lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Kompleks Rawatan Harian HSNZ Ubah Laluan Satu Hala Bermula Hari Ini
Kompleks Rawatan Harian (ACC) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menukarkan laluan dua hala kepada satu hala bermula hari ini (16 Mac), dengan melibatkan beberapa persimpangan bagi mengelak kekeliruan dan kesesakan lalu lintas di sekitarnya.Perubahan laluan sehala melibatkan di hadapan, tepi dan belakang bangunan ACC, HSNZ serta perubahan jalan sehala di laluan hadapan bangunan Forensik menuju ke bangunan 'Engeneering Plant'.Pengarah HSNZ, Dr Nor Azimi Yunus berkata, perubahan itu bagi mengelak kekeliruan dan kesesakan lalu lintas serta pihaknya juga menasihatkan pengunjung yang berurusan di ACC menggunakan simpang masuk pintu D (Berhampiran Masjid Al-Muktafi Billah Shah) dan pintu C (berhadapan Jabatan Pesakit Luar)."Penukaran dari laluan dua hala kepada satu hala ini bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memastikan keadaan laluan trafik di kompleks Rawatan Harian (ACC), HSNZ berjalan dengan lancar,"katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Katanya, ia juga selari dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) bagi memastikan keselesaan kepada rakyat Terengganu bagi mendapatkan perkhidmatan terbaik di HSNZ.Sebarang pertanyaan serta cadangan berkaitan lalulintas keluar dan masuk di ACC, HSNZ boleh menghubungi Ketua Unit Keselamatan HSNZ ditalian: 09-6212121.
16 Mar 17
1499
Empty Image
YPU Nafi Terlibat Sedia Geran Kepada Usahawan Melalui Pihak Ketiga
DR KhairiYayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menafikan penglibatan dalam menyediakan geran kepada usahawan menerusi ejen atau pihak ketiga.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Khairi A Rahman, berkata agensinya menerima beberapa aduan berkaitan kewujudan tawaran geran atau dana untuk usahawan bagi syarikat Sdn. Bhd dan Enterprise yang dikaitkan dengan nama YPU serta mewajibkan keahlian pertubuhan politik."Modus operandi skim tersebut menyasarkan peniaga kecil dan syarikat baru yang mempunyai jumlah modal kecil. Dana ini dikatakan menjanjikan pulangan berkali kali ganda dalam tempoh tertentu.Sehubungan itu, pengurusan YPU ingin menafikan  penglibatan YPU dalam pemberian geran atau dana itu kepada mana-mana pihak, malah YPU juga tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen dalam skim seperti itu,"katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Khairi berkata, YPU juga menasihatkan usahawan,  peniaga atau orang ramai agar tidak terpengaruh dengan pelbagai perkara yang menyalahgunakan nama YPU, sebagaimana pemberian geran atau dana usahawan seperti yang dihebohkan itu.Beliau juga menasihatkan orang ramai menyemak dengan pejabat YPU Terengganu di talian 09-6242424 terlebih dahulu, sekiranya didatangi, dihubungi atau penglibatan dalam penyediaan geran membabitkan nama YPU supaya tidak tertipu.
16 Mar 17
64
Empty Image
Terengganu Agih Insentif Khas Untuk Faizal
Kerajaan negeri bakal menyediakan insentif khas kepada Mohd Faizal Hafiz Adnan, 12, kerana semangat juang dan ketabahannya sehingga mampu meraih kemenangan dengan cara luar biasa dalam Kejohanan Merentas Desa Bawah 12 Tahun Peringkat Kebangsaan di Taman Botani Negara Shah Alam baru-baru ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kisah pelajar dari Kampung Pantai Tukang Perahu di Seberang Marang, terpaksa merangkak akibat kekejangan otot dan terjatuh beberapa meter dari garisan penamat, namun berjaya muncul sebagai naib johan menjadi viral di media sosial.“Dengan kecekalannya itu, kita akan menyediakan satu insentif khas sebagai menghargai usaha yang telah dilakukan sehingga mengharumkan nama negeri dan juga sekolahnya.“Semangat juang dan ketabahan adik Faizal menyentuh hati saya kerana sanggup meneruskan larian sehingga merangkak walaupun kekejangan otot, untuk tidak menghampakan pasukannya (Terengganu),”katanya di Majlis penyampaian bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M), di Dewan Serbaguna Pak Tijah, Tok Jembal, Kuala Nerus,  hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina zakaria.Di majlis itu, seramai 261 penduduk dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tok Jembal menerima BR1M masing-masing. Selain itu juga, 22 bayi yang lahir sepanjang tahun lalu dari PDM yang sama turut menerima saguhati kelahiran berupa kad Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai RM100 seorang menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK). Dalam pada itu, Menteri Besar juga mahu setiap PDM di Dewan Undangan Negeri Seberang Takir menyediakan perkhidmatan kaunter yang menghimpunkan semua agensi pengurusan bantuan kepada rakyat, setiap dua minggu sekali. Antara agensi dan jabatan terlibat seperti Yayasan Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan,  Sekretariat Tabung Darul Iman, YPK, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, KPWKM dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus."Ini memberi kemudahan kepada rakyat dan golongan sasar untuk berurusan dan menyelesaikan permasalahan mereka di satu pusat sehenti,"katanya.
15 Mar 17
103
Empty Image
Penjawat Awam Perlu Profesional Dan Positif Laksana Tugas
Zainal Rahim ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Penjawat awam dinasihatkan agar bersikap lebih profesional serta positif ketika menjalankan tugas.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Sri Zainal Rahim Seman berkata, sebagai kakitangan kerajaan, mereka hendaklah membawa amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.Katanya, dengan perkembangan arus pemodenan masa kini khususnya perkembangan media sosial, penjawat awam harus bijak menanganinya."Saya ingin menyeru agar jangan sama sekali membuat hujah negatif serta mengkritik kerajaan kerana ia sekali gus menunjukkan sikap kurang profesional kita sebagai pegawai kerajaan dan penjawat awam."Saya juga ingin menegaskan mana-mana pegawai kerajaan yang melanggar Perintah-perintah Am Bahagian II (Kelakuan) iaitu di bawah Peraturan 4(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh diambil tindakan tegas," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kanan Negeri Terengganu Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Sri Zainal Rahim Seman di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.Zainal dalam pada itu turut mengingatkan agar pegawai kerajaan melipat gandakan peranan masing-masing dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat."2017 adalah tahun penyampaian. Gabungan intim antara jabatan persekutuan dan negeri amat membanggakan."Penyampaian yang dilakukan perlu sampai kepada rakyat. Peranan kita untuk tahun ini haruslah dilipat gandakan agar penyampaian maklumat yang tepat dapat direalisasikan," katanya.
14 Mar 17
35
Empty Image
Gabungan Felda Bantah Pembangkang Guna Nama Felda
Gabungan Felda Wilayah Terengganu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu berhubung mengguna pakai nama Felda dalam penganjuran konvensyen oleh Pakatan Harapan di Dewan Jublee Sultan Abdul Aziz, Shah Alam 19 Mac nanti.Laporan polis pada jam 11 pagi tadi itu diketuai oleh Ketua Peneroka Gabungan Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Rancangan (JKKR) Felda Wilayah Timur, Ismail Muhamad.Selain itu, Ketua Penerangan Kami Anak Felda (KAF) Wilayah Timur, Mohd. Zulkifli Jusoh dan Naib Pengerusi 1 Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Terengganu, Mohd. Khairil Sabri turut menyertai Ismail membuat laporan berkenaan.Ismail berkata, laporan tersebut dibuat bertujuan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur terbabit agar menghentikan segera penggunaan nama peneroka dan juga Felda bagi mengelak wujudnya kekeliruan khususnya di kalangan warga Felda."Sebenarnya, kami tidak pernah memberi sebarang kebenaran kepada mana-mana pihak yang tiada kena mengena dengan Felda untuk mengguna pakai nama Felda ataupun peneroka Felda dalam sebarang penganjuran program termasuk seminar dan sebagainya."Pada awalnya, pihak penganjur telah menamakan program anjurannya itu sebagai Konvensyen Felda dan kemudian telah diubah kepada Kongres Peneroka Felda. Jadi, kami membantah sekeras-kerasnya penggunaan dua nama ini (Felda dan Peneroka Felda)," katanya.Sementara itu, Khairil pula berkata, perjumpaan lain akan dilakukan oleh pihaknya jika penganjur program terbabit masih berdegil dan mengingkari bantahan menggunakan nama Felda dan Peneroka Felda itu."Kita mungkin adakan perjumpaan selanjutnya di peringkat nasional bagi membincangkan bagaimana bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap mereka sekiranya masih menggunakan nama Felda dan Peneroka Felda," katanya.
14 Mar 17
180
Empty Image
Lapan Program Utama Meriahkan VBT Sepanjang Mac
Lapan program utama disajikan oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu sepanjang bulan Mac ini dalam usaha untuk mempromosikan Terengganu di samping merancakkkan  Visit Beautiful Terengganu 2017.Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, program yang merangkumi pelbagai acara seperti kebudayaan, warisan dan sukan dilaksanakan dengan kerjasama Tourism Malaysia Terengganu dan pelbagai agensi lain di seluruh Terengganu .Antara program yang sedang dan akan dijalankan adalah Merakam Pengalaman di Terengganu (18 Februari-30 April), Matta Travel Fair (17-19 Mac), Pesta Pantai Beautiful Terengganu Red One (17-25 Mac) dan Malam Apresiasi Suktra (20 Mac).“Selain itu, program tahunan yang sering dijalankan di Terengganu akan turut diadakan iaitu Kapas-Marang International Swimathon (18-19 Mac), Kejohanan FIM Asia Motocross (24-25 Mac), Kenyir Bird and Nature Quest (25-26 Mac) dan tidak ketinggalan Terengganu Bike Week (27 Mac-2 April),” katanya.
12 Mar 17
305
Empty Image
30 Dialek Ulu Sedang Didraf Sebelum Didokumentasikan
Hulu Terengganu mempunyai lebih 30 loghat dengan setiap kampung berbeza dialeknya.Khazanah yang cukup unik dan bernilai kepada masyarakat itu akan dibukukan tidak lama lagi.Pegawai Pendidikan Daerah, Jalaluddin Ismail berkata, Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu (Hutecs) yang di jadikan Pusat Kajian Dialek Ulu dengan pemantauan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu sedang membuat kajian menyeluruh mengenai dialek berkenaan untuk didokumentasikan bertujuan sebagai rujukan masa hadapan.Katanya, pelancaran draf awal buku dialek hulu akan dilaksanakan pada sambutan hari guru peringkat daerah  tahun ini."Pihak kami dengan Hutecs sedang merangka khazanah ini melalui satu gerak kerja dalam bentuk ilmiah, budaya dan sejarah serta pembukuan ini akan menjadi satu sumbangan besar untuk generasi akan datang."Kita bimbang dengan asimilisasi yang berlaku pada masa sekarang di kalangan generasi muda,ada kemungkinan khazanah bahasa ini akan hilang dan tidak mustahil generasi akan datang tidak tahu mengenai loghat daerah ini yang cukup unik,"katanya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.Menurut Jalaluddin, ia mencerminkan jati diri yang unik yang perlu dipertahankan dan sebagai orang Hulu  Terengganu perlu bangga dengan loghat ulunya."Ia menjadikan Bahasa Melayu lebih kaya dan setanding dengan bahasa lain di dunia mengikut sejarah bahasa,"katanya lagi.Mengikut kajian, sebutan dialek Hulu Terengganu hampir kepada sebutan Bahasa Melayu Induk dan Bahasa Austronesian Kuno. Dialek ini memungkinkan teori bahawa ia dialek yang paling asli dan tua di Semenanjung Tanah Melayu.Pada tahun 1935, C.C.Brown menerbitkan tulisannya melalui Terengganu Malay dengan berpendapat bahawa daripada segi pembunyian dan tata ujaran, percakapan di Hulu Terengganu sangat berbeza dengan bahasa di daerah lain di Terengganu.Beliau menyifatkan unsur kosa kata Hulu Terengganu sebagai unsur yang tua, berbentuk kuno dan wujud di Pantai Borneo Utara, Kepulauan Maluku, Pergunungan Sumatera Selatan dan Gugusan Kepulauan Thailand.Dalam pada itu, antara kampung yang pekat dengan loghat hulunya adalah kampung sekitar seperti Tanjung Putat, Bukit Gemuruh, Kampung Buluh, Pasir Nering, Kampung Pauh, Jenagor, Gaung, Telaga, Butut, Basong dan Tajin serta kampung-kampung lain yang lebih jauh.
12 Mar 17
138
Empty Image
Wujud Sekretariat Pengurusan Kerjaya Orang Muda Kuala Berang
Generasi muda di Kuala Berang disarankan mencipta peluang untuk masa depan dan pembangunan yang lebih baik dengan memanfaatkan  keistimewaan bandar itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, golongan muda perlu mewujudkan sekretariat untuk pengurusan kerjaya untuk kumpulan sasar itu di Kuala Berang.Katanya lagi, pengkalan data berkaitan kerjaya setiap golongan muda yang berusia 40 tahun ke bawah perlu dibuat untuk mengenalpasti apa yang perlu dilakukan bagi membantu golongan ini."Sebab itu gerakan K10 Pemuda dan Puteri UMNO perlu disegerakan untuk membantu orang muda termasuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan mereka."Kita beri ruang dan peluang kepada golongan Pemuda dan Puteri UMNO untuk maju ke hadapan untuk bangunkan Kuala Berang.Termasuklah memberi peluang kepada Puteri UMNO berniaga di KB Street bagi meningkatkan pendapatan mereka,"kata Tengku Putera.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Retreat Pemuda Puteri Dun Kuala Berang Pemerkasaan Pemimpin Muda di Carve Cove,Pulau Perhentian hari ini.Menurut Tengku Putera,golongan itu juga perlu bersatu hati bagi memastikan kemenangan UMNO dan meningkatkan majoriti melalui sokongan pengundi muda.Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO DUN Kuala Berang, Ahmad Badrul Hisham Mukhatar berkata, retreat selama dua hari satu malam lebih menerangkan peranan Pemuda dan Puteri UMNO dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke -14 (PRU14) nanti."Seramai 160 peserta terdiri daripada jawatankuasa pemuda dan Puteri cawangan di Dewan Undangan Kuala Berang telah menyertai retreat ini dan memberi komitmen yang cukup baik."Selama berbengkel, penekanan lebih kepada roh parti UMNO itu sendiri dalam memperkemaskan jentera di samping mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam pasukan ke arah siap siaga menghadapi PRU14 pada bila-bila masa sahaja,"katanya.
11 Mar 17
58
Empty Image
Jangan Jadi Nasi Tambah Dalam Isu Malaysia Dan Korea Utara- Jailani
Pengguna media sosial dinasihatkan supaya tidak tularkan dan menjadi 'nasi tambah' dalam isu hubungan antara Malaysia dan Korea Utara.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari, berkata pihaknya sedang menyiasat mengenai tular seolah-olahnya pembunuhan beramai-ramai rakyat Malaysia di Korea Utara yang dikatakan disebar oleh akaun Facebook milik salah satu rangkaian televisyen di Malaysia."Perkara ni sekarang dalam perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) dan saya harap dapat dihentikan kerana ianya adalah berita palsu semata-mata yang boleh menimbulkan keresahan rakyat Malaysia terutamanya."Semoga rakyat kita yang masih ditahan di Korea Utara selamat dan kepada pihak yang suka menyebarkan perkara yang tidak betul,kita tidak teragak-agak untuk ambil tindakan,"kata Jailani.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sri Buloh,Kuala Berang, semalam."Setakat ini pihak SKMM menerima tiga aduan tentang tular mengenai peluru berpandu Korea Utara mampu sampai ke Malaysia dan kes tentang pembunuhan beramai-ramai ini adalah yang ke empat dalam siasatan."Nasihat saya kepada mereka di luar sana,jangan mudah terpengaruh kerana perlu tahu kesahihan serta sumber yang tepat dan punyai autoriti."Mereka yang menular berita yang tidak sahih di media sosial adalah pihak yang tidak bertanggungjawab dan cuba mengeruhkan keadaan dalam keadaan kita sedang mencari jalan penyelesaian terbaik dalam mengatasi masalah ini," katanya lagi.Jailani turut mengulas tentang isu panggilan spam yang turut tular sejak kebelakangan ini bagi kemaskini akaun bank di media sosial."Sebagai pengguna,haruslah berhati-hati bila terima panggilan yang kita tidak tahu kesahihannya.Jangan terus percaya sebaliknya buat semakan terlebih dahulu terutamanya jika melibatkan urusan bank."Sekarang ni ada pihak yang gunakan nama bank tempatan dan dalam kes ini perlu lakukan 'double check' samaada orang tersebut staf bank atau hanya 'decoy' untuk kesahihan sebelum membuat sebarang tindakan,"katanya lagi.
10 Mar 17
77
Empty Image
Pusat Boling Beroperasi Hari ini, Tawar Harga Istimewa
Orang ramai mula membanjiri Paya Bunga Plaza untuk mencuba pusat bowling baru Coral Crown Bowl hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pusat bowling Coral Crown Bowl (CCB) yang mula beroperasi hari ini di Paya Bunga Plaza, Kuala Terengganu menawarkan tawaran harga istimewa kepada semua pelanggan.Pengarah Urusan Coral Crown Bowl, Khairuddin Abdul Khalid berkata pelanggan hanya perlu membayar serendah RM5.50 hingga RM6.50 bagi satu permainan menerusi tawaran harga sepanjang dua bulan."Tawaran ini dijangka berterusan dalam tempoh dua bulan lagi dan kami masih meneliti harga yang berpatutan agar tidak membebankan semua lapisan masyarakat terutamanya rakyat di sekitar Kuala Terengganu."Bagi golongan pelajar dan orang kurang upaya (OKU) pula harga yang dikenakan adalah sebanyak RM4.50 sahaja dari pukul 10 pagi hingga 5 petang," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam majlis prapembukaan di CCB di Paya Bunga Plaza, Kuala Terengganu, hari ini.CCB yang direka khas mengikut standard antarabangsa itu dilengkapi dengan 36 lorong di samping menyediakan kemudahan lain seperti kafe, bilik solat dan laci simpanan barang.Menurut Khairuddin, dengan kemudahan terbaharu itu pihaknya menjangkakan pusat boling tersebut akan menjadi tumpuan peminat sukan berkenaan."Kita menyasarkan kehadiran lebih 300 pelanggan setiap hari pada pembukaan awal ini," katanya.
10 Mar 17
3211