Artikel "Semasa" Terkini
Terengganu Tawar Diskaun Sehingga 65 Peratus Sempena MITA Fair Travel 2017
Tengku Zaihan ketika sidang media mengenai MITA Fair Travel 2017, di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailTerengganu bakal menawarkan diskaun sehingga 65 peratus bagi pakej pelancongan dalam Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) Travel Fair 2017 yang berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre, Seri Kembangan, Selangor pada 24 hingga 26 Februari ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri II, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, sebanyak 19 agensi pelancongan dan hotel termasuk usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) dari Terengganu akan menyertai MITA Travel Fair berkenaan.Katanya, bagi pengunjung yang mengunjungi pameran pelancongan tersebut, pelbagai diskaun pakej-pakej pelancongan disediakan di booth pameran Terengganu sepanjang tiga hari itu.“Antara promosi yang disediakan adalah diskaun sebanyak 65 peratus di Duyong Marina & Resort, tawaran harga bilik Deluxe serendah RM188 dengan diskaun sebanyak 51 peratus di Primula Beach Hotel serta tawaran harga pakej pelancongan tiga hari, dua malam berharga RM1,000 dengan diskaun sebanyak 40 peratus di Bubu Long Beach Resort, Pulau Perhentian.“Selain itu, terdapat juga tawaran diskaun sebanyak 46 peratus bagi bilik di TY Hotel menjadikannya RM79 sahaja untuk satu malam, pakej penginapan RM379 dengan diskaun sebanyak 44 peratus di Terrapuri Heritage Village dan tawaran harga pakej pelancongan tiga hari, dua malam RM650 seorang dengan diskaun sebanyak 38 peratus di Summer Bay Lang Tengah Resort,” katanya.Beliau ditemui pemberita dalam sidang media sempena Penyertaan Terengganu Dalam MITA Fair Travel Fair 2017 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak dan Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani.Tambah Tengku Zaihan, Terengganu bakal membawa keistimewaan kepada pengunjung yang hadir ke booth penggiat pelancongan negeri di MITA Travel Fair tersebut.“Dekorasi booth kita akan berkonsepkan seni dan kebudayaan Negeri Terengganu selain menampilkan lebih banyak gambar 3D.“Kita mahu menarik lebih ramai pengunjung ke booth yang disediakan di samping menjadi pemangkin kepada pengunjung sebelum mereka merasai sendiri suasana sebenar di Terengganu kelak,” katanya.Dalam pada itu, Tengku Zaihan berkata, kerajaan negeri mensasarkan jualan pakej pelancongan sepanjang MITA Travel Fair pada kali ini sebanyak RM200,000.Katanya, untuk tahun lalu, jualan pakej pelancongan berjumlah RM131,298 telah berjaya diperolehi oleh pengusaha-pengusaha pelancongan yang menyertai MITA Travel Fair 2016.
14 Feb 17
83
Terengganu Tidak Akan Jual Kepentingan YIT Dalam FGV
Kerajaan negeri tidak akan menjual kepentingan yang dimiliki Yayasan Islam Terengganu (YIT) dalam Felda Global Venture Holding Berhad (FGV) walaupun didesak oleh segelintir pihak.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata YIT sudah menjana keuntungan lebih RM100 juta sejak terlibat dengan pelaburan dalam FGV dan memperolehi dividen pada setiap tahun.Katanya, buat masa ini, tiada keperluan kerajaan negeri untuk menjual kepentingan itu memandangkan ia adalah aset dan pelaburan yang boleh membantu generasi akan datang."KIta bersedia memberi masa kepada pengurusan baharu (Felda) untuk memulihkan syarikat itu. Walaupun kita tak jual saham itu kita akan dapat dividen setiap tahun, kita juga ada keyakinan berdasarkan perubahan dari segi pengurusan syarikat itu. Jadi, tiada keperluan untuk jual, kita akan simpan dan tidak akan jual saham itu.“Tambahan pula, pelaburan itu tidak melibatkan duit kerajaan, ia adalah keuntungan daripada pelaburan YIT sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ucap Negeri 2017 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Mohd Zubir Embong.Ahmad Razif berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat, Naraza Muda yang meminta Kerajaan Terengganu menjual semua kepentingan dalam FGV bagi mengurangkan risiko kerugian lebih besar.Menurut Ahmad Razif, kerajaan negeri tetap dengan pendirian dan tidak akan menurut langkah agensi lain yang menjual saham berkenaan.“Bagi saya menjual saham itu ketika era pemulihan syarikat itu bukan sesuatu yang bijak sebab kita (YIT) melabur daripada keuntungan kita sendiri iaitu daripada keuntungan saham yang lepas, bukan pinjaman atau menggunakan dana kerajaan negeri,” katanya.
14 Feb 17
83
MBDHT Anjur Kursus Kemahiran Usahawan Belia
Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu (MBDHT) akan menganjurkan kursus kemahiran jangka pendek pada 17 Februari 2017 kepada belia dan beliawanis yang berminat.Kursus Kemahiran Keusahawanan Belia itu dijalankan dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuala Terengganu.Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu (MBDHT), Md Nasir Mat Ali berkata tiga jenis kursus kemahiran akan dijalankan pada hari tersebut seperti Kursus Pembuatan Roti Canai, Kursus Pembuatan Mee Kuning & Kuew Teow dan Kursus Asas Pengiklanan Facebook (Online Business). Masing-masing di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu dan di Pusat Internet 1Malaysia, Kuala Berang, Hulu Terengganu,"Kursus-kursus tersebut akan dijalankan secara hands on (praktikal) dan akan mensasarkan peserta-peserta di kalangan belia dan beliawanis di daerah ini." kata Md Nasir kepada The Iman Tribune/Teganukita, hari ini.Beliau berkata, objektif mengadakannya adalah untuk membantu menambah kemahiran yang sedia ada di kalangan usahawan dalam industri makanan dan berusaha melahirkan usahawan belia serta beliawanis di bidang berkenaan di daerah ini.Kepada yang berminat untuk menyertai kursus ini boleh menghubungi urusetia yang bertugas iaitu Encik Mukhri bin Mamat, 013-5385642 dan Puan Che Ku Maziah di talian 019-9991366 atau boleh menghubung Pejabat Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu di talian 09-6813203.Setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan serendah RM10 seorang untuk setiap kursus dan penyertaan setiap kursus adalah terhad untuk 30 orang sahaja kecuali Kursus Asas Pengiklanan Facebook hanya dihadkan kepada 20 orang sahaja.Menurut Md Nasir, pihak MBDHT akan menganjurkan kursus-kursus kemahiran keusahawanan jangka pendek ini secara berkala pada setiap bulan dengan pelbagai lagi jenis kursus yang telah di kenalpasti."Pihak kami juga akan bekerjasama dengan beberapa lagi agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain seperti MARA, RISDA dan Empower ECER Hulu Terengganu untuk menjayakan kursus-kursus kemahiran jangka pendek ini,"katanya lagi.
14 Feb 17
146
Terengganu Perkenal Insentif Subsidi Rumah RM40,000 Bawah Program TerengganuKu
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika berucap di Majlis Ucap Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh: Zulkifli C.W PutraKerajaan negeri memperkenalkan insentif pengurangan harga jualan pangsapuri dengan pemberian subsidi sebanyak RM40,000 di bawah program TerengganuKu bagi menggalakkan belia di bawah umur 40 tahun yang sudah berumahtangga untuk memiliki rumah pertama.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, inisiatif itu melibatkan 407 unit Pangsapuri Ladang Tok Pelam di Kuala Terengganu dan 144 unit Pangsapuri Bandar Baharu Kerteh di Kemaman.“Tawaran ini untuk membantu orang muda mempunyai aset di kawasan yang strategik. Di Ladang Tok Pelam, harga asal pangsapuri adalah sekitar RM225,000 hingga RM248,000 bergantung kepada aras dan pemandangan. “Tetapi, selepas pemberian subsidi sebanyak RM40,000 harga yang ditawarkan untuk pembelian unit pangsapuri di sini hanyalah pada harga RM185,000 seunit,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ucap Negeri 2017 di Dewan besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Mohd Zubir Embong.Katanya, bagi syarat pelaksanaan kaedah sewa beli Pangsapuri Ladang Tok Pelam, kerajaan negeri bersetuju mengurangkan kadar sewa dengan kaedah baharu iaitu tempoh empat tahun dengan kadar sewa dikenakan sebanyak RM550 sebulan (termasuk bayaran sewa sebanyak RM350 dan bakinya bayaran penyelenggaraan).Menurut Ahmad Razif, setelah diberi subsidi dengan jumlah yang sama, harga jualan untuk Pangsapuri Bandar Baharu Kerteh juga telah menurun kepada RM157,000 seunit berbanding harga asal RM197,000.Katanya, kerajaan negeri melalui Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri pemilik projek Pangsapuri Ladang Tok Pelam melantik Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) selaku agen pemasaran kepada projek ini yang memainkan peranan dalam menguruskan proses jual beli sehingga kepada penubuhan badan pengurusan pangsapuri.
13 Feb 17
162
Groin Atau Pemecah Ombak Atasi Hakisan Pantai Mengabang Telipot
Kerajaan negeri sedang menunggu laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sama ada untuk menggunakan konsep groin atau pemecah ombak bagi menangani hakisan Pantai Mengabang Telipot.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beberapa persediaan awal telah diambil termasuk menambak di sepanjang pantai yang terhakis."Bagaimanapun soal fenomena alam ini mengakibatkan hakisan terus berlaku, ditambah dengan tiupan angin monsun."Namun, kita juga turut berdepan dengan kekangan berikutan kajian yang dijalankan agensi berkenaan memerlukan masa."Berdasarkan hasil kajian awal kita mempunyai dua cadangan iaitu membina pemecah ombak dan groin,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir membuat tinjauan hakisan Pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus, petang tadi.Bagaimanapun, sebagai langkah penyelesaian sementara, kerajaan negeri bersetuju untuk membina dinding pantai seperti mana yang dilaksanakan di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan."Kita lihat konsep dunding pantai yang dilaksanakan di Kelantan berkesan untuk mengurangkan masalah hakisan di kawasan tersebut,"katanya.
13 Feb 17
855
Tabung Wakaf Pendidikan UniSZA Buka Sumbangan Orang Ramai
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengalu-alukan orang ramai terutama golongan korporat menyalurkan sumbangan ke Tabung Wakaf Pendidikan universiti yang mula diperkenalkan sejak Ogos tahun lalu.Naib Canselornya, Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, perolehan sumbangan terkumpul sehingga Disember lalu berjumlah RM3.4 juta dan hasil itu akan dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan yang memberi faedah kepada pelajar dan juga masyarakat sekitar. Katanya, antaranya pembinaan Bangunan Pengajian Islam, Rumah Rehat UniSZA, pembelian buku perpustakaan dan juga peralatan perubatan UniSZA selain kegunaan lain yang diperlukan di universiti berkenaan.“Sehingga kini pelbagai pihak korporat yang tampil menjadi penyumbang termasuk Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Terengganu Inc, Building Societ Berhad dan DSE Construction Sdn Bhd.“Hasil sumbangan bukan sahaja boleh dimanfaat pelajar dan penduduk setempat malah menjamin saham akhirat iaitu pahala yang berterusan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Jawatankuasa dan Tabung Wakaf UniSZA, Kuala Nerus, baru-baru ini.UniSZA menjadi pusat pengajian tinggi pertama di pantai timur mewujudkan Tabung Wakaf UniSZA dalam usaha memberi kemudahan kepada orang awam dan syarikat korporat temasuk industri menyalurkan dana.Tabung Wakaf UniSZA yang mendapat kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) akan dilancarkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Mei ini.
11 Feb 17
89
Terengganu Tubuh Bandar Koperasi Ogos Ini
Kerajaan negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu akan membangunkan sebuah bandar baharu berkonsepkan koperasi yang dikenali Bandar Koperasi di tengah bandaraya Kuala Terengganu menjelang Ogos ini.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, kerajaan negeri bersetuju menawarkan 46 unit lot kedai di Ladang Tok Pelam untuk tujuan itu setelah memperoleh pembiayaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).“Kerajaan negeri bersetuju mewujudkan Bandar Koperasi di Terengganu dengan cara membeli rumah kedai yang telah siap dibina oleh kerajaan negeri melalui Lembaga Tabung Amanah Warisan di Ladang Tok Pelam sebanyak 91 unit.“Daripada jumlah itu, kerajaan negeri bersetuju untuk menawarkan 46 unit kepada koperasi,” ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakn Majlis Perasmian Program Melestari Modal Insan Koperasi Sempena Promosi Program latihan Maktab Koperasi Malaysia 2017 di TH Hotel, hari ini.Turut hadir, Pengarah SKM Terengganu, Mohd Roslan Awang.Menurut Nawi, permohonan pembiayaan sebanyak RM60 juta dengan pihak kementerian akan dibuat minggu hadapan.“Projek tersebut bakal menggunakan konsep yang sama seperti bandar koperasi pertama dan terbesar di dunia iaitu di Bronx, New York, Amerika Syarikat,” ujarnya.
08 Feb 17
101
Peruntukan RM650 Setahun, Bekalkan Florida
Kerajaan negeri melalui Syarikat Air Terengganu Berhad (SATU) memperuntukan sebanyak RM650,000 setahun untuk memastikan air terawat dibekalkan florida bagi membantu menguatkan gigi.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman berkata, air bersih dibekalkan pengguna sudah dicampur dengan flourida yang mampu membantu menguatkan gigi ketika di peringkat loji.Katanya, penggunaan Flourida yang mampu membantu menguatkan gigi pengguna itu digunakan seperti ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Kadar penggunaan flourida dalam air terawat yang dibekalkan menepati tahap seperti ditetapkan KKM dan tidak membahayakan kepada pengguna."Sukatan flourida dilakukan di 12 loji utamadi seluruh negeri sepanjang masa," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada penduduk pada majlis tautan kasih di Kampung Ranggong Estat, Kemasik, semalam.Ir Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik berkata, florida yang terkandung dalam air memainkan peranan untuk mencegah kerosakan gigi terutamanya kanak-kanak.Katanya, kadar penggunaan flourida dalam air terawat yang dibekalkan SATU kepada pengguna melebihi tahap 0.4 mikroliter per liter dan mencapai tahap optimum seperti ditetapkan KKM."Kerajaan negeri sentiasa mengutamakan kesihatan pengguna dan florida yang dicampur dalam air terawat antara kaedah untuk membantu menguatkan gigi," katanya.
08 Feb 17
109
Tiga Stesen Minyak Bakal Dibuka Di LPT 2
Kerajaan negeri meluluskan tanah kepada sebuah syarikat petrolium baģi membolehkan tiga stesen minyak dibuka di Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) dalam tempoh terdekat.Pengerusi Jawatankuasa Infrasuktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau, Ir Rosli Othman berkata, stesen minyak itu akan dibuka di kawasan Hentian Rawat dan Rehat (R&R) masing-masing satu di Perasing dan dua di Paka.Katanya, kerajaan negeri dimaklumkan pembinaan tiga stesen minyak itu dijangka akan mengambil masa selama setahun."Permohonan tanah dari syarikat petrolium itu dibentang dan diluluskan pada mesyuarat Exco yabg diadakan Rabu lalu," katanya ketika mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada majlis dialog dengan peniaga R&R Perasing, .Dalam perkembangan lain, Ir Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik berkata, kerajaan negeri akan memperbanyaķkan pemasangan papan tanda dan penunjuk arah R&R Peransing bermula dari Gambang, Kuantan hingga ke lokasi hentian rehat.Katanya, kebanyakan pengguna tidak sedar terdapat R&R yang menjual makanan dan minuman selain surau, bilik mandi serta tandas disediakan di R&R Peransing."Disebabkan kurang pengunjung, 18 peniaga makanan dan minuman yang menjalankan perniagaan di R&R Peransing mengeluh."Hasil perbincangan diadakan antara kerajaan negeri dan Plus Malaysia Berhad, pihak itu bersetuju mengurangkan sebanyak 50 peratus kadar sewa gerai makanan dan minuman," katanya.Ir Rosli berkata, pengurusan Plus juga bersetuju untuk tidak menaikkan kadar sewa yang dikenakan antara RM550 dan RM350.
08 Feb 17
560
Masyarakat Cina Diminta Terus Menyokong Kerajaan BN
A Latif bersama beberapa tetamu lain mengaul yee sang pada Majlis Ramah Mesra "Gong Xi Fa Cai", malam tadi Masyarakat Cina di Marang diminta tidak berpecah belah dan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.Ahli Undangan Negeri (ADUN ) Pengkalan Berangan A.Latiff Awang, berkata masyarakat Cina memerlukan wakil rakyat yang kuat untuk menyuarakan keperluan serta kehendak kaum itu kepada kerajaan negeri dan pusat.Katanya, dia yakin sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan adalah padu.“Tidak mudah terpedaya dengan hasutan pembangkang sebaliknya menolak persepsi negatif pembangkang mengenai kerajaan, “ katanya.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Tranformasi Kerajaan Negeri berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra "Gong Xi Fa Cai" peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di Dewan SJKC Chong Hwa Wakaf Tapai, malam tadi. Hadir sama Pegawai Daerah Marang, Zainal Abidin Mohamed,Kira-kira 800 tetamu masyarakatt Tiong Hwa dan Melayu hadir meraikan majlis yang dihidangkan pelbagai menu istimewa, termasuk yee sang, nasi minyak, kuih bakul dan pelbagai menu istimewa.
08 Feb 17
88