Artikel "Semasa" Terkini
Peruntukan RM197 Ribu, Bina Dan Baik Pulih Rumah
Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KLKW) melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) Hulu Terengganu memperuntukan sebanyak RM197,000 bagi membina dan baik pulih rumah di Hulu Terengganu sepanjang lalu.Pegawai Mara Hulu Terengganu, Abdul Halim Rani berkata peruntukan tersebut disediakan untuk golongan yang layak mengikut syarat dibawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KLKW) untuk bantuan rumah yang lebih selesa.Katanya, setakat tahun 2016 sebanyak 17 buah rumah telah di keluarkan peruntukan iaitu lima buah rumah bina baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN)Telemong dan tiga di DUN Kuala Berang."Manakala 15 buah dibaik pulih iaitu lapan di Telemong dan tujuh di Kuala Berang.Tapi di DUN Ajil,kita tiada peruntukan ini kerana ianya dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)."Semua permohonan adalah melalui E-Kasih dan pihak kami meneliti setiap permohonan bagi pastikan hanya yang layak sahaja dapat bantuan ini dengan kos RM11,000 bagi baik pulih dan RM40,000 untuk bina baharu."Untuk tahun ini, sebanyak 40 permohonan dan sedang menunggu kelulusan bajet dari KLKW",katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah PBR Giat Mara Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, di Kampung Binjai Kertas,Kuala Berang, hari ini.Majlis disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.Sementara itu,salah seorang penerima, Zuliakha Puteh,49,berkata bantuan rumah tersebut amat dihargai kerana sebelum ini beliau hanya menyewa selepas berpisah dengan suaminya pada tahun 2015."Sejak berpisah,saya menumpang rumah kakak hampir setahun dan lepas itu menyewa rumah untuk lebih selesa dengan kadar RM100 sebulan."Walaupun sewa itu murah tapi keadaan rumah agak uzur dan tidak lagi selesa untuk besarkan anak-anak jadi bila dapat rumah dari MARA NI,saya cukup berterima kasih kerana dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada anak-anak,"kata Zuliakha
09 Mar 17
79
Ukom Cadang Tubuh Koperasi Untuk Kakitangan
Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) bercadang menubuhkan koperasi khas untuk kakitangannya, tidak lama lagi.Pengarahnya, Dato' Muda Mamat berkata, koperasi bertujuan memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial serta budaya mereka menerusi suatu perusahaan milik bersama (koperasi)." Koperasi ini mungkin dinamakan sebagai Kop-Ukom mampu menjadi satu sumber sampingan bagi mengukuhkan ekonomi kakitangan menerusi pelbagai ruang perniagaan dan aktiviti kemasyarakatan yang menguntungkan."Entiti berdaftar ini akan membantu kakitangan yang sebahagian besarnya berjawatan sementara, kontrak mahupun ad-hoc serta bukan tetap dan berpencen dalam pelbagai aspek,"katanya.Turut hadir, Timbalan Pengarah (Pengurusan)Mohd Razif Abdul Majid dan Timbalan Pengarah (Operasi), Ruslan Abdul Rahman.Muda berkata, anggotanya juga bakal memiliki koperasi menerusi modal syer dan yuran pada kadar berpatutan.Katanya, anggota juga akan menikmati pulangan atas langganan dan modal yang disumbangkan sekali gus menjaga kebajikan seperti tabung pendidikan anak-anak anggota, khairat kematian dan sumbangan keraian.
09 Mar 17
97
Penguasaan STEM Di Kalangan Pelajar Masih Lemah
Kerajaan negeri akan terus memberi penekanan terhadap bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Terengganu berikutan penguasaan pelajar, terutama yang berada di menengah atas dalam bidang itu masih rendah.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang, berkata bagi mengatasi masalah tersebut, pihaknya dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan mempromosikan STEM di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.Katanya, langkah itu penting kerana penguasaan dalam bidang sains dan teknologi amat perlu untuk mengukuhkan ekonomi negara, selain berkepentingan bagi pelajar untuk mendapat kerjaya yang lebih baik.Antara langkah diambil adalah meningkatkan penguasaan pelajar melalui pelbagai aktiviti, latihan dan teori berasaskan sains dan teknologi.“Perkara seupama ini perlu dipandang serius berikutan hanya 40 peratus pelajar menengah atas di negeri ini direkodkan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) berkemampuan menguasai STEM. “Sedangkan sasaran penguasaan 60 peratus pelajar dalam program itu perlu dicapai sebaik menjelang 2020 ,”katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Mentor Mentee STEM 2017 di UMT, Kuala Nerus, petang semalam.Hadir sama, Naib Cancelor UMT, Prof Dato’ Nor Aeini Mokhtar dan Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin.Sementara itu, Nor Aeini berkata Program Mentor Mentee STEM UMT memfokuskan enam modul utama iaitu sains, teknologi, kejuruteraan, bahasa inggeris , matematik dan modul bidang tujahan UMT yang melibatkan sains kelautan serta sumber akuatik.Katanya, modul yang didedahkan kepada pelajar itu akan dibukukan, selain merancang menubuhkan asasi STEM yang dijangka dicapai pada 2018.“Penubuhan asasi itu diharap dapat memberi sumbangan yang lebih signifikan dalam pembangunan STEM di negara ini,”katanya.
08 Mar 17
149
SPR Bersedia Hadapi PRU14
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia mengendalikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika kerajaan memilih untuk membubarkan Parlimen pada bila-bila masa sahaja.Pengerusinya, Dato’ Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, ianya tidak menjadi masalah kepada kakitangan dan petugas SPR yang sentiasa bersedia kerana menguruskan proses pilihan raya merupakan tugas utama badan itu. “Selepas pembubaran dibuat dan bila diterima notis daripada Speaker Dewan Rakyat, mesyuarat khas akan diadakan untuk menetapkan tarikh penting dalam proses pilihan raya contohnya tarikh penamaan calon, pilihan raya awal, pengundian awal dan pengundian sebenar barulah SPR dapat melaksanakan PRU-14.“Selagi Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat tidak dibubarkan, ianya masih dalam teka teki kerana kuasa membubar terletak kepada Perdana Menteri,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Pengerusi SPR Bersama Usahawan Muda di Dewan Kovensyen, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Dr Tengku Khairi A. Rahman.Dalam perkembangan lain katanya, seramai 4.06 juta rakyat negara ini yang layak berdaftar sebagai pengundi belum berbuat demikian.“Kira-kira 18 juta rakyat negara ini yang berusia 21 tahun ke atas layak mengundi. Namun bilangan terkini yang berdaftar sebagai pengundi ialah kira-kira 14 juta."Angka ini dianggap membimbangkan kerana jumlahnya besar dengan kebanyakannya terdiri daripada golongan muda," ujarnya.Sehubungan itu, Mohd Hashim berkata, SPR akan mengambil langkah mengadakan kempen secara lebih agresif untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan mendaftar sebagai pemilih dan keluar mengundi.Beliau turut meminta setiap rakyat yang telah mendaftar sebagai pengundi agar serius menjalankan kewajipan dengan keluar mengundi semasa hari pilihan raya.Katanya, ini berikutan pihaknya mendapati peratusan yang keluar mengundi dalam pilihan raya tidak pernah mencecah 100 peratus atau lebih 90 peratus melainkan sekitar 70 hingga 75 peratus sahaja.
08 Mar 17
42
Ledakan Media Digital, Beri Cabaran Kepada Media Cetak
Dr Noor Aieni bersama pengamal media pada Majlis Apresiasi Media (MAM) 2017, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto Tengfku Syamim Tengku IsmailLedakan media digital dan sosial masa pada masa kini membawa kesan penurunan terhadap jumlah perolehan termasuk bilangan pembaca bagi industri media cetak.Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar berkata melihat situasi itu, dia berharap dan menyarankan media arus perdana terus bertahan dalam era tanpa sempadan masa kini, pada masa sama perlu mencari kelainan dalam pasaran baharu ini.Katanya, UMT percaya biar secanggih mana pun teknologi yang digunakan dalam dunia kewartawanan baik di media cetak, elektronik mahupun portal berita, etika serta tanggungjawab sebagai wartawan tidak pernah berubah khususnya dalam menyampaikan maklumat dalam aspek pendidikan.“Sahabat media sentiasa bersama-sama UMT dalam menyampaikan informasi, mendidik, membentuk jati diri masyarakat dan seterusnya menjadi agen transformasi minda sehingga mampu membentuk komuniti dan generasi berilmu.“Sokongan padu pengamal media terhadap UMT turut mampu menjadikan universiti itu sebagai universiti pilihan masyarakat di Pantai Timur,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Media (MAM) 2017, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.Majlis meraikan lebih 150 pengamal media yang bertugas di Terengganu itu mempertandingkan pelbagai Anugerah Gerbang Pena yang memfokuskan kepada penyelidikan dan aktiviti berkaitan universiti tersebut.
07 Mar 17
74
15 Remaja Ditahan Dalam Ops Banteras Pelajar Ponteng
Seramai 15 pelajar daripada empat sekolah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir dan Bukit Tunggal ditahan dalam Operasi Ponteng Sekolah, semalam. Dua daripada pelajar terbabit masing-masing didapati positif dadah dan merokok.Program yang terbahagi kepada lima zon, masing-masing Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tunggal (zon satu), SMK Kompleks Gong Badak (zon dua), SMK Ibrahim Fikri (zon tiga), SMK Kompleks Seberang Takir (zon empat), kawasan Pantai Teluk Ketapang , Lapangan Terbang dan Tok Jembal (zon lima) bermula dari jam 8.30 pagi berakhir kira-kira empat jam kemudian.Naib Presiden Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kuala Nerus, Md Azmi Aziz, berkata seramai 120 orang terlibat dalam operasi membabitkan 22 agensi kerajaan termasuk Majlis Tindakan Mencegah Dadah (MTMD), Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Persatuan Kepolisan Komuniti Terengganu Rakan Cegah Jenayah, Briged Keselamatan, Skim Rondaan Sukarela dan Pemadam Daerah Kuala Nerus."Susulan penahanan dua pelajar yang didapati positif dadah dan merokok itu, mereka kemudiannya dibawa untuk tindakan selanjutnya di Pejabat Kesihatan Daerah dan AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan Terengganu)."Pelajar terbabit juga dirujuk kepada pegawai di PPD dan perlu mendapatkan khidmat kaunselor, selain memanggil ibu bapa masing-masing," katanya kepada Teganukita.Turut serta, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus, Che Soh Muda.Che Soh berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan juga Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus menghargai kerjasama dan komitmen bersepadu semua pihak yang terlibat menjayakan program itu dalam usaha memerangi masalah ponteng sekolah."Kita juga mengenal pasti beberapa langkah dan strategi yang melibatkan `Outreach & Engagement' bersama Pemadam Kuala Nerus yang diketuai Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil bagi tujuan merealisasikan hasrat ibu bapa," katanya.
07 Mar 17
393
Majikan Perlu Jiwai Minat Dan Kecenderungan Kakitangan
Wan Nawawi menyampaikaan anugerah kepada Harun pada pada Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailMajikan mana-mana jabatan kerajaan di negeri ini sewajarnya menjiwai peranan, minat dan kecenderungan setiap kakitangan bawahan agar pelaksanaan tugas yang diarahkan berjalan lancar.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, berkata majikan perlu memahami dan mengetahui sama ada pengagihan tugas bersesuaian atau sebaliknya.Katanya, sekiranya perkara itu tidak diketahui pastinya kakitangan berkenaan sukar untuk menguruskan tugas secara bijaksana kerana wujudnya sifat tidak ikhlas, malah lebih teruk akan menimbulkan tekanan perasaan..“Pekerja yang alami situasi sebegini, saya mahu berpesan agar meluahkan hasrat secara berdepan dengan majikan masing- masing yang berkemungkinan kurang memahami atau boleh diertikan sebagai tidak tahu.“Perkara ini nampak kecil, sekiranya melarat pastinya akan menimbulkan suasana kerja yang tidak sihat, ada di antara kakitangan pula bermasam muka, memendam rasa dan wujud persengketaan dalaman,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman bagi bulan Januari dan Februari, di WDI, Kuala Terengganu, hari ini.Antara penjawat awam yang menerima anugerah bagi Februari, Penolong Pegawai Penerangan, Harun Hasan dari Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Syarifah Romiwati Tuan A Rahman (Pembantu Tadbir) dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Mazuki Salleh (Pembantu Tadbir), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.Manakala anugerah pada Januari pula, Nor Azlyn Ezura Hasmin (Perangkaan) dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, Noraiza Mohd Nor (Pembantu Tadbir), Unit Audit Dalaman..
07 Mar 17
75
Malaysia Kalah Tipis Di Tangan Bahrain
Pemain Malaysia berhempas pulas sebelum kalah tipis 6-5 di tangan Bahrain. Foto oleh Harish Fadzillah Malaysia sekali lagi tewas dalam pusingan kumpulan pada Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC menentang Bahrain 6-5 sekaligus menutup ruang untuk mara ke peringkat separuh akhir.Ketua jurulatih pasukan Malaysia, Ismail Zakaria berkata, walaupun tewas, beliau tetap bangga dengan semangat juang pemain-pemain.“Walaupun Bahrain merupakan satu pasukan yang berpengalaman di peringkat antarabangsa, tetapi semangat juang pemain Malaysia membolehkan kita mengejar menjadikan keputusan 6-5.“Turut membataskan kita adalah dari segi kekurangan pengalaman serta teknik yang tidak sehebat pasukan bertaraf antarabangsa itu,” katanya.Tambahnya lagi, jika diberikan peluang untuk mempersiapkan pasukan lebih lama, mungkin Malaysia mampu memberikan persembahan lebih baik.“Persiapan yang dibuat hanya mengambil masa tiga minggu sahaja manakala pasukan-pasukan lain membuat persiapan sehingga memakan masa berbulan-bulan.“Kalau diperhatikan pada perlawanan hari ini, kita mempunyai peluang untuk melakukan persembahan yang lebih baik jika persiapan dilakukan lebih awal,” katanya.Dalam perlawanan yang berlangsung di Batu Buruk, Kuala Terengganu tersebut, Bahrain terlebih dahulu membuka jaringan melalui Abdulla Almalki pada minit ke-11.Namun begitu, kegembiraan pasukan Bahrain hanya beberapa saat apabila serangan balas terus dilakukan oleh Mohd Riduwan Mohd Noor untuk menyamakan kedudukan.Seminit berselang, Bahrain kembali berada di hadapan hasil daripada kapten pasukan tersebut, Rashed Jamal.Bermula suku kedua, penjaga gawang pasukan Bahrain, Saleh Sami Saleh Mohamed terus menjarakkan jaringan pada minit ke-13.Pada minit ke-17, Bahrain terus mara meninggalkan Malaysia melalui jaringan oleh Mohamed Abdulla.Dua minit kemudian, Abdulla sekali lagi menundukkan penjaga gawang Malaysia, Mohd Nazri Sulaiman menjadikan kedudukan semasa 5- 1.Ketinggalan empat gol dibelakang, Malaysia tidak menunggu lama untuk kembali bangkit melalui kapten pasukan, Mohd Zaharim Mohd Yusof beberapa saat kemudian.Seminit sebelum berakhirnya suku kedua, Malaysia kembali bersemangat apabila Mohd Fakhrullah Mohamad berjaya menewaskan penjaga gawang Bahrain Sayed Mohamed Abbas menjadikan 5-3.Dengan semangat juang yang tinggi pada pemain Malaysia, Mohd Khairul Nizam berjaya merapatkan kedudukan empat minit selepas bermulanya suku ketiga.Namun demikian, sepakan percuma yang dihadiahkan kepada Bahrain pada minit ke-32 memberi peluang untuk Abdulla Abdullatif Alabdulla menjarakkan kembali kedudukan.Seminit sebelum wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan, Zaharim sempat menambah gol untuk merapatkan kedudukan menjadikan 6-5.
06 Mar 17
84
Program Jejak Intelektual Dokumentasi Kejayaan Anak Terengganu
Ghazali (tengah) bergambar kenangan dengan tetamu kehormat dan kakitangan Radio Televisyen Malaysia Terengganu sempena pelancaran Rancangan Tokoh Islam Minggu Ini, di Auditorium TerengganuFm, hari ini. Foto oleh Harish FadzilahTerengganu berhasrat mengadakan program `Jejak Intelektual' bagi mengetengahkan anak Terengganu yang berjaya dalam pelbagai bidang termasuk golongan agamawan supaya mampu menjadi ikon serta rujukan kepada generasi masa kini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, program seumpama itu mampu dilaksanakan menerusi kolaborasi dengan Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Terengganu, sebagai kesinambungan Terengganu dengan jolokan Negeri Anjung Ilmu. “Terengganu melahirkan ramai golongan intelektual terutamanya pelajar-pelajar hafiz dan hafizah daripada kolej agama. Malah kita juga mempunyai golongan cerdik pandai yang boleh ditonjolkan kejayaan mereka. "Kita juga boleh mengadakan program Jejak Intelektual rakyat Terengganu ataupun Jejak Hafiz dan Hafizah yang berjaya pada hari ini, dan boleh menaikkan lagi RTM (Radio Televisyen Malaysia) serta Negeri Terengganu khasnya. Di sini pentingnya kolaborasi yang sangat baik untuk kita jalinkan antara Jabatan Penyiaran (Negeri Terengganu) dengan RTM,”katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama YB Ghazali Taib serta Pelancaran Rancangan Tokoh Islam Minggu Ini (Tismi), di Auditorium TerengganuFm, Bukit pak Apil, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Penyiaran RTM Terengganu, Nordin Sulaiman. Ghazali berkata, ramai di kalangan tokoh dan golongan intelektual yang dilahirkan dari institusi pendidikan dan kolej agama seperti Sekolah Imtiaz, Institut al-Quran Terengganu (IQT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak diketengahkan kisah perjalanan hidup dan kejayaan mereka sebagai panduan generasi hari ini.Selain itu juga, beliau berkata RTM juga boleh mendokumentasikan kisah kejayaan Terengganu dalam pelbagai bidang lain bukan sahaja pendidikan dan agama, juga perniagaan serta bekerjasama dengan agensi terbabit seperti Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Tambahnya, program yang dilaksanakan itu diharapkan mampu mendidik dan menerapkan golongan remaja ke arah pembentukan jati diri serta mengukuhkan identiti rakyat Terengganu sendiri.Sementara itu, Nordin berkata, rancangan Tismi yang berdurasi 30 minit bersiaran di TerengganuFM setiap Sabtu pada jam 6.15, manakala ulang siar pada keesokannya, setiap Ahad pula jam 2.15 petang, berbentuk majalah radio mengenai tokoh Islam yang boleh dicontohi keperibadian mereka sebagai panduan dalam kehidupan seharian untuk keberkatan dunia serta akhirat.
06 Mar 17
179
Kuota 10 Peratus Rumah Untuk Belia Bujang
Terengganu menetapkan 10 peratus kuota setiap projek perumahan kerajaan diberikan kepada golongan belia yang belum berkahwin di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, syarat itu termaktub antara dasar Transformasi Terengganu Baharu (TTB) seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebelum ini."Tetapi permohonan haruslah mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan mengikut syarat-syarat yang telah diberikan. Jika tiada permohonan, barulah kita buka kepada golongan lain untuk membuat permohonan,"katanya pada pemberita selepas merasmikan Program Bakti Siswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Telemong, hari ini.Turut hadir, Penolong Naib Canselor UniSZA,Dr Afandi Mohammad.Seramai 71 mahasiswa UniSZA bersama 40 keluarga angkat dari Kuala Telemong terlibat dalam Program Bakti Siswa kali ini.Sementara itu, Rozi menyambut baik saranan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk meneruskan siri jelajah dialog aspirasi Tranformasi Nasional 2050 (TN50)yang mampu mencetuskan kejayaan kepada misi yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.Katanya, jika ini dapat diteruskan dalam siri jelajah akan datang, pihaknya yakin sesi dialog ini dapat mencetuskan kejayaan dengan banyak cadangan golongan belia secara telus dapat dijadikan asas kepada TN50."Kita akan teruskan siri jelajah ini ke semua sembilan daerah di Terengganu supaya TN50 akan menjadi medan untuk orang muda bersuara tanpa sempadan dan keluhan mereka, kita akan bawa ke sekretariat pusat untuk dinilai,"kata Rozi.Dalam perkembangan lain, beliau ketika mengulas status pembinaan Kompleks Sukan Hulu Terengganu berkata, projek yang menelan belanja RM50 juta itu sedang berjalan dengan baik."Jika tiada masalah dengan pembinaan yang sedang rancak berjalan, kita jangka ianya akan siap sepenuhnya pada 2018 dengan dilengkapi pelbagai kelengkapan sukan untuk generasi muda Hulu Terengganu."Kompleks ini akan menjadi satu mercu tanda baharu bagi kerajaan negeri dan dan Kuala Berang khususnya.Saya harap orang muda mendapat pelbagai faedah apabila ia beroperasi kelak,"kata Rozi lagi.
03 Mar 17
69