lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Sedia RM171.4 Juta Salur Bekalan Air Bersih Kepada Penduduk Luar Bandar
Sebanyak RM171.4 juta diperuntukan sepanjang tahun ini bagi menyediakan kemudahan bekalan air bersih bagi keperluan penduduk luar bandar di Semenanjung.Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Dr Ahmad Jailani  MuhamedYunus berkata, sebahagian peruntukan itu  disalurkan bagi pelaksanaan projek sistem Retikulasi bekalan air di kawasan luar bandar di seluruh negara, tidak termasuk Sabah dan Sarawak.Beliau memberitahu, pada tahun ini, kementeriannya menyasarkan kira-kira 1,000 buah rumahmendapat manfaat daripada sistem Retikulasi seumpama itu.Manakala sepanjang tahun lalu, jelas beliau, sejumlah RM58 juta diperuntukkan bagi penyediaansistem Retikulasi bekalan air di kawasan luar bandar di seluruh Semenanjung yang melibatkan1,042 buah rumah."Untuk projek tahun lalu, sistem Retikulasi ini telah mula dilaksanakan pada pertengahan tahunlalu di kawasan luar bandar di Semenanjung sahaja dan sehingga kini, hampir 97 peratus siapuntuk dimanfaatkan," katanya.Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Projek SistemRetikulasi Bekalan Air Luar Bandar Negeri Terengganu dekat sini hari ini yang disempurnakanoleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeriyang juga Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.Yang turut hadir, Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang, To' Puan Zaitun Mat Amin; PegawaiKemajuan Negeri, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, Datuk Nik NasarudinMohd. Zawawi dan Pengurus Kanan, Perancangan dan Pembangunan Syarikat Air TerengganuSdn. Bhd. (Satu), Ir. Mohd. Zukri Senik.Dalam pada itu, A. Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Beranganberkata, kerajaan negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kementerianberkenaan atas keprihatinan menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada penduduk luarbandar di Terengganu.Beliau memberitahu, tahun lalu, sebanyak 426 keluarga yang membabitkan 26 buah kampung dikawasan pedalaman negeri ini menikmati kemudahan sistem Retikulasi melibatkan peruntukanberjumlah RM4.2 juta."Di sekitar Marang saja, sebanyak 139 keluarga dari lima buah kampung telah mendapat manfaatdaripada sistem Retikulasi ini yang diusahakan oleh KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandardan Wilayah) dengan kerjasama Satu," ujarnya.
23 Feb 17
583
Empty Image
TDM Lancar Model TTB 27 Februari Ini
Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Development Management (TDM) Berhad dijangka bakal melancarkan Model Transformasi TDM Baharu (TTB) dan Anugerah Kualiti, pada Isnin ini (27 Februari).Pelancaran   model transformasi   ini   dilihat seiring   dengan   gagasan   kerajaan  negeri   iaitu Transformasi Terengganu Baharu (TTB) merangkumi prinsip integreti, disiplin, seruan perpaduan dan inklusif yang  dilihat sangat relevan dengan strategi perniagaan TDM.Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad, Dato' Mohamat Muda berkata, misi TDM adalah untuk menjadi model kepada warga korporat, penambah kekayaan kepada pemegang saham dan juga untuk meningkatkan kesejahteraan semua masyarakat di sekeliling mereka.“Objektif utama kami adalah untuk mencapai pemodalan pasaran sebanyak RM 2 billion danmembayar dividen tahunan sebanyak RM 100 juta.“Dengan pencapaian tersebut, harapan kamiadalah untuk menjadi diantara 100 syarikat teratas di Bursa Malaysia,”katanya. Tambahnya, dengan perancangan yang jelas dan teratur, pihaknya juga yakin untuk mencapai objektif  pada 2022 nanti.Model TTB TDM ini dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Hotel Permai, Kuala Terengganu, kira-kira jam 2 petang.
22 Feb 17
188
Empty Image
MCP Sasar GRP Diguna Pakai Seluruh Malaysia Sebelum RMK11
Timbalan Ketua Pengarah MPC, Dato’ Abdul Latif Abu Seman berkata sesuatu pada sidang media Majlis Perasmian Seminar Amalan Baik Peraturan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraPerbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menyasarkan pelaksanaan inisiatif Amalan Baik Peraturan (GRP) diguna pakai di seluruh negara sebelum berakhirnya pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11.Timbalan Ketua Pengarah MPC, Dato’ Abdul Latif Abu Seman berkata, GRP diperkenalkan sejak 2016 di peringkat Persekutuan sebelum diperluaskan di seluruh negeri secara berperingkat-peringkat.Katanya, inisiatif tersebut telah diperkenalkan di tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tahun lalu sebelum diperluaskan ke Sarawak, Perak dan Pahang tahun ini.“GRP diperkenalkan untuk memastikan setiap peraturan baharu diwujudkan atau semakan kepada peraturan yang sedia ada dapat dilaksanakan dengan lebih teliti, tepat dan komprehensif.“Peraturan yang baik bukan sahaja membantu pertumbuhan ekonomi, inovasi, daya saing, produktiviti dan mewujudkan peluang pekerjaan malah berperanan penting dalam melindungi kesihatan awam, kebajikan, keselamatan dan alam sekitar,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada pemberita pada Majlis Perasmian Seminar Amalan Baik Peraturan Negeri Terengganu yang disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Zulkifli Ali dan Setiausaha Bahagian (Kerajaan Tempatan), Jusman Ibrahim. Kira-kira 300 peserta yang terdiri daripada pegawai tadbir di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta Pihak Berkuasa Tempatan hadir ke seminar tersebut.Abdul Latif berkata, Terengganu merupakan antara negeri terawal yang menerima pakai inisiatif ini dan bersetuju melaksanakannya menerusi Dasar Pembangunan dan Perlaksanaan Peraturan Negeri Terengganu.Dalam pada itu katanya, MPC akan terus mengkaji peraturan-peraturan sedia ada bagi memansuhkan peraturan yang tidak lagi relevan, selain memudahkannya untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan beban peraturan."Bagi tujuan tersebut, kita telah lakukan pelbagai inisiatif untuk memperbaiki dan meminda peraturan di Malaysia dengan memastikan GRP untuk meningkatkan kualiti peraturan baharu dan sedia ada," ujarnya.
22 Feb 17
76
Empty Image
Diskaun Bayaran Cukai Pintu Untuk Premis Sempena VBT 2017
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menawarkan diskaun bayaran cukai pintu bagi premis perniagaan dan pejabat yang mengecat dan meningkatkan pencahayaan sempena Tahun Melawat Terengganu 2017, bermula tahun ini sehingga tahun hadapan.Datuk Bandar MBKT, Zulkifli Abu Bakar, berkata insetif itu diberikan kepada pemilik premis dan bangunan yang membantu pihak bekuasa tempatan itu merealisasikan usaha murni sempena memeriahkan sambutan Visit Beautiful Terengganu 2017.“Ini juga merupakan satu galakan kepada pemilik untuk menceriakan bangunan mereka dengan mengecat dan memasang lampu berwarna-warni yang menghiasi suasana malam serta  seterusnya dapat meningkatkan keindahan dan keceriaan Bandar Raya Kuala Terengganu.“Usaha yang dibuat ini juga dapat memberi gambaran bahawa Bandar Raya Kuala Terengganu tidak mengalami kereputan bandar `urban decay’ kerana bangunannya dipelihara dan sentiasa dicat baru,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Zulkifli berkata, kadar diskaun yang diberikan ialah sebanyak 15 peratus bagi mengecat premis dan memasang lampu hiasan. Bagaimanapun, bagi mengecat bangunan  sahaja  sebanyak 10 peratus dan lima peratus untuk yang memasang lampu hiasan sahaja. Katanya, diskaun-diskaun itu diberikan terhadap cukai pintu tahun semasa.Tambahnya lagi, bagi mendapatkan pemberian diskaun pemilik bangunan terlibat dikehendaki menjelaskan bayaran cukai pintu bagi tahun semasa dan tunggakan terlebih dahulu. Menurutnya, pemilik juga perlu mengemukakan permohonan secara bertulis kepada majlis dan membuktikan kepada pihaknya yang bangunan tersebut sudah dicat baru atau pemasangan lampu hiasan atau kedua-duanya sekali dangan menyertakan gambar terbaru.
22 Feb 17
117
Empty Image
Jabatan Kesihatan Kutip Denda RM235,000 Kerana Kesalahan Merokok
Dr Muhammad mengagihkan risalah berkaitan larangan merokok di Taman Awam, Jalan Hiliran, Kuala Terengganu . Foto oleh Zulkifli PutraJabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mencatatkan nilaian kutipan hampir RM235,000 terhadap 2,116 kompaun yang dikenakan terhadap individu kerana didapati merokok di kawasan larangan di negeri ini sepanjang tahun lalu.Manakala 518 kes dihadapkan ke mahkamah kerana ingkar membayar kompaun membabitkan nilaian keseluruhan RM17,000.Jumlah itu berdasarkan 4,002 notis kesalahan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 32B Akta Makanan kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dalam tempoh sama.Manakala, selebihnya iaitu membabitkan jumlah 1,368 kompaun masih dalam proses tindakan selanjutnya.Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata, bagi bulan pertama tahun ini, sebanyak 356 notis kesalahan dikeluarkan berbanding  440 notis dalam tempoh sama tahun lalu.Katanya, rekod itu menunjukkan pengurangan pengeluaran notis sebanyak 19.1 peratus. Notis kesalahan itu dikeluarkan kerana kesalahan menghisap rokok di kawasan larangan di negeri ini. “Antaranya, kawasan hospital, klinik, lif, tandas awam, lapangan terbang, dalam kenderaan awam, hentian pengangkutan awam, institusi pengajian tinggi dan kompleks membeli-belah.“Lokasi lain, stadium, tempat kerja berhawa dingin, Taman Negara Negeri Terengganu dan 37 taman awam di negeri ini,”katanya.Individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
20 Feb 17
365
Empty Image
JPPH Dalam Proses Kumpul Data Nilai Tanah Projek ECRL
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Terengganu kini dalam peringkat awal mengumpul data  bagi melihat jajaran terlibat untuk  proses pengambilan tanah di seluruh Terengganu bagi membangunkan projek berimpak tinggi Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta JPPH, Dr Rahah Ismail, berkata penilaian dan pampasan nilai tanah yang turut menggunakan pengimejan satelit bagi melibatkan jarak 227 kilometer (km) akan dilaksanakan menerusi tiga cawangan JPPH masing-masing di Kuala Terengganu, Chukai dan Jertih.“Projek ini mahu disiapkan segera dan kita sedang dalam proses awal untuk mempersiapkan segala data bagi disalurkan kepada  pihak berwajib berdasarkan laluan projek yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Pantai Timur ini, supaya dapat dibangunkan segera.“Kami sudah dipanggil Kementerian Kewangan dan pejabat cawangan yang terlibat juga sudah mendapat taklimat bagi melaksanakan projek yang menjadi tunjang bagi merancakkan ekonomi negeri serta melengkapkan infrastruktur lebuh raya sedia ada,” katanya kepada media sempena lawatan kerja ke JPPH negeri Terengganu, di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, hari ini.Dr Rahah berkata, pihaknya akan memastikan penilaian itu dibuat dengan terperinci dan lengkap dengan mengambil kira data-data sedia ada serta juga tertakluk kepada maklumat serta kelengkapan yang menyokong kepada proses penilaian harta tanah berkenaan.ECRL sejauh 227 kilometer (km) dengan cadangan bagi empat jejari jajaran adalah 71 km yang membabitkan jarak sejauh 298 km dan Stesen Kampung Raja, Stesen Penarik, Stesen Dungun dan Stesen Chukai.Stesen baru yang dicadangkan  iaitu Stesen Kuala Nerus, Stesen Kuala Telemong dan Stesen Pengkalan Berangan yang pada asalnya adalah Stesen Ajil serta Stesen Kemasik bagi menggantikan Stesen Paka.Dalam pada itu, Stesen Bukit Besar tidak dapat direalisasikan kerana merentasi banyak kawasan pembangunan selain radius dan sudut laluan terlalu tajam yang tidak sesuai dengan kelajuan kereta api.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam kenyataan sebelum ini berkata, perubahan dilakukan kerana beberapa faktor seperti lokasi tidak sesuai dan keselamatan yang mana pemilihan lokasi baru berdasarkan konsep pelancongan dan warisan.Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2017 mengumumkan kerajaan akan membina landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Terengganu seterusnya ke Tumpat, Kelantan membabitkan perbelanjaan keseluruhan RM55 bilion yang dijangka siap sepenuhnya pada  2022.
20 Feb 17
1107
Empty Image
Dua Pelajar UniSZA Wakili Malaysia
Dua pelajar Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan mewakili Malaysia bagi  merebut piala Louis M. Brown dalam Pertandingan Konsultansi Kliendi di  Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom pada 19 hingga 22 April ini.Galvin Loo Wei Ming dan Goh Lai Ling, kedua-duanya merupakan pelajar Tahun Empat itu berjaya merangkul juara di Pertandingan Konsultansi Klien Peringkat Kebangsaan Harun M. Hashim (NCCC 2016) kali ke-13 yang berlangsung di UniSZA baru-baru ini.Mereka yang mewakili UniSZA itu telah menewaskan lima institusi pengajian tinggi awam yang turut bertanding, iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).Galvin, anak kelahiran Pulau Pinang berkata, beliau begitu gembira dan terkejut apabila pasukan UniSZA dinobatkan sebagai juara pertandingan berkenaan.Katanya, walaupun pertama kali menyertai pertandingan itu, dia tidak menyangka dipilih menjadi juara meskipun saingan antara IPT lain begitu hebat. “Pertandingan ini telah mencungkil bakat kami sebagai pelajar Undang-undang dari segi cara berkomunikasi bersama pelanggan dan memberi nasihat apabila diperlukan.“Saya bersama ahli pasukan telah berlatih lebih kurang dua bulan serta mendapat tunjuk ajar dari dua pensyarah di fakulti,” katanya ketika ditemui.Sementara itu, Goh Lai Ling, berkata mereka akan membuat yang terbaik untuk peringkat antarabangsa nanti demi membawa nama Malaysia dan UniSZA khususnya.“Dengan sokongan dari rakan fakulti dan juga tunjuk ajar pensyarah, kami akan lakukan yang terbaik di peringkat antarabangsa nanti”, katanya. 
19 Feb 17
977
Empty Image
Impian Malikie Teruskan Persekolahan Tercapai
Yb Ghazali Sedang Memberi Sokongan Moral Kepada Adik Muhammad Malikie Sambil Diperhatikan Ibunya Hasniah Hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini bila melihat dia kembali meneruskan pelajaran setelah setahun tidak dapat meneruskan persekolahan kerana ketiadaan sijil kelahiran demikian luahan hati  seorang ibu, Hasiah Ismail.Ibu kepada Muhammad Malikie Shamsul Rizal, 11,berkata,  apabila melihat keceriaan di wajah anaknya sejak mendapat tahu akan kembali ke sekolah, dia merasa begitu sebak dan gembira kerana hasrat anak kelima itu akhirnya tertunai.Hasrat kanak-kanak itu direalisasikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dalam memberi kebenaran khusus agar murid berkenaan dibenarkan semula ke sekolah walaupun masih belum mempunyai dokumen.Muhammad Malikie di lahirkan di Pekan Baru, Riau, Indonesia, ketika Hasiah mengikuti bekas suaminya bekerja di sektor pembalakan sekitar  2004 lalu menghadapi masalah untuk ke sekolah apabila tidak membuat pendaftaran bagi mendapatkan sijil kelahiran anak kerana sedikit masalah yang timbul ketika itu."Ketika saya melahirkan Muhammad Malikie,pasport saya tamat tempoh dan kerana takut, saya tidak pergi ke kedutaan untuk membuat daftar kelahiran. Kini anak saya menghadapi masalah kerana kegagalan saya berbuat demikian,"Bila pulang ke Malaysia dan selepas kematian suami,saya telah berurusan dengan jabatan-jabatan yang berkaitan untuk persekolahan anak saya tetapi kerana tiada sijil kelahiran, ia menyukarkan proses termasuk bagi mendapatkan pas pelajar,"kata Hasiah kepada pemberita.Beliau berkata demikian ketika di temui di Sekolah Kebangsaan Ajil,pagi tadi selepas mendaftar anaknya untuk memulakan kembali sesi persekolahan.Turut hadir ,Adun Ajil,Ghazali Taib dan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu,Jalaluddin Ismail.PPD Hulu Terengganu,Cikgu Jalaluddin Ismail Menyerahkan Buku Teks Kepada Muhammad Malikie Bagi Memulakan Pembelajaran Jelasnya lagi,anaknya itu dibenarkan JPNT bersekolah dari Tahun Satu hingga Tahun Tiga, tetapi tidak dapat meneruskan persekolahan di Tahun Empat kerana masalah dokumen berkaitan.Masalah beliau ini turut mendapat perhatian Pegawai Seranta Felda Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Khairil Sabri yang turut membantu dari segi sokongan moral dan usaha untuk mendapatkan kebenaran khas ini serta segala urusan bagi menyelesaikan masalah dokumen kerana Hasiah merupakan anak jati Felda.Sementara itu, Ghazali berkata, pihaknya akan membantu berurusan dengan pihak kedutaan bagi mendapatkan sijil kelahiran atau apa-apa dokumen yang dapat sahkan identiti kanak-kanak ini."Pihak pejabat DUN bersama Pegawai Seranta Felda Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Khairil Sabri akan ke sana (Pekan Baru) untuk berjumpa dengan konsulat Malaysia di sana seawal April ini,"Ini adalah usaha kita bagi mendapatkan sijil kelahiran anak ini dan kita akan membantu sehingga perkara ini selesai sepenuhnya demi masa depan Muhammad Malikie,"katanya.Muhammad Malikie Yang Kelihatan Ceria Sedang Bersalaman Dengan Rakan SekelasnyaManakala Muhammad Malikie yang kelihatan begitu ceria ketika melangkah masuk ke perkarangan sekolah berkata  sudah lama beliau menunggu saat ini."Seronok sangat, tidak tahu nak cakap macam mana. Dapat jumpa kawan-kawan dan cikgu,dapat belajar semula lagipun selama ni saya mampu tengok sahaja dari jauh,"Memang bosan duduk rumah tapi sekarang tidak lagi.Saya ucapkan terima kasih kepada semua orang yang dah tolong saya dan saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan saya dan keluarga,"kata Muhammad Malikie.
18 Feb 17
135
Empty Image
Ukom Rintis Usaha Adakan Perhimpunan Media Lembah Kelang
Pertemuan Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) dengan rakan media baru di Kuala Lumpur, kelmarin membuka jalan ke arah menghimpunkan pengamal media anak Terengganu di Lembah Kelang, tidak lama lagi.Pengarah Ukom, Dato’ Muda Mamat, berkata Ukom sebagai unit perantara antara Pejabat Menteri Besar  dengan pengamal media di Terengganu dan juga seluruh Malaysia, amnya mahu supaya satu hubungan baik dapat diadakan bagi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam usaha menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini mengenai perkembangan pentadbiran serta politik di Terengganu.“Pertemuan itu juga bukan sahaja dapat menjadi platform untuk bertukar idea, maklumat serta isu semasa malah kita juga berhasrat merintis jalan untuk mengadakan perhimpunan media di kalangan anak Terengganu yang berada di Kuala Lumpur dan juga Selangor.“Perhimpunan itu nanti juga dapat merapatkan ukhwah dan memberi dimensi baru untuk saling berkongsi dan melontarkan pandangan masing-masing yang akhirnya dapat memberi sinergi baru kepada kedua-dua pihak,”katanya kepada Teganukita.Beliau berkata demikian ketika menyertai perjumpaan dengan media baru di Kuala Lumpur.Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi) Ukom, Ruslan Abdul Rahman dan Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan), Mohd Razif Abdul Majid.Sebelum itu, beberapa pegawai dan kakitangan Ukom turut mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Abdullah Mohd Zin.Lawatan ke Kuala Lumpur selama tiga hari turut membawa kepada pertemuan dengan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Ahli jawatankuasa koperasi berkenaan, selain lawatan ke Angkasapuri, RTM serta Karangkraf, Shah Alam.
18 Feb 17
145
Empty Image
RELA Perlu Bersiap Siaga Bantu Anggota Keselamatan.
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) perlu bersedia dikerahkan pada bila-bila masa untuk membantu anggota keselamatan negara termasuk polis dan tentera.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri,Ghazali Taib berkata anggota RELA antara benteng keselamatan negara selepas Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)."RELA berada di mana-mana dan tugas mereka diakui masyarakat dalam pelbagai segi malah tanggungjawab serta peranannya amat dihargai terutama pembabitan dalam misi kemasyarakatan."Saya percaya, RELA  bersedia dalam apa juga keadaan untuk bersama kerajaan negeri," katanya.Ghazali berkata demikian ketika merasmikan Kursus Pengenalan RELA Siri 2/2017 di Balairaya Kampung Peneh,Ajil,Hulu Terengganu semalam.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil berkata, kehadiran pasukan ini bukan hanya dilihat mengawal keselamatan di tempat kenduri dan jalan raya sahaja tetapi kalau ada militan IS dan penceroboh asing masuk ke negara ini, RELA sanggup berada di barisan hadapan menentangnya.Sementara itu,Penolong Pegawai RELA Daerah Hulu Terengganu,Noor Asiah Mustafa berkata kursus yang diadakan pada kali ini memberi pendekatan yang lebih mudah difahami dengan cara yang tersendiri sebagai objektif yang disasarkan.Katanya pencapaian objektif tidak terhad  kepada ilmu pengetahuan sahaja tetapi meliputi kejiwaan atau 'spiritual' serta menanam sikap bertanggungjawab kepada pasukan dan berdisiplin  serta menanamkan semangat cintakan negara."Yang paling utama,kursus ini nak bagi pendedahan asas dalam aspek fungsi dan peranan anggota RELA dalam bidang keselamatan,pembangunan masyarakat serta sebagai Duta Kecil Kerajaan,"kata Noor Asiah.
17 Feb 17
68