lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Program Saintis Islam III Platform Capai Impian - Peserta
Seramai 17 pelajar yang terpilih menyertai Program Saintis Islam Terengganu Kohort III 2017, bermula semalam sehingga 2 Mac ini, beriltizam untuk mengikuti program dengan penuh dedikasi dan memanfaatkan ilmu sepanjang program berkenaan.AzrolSeorang pelajar, Azrol Azam Zunaini, 18, bekas pelajar Sekolah Imtiaz yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Terengganu, berkata, dia tidak menduga terpilih menyertai program itu dan mahu mengambil peluang yang ada untuk menjadi antara pelajar terbaik.“Saya bercita-cita mahu menjadi pakar neurologi satu masa nanti dan program ini antara platform terbaik untuk saya mencapai impian itu.“Saya akan memanfaatkan masa sebulan sepanjang program sekurang-kurangnya meraih ilmu daripada tenaga pengajar dan professional sebelum melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tidak lama lagi,”katanya.Seorang lagi pelajar, Balqis Gani, berasal dari Kertih, Kemaman pula sangat teruja terpilih bersama 16 pelajar Imtiaz yang lain menyertai program tahun ketiga itu.Balqis“Saya yakin persaingan untuk menempatkan diri dalam kelompok pelajar yang terpilih ini sangat hebat. Ini juga sartu persaingan sihat bagi memastikan pelajar yang terpilih mewakili rakan-rakan nanti adalah di kalangan yang terhebat di antara yang hebat dan itu pasti rezeki dari Allah S.W.T.“InsyaAllah, kami tidak akan mensia-siakan peluang yang disediakan kerajaan negeri untuk melahirkan golongan bijaksana dan mampu menjadi saintis Islam yang juga hafaz 30 juzuk al-Quran ini,”kata bekas pelajar SMIYT Dungun itu lagi.Program Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang merasmikan program itu, di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), semalam. Yayasan Terengganu (YT) akan menaja pelajar yang terpilih daripada program untuk melanjutkan pengajian  dari peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dengan perbelanjaan kira-kira RM1.2 juta seorang.Program berkenaan menggunakan modul khas bertajuk `Saintis Islam: Anjakan Cendekiawan Profesional’ yang dilancar pada Mei  lalu sempena perasmian penutup Ijtimak Pondok Malaysia 2016, bagi tujuan pengajian dengan bimbingan 58 penyelidik dan pensyarah daripada UMT dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
06 Feb 17
249
Empty Image
SUK Diberi Taklimat Pembangunan Baru Marang
Wan Nawawi serta rombongan bersama kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Marang melaungkan slogan yang dibawa oleh beliau, 'Be Better, Work Together'. Foto oleh Zulkifli Putra.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail menamatkan siri lawatannya yang keempat di Pejabat Daerah dan Tanah Marang, semalam.Turut serta dalam lawatan itu, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Rosman Roslan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin tersebut, beliau telah diberikan taklimat tentang pembangunan yang akan dan sedang dijalankan di daerah itu.Zainal AbidinTaklimat yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Marang, Zainal Abidin Mohamed itu merangkumi projek pembangunan Bandar Baru Bukit Kor, pembinaan projek silika Jambu Bongkok, hospital baharu, Taman Rekreasi Pulau Kekabu dan lain-lain.Pada lawatan itu juga, Wan Nawawi sempat beramah-mesra dengan kakitangan jabatan itu, sekali gus menjadi platform untuk beliau merapatkan hubungan serta mendengar permasalahan dan juga pandangan daripada pegawai serta kakitangan kerajaan negeri.Wan Nawawi memulakan siri lawatan yang pertamanya di Hulu Terengganu pada Disember tahun lalu dan akan meneruskan empat daerah terakhir iaitu di Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu.
06 Feb 17
95
Empty Image
Sedia Kaji Cadangan AP Khas Untuk Produk Berunsur Babi -Ahmad Maslan
Cadangan mewujudkan permit import(AP)khusus untuk produk yang mempunyai unsur babi sebelum dibawa masuk ke Malaysia sedia dikaji oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kata Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Maslan.Katanya, cadangan wujudkan AP amat bagus dan membolehkan kita berwaspada dengan produk halal atau haram."Kita tidak ada masalah dan akan mengarahkan pegawai-pegawai di kementerian buat kajian sama ada AP khas perlu dikenakan terhadap mana-mana produk yang punyai unsur tersebut termasuk sebarang cadangan tentang kehalalan produk yang dibawa masuk ke negara ini."Bawah MITI, kita ada Halal Development Corporation(HDC).Malah kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim)di bawah Majlis Halal Malaysia yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri,"kata Ahmad.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Kilang RMK Timur Qaseh Sdn Bhd, di Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Ahmad yang diminta mengulas isu semua produk berunsur babi yang dibawa masuk ke Malaysia perlu diwujudkan AP khas seperti  yang telah disarankan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).Ini berikutan sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan beberapa pihak mahu kerajaan mewujudkan AP khas itu bagi mengesan pihak yang terlibat dalam import barangan yang mempunyai unsur babi.
06 Feb 17
130
Empty Image
Terengganu Komited Lahirkan Golongan Saintis Islam
A. Latiff bermesra dengan sebahagian pelajar terpilih dalam Program Saintis Islam Terengganu Kohort III 2017, di UMT, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailTerengganu akan terus komited untuk melahirkan golongan saintis Islam yang menghafaz 30 juzuk al-Quran dan menguasai ilmu astronomi, kejuteraan, al-Quran serta kebijaksanaan emosi menerusi Program Saintis Islam Terengganu Kohort III, yang dilancarkan hari ini.Yayasan Terengganu (YT) akan menaja pelajar yang terpilih daripada program selama sebulan berakhir 2 Mac  ini, dari peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dengan perbelanjaan kira-kira RM1.2 juta seorang.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, sehingga kini, dua pelajar terpilih dari daripada program sebelum ini, masing-masing mengikuti kursus A-level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) Lembah Beringin, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Pelajar Kohort pertama (2015), Mohammad Nur Irfan Mohd Zameri kini di semester empat dan dijangka akan mengikuti bidang Aerongkasa di universiti terkemuka di United Kingdom pada September ini.“Pelajar Kohort kedua (2016) pula  Muhammad Lutfil Hady Zainol Hady, di semester dua kolej yang sama dan pengajian beliau akan ditaja bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program sainstis Islam Terengganu Kohort III 2017, di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Naib Canselor UMT, Prof  Dato Dr. Nor Aieni Mokhtar;  wakil Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Suffian Mohammad Tajudin; Pengarah YT,  Mohammad Sulong dan Ketua Pengawai Eksekutif Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Prof Madya Dr  Wan Nor Liza Mahadi.A Latiff berkata, program pada kali ini menggunakan modul khas  bertajuk `Saintis Islam: Anjakan Cendekiawan Profesional’ yang dilancar pada Mei  lalu sempena perasmian penutup Ijtimak Pondok Malaysia 2016, bagi tujuan pengajian dengan bimbingan 58 penyelidik dan pensyarah daripada UMT dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).Tambahnya, 10 sub modul meliputi judul Apresiasi Ketamadunan Islam dan Kenegaraan, Integrasi Minda Quranik dan Saintifik, Pengembangan Dua Fikir dan Intelektual serta Pemantapan Jati Diri Psikospiritual, Komunikasi dan Dominasi Bahasa, Kecergasan Fizikal dan Pemakanan Rasulullah, Penerokaan Sains dan Matematik, Aplikasi Teknologi dan Kejuruteraan, Keusahawanan serta Eksplorasi Kerjaya. Katanya, program kerajaan negeri menerusi kerjasama YT, UMT  dan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT)  melibatkan seramai 17 orang peserta (2017) yang terpilih  selepas melalui proses saringan dan temuduga.Manakala program pada tahun pertama dan kedua yang bermula pada  2015, masing-masing melibatkan seramai 10 peserta. Untuk tahun ini, pelajar yang terpilih akan ditaja bagi mengikuti pengajian dalam bidang perubatan.Menurut beliau lagi, program berkenaan bukan hanya dapat melahirkan generasi muslim berpengetahuan, berkemahiran dan berkepimpinan tetapi juga berjiwa holistik seperti yang dihasratkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
06 Feb 17
163
Empty Image
Hayati Inti Pati Al-Quran- Ghazali
Umat islam perlu memahami dan menghayati inti pati al-Quran dalam melahirkan kerukunan serta keharmonian antara satu sama lain dan sebagai petunjuk terunggul yang harus dijadikan panduan sepanjang masa.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi , Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri,Ghazali Taib berkata, bagi merealisasikannya kerajaan negeri berhasrat untuk menambah pembinaan madrasah di Terengganu bagi melahirkan generasi yang fasih al-quran.Katanya, ini bagi memastikan Terengganu dapat melahir dan menghasilkan masyarakat yang celik ilmu mentafsir al-quran di masa akan datang.“Kerajaan negeri sendiri telah memperuntukan kewangan yang banyak dalam memperkasakan ilmu agama."Ini dibantu oleh beberapa agensi kerajaan negeri seperti Maidam (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) untuk memartabatkan bidang al-Quran supaya dapat dihayati dan difahami oleh semua umat islam,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Hulu Terengganu Tahun 1438H/2017M di perkarangan Masjid Kampung Bukit Perah,Ajil, Hulu Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu,Azmi Razik, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang serta ketua-ketua jabatan dan pemimpin setempat.Menurut Ghazali lagi, umat Islam pada masa yang sama perlu mengamalkan semangat bersatu kita teguh, bercerai kita roboh bagi mengekalkan perpaduan sesama umat.“Islam amat menekankan persefahaman dan perpaduan antara kaum dan agama demi kepentingan bersama. Kita perlu berusaha mencari persamaan dan mengecilkan perbezaan antara kita dengan mengikis prasangka, salah faham serta saling menerima antara satu sama lain,” katanya.Pada majlis itu, Abu Bakar Deraman dan Esah Deraman yang berasal daripada Kampung Langgar, Kuala Berang dinobatkan sebagai johan qari dan qariah peringkat Hulu Terengganu.Masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta piala iringan.Bagi kategori qari, naib johan dimenangi oleh Muhammad Syakir Asyraf Shohaimi dari Kampung Gaung, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Jaafar Abdullah dari Kampung Kuala Por, Kuala Berang.Munirah Abu Bakar dari Kampung Langgar pula dipilih sebagai naib johan qariah, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Che Ku Dayang Che Ku Yatim dari Kampung Getang.Naib johan membawa pulang wang tunai RM1,000 manakala RM800 bagi pemenang di tempat ketiga.
06 Feb 17
61
Empty Image
Terengganu Terima Geran PKS Tertinggi
Terengganu menerima Geran Peningkatan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) dan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) yang tertinggi di seluruh negara, iaitu berjumlah RM27.29 juta sehingga Disember 2016.Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, geran kepada usahawan PKS itu merupakan contoh bantuan kepada pengusaha Bumiputera yang menjadi tunggak kepada ekonomi negara.Katanya, jumlah tersebut daripada RM221 juta dana keseluruhan membabitkan 1,518 syarikat PKS seluruh negara."Sebanyak 97.3 peratus daripada entiti perniagaan dikumpulkan di bawah PKS berbanding syarikat hanya 2.7 peratus."Geran ini dikendalikan oleh SME Corp untuk membantu PKS Bumiputera dan  sehingga kini, terdapat 645,000 syarikat PKS seluruh negara,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Kilang RMK Timur Qaseh Sdn Bhd di Ajil,Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib, Pengarah SME Corp,Muhammad Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan, Dr Tengku Khairi A.RahmanSementara itu, RMK Timur Qaseh Sdn Bhd merupakan penerima geran BEEP sebanyak RM117 ribu dan bakal menerima bantuan tambahan Galakan Eksport Bumiputera (GEP) kerana berjaya memasuki eksport ke Singapura.Syarikat yang dimiliki Rokiah Koyakutty berjaya mengeksport biskut ke luar negara seperti China dan setakat ini berjaya menghasilkan 31 jenis biskut yang mendapat tempat di pasaran dalam dan juga luar negara.Menurut Ahmad, Melaka merupakan negeri kedua menerima geran tertinggi, iaitu RM24.1 juta diikuti Penang sebanyak RM16.9 juta.Sebelum itu,  beliau yang juga Pengerusi Biro Tekbnologi Maklumat (IT) UMNO Malaysia meluangkan masa satu jam bersama Jawatankuasa Biro IT empat peringkat UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Engku Mohsein.Ahmad Maslan turut membincangkan isu semasa serta peranan Biro IT yang dilaksanakan bagi memperkasakan parti UMNO untuk mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.
06 Feb 17
267
Empty Image
SM Imtiaz Marang Mula Beroperasi
Satu lagi sejarah buat pendidikan negeri Terengganu selaku Negeri Anjung Ilmu apabila Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Marang yang menempatkan 101 pelajar memulakan sesi persekolahan hari ini (Ahad).Pusat pembelajaran baru itu dibangunkan di Sekolah Kebangsaan Wakaf Tapai, Marang yang dinaiktaraf dengan kemudahan dan keperluan serba lengkap selaras dengan tarafnya sebagai sekolah elit sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahu mewujudkan sekolah Imtiaz di setiap daerah seluruh Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri,  A.Latiff Awang, berkata SMIYT bakal melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk maya atau Virtual Learning Environment (VLE) dengan menawarkan kelas International General Certificate Of Secondary Education (IGCSE) kepada anak-anak soleh pintar sekolah itu."Ia sejajar dengan sistem pendidikan masa kini yang memerlukan perubahan selaras dengan keperluan semasa dan memenuhi tuntutan zaman dan peredaran semasa."VLE atau ringkasnya iClass merupakan kelas yang dilengkapi dengan platform pembelajaran maya serta akses kepada penyelesaian pembelajaran bersepadu yang dihubungkan melalui capaian internet berkelajuan tinggi."Bagi memastikan pelajar mendapat yang terbaik daripada iClass ini, SMIYT Marang akan dilengkapi dengan infrastruktur rangkaian dan prasarana teknologi maklumat gred universiti untuk menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta efektif,"katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan pendaftaran dan penubuhan sekolah itu.Turut hadir,Pegawai Daerah Marang, Zainal Abidin Mohamed,  Pengarah YT, Mohamad Sulong,  Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Rozali Salleh,  Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Awi Salleh.Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Adnan Salleh, Pengetua SMIYT Marang, Hayati Omar serta pemimpin-pemimpin setempat.A. Latiff berkata, IGCSE pula merupakan kurikulum antarabangsa yang diiktiraf seluruh dunia melalui Cambridge International Examination  (CIE ) dan merupakan satu usaha memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan yang sedia ada.Katanya, pelajar -pelajar yang mengambil kelas IGCSE akan mengikuti silibus IGCSE bagi empat subjek yang berasaskan Cambridge Learning iaitu bahasa Inggeris,  Matematik,  Sains dan Sejarah."Anak-anak pelajar Imtiaz seharusnya bersyukur kerana dalam sistem pembelajaran dan pengajaran Imtiaz melalui konsep ulul albab yang bercirikan quranik, ensiklopedik dan ijtihadik bagi memperkasakan sistem pendidikan holistik untuk melahirkan insan seimbang bercirikan ulul albab."Kita ingin lihat satu hari nanti di bumi Terengganu akan lahirnya ulama -ulama tersohor seperti Sayid Muhammad Zainal Abidin atau Tok Ku Tuan Besar, anaknya Sayid Abdul Rahman atau Tok Ku Paloh  dan Sayid Ahmad Muhammad al-Idrus atau Tok Ku Melaka, Sayid Mustafa atau Tok Ku Tuan Dalam,  Sheikh Abdul Malik bin Abdul Malik bin Abdullah atau Tok Pulau Manis dan ramai lagi,"katanya.
05 Feb 17
1327
Empty Image
Barang Keperluan Percuma Untuk Anak Terengganu Di Free Market
Ahmad Razif bergambar (tengah) bersama Tengku Asmadi (dua dari kanan) bergambar kenangan dengan kanak-kanak seelepas mengagihkan `duit raya' kepada mereka, di Program Free Market Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah.Usaha kerajaan negeri menganjurkan Program Free Market Anak Perantau memberi manfaat kepada kira- kira 3,000 anak Terengganu yang tinggal di Lembah Klang, Kuala Lumpur.Pengerusi Kelab Anak Darul Iman Malaysia (KADIM) yang juga pengasas kepada program berkenaan, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata, dia seboleh-bolehnya akan menyahut saranan Menteri Besar yang mahukan program berkenaan diadakan lebih kerap dan dilanjutkan tempohnya.Katanya, dia akan berbincang dengan lebih 5,000 ahli KADIM untuk melakukan yang terbaik dengan mengambil masa dan kerjasama pelbagai pihak."Bagi orang ramai pula, saya menyarankan agar terus menyumbangkan pelbagai kelengkapan dapur dan barangan keperluan harian yang masih elok untuk menjayakan program itu dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan, "katanya.Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas program itu di perkarangan Pejabat Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.Hadir merasmikan Majlis Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.AidawatiSementara itu, pengunjung dari Salak Tinggi, Sepang, Selangor, Aidawati Ghazali, 38, yang berasal dari kampung Padang Midin bersama dua anak ke program itu semata-mata mahu mengetahui pengisian acara dan apa yang disediakan kerajaan negeri."Pada masa sama, saya tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai barangan yang disediakan secara percuma,"katanya.Sementara Norfazilah Shafii, 37, dari Kampung Seberang Takir yang kini menetap di Shah Alam, selangor, berkata dia berharap program seumpamanya itu diteruskan pada masa akan datang kerana banyak manfaat diperoleh.Norfazilah"Pada masa sama apa yang yang disediakan melalui perkhidmatan kaunter T-Cakna cukup besar manfaat kepada anak perantau."Boleh mengetahui secara mendalam berkaitan pelbagai bantuan dan sumbangan yang disediakan kerajaan," katanya.
04 Feb 17
106
Empty Image
Terengganu Perluaskan Program Free Market Anak Perantau Ke Seluruh Malaysia
Terengganu berhasrat memperluaskan Program Free Market Anak Perantau  ke semua zon seluruh negara dalam tempoh terdekat bertujuan memberi manfaat kepada anak negeri yang berada di luar Terengganu.Antara zon yang akan terlibat Zon Pantai Timur, Zon Lembah Klang, Zon Selatan, Zon Utara, Zon Sabah dan Zon Sarawak.Manakala program sama peringkat Zon Lembah Klang yang diperkenalkan Kelab Anak Darul Iman Malaysia (KADIM) mulai hari ini akan diadakan setiap bulan dengan tempoh yang lebih panjang.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya berharap penganjur dapat mengadakan program seumpama itu selama dua hari berturut- turut pada setiap bulan."Banyak manfaat boleh diperolehi daripada program itu, bukan sahaja boleh mengambil pelbagai barangan kelengkapan harian dan keperluan dapur secara percuma malah mendapat pelbagai manfaat sampingan lain."Anak perantau juga boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan kaunter T- Cakna melalui agensi yang terlibat, "katanya.Antaranya Tabung Darul Iman, Yayasan Pembangunan Usahawan, Yayasan Terengganu (YT), Suruhanjaya Pilihanraya dan Yayasan Pembangunan Keluarga.Beliau berkata demikian pada Sidang Media Selepas Program Free Market Anak Perantau di perkarangan Pejabat YT di Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengerusi KADIM, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.Kira- kira 3,000 anak Terengganu terutama yang tinggal di Lembah Klang, Kuala Lumpur dijangka hadir pada program yang akan berakhir pada jam 3 petang ni.Ahmad Razif berkata, pihak berkaitan giat menghebahkan program itu melalui pelbagai saluran  sama ada melalui siaran televisyen, hebahan radio, media cetak dan dalam talian."Kira- kira 3,000 anak Terengganu di Lembah Klang sewajarnya mengambil peluang dengan apa yang disediakan kerajaan Terengganu itu, "katanya.
04 Feb 17
120
Empty Image
Dato' Muda Mamat Terajui Ukom
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Binjai yang kini dikenali Pengkalan Berangan selama empat penggal (1982- 1999), Dato' Muda Mamat, 66, dilantik sebagai Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) bermula kelmarin (1 Februari).Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selama dua penggal (1986-1995) menggantikan Ab Rosid Jusoh yang bertukar ke jawatan Yang Dipertua Daerah Besut.Muda yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Marang selama 21 tahun (1985-2004)juga dilantik sebagai Pengerusi Biro Penaziran UMNO Negeri  sejak 2014 sehingga kini.Beliau yang memiliki latar belakang pendidikan agama dari Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Klang, Selangor (1971-1973 ) amat berterima kasih kepada pentadbiran negeri yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui Ukom dan bersedia memikulnya selaras dengan kehendak pucuk pimpinan.Pemegang Ijazah Ekonomi (Pengurusan Perniagaan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1974-1978) itu juga mahu memastikan Ukom selaku komponen penting di bawah Pejabat Menteri Besar dapat membantu menterjemahkan hasrat pentadbiran negeri menerusi lapan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) supaya mampu difahami serta dihayati oleh rakyat dengan sedalam-dalamnya.Beliau juga yang pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji & TH Properties (2004 -2009) akan memperkasakan dan menambah nilai setiap inisiatif serta agenda pembangunan kerajaan menerusi medium komunikasi seperti media cetak, elektronik selain media sosial masa kini supaya 'kecil bagi kita, besar bagi rakyat' dapat diterjemahkan.
03 Feb 17
2031