lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Terengganu Mahu Bangunkan Universiti Sukan Pertama Negara
Ahmad Razif bersama Khairy bergambar dengan sebahagian peserta Dialog TN50 Zon Pantai Timur, di UiTM Dungun, malam tadi. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailTerengganu berhasrat menawarkan tapak di Taman Ilmu Tembila, Besut untuk dijadikan lokasi pembinaan universiti sukan pertama di negara ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pusat pendidikan yang sedang giat dibangunkan itu amat esuai bagi merealisasikan hasrat itu berikutan sudah dilengkapi bangunan dan kemudahan infrastruktur yang serba kondusif.“Lagipun kita sudah mempunyai sekolah sukan, jadi elok benar kalau kita ada universiti sukan pula. Kalau Yang Berhormat Khairy Jamaluddin hendak, maka esok kita boleh isytiharkan dan jumpa semula kerana saya mahu menawarkan (Taman Ilmu) Tembila, Besut sebagai universiti sukan pertama di Malaysia,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Peringkat Zon Timur di Dewan Aspirasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun, malam tadi.Hadir sama,  Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.Sebelum itu, peserta dialog, Mohd Rafi Kori, 37, dari Kuala Terengganu, mengutarakan cadangan pembinaan universiti sukan pertama itu di Terengganu sekali gus mendapat respon positif kedua- dua pemimpin yang menjadi moderator bersama menjayakan sesi itu.Sementara itu, Khairy pula menyambut baik tawaran Menteri Besar serta mahu membawa cadangan itu ke perhatian Kementerian Pengajian Tinggi.“Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar dengan tawaran yang amat baik itu dan memang menjadi satu hasrat kita (KBS).“Tiada masalah kepada kita untuk mewujudkan universiti sukan ini dan saya amat bersetuju kerana daripada dahulu kita menginginkan sebuah universiti sukan. Jika ada tawaran tanah daripada kerajaan negeri, bagaimanapun untuk pembinaan perlulah daripada Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.Siri jelajah dialog TN50 yang diketuai Khairy itu digerakkan ke setiap negeri bermula Jumaat lalu dengan Sabah menjadi lokasi pertama diikuti kedua di Terengganu, Johor (3 Mac), Perak (8 Mac), Sarawak (11 Mac) dan seterusnya negeri lain yang akan ditetapkan masa kemudian.Dialog berkenaan bertujuan mengumpul aspirasi daripada anak muda seluruh negeri dalam pelbagai bidang seperti sukan, pendidikan, pekerjaan, persekitaran, urus tadbir kerajaan, nilai-nilai murni dan kesihatan sebagai hala tuju masa depan negara menjelang 2050.
27 Feb 17
92
Empty Image
MB Hadiahkan Plat TN50 Untuk PM
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan menghadiahkan nombor pendaftaran plat 'TN50' kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.“Sebagai menghargai cetusan idea Perdana Menteri yang membawa gagasan Transformasi Nasional 50 untuk hala tuju negara pada masa depan ini, saya akan menghadiahkan nombor TN50 kepunyaan saya kepada beliau,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Dialog TN50 Peringkat Zon Timur di Dewan Aspirasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun, malam ini.Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.Lebih 1,000 hadirin di kalangan belia terutama mahasiswa dan penggiat persatuan belia seluruh Terengganu berhimpun di majlis itu.Siri jelajah dialog TN50 yang diketuai Khairy itu digerakkan ke setiap negeri bermula Jumaat lalu dengan Sabah menjadi lokasi pertama diikuti kedua di Terengganu, Johor (3 Mac), Perak (8 Mac), Sarawak (11 Mac) dan seterusnya negeri lain yang akan ditetapkan masa kemudian.Dialog bertujuan mengumpul aspirasi sebagai hala tuju anak muda dalam pelbagai bidang seperti sukan, pendidikan, pekerjaan, persekitaran, urus tadbir kerajaan, nilai-nilai murni dan kesihatan menjelang 2050.TN50 sebagai program yang akan membawa ke arah pembangunan negara menjelangnya 2050, sebagai kesinambungan matlamat Wawasan 2020. 
27 Feb 17
93
Empty Image
TDM Berhad Perluas Rezab Tanah Sawit
TDM Berhad telah Memeterai Kepala Perjanjian (HOA) dengan Terengganu Incorporated Sdn Bhd untuk mengambil alih kepentingan 42.64 peratus di dalam Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd.Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat Muda berkata, cadangan pengambilalihan itu akan meningkatkan pegangan saham semasa TDM di Ladang Rakyat dari 19.12 peratus (yang dipegang melalui anak syarikatnya) kepada 61.76 peratus.Katanya, Ladang Rakyat mempunyai kawasan ladang kelapa sawit seluas 11,467 hektar di negeri ini dengan putara profil umur pokok 9 tahun."Pada masa ini, kawasan kelapa sawit yang ditanam TDM adalah seluas 44,493 hektar dimana 31, 848 hektar berada di Terengganu dan 12, 645 hektar di Kalimantan Barat,Indonesia."Pengambilalihan ini secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah kawasan penanaman kelapa sawit TDM di Terengganu dari 31,848 hektar kepada 43, 315 hektar," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pemeteraian HOA tersebut di Majlis Pelancaran Model Transformasi TDM Baharu (TTB) yang dirasmikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Permai Hotel Kuala Terengganu, hari ini.Katanya, langkah ini juga akan membantu menurunkan purata profil usia pokok kelapa sawit TDM Terengganu menjadi13.9 tahun daripada 15.4 tahun, dan ianya dijangka akan meningkatkan hasil pengeluaran di masa hadapan.Menurut beliau, pengambilalihan itu juga selaras dengan hasrat TDM Berhad ke arah matlamat keluasan kawasan tanaman seluas 100,000 hektar."Ia juga sesuai dengan matlamat untuk menjadi salah satu pengeluar utama minyak sawit lestari yang diiktiraf dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang).Dalam pada itu katanya, sempena majlis pelancaran Model Tranformasi TDM, TDM menggariskan rancangan untuk mengembangkan serta meningkatkan kecekapan dalam bidang perladangan juga bahagian kesihatan."Penekanan juga diberikan bagi meningkatkan pembangunan modal insan serta penglibatan antara pihak berkepentingan dalam Kumpulan TDM."Model ini bertujuan menyokong semua pihak berkepentingan dalam rantaian nilai sawit bagi meningkatkan produktiviti untuk memenuhi matlamat pengeluaran ekonomi, disamping meningkatkan penjagaan ekosistem dan juga memberi faedah kepada kepentingan masyarakat setempat,"ujarnya.
27 Feb 17
273
Empty Image
Gejala Ponteng 'Ibu' Segala Masalah Disiplin
Semua sekolah di Terengganu diminta menubuhkan Jawatankuasa Pemuafakatan Pasukan Anti Ponteng bagi menangani gejala ponteng di negeri ini,Jawatankuasa membabitkan pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), komuniti dan polis itu perlu bergerak secara bersepadu dalam usaha menangani gejala itu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata operasi pencegahan ponteng bukan berkonsep menangkap tetapi memujuk pelajar untuk kembali ke sekolah meneruskan pelajaran.''Penubuhan pasukan itu sebagai kaedah menarik pelajar datang ke sekolah.Gejala ponteng sekolah dianggap 'ibu' kepada rangkaian masalah disiplin dan salah laku pelajar kerana mereka akan terbabit dengan pelbagai aktiviti negatif, termasuk masalah penagihan dadah,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Persekutuan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Seramai 214 pelajar yang berkelayakan bersama ibu atau bapa untuk menerima bantuan persekohan bernilai RM100 bagi setiap pelajar.  Ahmad Razif turut memberitahu, masalah ponteng perlu ditangani secara bersepadu dan strategik dengan meneruskan usaha pencegahan dan pemulihan menerusi pelbagai  kempen  hadir ke sekolah.Katanya, gejala salah laku ponteng berkait rapat dengan meruncingnya disiplin di sekolah akibat pelajar terpengaruh dengan amalan negatif di luar kawalan guru.''Pihak sekolah dengan kerjasama ibu bapa diminta bersama-sama  meneruskan kempen anti ponteng  dan memantau  kegiatan pelajar.“Walaupun peratus kes salah laku disiplin dianggap masih rendah tetapi usaha menanganinya perlu ditangani dengan serius dan bersungguh-sungguh,”katanya..
25 Feb 17
326
Empty Image
64 Usahawan Kraf Terengganu Sertai HKK 2017
Seramai 64 usahawan kraf dari Terengganu menyertai pameran dan jualan produk kraf bersempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2017 yang bermula 22 Februari hingga 6 Mac depan.Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, penyertaan usahawan terbabit di HKK bertemakan Kraf Menjana Ekonomi berlangsung di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur itu adalah menerusi kelolaan Sekretariat Beautiful Terengganu dengan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan Perbadangan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.“Antara usahawan terlibat termasuk yang pengusaha songket, batik, kain tenun, tembaga, barangan kulit, logam dan perak serta pelbagai lagi.“Juga terdapat pengusaha makanan di samping pameran dan jualan pakej pelancongan, pameran Terengganu International Endurance Park dan persembahan muzik dan nyanyian tradisional dari SUKTRA Terengganu yang ditempatkan di Pavilion Beautiful Terengganu,” ujarnya.Katanya, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor  merasmikan HKK di Panggung Sari Kompleks Kraf pada 23 Februari lalu.“Datin Seri Rosmah telah mengunjungi Pavilion Beautiful Terengganu dan sempat melawat dan melihat produk batik, songket, tembaga dan lain-lain,” ujarnya.Selain itu katanya, Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria juga melakukan ‘walkabout’ di Pavilion Beautiful Terengganu pada hari yang sama.“Beliau dan isteri sempat beramah mesra dengan usahawan kraf Terengganu termasuk usahawan nasi dagang yang turut melakukan demo dan jualan sempena HKK kali ini,” ujarnya.Katanya, HKK bertujuan memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan serta penggiat kraf dalam usaha memartabatkan industri kraf tempatan.
25 Feb 17
218
Empty Image
Pejabat Kesihatan Hulu Terengganu Rintis Amalan Makan Secara Sihat
Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu merintis  inisiatif di negeri ini untuk mempromosikan pengambilan buah dan sayur bagi membudayakan amalan makan secara sihat di kalangan masyarakat.Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu, Noriah Mahmud berkata,  melalui pengambilan pelbagai buah dan sayur dapat melahirkan masyarakat yang peka terhadap cara pemakanan yang sihat seterusnya dapat meningkatkan prevalen pengambilan buah dan sayur."Hari ini kita lancarkan kempen ini bagi meningkatkan kesedaran pengambilan buah dan sayur mencukupi dalam pencegahan dan perawatan penyakit."Jadikan amalan suku suku separuh dalam kehidupan seharian iaitu suku protein, suku karbohidrat dan separuh sayur serta buah untuk badan yang sihat."Sebab kajian jelas terbukti bahawa pengambilan dari tumbuhan oleh mengurangkan insiden kejadian penyakit diabetes, kardiovaskular dan obesiti," kata Noriah kepada pemberita.Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Kempen Makan Buah & Sayur Dan Kempen Pinggan Sihat Peringkat Daerah Hulu Terengganu di KB Street,Kuala Berang, hari ini.Majlis pelancaran disempurnakan oleh  Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’Tengku Putera Tengku Awang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang.Sementara itu,Tengku Putera berkata, kempen itu merupakan satu jalan untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya amalan ke arah hidup yang sihat."Yang paling penting, kita perlu membudayakan amalan pemakanan bermula di rumah dengan mendidik anak-anak tentang pentingnya mengamalkan pengambilan buah dan sayur,"katanya.
25 Feb 17
525
Empty Image
MB Hadiri Kenduri Sambut Menantu Ahmad Said
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman hadir ke Majlis Sambut Menantu Bekas Menteri Terengganu Dato' Seri Ahmad Said di kediamannya di Kijal, Kemaman, tengahari tadi.Menteri Besar hadir kira-kira jam 1 petang untuk meraikan majlis perkahwinan anak ketiga Ahmad Said, Mohd Asyraf Farhan Ahmad dengan pasangannya, Athirah Abu Zahrin.Kelihatan juga di majlis itu ialah Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa exco kerajaan negeri serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.
25 Feb 17
756
Empty Image
Penghakiman PDM Guntong Luar, Pelong Di Parlimen Setiu
Dua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) yang mewakili Parlimen Setiu ke Pertandingan PDM Peringkat Negeri dihakimi oleh sembilan hakim dengan diketuai Pengerusi pertandingan, Dato' Haji Muda Mamat, hari ini.PDM Guntong Luar dan PDM Pelong dipilih sebagai pemenang pertandingan PDM Peringkat Parlimen Setiu yang diadakan baru-baru ini.Penghakiman untuk PDM Guntong Luar yang  selesai petang tadi, manakala penghakiman untuk PDM Pelong diadakan pada malam ini.Dalam pertandingan PDM peringkat parlimen baru-baru ini, PDM Pelong mendapat tempat pertama manakala PDM Guntong Luar di tempat kedua.Pengerusi PDM Pelong, Mohammad Saad, manakala PDM Guntong Luar pula Mohamad Mat Zin.Hadir sama, di PDM Guntong Luar, Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee.
24 Feb 17
78
Empty Image
15 Saluran Aduan Untuk Tambah Baik Jalan Raya Seluruh Negara
Fadillah dan Tengku Putera menandatangani plak perasmian FT Roadpedia Zon Pantai Timur di Duyong Marina, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kementerian Kerja Raya (KKR) sentiasa melakukan penambahbaikan dalam aspek pengurusan jalan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuk menyediakan saluran aduan.Menterinya, Dato' Seri Fadillah Yusof berkata, sehingga hari ini, pihak KKR telah menyediakan 15 saluran aduan untuk kemudahan rakyat membuat aduan dan laporan mengenai kemudahan asas itu.Katanya, terkini, KKR telah membangunkan aplikasi saluran aduan menggunakan telefon pintar sebagai satu usaha inovasi memudahkan pengguna jalan raya dinamakan Aplikasi Mobile Aduan Jalan KKR."Aplikasi ini merupakan alternatif kepada saluran aduan sedia ada. Setiap aduan boleh disalurkan melalui telefon pintar pengguna dengan menyertakan foto lokasi aduan selain diintegrasikan dengan fungsi Geographical Information System (GIS)."Pelancaran aplikasi ini merupakan pendekatan proaktif KKR dalam memastikan usaha aduan kerosakan infrastruktur jalan raya dapat disalurkan dengan mudah selaras perkembangan teknologi dan peningkatan penggunaan telefon pintar di Malaysia," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Jelajah FT Roadpedia di Duyong Marina, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Rosman Roslan dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.Jelajah kali kedua yang bermula semalam, meliputi laluan Jalan Persekutuan FT68 daro Gombak ke Bentong, Jalan Persekutuan 2 (FT02) dari Bentong ke Kuantan dan FT03 dari Kuantan ke Kuala Terengganu.Dalam ucapannya juga, Fadillah turut berbangga apabila FT03 diiktiraf sebagai satu daripada 10 lebuh raya pantai terbaik di Asia oleh National Geographic Society.
24 Feb 17
120
Empty Image
Terengganu Belanja RM900 Ribu Baiki Jalan Aring - Kuala Berang
Kerajaan negeri membelanjakan RM900 ribu setahun untuk menyelanggara Jalan Gua Musang-Aring-Kuala Berang yang rosak teruk akibat menjadi laluan lori bijih besi terlebih muatan.Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, jalan di laluan itu terjejas sejak 10 tahun apabila menjadi laluan utama kepada pengusaha-pengusaha bijih besi dari Gua Musang untuk menghantar bahan galian mereka ke Pelabuhan Kuantan.Katanya, keingkaran pengusaha bijih besi yang membawa muatan itu menggunakan lori melebihi had yang ditetapkan menyebabkan kerosakan di laluan Gua Musang-Aring-Kuala Berang."Syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) untuk pengusaha bijih mengangkut bijih menggunakan lori adalah seberat 40 metrik tan."Namun begitu, mereka memuatkan bijih besi melebihi had sehingga ada yang bawa sehingga 90 metrik tan."Ini yang menyebabkan kualiti jalan rosak dan juga menghasilkan gegaran yang memberi kesan kepada lereng-lereng bukit dan akhirnya boleh menyebabkan runtuhan tanah sama ada berskala kecil, sederhana atau besar," kata Tengku Putera.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Salam Qaseh Sempadan Daerah Hulu Terengganu-Kelantan 2017, di Pusat Konservasi Gajah, Sungai Deka, Hulu Terengganu, hari ini.Majlis itu disempurnakan  Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Kelantan, Dato' Paduka Norzula Mat Diah, Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Dato' Muda Mamat, Pengarah Penyiaran  Negeri Terengganu, Nordin Sulaiman dan Ketua-ketua Jabatan.Menurut Tengku Putera lagi, kos berulang terpaksa ditanggung oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membaiki jalan yang rosak setiap tahun."JKR sudah belanjakan lebih kurang RM900,000 setahun bagi membaiki jalan yang berlubang tapi perkara yang sama tetap berlaku apabila lori 'durjana' melalui jalan tersebut, ianya akan kembali rosak."Kita minta pihak berwajib sekiranya  ada operasi penguatkuasaan,jika didapati bersalah, mereka ini harus dikenakan denda yang maksimum kerana jika terlalu rendah, tidak memberi kesan yang mendalam kepada pengusaha-pengusaha bijih besi,"katanya.Tambahnya, masalah kerosakan jalan ini turut menjadi punca mengapa laluan Aring kurang popular di kalangan pengguna jalan raya."Apabila jalan berlubang, banyak rosak atau ada runtuhan maka para pengguna jalan raya akan merasa takut untuk menggunakan laluan tersebut atas faktor keselamatan."Jadi mereka mengambil alternatif menggunakan laluan lain yang lebih selamat walaupun memakan masa dan jarak yang lama sedangkan laluan Aring merupakan laluan terdekat ke Gua Musang, Cameron Highland dan Perak,"katanya.Sementara itu, Norzula berkata, sama ada tempoh moratarium perlu dikenakankepada penguasa bijih besi berkenaan seperti pengusaha bauksit di Pahang, sewajarnya ia perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Pas Kelantan."Tapi apa yang dilihat setakat hari ini, kerajaan negeri tidak melakukan sebarang penguatkuasaan terhadap pengusaha bijih besi berkenaan."Ini adalah satu di antara yang menyebabkan mereka semua  bermaharajalela dan tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan yang berlaku di sepanjang laluan berkenaan," katanya.
23 Feb 17
277