dua buah bas bernilai lebih RM1 juta itu bagi mempromosikan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 khususnya dan Tahun Melawat Terengganu amnya.“Apabila siap kelak, bas yang ditempah dengan sebuah syarikat di Terengganu itu akan digunakan untuk membawa pelancong melihat pemandangan sekitar bandar raya ini yang terkenal dengan jolokan bandar raya warisan pesisir air.“Laluan bas berkenaan juga akan ditambah dari semasa ke semasa daripada laluan sedia ada supaya para pelancong dapat menikmati sepenuhnya pemandangan dan keindahan panorama yang dimiliki negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan “Bas Kite’ di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, semalam.Sementara itu Ahmad Razif berkata, penjenamaan semula ‘Bas Bandar’ kepada ‘Bas Kite’ bermula 16 Januari lalu itu bertujuan menambahbaik kemudahan sedia ada di dalam bas, selain meningkatkan promosi produk dan tempat pelancongan di negeri ini.Katanya, melalui perkhidmatan syarikat Cas Ligas sebuah anak syarikat Perbadanan Memajukan Itkisad negeri Terengganu (PMINT), empat buah bas disediakan bagi memenuhi keperluan pengangkutan orang ramai khususnya para pelancong."Buat permulaan ini, ‘Bas Kite’ yang mempunyai reka bentuk fizikal bas yang berkonsepkan rumah tradisional Terengganu itu menggunakan dua laluan iaitu dari Terminal Bas MBKT di sini menghala ke Dataran Shahbandar, Hotel Primula Beach Resort, Pantai Batu Buruk, Masjid Terapung, Kompleks Kraf Noor Arfa dan Pusat Sains & Kreativiti Terengganu.“Satu lagi laluan bermula dari Terminal Bas MBKT menuju Dataran Shahbandar, Bulatan Batu Bersurat, Muzium Negeri, Masjid Kristal, Kampung Losong, Pasar Pulau Warisan, Kampung Cina dan Pasar Besar Kedai Payang,” ujarnya.Katanya, perkhidmatan bas henti-henti itu mengenakan tiket antara RM1 hingga RM3 seorang selain pas harian RM5 seorang bagi satu laluan dan pas harian RM8 seorang untuk semua laluan.
01 Feb 17
81
Empty Image
Terengganu Naik Peruntukan Baik Pulih Rumah 100 Peratus
Terengganu bersetuju menaikkan peruntukan membaik pulih rumah dan pembinaan kediaman baharu sehingga 100 peratus daripada RM1 juta kepada RM2 juta di seluruh daerah dalam masa terdekat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, inisiatif baharu itu  bagi menyelesaikan masalah berkaitan yang dihadapi rakyat, selain membina lebih banyak kediaman sebagai memenuhi keperluan asas penduduk.Katanya, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbadanan PR1MA Malaysia bercadang membina lebih banyak rumah kediaman di negeri ini tetapi tidak boleh disegerakan berikutan tanah milik kerajaan negeri masa kini yang semakin terhad."Kerajaan negeri berusaha mengenal pasti tanah milik kerajaan bagi menyelesaikan masalah perumahan dan pada masa sama memutuskan untuk menaikkan peruntukan kepada setiap DUN," katanya.Beliau berucap pada Majlis Serah Tugas Pegawai Kanan Kerajaan dan Angkat Sumpah Yang Dipertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Sementara itu, majlis serah tugas dan angkat sumpah jawatan baharu didahului dengan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Dato' A. Rahman Yahya dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri menggantikan Dato' A. Rahim Jusoh yang bersara wajib awal bulan lalu. Dato' Mohd Akil Mat pula dilantik jawatan Pengarah Jabatan Tanah Dan Galian Terengganu menggantikan Dato' Mohd Kamil Othman yang menerima tugas baharu sebagai Pegawai Jawatan Kumpulan (penempatan sementara sebelum bersara wajib pada 16 Februari).Sementara Pegawai Daerah Dungun, Dato' Mohd Yasim Awang menerima jawatan Pegawai Daerah Kuala Terenggganu, diikuti Pegawai Daerah Kemaman, Rosman Roslan bertugas sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu.Manakala YDP Majlis Perbandaran Dungun, Ibrahim Mohamad menerima jawatan Pegawai Daerah Dungun dan  Pegawai Daerah Setiu, Shahidan Embok pula sebagai YDP Majlis Daerah Dungun.Selain itu juga, bekas Pengarah Urusan Tabung Amanah Warisan Terengganu, Mohd Zahari Md Azahar pula menerima tugas sebagai Pegawai Daerah Kemaman dan Pengarah Unit Komunikasi Terengganu, Ab. Rasid Jusoh dilantik jawatan YDP Majlis Daerah Besut.
31 Jan 17
30
Empty Image
SKMM Bantu Kenalpasti Menara Haram
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedia berbincang dengan kerajaan negeri Perak mengenai isu pembinaan hampir 3,000 menara telekomunikasi haram seperti yang didakwa dalam masa terdekat. Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari berkata, pihaknya akan membantu mengenal pasti menara-menara yang dibina secara haram di Perak.Katanya lagi, pembinaan secara haram ini bukan sahaja berlaku di Perak tetapi juga beberapa negeri lain termasuk di Terengganu.Menurut Jailani, walaupun beliau tidak pasti daripada mana jumlah yang dinyatakan oleh kerajaan negeri Perak namun mengikut statistik lebih kurang 1500 yang terdapat di Perak adalah menara yang sah. "Tetapi pihak SKMM tetap tidak akan berkompromi terhadap mana-mana syarikat telekomunikasi yang bina menara tanpa kelulusan. Ini kerana ada proses untuk pembinaan ini...pertamanya mana-mana syarikat yang ingin bina menara,ia perlukan lesen daripada SKMM."Keduanya, kita telah wujudkan satu agensi teknikal di mana pihak SKMM adalah bersama dan pembinaan menara haruslah memakai garis panduan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang sedia ada di mana SKMM yang beri cadangan dan kata putusnya di berikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kerajaan negeri,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Banjir di Dewan Budiman,Kampung Bukit Kepah.Dalam majlis tersebut, seramai 240 mangsa banjir daripada Kampung Kepah dan Kampung Tengkawang dan 28 pesara Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat dalam bencana banjir menerima bantuan kit banjir daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan( FAMA).Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.Menurut Jailani, semua pembinaan menara telekomunikasi juga perlu membayar satu caj kepada PBT sebelum menara-menara itu dapat dibina.Sementara itu,mengenai gangguan perkhidmatan mudah alih yang sedang berlaku sekarang hingga Jun 2017 nanti, Jailani meminta para pelanggan supaya bersabar untuk kadar liputan lebih baik."Buat masa sekarang SKMM bersama pihak Telco sedang menaiktaraf dari 2G kepada 3G dan 3G kepada 4G di seluruh negara dan ini akan ambil masa sedikit kerana proses ini harus menjalani satu teknikal,"katanya lagi.Untuk rekod, penyedia perkhidmatan selular mudah alih sedang melaksanakan pemindahan spektrum di jalur 900 MHz dan 1800 MHz secara berperingkat di seluruh negara bermula September 2016 hingga Jun 2017.Proses pemindahan spektrum ini akan membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan mudah alih yang terkini kepada para pelanggan.
31 Jan 17
58
Empty Image
Taman Ilmu, Besut Dijangka Beroperasi Oktober Ini
Ahmad Razif  (empat dari kanan) bergambar bersama sebahagian pegawai kanan kerajaan selepas selesai serah tugas dan angkat sumpah dan serah tugas di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli C.W PutraProjek Taman Ilmu di Tembila, Besut dijangka akan memulakan operasi pada Oktober ini.Pembangunan yang diilhamkan ketika era pentadbiran mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 2004 itu kini sedang dalam fasa terakhir disiapkan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kerajaan negeri sedang mengadakan perbincangan dengan  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memastikan pusat kecemerlangan ilmu bertaraf antrabangsa itu beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi.“Dalam masa terdekat kita akan menguruskan apa-apa kekurangan dan sekarang kita akan mengadakan kerjasama dengan KPT di bawah Dato’Seri Idris Jusoh kerana asalnya Taman Ilmu ini adalah ilham beliau.“Kita akan mengambil prospek daripada Dato’Seri Idris untuk merealisasikan dan memastikan Taman Ilmu ini dapat beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Tugas Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Angkat Sumpah Yang Dipertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan pemimpin pembangkang dalam portal, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berhubung Taman Ilmu yang dikatakan terbiar dan gagal dibangunkan.Ahmad Razif berkata, setiap projek yang tergendala dan tertangguh pada zaman mantan menteri besar lalu sekiranya mampu memberi kebaikan kepada rakyat akan diteruskan pada zaman pentadbiran beliau sebagaimana janji sebelum ini.Taman Ilmu dalam projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai timur (ECER) dibangunkan sejak 2004 melibatkan  kawasan seluas 280 hektar yang bernilai kira-kira RM300 juta,  merupakan projek perkongsian kemudahan pendidikan asas yang mampu menampung perjalanan enam buah institut pengajian tinggi (IPT).Sementara itu, majlis serah tugas dan angkat sumpah jawatan baharu didahului dengan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Datuk A Rahman yahya dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri menggantikan Dato' A. Rahim Jusoh yang bersara wajib awal bulan lalu. Dato' Mohd Akil Mat pula bertukar jawatan Pengarah Jabatan Tanah Dan Galian Terengganu menggantikan Dato' Mohd Kamil Othman yang menerima tugas baharu sebagai Pegawai Jawatan Kumpulan (penempatan sementara sebelum bersara wajib pada 16 Februari).Sementara Pegawai Daerah Dungun, Dato' Mohd Yasim Awang dilantik sebagai Pegawai Daerah Kuala Terenggganu, diikuti Pegawai Daerah Kemaman, Rosman Roslan bertugas sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu.YDP Majlis Perbandaran Dungun, Ibrahim Mohamad ke jawatan Pegawai Daerah Dungun dan  Pegawai Daerah Setiu, Shahidan Embok pula sebagai YDP Majlis Daerah Dungun.Selain itu juga, bekas Pengarah Urusan Tabung Amanah Warisan Terengganu, Mohd Zahari Md Azahar pula menerima tugas sebagai Pegawai Daerah Kemaman dan Pengarah Unit Komunikasi Terengganu, Ab. Rasid Jusoh menerima jawatan YDP Majlis Daerah Besut.
31 Jan 17
181
Empty Image
Ketua Jabatan Perlu Bijak Berdepan Dengan Media
Wan Nawawi bersama pengamal media pada Program Bicara Media Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom)  di Hotel Primula, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKetua jabatan di negeri ini perlu bijak berhadapan dengan media terutama dalam menangani isu tertentu dengan menyampaikan maklumat secara tepat dan berfakta.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, pada masa sama, harus membina hubungan kukuh dan berkekalan dengan pengamal media supaya mudah untuk menyampaikan mesej sekiranya terpalit isu yang kurang disenangi.Katanya, perkara itu pastinya membuahkan hasil yang positif kerana media merupakan pengantara dalam penyebaran sebarang maklumat antara sesebuah jabatan dengan masyarakat.“Segala maklumat yang dicatatkan dalam setiap terbitan sama ada secara cetakan, siaran televisyen, radio dan atas talian dapat membantu  memulih imej organisasi berkaitan.“Tidak wajar menyembunyikan fakta jika perkara yang dikaitkan itu adalah benar, perjelaskan secara terperinci apa yang diragui masyarakat,” katanya. Menurutnya, sebagai contoh, berkaitan isu  Le Tour de Langkawi (LTdL), kita membangkitkan isu itu kerana mengetahui akan berpihak kepada Terengganu dan tempiasnya juga kepada masyakat setempat.“Hasilnya hari ini, kita boleh berbangga kerana kejohanan itu sudah mendapat persetujuan penganjur untuk turut melalui laluan Terengganu walaupun tanpa mengeluarkan belanja tinggi,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Program Bicara Media Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom)  di Hotel Primula, Kuala Terengganu, semalam.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengarah Ukom,  Ab. Rasid Jusoh.Wan Nawawi turut memberitahu, penganjuran program  bulanan seumpama itu sewajarnya dicontohi kerana dapat menampilkan pemimpin, ketua jabatan dan tokoh-tokoh secara berdepan dengan media.“Mereka boleh mengetengahkan pelbagai isu, mempromosi negeri dan pada masa sama menjernihkan isu yang dibangkitkan masyarakat,” katanya.
31 Jan 17
39
Empty Image
MB Tinjau KT Night Market
Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengadakan lawatan kerja ke KT Night Market di Kampung Tanjung Kuala Terengganu, hari ini.Lawatan kerja itu bertujuan meninjau pembangunan semasa di kawasan tersebut, selain mengenal pasti isu serta permasalahan setempat dan langkah penyelesaian yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri.Ahmad Razif turut meluangkan masa kira-kira setengah jam beramah mesra dengan peniaga di situ sebelum meneruskan lawatan kerja ke Rumah Warisan Haji Su dan Projek Perumahan Rakyat Padang Hiliran.
31 Jan 17
28
Empty Image
Pasangan Bisu Gembira Terima Rumah Percuma
Hasrat pasangan suami isteri bisu untuk mendapat rumah kediaman sendiri menjadi kenyataan apabila menerima rumah percuma sumbangan Pejabat Ahli Parlimen Besut, kelmarin.Pasangan terbabit, Rafizah Ahmad,43 dengan isterinya Rahayu Awang, 40, dari Kampung Bukit Kenak, Jertih, terharu kerana nasib mereka turut mendapat perhatian pemimpin yang prihatin dengan memberikan rumah berkenaan untuk didiami bersama keluarga dengan lebih selesa.Mereka juga mencatat sejarah apabila menjadi peserta ke-100 menerima Rumah Komuniti yang diperkenalkan oleh Ahli Parlimen Besut, Dato' Seri Idris Jusoh sejak Januari tahun lalu.Majlis penyerahan replika kunci rumah itu kepada pasangan berkenaan disempurnakan oleh Idris yang juga Menteri Pendidikan Tinggi.Rumah Komuniti berharga RM20,000 berukuran 600 kaki persegi mengandungi tiga bilik diagihkan percuma kepada golongan yang tidak mempunyai rumah kediaman sendiri.Projek perintis idea Idris diperkenalkan di kawasan Parlimen Besut itu mampu menjimatkan kos pembinaan selain dapat disiapkan dalam tempoh sebulan.Kaedah pembinaan rumah berkenaan menggunakan teknologi moden dan dibina secara bergotong-royong oleh pelajar Kolej Komuniti dan Politeknik dari seluruh negara.
30 Jan 17
60
Empty Image
Kehadiran Pemimpin Beri Semangat Pesakit
Dalam kesibukan tugas sebagai exco kerajaan tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Dato' Muhammad Pehimi Yusof, menziarahi beberapa pesakit yang sedang dirawat di Hospital Besut, baru-baru ini.Lawatan mesra sempena sambutan Tahun Baru Cina itu turut disertai isteri beliau, To' Puan Roslida Daud.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani, Perusahaan, perladangan dan Komoditi Negeri itu mengambil masa kira-kira dua jam melawat pesakit sambil beramah mesra dengan mereka.Seorang pesakit, Ghazali Che Noh, 49, berkata kunjungan pemimpin itu amat mengharukan dan dia turut berterima kasih dengan kesudian wakil rakyat berkenaan meluangkan masa walaupun sibuk dengan tugasan sebagai exco kerajaan negeri.Katanya, kehadiran pemimpin terbabit sedikit sebanyak membangkitkan semangat pesakit yang sedang menjalani rawatan di hospital itu.
30 Jan 17
83