lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Program Bakti Siswa Dekatkan Mahasiswa Bersama Masyarakat
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan Sesi 2016/2017 Universiti Sultan Zainal Abdidin (UniSZA) Kuala Terengganu menganjurkan Prog ram Bakti Siswa di Kampung Kuala Telemong untuk mendekatkan diri mahasiswa dengan masyarakat setempat.Pengarah program tersebut, Mohd Aswan Mohd Amin berkata, tujuan utama perlaksanaanya adalah untuk membina ukhwah antara mahasiswa dengan penduduk kampung di samping membangunkan sahsiah diri mereka dengan penerapan ilmu teori dan praktikal.Katanya lagi program selama tiga hari dua malam ini berupaya membentuk modal insan yang holistik dan mempunyai personaliti unggul kepada mahasiswa dalam mencurah bakti kepada masyarakat."Usaha itu merupakan platform untuk ahli-ahlinya membentuk jati diri bagi menempuh alam pekerjaan selepas menamatkan pengajian nanti."Sebab itu lah mahasiswa perlu didedahkan dengan dunia realiti masyarakat hari ini agar dapat memberi kesedaran bahawa betapa pentingnya tanggungjawab dan peranan mereka untuk menabur bakti kepada masyarakat setempat,"katanya kepada Teganukita di Majlis Perasmian Program Bakti Siswa,hari ini.Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri Terengganu Dato' Rozi Mamat di Dewan Sivik Kuala Telemong.Turut hadir Penolong Naib Canselor UniSZA,Dr Afandi Mohammad.Seramai 71 mahasiswa UniSZA dengan 40 buah keluarga angkat dari Kuala Telemong terlibat dalam Program Bakti Siswa kali ini.Mohd Aswan berkata, sepanjang tempoh tersebut, kesemua peserta menginap di rumah ibu bapa angkat dan mereka didedahkan dengan pelbagai perkara berkaitan dengan jati diri."Kesemua peserta yang menyertai program ini adalah pelajar Sains Sosial Gunaan yang mengambil kos Ijazah Sarjana Muda Antropologi Dan Dakwah serta kos Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial."Melalui program ini juga para pelajar dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara mereka dengan penduduk setempat yang merupakan salah satu elemen penting dalam bidang pengajian mereka,"katanya.Sepanjang program tersebut, para peserta turut bergotong-royong dan menyertai aktiviti  masyarakat setempat.Jelas Mohd Aswan lagi, dengan adanya program sebegini, para peserta dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kelas ke dunia sebenar."Pihak fakulti juga meninggalkan projek minimalis iaitu Pusat Impak Kekal 'Siswa Dan Komuniti' untuk kegunaan jangka panjang oleh penduduk Kampung Hulu Telemong."Sebuah perpustakaan mini di Pusat Impak Kekal ini di tinggalkan oleh kami bagi kegunaan warga kampung dan merupakan tanda bakti kami kepada mereka,"katanya lagi.Sementara itu, seorang peserta, Sharifah Nurnadia Syed Nazli,20,dari Putrajaya yang merupakan pelajar tahun satu mengakui gembira dapat mengikuti program berkenaan."Pengalaman pertama kali menyertai program banyak membantu saya terutama dalam aspek komunikasi dan pergaulan dengan orang kampung kerana saya berasal dari bandar."Sepanjang tiga hari dua malam bersama keluarga angkat cukup teruja,dan saya belajar banyak perkara termasuklah kebudayaan penduduk setempat dan semangat tolong menolong antara satu sama lain,"Kata Sharifah Nurnadia.
03 Mar 17
597
Empty Image
Mohamad Hafas, Nor Jannah, Johan Tilawah Al- Quran
Jannah dan Hafas bakal mewakili Terengganu dalam pertandingan tilawah peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka pada April ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Mohamad Hafas Ali dari Marang dan Nor Jannah Abd Rahman (Kuala Nerus) muncul johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1438H/2017M yang berlangsung selama tiga hari, berakhir malam tadi di Arena Merdeka, Dungun.Kemenangan itu membolehkan johan bagi kedua-dua kategori berkenaan membawa pulang wang tunai RM8,000 berserta sijil penyertaan, piala pusingan dan juga piala iringan sekaligus mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan yang bakal bermula pada 2 April ini di Melaka.Dengan markah sebanyak 91.30 peratus, Mohamad Hafas yang juga Imam Masjid Bukit Payong mengetepikan enam qari lain.Naib johan dimenangi oleh Abdul Hadi Abdul Halim dari daerah Dungun dengan markah 89.80 peratus manakala tempat ketiga pula dimenangi peserta dari Kuala Terengganu, Abdul Alim Zahari (87.80 peratus).Bagi kategori qariah pula, Jannah menewaskan peserta lain dengan markah 87.50 manakala tempat kedua dimenangi oleh Faridah Omar dari Besut dengan markah 83.20 dan tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Setiu, Halimah Ibrahim.Hadiah bagi pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM6,000 dan RM5,000 berserta sijil penyertaan dan piala iringan.Naib johan qari pula dimenangi oleh Abdul Hadi Che Abdul Halim dari Dungun dan tempat ketiga, Abdul ‘Alim Zakaria dari Kuala Nerus, manakala tempat kedua qariah pula milik Nasirah Ibrahim (Hulu Terengganu) diikuti tempat ketiga Nor Asiah@Norasid Ali (Dungun).Hadiah bagi pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM6,000 dan RM5,000 berserta sijil penyertaan dan piala iringan.Mohd Hafas berkata kemenangan itu adalah yang kelapan sejak mula menyertai tilawah al Quran ketika berusia 20 tahun."Untuk tilawah al-Quran peringkat kebangsaan pula, pencapaian terbaik saya menjadi naib johan dan pastinya saya akan melakukan yang terbaik kali ini untuk terus mengharumkan nama Terengganu," katanya.Manakala Jannah yang merupakan guru taranum di Yayasan Islam Terengganu dan johan menunggu berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk tahun ini selepas berada di kedudukan kesembilan pada peringkat kebangsaan tahun lepas."Ini kemenangan kali kedua selepas saya dipilih menjadi johan Qariah pada tahun lalu dan tumpuan ketika ini ialah menjaga pemakanan dan kesihatan untuk pertandingan peringkat kebangsaan pula," katanya.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan tersebut.Turut hadir berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
02 Mar 17
614
Empty Image
Jadikan Ilmu Sebagai Matlamat Kehidupan - Sultan Terengganu
Sultan Mizan ketika bertitah dalam Majlis Penutup Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Terengganu di Arena Merdeka, Dungun. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengharapkan agar umat Islam khasnya di Terengganu mengambil peluang dengan menjadikan ilmu sebagai matlamat kehidupan bagi diri sendiri dan keluarga.Titah baginda, semua muslimin dan muslimat menanam semangat diri dan keluarga untuk menjadi golongan yang tidak pernah cukup dengan ilmu yang ada."Jadilah muslimin dan muslimat yang tidak pernah berhenti mencari dan mengejar ilmu kerana ilmu satu-satunya perkara yang akan kekal di samping kita sehingga ke akhir hayat."Untuk itu, beta menyeru kaum muslimin dan muslimat sekalian agar ambillah peluang yang masih ada bersama umur kita untuk menuntut ilmu," titah baginda.Sultan Terengganu bertitah demikian Majlis Penutup Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Terengganu di Arena Merdeka, Dungun, malam ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.Mengiringi baginda, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib serta ketua-ketua jabatan.Baginda turut bertitah, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengatur kelas-kelas pengajaran agama di masjid dan surau seluruh negeri bagi memudahkan rakyat untuk mendalami agama Islam secara sempurna dan selamat daripada segala bentuk ajaran yang tidak menepati kehendak al-Quran dan as-Sunnah."Sistem pengajaran dan pembelajaran teratur ini akan dapat menyelamatkan umat Islam dari terjebak dengan pelbagai pemahaman ilmu yang bersifat melampau yang tidak pernah dianjurkan oleh Islam," titah baginda.Dalam pertandingan tilawah tersebut, Mohd Hafas Ali dari Marang muncul sebagai qari terbaik manakala qariah terbaik pula dimenangi oleh peserta yang mewakili Kuala Nerus, Nur Jannah Abdul Rahman.Masing-masing bakal mewakili Terengganu dalam pertandingan tilawah peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung di Melaka pada 2 hingga 8 April ini.
02 Mar 17
87
Empty Image
Terengganu Tawar Pakej Pelancongan Islam Kepada Pelancong Singapura
Terengganu menawarkan pakej pelancongan Islam kepada 40 agen pelancongan dari Singapura menerusi program pengembaraan serta kerjasama perniagaan kepada perniagaan (B2B) bagi menjayakan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.Penggiat pelancongan berkenaan berpeluang menikmati dan melihat sendiri produk seperti seni bina Masjid Hiliran,Tok Ku Tuan Besar, Sultan Zainal Abidin dan Institut al-Quran (IQT), monumen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu serta monumen Batu Bersurat dan Kompleks Desa Al-Taqwa di Hulu Terengganu.Menerusi program anjuran kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu bersama Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu dengan Tourism Malaysia Terengganu itu juga membawa mereka ke Muzium Negeri,Dapo Pata, Homestay Teluk Ketapang, industri Keropok Bukit Tok Beng (Kuala Nerus), Keropok Losong, Kompleks Kraf Noor Arfa, Istana Maziah, Pasar Payang, Kampung Cina dan Bukit Puteri (Kuala Terengganu) serta Santuari Kelah dan Perkampungan Gajah, Kenyir (Hulu Terengganu).Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tuan Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, berkata, dalam lawatan lima hari ke negeri ini, semua penggiat pelancongan berkenaan juga akan menjalinkan kerjasama B2B dengan 21 agen pelancongan negeri bagi memperkenalkan dan mempromosikan produk pelancongan terutama kepada pelancong muslim dari Singapura.“Mereka akan berinteraksi, bertukar-tukar pengalaman dan juga informasi secara terperinci mengenai pakej serta produk pelancongan yang masing-masing tawarkan.“Pada masa yang sama, pengembaraan mereka ke negeri ini juga membolehkan mereka melihat dan menikmati sendiri tarikan serta keistimewaan daripada produk yang kita sediakan supaya pengalaman itu membolehkan mereka konsi dan tawarkan pula kepada rakyat di Singapura. Ada juga yang mahu menyertai pakej ibadat korban sambil melancong di Terengganu pada musim Haji nanti, “katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas meraikan agensi pelancongan terbabit di majlis makan malam di Quinara Al-Safir Resort, Tok Jembal, Kuala Nerus, malam tadi.Tun Faisal berkata, kunjungan mereka selaras dengan hasrat untuk memartabatkan pelancongan negeri serta memberi gambaran tepat mengenai Terengganu yang sememang terkenal dengan keunikan mahupun kepelbagaian produk pelancongan merangkumi warisan, sejarah, makanan tradisi, kebudayaan dan alam semula jadi.Rosmawati“Alhamdulillah, mereka sangat gembira dan memberi respon positif. Kunjungan ke Santuari Kelah umpamanya memberi pengalaman baharu yang cukup mengujakan mereka, walaupun penat tetapi kunjungan ke situ amat berbaloi dan sukar ditemui di mana-mana pusat pelancongan lain,”katanya.Sementara itu, seorang agen pelancongan Singapura, Rosmawati Abu Bakar, 47, berkata kunjungan kali kedua ke negeri ini memberi pengalaman berbeza dan sangat menyeronokkan, terutama lawatan ke Santuari Kelah, Tasik Kenyir. "Hilang segala penat berjalan masuk ke santuari apabila dapat memegang ikan dan menikmati keunikan panorama di situ.Sungguh seronok dan luar biasa."Tidak sabar mengikuti semua lawatan dan pakej disediakan. Saya juga kagum kerana Terengganu kaya dengan budaya dan warisan Islam, terutama aspek seni bina masjid dan keunggulan institusi pengajian Islamnya,"katanya.
01 Mar 17
120
Empty Image
Bina Persaudaraan Dalam Suasana Penuh Keampunan Allah SWT - MB
Barisan Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Majlis Tilawah Al-Quran 1438H serta jemaah hakim. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyeru agar rakyat Terengganu tidak berpecah–belah, saling kasih– mengasihi, hormat–menghormati dan membina persaudaraan dalam suasana yang penuh keampunan, rahmat dan keredhaan Allah SWT.Beliau juga turut mengingatkan agar dalam pergaulan seharian, hendaklah kita membiasakan diri dengan ucapan–ucapan yang baik, kerana ucapan yang baik akan menghasilkan kebajikan."Ucapan–ucapan yang baik dapat menyuburkan kasih sayang sesama manusia, mengeratkan persaudaraan dan mencegah tipu daya syaitan yang sentiasa berusaha merapuhkan tali perhubungan dan menimbulkan persengketaan."Saya telah memulakan langkah, atas semangat dan prinsip TTB (Transformasi Terengganu Baharu), berurusan dengan baik, ziarah menziarahi mereka yang berbeza pendapat dan berbeza aliran politik dengan saya. Saya berharap, ianya dapat menjadi teladan yang baik dan menyumbang kepada pengukuhan ukhuwwah Islamiah yang sememangnya menjadi asas penyatuan ummah," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1438H/2017M di Arena Merdeka, Dungun, semalam.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato' Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Wan Mohd Wan Ibrahim.Sementara itu, dalam majlis berkenaan, empat dari 12 peserta memperdengarkan bacaan mereka pada malam pertama iaitu Megat Ismashamri Megat Ismara (Besut), Esah Deraman (Hulu Terengganu), Wan Ahmad Tarmizi Wan Deraman (Kuala Terengganu), dan Nor Asiah@Norasid Ali (Dungun).Turut serta dalam tilawah itu ialah Johan Menunggu, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Jannah Abd Rahman, Faridah Omar (Besut), Abdul Hadi Che Abdul Halim (Dungun), Fatimah Mat Ali (Setiu), Mohd Hafaz Ali (Marang), Rogayah Mohamad (Kuala Terengganu), Mohd Rifin Sulong (Kuala Terengganu), Abdul Alim Zakaria (Kuala Nerus) dan Halimah Ibrahim (Setiu).Dengan tema ‘Ukhuwwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’, Ahmad Razif turut mengingatkan bahawa keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi selama ini adalah kerana perpaduan dan ikatan persaudaraan. "Sekiranya runtuh rumah yang dibina, akibat tindakan yang mengikut emosi dan tidak mengutamakan kepentingan umum, semua pihak akan rugi," katanya.
28 Feb 17
176
Empty Image
Penjawat Awam Sebagai Agen Pelaksana
Kerajaan negeri tidak akan bertoleransi dengan mana-mana penjawat awam yang melanggar undang-undang dan peraturan perkhidmatan dan pentadbiran negeri.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  penjawat awam seharusnya memainkan peranan sebagai agen pelaksana untuk memastikan kepercayaan dan keyakinan rakyat tidak hilang.Katanya, selaku penjawat awam, mereka juga perlu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat."Penjawat awam yang bebas daripada sebarang salah laku mencerminkan pentadbiran sesebuah organisasi yang baik dan mencapai aspirasi kerajaan."Usaha kerajaan negeri adalah bagi membentuk masyarakat yang berintegriti dan boleh memberikan imej yang baik kepada kerajaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Menandatangai Ikrar Bebas Rasuah Dan Pelancaran Buku Kod Etika Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu di UiTM Dungun, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee.Dalam ucapan tersebut, Ahmad Razif turut berharap agar pembudayaan integriti di kalangan penjawat awam akan berterusan dengan perancangan rapi serta komitmen yang padu daripada semua pihak.Beliau juga mahu supaya lebih banyak lagi jabatan dan agensi pentadbiran kerajaan negeri akan mengadakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi mencapai ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan awam, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.
28 Feb 17
206
Empty Image
Pra Universiti Beri Peluang Kedua
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini dinasihatkan agar tidak memandang rendah kepada tawaran melanjutkan pelajaran di pra universiti.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pra universiti menjadi peluang kedua kepada pelajar yang tidak memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM untuk tidak tercicir daripada arus pendidikan nasional."Kebanyakan pelajar luar bandar apabila memperolehi keputusan tidak cemerlang dalam SPM, mereka tidak akan menyambung pelajaran sama juga kepada yang berjaya tetapi kerana dari segi perbelanjaan jadi mereka merasakan mereka tidak perlu pergi."Bagi mengelakkan daripada tercicirnya pelajar-pelajar ini, memang menjadi tradisi untuk Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk memperbanyakkan sekolah-sekolah di kawasan luar bandar mewujudkan pra universiti."Kos untuk Pra Universiti tidak tinggi dan pelajarnya tidak perlu meninggalkan keluarga jadi mereka boleh meneruskan pembelajaran seperti biasa kerana perbelanjaannya tidak banyak disamping biasiswa disediakan kepada pelajar kurang berkemampuan," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini.Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Pembangunan Dungun, Dato' Din Adam.Dalam masa yang sama, Ahmad Razif berkata kaedah yang digunakan kepada pelajar pra universiti sudah berbeza daripada yang pernah digunakan dahulu."Transformasi telah dilakukan dimana pelajar-pelajar ini tidak perlu mengenakan uniform sekolah."Di samping itu, sekarang kita mempunyai satu sekolah Pra Universiti di Hulu Terengganu dengan 100 peratus adalah berkonsepkan universiti," katanya.Dalam keputusan yang diumumkan hari ini, Terengganu mengekalkan negeri terbaik peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 buat kali ketiga berturut-turut.Terengganu mencatatkan minimum PNGK 2.85 dengan beza 0.14 dari minimum PNGK nasional.
28 Feb 17
214
Empty Image
Anak Penoreh Getah Muncul Pelajar Terbaik STPM Negara
Kejayaan anak penoreh getah dari Kampung Bukit Payong ,Hulu Besut, yang tersenarai antara pelajar terbaik negara membuktikan sistem pendidikan malaysia tidak pernah membezakan taraf kehidupan keluarga.Siti Zubaidah Ismail, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, membuktikan kemiskinan bukan halangan untuk bersaing dengan pelajar lain yang hidup serba mewah.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Asas Tani, perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhamad Pehimi Yusof berkata, kejayaan pelajar itu mampu memberi suntikan semangat kepada pelajar lain terutama mereka yang tinggal di luar bandar.Beliau berkata, selain Siti Zubaidah, seorang lagi pelajar dari daerah itu juga disenaraikan antara pelajar terbaik peringkat nasional serta tiga lagi di peringkat negeri.“Bagi pihak kepimpinan kerajaan di Daerah Besut, saya mengucapkan tahniah kepada kelima- lima pelajar terbabit kerana mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan juga negara,” katanya ketika menemui pelajar STPM Sekolah Menengah Seri Nering, Besut hari ini.Muhamad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih berkata, kerjasama berterusan antara pihak sekolah, ibu bapa, guru dan PIBG adalah resipi yang patut dikekalkan bagi meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini.Beliau juga berharap supaya warga pendidik dan ibu bapa mengekalkan momentum, malah terus meningkatkan tahap kemajuan yang lebih baik pada setiap tahun dengan pelbagai penganjuran aktiviti pendidikan sama ada di sekolah atau luar sekolah.
28 Feb 17
344
Empty Image
STPM 2016 Buktikan Anak Terengganu Cemerlang- A. Latiff
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang (kiri) bergambar kenangan dengan Siti Zubaidah dan ibu bapanya selepas pelajar terbaik STPM Malaysia itu  menerima anugerah yang disampaikan Menteri Pendidikan, Dato'Seri mahdzir Khalid, di  Hotel The Everly Putrajaya, hari ini. Add captionKejayaan anak Terengganu dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016, yang diumumkan hari ini, membuktikan bidang pendidikan negeri sentiasa berada di tahap terbaik.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang, berkata kejayaan 2,254 calon STPM 2016 yang memastikan Terengganu muncul negeri terbaik untuk kali ketiga berturut-turut itu mampu merekodkan sejarah buat negara dan sinonim sebagai Negeri Anjung Ilmu. Katanya, prestasi sebagai negeri terbaik peringkat kebangsaan dengan mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.85 mengatasi PNGK nasional 2.71 sesuatu yang tidak mudah dicapai melainkan hasil usaha dan kerja keras semua warga pendidik.“Daripada jumlah itu, seramai 15 calon memperoleh Semua A penuh (PNGK 4.0), 55 memperoleh semua A (2.44 peratus), 5 Prinsipal dan 4 Prinsipal pula seramai 1,785 (79.19 peratus). Seramai 2,248 (99.73 peratus) lulus penuh.“Sebanyak 39 daripada 47 buah sekolah mengatasi gred minimum PNGK nasional dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar mencatat purata PNGK 2.84 manakala di luar bandar 2.85,”katanya kepada Teganukita, hari ini.Menurutnya, Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu muncul sebagai sekolah terbaik negeri dengan PNGK minimum 3.27,  manakala calon dari SMK Bukit Payong Besut, Siti Zubaidah Ismail tersenarai antara pelajar terbaik di peringkat negara.“Manakala Daerah Marang berjaya mendahului tempat pertama dengan  PNGK 2.93, diikuti Besut  2.91. Daerah Kemaman pula muncul sebagai daerah yang terbaik bagi pencapaian semua A dan Daerah Besut terbaik dalam mendapat semua Prinsipal,”katanya.Beliau turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua warga pendidik seluruh Terengganu dan juga Pejabat Pendidikan Daerah Marang dengan kejayaan membangggakan itu."Pada masa yang sama, tidak lupa juga kepada pemimpin utama negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, seluruh tenaga pengajar dan pendidik serta ibu bapa saya mahu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kerana berjaya memastikan kecemerlangan anak-anak kita hari ini,"katanya.
28 Feb 17
107
Empty Image
Pasar Besar Dungun Akan Ditambah Baik
Ahmad Razif mendengar dan mencatat masalah diadukan peniaga Pasar Besar Dungun ketika kunjungan beliau ke premis perniagaan itu, pagi ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Pasar Besar Dungun bakal diberi nafas baharu bagi menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan ekonomi penduduk setempat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri akan cuba membantu peniaga dan meneliti serta segera bertindak terhadap setiap aduan mereka termasuk mengenai kekurangan fasiliti di pusat perniagaan itu."Saya telah maklumkan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun untuk mengambil tindakan sewajarnya dengan mengguna pakai konsep NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) yang melibatkan semua agensi serta sebahagian daripadanya pula akan dibantu oleh GLC (syarikat berkaitan kerajaan)."Ini akan mengurangkan penggunaan peruntukan perbelanjaan oleh kerajaan sekali gus dapat menyelesaikan permasalahan yang sedang dihadapi," katanya.Beliau ditemui pemberita ketika melakukan lawatan di Pasar Besar Dungun, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.Tambah Ahmad Razif, selain dari penambahbaikan dari segi fasiliti, penempatan lokasi dan lot perniagaan di kawasan itu juga didapati kurang strategik.Katanya, kerajaan negeri akan melaksanakan pembaharuan dan kelainan supaya dapat memeriahkan suasana dan menarik lebih ramai pengunjung ke premis perniagaan itu nanti."Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mengadakan acara-acara berkonsepkan pelancongan dan kebudayaan. Jika perlu kita boleh adakan sebulan sekali pada setiap minggu pertama."Dengan adanya aktiviti sedemikian yang melibatkan kebudayaan sekurangnya mampu merancakkan lagi kehadiran orang awam sekali gus membantu peniaga di pasar ini," katanya.
27 Feb 17
481